Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 4

Majlis Organisasi Republik, yang dipengerusikan oleh Jeneral Yahya Atan, bermesyuarat di pejabat lama Perdana Menteri di Wijayapura.

Beberapa pakar undang-undang, seperti bekas ketua hakim, bekas peguam negara dan pensyarah undang-undang dipanggil untuk menubuhkan Perlembagaan Republik yang baru.

Antara yang ditegaskan oleh Jeneral, ialah penyataan bahawa Republik Gelanggayu akan menjadi sebuah negara yang demokratik, sekular dan liberal, akan diterapkan dalam Perlembagaan.

Cadangan Yahya ialah menggabungkan kembali dengan Temasik, yang berpisah sejak 1965.

Dengan kemasukan Temasik ke Gelanggayu, wang yang bertrillion itu akan mengalir ke Gelanggayu, dengan kapitalis di Temasik boleh mengeksploitasi sumber alam Gelanggayu.

Oleh itu, Perlembagaan Republik Gelanggayu yang baru akan cuba diselaraskan dengan Perlembagaan di Temasik.

Bakal presiden, Rahizan tersenyum girang apabila mendengar modal kapital dari Temasik akan mencurah-curah ke Gelanggayu sekiranya Perlembagaan Republik diselaraskan, bermakna pergabungan akan berlaku antara dua negara ini.

--

"Mulai sekarang, pergi mampos sama Hafiz, pergi mampos sama Sultan, pergi mampos pada semua orang! Kita kena fikirkan macam mana kita nak hapuskan Rahizan," kata Ali dalam gudang.
"Rasanya kalau ikutkan situasi semasa, bro Ali, tentera Sultan takkan dapat bertahan sebulan lagi. Ramai yang dah berpaling tadah," kata Mejar Jeneral Firdaus, yang baru sahaja naik pangkat.

"Jadi, macam mana? Apa yang kita boleh buat sekarang?" tanya Kecik.

"Nak tak nak kita kena deal dengan Sahari. Kita selamatkan dia, lepas tu kita push dia jadi Presiden. Tapi, kita kena pastikan yang kita yang pegang dia," kata Ali.

Ali kemudian menjeling ke arah Mejar Jeneral Firdaus. Dia mengangguk faham, tau apa yang perlu dia buat.

"Macam mana dengan Hafiz? Dia tak sanggup nak lawan geng isteri dia sendiri?" tanya Kecik.

"Orang macam Hafiz ni lebih pentingkan makwe daripada kawan. Padahal diperkudakan. Aku nak tengok berapa lama dia nak jadi kuda."

--

Letupan besar mengegarkan Sepetang sebentar tadi, di hadapan bangunan Telekom provinsi Sepetang di Kuala Kemuning, ibu negeri Sepetang. Tembak menembak antara tentera republikan dan saki baki tentera al-Daulah. Selepas pertempuran selama hampir tiga bulan, Sepetang jatuh ke tangan tentera republik.

Satu demi satu kampung, pekan, taman perumahan dan bandar mulai jatuh ke tangan tentera republikan. Tentera al-Daulah sama ada terkorban, ditangkap atau menyerah kalah.

--

Adilah

Hari-hari terakhir Kesultanan Gelanggayu sudah tiba. Nampaknya, semuanya berlaku macam mana dirancang.

Tetapi, nampaknya Jeneral Yahya mula menikam aku dari belakang. Perlahan-lahan, dia sedang cuba naikkan Rahizan sebagai Presiden.

Ada tujuan aku kenapa nak lantik Natasha sebagai Presiden Gelanggayu. Pertama, syarikat ayahnya di bawah tangan aku dan Hafiz. Dia akan buat segala keputusan berdasarkan apa yang aku mahu, demi syarikat ayahnya.

Kedua, aku tahu yang Ali ni talam dua muka. Dengan Pengetua pun dia sokong, dengan Sultan pun dia sokong. Ali ni daripada dulu lagi, aku tak percaya dengan dia. Dia boleh kawan dengan Hafiz, dan dia boleh berkawan dengan si sial tu.

Ali ni ingat dia bijak, tapi dia tak tahu yang ada mata memerhatikan dia. Jangan ingat aku tak tahu apa niat dia selama ni.

Dan aku tahu, Ali sedang sorokkan si sial tu di Australia. Macam mana aku boleh tahu? Salah satu daripada mereka semua tu, adalah informer aku. Dan memberitahu segala maklumat tentang apa yang sedang berlaku.

Pernah tonton rancangan realiti TV yang bertajuk The Mole? Dalam realiti TV ini, salah satu daripada peserta adalah tukang sabotaj, tukang perosak rancangan.

Tapi sebelum tu, aku perlukan Ali untuk cemarkan tangan dia sekali lagi untuk membunuh Rahizan. Aku tahu daripada dulu lagi dia berdendam dengan Rahizan.

Dan masa dia cuba bunuh Rahizan nanti, aku akan dedahkan kepada Jeneral Yahya, siapa Ali yang sebenar.

Dengan menyingkirkan Ali, senanglah aku mempengaruhi Jeneral Yahya. Lagipun, Jeneral Yahya ni dah tua.

Aku percaya zaman republik ni, orang ramai akan benci dengan kerajaan. Biarpun Natasha ni nampak pandai, tapi dia tak licik, macam aku.

Dalam masa lima tahun lagi, aku akan kembalikan semula pemerintahan diraja, dengan mengangkat Jimmy, Tengku Ahmad sebagai Sultan Gelanggayu yang baru.

Lepas tu kita akan hapuskan gerakan republikan dengan demonstrasi besar-besaran.

Tapi kalau macam tu, kenalah Sultan Norman mangkat dahulu. Tengku Danish? Alahai, siapalah nak angkat dia jadi raja.

Dengan kekayaan Hafiz dan kebijaksanaan aku menyusun strategi, tiada siapa dapat menghalang kami berdua menguasai Gelanggayu.

Bijak tak aku menyusun buah catur?

Ayah datang ke pejabat.

"Ada apa, ayah?"
"Hafiz dah lepas dari penjara. Ali yang lepaskan," kata ayah.
"Apa motif dia buat macam tu ya?"
"Dia nak gunakan suami kau, untuk lawan kau. Sekarang ni, si botak sial tu pergi tembak helikopter yang aku pinjam dari US military. Mampos aku nak jawab dengan embassy nanti."
"Habis tu, kita tak dapat peralatan nobat tu lah?"
"Tak jumpa dah. Hilang tanpa jejak. Betul-betul musibat si botak ni!"
"Kalau buat serunai, nafiri, gendang baru tak boleh ke?"
"Mana sama, kalau nak buat peralatan baru, Toh Setia Guna kena jalankan upacaranya. Lepas tu hanya keturunan Toh Setia Guna macam Pak Nayan tu je yang boleh main. Tu la korang orang muda. Benda macam ni pandang remeh."
"Laa, ayah ni. Kalau buat baru, bunyinya sama je."
"Tak sama! Kau ni nak jadi ketua Sayap Kuning, tapi benda macam ni pun kau tak nak ambik tau!"
"Ayah ni, alaa, benda tu ceremonious je kan? Kalau tak ada, boleh je Jimmy jadi Sultan."
"Tak boleh, Dila. Sultan Aminul Rasyid yang tak ambik peduli pasal adat istiadat ni pun bila dia ditabalkan jadi Sultan, ada nobat. Nobat tu kena ada pada majlis pertabalan. Kalau tak, tak jadi!"
"Alah ayah ni, buat serabut je fikir benda ni. Macam ni, kita buat apa yang penting dulu. Faridah dengan orang-orang dia dah lincah buat kerja. Kalau kita lambat, kita memang kena tinggal."
"Kita memang kena kuasai bahagian tentera, sebelum orang-orang Ali menguasai tentera."

--

Azlan

Pakcik Jamil bawa aku ke sebuah kawasan perkampungan orang Aborigines, yang merupakan orang suku kaum Wadandi, dalam rumpun Noongar.

Perkampungan ni mengusahakan penternakan lembu wagyu dan kambing biri-biri, yang kemudiannya dieksport ke Kwantong, Bharat, dan negara-negara Timur Tengah, serta Asia Tenggara.

"Kau tau, 40,000 tahun yang lalu, mereka dah berada di sini. Bahasa yang mereka sedang cakap ni, dah berusia hampir 9,000 tahun."
"Sangat purba..."
"Yes, dan datang sahaja orang putih, habis tanah mereka dijarah."

Pakcik Jamil pegang bahu aku.

"Aku tahu, Norman bukanlah seorang sultan yang boleh diharap. Masalah ni bukan dari Norman lagi. Sejak zaman almarhum Sultan Jaafar lagi, pemerintahan al-Daulah ni dah hilang berkatnya. Dengan kaki judinya, dengan kaki araknya, kaki perempuan. Dan Yahya, dia ambil kesempatan ke atas semua ni."

Lelaki-lelaki kaum Noongar itu mengangkat tangan ke arah Pakcik Jamil dan menghormatinya, seolah-olah dia dah kenal dengan jasa baik Pakcik Jamil.

"Aku dapat titah dari Sultan. Ali beritahu aku transfer semua harta ke Tengku Danish. Tapi nanti, aku akan suruh Tengku Danish transfer ke akaun Jugra. Dan kau akan kawal duit tu."
"Un...untuk apa?"
"Supaya kau dapat selamatkan bangsa Melayu Gelanggayu tidak menjadi seperti bangsa Noongar yang ditindas di tanah air sendiri. Tanggungjawab kau berat, Azlan."
"Macam mana saya nak ada kekuatan untuk tu semua?"
"Kau ada kebijaksanaan, cuma kalau kau nak ada kekuatan itu, kau sujudlah kepada Allah dan mintak kekuatan agar kau mampu jadi pemimpin yang adil dan saksama."

--

Petang tu, aku duduk menghadap padang, memandang pada lembu yang sedang meragut rumput. Aku termenung memikirkan kata-kata Pakcik Jamil tu. Aku pandang pekerja-pekerja yang terdiri daripada orang asli. Ada lah beberapa orang dari Bharat dan Filipina yang bekerja di sini.

Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Aku belum capai umur 40 tahun lagi. Masih ramai lagi orang yang lebih layak daripada aku.

Masa aku jadi Timbalan Perdana Menteri pun, aku belum dapat sempurnakan semua yang aku rancangkan.

Mungkin ada beberapa rancangan macam pertanian untuk makanan yang banyak membantu mangsa pelarian perang di sana. Tak banyak aku dapat lakukan dalam masa dua tahun.

Dan sekarang, semua yang aku rancangkan, aku tak dapat pun nak buat, jadi kenapa aku kena jadi apa yang Pakcik Jamil katakan?

"Woi, termenung apa tu?"

Terkejut aku. Rupanya Merlina dari belakang sergah aku.

"Kau rupanya, aku ingat siapa?"
"Kau ingat siapa? Kau rindu kat Nat ekkk!"

Aku gelakkan je. Dia ni hari tu cakap suka aku tapi nak sebut gak nama ex aku tu.

"Bukanlah. Aku risau sebenarnya."
"Kau risau apanya?"
"Pakcik Jamil, dia cakap, Sultan dah sign watikah, suruh transfer seluruh harta keluarga al-Daulah kepada Tengku Danish."
"Okay, dah tu?"
"Tapi, memandangkan Tengku Danish tu lemah dan tak berminat, dia akan suruh Tengku Danish serahkan harta tu pada Jugra. Dan aku yang akan mengawal segala harta-harta tu bagi pihak Jugra."
"Dah kenapa dorang bagi Jugra?"
"Sebab Jugra kan anak Mina."
"Yang kau risau, kenapa?"
"Harta dorang estimated $250 billion. Dan kalau Jimmy dapat tahu, mesti dia akan cari sampai dapat."

Merlina pandang aku, lepas tu senyum.

"Macam ni...biar aku tolong kau macam mana nak settlekan masalah kau ni."
"Hah? Macam mana?"

Entah apa lagi la akal Merlina ni.

"Sekarang ni worldwide economic crisis, betul?"
"Betul."
"Kau buat macam mana Kwantong buat."
"Macam mana?"
"Sebaik sahaja duit tu dah transfer ke akaun Jugra, aku akan tolong kau cari portfolio yang harganya dah jatuh, tapi boleh naik balik."
"Contoh?"
"Kau boleh beli saham Goldman Sachs. Tengah turun harga. Sebelum krisis, stock price dia tahun 2007 ialah $215.05. Sekarang harga dia cuma $84.39. Nanti bila bailout, dia akan slow-slow naik. Tapi bukan tu je, cuba kau perhatikan saham-saham teknologi, macam Facebook, Google, Apple. Time sekarang ni, Google harga $206.80. Kau tunggu je dia up nanti. Nak lagi best, kau beli saham Facebook. Satu unit harga $3.50 je."
"Kalau tak up, melebur lesap macam Netscape, macam MySpace macam mana?"
"Kalau dia melambung nanti, kau jangan menyesal kalau tak beli."
"Macam mana masa kecik dulu kau pandai main saham?"
"Itu la, kau tak nak rapat dengan ibu kau sendiri. Aku belajar dari dia la."
"So lepas tu, duit lebih tu semua?"
"Meh sini la aku uruskan duit tu. Pandai la aku mengembangkannya. Tapi aku nak profit 3%, boleh?"

Aku salam tangan Merlina.

"Deal."
"Orang time krisis ekonomi la kau kena jadi vulture. Mana haiwan yang dah nak mati, sebelum jadi bangkai, baik kau makan. Macam politik jugak, masa orang tengah jatuh, time tu la kau sailang, kan?"
"It's dog eats dog world, Mer."
"Apatah lagi business."
"Cuma duit ni kena ada di luar Gelanggayu, aku tak nak kerajaan republik rampas duit ni."
"Lagi satu, kalau aku gunakan duit ni invest kat gandum, jagung, daging lembu, okay tak?"
"Kenapa?"
"Sebab aku ada share McDonald's."
"Kau ni kaya sebenarnya. Apasal kau masih nak kerja dengan aku?"
"Cuba kau tanya, pernah tak aku ambik gaji?"

Ha'ah ek, Merlina ni memang tak pernah ambik gaji sepanjang dia kerja dengan aku, gaji dia semuanya pergi ke sedekah anak-anak yatim, anak-anak jalanan, tapi dia lah yang paling rajin, paling kreatif dan paling bijak.

"Kenapa ek?"
"Ibu kau yang suruh. Aku tak kisah pasal duit ni sebab aku ada je duit sendiri. Staf aku yang kerja dengan kau pun aku yang bayar."
"Kenapa kau tak claim dengan kerajaan?"
"Aku claim kalau benda tu orang lain punya projek je. Kau punya je aku tak claim."
"Ye la, sebab apa?"
"Sebab aku sayang kat kau la, bongok!"
"Oohh..."
"Ye lah!"
"Tapi kan masa tu aku dengan Mina?"
"Entahlah, tapi aku rasa kau tak bahagia dengan dia. Tapi aku rasa aku boleh bahagiakan kau."
"Wow, yakinnya kau ni."
"Kau ni sebenarnya sukakan perempuan yang bijak. Perempuan lawa lama-lama akan bosankan kau. Aku dah perhatikan lama dah."
"Kau serius ke ni?"
"Ye la. Tapi kalau kau tak nak, aku faham. Aku tak capai standard kau."
"Kau ni perempuan yang paling unik yang aku pernah kenal."
"Aku tolong kembangkan akaun anak kau ya?"
"Kau yakin kau boleh jadi mak tiri yang tipikal macam drama Melayu?"
"Percayalah, Jugra akan ada mak tiri paling cool."
"Ye la tu."

Merlina senyum memandang ladang lembu.

"Wait a minute, ni ladang kau jugak ke ni?" aku tanya Merlina.
"Ye la! Kau ingat siapa punya?"
"Aku ingat Pak Jamil punya."
"Pak Jamil tolong jaga je. Memang Pak Jamil kalau boleh dia nak hire Aborigines je. Orang asal kat sini. Sebab dia nak orang asli ni mampu berdiri di kaki sendiri, ada modal dan mampu menguruskan ekonomi sendiri. Tapi yang pekerja dari Bharat dengan Filipina ni aku hire je lah, sebab dorang pun ada kebolehan."
"Banyaknya kau tolong orang ni, Mer."
"Bila kau kaya, kau boleh tolong orang. Kau miskin, nak tolong diri sendiri pun susah. Ha, pasal harta al-Daulah tu, kau percayalah dengan aku. 3% tu tak banyak pun."
"3% tu pun dah billion woi, Merlina!"
"Nanti aku bayar zakat la! Baru boleh tolong umat Islam!"

--

Penduduk Wijayapura yang tidak ada tempat tinggal, hanya duduk di dalam khemah, dalam keadaan yang daif dan tidak mempunyai kelengkapan. Selimut dan bantal pun diberikan UNHCR serta dengan bantuan dari Ali.

Hati Ali merasa sebak melihat orang ramai beratur panjang untuk makanan. Bayi menangis sambil dipujuk oleh ibunya, sementara yang tua menanti makanan disediakan.

"Perang ni perang yang bodoh, dari dua orang tua yang bodoh," kata Ali sambil menggenggam tangannya menahan kemarahan dalam hati.

Kecik dan dua orang pengikutnya, Joni dan Lias memikul beras untuk dimasak, sementara yang lain bekerjasama untuk makan malam nanti.

--

Ali, Kecik dan Ustaz Bakar duduk bertiga di dalam masjid sementara menunggu ketibaan waktu Isyak, berbincang tentang hal-hal kebajikan yang perlu dilakukan oleh Ayam Hitam.

"Sampai bila dorang nak duduk dalam khemah? Aku tak sampai hati tengok orang tua, bayi tidur kat tempat macam tu," kata Ali.

"Untuk sementara waktu, bro Ali, kita pakai dulu kontena yang ada kat pelabuhan tu untuk kediaman sementara," kata Kecik.

"Azlan ada beritahu Jamil, yang bila Merlina dah siap uruskan semua hal harta keluarga al-Daulah tu, dia akan bayar zakat harta kepada baitulmal yang kita akan uruskan. Kemudian dari wang tu, barulah kita semua boleh bina rumah untuk rakyat ni," kata Ustaz Bakar.

"Tapi kalau Jeneral Yahya tanya duit ni datang dari mana, kita nak jawab apa?"
"Puan Faridah ada beritahu, yang dia akan minta tolong Azlan untuk minta pinjam wang dari Arab Saudi, kemudian kita cakap la, dulu dulu tu ada wang zakat Gelanggayu," kata Ustaz Bakar.

Ali mengangguk bersetuju. Lagipun walaupun sebelum perang lagi Azlan dah letakkan masterplan, tapi ibunya Puan Faridah yang banyak susun atur semua ni untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Puan Faridah susun benda ni di luar pengetahuan Pengetua, kerana memang Pengetua nak kejar harta keluarga al-Daulah yang berbillion dolar tu.

Kalau jatuh ke tangan Pengetua, kroni kapitalis dan mereka yang berpusat di Wall Street dan Washington DC yang akan menikmatinya, bukannya rakyat terbanyak.

Kerana itu Faridah bertindak bekerjasama dengan Jamil untuk uruskan wang tersebut dipindahkan ke nama cucunya, Jugra, melalui Azlan sebagai penjaganya.

"Leceh jugak kalau ada Melayu jadi manusia tak percaya Tuhan macam Jeneral Yahya ni," kata Kecik.

Ali pun faham perangai Pengetua yang allergik sikit dengan benda yang berasaskan agama ni. Dia pun tahu benda ni dari arwah Tok Aki dulu.

"Sementara tu kita kena bawa dulu kontena-kontena kosong tu untuk penduduk yang tak ada rumah. Kalau tak cukup, aku minta kontena dari Majapahit untuk support penduduk kita sementara rumah-rumah tu belum bina lagi," kata Ali.
"Ayuh, kita solat Isyak dulu lepas tu kita bincang lagi apa yang kita kena buat," kata Ustaz Bakar.
"Baiklah, Kecik, kau azan."

--

85% rakyat Temasik tidak bersetuju bergabung dengan Gelanggayu

TEMASIK - Cadangan untuk menggabungkan Gelanggayu dan Temasik tidak dipersetujui oleh rata-rata rakyat Temasik, menurut survey yang dilakukan oleh IpSos.

Menurut survey tersebut, antara faktor mengapa rakyat Temasik menolak perkara tersebut ialah faktor taraf pendapatan penduduk yang tidak setaraf disamping Gelanggayu baru tamat perang saudara, mengakibatkan kerugian besar.

--

"Bagus, lagi bagus! Kitorang pun tak hingin nak bergabung dengan negara macam Temasik yang dah hilang jati diri. Bercakap sesama Melayu pun cakap English! Puihhh!" kata Ali sambil baca suratkhabar.

Hari ini Ali menjenguk kawasan pelarian orang ramai, dan sedang memikirkan macam mana nak bagi pelarian perang ni hidup selesa selepas ini.

"Aidil, Idlan, jangan main kat situ. Situ ada banyak periuk api! Azam, kau tengokkan adik kau, mak nak jaga Saleha ni," kata Hayati.

Azam berjalan ke arah padang itu, berhati-hati.

"Aidil, Idlan! Balik!"

Aidil dan Idlan tidak mempedulikan abangnya, sibuk main kejar-kejar.

"Mak, Aidil dengan Idlan degil."
"Eiii, budak-budak ni, degil betul," Hayati capai ranting pokok untuk libas anak-anaknya.

Dalam dia berjalan tu, tiba-tiba kakinya terpijak periuk api dan meletup. Hayati sempat mengelak namun kakinya hancur akibat letupan.

Azam tergamam, tak tahu buat apa.

Aidil dan Idlan terus berlari ke arah ibu mereka, dan tanpa mereka sedari, mereka juga terpijak periuk api.

"Aidil, Idlan! Makkkkk!" jerit Azam. Azam panik, dan terus berlari kaki ayam menuju ke masjid. Dia nampak kereta 4×4 lambang Stone Cold ada di depan masjid.

"Bro Ali, tolong! Mak saya dengan adik-adik saya terpijak periuk api!"
"Masya-Allah! Kecik, Joni, Lias! Ikut aku!" kata Ali, terus sarung kasutnya.

Hayati, Idlan dan Aidil dikejarkan ke pusat rawatan yang berada di tepi masjid.

Tapi Aidil dan Idlan mengalami pendarahan yang teruk, dan Hayati pula kehilangan kedua-dua kakinya.

Kedua-dua adiknya meninggal dunia beberapa minit kemudian.

--

Aidil dan Idlan dikebumikan di sebelah kubur ayahnya, Ismail. Tanah masih lagi merah, tapi dua orang ahli keluarganya telah terkorban.

Dalam kesedihan itu, Azam solat hajat dua rakaat, meminta agar dirinya diberikan kekuatan untuk keluarganya.

Dalam dia menangis dalam sujud itu, dia berdoa semoga satu hari nanti keluarganya dapat hidup senang dan tidak menderita seperti sekarang.

Selesai solat, dia toleh ke belakang, dan dia nampak Ali bersila di belakangnya.

"Eh, bro Ali?"
"Azam, mari sini..."

Azam patuh dan duduk berdepan dengan Ali.

"Pakcik cuba untuk tolong keluarga Azam. Pasal mak Azam punya kaki, buat sementara waktu ni, pakai kerusi roda dulu."
"Terima kasih, bro Ali."
"Berdoalah pada Allah semoga negara ni kembali aman. Insya-Allah, satu hari nanti Azam akan jadi orang yang berjaya, di dunia dan akhirat."

"Azam pergi tengok mak dulu ya, bro Ali?"
"Baiklah, kirim salam mak."

Dari jauh Ali perhatikan Azam.

"Kuat betul mental budak ni. Aku harap masa depan budak ni cerahlah."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro