Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 2

"Kecik, nanti kau cari orang renovate rumah Jeneral Yahya," kata Ali sambil memandu dan memantau kalau ada sekatan jalan raya.

"Baik, bro Ali."

Keadaan semakin stabil di Wijayapura, tapi di tempat lain masih ada banyak tentera yang masih berpihak dengan keluarga al-Daulah. Pertempuran masih lagi berlaku di pinggir bandaraya.

Dengan menakluk Wijayapura, tentera republikan telah berjaya mengawal perdagangan yang menjadi nadi utama ekonomi Gelanggayu. Begitu juga di kawasan yang banyak dengan sumber makanan seperti Melaut.

Pihak Amerika Syarikat dan Britain dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi agar menyokong Republik Gelanggayu.

Melihat pada ini, dah boleh agak yang Amerika, tak kisah Demokrat atau Republikan, menyokong Republik Gelanggayu. Sama ada Barack Obama, Hillary Clinton, atau John McCain, siapapun menang dalam pilihanraya akan datang, akan berpihak kepada Republik.

Ali tidak menggemari perkara yang macam ni, sebab nampak sangat gerakan republikan ini ditaja oleh pihak luar. Lagipun, dendamnya terhadap Amerika masih membara apabila membedil Iraq dalam Operation Iraqi Freedom lima tahun lepas.

Dalam masa sama juga, Ali rasa keluarga al-Daulah ni menindas rakyat, terutamanya lepas Sultan Norman memerintah sejak 2001.

Ayam Hitam kini menjadi pasukan gerila, tapi dalam masa sama mahu menghapuskan Gagak Merah dan Diamond Hijau.

Bila Ali dapat tahu yang Pengetua memilih Rahizan sebagai bakal Presiden pertama Republik Gelanggayu, Ali rasa sesuatu harus dilakukan supaya Diamond Hijau tidak akan bangkit semula.

Jadi, Ali harus rancang sesuatu agar Diamond Hijau tidak akan kembali lagi.

Walaupun Diamond Hijau sudah teruk dilanyak oleh Ali sekitar tahun 2000 dulu, tapi kalau Rahizan jadi Presiden, semua kuasa ada pada dia, dan dia akan menghapuskan semua geng lain, termasuk Ayam Hitam.

Keadaan di Wijayapura masih lagi dalam keadaan darurat, sana sini masih lagi terbakar dan runtuh.

Perang ini, pada Ali, ialah perang antara dua orang tua yang ego, tak mahu mengalah dan yang menjadi mangsa korban, adalah rakyat.

Dengan mengikut jalan jauh yang disyorkan Fidot, Ali menuju ke Kota Warisan untuk bertemu dengan Sultan Norman yang sedang berada di dalam bunker istana. Jadi, Ali tiba di Kota Warisan dah masuk malam. Elektrik dimatikan, kerana tentera republikan menguasai stesen janakuasa arang batu berhampiran dengan ibu negara ini. Seluruh ibu negara dalam keadaan bergelap.

Lagi satu, stesen janakuasa nuklear yang dirancang secara rahsia oleh Pengetua dan Jeneral Abu Bakar sudah mula beroperasi, dalam skala yang kecil.

Jadi penguasaan tenaga elektrik oleh tentera republikan memang hampir penuh.

Pihak republikan cuba merampas kawasan tadahan air, tetapi setakat ini beberapa empangan air masih lagi dikawal oleh tentera al-Daulah.

Dalam kocek, pistol sentiasa di sisi. Dia tahu, dalam keadaan sekarang, dia perlu berhati-hati.

Ali masuk ke perkarangan istana, dengan beberapa orang prebet tabik hormat padanya.

"Bro Ali!"

Ali membalas tabik, sambil berjalan menuju ke dalam istana.

"Tuanku nak jumpa," kata seorang pegawai tentera pada Ali.

Pegawai itu kemudian membawa Ali menuju ke bunker istana.

"Ali? Apa cerita anak aku?"
"Anak kau okay, Norman. Azlan cakap anak kau Dania kena buli dengan budak universiti, tapi lain semua okay je."
"Siapa buli dia?"
"Budak-budak. Dah, jangan sibuk hal budak-budaklah, Norman. Sekarang, aku dah jumpa pembunuh upahan yang sanggup buat kerja bunuh Rahizan. Tapi aku perlukan US$20 juta untuk bayar dia ni."
"Akaun aku kena beku, Ali."
"Aku tak suruh kau pakai duit kau. Aku nak kau bebaskan Hafiz. Sebelum bini dia pakai duit tu untuk kerjakan kau..."
"Hafiz? Dia khianat aku! Aku takkan lepaskan dia!"

Ali terus cekup leher baju Sultan Norman.

"Kau dengar sini baik-baik, Norman. Dari Wijayapura nak ke sini aku kena drive lapan jam untuk elak kawasan pertempuran, aku kena redah banyak perkara. Aku takde masa nak nonsense dengan kau. Kau nak aku bunuh Rahizan, aku on. Tapi kalau kau tak nak bayar, aku off. Aku bukan kuli hamba kau. Sekarang, kau bebaskan Hafiz, sebelum bini dia yang bebaskan dia, lepas tu dia side ke bini dia."
"Hafiz side siapa ni?"
"Jangan banyak tanya. Kau bebaskan dia dulu, lepas tu baru aku buat kerja tu."

--

Hafiz terpinga-pinga bila tiga orang tentera membuka kunci selnya.

"Dengan titah Tuanku Sultan Norman, kamu, Hafiz Samsudin, dibebaskan."

Hafiz tercengang sebab dia langsung tak tahu apa yang berlaku.

Dia kemudian mengikut tiga orang tentera itu menuju ke kereta perisai yang kemudiannya bergerak ke Kota Warisan.

Hafiz terkejut tengok seluruh Kota Warisan dalam keadaan bergelap. Istana pun tak ada letrik.

"Apa dah jadi ni?" tanya Hafiz.
"Gelanggayu tengah perang saudara. Tentera republik dah kuasai Wijayapura. Kita bertahan kat sini."

Sebaik sahaja masuk ke bunker, Hafiz nampak Ali sedang duduk di atas meja Tuanku Sultan, sambil main daun terup dengan dua pegawai tentera. Sultan sedang berbual dengan seorang pegawainya tentang situasi semasa.

"Ali? Apa kau buat kat sini?" tanya Hafiz.
"Bini kau, berpakat dengan Pengetua. Sekarang, dia dengan jeneral-jeneral dia pegang Wijayapura. Sekarang, Sultan perlukan $20 juta untuk bagi pada aku, untuk aku bayar kepada pembunuh upahan, untuk bunuh bakal Presiden Gelanggayu."

Hafiz terkejut bila dengar Ali selamba cakap macam dia yang berkuasa dalam bunker ni.

"Uncle Norm? Apa dah jadi?" tanya Hafiz.
"Jeneral Yahya dah tarik ramai jeneral dan pegawai tentera untuk di pihaknya. Kita dalam peperangan sekarang. Aku janji, lepas kita menang ni, aku bagi pengampunan pada kau. Isteri kau, Adilah, dah bersama pengkhianat."

Hafiz pandang Ali, dan Ali mengangguk.

"Okay, tapi, tolong jangan apa-apakan Adilah. Dia isteri saya, Uncle Norm."
"Hafiz, kau tak faham lagi ke yang Adilah ni gunakan kau sahaja semata-mata untuk misi dia? Kau sedar tak kau dah kena tipu dengan bini kau?" Ali memegang bahu Hafiz.
"Tapi dia isteri aku. Cuba kalau Dayah dalam situasi ni, kau sanggup?"

"Hafiz, aku dah bunuh bini aku. Kau ingat aku tak sayang dia? Tapi bila dia dengan pengkhianat, takkan aku nak bersama dia lagi?" kata Sultan Norman.

Ali dah fed up dengan Hafiz. Dia ni masih nak fikirkan cinta lagi. Negara tengah berperang, lagi nak fikirkan pasal benda macam ni.

Untuk Ali, misi dia cuma nak bunuh Rahizan je, cuma dia tak nak tangannya kotor. Dia mahu tangan itu dari tangan Sultan.

Dia boleh je buat benda ni, tapi dia tak nak ada masalah dengan hubungan dia dengan Pengetua. Senang cerita, dia makan dua kolam, tapi dia nak hapuskan Rahizan dan Izham dengan tangan Sultan.

--

"Bro, apa maksud Sultan, harta dia kena beku?" tanya Kecik dalam trak.
"Harta dia bukan kena beku."
"Habis tu?"
"Masa dia tengah high dadah, aku suruh transfer semua harta dia kat Tengku Danish siap sign. Kalau nak keluarkan harta tu, wakil yang pegang harta tu ialah Jamil."
"Jamil? Jamil tu siapa?"
"Pegawai istana, tapi lari ke Australia. Once Tengku Danish benarkan Jamil uruskan harta tu, then aku akan cakap pada Jamil yang Sultan titah yang dia suruh Azlan uruskan harta tu."
"Berapa jumlah harta tu, bro?"
"Keluarga al-Daulah ni keluarga keempat terkaya di dunia. $250 billion. Kalau Azlan control duit tu, aku dah tak payah dah cari duit lagi. Kita dah boleh berdiri sendiri. Harta yang Aunty Idah bagi kita kat dalam gua tu, kita dah boleh gunakan untuk gerakan Islam antarabangsa kita."
"Mak datuk, bang! Kaya betul keluarga al-Daulah ni!"
"Kalau menjadi perancangan aku ni, Azlan akan control duit tu. Patutnya duit tu kalau apa-apa jadi pada Norman dan Danish. Lepas tu jatuh pada Jimmy. Kemudian Tengku Hisham yang duduk London tu. Kemudian anak Tengku Razak tu. Tapi yang tu dengar kata dah mati kena bom. So, waris terakhir yang mewarisi keturunan al-Daulah ni, Jugra. Tapi bila dah pindah macam ni, ini bukan sahaja mengelakkan dari pihak republikan tahu harta keluarga al-Daulah dan rampas harta mereka, ini juga akan elakkan Jimmy untuk naik semula."
"Tapi Jamil tu bagi ke Azlan tu control?"
"Kena ingat, Jugra tu anak Mina. Maknanya anak Azlan tu berhak naik takhta kalau apa-apa jadi pada semua nama aku sebut tu."
"Tapi kalau pindah macam tu, mestilah family dorang akan bantah?"
"Apa boleh buat, Sultan dah sign surat kebenaran tu."
"Peh, macam mana bro Ali buat macam tu?"
"Orang kalau asyik hisap dadah je, bila barang putus, dia akan sanggup buat apa saja," Ali ketawa.

Ali dapat BBM dari Faridah.

"kau dh smpi kota warisan?"
"ya aunty."
"pak jamil ckp, dia suruh budak kau ambik alat2 nobat kat istana. simpan alat2 tu di rumah pak nayan di kg acheh."

"Kecik, kau suruh Mail, dengan Joni dan Lias datang sini, lepas tu ambil alat-alat nobat kat istana. Hantar ke rumah Pak Nayan."
"Kat mana tu, bro Ali?"
"Kampung Acheh, dekat dengan Teluk Tenang."
"Melaut? Mak ai, jauhnya."
"Penting ni. Tak ada alat nobat tu, tak jadi semua rancangan kita ni."

Kecik tergaru-garu kepala, tapi dia beri arahan kepada mereka bertiga untuk datang ke istana Kota Warisan untuk mengambil alat nobat.

--

Wan Radzi dapat informasi bahawa Ali sedang menuju ke istana, dan kemungkinan nak ambil alat-alat nobat. Tanpa alat-alat nobat itu, upacara pertabalan diraja tidak boleh diadakan.

Bagi Wan Radzi dan Adilah, kerajaan republik ini cuma kerajaan sementara, sementara untuk mempersiapkan Tengku Ahmad untuk ditabalkan jadi Sultan untuk merampas semula kuasa dari Jeneral Yahya.

Selain itu, Wan Radzi juga tahu yang cincin zamrud Raja Gautama yang sebenar ada pada Jeneral Yahya. Untuk mendapatkan kuasa mistikal, alat-alat nobat dan cincin zamrud ini mestilah dirampas.

Tetapi dalam masa yang sama, Wan Radzi tidak mahu dilihat terlibat dalam serangan ini kerana Ali dan pergerakan Ayam Hitam dianggap penting oleh kerajaan republik dalam menstabilkan keadaan negara semasa perang ini.

Maka dia pinjam helikopter tentera Amerika Syarikat, dalam misi untuk merampas peralatan nobat itu, serta kalau boleh, membunuh Ali.

Wan Radzi menghantar orangnya dengan helikopter jenis AH-64 Apache untuk memburu Ali di Kota Warisan.

--

"Baik-baik, gendang, nafiri, nekara, serunai tu semua ada rohnya," kata Pak Nayan.
"Ada roh?" Lias terkejut dan tanya kepada Pak Nayan.
"Bungkus dengan kain kuning tu elok-elok," kata Mail sambil membungkus peralatan tersebut.
"Abang Mail caya ke?" tanya Joni.
"Kau jangan tanya macam-macam, Joni. Abang terima arahan dari abang Kecik. Abang Kecik dengan Bro Ali kejap lagi sampai. Baik kita lekas-lekas kemas," kata Mail.

Beberapa minit kemudian, Ali dan Kecik tiba di balai rong, melihat anak buahnya bekerja mengangkat peralatan nobat itu.

"Pak Nayan dengan pemain nobat semua ikut kami. Mail, nanti kau escort kitorang," kata Ali.
"Baik, bro Ali."

--

Ketika sedang dalam perjalanan, Ali perasan yang ada sebuah helikopter mengikuti konvoi mereka dari belakang.

Ali rasa tak sedap hati, sebab nyawa pemain-pemain nobat terutamanya Pak Nayan ada di dalam lori.

Dia terus BBM Joni di belakang.

"kau tgkkn heli ikut kita tu sape"
"roger bro ali"

Joni beritahu Mail yang berada di belakang lori bersama senjata seperti senapang dan RPG.

Mail pandang ke arah helikopter itu, helikopter itu melepaskan tembakan.

"Tak guna!"

Mail terus capai riflenya, dan terus tembak ke arah helikopter itu.

Joni perasan ada bunyi tembakan.

"bro ali, mail kne tembak"

Ali terus capai RPGnya, kemudian dia nampak Mail dah panjat atas lori, dan terus tembak ke arah cermin helikopter itu.

"Bahaya Mail ni, Mail!"

Peluru dari tembakan helikopter itu terkena dada Mail. Ali terus lepaskan tembakan RPG ke arah ekor helikopter itu, mengakibatkan helikopter itu hilang kawalan dan terhempas.

"Kecik, berhenti!"

Kecik letak lori di tepi. Ali terus lompat dari satu lori ke lori yang dipandu oleh Joni, dan melihat Mail yang sudah cedera parah.

"Joni, Lias, lekas, bawak Mail pergi hospital. Kecik, kau bawak lori ni sampai Pekan Batu Anam. Kat situ Fidot ada kat situ. Orang kita akan lindungi pemain nobat ni sampai rumah Pak Nayan ni, faham?"

Ali nampak bangkai pesawat helikopter itu, dan dia nampak bendera Amerika di bahagian pesawat itu.

"CIA bangsat!" Ali meludah dengan penuh marah.

Mail meninggal dunia akibat kehilangan darah.

"Mail, Maillll! Mailllll! Aku dah cakap dengan kau, baik kau jaga keluarga kau. Kau nak ikut aku berjuang jugak. Apa aku nak jawab dengan Yati? Anak-anak kau? Azam, Idlan, Aidil, Saleha, apa aku nak jawab pada dorang!" kata Ali, meratap sambil memeluk tubuh Ismail yang sudah kaku.

"Sabar, bro Ali. Ni semua suratan Allah," kata Kecik.

Ali mengelap air matanya, kemudian ucapkan kalimah syahadah di telinga Mail.

"Kita kena gerak sekarang, bro Ali. Kita kena hantar kumpulan nobat ni, kena selamatkan mereka," kata Kecik.

--

Hati Joni dan Lias sayu saat mereka memberitahu berita kematian Ismail kepada keluarganya. Masing-masing masih kecil lagi, dengan Azam yang baru berusia lapan tahun. Yang kedua, Idlan berusia enam tahun. Aidil lima tahun sementara Saleha berusia tiga tahun.

Joni beritahu keluarga Ismail, bahawa Ismail telah ditembak oleh sebuah helikopter Amerika.

Azam dengar sahaja tentera Amerika membunuh ayahnya, dia terus ke rak CDnya, dan cari semua CD-CD hiphopnya.

Eminem, 50 Cent, Ja Rule, Jay Z - dia kumpulkan semua himpunan kaset dari Amerika, kemudian dia bakar CD itu.

"Aku benci Amerika. Amerika bunuh ayah aku," kata Azam dalam hati.

--

Azlan

Di Sydney, ibu ajak aku dan Merlina ke ICC Sydney, iaitu convention centre yang dibina untuk jadi pusat media Sukan Olimpik 2000 dulu.

Ada forum geopolitik, di mana salah satu speaker ialah George Friedman, seorang penganalisis politik yang menganalisis geopolitik semasa.

Entah kenapa ibu suruh aku dan Merlina ke tempat macam ni. Dia suruh aku pakai suit, aku mujur ada suit. Tapi untuk evening dress Merlina ni aku rasa macam kelakar pulak dia pakai baju macam ni.

"Apasal kau gelak?" tanya Merlina.
"Macam pelik kau pakai macam ni."
"Kau ingat aku tak mampu ke beli baju macam ni?"
"Aku tak cakap macam tu. Cuma aku rasa pelik sebab kau tak pernah dress up macam ni."

--

George Friedman ni merupakan CEO kepada konsultan geopolitik yang syarikatnya bernama Stratfor. Stratfor ni kerja dia ialah jumpa CEO-CEO, menteri-menteri, duta-duta, raja, presiden, dan menasihatkan situasi geopolitik semasa.

Dalam majlis ni, aku bertemu dengan salah seorang researcher dia yang bernama Peter Zeihan. Aku suka bercakap dengan dia sebab dia ni jenis loose sikit, tak macam boss dia, George yang serius macam Pengetua.

Mungkin sebab Peter ni pun baya-baya aku, jadi boleh faham lah. Aku tanyalah pada si Peter ni, apa prospek Gelanggayu lepas tamat perang.

Dia cakap, basically Gelanggayu kena start baru, dan proses pembangunan semula ni biasanya dalam masa 10 tahun. Lepas tu bila dah kembali stabil, dia menjangkakan yang Republik Rakyat Kwantong akan runtuh kerana sistemnya yang mencetuskan hutang yang tinggi semata-mata nak pastikan Parti Komunis terus berkuasa.

Aku berkerut dahi, I mean, really? Kwantong akan runtuh? Dia kata, geografi Kwantong tu dihalang oleh first chain islands - oleh negara-negara yang bermusuhan dengannya, Ryukyu, Goryeo Selatan, Arroyo, Gelanggayu, Temasik, Majapahit, Australia yang semuanya rakan sekutu Amerika Syarikat.

Soalan aku seterusnya, ke mana pula semua kilang-kilang dan pelabur-pelabur yang sedang menggila melabur di Kwantong?

"South East Asia, probably your country. They're the closest."

Dia bagi kad pada aku, untuk aku contact dia bila-bila aku jadi menteri ke apa untuk khidmat konsultan.

Lepas habis berbual dengan Peter, aku pun berjalan dekat area makanan ringan. Ada pulak ham, bacon kat situ. Tak jadi aku nak makan.

Tiba-tiba aku macam kenal bau perfume orang yang berdiri sebelah aku ni.

"Nat?"
"Oh, Alan. Didn't know you're here?"
"My mother suruh I datang sini."
"I see. How's your leg?"
"Okay dah."

Dua-dua terdiam. Malaikat lalu agaknya.

"Rachel apa khabar?" aku tanya Natasha.
"Fine. Dia sekarang tengah practice gymnastics dengan El Regina. She's coaching Rachel now."
"Oh, yang menang pingat emas Sukan Komanwel kat Wijayapura tu?"
"Yes. Dia pergi Beijing Olympics, tapi as a junior squad je. Tak masuk acara, cuma backup untuk senior. Tapi mungkin London next time dia boleh dapat pergi."

Gunawan panggil Natasha untuk berjumpa dengan CEO-CEO yang sedang berbual.

"Okay, Alan. I got to go."

--

Sepanjang perjalanan, Ali diam dan tak bercakap. Dia rasa sedih dengan kematian Ismail. Dia masih ingat masa mula-mula Ismail dan Hayati datang berjumpa dengannya, dengan sebatang kara. Hayati masa tu sedang mengandungkan Azam.

Ismail ni rajin orangnya. Sentiasa nak tolong Ali. Ringan tangan, dan setia dengan Ali. Walaupun dalam geng Ayam Hitam, Ismail cuma pembantu urusan di gudang, tapi Ismail ni punyalah rajin sampai tersusun semua barangannya.

"Bro Ali, kita semua sedih yang Abang Mail dah meninggal. Tapi ramai lagi yang meninggal," kata Kecik.

"Aku sedih, Kecik. Aku sedih."
"Kita semua sedih. Joni dengan Lias tu lagi sedih. Sepanjang perang ni, mereka bertiga bersama-sama kebumikan orang. Hari ni, dorang pula kena kebumikan sahabat sendiri."
"Aku doakan semoga Mail mati syahid, Kecik. Kat syurga nanti dia masuk tanpa hisab. Dia mati demi membela agama, bangsa dan tanah air kita."
"Insya-Allah, bro Ali. Sama-sama la kita doakan. Dah sampai pun Pekan Batu Anam tu. Kita jumpa Fidot kat dalam kem, kita solat lepas tu kita bincang, apa kita kena buat. Bro tenang je, kita sedekahkan Al-Fatihah pada Mail."

Kecik menepuk bahu Ali. Dia belum pernah lagi tengok Ali sedih sampai macam ni.

--

Selepas solat jamak, kumpulan nobat tadi dihantar menaiki helikopter atas arahan Kolonel Firdaus.

Ali, Kecik dan Kolonel Firdaus duduk berbincang apa langkah seterusnya untuk pergerakan Ayam Hitam.

"Kita kena main perang saraf," kata Ali.
"Macam mana tu?" tanya Kolonel Firdaus.
"Kita kena cakap pada rakyat, yang kerajaan republik ni, adalah kerajaan yang tidak sah, dan merupakan boneka Amerika."

Tergamam Kolonel Firdaus dibuatnya, memandangkan dia berada dalam kem tentera republik.

"Bro Ali, saya dalam kem tentera republikan."
"Aku tahu. Aku pun banyak assist dorang. Tapi, kita kena buat benda ni sebaik sahaja Sultan Norman menyerah. Masa tu, aku akan suruh orang-orang aku dalam tentera, untuk suruh Jeneral Abu Bakar, untuk lantik kau jadi Leftenan Jeneral. Kolonel Mahadi akan jadi Mejar Jeneral. Jadi lepas ni, kita akan letak orang-orang kita dalam posisi penting dalam tentera."
"Tapi yang perang saraf tu, kita jalankan, kata kerajaan republik ni tak sah dan boneka Amerika, habis tu, macam mana?"
"Kau buat je ni dulu. Kita tunggu sampai kebangkitan Azlan. Masa tu, kita semua akan ba'iah pada kepimpinan Azlan."
"Azlan jadi Sultan? Ehhh, macam mana tu?" tanya Kecik.
"Kena ingat, anak dia Jugra tu, boleh jadi Sultan."

Kolonel Firdaus dan Kecik bersetuju bersama Ali untuk melaksanakan perang saraf menentang kerajaan republik walaupun dalam kem tentera republikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro