
2008 part 3
Azlan
Tengku Danish dan Dania ajak kami ke sebuah petempatan Melayu di Australia Barat, iaitu di Kattaning. Asalnya nak pergi Perth je, tapi Merlina, teruja sebab dia ada rumah kat sana.
Katanya bekas pegawai istana, yang kerja dengan keluarga al-Daulah nak ajak jumpa.
Lagipun, sejak perang saudara meletus di Gelanggayu, kami semua stress dengan apa yang berlaku, terutamanya Tengku Dania.
Sejak republikan mengambil alih Wijayapura, semua hak privilege Tengku Dania dan Tengku Danish ditarik. Malah, terdapat macam-macam propaganda dari pihak republikan yang memburuk-burukkan keluarganya, dan dia juga mengalami tekanan perasaan setiap kali dia dimaki beramai-ramai dalam Facebook.
Institusi al-Daulah tidak lagi dihormati, dan mereka menjadi mangsa. Tapi Tengku Dania je lah yang mengalami tekanan tu. Nora dia rilek je, sebab dia tak peduli semua.
Motto hidup dia pun "yang penting kita enjoy", dia sendiri mengaku yang dia tak berminat nak teruskan pemerintahan al-Daulah.
Cuma dia ralat, kenapa gerakan republikanisme ni, tak buat perkara ni secara demokratik dan melalui perang? Haaa, yang ni aku sokong cakap Tengku Danish. Daripada awal lagi aku tak setuju tentang keganasan macam ni.
Aku pernah tanya dengan dia, kalau dia jadi Sultan, dia nak ke buat macam tu?
Dan Nora cakap dengan aku, suruh rakyat sendiri yang pilih, nak sistem monarki, atau sistem republik. Bukannya berperang macam ni. Solusi yang Tengku Danish cakap ni serupa macam apa yang Itali buat pada tahun 1946.
Aku tak surelah kalau Pengetua nak ke dengar pendapat Nora ni. Patutnya kalau aku tau si Nora ni macam ni, tak payah dia declare perang. Tunggu Norman mati, lepas tu Nora naik takhta jadi Sultan, lepas tu Nora buat referendum.
Perjalanan dari Mount Helena ke Katanning memakan masa 3 jam, melalui Great Eastern Highway.
Dari tepi highway, kelihatan Mundaring Marksmen Association, iaitu persatuan menembak di Mundaring. Sejak aku duduk di sini, aku meneruskan dengan belajar menembak, walaupun kaki aku pernah kena tembak dengan sniper.
Kaki aku semakin pulih, alhamdulillah. Cuma aku dah tak boleh nak berlari macam dulu. Masih lagi sakit walaupun 6 bulan selepas peristiwa tu.
Kebanyakan pekan-pekan kecil di Australia Barat, macam Mundaring, Wooloroo, Wootating, Sawyers Valley, Stoneville atau Parkersville, semuanya pekan kecil yang aku rasa penduduk dia di bawah 10,000 orang.
Sebab penduduk Australia Barat ni cuma ada 2.6 juta orang, dan 1.7 juta je dah duduk di Perth. Dan negeri Australia Barat ni luasnya lebih kurang macam India.
Sementara 80 peratus kawasan Australia Barat ni gurun, cuma kawasan sekitar Perth ni je yang ada taburan hujan, termasuklah kawasan Mount Helena ni.
Sejak tinggal kat sini, Jessie dan Tengku Dania semakin rapat, terutamanya sejak Tengku Dania asyik kena serangan buli siber di Facebook, dan baru sekarang dia faham perasaan Jessie bila kena buli.
Memandangkan kat sini kami dah tak ada sesiapa, Jessie pun rasa tak ada guna pun untuk meneruskan permusuhan sejak zaman sekolah.
Kami berenam berhenti di Beverley untuk singgah makan tengah hari, di The Red Vault.
"Aunty Mer, kat sini ada McDonald's tak?" tanya Jugra.
"Tak ada kot. Jugra nak makan apa?"
"Nak makan french fries."
"Alan, kau rasa sini ada ke french fries?"
"Ada kot."
Aku tengok Jugra semakin selesa dengan Merlina, jadi mungkinlah yang dia boleh jadi pengganti untuk Mina.
Aku kena move on dari Nat. Sebab dia pun nampak dah macam move on dari aku, berdasarkan macam mana aku jumpa dia kat Sydney hari tu.
Cuma kalau boleh, aku nak jumpa Rachel. Dia anak aku, dan aku tak pernah lupakan dia.
Suasana di restoran The Red Vault macam mereka baru buka kedai, jadi banyak makanan yang sedang dimasak.
Jadi mereka berenam berjalan di sekitar pekan koboi Australia yang penduduknya berjumlah 850 orang ni.
"Berapa jumlah penduduk pekan ni?" tanya aku pada Merlina.
"Haaa, 848 orang," kata Merlina sambil menggoogle.
"Satu blok flat perumahan rakyat Puncak Jaya. Satu blok flat. My God, macam mana la Ahli Parlimen kawasan ni nak berkempen?" aku gelengkan kepala.
"Weh, weh, kau nak tau berapa keluasan kawasan parlimen ni?"
"Berapa?"
"865,000 kilometer persegi."
"Tu dah macam tiga perempat Gelanggayu dah tu. Besar nak mampos kawasan ni. Macam mana ahli parlimen kawasan ni jaga kawasan? Fuh, kalau aku yang Puncak Jaya yang tak sampai 50 kilometer persegi tu pun aku dah pening."
"Tapi kawasan kau, padat Lan. Last bancian berapa kawasan kau?"
"Pengundi berdaftar ada dalam 89,000, tapi penduduk ada dalam 336,000 orang."
"Sini, penduduk sikit, Lan. Lain tempat, lain cabaran."
"Aku rasa kalau aku jadi ahli parlimen Australia, aku kena ada kapal terbang."
--
Tengku Dania dan Jessie, berjalan di belakang Azlan dan Merlina, berbisik.
"Jessie, you rasa kan, Kak Mer memang nak mengorat Alan ke?"
"Hish, dia selalu cakap kat aku, dia tak suka Alan. Taste muzik orang tua, Linkin Park pun tak tau."
"Seriously, Alan tak tau Linkin Park? Bukan ke dulu dia pernah main konsert dengan Linkin Park?"
"It was a joke. Old joke."
Sementara tu, Tengku Danish dan Jugra berhenti di depan restoran yang bernama Freemason Tavern.
"Kita makan sini lah?" kata Tengku Danish.
"Ish, kau ni, makan kat tempat Freemason. Karang kena buat ritual sembah sesiku L dengan jangka lukis nanti," kata Merlina.
"Bodoh, percaya betul dengan blog teori konspirasi. Entah apa-apa kau ni, nyah!"
Azlan memandang cermin kedai makan dan nampak sign tertulis Open.
"Freemason pun Freemason la, aku dah lapar ni," kata Merlina yang kemudian memimpin tangan Jugra ke restoran.
Tengku Dania berbisik sekali lagi dengan Jessie.
"Kak Mer dengan Jugra memang mesra macam tu ke?"
"Haah, Kak Mer memang mesra pun dengan Jugra."
"Ke, dia nak ambik hati Jugra supaya terima dia jadi mak tiri?"
"Weh, Dania. Kau ni kuat buat propa gosiplah. Patutlah masa kat RPM dulu, macam-macam gosip aku dengar dari mulut kau."
Jessie dah malas nak layan Tengku Dania, dan terus ke restoran.
Azlan dan Merlina berborak pasal sempadan kawasan parlimen dengan penuh minat.
"Kawasan kita duduk, apa?" tanya Azlan.
"Mount Helena? Jap eh, search kat Wikipedia. Haaa, Mundaring, Mount Helena, Beechina, ni semua kawasan parlimen Hassluck. Yang ni kecik je, 1,200 kilometer persegi."
"Kecik kepala hotak kau la, Mer. Tu dah macam seluruh Wijayapura dah tu."
Tengku Dania dengan Tengku Danish dah pandang pelik dengan Azlan dan Merlina.
"Jangan pelik apa-apa la, korang. Dorang ni geography and political nerd," kata Jessie sambil pandang menu.
Sejak Jessie memperkenalkan Wikipedia kepada Merlina dan kemudiannya Merlina memperkenalkannya pada Azlan, dorang ni suka search pengetahuan yang tak pernah orang awam ambik tau.
Tapi Tengku Dania rasa ini taktik Merlina mengorat Azlan. Walaupun Azlan ni mudah tergoda dengan perempuan cantik, tapi kalau perempuan pandai, lagi dia cepat tertarik.
Sebab Tengku Dania pernah curi buku diari Adilah masa ibundanya, Che Puan Amisha datang beraya rumah dia dulu.
Lagi banyak benda panas dalam buku tu.
Menurut buku diari Adilah tu, Adilah akan pastikan dia kelihatan lebih bijak daripada Mina atau Mastura.
Sementara dalam bertiga tu, Adilah nampak lebih bijak, tapi Adilah geram sebab Azlan lebih nampak Natasha yang lebih bijak.
Sebab tu, dalam buku diari Adilah tu ada dia tulis, yang "Natasha ni intellectually smart, tapi socially bimbo."
Sebab itulah Adilah beriya-iya mahu meletakkan Natasha sebagai calon Presiden Gelanggayu, tapi dia sedang tak berpuas hati, memandangkan Pengetua memilih Rahizan sebagai calonnya.
"G'day mate, are you ready for ordering yer food?" kata pelayan restoran.
Untuk memudahkan kerja, semua orang order je Sheppard Pie, memandangkan tu je benda yang dah siap masak.
Orang Beverley memandang mereka berenam pelik sebab nampak sangat orang luar.
"Where yer from, mate?" tanya salah seorang customer yang duduk di sebelah.
"We're from Perth," kata Azlan, malas nak panjang cerita.
--
Azlan
Lagu Sweet About Me dari Gabriella Cilmi, penyanyi pop Australia yang sedang popular di radio-radio Perth, berkumandang di stesen minyak di Kokeby. Merlina tau sebab memang hobi dia untuk discover band-band baru.
Kokeby, Brookton, Pingelly, Poppayinning, Yornaning, Cuballing, Narrogin, sebelum Tengku Danish sekali lagi berhenti di sebuah bandar yang bernama Highbury.
Aku dah tersengih bila nampak perkataan Highbury ni. Hari tu aku ambil gambar dekat signboard Liverpool, hantar gambar ke Aziz. Dia mati-mati ingat aku kat Liverpool England tu. Nasib baik dia tau yang ibu duduk situ dengan Aunty Kathy.
"Mer, kau ambik gambar aku kat sini jap?" aku hulurkan phone BlackBerry aku pada dia.
Tiba-tiba Tengku Dania cuit lengan aku.
"Pakai kamera my iPhone. Lagi clear," kata Tengku Dania, menghulurkan telefonnya pada Merlina.
"Apahal la dalam banyak-banyak tempat, kat stesen minyak ni kau nak ambik?" kata Merlina.
"Kau nampak, Highbury tu?"
"Hekeleh, semata-mata nak troll Ali."
Tengku Danish membeli kerepek potato chips BBQ (dan onion and sour cream, khas untuk Merlina) serta bekalan air mineral dalam perjalanan nak ke Katanning.
Sampai ke Katanning, sekali lagi aku minta Tengku Danish berhenti di sebuah signboard yang tertulis Henry Street. Semuanya sebab aku nak troll Ali yang merupakan peminat Arsenal tegar.
"Takde kerja betul kau ni," kata Merlina sambil mengambil gambar aku.
Kemudian, aku singgah di masjid Katanning dan solat jamak Zuhur dan Asar, sebelum menuju ke tempat yang Tengku Danish nak bawak ni.
Rupanya memang betul ada perkampungan Melayu kat kawasan ni.
"Azlan, perkenalkan, Encik Jamil. Encik Jamil ni dulu pegawai istana, sekarang dia beli tanah kat sini."
"Apa khabar, mate?" Encik Jamil menghulurkan salam.
"Mak! Ayah!" Merlina berpelukan dengan kedua ibu bapanya.
--
Kami semua solat berjemaah maghrib sebelum makan malam, yang dijamukan oleh Pakcik Jamil selaku tuan rumah.
"Haaa, Mer, si Qalish kirim salam," kata mamanya.
"Waalaikumsalam. Qalish kat mana?"
"Melbourne katanya."
"Ramai betul orang Gelanggayu jadi refugee kat Australia ni, ya?" kata Merlina.
"Dah kat sini yang paling dekat. Nak pergi Amerika ke, Kanada ke, jauh."
"Mak ayah saya di Sydney," kata Jessie.
"Ramai saudara mara lari ke Australia. Yang tak sempat lari, entah macam mana keadaannya," keluh pakcik Hashim.
"Jeneral Yahya tu hati dia busuk. Dulu masa tahun '69 dulu, dia la yang bunuh ramai orang Kwantung dulu. Sekarang, dia sibuk nak cakap pasal Sultan langgar hak asasi manusia. Hipokrit," kata Pakcik Jamil yang sememangnya bias dengan istana.
Aku jadi takut dengan Pakcik Jamil ni, memandangkan aku ni dulu anak didik Pengetua.
--
Senyap-senyap, aku dan Merlina keluar dari rumah Pakcik Jamil sebab masa ni je lah yang kami ada untuk berbual dan 'sedang mengenali hati budi', macam jawapan artis dalam majalah Mempelam.
Kami melepak di simpang jalan depan masjid Katanning, memandangkan takde tempat lain lagi kami nak melepak.
"Muka bapak kau macam garang je," kata aku.
"Haha, misai dia la yang buat nampak dia garang. Tapi dia tu okay je. Jenis suka buat lawak. Lega betul aku bila sampai kat sini."
Dengar cerita dari Pakcik Jamil tadi, tentera republikan sudah menakluk tiga buah negeri, Geri, Wijayapura dan Sepetang. Nampaknya dengan ketiadaan sokongan dari masyarakat antarabangsa, tentera Sultan semakin melemah.
"Aku nak tanya kau something la, Mer."
"Apa dia?"
"Siapa Qalish tu?"
"Ala, anak kawan ayah aku. Mak aku dari dulu nak gosipkan aku dengan dia. Entah kenapa entah. Bukan type aku."
"Type kau macam siapa?" tanya aku.
"Macam Daniel Johns. Vokalis Silverchair."
"Tu yang dapat Kimi tu."
"Diamlah kau!"
Aku ketawa, kemudian aku pegang tangan Merlina.
"Haa, pegang tangan anak orang depan masjid! Kena kahwin karang, baru tau!" Merlina cepat-cepat tarik tangan dia dari aku.
--
Pagi Subuh di Katanning, Australia Barat. Alhamdulillah, pagi ni, aku bersolat jemaah bersama Pakcik Jamil dan Pakcik Hashim, dengan membawa Jugra sekali.
Di Australia, budayanya ialah lepak pub sambil tonton Australian Football, kriket atau ragbi. Macam aku perasan, sejak World Cup Rugby tahun lepas, Jugra ni minat betul dengan sukan ragbi, sampai kat sekolah, dia masuk ragbi.
Kehulu kehilir pakai baju Wallabies, baju pasukan ragbi Australia.
Aku tanya kenapa dia suka ragbi, dia jawab, "sebab boleh 'spear' orang".
Spear tu kalau dalam wrestling, tu antara gerakan Bill Goldberg. Jugra suka Goldberg sebab gaya dia lebih kurang Stone Cold, yang disukai Ali. Ali kan idola dia.
Buat masa sekarang ni, aku melayan Australian Football dengan menyokong Subiaco Lions. Sebab tiap kali aku buka TV, pasukan ni mesti menang.
Hari ini, pertarungan antara Subiaco Lions menentang Peel Thunder di Leederville Oval.
Dalam keriuhan itu, Pakcik Hashim berbual dengan aku untuk ice-breaking.
"Dah berapa lama Mer kerja dengan kamu?"
"Dah sepuluh tahun, pakcik."
"Dia macam mana orangnya dalam kerja?"
"Orangnya rajin, kreatif."
"Buruknya?"
"Suka mencarut, makan bersepah."
Pakcik Hashim ketawa. Kemudian pandang ke Pakcik Jamil yang sedang fokus menonton TV.
"Pakcik nak tanya sesuatu, boleh?" tanya Pakcik Hashim.
"Tanyalah?"
"Kamu tau siapa yang tembak kamu?"
"Entahlah. Ada orang cakap geng Pak Wan Radzi."
"Kaki kamu dah baik?"
"Dah boleh jalan dah. Tapi kena jumpa doktor lah, tengok macam mana."
Tiba-tiba datang seorang Aborigines, orang asli Australia masuk ke dalam pub, dan meminta sedekah, sebelum dihalau oleh pemilik pub itu. Pakcik Jamil tahan peminta sedekah tu, kemudian berikan $20 untuk beli makanan.
Peminta sedekah itu memandang Pakcik Jamil dengan perasaan malu, sebelum mengucapkan "thank you" kepada Pakcik Jamil.
"Noonook ngaarnga, okay?" (jangan lupa makan, okay?)
"Koboorlweert." (terima kasih)
"Bahasa apa Pak Jamil cakap dengan dia tu?" tanya aku.
"Bahasa dia lah. Bahasa orang Noongar. Dulu, kawasan ini dipanggil sebagai Kaneang. Perth dulu namanya Whadjuk. Albany dulu namanya Kinjarling. Murray dulu namanya Pindjarup. Mereka, orang Noongar dah menetap kat sini 40,000 tahun yang lalu, dan ada 14 suku tinggal di sini," kata Pakcik Jamil.
Aku tarik kerusi ke depan untuk dengar cerita Pakcik Jamil. Menarik cerita dia ni. Dia macam fasih cerita tentang peribumi kat sini.
"Tahun 1829, kapal British datang, yang diketuai oleh Captain James Stirling, sebab dia rindukan Perth, Scotland, dia sesuka hati tukarkan nama Whadjuk kepada Perth."
Aku melihat lelaki peminta sedekah tu makan pai dari sisa kerana sedang kelaparan, sedangkan di sini ramai orang kulit putih yang gemuk-gemuk semua, membazir makanan yang ada.
"James Stirling buka koloni bernama Swan River Colony, lepas tu, mereka bina petempatan, dengan menghalau orang-orang asli ini ke gurun yang langsung takde makanan."
Aku jadi insaf bila mendengar nasib orang Noongar di Australia Barat ini.
"Inilah akibatnya, bila bangsa terlalu lemah untuk mempertahankan budaya sendiri, di tanah air sendiri. Jadi Melayu di Temasik, dah hilang jati diri. Tak lama lagi, bila republik menang nanti, kita pun jadi macam tu lah. Kau nak, Melayu jadi macam tu kat Gelanggayu?"
Aku hanya diamkan diri, tak bercakap. Aku tak tahu apa aku harus cakapkan.
"Orang Melayu kena lawan penderhaka ni. Jeneral Yahya, Pak Wan Radzi, serta semua yang sokong republikan ni, pengkhianat bangsa Melayu. Sebab mereka ni semua, tamakkan kuasa. Kononnya republik boleh memberi samarata dan keadilan kepada semua. Lepas ni, berbondong-bondonglah orang Kwantung Temasik beli tanah di Gelanggayu, lepas tu tak lama lagi, orang Melayu pun merempat di bumi sendiri, macam orang Noongar di Kaneang, sekarang bertukar nama jadi Katanning. Izham, nama je Presiden Parti Nasionalis. Tapi sama, jual bangsa, takde maruah!"
"Sabar, Jamil," Pak Hashim cuba menenangkan Pak Jamil yang sedang emosi meluahkan perasaannya.
"Kalau nanti bila bangsa Melayu merempat di bumi Gelanggayu dalam negara republik haram ni, kat dalam kubur nanti, menjawablah kau, Jeneral Yahya!"
--
Malam tu, aku dan Jugra pergi ke rumah Pak Jamil. Ada ramai anak-anak Melayu yang tinggal di Kattaning ni, pergi belajar bersilat di padang depan rumah dia ni.
"Daddy, daddy! Macam best je!" Jugra dah teruja melompat-lompat bila tengok orang berpencak silat.
"Tu namanya silat, silat ni seni mempertahankan diri orang Melayu."
Aku angkat tangan dan memberi salam kepada Pakcik Jamil yang sedang memerhatikan anak buahnya mengajar kanak-kanak baya Jugra ni belajar silat.
"Assalamualaikum, Pak Jamil."
"Waalaikumsalam, Azlan. Ada hajat apa datang ni?"
"Jugra, dia berminat nak tengok orang belajar silat."
"Kenapa tengok je, kalau boleh belajar?" tanya Pak Jamil kepada Jugra, sambil membelai rambutnya.
"Daddy, daddy! Bolehlah belajar silat!" Jugra dah seronok sampai tarik baju aku.
"Pergilah belajar. Ajar yang basic je dulu, ya?" kata aku kepada Pakcik Jamil.
Pakcik Jamil kemudiannya mengarahkan anak buahnya untuk ajar Jugra sedikit buah dan langkah silat.
Aku ajak Pakcik Jamil berbual sikit, memandangkan dia ni orang lama istana, dan aku perlukan pengetahuan dari orang macam dia ni kalau aku nak mulakan move ni.
"Pakcik baca puisi kau yang kau tulis kat Facebook. Bunga Bangsaku. Sedap puisi tu," kata Pakcik Jamil, sambil dia tuang kopi ke cawan aku.
"Itu apa yang saya rasakan sekarang, pakcik."
"Sekarang ni, Ayam Hitam dah mulakan perang saraf. Mereka gunakan taktik yang sama sepertimana orang kita berperang dengan Suvarnabhumi semasa Perang Bisik."
Eh, lain macam move Ali ni.
"Macam mana tu, pakcik?" tanya aku.
"Haaa, kalau dulu orang guna taktik berbisik untuk sebar maklumat. Sekarang ni mereka pakai voice note dan BBM je," kata Pakcik Jamil.
Taktik yang Merlina pernah cadangkan pada Ali dulu? Oh, dia nak buat macam ni rupanya.
Ali tahu kerajaan baru republik ni tak boleh detect sebaran dari Bluetooth atau BBM. Kalau dari SMS tu memang senang kena tangkap.
Pakcik Jamil keluarkan BlackBerry dia dari poket, kemudian dia tunjuk Facebook Panji Hitam.
"Siapa ni?" aku tanya Pakcik Jamil.
"Orang-orang istana dah ba'iah dengan Ali. Dan Ali sekarang tengah nak buat langkah, satukan orang Melayu untuk melawan kerajaan ni. Orang-orang Melayu di kampung-kampung, dan orang-orang Melayu yang kelas pekerja. Alah, kau tau la Ali ni macam mana."
Mantap betul gerakan Ali ni.
Pakcik Jamil buka satu video yang dipos di Facebook yang dishare oleh 283 shares. Background hitam, tapi ada suara sahaja.
"Kerajaan republik ini ditaja oleh Amerika dan Zionis Israel! Mereka mahu hapuskan jati diri orang Melayu dan kedudukan agama Islam di tanah air kita. Mereka ini tak ubah seperti penjajah British. Jeneral Yahya kata mereka datang dengan aman, tapi mereka datang dengan membunuh orang Melayu!"
Meremang bulu roma aku bila dengar suara dari video tu. Eh, tapi takkan Pengetua langsung tak tahu menahu tentang ni?
"Ali dah sediakan gerakan untuk kau. Bila kau pulang ke Gelanggayu nanti, inilah base sokongan kau. Sampai sekarang aku kagum dengan mak kau, Faridah. Macam mana dia boleh menyelinap bawah Pengetua dan lepaskan semua ni."
Aku nampak, ibu dah setting berdasarkan perancangan aku, yang aku pernah cakap pada Ali dulu. Lepas ni aku perlu jadi Presiden Parti Nasionalis, dengan Ali mengetuai gerakan Islam dalam parti yang aku rancangkan, bersama parti-parti negeri ni.
Biar pecah dulu. Masanya belum sekarang. Kalau tahun depan pilihanraya pun, memang tak sempat buat apa-apa. Tapi pilihanraya lagi satu, tahun 2014 - yang tu aku rasa sempat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro