
2006 part 4
Sultan sedang menonton golf di televisyen semasa aku tiba di istana, sambil menghisap curut.
"Aku boring betul golf zaman sekarang ni. Balik-balik Tiger Woods, orang lain macam dah takde persaingan. Dulu ada la Vijay Singh boleh bagi persaingan," Sultan Norman terus tutup tv.
"Hah, ada apa tiba-tiba kau nak jumpa aku ni?"
"Uncle, sekadar nak tanya, Sayap Kuning ni ada tak jurugambar professional?"
"Datang macam kelam kabut, rupanya kau tanya aku pasal jurugambar? Kau nak buat apa?"
"Sebab rasanya Adilah ada plan sesuatu. Jurugambar ni pegang rahsia dia."
"Jurugambar ada ramai. Tapi yang jenis macam mana?"
"Jenis perisik."
"Aku cuba call Roy kejap."
Selepas berbual dalam telefon selama dua minit, Sultan kata tunggu sekejap.
Dalam masa aku menunggu di sofa tu, Che Puan Amisha turun dari tangga.
"Oh, encik Azlan...."
Dia punya pakaian lagi sikit nampak sideboobs. Dia memang nak bagi aku tengok benda gini ke apa?
Cisdet, ketuk lutut! Cepat!
"Eh, ketuk lutut? Hihihihi..."
Haram jadah betul. Tapi aku rasa pun, mana-mana lelaki pun akan automatik ternaik tongkat kecik tu bila ternampak dia pakai macam tu. Yang tak ternaik, sama ada mati pucuk, atau dia gay.
"Lain kali kalau keras, jangan ketuk lutut. Urut lembut-lembut. Lebih afdal, kena isteri yang urutkan."
Lepas tu dia kenyit mata ke arah aku.
Wadefaksial? Raja Permaisuri ni macam nak wakenabebkan aku.
Wakenabeb ialah rancangan prank yang ditiru dari rancangan MTV Punk'd yang diacarakan oleh Ashton Kutcher.
Aku kena mengorat dengan Raja Permaisuri ke, tadi?
--
Roy datang ke pejabat Tuanku Sultan, dan kemudian dia pandang pelik pada aku. Seolah-olah macam tak sangka aku ada dalam bangunan ni.
"Roy, Azlan cari kau," kata Tuanku Sultan.
"Ampun tuanku, ada apa ni?"
Tiba-tiba aku teringat cara jalannya di atas bumbung. Postur badannya membongkok, sama seperti lelaki yang aku kejar dulu.
Roy nampak seperti takut dengan aku.
"Apa dia, Azlan? Tanyalah," kata Tuanku Sultan.
"Dia takde hak untuk tanya saya apa-apa!" tiba-tiba Roy bersifat defensif.
Aku terus letak lencana Sayap Kuning di atas meja.
Kau boleh bayangkan dia punya terkejut macam drama sinetron Majapahit dramatiknya.
"Jawab apa aku tanya kau ni," kata aku.
"Ada apa ni, Azlan?" tanya Tuanku Sultan.
"Tahun 1998, kat Teluk Buaya. Kenapa kau ambik gambar aku?"
Tuanku Sultan dah macam blur apa cerita pulak ni.
"Aku tak tau apa yang kau cakap ni?"
"Kau kan yang atas bumbung tu?"
"Kau salah orang ni."
Tuanku Sultan pandang Roy, kemudian pandang aku.
"Apa cerita ni?"
"Apa lagi yang Adilah rancang dari dalam yang Tuanku Sultan tak tahu?"
"Tak ada kaitan dengan kau!"
Tuanku Sultan buka drawernya, capai pistol dan terus tembak Roy.
Aku pulak tergamam bila Sultan tiba-tiba tembak jurugambar dia.
"Tembak lengan je lah, tak payahlah nak drama sangat," kata Tuanku Sultan.
Wadefaksial? Gila!
Roy terguling-guling atas karpet, meraung kesakitan.
"Kotor la carpet aku!" kata Tuanku Sultan yang berjalan ke arah Roy.
Aku pulak yang takut tengok perangai lain macam Sultan Norman ni.
"Azlan ni, kahwin dengan anak saudara kesayangan aku. Kau bohong dia, bererti kau bohong aku. Kau faham tak, Roy? Cakaplah, Adilah ada upah apa-apa kat kau tak?"
Jari Sultan di picu, dan diacukan ke dahi Roy.
"Betina tu ada bayar apa-apa kat kau tak? Jangan sampai aku tanya dua kali."
PANGGGGGGG!
"Bodoh, soalan simple macam tu pun tak boleh jawab. Bukannya susah macam astrofizik pun," Tuanku Sultan kembali ke mejanya, kemudian telefon seseorang.
Ini kali kedua aku nampak dengan selambanya Sultan Norman bunuh orang dalam istana.
"Kasi cuci," katanya pendek.
"Uncle, rasanya tak perlu pun uncle buat macam tu."
"Kau dengar sini, Azlan. Sayap Kuning dipenuhi orang-orang yang akan mengkhianati kerajaan ni. Mengkhianati aku. Mengkhianati keluarga al-Daulah!"
Lain yang aku nak, lain pulak yang jadi. Dia punya mindfuck tu, macam dalam filem Quentin Tarantino.
--
Berlin
Pengetua duduk di Café Komine, berhampiran Finow Grundschule Berlin, sebuah institut pengajian di ibu negara Jerman ini.
Datuk Rahizan datang dengan menaiki kereta BMW, dan duduk terus duduk di sebelahnya.
"Rahizan?"
"Perempuan tu ada tak?"
"Dia ke Moscow. Aku ke sini sebab aku nak tanya kau sekali lagi."
"Pengetua, saya dah cakap, saya nak bersara terus daripada politik. Hampir tujuh tahun saya di dalam penjara kerana perempuan tu. Dia dan perancangan dia tu punca Revolusi Nasional kita gagal. Kenapa Pengetua nak percayakan dia?"
Pengetua dengan cermin mata hitam Raybannya, dengan tenang menghirup kopi di luar, dalam suasana orang ramai sedang menuju ke stadium bolasepak untuk menonton Piala Dunia.
"Meriah hari ni, ada apa ni?" tanya Pengetua.
"Hari ni di Olympiastadion, Jerman lawan Ecuador."
Pengetua hirup kopinya sekali lagi.
"Bising pulak kat sini. Aku nak berfikir pun susah," kata Pengetua.
"Dalam banyak-banyak hari, kenapa pilih hari yang Berlin ada perlawanan World Cup? Match Jerman pulak tu. Pengetua datang ke rumah saya," kata Datuk Rahizan.
"Aku mana tengok bola. Sukan bolasepak ni bukan jenis sukan yang aku tonton," kata Pengetua, sebelum menghabiskan kopinya dan bergerak ke rumah tempat Datuk Rahizan tinggal.
Datuk Rahizan tinggal di Kreuzberg, hanya beberapa puluh meter dari Tembok Berlin diruntuhkan.
"Kau tahu, Rahizan, aku pernah ke sini dulu bila aku bertemu dengan Jeneral Jerman Barat bernama Karl-Heinz Schwarzenbach, selang dua rumah dari rumah kau ni. Masa tu kami dok teropong apa tentera Jerman Timur di sebelah sana buat."
"Rumah ni pun pernah jadi tempat simpan senjata golongan pemberontak yang lawan Raja Prussia, Frederick Wilhelm III," kata Datuk Rahizan.
"Sesuailah dengan topik yang aku nak cakapkan ni, Rahizan."
"Pengetua, jangan percaya pada perempuan tu."
Pengetua nampak ashtray di rumah, maknanya rumah tu boleh merokok. Dia terus capai curut dari kotak yang disimpannya dalam begnya, dan bakar lalu menghisapnya.
"Aku tau apa pelan perempuan tu, Rahizan. Kau tak perlu risau," kata Pengetua, menghembus asap ke udara.
"Saya dah tak boleh terlibat dalam permainan ni lagi, Pengetua. Masa saya dah tamat."
Pengetua terus duduk bersandar, kemudian memandang terus ke mata Datuk Rahizan.
"Kalau lagi sekali Sayap Kuning tahu benda ni, saya memang mati. Hari sebelum saya tinggalkan Gelanggayu, orang Tuanku beritahu pada saya, kalau saya terlibat lagi sekali dalam usaha menjatuhkan keluarga al-Daulah, saya akan mati dengan arsenik. Sebab tu saya lari ke sini meminta suaka politik."
"Adilah nak gunakan Natasha untuk jatuhkan keluarga al-Daulah. Aku tak yakin dengan plan dia. Kali terakhir dia rancang komplot pembunuhan, anak saudara dia terjelupuk jatuh depan polis. Aku takkan yakin dengan pelan sebesar macam ni, dengan akal fikiran dia. Walaupun dia tu anak Wan Radzi, tapi dia tak stabil. Kuat sangat hisap dadah."
"Habis tu, kenapa Pengetua cari saya?"
"Aku nak kau masuk team aku. Sebab orang-orang Hafiz dan Adilah sedang menjalar dalam Sayap Kuning. Tapi Tuanku Sultan sedang percaya pada Azlan. Nampaknya budak tu dah pandai menyelit masuk."
Datuk Rahizan ketawa.
"Dia tu pun orang Sayap Kuning. Sebab aku dah tak perlukan Izham lagi, aku akan biarkan sahaja kerajaan dia dijatuhkan nanti. Tapi aku perlukan kau dalam masterplan aku," kata Pengetua.
"Apa dia?"
"Kau bersetuju dulu, baru aku beritahu."
Datuk Rahizan tarik muka.
"Kau tak perlu buat apa-apa. Kau cuma perlu bersedia bila aku panggil kau. Bila semua benda dah jadi, dah cantik, aku call kau, kau balik Gelanggayu."
"Tapi..."
"Kau tunggu je, okay? Aku gerak dulu. Ni ada perlawanan World Cup pulak. Takut traffic jam untuk ke airport."
--
Pilihanraya Suvarnabhumi dicemari dengan boikot oleh semua parti pembangkang. Parti Thaksin menang besar, tetapi dianggap tidak sah oleh pihak istana kerana berlakunya boikot dari parti lawan.
Lebih 9 juta rakyat merosakkan undi sebagai tanda protes kepada kerajaan Thaksin.
Orang-orang Ayam Hitam (Kisida dalam bahasa Suvarnabhumi) menyusun gerak dengan membuat demonstrasi membantah keputusan pilihan raya umum, dan mengajak orang ramai berpakaian kuning dan protes di jalanan.
Di sebelah selatan, berlaku tembak menembak, antara pemberontak Pattani yang digerakkan oleh Ali dengan polis yang menyokong Thaksin.
Sejak peristiwa Tak Bai dua tahun lepas, di mana pihak polis Suvarnabhumi menangkap orang-orang di masjid, kebencian umat Islam Suvarnabhumi terhadap Thaksin semakin tinggi.
Mereka yang pro-raja pula merasakan Thaksin mahu merampas kuasa.
Ali dan Jeneral Sonthi menunaikan solat di sebuah musollah di kampung di kawasan Narathiwat, kemudian mereka berdua merancang, puak Ali buat serangan bom dan pihak tentera menyusun peluang atas kucar-kacir ini untuk merampas kuasa.
Telefon Ali berbunyi. Pengetua telefon.
"Ya, Pengetua?"
"Ali, kau dah jumpa Jeneral Sonthi?"
"Ya, dah Pengetua."
"Bagus. Arahkan orang-orang kau untuk tutup jalan utama ke Krung Thep. Ugut kerajaan Thaksin untuk letak jawatan hingga pilihan raya baru diadakan."
"Baik, Pengetua."
Ali mengikut arahan Pengetua, kemudian memberi arahan kepada orang-orangnya melaksanakan move yang dirancang Pengetua.
--
Keadaan huru-hara di Krung Thep mengakibatkan Raja Bhumibol mengisytiharkan keputusan pilihan raya sebagai tidak sah, dan mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya tersebut.
Pilihan raya yang baru akan dilangsungkan pada Oktober, namun perancangan Pengetua untuk menggulingkan Thaksin pada September.
Politik Suvarnabhumi sudah semakin kucar-kacir. Sekarang Jeneral Yahya hanya perlu berjumpa dengan Presiden Majapahit, Susilo Bambang agar tidak campur tangan apabila dia menyerang Gelanggayu nanti.
--
Azlan
Sultan Norman ajak aku bersantap di istananya. Maka aku bersama Mina dan Jugra ke istana untuk makan malam di sana.
Maka lepas makan malam tu, kami menonton berita di TV. Berita tentang keputusan pilihanraya di Suvarnabhumi.
"Raja Bhumibol boleh batalkan keputusan pilihanraya macam tu je? Tak macam negara ni. Tak ikut Perlembagaan. Kat Suvarnabhumi tu, berapa kali tukar Perlembagaan," kata Sultan Norman.
"Sebab kedudukan Uncle sebagai Raja Berperlembagaan yang buat Uncle tak boleh campurtangan macam Raja Bhumibol buat," kata aku.
"Apa bezanya Bhumibol dengan aku? Dia raja, aku pun raja gak. Tapi aku tak boleh pun buat macam dia buat. Sebab apa? Sebab Perlembagaan negara ni pun, orang tua tu yang tulis."
"Ampun tuanku, bukan ke Almarhum Sultan Jaafar yang drafkan Perlembagaan tu?"
"Atok aku, macam la aku tak kenal perangai dia, Azlan. Kau fikir dia ke yang nak fikirkan semua tu?"
Sultan bangun dari kerusi, kemudian dia ke beranda, maknanya dia nak cakap dengan aku secara private.
"Aku kenal dengan si Yahya ni masa aku duduk di US. Masa tu, ayahanda aku Tengku AR dan dia sahabat baik, dan masa tu lah aku kenal dengan ayah kau, Mamat."
"Ayah saya masa kat US dulu, macam mana?"
"Oohhh, ayah kau cukup popular kat sekolah. Walaupun kitorang ni keturunan raja, tapi masa tu di Amerika, kitorang kena buli juga. Tapi ayah kau, champion. Satu hari, ada satu budak gemuk tu, Billy ke apa namanya, dia kacau kitorang. Mai datang ayah kau, dia bukak silat, sekali dia flying kick, tercampak budak tu. Start tu takde siapa berani buli kami."
"Tapi ayah lagi rapat dengan Tengku Ipin kan?"
"Kalau bab jamming muzik tu, dia ye lah rapat dengan Ipin. Tapi kalau bab memancing, dia lagi rapat dengan aku. Dengan ayah kau la aku banyak meluahkan perasaan. Sebab tu, walaupun pada asalnya memang aku nak pijak kau, sebab kau ni Ace kepada Pengetua tu, tapi aku mengenangkan ayah kau. Lagipun, kau tu suami Mina."
"Tuanku, patik rayu, kalau boleh, saya akan ajak Tuanku dan Jeneral Yahya ke meja rundingan untuk jalan pendamaian. Yang akan terkorban nanti adalah rakyat."
"Azlan, Azlan. Kau tak faham. Aku kalau boleh pun, aku tak nak perang. Tapi kau nak ke aku biarkan negara ni jadi republik? Baiklah, orang cakap sistem monarki ni dah ketinggalan zaman. Untuk jadi moden, kita kena pakai sistem republik. Aku selalu dengar macam tu. Kat negara Afrika tu, daripada 54 negara, 51 republik. Kat Amerika Latin, semuanya republik. Huru-hara juga."
"Point Tuanku?"
"Tujuan Barat nak tekankan kita dengan nilai-nilai mereka sebab mereka masih anggap kita ni tanah jajahan mereka, Azlan. Aku mungkin seorang yang dah barai, kaki mabuk, kaki kokain, tapi ini dah jadi tanggungjawab aku. Buatnya esok Gelanggayu ni jadi sekular, Islam pun hilang dari tanah ni, macam mana? Jangan lupa, New World Order masih berjalan. Dengar macam aku ni pengikut teori konspirasi, tapi itulah yang golongan Rothschilds dengan Rockefeller ni nak orang ramai anggap. Mereka yang mencari kebenaran, dianggap sebagai orang gila."
"Tuanku, tak boleh ke kita setkan dengan Jeneral Yahya untuk tak buat benda-benda macam tu?"
"Lan, kau tu yang banyak membesar dengan dia. Ada tak dia ajar kau ilmu agama? Takde kan?"
"Dia pertikai lagi, ada lah."
"Kawan baik dia Henry Kissinger, Lan. World Bank, IMF, Davos, WTO tu semua celah jari dia je. Kalau aku biarkan dia, Gelanggayu ni nak jadi apa? Aku tau kau takut, masa aku tembak je Roy tadi. Tapi aku nak kau tau, aku dah tak ada kompromi lagi soal ni. Sekarang ni, dalam istana ni pun ada pengkhianat."
"Patik faham, tuanku."
"Kalau kau yang ada di tempat aku, kau akan buat apa?"
"Kalau dalam lipatan ada gunting, kena la buang gunting tu. Yang tu saya faham."
"Maksud aku, kalau kau, kau nak lawan ke bekas guru kau ni?"
"Mestilah. Saya akan utamakan kedaulatan negara dan kesucian agama dahulu."
"Yahya ni dulu budak baik. Tapi dah sampai Amerika terus lupa asal usul."
"Jadi, walau macam mana sekalipun, tetap akan perang juga?"
"Lan, aku faham kebimbangan kau. Kau tak nak rakyat menderita. Tapi, yang nak serang ni, bukan aku. Dia dah rancang ni, sebelum kau lahir lagi."
"Apa perlu saya buat untuk berdepan dengan perkara ni?"
"Kau kena tumbangkan Izham, sebab sekarang, Izham tengah nak talk dengan Jeneral Yahya, supaya dia dapat jadi Presiden. Cuma apa yang aku nampak, Sahari dan ex girlfriend kau Natasha tu pun macam ya juga. Misalkata kalau kerajaan al-Daulah ni jatuh, kau tolonglah guide Tengku Danish tu walaupun aku tak yakin dengan dia."
"Dia ada cakap, kalau dalam situasi tu, dia menyerah sahaja pada kerajaan republik."
"Kalau macam tu, jalan terakhir ialah aku serahkan semua ini pada anak kau, Jugra. Lelaki yang layak jadi Sultan lepas aku ni, ada tiga je sekarang. Danish, Jimmy dan anak kau. Adilah tu memang aku nampak dia tengah cuba nak naikkan Jimmy tu."
"Macam mana dengan Tengku Hisham?"
"Hisham London? Yang tu dah lama kena buang keluarga. Sibuk nak tuntut harta keluarga, tapi benda ni salah atok dia juga dulu-dulu. Benda tu aku serahkan pada Ali je untuk selesaikan."
"Kalau macam tu, fahamlah saya."
"Kau sahajalah harapan terakhir bangsa ni, Azlan. Ada masa nanti, kau jumpa Pak Jamil. Dia yang akan tunjuk ajar kau nanti."
Selepas selesai aku berbual dengan Sultan, aku mohon diri untuk pulang. Ketika nak keluar tu, aku sekeluarga lalu di balairong.
Sebaik sahaja aku lalu situ, tiba-tiba ada bunyi nobat. Bunyi nafiri tu dah cukup meremangkan bulu roma aku.
"Daddy, bunyi apa tu?" tanya Jugra.
Aku angkat bahu, tanda tak tahu.
"Jangan tegur bunyi tu. Biar je dia bunyi. Kita keluar dari istana ni, hilanglah bunyi tu," kata Mina.
"Kenapa, mommy?" tanya Jugra.
"Ada perkara yang sains tak boleh nak jawab. Ada benda yang kita tak boleh nak terangkan, sampailah bila masa Jugra nanti," kata Mina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro