
2007 part 8
Pengetua mempengerusikan mesyuarat rahsia republikan di sebuah hotel di Temasik, untuk menentukan sistem republik yang bagaimana Gelanggayu akan gunakan selepas berjaya menggulingkan keluarga al-Daulah.
Adilah, yang kini menjadi joint-partner dalam gerakan ini, duduk di sebelah Pengetua, dan begitu juga dengan Jeneral Abu Bakar, serta jeneral-jeneral yang menyebelahi Sayap Biru.
Pengetua mencadangkan sistem republik seperti di Amerika Syarikat, di mana Presiden yang akan menjadi ketua eksekutif dan ketua negara, namun Adilah membantah perkara itu, kerana mahu Parlimen berfungsi seperti biasa.
Pengetua berpendapat bahawa beliau tidak mahu Presiden Republik hanya memainkan ceremonial role, seperti rasmi Parlimen atau beri anugerah sahaja. Presiden haruslah aktif dalam membuat keputusan untuk rakyat.
Datuk Rahizan, yang turut hadir dalam mesyuarat itu mencadangkan agar membuat sistem republik hibrid, iaitu Presiden dan Perdana Menteri kedua-duanya mempunyai kuasanya yang tersendiri.
Presiden akan mempunyai hak dalam menentukan dasar luar, dasar ketenteraan serta mempunyai kuasa untuk veto keputusan Parlimen, kecuali jika undi tersebut mempunyai 2/3 undi majoriti.
Presiden juga berkuasa untuk melantik hakim-hakim dalam mahkamah, serta menjaga Perlembagaan yang baru.
Presiden juga boleh berdepan dengan impeachment jika berlakunya salah laku, sekiranya Dewan Rakyat dengan undi majoriti, bersama dengan Majlis Gabenor-Gabenor turut mengundi.
Perdana Menteri pula berkuasa dalam menentukan hal ehwal dan ekonomi, dan Presiden perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dalam hal melantik hakim-hakim dan beberapa perkara lain yang akan didrafkan dalam Perlembagaan yang baru.
Menurut Datuk Rahizan, sistem ini digunapakai oleh Perancis dan Rusia.
Jeneral Abu Bakar pula menambah, bahawa beberapa orang menteri seperti Menteri Pertahanan, Menteri Perhubungan Provinsi, dan Menteri Luar, dipilih oleh Presiden, sementara menteri-menteri yang lain pula merupakan hak Perdana Menteri untuk melantik, sebelum diluluskan oleh Presiden.
Berbanding pada sistem al-Daulah sekarang, sistem Republik Gelanggayu yang baru ini menjaga pemisahan antara empat cabang kerajaan iaitu eksekutif, perundangan, kehakiman dan tentera.
--
Datuk Rahizan berjalan di belakang Pengetua, dan terus menegurnya.
"Pengetua, sebenarnya apa niat Adilah ada dalam group ni? Saya tak selesa la dia ada kat sini."
"Buat masa ni, aku perlukan dia. Tak ada dia, tak jadi misi kita nak jatuhkan al-Daulah."
"Siapa calon Presiden kita nanti?"
"Natasha."
"Boleh ke, Pengetua?"
"Kenapa kau rasa tak boleh?"
Datuk Rahizan tarik Pengetua ke tepi.
"Ada banyak faktor saya rasa tak boleh. Pertama, susah untuk rakyat Gelanggayu terutamanya lelaki, nak terima perempuan jadi Presiden. Kalau Perdana Menteri, okay lagi. Republik ni benda baru bagi mereka, jadi mereka tak biasa kalau diperintah perempuan. Ini realiti, Pengetua," kata Datuk Rahizan.
"Okay, ada lagi?"
"Yang kedua, suami dia orang luar. Orang Majapahit. Dalam kedudukan geopolitik, ini tak selamat untuk kita. Banyak rahsia-rahsia ketenteraan dan keselamatan akan diuruskan oleh Presiden. Kalau dia jadi Perdana Menteri, dia handle kewangan, pendidikan, pengangkutan, semua ni takpe lagi. Tapi kalau rahsia ketenteraan ni bocor kat Majapahit, macam mana?"
Baru Pengetua terfikir kemungkinan mungkin akan berlaku konflik geopolitik pada masa depan nanti.
"Jadi, kau ada cadangan? Atau kau sendiri jadi Presiden?"
Datuk Rahizan tersenyum tersipu malu.
"Segan-segan pulak kau ni. Kau cakap kau tak nak aktif dalam politik lagi?"
"Sebab kalau ada keluarga al-Daulah. Kalau takde, takpelah. Lagi satu, lepas kita asaskan Republik ni, kita purge saki baki Sayap Kuning ni, termasuklah Adilah."
"Yang tu kita akan fikirkan kemudian, Hizan," Pengetua tepuk bahu Datuk Rahizan.
Datuk Rahizan semestinya mahu menghidupkan semula Diamond Hijau, dan seterusnya menghancurkan Gagak Merah.
--
Angkasawan Negara, Syed Mustaffa telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dari Baikonur, Kazakhstan pada jam 7 pagi waktu di sana, atau 10 pagi di Gelanggayu.
Semua kanak-kanak sekolah Gelanggayu menonton di sekolah mereka secara langsung.
Walaupun Gelanggayu sedang mengalami perang saudara, namun atas ego Sultan, projek ini diteruskan juga.
Rachel turut menonton di sekolah, tetapi dia tidak merasa bangga pun pada negara ini, kerana kerajaan ini memenjarakan ibunya tanpa bicara.
Sudah hampir 3 bulan dia tidak bertemu dengan ibunya, sejak ibunya ditahan oleh kerajaan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
ISA adalah hak eksklusif Menteri Dalam Negeri. Semasa Azlan jadi Menteri Dalam Negeri pun, Azlan pernah gunakan akta ini untuk menahan pengikut Tok Aki serta golongan pengganas.
Sekarang, Menteri Dalam Negeri ialah Kamal Imad.
--
Kamal datang bertemu dengan Natasha di sel ISA.
"Tu laaa, dulu aku nak kat kau, kau sombong, reject aku, Nat. Kau kejar jugak si Azlan tu. Sekarang, mana Azlan ketipang payung kesayangan kau tu? Dah mati kena tembak! Hahaha!"
"Dah kalau mati kena tembak, apahal kau nak tahan aku lagi, Kamal?"
"Saja. Sebab aku sakit hati dengan kau, dulu kau reject aku. Tapi, aku rasa kau tau, Azlan belum mati lagi. Aku pun tak caya dia dah mati. Kau tau dia lari pergi mana?"
"Mana aku tahu!"
"Ala, takkan boyfriend sendiri tak beritahu dia pergi mana? Mesti dia ada perempuan lain kat sana. Tengah curang. Macam dia curang dengan bini dia dengan dengan perempuan Bosnia. Lepas tu dia pun letupkan perempuan Bosnia tu. Tapi rupa-rupanya, perempuan Bosnia tu, agen FSB. Lepas tu FSB bunuhlah bini dia. Dan sekarang, Rusia pun cari dia."
"Aku dah kahwin dengan orang lain lah. Lepaskan aku!"
"Garangnya! Camnilah, Nat. Kalau kau tak tau mana Azlan pergi, aku kasi kau peluang lain untuk lepas. Apa kata kita kasi romen seround, lepas tu aku lepas. Laki kau takyah tau la. Dalam ISA ni semua bawah kuasa aku. Kat sini, aku God."
"You're disgusting pig!"
"Okay la, kau bj je aku."
Kamal mula tarik zip seluar.
"Kalau kau tak nak mati, stop."
Ali acu pistol kat belakang kepala Kamal.
"Aku ni Menteri Dalam Negeri, Ali."
"Aku peduli apa. Bapak kau Timbalan Perdana Menteri dulu pun aku bunuh."
Belum sempat Kamal terkejut, Ali tembak kepala Kamal. Menjerit Natasha histeria, saat otak, daging dan darah memancut ke bajunya.
"Diam, Nat. Aku nak lepaskan kau. Tapi aku akan bawa kau ke Temasik."
"Alan ada kat Temasik ke sekarang?"
"No, yang penting, kau ikut je aku sekarang. Pandailah budak aku cover bangkai si Kamal ni. Kat dalam ni, takde orang apa-apakan kau kan?"
Natasha yang masih ketakutan, cuma mengangguk.
"Orang-orang aku jaga kau kat sini. Sebab tu masa aku dapat tahu Kamal nak datang sini sebab nak buat benda bukan-bukan dengan kau, aku dah sampai sini dulu sebelum dia."
"Ali, kau ni sebenarnya siapa? Macam mana kau boleh ada akses dalam kompleks penjara rahsia ni. Macam mana kau tau semua benda?"
"Aku ada budak kerja sini. Security, polis, pegawai penjara, semua ada kawan aku. Aku dapat tahu dari pegawai kat sini yang Kamal nak jumpa kau. Aku dah tau dah dia ada niat jahat. Sekarang, kau ikut aku."
Budak-budak Ali memadamkan rekod CCTV, sementara beberapa pegawai lain memadamkan rekod kehadiran Menteri Dalam Negeri.
Kalau apa-apa jadi, Ali tunjuk badge Sayap Kuningnya. Maknanya pembunuhan itu dihalalkan Sultan.
Masa masuk dalam kereta, Natasha ternampak badge Sayap Kuning di sebelah wallet Ali.
"Shit, are you Sayap Kuning, Ali?"
"Ya dan tak."
"Maksud you?"
"Aku Ayam Hitam. Semua pihak ada orang aku. Maknanya aku boleh masuk istana, aku boleh pergi rumah Jacob Chong dan jumpa Pengetua."
"You, double agent?"
"Aku agen kepada orang Melayu dan orang Islam."
Natasha memandang Ali dengan perasaan takut, sebab dia tahu tentang keganasan Sayap Kuning.
"Aku nak kau berhati-hati dengan Adilah. Dia yang rancang semua ni."
"Dila? Are you serious?"
"Kau nampak muka aku ni, tengah tersengih gelak macam Azlee Senario ke?"
Natasha geleng kepala, tapi masih takut.
"Jalan cepat sikit."
"Sahari, macam mana?"
"Tu nanti la aku selesaikan. Yang penting Pengetua nak aku selamatkan kau dulu."
--
Ali dan Kecik masukkan beberapa laras senapang ke dalam bonet kereta bersama peluru. Mereka rampas senjata dari penjara untuk digunakan oleh puak Ayam Hitam untuk misi keamanan.
"Ali, dah dua kali you selamatkan nyawa I..."
"Tiga kali, Nat. Masa kau hampir kena rog0l dengan Damian, masa kau kena hampir kena ragut depan kedai bakery Azlan kerja dulu, dengan sekarang."
"Oh ya, tiga kali. Terima kasih, Ali."
Kecik datang ke arah Ali.
"Tak jumpa la sel Sahari," kata Kecik.
"Biar je la dia duduk dalam tu dulu. Karang ada orang selamatkan dia. Biar dia kenal siapa boss dalam underground ni," kata Ali.
"Kita nak pergi mana ni, Ali?"
"Aku nak hantar supply senjata ni, lepas tu nak hantar bantuan kat mangsa perang."
"What? Perang?" Natasha terkejut.
"Aku lupa yang kau kat dalam tu, tak tau apa-apa. Lepas kau kena tangkap dan masuk ISA, Pengetua isytihar perang. Sekarang ni, seluruh Gelanggayu tengah perang. Tentera republik kawal Melaut, sebahagian besar kawasan Wilayah Utara, dengan Teknojaya..."
"Teknojaya ada kapal perang US, bang," kata Kecik dari belakang.
"Oh, lega..." kata Natasha.
"Kau ni memang fikirkan tempat kau je kan? Kau tak tau Wijayapura hancur teruk macam mana?"
"Teruk sangat ke?"
"Dah takde rupa bandar dah. Macam Baghdad. Hancur lebur."
"I tak expect Pengetua akan pergi sampai ke tahap ni."
"Nak buat macam mana bila tentera berpecah dua pihak."
"So kerja you, macam mana?"
"Kerja aku, bagi bantuan kat mangsa, secure supply barangan, jaga logistik, dengan pastikan Ayam Hitam tak tembak sesama sendiri. Dua-dua side ada orang aku."
--
Tentera Amerika dan Australia mendarat di pelabuhan Teknojaya, bagi menjaga kawasan-kawasan sensitif yang penuh dengan teknologi tinggi.
Ini kerana Jeneral Yahya meminta Washington campurtangan di kawasan yang penting untuknya.
Jeneral Yahya berlepas ke Washington untuk bermesyuarat dengan Bank Dunia, serta bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney untuk membincangkan soal pembangunan semula Gelanggayu selepas perang.
Washington DC, yang melihat Gelanggayu sebagai rakan sekutu mereka sejak merdeka, terutamanya hubungan yang baik dengan Jeneral Yahya, bersetuju memberi pinjaman kepada Gelanggayu, memandangkan sudah ada penganalisis politik mengandaikan Kwantong bakal menjadi kuasa dominan di Asia.
Tambahan pula, apabila Kwantong dan Rusia memberi bantuan kepada Sultan Norman, sudah pasti Washington tidak mahu Gelanggayu terlepas dari menjadi sekutu seteru mereka.
Gelanggayu yang kedudukannya strategik di rantau Asia, membantu Amerika Syarikat dalam Perang Goryeo, Perang Dai Viet, Perang Teluk dan Perang Menentang Keganasan.
Tambahan pula Kwantong kini semakin agresif di Laut Wijaya, dan mula mengganggu kapal-kapal Dai Viet, Arroyo dan sekitarnya, menjadikan Washington merasakan semakin penting untuk 'pivot' ke Asia.
--
Tentera pro-Sultan meletakkan senjata mereka dan menyerah kalah apabila mereka dikepung selama tiga minggu di Bukit Batu, di provinsi Air Putih. Kekurangan peluru dan makanan, mereka menyerah kepada pihak republik yang dipimpin Kolonel Firdaus.
Kolonel Firdaus kemudiannya membebaskan askar pro-Sultan dengan syarat mereka ba'iah kepada Ayam Hitam.
Satu demi satu batalion yang pro-Sultan mulai menyerah kerana morale mereka untuk mempertahankan keluarga al-Daulah semakin rendah.
--
"Bro Ali, baru dapat info Fidot baru tawan Bukit Batu kat Air Putih. Ramai geng kita dalam askar kuning menyerah."
"Itu la aku cakap, perang ni perang yang bodoh. Dalam tentera ni berapa ramai yang bersaudara, yang bersahabat, ada yang beripar duai. Sebab dua orang tua ni, kita bunuh darah daging sebangsa kita. Tak ke bodoh perang ni?"
"You pihak mana, Ali?" tanya Natasha.
"Aku pihak negara ni. Bukan Pengetua, bukan Sultan."
"Jawapan you tak clear?"
"Maksud aku, aku tak nak perang ni, tapi memandangkan senapang pun dah berbunyi, bom pun dah meletup, orang pun dah ramai mati, aku kena buat sesuatu."
"Tak kisah siapa yang akan menang?"
"Siapa pun yang menang, aku tak peduli, Nat. Tapi aku peduli dengan tanah air aku. Ke mana lagi aku nak pergi, kalau tanah air aku ni hancur?"
Suara Ali seperti menahan sebak.
"You're doing a great job, Ali. I'm sure people will remember your deeds. Tapi I rasa kalau dalam keadaan macam ni, better Sultan menyerah sahaja lah. Nampak sangat tentera republikan dah rampas banyak kawasan."
"Norman tu ego, dia mana boleh lepaskan macam tu je."
Ali, Natasha dan Kecik berkhemah di kawasan kebun getah, dengan Kecik dengan bantuan orang asli, mendapatkan ubi, ayam hutan dan kayu api.
Natasha nampak takut apabila nampak Ali menyembelih ayam hutan itu.
"Kau dah kenapa? Kau tak pernah tengok orang sembelih ayam ke?"
Natasha geleng kepala.
"Patut la. Kau tau tak, orang kampung masa perang ni, masih boleh survive lagi. Orang bandar? Habis, ranap."
"Hancur teruk ke Wijayapura sekarang?"
"Hancur teruk dah sekarang. Kena bina balik semula."
--
Sambil bakar ayam hutan, Ali dengar bunyi kapal terbang yang begitu kuat melepaskan bom di kawasan berhampiran. Natasha terkejut mendengar bunyi bom itu, dan terus menyorok di belakang pokok.
"Takde apa la tu, tu tentera Sultan bom jambatan tu. Tak nak bagi tentera republik melintas sungai," kata Ali.
"Habis tu, macam mana nak pergi Temasik ni, bang?" tanya Kecik.
"Kena ikut jalan jauh sikit. Ni memang jalan rali punya."
Kedengaran bunyi tapak kaki. Masing-masing capai senapang.
Ali capai obor api dan berjalan ke arah bunyi tapak kaki itu.
Rupanya ada seorang nenek tua dan seorang cucu yang umur dia macam 12 tahun, datang ke arah Ali.
"Pakcik, tumpang tanya, pakcik ada beras tak? Kesian nenek saya, dah tiga hari takde makanan."
Ali letakkan senjatanya.
"Kecik, kau tolong budak ni. Bagi beras kat nenek ni."
"Baik, bro Ali!"
"Nama pakcik, Ali kan?"
"Ya, nama adik?"
"Rosyam. Abang, ada tak macam roti ke, apa-apa lah. Nenek saya lapar ni."
"Jom lah, makan sekali dengan kami."
Natasha nampak Ali membantu orang susah, sekaligus menukar persepsi dia selama ini yang gangster ni semua jahat.
"Dik, lepas makan ni, ikut sekali solat ya?" kata Ali.
"Baik, pakcik Ali. Terima kasih."
--
"Rosyam..."
"Ya, bro Ali?"
"Kat kampung kau ada ramai lagi tak ada makanan?"
"Ya. Ada yang mati kebuluran, ada yang bunuh anak sebab tak ada makanan. Keadaan makin meruncing, bro Ali."
"Kau ikut Abang Kecik ni, pergi gudang makanan. Lepas tu kau tolong dia dengan Abang Mail, agihkan semua makanan kepada orang kampung yang masih hidup. Lepas tu, ramai-ramai tolong kebumikan jenazah yang dah meninggal dunia."
"Baik, bro Ali."
"Lagi satu, hantar nenek kau ni ke hospital. Biar doktor aku check kalau ada sakit ke apa."
"Terima kasih, bro Ali."
Natasha pandang sahaja Ali memberikan arahan kepada Kecik dan Rosyam.
"Apasal kau pandang aku macam tu?" Ali tanya Natasha. Natasha cuma tunduk, dan terus minum air.
"Alhamdulillah, bro Ali. Syukurlah makanan masih banyak lagi," kata Kecik.
"Semua ni sebab idea Azlan yang buat Akta Sekuriti Makanan, dengan abang dia Aziz, jaga GARDI."
Natasha senyum bila dengar nama Azlan.
"Tau la ex-boyfriend," kata Ali.
"Dia memang smart pun," kata Natasha.
"Kalau Azlan tak buat polisi tu dua tahun lepas, mati keras lah ramai orang. Dan disebabkan polisi dia, Melaut sekarang jadi pengeluar utama makanan masa tengah kritikal ni. Sebab tu aku tak nak belah sana perang. Melaut tu dah la hujung tanduk, biar je macam tu, aman sikit."
"Tapi Melaut ni for me, mundur la. Tak ada pembangunan," kata Natasha.
"Mundur kau cakap? Nasik yang kau mencekik tu, datang dari Melaut lah, memandangkan kat Ketil banyak berlaku pertempuran. Kau tau tiap tahun, Goryeo Selatan import $100 juta dari kebun kobis Melaut? Kau sedar tak, orang Ryukyu, Goryeo, Taipei-Formosa semua beli sayur dari mana? Melaut. Dalam masa dua tahun sejak tsunami, daripada negeri yang asyik berperang, kepada negeri pengeluar makanan utama Gelanggayu. Tengah perang ni pun ada makanan. Kau tanya orang Iraq, orang Afghanistan, ada tak makanan masa mereka berperang?"
Leteran Ali terhadap kepentingan negeri Melaut dalam perang ini membuatkan Natasha diam.
"Bro Ali ni garang sangat la dengan Kak Nat. Rilek la, nanti Azlan marah bro Ali karang," kata Kecik.
"Alan tu aku bagi stunner je, baru dia tahu hahaha!"
"Okay la bro Ali, saya gerak dulu. Rosyam, kau dengan nenek kau naik lori aku. Hantar nenek kau kat rumah, lepas tu ikut aku ambik makanan."
"Baik, bro Kecik. Terima kasih, bro Ali," kata Rosyam.
Jadi tinggal Ali dan Natasha duduk menghadap unggun api.
"Ali, Alan marahkan I ke?"
"Kenapa kau tanya aku?"
"Sebab I dumped dia."
"Kau pun satu. Dia dah kahwin, kau pun masa tu dah kahwin dengan Luqman, yang kau pergi kacau dia, buat apa? Dah tahu bini dia tu keluarga al-Daulah."
"I tak happy dengan Luq. And I tak happy dengan Gunawan. I tak dapat jumpa lelaki yang boleh buat I happy, macam mana Alan buat pada I."
"Lepas tu, kenapa korang putus?"
"Sebab ada gambar yang my best friend bj dia masa I kat England."
Ali geleng kepala.
"Alan tu masalah dia, sebab semua perempuan kejar dia. Lepas tu, dia membesar dengan Pengetua. Pengetua pulak ajar dia ilmu duniawi je. Itu yang perempuan goda sikit je, mudah terlupa."
"You macam dah Islamik. Why?"
"Sebab aku dah banyak kali hampir mati. Paling kronik, aku terperangkap dalam lif Tower Heights masa apartment tu runtuh."
"Wow? You survived?"
"Sebab aku terselamat tu lah aku bertaubat dan aku nak kukuhkan aqidah dan akhlak aku. Sure la, benda tu makan proses yang lama."
Natasha mengangguk faham.
"You're so loyal to Azlan, despite apa yang berlaku masa Mastura Rahim dulu," kata Natasha.
"Sebab aku dengan dia, kami berjanji sampai mati kami akan jaga sesama kami. Itu ba'iah kami."
"What's ba'iah?" tanya Natasha.
"Ikrar. Err, oath."
"Oohh. I wish I ada best friend macam korang. Unfortunately, I pun tak tahulah. You tau la, perempuan ni, the way perempuan berpolitik ni kan, banyak drama sikit."
"Sebab tu aku cakap dengan kau, berhati-hati dengan Adilah tu. Dengan dia, aku tengok kau kemain cipiki-cipika dia."
"Tapi wedding you dengan Dayah dulu pun dia jadi pengapit you?"
"Masa tu mana aku nak tahu niat jahat dia, sampailah dia kantoi beli kokain dengan aku. Baru aku nampak jahat dia."
"What should I do?"
"Buat masa ni, play along je game dia. Aku nak tengok, macam mana dia cuba game Pengetua. Okaylah, tidurlah. Besok pagi budak aku akan bawak kau jumpa Gunawan dan anak kau. Lepas tu kau ikut dia pergi Temasik."
"Thank you Ali for saving me and my family's life."
"Dah kerja aku, Nat. Tidur dulu, assalamualaikum."
"Wa..wa..walai...walaik..."
Ali pandang slack je bila Natasha nak bagi salam pun tersasul. Agaknya fobia lagi kot dalam penjara ISA, hampir dirog0l Kamal tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro