Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2006 part 9

Keesokan harinya, Ali datang melawat Hafiz, tapi Azlan dan Merlina sorok tepi. Ali request untuk jumpa berdepan dan bukan bercakap dalam telefon tepi dinding penjara tu.

Disebabkan pegawai penjara tu kawan Ali, maka dia dapat keistimewaan tu.

"Hafiz, my man!" Ali terus memeluk Hafiz. Hafiz senyum dan gembira, kawan baiknya datang. Azlan dan Merlina pula menyorok di sebalik pintu untuk surprise.

"Dayah masakkan kau makanan favorite kau, ikan sembilang masak tempoyak. Kau mesti rindu kampung, kan?"
"Orang kampung macam mana Li? Semua okay tak?" tanya Hafiz.
"Budak aku take care semua. Semua okay."
"Aku percaya dengan kau, Li."

Ali mengarahkan pegawai penjara tu untuk membuka gari Hafiz untuk benarkan Hafiz makan masakan kampungnya tu. Pegawai penjara tu turuti kata Ali memandangkan dia pun ahli Ayam Hitam.

"Makan slow-slow, Hafiz."
"Anak bini aku, macam mana?"
"Aku tanya Dila juga masa aku ke Majapahit hari tu. Alif menang pertandingan mengeja, Mili pulak menang pertandingan karaoke. Dila sekarang ulang alik Temasik ke Betawi, nak uruskan syarikat kau."
"Aku bersyukur dapat isteri macam Dila," kata Hafiz.
"Makan semua, okay?"
"Boring la ikan jaket."
"Kau ni kira syukur la dapat ikan jaket. Banduan lain dapat ikan busuk. Ingat apa Haji Syaaban ajar? Tassawuf," kata Ali.

"Ali, apa-apa jadi dengan aku, kau tolong jaga anak aku, boleh tak?"
"Asal kau cakap camtu?"
"Sejak Azlan jadi Menteri Dalam Negeri dengan Timbalan Perdana Menteri, aku syak dia nak bunuh aku."
"Memang kau ni fikir Azlan ni nak kerjakan kau je ke? Kau ingat dia takde benda lain ke nak fikir?"
"Dia tu dari dulu hati busuk, Li."
"Takpe, takpe. Kau makan dulu. Sedap tak?"
"Sedap, Dayah masak."
"Tu lah, dulu dia nak kau, kau rejek dia. Tak kelesss la awek kampung. Nak awek metropolitan Wijayapura. Nak pembaca berita Wijaya TV je."

Ali hantar SMS bawah meja pada Azlan.

"dia br hbs mkn, cuci tgn. jp lg ko msk."

"Ali, apa cerita sekarang? Aku dalam penjara ni aku tak update."

Pintu bilik dibuka. Azlan masuk dengan membawa buku pink di tangannya.

"Musibat kau! Kau memang sial! Ali, apa semua ni? Kau kan kawan aku."
"Aku pernah cakap dengan kau, Hafiz. Dua-dua aku kawan."

Hafiz meronta nak pergi terkam Azlan, tapi dipegang oleh dua orang pegawai penjara.

"Kau memang sial! Pukimak!"
"Rilek, Fiz. Rilek! Ada benda yang dia nak cakap dengan kau. Pegawai, korang boleh tinggalkan bilik ni jap. Bagi aku taser gun kau, apa-apa hal, aku handle."
"Baik, bro Ali."

Ali terus keluarkan rokok Gudang Gulanya, sebelum hisap sebatang. Kakinya duduk bersilang sambil tengok Hafiz mengamuk di depannya bila Azlan masuk.

"Sebenarnya, Hafiz, aku dari dulu nak tanya kau, apa masalah kau dengan Azlan?" Ali silang kaki atas meja, kemudian dia hulurkan lighter dan rokok pada Hafiz.

"Dia rogol Adilah! Aku benci tengok muka dia! Aku jijik!"

Azlan tersenyum.

"Kau ada bukti macam aku ada bukti? Memperkenalkan, Wan Adilah Radzi, atau dikenali dalam RPM sebagai Psycho Dila!"

Azlan letak buku berwarna pink tu di atas meja.

"Oleh sebab masa melawat tak banyak, kau baca je mukasurat yang aku dah lipatkan. Ini diari Adilah, aku simpan lama dah benda ni. Hari ni, aku nak tunjuk kat kau, betapa sialnya bini kau ni. Dia yang rancang semua ni dan kau tak tau apa-apa pun."

Azlan berdiri di belakang Ali. Ali hulurkan rokok pada Azlan.

"Mana kau jumpa ni? Macam mana kau boleh jumpa diari bini aku!"
"Senang cerita lah kan, Hafiz, aku siasat dulu sebelum nak tuduh. Dia daripada dulu gunakan kau sebab nak dapatkan aku. Sebab aku ada akses dengan Pengetua. Sebab dia ni, Ace kepada Tok Aki. Dan kita semua ni, adalah buah catur mereka. Kau faham tak? Kebencian kau pada aku ni, tak berasas! Kau nak cakap aku rogol Adilah? Kalau kau nak bawak aku ke mahkamah, aku ada bukti yang aku tak bersalah."

Hafiz pandang Ali.

"Bro?"
"Mana aku tau, korang la. Berebut perempuan sampai kau masuk jail," kata Ali, kemudian menghulurkan empat batang rokok pada Azlan.

"Bagi kat guard," kata Ali.
"Okay."

Hafiz membaca satu demi satu bahagian yang dibacanya. Hatinya luluh bila dia membaca yang Adilah hanya dekat padanya sebab nak rapatkan diri pada Azlan.

"Tok Aki pun ada game dia juga, Fiz. Aku tau dulu Tok Aki pun rapat dengan Mina. Dua orang perempuan ni dua-dua nak cuba rapat dengan Azlan sebab dua-dua ni buah catur Tok Aki dan Tengku Ariffin. Dan kau, sebab buta dengan cinta, kau percaya je dengan Adilah."
"Tengku Ariffin, bapak mertua kau?" Hafiz tanya pada Azlan. Azlan mengangguk.
"Aku bukannya kejam sangat nak hukum kau, Hafiz. Tapi, dengan mengurung kau kat sini, dapat limitkan kerja-kerja jahat Tok Aki, nak buat revolusi macam kat Iran. Sebab Adilah gunakan kekayaan kau untuk kepentingan Tok Aki. Kau ni bijak, boleh buat virus, boleh hack duit kat bank, tapi kau bodoh kat hal politik macam ni."

"Senang cerita, The Game dah kena game," kata Ali.
"Siapa The Game?" tanya Azlan.
"Dia ni la. Triple H. Kuat pun sorok tepi ketiak bini."
"Oooh."

Hafiz terus menangis di atas meja.

"Kalau aku menteri, aku lepaskan kau je sekarang. Tapi aku dah letak jawatan sekarang. Asal, Kamal tak berjaya nak lepaskan kau ke?"

Hafiz geleng kepala.

"Sebab kau bodoh bila pilih team. Pilih Kimi untuk bunuh Shahrizal. Pilih Jimmy nak buat business partner. Pilih Kamal nak jatuhkan aku. Pilih Adilah untuk jadikan isteri kau. Kau sedar tak, kau ni computer nerd yang introvert, tak tau buat kawan, baru kaya sikit dah sombong? Kau tau tak, kau ni tak pandai pilih orang buat team? Apa yang kau pilih, semua jabroni, kau tau tak?" memang Azlan bagi makian pekat tak campur air pada Hafiz.

Macam The Rock bagi penampar bertalu-talu lepas tu ludah kat tangan bagi penampar paling padu.

Ali pandang Azlan dengan pandangan slack.

"Jabroni. Banyak tengok wrestling jugak kau ni, Azlan," Ali cuma gelengkan kepala.

Azlan ambil balik buku pink tu.

Hafiz kelihatan keliru, seperti tak tahu apa yang patut dibuat.

"Aku kalau nak sailang Adilah, daripada awal la aku sailang. Aku minta maaf, sebab aku pun ada buat salah kat kau jugak. Tapi kau tak bagi aku peluang pun untuk aku minta maaf. Kau pun ada buat salah pada aku, tapi yang tu, aku boleh maafkan. Setakat curi duit studio sebab nak belikan hadiah kat awek, aku boleh maafkan. Dan aku tau, kesalahan aku lagi berat. Tapi, berbaloi ke, kau buat semua ni, untuk perempuan yang macam ni?"

Hafiz terus diam.

"Sama ada kau nak maafkan aku atau tak, itu hak kau. Bagi aku, kau sentiasa roommate aku yang aku kagumi skil komputer dia. Pintu sentiasa terbuka untuk kau kalau kau nak kembali jadi kawan aku. Kalau tak nak, aku tak kisah. Tapi kalau kau cuba cari pasal dengan aku lagi, lagi teruk daripada ni pun aku boleh bagi kau."

"And that's the bottom line..." sambung Ali.
"If you smell what Azlan is cooking. Jom la gerak, Ali. Aku nak kena pergi Parlimen petang karang. Jauh perjalanan lepas ni."

--

"Kau ni ajak makan kat mana ni, Ali? Bakso Wak Parjo?" Merlina terpinga-pinga tengok warung bakso tepi tapak pembinaan taman perumahan baru di pinggir Puncak Jaya.

"Sini kau makan bakso mercun dia. Meletup mulut kau," kata Ali.

Mereka bertiga duduk di kerusi plastik merah, dan ada beberapa pekerja kontrakan yang sedang menonton filem Janji Joni lakonan Nicolas Saputra.

"Tu boyfriend ex baru kau," kata Ali.
"Yang ni ori Li, yang Gunawan tu acah Saputra je," kata Merlina.
"Acah Saputra?"
"Ye la, acah-acah main kamera. Padahal orang kaya yang boring cari hobi. Pakai kamera mahal memang la cantik, geram je aku!" kata Merlina.

Aku jeling Merlina yang tak habis-habis membahan Gunawan. Entahlah, kenapa semua orang macam jaki dengan Gunawan? Jessie tak suka, Mer tak suka, Ali pun sama membahan. Aku tak boleh la cakap apa sebab aku ni bertaraf ex.

Ali memesan bakso mercun, Merlina bakso biasa, dan aku memesan bawal penyet.

"Kabare, Wak Ali," tiba-tiba ada orang tua bersalam sambil selit duit ke tangan Ali.
"Waras, wak. Wes mangan?"
"Yo wes."

Aku dan Merlina pandang je Ali.

"Sejak bila kau jadi Wak Jowo ni, Ali?" tanya Merlina.
"Anytime kalau kau pergi sana, roger aku dulu. Pandai la aku setting untuk korang."
"Kau ni Suvarnabhumi kau pegang, Majapahit kau pegang. Banyaknya rangkaian business kau ni?" tanya aku.
"Macam mana Kwantong Temasik boleh kaya? Dia ada connection dengan business kat Kwantong, melalui Hong Kong. Sampai Temasek connection dia terus antarabangsa. Aku macam tu juga, cuma rantau Pentas Sunda ni la."
"Exactly, Ali! Business is all about building connection!" kata Merlina.

Bekas timbalan perdana menteri, seorang CEO syarikat pengiklanan dan pengumpulan data, dan seorang gangster yang memiliki perniagaan atas dan bawah tanah seluruh Pentas Sunda, sedang makan di warung bakso sebelah tapak pembinaan.

Pelik-pelik je la pemilihan tempat ni. Tapi Ali masih susah nak hilang roots dia tu walaupun dah kaya raya.

--

"Aku rasa semak la Wijayapura jadi macam ni. Makin banyak kawasan kena tarah," kata Merlina.
"Nak buat macam mana, Mer. Penduduk makin bertambah."
"Inilah dia, politikus! Ada banyak je cara macam mana kau nak mengoptimumkan penduduk dengan saiz bandaraya kau yang kompak. Banyak sangat bina highway. Cubalah kau tak payah buat highway ni, dan buat kedai yang semua orang boleh sampai dengan berjalan kaki. Boleh jadikan masyarakat tu sihat, dan kurangkan carbon footprint. Kena ingat, kalau global warming ni, Gelanggayu yang akan tenggelam banyak ni," kata Merlina.
"Kau nak ke berjalan tengah panas ni, Mer?" tanya Ali.
"Tanam la banyak pokok. Turun la suhu. Ni kalau semua tempat kau turap dengan asphalt memang la panas bandar ni."
"Aku rasa kalau nak buat macam apa yang kau cakap tu, kena hancurkan seluruh Wijayapura ni, lepas tu bina balik mengikut acuan yang kau cakap tu. Kalau sekarang kau cakap, memang susah," kata aku.

Ali jeling kat aku. Aku tau la, itu rahsia Pengetua. Kami berdua tahu yang perang saudara antara tentera pro Pengetua dengan pro Sultan akan berlaku.

Sebab tu kami berada di kedua-dua belah pihak, walaupun aku tengah ada problem sikit dengan Sultan pasal kes video Mia tu.

--

Lagu Don't Cry dari Guns and Roses dalam kereta Ali masa perjalanan aku ke Kota Warisan membuatkan aku teringat pada satu hari, pada tahun 1991, masa aku hantar Hafiz ke rumahnya di kampung masa arwah ayahnya meninggal dunia dulu.

Aku sedih bila tengok orang yang bijak macam Hafiz, jadi bodoh apabila berdepan dengan cinta.

Aku pun sedar yang sebenarnya aku sendiri pun banyak lukakan hati dia dulu, selain peristiwa tu lah. Macam masa arwah Faiz lead geng hackers dulu, Hafiz suka pada Hanis, tapi aku yang berjaya.

Bila dia jatuh cinta dengan Adilah, sekali lagi dia ditumpaskan dalam keadaan macam tu.

Dunia ni memang takkan adil, sebab akan ada orang yang ada kelebihan apa yang orang lain kurang, dan semua orang akan gunakan advantage tu untuk kepentingan diri dia.

"Kau okay, Lan?" tanya Ali.
"Lagu ni, emotional sikit. Hafiz bukak lagu ni masa aku hantar dia, perjalanan balik kampung. Masa tu ayah dia sakit. Sampai-sampai je, ayah dia dah pun meninggal."
"Kau masih anggap Hafiz tu kawan kau ke?" tanya Ali.
"Aku tak nak bertepuk sebelah tangan, Li. Dah orang tak sudi nak kawan dengan kita."

Ali light rokok Gudang Gula, kemudian buka tingkap.

"Masalah betul bila lelaki mengutamakan soal perempuan. Macam kau, kasanova sangat. Macam Hafiz, mat bunga sangat. Buat macam aku, sudah. Rilek-rilek je."
"Kau tak pernah jatuh cinta ke, sebelum Aunty Dayah?" tanya Merlina.
"Pernah je. Aku pernah bercinta dengan artis tau," kata Ali.
"Siapa weh?"
"Cinta monyet je. Masa tu dia belum popular lagi. Masa tu aku dengan Mastura Rahim."
"Pelakon seksi yang dah arwah tu ke? Serius la? Asal kau break?" tanya Merlina.

Ali memuncungkan mulut ke arah aku.

"Kau lagi, Lan? Apasal semua perempuan gilakan kau? Aku yang perempuan ni pun aku rasa pelik," kata Merlina.
"Cerita lama, Mer. Cerita lama," kata Ali, kemudian senyum kepada aku.

Ali diam sahaja sambil melihat projek Media City Hafiz yang terbengkalai.

"Dah dua tahun projek ni tergendala. Jatuh teruk si Hafiz ni sebenarnya."
"Takdelah teruk sangat, Li. Duit berkepuk lagi tu. Dulu aku dari bawak Porche, jatuh jadi pekerja bakery. Tapi tu pada aku takdelah jatuh sangat pun. Lebih kepada lencongan. Jalan belum siap."
"Pada aku, jadi pekerja bakery ni takdelah teruk sangat. Aku pernah kerja lagi teruk daripada tu. Kau pernah kerja seludup dadah dalam bontot tak? Seludup perempuan?"
"Ye lah, Ali. Kau kan the toughest SOB."

Ali gelak.

"Kuat betul dua orang ni tengok wrestling. Sorang dok asyik panggil orang jabroni, sorang lagi toughest SOB. Budak-budak macam Jugra takpe la terpengaruh, ni korang dah besar panjang pun nak terpengaruh jugak," kata Merlina.

Telefon Merlina berbunyi.

"Aunty Idah! Kejap, hello?"

"Beruk tu ada dengan kau?"
"Hah?"
"Anak aku."
"Alan ada je ni..."

Ibu marah aku ke tu?

Merlina bagi phone pada aku.

"Ibu?"
"Kau dengar sini ya, Azlan. Disebabkan kebodohan kau yang lepas, dan disebabkan perempuan puaka tu, aku dah cetuskan sesuatu yang bakal jadi masalah geopolitik dunia pada masa depan. Aku harap lepas ni, kau insaflah. Sebab lepas ni, bukan sikit tau yang akan mati. Berjuta orang yang akan mati lepas ni, disebabkan silap bodoh kau ni."
"Ibu cakap apa ni...."
"Kau dengar tak?"
"Dengar."
"Aku gerak dulu. Suruh Merlina siapkan kerja dia sebelum aku sampai."
"Baik, ibu."

--

"Dah tugas aku sebagai seorang ibu. Kotor macam mana sekalipun, aku tetap kena bersihkan anak aku," kata Faridah, bermonolog sendirian ketika menunggu feri dari St Peterburg untuk ke Helsinki, Finland.

Dari Helsinki, Faridah akan menaiki kapal terbang menuju ke London untuk bertemu dengan Tengku Hisham, keturunan kerabat yang telah dihalau oleh Sultan Amiruddin pada satu masa dulu.

Dalam keluarga al-Daulah ni, perebutan kuasa antara putera-putera ni perkara normal. Cuma dahulunya, atok kepada Tengku Hisham ni melawan Sultan masa tu dan dibuang negeri ke England.

Tengku Hisham ada cita-citanya juga. Cita-citanya ialah untuk menyatukan semua negara-negara Islam untuk menentang Barat, dan menjadikan Islam kuasa dunia, dengan Gelanggayu di tengah-tengahnya.

Tetapi untuk membuat perkara itu, Tengku Hisham sedar yang dia takkan mampu berlawan dengan Jeneral Yahya. Dia sedar, jika dia melawan Jeneral Yahya, nasibnya akan sama seperti Tok Aki.

Tetapi sekiranya Tengku Hisham berjaya merampas harta keluarga al-Daulah yang dikatakan ada berjumlah $200 billion itu, lain ceritanya.

Sebelum Jeneral Yahya tumbangkan Sultan Norman dan merampas harta keluarga al-Daulah, baik Tengku Hashim dapatkannya dulu.

Tapi Jeneral Yahya pun tak bodoh. Dia tahu memang Tengku Hashim mahukan harta itu. Jeneral Yahya beritahu Faridah supaya berikan sikit sahaja sekiranya beliau dapat menewaskan tentera Sultan Norman nanti.

Kerana hutang Jacob Chong sejak awal pertarungan ini masih perlu dibayar oleh Jeneral Yahya. Begitu juga hutang dengan stakeholders yang lain macam keluarga Rothschilds dan George Soros. Dia tak bagi duit kepada Jeneral Yahya secara percuma.

Dari zaman dulu lagi, memang ramai orang mengidamkan harta keluarga al-Daulah ni.

Tapi disebabkan apa yang berlaku sekarang ni, menyebabkan Faridah menikam Jeneral Yahya serta perancangan beliau bersama konco-konco Masonnya yang berpuluh-puluh tahun lamanya.

Rancangan Jeneral Yahya adalah mewujudkan sebuah one new world order, iaitu seluruh dunia menggunakan sistem liberal demokrasi yang telah disusun sejak zaman Adam Weisphaut tahun 1776.

Penyertaan Rusia dalam G8 adalah langkah terakhir kumpulan ini kerana dengan menyatukan Amerika Syarikat dan Rusia, dua pemilik senjata nuklear terbesar dalam sebuah kumpulan, maka kekuatan kumpulan ini tidak dapat dikalahkan.

Namun tindakan Faridah membocorkan segala maklumat yang disimpannya bakal mencetus konflik antara dua negara ini kembali, dan dengan bekerjasama bersama Tengku Hisham pula, yang ada niat mahu memecahbelahkan Amerika Syarikat akan mengakibatkan keadaan geopolitik dunia akan menjadi huru-hara pada masa hadapan.

Kenapa Faridah buat semua ini? Jika dibiarkan semua ini, Jeneral Yahya akan memperoleh keuntungan - namun ia akan ditumpang oleh Adilah. Jeneral Yahya - dan rakan-rakan Masonnya semua dah tua belaka - umur dah capai 80 tahun lebih.

Jika dibiarkan, Adilah yang akan kuasai politik Gelanggayu, akan mampu menguasai politik dunia dengan menggunakan Sayap Kuning bila semua orang tua ini dah terlalu tua dan mati.

Sebelum Adilah menguasai semua ini, lebih baik Faridah sabotaj kerja-kerja Jeneral Yahya dari dalam, demi keselesaan anaknya pada masa depan.

Buat masa sekarang memanglah semua orang tak nampak dan tak boleh jangka, tapi Faridah bekerja dari dalam, maka dia tahu segala perancangan jahat kabal-kabal ini.

Orang-orang seperti Rothschild, George Soros dan mereka di dalam Masonry ini, ni semua old money. New money pula adalah dari Arab Saudi, Qatar dan UAE.

Maka harta-harta keluarga al-Daulah yang ada ini perlu disorokkan dan ditukar milik namanya sekiranya Sultan kalah dalam peperangan ini, agar kekayaan yang ada pada Gelanggayu ini kekal milik orang Islam.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro