
2008 part 11
Azlan
"Dokumen apa ni wei? Apa benda business dia dengan Wuhan Institute of Virology ni? Dia buat business senjata biologi ke?" tanya Merlina pada aku.
"Mana aku tau. Tapi ada hubung kait dengan Parti Komunis Kwantung punya projek ni."
"Wuhan Institute of Virology ni ke yang research vaksin untuk selsema burung tahun 2003 dulu?" tanya Merlina lagi.
"Hmm, agaknya dia nak business buat vaksin kot. Ha, eloklah. Dulu laki kau buat virus komputer untuk jual antivirus. Ni kau pulak nak sebar virus pastu nak jual vaksin."
"Tapi, apa kaitan dengan dia pulak? Dia kan business media?"
"Jap, jap. Apa kata kau korek dulu fail dia yang lain."
"Ish, kau cuba tengok ni. Nampaknya, keluarga Widjaja dah beli syer farmasutikal Zhongkwan Companies 20% bernilai $5 billion. Kemudian, kilang memproses sarung tangan, dibina dekat Sidoarjo, Majapahit. Lepas tu, dia bina kilang semikonduktor dengan investment dari Goryeo, SK Hynix kat Teknojaya. Kaya wei Widjaja ni!"
Aku termenung jauh, dan kemudian aku cuba kaitkan dengan dokumen ni dengan pergolakan politik Gelanggayu, apa motif si Adilah ni.
Bila sel-sel otak aku terhubung, aku terus tepuk meja sekuat hati. Terkejut Merlina sampai melatah nama penuh opah dia.
"Apasal kau tiba-tiba tepuk meja macam tu?" Merlina urut dada.
"Sekarang aku faham, kenapa Adilah nak sangat Natasha jadi Presiden Republik yang baru."
"Apa yang kau faham?"
"Gunawan Basuki Widjaja. Tu kan husband dia."
"Maksud kau, dia gunakan Natasha untuk kepentingan dia?"
"Shit! Nat takkan tak nampak game ni? Pengetua pun takkan tak nampak game ni?"
"Jap, apa game dia?"
"Tadi kau cakap, kes selsema burung tahun 2003?"
Merlina mengangguk.
"Ni dia nak buat apa pulak ni?" tanya Merlina.
"Kalau aku cakap ni, kedengaran macam teori konspirasi. Tapi aku rasa, inilah plan dia. Sebab dengan Natasha sebagai ketua pemimpin negara Gelanggayu, bila virus ni tersebar kat sana nanti, maka syarikat Widjaja ni yang akan dapat kontrak edar vaksin."
"Sebab Gunawan?"
"Ye lah. Lepas tu siapa dapat untung?"
"Apa kita nak buat dengan info ni, Lan?"
"Entah. Kau rasa possible tak untuk kita dapat masuk Gelanggayu?"
"Belum boleh lagi ni, Lan. Takde flight yang dibenarkan masuk lagi walaupun perang dah tamat."
"Kau nak tak, kita redah ikut kapal. Info ni kita kena bagi kat Pengetua juga," kata aku.
"Jangan nak mengarut la, Lan. Entah-entah Pengetua pun bersekongkol dengan dia ni. Camni, kita try pakai VPN, pastu kita hantar dokumen ni pada Ali. Dalam hal ni, aku percaya Ali sorang je."
"VPN tu apa? Dan apa Ali boleh buat? Dia mungkin ada ramai konco, tapi kat belah decision making, dia takde."
"VPN tu, virtual private network. Maksudnya kau boleh elak dikesan daripada IP address. Alah, aku ingat kau tau benda-benda gini, Lan."
"Kau nak beritahu Ali jugak?"
"Aku percaya, Ali boleh buat something untuk gagalkan projek Adilah ni. Tapi sebelum tu, kita save semua fail ni dalam hard drive aku ni."
--
Selepas penat berjalan di sekitar bandaraya Betawi, aku dan Merlina terjumpa sebuah warung bakso.
Nampaknya kempen Pemilu Majapahit sudah berlangsung rancak, walaupun pilihanraya akan berlangsung tahun hadapan.
Merlina orderkan aku bakso yang berharga Rp 10,000, serta teh botol yang berharga Rp 2,000. Dia makan nasi goreng sapi, atau nasi goreng daging.
"Kau macam dah biasa je kat area ni. Kau selalu lepak sini ke?" aku tanya Merlina.
"Dulu lah. Zaman aku dengan Kimi dulu. Dia kan ramai kenal dengan band-band macam Changcuters, The Upstairs tu semua. Maklumlah, rock star. Asal, ni first time kau datang Betawi ke?"
"First time datang Majapahit. Tapi aku dah lama teringin nak ke sini."
"Kau pernah jadi Timbalan Perdana Menteri kot. Takkan la tak pernah pergi?"
"Kau kena ingat yang antara Gelanggayu dan Majapahit ni ada Cold War. Walaupun nampak je baik antara dua negara, tapi dua-dua saling sabotaj antara satu sama lain dalam senyap."
"Serius lah?"
"Kau ingat Majapahit tak jaki ke Sultan pergi serang Kundur tahun 2006 dulu? Sebelum tu, masa Temasik kena serang dengan Daulah Islammiyyah under Tok Aki dulu, walaupun Gelanggayu dan Majapahit saling membantu, tapi tu pun sebab Amerika yang suruh. Sebab Bush yang suruh."
"Cakap pasal Bush, kau tengok tak TV hari tu yang Bush kena baling kasut dengan wartawan Iraq? Nampak sangat orang marah dengan dia."
"Macam tu je lah Presiden Amerika. Dia dah nak bersara dah pun. Kena baling kasut pun, besok lusa nanti beban dunia ni bagi je kat Barack Obama. Krisis ekonomi dunia sekarang ni, Obama la kena tanggung."
"Kau rasa kan, Kwantung akan jadi kuasa dunia tak?"
"Kuasa Asia, ya. Kuasa dunia, aku tak rasa mereka cukup mampu untuk jadi macam tu. Sebab penduduk dia ada 1.3 billion orang, yang berjaya capai tahap ekonomi middle class cuma 300 juta. Memang kedengaran ramai, tapi kau ada 1 billion lagi yang hidup di bawah garis kemiskinan. That's not a superpower, Mer."
"Kelakar aku rasa komunis ni. Dalam dorang dok kata dorang nak equality, pada akhirnya berlaku jugak disparity."
"Sebab komunis ni melanggar hukum alam. Dia nak suruh negara yang tentukan segalanya, dari pendapatan, sampai berapa anak boleh lahir. Tak normal."
Merlina tiba-tiba senyum kat aku.
"Apahal kau ni?"
"Aku suka kau sembang serius. Kau tak macam Art Ardan, balak si Jessie. Dia tu suka buat lawak je."
"Aku belum pernah jumpa dia lagi. Asal aku datang office kau je, dia ada kat luar."
"Kaki mengular dia tu. Weh, kau rasa apa plan si Adilah tu ya?"
"Kita kena tunggu Dania la. Setakat ni, kau percaya pada dia. Aku masih ragu-ragu dengan dia. Dia mungkin tolong satu, tapi tolong Adilah sampai sepuluh. Rugi macam tu."
"Trust me, Alan. Dania tu nampak je macam budak jahat, tapi sepanjang kita lepak kat Perth, dia tu sebenarnya okay. Cuma tak pernah ada kawan yang sebenar."
Masa tengah makan tu, tiba-tiba kami berdua ditegur oleh dua orang lelaki, menghulur tangannya dan mahu bersalaman.
"Mas, mas ni temannya Bapak Ali kan?"
"Ya, ada apa?"
Lelaki berdua itu menunjukkan kad berlogo Ayam Hitam, dan memperkenalkan diri mereka sebagai Andi dan Joko.
"Kalau kalian mau ke Gelanggayu, kami boleh bawa kalian ke sana. Bapak Ali punya teman, kami bisa bantu, mas," kata Joko.
"Tak apa, sebab saya ke sini pun ada urusan. Tapi, boleh minta tolong sikit, mas?"
"Ya, apa-apaan aja, mas. Mau tolong apa?"
"Boleh tunjukkan mana pusat Ayam Hitam di sini?"
"Bisa pak! Lepas makan, kita ke sana."
--
Joko dan Andi membawa aku dan Merlina ke sebuah pesantren di Depok, iaitu sebuah bandar suburbia Betawi kira-kira 20 kilometer dari pusat bandaraya.
Ramai pemuda-pemuda terkejut apabila nampak aku dan terus salam cium tangan. Aku jadi keliru, apatah lagi Merlina.
Kelihatan seperti ada majlis keramaian di sini. Macam ada makan-makan.
"Mas Andi, boleh tumpang solat Maghrib di sini?" aku tanya Andi.
"Jemaah terus pak. Sini memang tunggu mas Alan."
Merlina singgung lengan aku.
"Apa dia?"
"Dorang tunggu kita?"
Bila masuk je ke dalam bangunan pesantren, aku nampak Hidayah yang sedang tolong memasak di dapur pesantren.
"Eh, Azlan, Merlina, apa khabar?"
"Eh, Dayah buat apa kat sini?" tanya aku.
"Ada urusan kat sini, uruskan business Ali."
"Ali mana?" tanya aku lagi.
"Ali kat Melaut. Bini nombor dua dia, Rozana, lahir anak perempuan. Alhamdulillah," kata Hidayah.
"Siapa namanya?" tanya aku.
"Nur Nilam Sari."
"Allah!" Merlina terus tepek kepala, ketawa.
"Kenapa kau ketawa?" tanya aku.
"Itu kan lagu Awie. Bini dia nama lagu Search. Memang kaki rock kapak si Ali ni," kata Merlina, yang kemudiannya disambut oleh Hidayah.
"Zaman Kak Dayah dulu, orang panggil rock kangkang."
"Ya, ya!" kata Merlina bertepuk tampar dan ketawa.
Teruknya knowledge muzik tempatan aku ni. Aku tak tahu lagu tempatan paling popular rupanya.
--
Hidayah ajak Merlina berborak di dapur sambil temankan dia mengupas bawang.
"Kupas bawang sambil borak, orang tempat akak kata, membawang!" kata Hidayah.
"Akak, saya suka la makan rendang akak tu. Sedap sangat. Hari tu Ali bawak pulut kuning dengan rendang tu, sedap! Tapi tu la, Merlina tak pandai masak."
"Merlina kalau nak pandai masak, mari belajar masak dengan Kak Dayah. Kita belajar basic dulu. Kuih-kuih yang mudah dulu. Dah pandai nanti baru boleh belajar lauk."
"Itulah, saya teringin juga nak belajar masak. Ibu saya dah la orang Minang. Dia pentingkan anak perempuan pandai masak ni."
"Minang ya? Tak apa, akak tahu nak buat juga tu."
"Akak pandai buat masak lemak cili api daging salai?"
"Allah, tu umur 9 tahun mak akak dah ajar."
"Nak! Nak!" Merlina seperti kegembiraan.
Ada budak Ali bawak pinggan dan letak ke tepi.
"Kak Long, ni nak letak mana ni?"
"Letak hujung situ."
"Tu pekerja Ali ke?" tanya Merlina.
"Haah. Tapi Ali layan dorang macam adik-adik dia sendiri. Kebanyakannya anak orang setinggan, rumah flat, atau anak yatim tepi jalan."
"Baik la hati Ali."
"Sebab dulu dia pun macam tu juga."
"Kak Dayah, nak tanya sikit, boleh tak? Tapi jangan marah tau."
"Ha, tanyalah."
"Akak tak marah ke Ali kahwin lagi satu?"
"Dah akak tak boleh beranak. Nak buat macam mana. Lagipun Rozana tu baik, kat dapur pun rajin."
"Akak duduk serumah dengan Rozana?"
"Haah, tapi sekarang Rozana tengah berbengkung dekat Melaut tu. Lagipun, Melaut aman, tak macam Wijayapura, perang teruk. Melaut awal-awal lagi dah republik."
"Sebab Gerakan Melaut Merdeka pun pakcik Azlan. Osman Kassim tu. Tu yang boleh aman tu. Cuma duit la, asyik jatuh."
"Itulah. Dah macam duit zaman Ryukyu. Duit pokok pisang. Tak ada nilai. Akak ni pun sekarang kalau kat Gelanggayu kena pakai USD je dulu sementara nak tunggu matawang baru ni."
--
Ali sedang mendukung anak perempuannya, Nur Nilam Sari sambil melihat ayam-ayam yang sedang berkejaran di tepi sawah.
"Berapa lama awak ada kat sini?" kata Rozana yang bawa kopi Cap Burung ke luar rumah.
"Lama sikit lah. Sampai awak sihat?"
"Kak Dayah masih di Betawi ke?"
"Ya, dia tolong orang kat sana. Perlukan bantuan juga."
Ali termenung sambil memandang bukit yang ada ladang kobis, milik keluarga Azlan.
Dan dia pandang tanah miliknya dengan rumah yang dahulunya rumah Tok Aki, kini diubahsuai menjadi rumah anak-anak yatim dan tempat belajar mengaji al-Quran.
Tiba-tiba Ali ternampak uban di janggutnya.
"Eh, janggut aku dah beruban? Aku dah tua dah ni. Dah boleh last song dah ni."
--
Jeneral Yahya baru tersedar yang dia di atas katil. Dia terus meracau.
"Aku kat mana ni?" tanya Jeneral Yahya.
"Hospital," jawab Faridah, yang duduk kat tepi.
"Ye lah, di mana?"
"Rome."
"Fuhhh!"
"Kenapa?"
"Aku takut jatuh kat negara pelik-pelik je. Susah aku nanti. Rome takpe. Aku ada kawan di sini," kata Jeneral Yahya.
"Uncle Yahya rehatlah. Jangan fikir macam-macam. Idah, apa-apa jadi pada aku, cincin zamrud ni, kau serahkan pada Azlan."
Faridah pandang cincin Raja Gautama dan terkejut mengapa Jeneral Yahya yang memakainya.
"Cincin...cincin Raja Gautama?"
"Masa almarhum Sultan Jaafar kena strok, dia suruh aku bagi ke Tengku AR. Tapi aku yang pakai. AR mana tahu cincin ni cincin apa."
"Jadi yang Tengku AR, yang Norman pakai tu?"
"Palsu. Aku beli dekat kedai orang gipsi di London. Cincin yang sebenar aku pegang sampai sekarang."
"Oh, macam tu."
"Kalau aku mati, tolong guide Alan. He's the chosen one."
"Uncle Yahya jangan fikir yang bukan-bukanlah. Uncle rehatlah dulu."
"Kita kena halang Adilah. Aku rasa kau pun tahu kenapa. Aku risau kalau mereka yang jumpa dulu harta al-Daulah tu. Mereka nak naikkan Jimmy jadi Sultan."
Faridah berfikir panjang. Dia tahu Azlan ada connection dengan anak Gabenor Riyadh, Putera Muhammad. Buat apa nak mintak IMF kalau boleh mintak Arab Saudi sahaja.
Tapi kena jadi Islamik sikit lah. Kalau ikut IMF kena liberal. Kena ikut value Amerika. Sementara Jeneral Yahya tengah terlantar sakit, biar dia buat keputusan ini.
Lagipun solidariti sesama Islam ni bagus juga. Rakyat Gelanggayu pun ramai konservatif Islam. Dia nampak Ali pun bina akar umbi gaya konservatif Melayu, jadi dia rasa Azlan perlu ambil jalur politik yang macam tu.
Tak perlu ikut lagi kata Pengetua dia lagi.
--
Faridah menghubungi Putera Muhammad melalui pegawai atase Duta Saudi ke Itali di Rome, yang rapat dengan Timbalan Gabenor Riyadh, Sattam al-Saud, yang merupakan timbalan kepada ayah Putera Muhammad, iaitu Salman al-Saud.
Faridah menerangkan sejak perang saudara Gelanggayu, banyak kerosakan yang perlu dibaiki. Mendengar Gelanggayu dalam keadaan yang teruk, Putera Muhammad minta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah untuk membantu negara Islam.
Faridah tahu, dengan keputusan senyap-senyap ini, pasti akan buat Jeneral Yahya akan marah kerana tidak menggunakan lunas Amerika, sebaliknya menggunakan Saudi yang lebih Islamik dan bercanggah dengan prinsipal liberalismenya.
Raja Abdullah tidak menawarkan pinjaman berbentuk riba, sebaliknya dengan diberi konsesi oleh Saudi Aramco dan Petrogayu, untuk membina pusat penapisan minyak terbesar di Asia, di Teluk Kuala Sanglang, di Melaut. Teluk Kuala Sanglang terletak di sebelah Teluk Tenang, secara sukuk.
Ini kerana Saudi Aramco sedang giat mencarigali minyak di kawasan Teluk Wijaya, dan perlu bina paip sejauh 300 kilometer.
Melalui Saudi Investment Bank yang dimiliki raja Arab Saudi, pinjaman sebanyak $25 billion. Faridah juga berjaya mendapat pinjaman $10 billion dari Saudi National Bank, dan $15 billion dengan Al-Rajhi Bank.
Dengan ini, Gelanggayu tidak perlu meminjam wang dengan IMF.
--
Anggota tentera baru yang baru direkrut, semuanya melafazkan ba'iah khas kepada kepimpinan Ali dan Mejar Jeneral Firdaus dalam sebuah majlis khas pada minggu orientasi.
"Wallahi, wabillahi, watallahi. Sesungguhnya aku bersumpah atas nama Allah Yang Maha Berkuasa, sebagai Tentera Rakyat Gelanggayu, aku tidak akan sesekali mengkhianati agamaku, negaraku dan bangsaku, serta setia bersama perjuangan Ali dan Mejar Jeneral Firdaus dalam Ayam Hitam, selagi tidak melanggar al-Quran dan hukum syarak."
Anggota tentera yang lama, sama ada bekas tentera kuning, atau dari tentera biru, bersama anggota yang baru, semuanya berba'iah kepada Ali.
Siapa yang enggan untuk berba'iah akan dihalang daripada masuk tentera.
Selain itu, tindakan Mejar Jeneral Firdaus memecat orang-orang Wan Radzi dalam tentera menyebabkan Wan Radzi mula naik darah dengan tindakan Firdaus.
Nak tak nak, kena harapkan duit Hafiz yang dah semakin berkurangan, dan mengharapkan Adilah dapat deal dengan kerajaan Kwantong untuk jual vaksin kepada 'supervirus' yang sedang dicipta oleh Kwantong.
--
Adilah
Aku berada di Wuhan, Kwantong untuk melawat makmal yang sedang melakukan kajian untuk menghasilkan supervirus yang bakal membiak dengan begitu cepat.
Tetapi, sudah pastinya perlu untuk aku biayai kos untuk mencipta vaksinnya terlebih dahulu. Bila aku beritahu idea ini ke Majlis Politburo Parti Komunis Kwantong, aku beritahu bahawa inilah cara untuk Kwantong bersaing dengan Amerika Syarikat.
Lagipun inilah caranya untuk aku jatuhkan Yahya dan Faridah yang memang ada banyak kabel dengan Barat.
Bukan aku tak tahu yang arwah Mina tu saudara kepada setiausaha pejabat Presiden Perancis di Palais d'Elysee tu.
Sekarang, Sultan Norman dah mati, dan aku nak gunakan kabel yang dia ada untuk kepentingan aku. Sebab sekarang ini, pertarungan antara aku dan ayah, menentang Yahya dan Faridah.
Ayah kata, kalau aku nak jadi ketua Sayap Kuning dan kemudiannya jadi permaisuri kepada Jimmy, aku kena buat semua ni.
Aku belajar benda ni pun dari Hafiz juga. Dia cipta antivirus untuk lawan virus yang diciptanya. Dan keuntungannya berbillion dolar. Satu dunia beli CD-ROM Y2K dia.
Bezanya, dia cipta virus komputer, aku cipta virus selsema kepada manusia. Tak nak mati, belilah vaksin dari kerjasama aku dan syarikat Kwantong ni. Aku dapat kuasai politik Gelanggayu, dan Kwantong dapat kuasai politik dunia. Win-win situation.
--
Sepatutnya pertandingan e-games Asia berlangsung di Teknojaya pada tahun 2008, tetapi akibat perang saudara yang berlaku di Gelanggayu, acara berlangsung di Temasik.
Maka hari ini Hafiz dan anaknya, Alif mewakili Gelanggayu dalam pertandingan Call of Duty. Alif yang berusia 8 tahun merupakan peserta termuda dalam acara tersebut.
Bagaimanapun, ternyata usia Alif masih lagi muda dan Hafiz pula baru sahaja bermain game ini, maka mereka tidak ada pengalaman untuk menentang jagoan hebat dari negara-negara Asia yang lain.
"Takpelah Alif, janji you pernah wakil Gelanggayu," kata Rachel, yang pujuk Alif dari kesedihan.
"Awak pun wakil Gelanggayu masa Sukan Olimpik nanti," kata Alif.
"I ni atlet gantian je. Kalau ada wakil senior cedera, baru I gantikan dorang. Harap-harap next Olympics kat London nanti, I boleh achieve something."
Mili pula sedang khusyuk memandang bendera-bendera negara-negara yang bertanding.
"You tengok apa tu?" tanya Natasha.
"Okay, sekarang aunty test knowledge Mili. Tunjuk bendera and Mili akan cakap bendera tu negara apa."
"Okay, yang bendera ada roda, oren putih hijau kat tengah tu?"
"Bharat."
"Yang bulat merah tengah tu?"
"Ryukyu."
"Bendera warna merah ada bunga putih?"
"Yang tu Hong Kong."
"Okay, the one yang ada matahari at the white triangle with blue and red colour tu?"
"Arroyo."
"You're a clever girl. Pandai betul you dengan geografi ya?"
"Satu hari, saya nak jadi macam mama."
"Sure, dah nampak dah dari mana kepandaian you ni, Mili."
"Alif menang ke?" tanya Mili.
"Kalah."
"Hmmm, lemah."
"Apa cakap adik macam tu?" Natasha tegur Mili.
"Ye lah, dia tu suka cakap besar. Baru main game kat rumah dah sibuk nak jadi wakil negara."
"Well at least Alif wakil negara. Mili tak wakil negara kan?"
"Memanglah Mili bukan wakil negara, tapi Mili tak cakap besar."
"Okaylah, korang adik beradik janganlah bergaduh, ya?"
Natasha geleng kepala tengok perangai Mili. Dia macam tak suka adik dia lebih daripada dia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro