Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 1

Pada malam tahun baru, tentera republikan yang diarah oleh Jeneral Abu Bakar mendarat di pelabuhan Wijayapura, bertempur dengan tentera yang berpihak dengan Sultan Norman.

Jeneral Abu Bakar perlu menyerang dari Wijayapura, untuk mengepung kawasan ini untuk menamatkan perang ini secepat mungkin.

Pertempuran yang sengit berlaku di kawasan pelabuhan Wijayapura, pelabuhan ketiga tersibuk di dunia selepas Shanghai dan Rotterdam.

Pasukan rejimen artileri diraja al-Daulah bertempur dengan penuh semangat, dengan pembelian senjata artileri MT-12 dari Rusia bertempur dengan rejimen unit komando tentera republikan yang dibantu oleh tentera laut Australia dan Suvarnabhumi.

Kolonel Firdaus memimpin pasukan untuk menawan "beach head" di kawasan pelabuhan, seterusnya memudahkan tentera darat untuk menawan Wijayapura.

Pelabuhan ini adalah 'tempat bermain sorok-sorok' Kolonel Firdaus, bersama Kecik, Joni, Lias serta Ali masa kanak-kanak dulu, sudah pastilah Kolonel Firdaus masak benar untuk bertempur di situ.

Yang mana tentera kuning tapi helmet kepala lambang ayam jantan warna hitam, semua awal-awal letak senjata dan berdamai demi setiakawan 'pengikut Bro Ali'.

Ramai tentera kuning letak senjata, dan berpelukan bersalaman dengan tentera biru yang berlambang ayam jantan warna hitam.

--

Pertempuran juga berlaku sengit di Bandar Tun Zairi Abu Bakar, bandar tentera yang menyaksikan bagaimana pada akhirnya terserlahlah niat sebenar Sultan untuk membina ibu negara bersebelahan bandar tentera itu.

Tentera republikan menyerang dari arah Pekan Batu Anam, di Geri dalam Operation Tun Zairi Offensive, dalam usaha menakluk bandar ibu pejabat tentera Gelanggayu itu.

Menguasai Bandar Tun Zairi Abu Bakar, bermakna menguasai tentera Gelanggayu.

Beberapa buah helikopter mendarat di padang bersebelahan pelabuhan, dan tentera republikan sudahpun menjejakkan kaki dan meneruskan serangan.

Beberapa buah kapal anti-aircraft yang berpihak ke republikan ditugaskan untuk melindungi helikopter ini dari diserang. Serangan amphibious ini dilakukan dengan begitu berdisiplin dan mengikut koordinasi yang ditetapkan oleh Jeneral Abu Bakar.

Perkara pertama yang dilakukan oleh tentera republikan ialah ke stesen-stesen televisyen di Wijayapura, dan menakluk stesen tersebut.

Antaranya, Wijaya TV dan Angkasa TV, dengan kedua-dua pihak memberikan kerjasama tanpa sebarang pertempuran.

Kolonel Hisham Abdul Aziz, dari Rejimen 14, menghantar video rakaman dari ucapan Jeneral Yahya, yang dirakamkan di Temasik.

--

Selamat sejahtera kepada rakyat Gelanggayu yang dikasihi semua.

Saya, Jeneral Yahya Atan, bersama dengan tentera Republik Gelanggayu, memohon agar tuan-tuan dan puan-puan agar bertenang, dan tidak takut kepada kami.

Kami datang dengan aman, untuk membebaskan anda semua dari rejim al-Daulah yang telah membelenggu kebebasan bersuara, menghalang kebebasan ekonomi dan ketidakadilan kepada anda selama ini.

Dengan pengumuman ini, Wijayapura telah menjadi kawasan Republik Gelanggayu, dan proses transisi kerajaan akan dimulakan sebaik sahaja Sultan Norman meletakkan senjata dan menyerah kalah.

Proses demokrasi tulen akan diadakan semula, dengan proses pilihanraya yang adil dan bebas dilaksanakan, dengan pemerhati antarabangsa turut memantau.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan agar bertenang, dan keamanan akan berlangsung semula selepas proses transisi ini dapat dilaksanakan.

Terima kasih.

--

Selain Wijayapura, wilayah yang sudah jatuh ke tangan tentera republik ialah Wilayah Utara, yang akan dijanjikan sebagai wilayah autonomi yang memberi kebebasan kepada kaum Lamas sebagai peribumi untuk menentukan masa depan mereka.

Bagi kaum Lamas, mereka menyokong republikan kerana republikan berjanji akan mengembalikan semua Perkara 5 yang mengatakan negara Gelanggayu akan kembali menjadi negara Persekutuan.

Begitu juga dengan wilayah lain seperti Sepetang, Lingga, Sri Kencanapura, Air Putih, Kenidiri, Ketil, selain Melaut dan Teknojaya yang dari awal sudah jatuh ke tangan republikan.

Penyokong-penyokong pro-republik berhimpun di Bukit Istana, dengan beramai-ramai meruntuhkan tugu Sultan Mansur yang berdiri di depan istana, yang kemudian membakar gambar Sultan Norman di hadapan istana bagi melambangkan bahawa pemerintahan keluarga al-Daulah telahpun runtuh.

--

Pengetua bersiap-siap dan bergegas ke kereta untuk ke lapangan terbang Temasik untuk ke Wijayapura, selepas hampir 10 tahun dia dibuang negeri.

Akhirnya, dia berjaya memenangi perang tiga seginya dengan Sultan Norman dan Tok Aki. Pengetua berjaya mengasaskan republiknya yang diimpikan sejak dahulu lagi.

Lagu William Tell Overture berkumandang dalam kereta Pengetua dengan Jeneral Yahya tersenyum gembira.

"Finally, Pengetua. Kita berjaya juga dalam perang ni."
"Misi kita belum tamat lagi, Hizan. Kau kena ingat, lepas menang ni, kita kena sekat pengaruh Pak Wan Radzi dan anaknya. Jangan biarkan mereka hijack perjuangan kita selama ni."

--

Kapal terbang yang membawa Pengetua dan Rahizan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wijayapura, dengan dijaga ketat oleh tentera republikan.

"Kau nampak nama lama airport tu? Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Jaafar. Dah jadi republik negara ni, takkan nak letak nama macam ni lagi, betul tak?" kata Pengetua.

Rahizan senyum, membayangkan nama dia yang akan diabadikan pada lapangan terbang ini, memandangkan dia dipilih oleh Pengetua sebagai calon Presiden Republik Gelanggayu yang baru.

Sebaik sahaja keluar dari kapal terbang, jurufoto dan wartawan semua mengambil gambar Jeneral Yahya dan Rahizan yang kembali ke Wijayapura selepas sekian lama meninggalkan negara ini.

"Sepuluh tahun aku tak boleh balik negara ni, Hizan. I'm back!" jerit Jeneral Yahya, sambil melambai ke arah jurufoto.

Para wartawan dan jurufoto semua mengambil gambar Pengetua dan Rahizan, sambil Jeneral Abu Bakar, jeneral yang bertanggungjawab merampas Wijayapura dari keluarga al-Daulah, datang bersalaman.

"Kau cakap pada wartawan semua, jumpa di bangunan Parlimen lama. Kita adakan press conference kat situ," Jeneral Yahya berbisik dengan Jeneral Abu Bakar.

Ego Pengetua hari ini mencanak naik. Buat kali pertama dalam sejarah sejak keluarga al-Daulah mengasaskan Kesultanan Gelanggayu pada 1408, keluarga al-Daulah tidak lagi relevan pada negara ini. Genap 600 tahun, dia yang berjaya memadamkannya.

Dia rasa sebenarnya dialah orang yang telah dikatakan oleh Sayyid Muluk itu, walaupun punca revolusi dan perang saudara ni bermula dari Azlan yang ditembak pada demonstrasi jalanan.

Tetapi dalam fikirannya, masih berfikir tentang anak didiknya itu. Pengetua tahu, yang dia masih dikelilingi oleh golongan yang setia pada Pak Wan Radzi. Bahkan mereka ini boleh sahaja angkat Tengku Ahmad sebagai Sultan yang baru kalau mereka tidak berpuas hati dengan Republik.

Jadi, dia perlu merancang secara berhati-hati untuk mula menyingkirkan pengaruh Pak Wan Radzi dan anaknya, Adilah dalam masa akan datang.

Buat masa sekarang, ialah asaskan kerajaan republik yang baru. Dalam keadaan krisis ekonomi dunia yang sedang melanda sekarang, mungkin Gelanggayu sukar untuk mendapatkan bantuan dari negara luar.

Kenderaan yang membawa Pengetua dan Rahizan bergerak ke bangunan Parlimen lama Wijayapura untuk sidang media di situ.

Dengan tentera pro monarki bertahan di Kota Warisan, kerajaan buat sementara waktu kembali ke ibu negara lama, Wijayapura yang kini menjadi sebahagian daripada Republik Gelanggayu.

Sebaik sahaja tiba di bangunan Parlimen lama, Jeneral Yahya, Rahizan dan Jeneral Abu Bakar disambut oleh Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat di bangunan Parlimen.

Fazrul, yang merupakan setiausaha kepada Speaker, turut berada di situ, berdiri sebelah Faridah Ismail, yang bakal menjadi Gabenor Bank Negara.

Bendera Republik Gelanggayu yang berwarna biru, dengan gambar kapal, serta ikatan padi dikibarkan di depan bangunan Parlimen lama.

Pihak tentera republikan sedang memasang barb wire di keliling Parlimen lama ini untuk memastikan ia tidak diserang oleh tentera al-Daulah.

Sidang media dihadiri oleh pelbagai media antarabangsa dan tempatan mengambil gambar empat orang 'founding fathers' Republik Gelanggayu, Jeneral Abu Bakar selaku jeneral yang bertanggungjawab menggulingkan kerajaan al-Daulah, Jeneral Yahya Atan selaku mastermind, Rahizan sebagai bakal Presiden dan Faridah sebagai Gabenor Bank Negara.

Jurufoto dan wartawan bertanya beberapa soalan kepada keempat-empat tentang apa proses yang akan berlaku seterusnya, sebelum bersurai.

--

Pengetua menaiki kereta dan menuju ke rumah lamanya yang lama ditinggalkan sejak dia lari dari Wijayapura. Rumah ini adalah rumah dia dan isterinya, sejak sekian lama dia tinggal di sini.

Dia berjiran dengan Faridah, yang kini memegang portfolio kewangan.

Pemandunya berhentikan kereta di tepi pintu pagar rumahnya, dan dengan perasaan sayu, Pengetua turun dari kereta dan melihat sendiri rumahnya yang dibakar oleh Sayap Kuning 10 tahun yang lalu, kini penuh dengan semak samun.

"Aku dah berjanji aku akan pulang ke rumah kita ini, Laila."

Pengetua kemudian capai telefon bimbitnya, dan mendial nombor Ali.

"Ali, ada benda aku nak cakap."

--

Ali tiba di perkarangan rumah Pengetua yang mulai mereput. Pengetua pula duduk di kerusi cast iron yang semakin berkarat.

"Duduk, Ali."

Ali duduk di kerusi besi karat itu, yang telah dibiarkan sekian lama.

"Azlan apa khabar?"
"Baik je kat Australia tu, Pengetua."
"Aku takde niat buruk pun pada keluarga mertua dia. Mujur dia terselamat dari tembakan tu. Aku harap dia faham benda ni. Sebaik sahaja aku selesaikan si Norman ni, aku nak kau bawa balik dia. Sebab perjuangan masih belum selesai. Orang-orang Pak Wan Radzi perlu kita selesaikan dengan cara yang berhati-hati."
"Faham, Pengetua."
"Lagi satu, aku nak minta tolong kau, renovate balik rumah ni. Buat bentuk lama balik. Agar perasaan rindu aku pada arwah isteri aku terubat."

Ali mengangguk.

"Kau memang seorang yang baik, Ali."

--

Pengetua kembali ke keretanya, dan sayu melihat rumahnya yang dah hampir 10 tahun ditinggalkan, jadi terbiar begini. Dia kemudian pulang ke Bukit Istana, yang kini sudah ditawan oleh tentera republikan.

Dia pandang ke arah gambar-gambar Sultan Gelanggayu dari zaman Sultan Amiruddin yang diturunkan dari koridor istana oleh askar republikan.

"Jeneral," kata Jeneral Abu Bakar, memanggil Pengetua.
"Pada asalnya, niat aku cuma nak sultan kita ni behave like a constitution king. Bertindak atas Perlembagaan. Kau tau kenapa aku nak push sangat jadi republik?"
"Kenapa?"
"Pada tahun 1954, anak kepada pakcik aku, jadi juara catur Eropah. Merata dia lawan dan menang. Cuma di Itali sahaja dia kalah, sebab dia termuntah, sakit masa tu..." Pengetua ketawa mengingatkan peristiwa itu.
"Muhammad Niat, ayah Azlan? Sepupu rupanya. Saya ingatkan dia anak buah Tuan Jeneral."
"Aku sayang Mamat tu. Lebih daripada apa yang dia pernah tahu. Aku anggap dia macam anak lelaki aku. Aku ada anak perempuan, Aminah namanya. Dia selalu mengadu dengan Laila yang aku ni lebihkan Mamat. Dan aku jadi marah bila Sultan Jaafar nak cekau duit kejuaraan Mamat. Itu punca dendam aku. Selain tu, Tan Sri Sir Wan Husin pun asyik cari pasal dengan aku tak sudah-sudah."
"Berapa tahun tuan jeneral rancang ni semua?"
"Sejak aku jadi Duta Gelanggayu ke Amerika. 1955 macam tu."
"53 tahun....wow, dah macam baya saya dah, tuan."
"Tadi, masa aku lalu kawasan Wijayapura, aku nampak hancur teruk bandar ni. Banyak kerja kita ni nanti. Belum fikir pasal hutang yang si Norman ni buat lagi. Tak apa lah, pandailah aku deal dengan IMF tentang ni."
"Tapi perang masih belum selesai, tuan?"
"Tentera Norman hanya berkubu di Kota Warisan, itu sahaja. Kita dah boleh mulakan pembangunan semula sekarang. Baik pulih infrastruktur asas macam bekalan air, elektrik, komunikasi. Yang mana masih intact tu, upgrade balik. Paling-paling dua tahun nak clearkan semua ni untuk bina baru bandaraya ni."

--

"Cheers," kata Jimmy kepada Adilah yang duduk di pehanya.
"Kita kena cepat singkirkan orang tua tu, sebelum nak jadikan you Sultan."
"Macam mana tu?"
"I have a plan. Kerajaan Republikan ni, akan jadi sangat sekular. Betul tak? Kalau kita tengok perangai orang tua tu."
"Betul, betul."
"So, rancangan I kan, I nak suruh Natasha buat polisi yang paling radikal sekular dan buat orang kampung yang konservatif tu benci dengan kerajaan republik ni. Then barulah you muncul sebagai pewaris takhta al-Daulah, untuk claim takhta you."
"Sure ke you rasa orang tua tu takkan melawan?"
"I'm sure dia letakkan 100% bet dia kat anak murid kesayangan dia tu. Tapi dia dah tua. Umur pun dah 83 dah. Larat ke dia nak lawan kita."
"So kiranya kita tunggang dia je lah?"
"Yes, pandai pun you..."

Adilah dan Jimmy snot kokain tanpa disedari yang orang-orang Ali berada di kelilingnya.

--

Azlan

Penerbangan dari Perth ke Sydney memakan masa empat jam. Aunty Kathy rindu sangat kat anak dia, Jessie. Jadi aku, Jugra, Jessica dan Merlina terbang ke Sydney untuk jumpa Aunty Kathy dan Uncle Daniel.

Merlina sewa kapal terbang peribadi untuk bawak kami semua. Masyuk dia ni. Kehulu kehilir pakai selipar Crocs, seluar jeans baju Phat Farm.

Dia ni kaya, tapi bab baju ni dia memang sempoi. Sama perangai macam Ali. Duit berkepuk pun office macam pejabat Stone Cold kat Monday Night Raw.

Aku pandang selipar Croc dia.

"Serius la?"
"Kau nak naik kapal terbang je, pahal nak pakai kasut mahal pulak? Kang aku bukak juga kasut ni, nak tidur dalam kapal terbang."
"Kau bukak kasut dalam kapal terbang?"
"Eh, sukati aku la nak kaki ayam dalam kapal terbang ni. Aku bayar 30 grand kot untuk chartered flight ni," kata Merlina.

Okay, aku tak boleh balas balik point tu.

Ibu di Wijayapura, kini dah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Republik, dengan Fazrul sekarang menjawat jawatan Setiausaha kepada Speaker Dewan. Marina pulak ada kat sana juga, jadi Peguam Negara bagi pihak kerajaan Republik.

Bayangkan, hari pertama tawan Wijayapura je, terus set up government. Memang well prepared Pengetua ni. Dan ibu, memang dah setting awal-awal untuk tak kasi budak-budak Adilah sempat masuk dalam deep state kerajaan republik ni.

Dari udara aku nampak gurun Australia yang luas saujana memandang, dan aku termenung melihat betapa luasnya negara ni.

Bayangkan negara begini punya besar menjangkaui tiga zon waktu. Luas Australia ni luas dua kali ganda daripada Pentas Sunda. Hujung ke hujung memang jauh.

Di tengah kawasan gurun ni, ada petroleum, emas, kuprum, uranium, besi - macam-macam. Australia ni memang naturally ally kepada kuasa besar. Dulu Britain, sekarang Amerika Syarikat.

Aku ke Sydney ni atas arahan ibu, sebab dia nak aku jumpa pakar geopolitik yang bernama George Friedman. George ni, kawan kepada kroni-kroni Pengetua, macam Paul Wolfowitz dan Donald Rumsfeld. Tapi aliran pemikiran dia bukan jenis Kissinger tapi Zbigniew Brzezinski.

Aku juga kena jumpa dengan bekas Perdana Menteri Australia, John Howard untuk buat connection dengan Parti Liberal Australia.

Sebab aku kena buat something kat Australia ni, dari segi connection untuk masa depan aku juga.

Connection ni dibuat oleh Uncle Daniel melalui kawan baik dia yang kini dah jadi ahli Parlimen kawasan Cook, Scott Morisson.

Jadi sepanjang empat hari ni, aku akan buat connection dengan business community dari Australia, yang kini dapat banyak kontrak dari Kwantong dan rantau Pentas Sunda.

Aku bawa Merlina sekali sebab dia pun nak invest dalam industri daging di Australia. Sebab dia cakap dia nak supply daging wagyu ke negara-negara Teluk macam Qatar, UAE dan Kuwait yang permintaan semakin meningkat, sebab orang Arab semakin kaya.

Nak beli ladang lah. Baru-baru ni dia beli habis semua tanah-tanah milik keluarga al-Daulah kat Australia Barat, yang dijual dengan harga lelong akibat kejatuhan keluarga tu.

Di lapangan terbang, kami berempat disambut oleh Uncle Daniel dan Aunty Kathy. Maka berpelukan Jessica sampai menangis bila nampak ibu dan ayahnya masih hidup, sebab dia risau dengan keadaan ibu dan ayahnya yang terpisah dengannya sebelum perang bermula.

Mereka tinggal di - dan aku tak bergurau, sebuah daerah yang dinamakan sebagai Liverpool.

Aku belum pernah sampai di Liverpool, England. Tapi aku dah sampai di Liverpool, Sydney, Australia.

Aunty Kathy dah sediakan nasi beriyani, lauk ayam masak merah dan macam-macam lagi. Rupanya memang ada kedai jual barangan Melayu Gelanggayu dan Majapahit di kawasan kejiranan ini.

"Alhamdulillah, semuanya selamat!" kata Uncle Daniel.
"Aziz okay ke kat sana?"
"Dia kata dia nak tolong Ali. Orang susah ramai kat situ. Walaupun Melaut tak ada perang sangat, tapi duit jadi tak laku. Mampus mati kering orang."

--

Aku bertemu dengan Scott Morrison melalui perkenalan dari Uncle Daniel. Rupanya dia sekarang adalah shadow minister (menteri kabinet bayangan) untuk hal ehwal perumahan dan kerajaan tempatan yang menjadi pembangkang kepada kerajaan Australia sekarang, yang dipimpin oleh Kevin Rudd dari Parti Buruh.

Merlina pula jumpa dengan komuniti korporat Australia, terutamanya yang banyak business di rantau Asia Tenggara. Merlina menerangkan bahawa republik baru ini akan melaksanakan dasar mesra pelabur terutamanya dari Australia, untuk membantu Natasha dalam memperincikan perjanjian perdagangan bebas antara Australia dan Gelanggayu pada tahun 2013.

Dengan kelebihan dia ada rumah kat Katanning, Merlina memang perah betul-betul untuk dapatkan sumber macam besi keluli, tembaga, fosfat, potassium serta deal untuk universiti-universiti di Australia.

Jadi tak ada la sia-sia aku duduk di Australia ni sementara nak menanti kedamaian di Gelanggayu.

--

"Kau tau berapa total business aku dapat kat Sydney ni?" tanya Merlina lepas aku jumpa dia kat downtown Sydney.
"Berapa?"
"Semua sekali AUD 1.2 billion. Fuh!"

Aku tergamam. Sekali datang dia boleh dapat business banyak macam tu.

"Business apa?"
"Okay, deal aku, beli ladang-ladang dorang, in return aku bagi business kat dorang untuk import buat baja."
"Asal, orang sini takde nak kerja buat baja ke?"
"Kos, Lan. Gaji sini berapa, gaji sana berapa. Kita ada kepakaran berbanding Majapahit ke Suvarnabhumi. Win-win situation. Dengan penternakan lembu wagyu aku kat Australia ni, aku boleh jual kat belah Arab kaya tu. Dorang dapat harga baja murah. Jom, aku nak belanja korang makan ni."

--

Merlina belanja Uncle Daniel, Aunty Kathy, Jessica, Jugra dan aku di sebuah restoran makanan Islam di restoran El Jannah, yang diusahakan oleh pengusaha imigran dari Lebanon.

Rupanya Liverpool ni adalah pusat umat Islam di Australia. Kat sini je ada lebih kurang lima masjid dan berpuluh musollah, atau kita panggil surau.

Orang Islam Sydney kalau nak sambut raya, memang ke sini. Memang meriah. Ramai orang Syria, Lebanon, Palestin dan Iraq buka business kat sini. Dan sejak perang Gelanggayu, orang Melayu pun ada ramai kat sini juga selain orang Majapahit yang berjiran dengan Australia.

Masa aku nampak Merlina lap mulut Jugra, serta membantu Jugra dalam memotong daging kebab untuk Jugra makan, entah kenapa aku nampak naluri keibuan Merlina kepada Jugra.

"Jugra, dah darjah dua. Makan potong sendiri la. Kesian la Aunty Mer, nak kena potong untuk kau," kata aku.
"Ala, tangan dia tak pandai lagi pegang pisau. Kang dia tertikam orang, susah jugak. Tapi aku tengah ajar anak kau pegang pisau la ni," kata Merlina.
"Aunty Mer, Aunty Mer!"
"Haaa, ada apa?"
"Kalau Jugra nak order ayam panggang tu, boleh tak?"
"Larat ke makan? Ni dah makan kebab?"
"Ayam panggang tu macam sedap je!"
"Budak ni lapar, sebab sibuk ikut Aunty pergi kelas senamrobik tadi. Banyak guna tenaga," kata Aunty Kathy, nak justify yang Jugra makan banyak kepada aku.

Tapi budak Jugra ni kuat betul bersenam. Kecik-kecik otot dah terkeluar-keluar dah. Takut pulak aku tengok anak aku sendiri ni.

"For a young boy like him, he is quite strong, you know? Uncle punya dumbbell 10kg selamba je dia angkat," kata Uncle Daniel kepada aku.

Aku angguk kepala tanda setuju, memang budak ni kuat angkat-angkat ni. Cita-cita nak jadi Bill Goldberg katanya.

"Tapi make sure habis, jangan membazir," kata aku.

Budak nak membesar, memang kuat makan protein. Aku senyum je lah, sebab tengok Merlina memang layan Jugra macam anak dia sendiri.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro