Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 12

Azlan

Ceramah politik Majapahit ni unik sekali. Ini first time aku pergi ceramah politik kat pesantren, ada gig.

Dah la aku terkejut dalam ceramah politik ada konsert, aku lagi terkejut bila Merlina sing along lagu ni, dia hafal macam dia dah biasa dengar lagu ni.

Ini masalah kuasa, alibimu berharga
Kalau kami tak percaya, lantas kau mau apa?

Kamu tak berubah, selalu mencari celah
Lalu semakin parah, tak ada jalan tengah

Pantas kalau kami marah, sebab dipercaya susah
Jelas kalau kami resah, sebab argumenmu payah

Kamu ciderai janji, luka belum terobati
Kami tak mau dibeli, kami tak bisa dibeli

Janjimu pelan pelan akan menelanmu

Ini mosi tidak percaya, jangan anggap kami tak berdaya
Ini mosi tidak percaya, kami tak mau lagi diperdaya

"Lagu apa ni, Mer?"
"Mosi Tidak Percaya, Efek Rumah Kaca!"

Aku terus diam je lah, memandangkan knowledge scene muzik Majapahit Merlina ni memang power.

Ratusan motorsikal membawa bendera warna hitam lambang ayam hitam serta bertulis kalimah syahadah mula datang untuk mendengar ceramah dari calon parti ini.

"Kita seharusnya bersahabat bersama Nusantara! Gelanggayu, Majapahit, Kundur, seharusnya bersatu menjadi kuasa Nusantara di Pentas Sunda! Bersatulah atas nama mukminin! Bersatulah atas nama Bangsa Nusantara! Usahlah lagi kita berpecah belah! Perpecahan ini berpunca dari imperialis Barat Belanda dan Inggris yang memisahkan kita semua!"

Kata-kata penceramah politik Partai Kebangkitan Ummah menyemarakkan penyokong-penyokong yang hadir.

Sebenarnya, ketua umum Partai Kebangkitan Ummah ni ketua Ayam Hitam untuk cabang Depok dan Betawi Selatan. Untuk seluruh Majapahit, ada di Jogjakarta.

Aku tak pernah tengok Bang Iz popular macam ni di luar kawasan Wijayapura. Berbeza dengan Ali, macam mana dia ada pengaruh yang besar macam ni, aku pun terkejut.

Memang jauh beza antara Gagak Merah dengan Ayam Hitam punya pengaruh. Patutlah Ali langsung tak takut dengan Bang Iz.

--

Merlina dapat mesej BBM dari Faridah.

"Eh, ibu kau mesej aku. Dia cakap Pengetua kau sakit jantung."
"Hah?" aku terbangun dari kerusi.
"Dia cakap suruh kau menghadap Putera Muhammad kat Riyadh."
"Sekarang ke?"
"N O W, huruf besar, tanda seru," Merlina tunjuk mesej ibu kepada aku.

--

Aku tahu, ibu perlukan pertolongan aku untuk buat deal dengan Arab Saudi dengan pinjaman wang berlandaskan sukuk. Dengan meminjam wang dari Arab Saudi, Gelanggayu tak perlu lagi berdepan dengan riba' dari IMF.

Putera Muhammad menyambut aku di lapangan terbang. Dia pandu kereta Ferrarinya dan membawa aku ke villanya.

Dengan pinjaman sebanyak $65 billion dari tiga badan kewangan Saudi, Gelanggayu mendapat lebih daripada apa yang hendak ditawarkan oleh IMF.

Putera Muhammad menawarkan untuk membeli kelapa sawit untuk tujuan industri dari Gelanggayu, serta membangunkan pusat hab pengeluaran daging lembu dan kambing di Melaut.

"But under one condition," kata Putera Muhammad.
"May I know what is it, Your Highness?"
"If only my father become King, I can assure you that I can arrange for everything you need, Mr Azlan."

Dia nak suruh aku tolong naikkan ayah dia untuk jadi Raja lah. Tapi tunggulah Raja Abdullah sakit dulu.

--

Jeneral Yahya terkejut sebab tiba-tiba Faridah kata yang terus balik ke Wijayapura, tanpa ke Washington.

"Idah, kenapa tak payah pergi US?"
"Dah dapat dah bantuan kewangan yang kita nak."

Jeneral Yahya berkerut dahi.

"Dari mana?"
"Azlan tolong deal dengan putera raja Arab Saudi."
"What?" Jeneral Yahya rasa pelik dengan arrangement ini.
"Yes, he did it. We got $65 billion from Saudi financial institutions."
"Dah kenapa Azlan ni berkawan dengan Wahabbi pulak?"
"Uncle Yahya, as long as Azlan dah tolong dapatkan duit tu, dah lah. Kenapa tiba-tiba nak tuduh Azlan berkawan dengan Wahabbi pulak ni?"
"You know, I bukannya suka sangat pinjam duit dengan geng padang pasir ni. Buatnya nanti dorang bawa radikal Islam masuk negara kita dan lawan sistem liberal demokrasi dan sekular yang aku nak dirikan di Gelanggayu ni, tak ke naya? Dah la Osama bin Laden tu ada kait mengait dengan dorang. Payah aku nak menjawab dengan Cheney nanti."

"Uncle Yahya, yang penting kita ada duit nak bayar gaji pekerja, lepas tu nak start balik bangunkan infrastruktur. Lagipun pinjaman ni pakai sukuk, tak ada riba'."
"Macam mana pulak pinjam duit tak ada interest ni?"
"Uncle Yahya ni, kalau pakai sukuk, maknanya dia ada investment juga."
"Kenapa kau buat keputusan tak tanya aku?" tanya Jeneral Yahya.
"Uncle Yahya, for once, please stop micromanaging orang. Sebab ni la Mamat marah dengan Uncle Yahya. Suka sangat jadi control freak. Kita dah dapat duit tu, dah boleh bayar gaji pekerja, dah boleh buat pembinaan semula, dah boleh baik pulih saluran air, elektrik, pembentungan. Uncle Yahya tak boleh nak control semua benda especially dalam bidang finance ni. Benda dah sign pun. Duit dah ada pun," kata Faridah.

Terkedu Jeneral Yahya bila Faridah kata macam tu.

"Bukan apa, Uncle Yahya tu dah la tengah sakit, dengan saya tengah pening kepala apa yang Adilah pasang strategi ni, duit takde, banyak tempat dah hancur. Uncle dah menang perang kan? Biar je lah saya uruskan kewangan negara sebab saya dilantik jadi Gabenor. Boleh tak?"
"Kenapa kau tak nak pinjam IMF?"
"Sebab Uncle Yahya juga yang bising yang uncle ni berjuang demi kemerdekaan la, tak nak bumi dijajah lagi lah. Arab Saudi datang nak bagi pinjaman dalam bentuk sukuk. Lagipun senang sikit kalau kita ada hubungan baik dengan Saudi. Senang sikit nak uruskan kuota haji."
"Tapi aku mahukan Gelanggayu yang sekular..."
"Uncle Yahya sorang je lah nak macam tu. Orang kampung ramai yang nak naik haji, nak ada masjid, masih nak ada agama. Lagipun nak sangat bayar riba' kat IMF tu dah kenapa?"

Jeneral Yahya terdiam. Pertama kali Faridah tunjuk perangai dia yang macam ni depan dia.

"Kan saya dah cakap dengan Uncle, saya terima jadi Gabenor Bank Negara ni dengan syarat, saya tak nak Uncle Yahya sibuk kawal saya. Saya tahu la apa yang saya perlu buat," kata Faridah bertegas dengan pendiriannya.

--

Di dalam kapal terbang, Jeneral Yahya langsung tak nak bercakap dengan Faridah. Merajuk agaknya dengan tindakan Faridah yang bertindak tanpa pengetahuannya.

Faridah buat tak tahu sahaja, sebab pada dia, dia dah buat apa yang patut dibuat. Lagipun pinjaman dengan IMF ada bunga faedah, dengan Arab Saudi menggunakan sukuk. Gelanggayu boleh dapat keuntungan bersama Arab Saudi.

Dah lama dalam kapal terbang tu, barulah Jeneral Yahya buka mulut.

"Aku bukan apa, aku tak nak Gelanggayu jadi pusat ternakan terrorist. Aku tak nak Gelanggayu melahirkan lagi ramai ekstremis macam Tok Aki ni."
"Habis tu, kalau sekular ekstrem sampai tolak agama ni, macam mana? Ekstremis jugak kan?"
"Sekularisme memisahkan agama dan negara, supaya unsur-unsur ekstrem tak menular dalam kerajaan."
"Jadi, Uncle Yahya rasa jadi sekular ni tak boleh jadi ekstrem jugak ke?"
"Kau tak faham, Idah. Kau sedang bermain dengan api ni. Republik yang aku bina ni, aku mahu dirikan dengan sekularisme. Kalau aku nak jadi negara republik Islam, baik aku join Tok Aki awal-awal."
"Majapahit pun republik juga, tapi masih boleh mengamalkan agama Islam?"
"Kau tak faham..."
"Nak kena jadi macam orang kafir jugak ke baru boleh jadi sekular macam Uncle Yahya nak? Saya tak faham la, kenapa Uncle ni benci sangat dengan agama ni."
"Sebab Tuhan tak selamatkan anak aku dulu! Tuhan tak selamatkan isteri aku dulu! Jadi semuanya aku kena buat sendiri untuk aku capai apa yang aku nak."
"Antara pinjam duit tak kena bayar interest, dengan kena bayar interest, mana satu Uncle nak? Nak menyusahkan rakyat yang tengah susah lagi ke?" Faridah tinggikan suara.

Jeneral Yahya tergamam. Dia terkejut tiba-tiba anak muridnya yang dia latih sejak dia belum kahwin dengan Mamat lagi, kini sudah berani melawan.

"You have to honour Ali's $50 billion contract. By right, dia ada right untuk saman you kalau you tak bayar. Memang la Ali takkan buat macam tu pada Uncle, sebab dia budak baik, dia masih hormat lagi Uncle, atas apa yang Uncle aniaya mak ayah dia!" kata Faridah.

Jeneral Yahya terkebil-kebil.

"Aku buat untuk kebaikan kita bersama..." kata Jeneral Yahya, terketar-ketar.
"Uncle ada fikir kebaikan Ali? Membesar tanpa mak ayah kat jalanan sejak darjah tiga?"
"Aku jaga dia..."
"Tapi Uncle bukan mak ayah dia. Uncle pisahkan dia dengan ayah dia masa dia hisap botol susu lagi!"
"Untuk kau juga, Idah! Ingat apa kau dah buat dengan Mat Nor dulu?"
"Ya, saya ingat! Tapi tak perlu pisahkan Mamat dengan Ali dan Mawar. Mereka berdua hidup menderita sebab Uncle!"

Disebabkan terkejut dengan sikap Faridah, dia sekali lagi kena serangan jantung.

"Ah, sudah. Makan ubat ni, lekas! Uncle ada hutang dengan ramai orang, jangan mati dulu!" kata Faridah sambil sumbatkan ubat sakit jantung dalam mulut Jeneral Yahya.

--

Adilah

Dengar cerita, Jeneral Yahya sakit jantung dan dirawat di Rome. Betul ke tu? Kalau betul, nampaknya dia dah tak lama dah tu.

Umur dia pun dah 83 tahun. Dah terlalu uzur dah tu. Dah tak lama dah tu.

Cuma sekarang aku kena singkirkan ibu Azlan ni. Sebab dia ni bakal menyusahkan aku untuk buat move jatuhkan Jeneral Yahya. Tapi aku tak boleh buat move tu sekarang. Belum masanya lagi.

Kalau Jeneral Yahya dah mula sakit-sakit, maka ramai pengikutnya akan rasa masa dia takkan lama dan perlu cari tuan baru. Inilah masanya untuk aku susun atur gerak langkah.

Aku kena halang Azlan at all cost. Kalau dia bertanding, kena pastikan dia kalah. Sebab kalau dia menang, dengan bantuan ibu dia, dia akan jadi unstoppable.

Aku hanya nak kau merayu pada aku, Azlan. Susah sangat ke? Aku boleh naikkan kau jadi apa yang kau mahukan. Tapi kau yang ego menolak aku.

Aku juga tahu yang Faridah mahu halang aku. Dengan Faridah ni juga aku akan cantas. Sudah-sudahlah makcik, bersaralah sebelum kau dijatuhkan!

--

"Ni semua fail dokumen yang Dania curi dari office Aunty Dila. Tapi Dania tak faham Mandarin, tapi Dania nampak ada lambang sabit tukul ni, Dania syak Aunty Dila ada deal dengan Parti Komunis Kwantong," kata Dania, sambil menghulurkan semua dokumen yang dicurinya dari fail Adilah.

"Ni ori ke kau photostat? Ke kau scan?" tanya Merlina.
"Dania tak tahu guna mesin photostat."

Merlina tepuk dahi.

"Dah dia ni kerabat. Kerja renyah macam photostat kertas ni mana la dia reti," kata Azlan.
"Dah tu kau curi ni, kau letak balik kertas apa?"
"Kertas kosong."
"Nanti dia syak kau dah jadi geng aku pulak," kata Azlan.
"Tak apa, Dania kenal sangat perangai Kak Dila tu. Dia tu suka cicir barang."

Azlan dan Merlina berpandangan sesama sendiri.

"Aik, macam ni punya perangai pun nak jadi ketua Sayap Kuning? Barai...." kata Azlan.

--

Dalam kapal terbang, Dania nampak Azlan dan Merlina berkongsi earphone dengan mp3 player, dan bergelak ketawa.

Sweet sangat. Dari sini Dania tahu, memang Azlan ni tertarik kepada kebijaksanaan, bukannya kecantikan.

Lepas tu dia tengok je Azlan tidur atas bahu Merlina, dan Merlina buat selamba.

Azlan sebenarnya penat. Dalam masa satu hari dia dari Betawi ke Riyadh, berjumpa dengan Putera Muhammad, lepas tu balik ke Betawi, dan balik ke Perth. Betawi ke Riyadh dah 9 jam. Balik ke Betawi lagi 9 jam. Betawi ke Perth lagi 5 jam.

Sepanjang dua hari ni, Azlan hanya dalam kapal terbang.

Sebaik sahaja mendarat di Perth, kakak Merlina, Marina sedang standby tunggu mereka bertiga yang baru mendarat.

"Fazrul tengah tunggu kat rumah. Kita ada meeting penting," kata Marina.
"Fazrul ada rumah kat Perth?" tanya Merlina.
"Rumah aku," kata Marina.

"I kena ikut meeting ni ke?" tanya Dania.

"Kau wajib ada," kata Azlan.

--

Rumah Marina terletak di Marine Parade Road, yang berada di tepi pantai.

Dania terkejut sebab ada beberapa unit tindakan khas (UTK) yang menjaga kawasan rumah ni. Unit ini semua tabik ke arah Azlan sebaik sahaja Azlan keluar dari kereta, bagai seorang pemerintah.

"Kenapa I...nak...kena ada?" Dania terpinga-pinga.

Marina ambik satu fail, kemudian menghempaskan ke arah Dania.

"Walaupun hari ini adalah kerajaan republik, tapi sebagai warganegara, kau ada hak untuk saman keluarga Wan Radzi kerana mengkhianati keluarga al-Daulah! Kat sini ada sabit kes macam-macam. Bekerjasama dengan pengganas, penyelewengan dana istana, rasuah, mengkhianati negara! Seksyen 121 Kanun Keseksaan, hukumannya, hukuman mati!"

"Jadi, apa Aunty Marina nak saya buat?" tanya Dania.
"Aku nak kau sign report polis ni. Sebab Perlembagaan Republik belum ada lagi. Belum diluluskan ahli parlimen. Kita masih pakai Perlembagaan lama. Sebelum dorang luluskan, baik kau saman dulu."
"Kalau perlembagaan ni diluluskan, report saya ni sia-sia, sebab keluarga al-Daulah tak jadi kerajaan lagi," kata Dania.
"Kau sign tahun 2008. Buat masa ni, perlembagaan lama masih lagi sah. Tahun depan, pilihanraya untuk sahkan kerajaan republik sahaja, untuk sahkan Perlembagaan Republik," kata Marina.
"Jadi, dakwaan kau ni masih lagi sah dan boleh digunakan untuk menghukum Aunty Dila dan Wan Radzi mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 121," kata Fazrul.
"Boleh menang ke?" tanya Dania, pandang pada semua orang.
"Semua hakim yang bakal menjadi hakim-hakim di seluruh Gelanggayu, dilantik oleh aku masa aku jadi Menteri Kehakiman dan Reformasi Mahkamah dan Menteri Dalam Negeri," kata Azlan.
"Dan aku sekarang ialah Peguam Negara. Aku boleh dakwa sesiapa yang aku suka kalau ada laporan polis," kata Marina.
"Dan aku bakal jadi Ketua Setiausaha Negara, yang tugas utamanya ialah merekrut kakitangan awam, yang buat semua paperwork tu," kata Fazrul.

Dania pandang mata semua orang, terkebil-kebil. Marina berdiri di belakang Dania, memeluk tubuh dan berdiri sebelah adiknya Merlina. Fazrul duduk sebelah Dania, menyerahkan pen. Dan Azlan duduk di hadapan Dania.

"Kita akan kalah next election, sebab Wan Radzi jadi pengerusi SPR. Tapi kita akan main propaganda bahawa kerajaan republik ini adalah illegitimate government, tapi ia bukan datang dari mulut aku. Aku tak boleh nampak terang-terang," kata Azlan.

"Habis tu?" tanya Dania.
"Dari mulut kau. Aku hanya boleh backup tapi tak nampak terang-terang. Sebab kau adalah keystone kepada grand masterplan aku."

Azlan tahu Dania ada crush dengan dia. Dan peristiwa yang memalukan di atas katilnya menyebabkan Dania merasa malu dengan Azlan.

Dengan meletakkan posisi yang sebegini, Dania sudah pasti akan rasa terharu, walaupun kerjanya cuma bersifat simbol sahaja.

"Kenapa bukan abang I, Danish?" tanya Dania.
"Sebab dia sotong," kata Marina, direct.
"Weh, kau ni, mulut..." kata Merlina.
"Dania, kau jadi simbol kekuatan untuk wanita Melayu yang menentang kerajaan republik. Aku nak start besok, kau delete semua gambar bikini kau dalam Myspace, Facebook, Tagged, Flickr. Dalam masa sebulan, aku nak kau berpakaian baju Melayu, pakai tudung."
"Hah?" Dania terkejut.
"Kau belajar mengaji dengan Pak Jamil, ini tugas kau, untuk bangsa Melayu!" kata Azlan.

Dania jadi terpinga-pinga.

"Kira kau kena jadi perempuan Melayu terakhir la. Sebab kau tuan puteri. Kau dah tak boleh pakai seksi, pakai bikini don't cha don't cha lagi. Kau kena jadi simbol Melayu. Macam Tun Teja, Tun Fatimah, Puteri Saadong," kata Merlina.

"Kenapa I?" tanya Dania.

"Sebab kau puteri raja. Supaya semua orang Melayu nampak kau seorang yang teraniaya dengan kerajaan republik. Dan kami dari dalam akan sabotaj kerajaan republik ni, sampai semua rakyat memilih Azlan sebagai pemimpin orang Melayu," kata Fazrul.
"Tapi, patutnya Danishlah, sebab dia Tengku Mahkota?" tanya Dania.
"Macam aku cakap, abang kau sotong. Rakyat jelata tak nak pilih sotong jadi pemimpin. Lagipun, Jugra adalah pewaris keluarga al-Daulah," kata Marina.
"Tapi I cakap terang-terang, Danish tu memang tak nak jadi sultan," kata Dania.
"You're looking at the next sultan," kata Azlan.

Dania terkejut.

"Are you guys plotting against my father?" tanya Dania.
"No, your Aunty Dila does. Kami cuma nak mengembalikan pemerintahan keluarga kita, sebab lepas Tuanku mangkat, ada tiga orang yang sah untuk menjawat jawatan Tuanku. Jimmy, Tengku Hisham, atau Jugra," kata Azlan.
"Dalam tiga ni, your father trust Azlan je. Meaning, Jugra sebagai penyambung keturunan," kata Fazrul.
"Meaning, you'll get nothing from Jimmy or Tengku Hisham. But dengan Jugra, via me, you can get a deal. I will give your palace and your estate, but you give me the legitimacy to rule," kata Azlan.

Dania terkebil-kebil.

"Maknanya, kau mengiktiraf Azlan sebagai penyambung al-Daulah, sebab after all, Azlan ni keturunan Tengku Ishak," kata Marina.

"Are you the one yang Sayyid Muluk cakap dalam prophecy dia tu? I tau pasal cerita tu dari Aunty Mina," kata Dania pada Azlan.

"I don't know. But, just sign. Do what you must do, for your people," kata Azlan, sambil menyerahkan pen kepada Dania.

Dania melepaskan nafas, kemudian dia tandatangan laporan polis terhadap Adilah dan Wan Radzi.

"Secara officialnya, kita dah lancarkan perang saraf ke atas kerajaan republik ni, idea yang Bro Ali nak. Orang akan cakap republican government ni illegitimate, dan kakitangan awam akan sabotaj kerajaan ni dari dalam," kata Fazrul.

"This is it. We will make it, or we die," kata Azlan, sambil menandatangani di kertas paling hujung dalam fail yang tertulis Operation Chelsea.

"Hehe, harap-harap orang tua tu tergolek macam John Terry ambik penalti itu hari," kata Merlina, merujuk kepada kegagalan kapten pasukan Chelsea menyepak penalti dalam perlawanan akhir UEFA Champions League menentang Manchester United.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro