
2006 part 3
Harga petrol RG1.60 seliter mulai 1 April
Harga petrol di seluruh Gelanggayu akan naik 10 sen mulai 1 April, menurut kenyataan dari Seri Bendahara hari ini.
Kenaikan harga tersebut kerana faktor kekacauan di rantau Timur Tengah, menyebabkan negara-negara pengeluar petroleum (OPEC) menaikkan harga daripada $56.64 setong kepada $66.05.
Bagaimanapun, harga minyak di Gelanggayu masih lagi murah berbanding negara-negara seperti Ryukyu, Suvarnabhumi, Majapahit dan Dai Viet.
--
Azlan
Sejak Merlina sibuk dengan SegarXFM ni, bukan main lagi dia sibuk nak renovate office kat Bukit Besar tu.
Tapi aku dah tak boleh masuk kawasan tu lagi memandangkan sekarang aku dah jadi ahli Sayap Kuning. Begitu juga dengan Ali, tak boleh masuk sini, kalau tak, memang muntah darah la kami.
Jadi aku tunggu je dia di Projet depan rumah dia sambil dengar lagu-lagu dari band-band yang Merlina suruh aku dengar, yang dia burn CD dari Myspace Music.
Antaranya aku tengah dengar lagu *belek CD, tengok cover belakang* Scarecrow Adams dari Disagree ni.
Sekali dengar, aku ingat band ni dari Seattle, suara dah la macam Eddie Vedder. Sekali Melayu. Suara sedap, tapi sayang, tiru Pearl Jam.
Nak buat macam mana, negara ni tak ada pembentukan identiti bangsa lagi. Alah, band aku dulu pun nyanyi lagu orang putih juga. Cuma aku tak nak la generasi Jugra lepas ni macam generasi aku juga.
Merlina tiba dan park kat sebelah kereta aku. Dia ketuk cermin tingkap. Aku turunkan cermin tingkap.
"Amboi, layan Disagree!"
"Kau suruh aku dengar, aku dengar la. Eh, aku naik kereta kau je lah," kata aku.
"Banyak cantik! Pemalas nak drive kau ni!"
"Ala, kita satu hala, aku kejap lagi nak ke arah sana. Nanti nak redah traffic jam."
"Jadi aku jugak la nak kena redah traffic jam demi kau? Banyak cekadak! Dah la aku dah takde projek lagi sebab kau!"
"Boleh laaaa..."
"Kau tak payah buat muka bajet comel tu, Lan. Dah, cepat naik! Bagi aku isi minyak jap. Aku claim ni nanti Lan, aku claim! Dah la minyak naik harga sekarang ni!"
Marah-marah aku, last-last bagi aku jugak naik kereta dia. Daripada start kerja dengan aku, cakap nak claim, tapi tak pernahnya claim. Entah apa-apa Merlina ni.
--
"Lan, teruk la harga minyak ni naik. Kau kan kawan dengan putera Arab Saudi. Suruh la dorang turunkan harga minyak," kata Merlina sambil kacau kopi. Aku tergelak je.
"Kau punya business member kat Qatar tu apa cerita?"
"Qatar gas asli Lan. Mana sama dengan petroleum."
"Mer, kau memang bijak tang marketing, business. Tapi pasal politik, memang nol. Kosong."
"Apahal pulak?"
"Kalau aku kawtim dengan putera Saudi untuk turunkan harga minyak, first, sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan Petrogayu bagi pihak Sultan, rugi la aku dari segi financial. Lagi satu, kalau aku yang kawtim, yang dapat nama nanti Bang Iz dengan Kamal. Aku tak dapat apa."
Mata Merlina terbeliak.
"Chop, kau nak buat apa ni?"
Aku buat rilek sambil minum kopi. Aku tak nak dedahkan apa yang aku dah tahu dari Pengetua dan dari Sultan.
"Political move kau ni pelik la, Alan. Kau dah dapat orang nombor dua paling penting pun kau tak nak ke?"
"Siapa cakap aku orang nombor dua paling penting masa aku timbalan dulu?"
"Habis tu?"
"Siapa cakap Perdana Menteri orang yang paling penting dalam negara ni?"
"Habis tu, siapa?"
"Lepas ni harga minyak akan naik lagi, dan berlaku huru-hara. Kau nak aku jadi menteri masa tu ke?"
"Woi pvndek, aku baru belanja banyak la nak buat channel radio tu. Kau jangan plan macam-macam boleh tak?"
"Buat je la. Masa perang dunia dulu, radio la komunikasi paling penting."
"Hah? Perang? Apa kau cakap ni?"
Aku ambil keputusan untuk bangun dari kerusi dan bayar minuman.
--
Izham duduk di pejabatnya di Seri Bendahara, sambil melihat laporan-laporan ekonomi yang nampaknya kurang menggembirakan.
Harga-harga barang, terutamanya barang asas telah meningkat naik.
"Kamal, think. Do something," kata Izham.
"Manalah saya tau, bang Iz. Harga barang naik ni bukan salah kita pun. Yang naikkan harga ni, pemborong, orang tengah. Bukannya kita."
"Ya, yang tu kalau kau cakap macamlah semua rakyat pakar ekonomi pun. Dorang tau harga minyak naik, harga barang naik, dorang salahkan kerajaan. Kau cuba tengok survey dari Pusat Merdeka ni, mereka kata tahap populariti kerajaan hari ni menjunam ke 36%. Kau tau tak, ini rendah sangat?" kata Izham.
"Ya, tapi apa boleh kita buat?"
Izham duduk menyandar. Kalau Azlan ni, dia tahu apa dia perlu buat. Tapi, si Kamal ni bagi jawapan straight macam ni.
"Aku tak tau apa nak cakap dengan kau ni, Kamal. Aku rasa macam ganti kau jadi Timbalan Perdana Menteri ni, macam daripada aku ada Albert Einstein jadi penasihat aku, kepada Mr Bean. Kau tau tak kau ni tahap Mr Bean je?"
"Boss, kalau Azlan tu bagus sangat, apasal dia tu banyak buat silap? Saya dapat-dapat jawatan ni je, banyak masalah yang naik tiba-tiba. Ingat saya suka ke?"
"Kamal, kau jangan kurang ajar dengan aku. Walaupun kau ni anak Datuk Seri Imad, tapi hormat sikit orang yang tua daripada kau!"
"Okay whatever la bang Iz."
Kamal terus tinggalkan pejabat Perdana Menteri.
Izham jadi stress. Dia duduk menyandar.
"Patutlah Luqman bunuh diri dalam office ni. Boleh jadi gila dibuatnya duduk kat sini."
Izham rasa sepanjang dia berada di Kota Warisan, dia rasa seperti dia sering dirundung malang. Apa saja dia buat, tak kena di mata rakyat.
Bahkan kini beberapa penulis blogger mula mengkritik dasar-dasarnya.
Dia rasa Kota Warisan tak ada feng shui untuknya. Dia rasa walaupun bandar ini tersusun, namun keadaan seperti amat menyerabutkan.
Dia mula berfikir yang dia nak mentadbir kerajaan dari rumahnya sahaja. Sebab Kota Warisan padanya tidak mempunyai 'ong'.
Mungkin sejak dia berkawan dengan tauke balak bernama Aaron Tan, dia mula minat dengan topik-topik feng shui.
Izham percaya, dengan menyusun perabot mengikut arah angin feng shui, keadaan akan menjadi lebih baik. Tapi masuk ni dah tiga kali Seri Bendahara tukar perabot, dan tukar susun atur.
Tapi populariti Izham tetap jatuh juga. Sebagai ahli politik, menjadi Perdana Menteri yang kalah adalah sangat memalukan.
Cuba tengok Tun Rizal, bila dia meninggal dunia, tak ada siapa yang ambil peduli, walaupun dia perdana menteri Gelanggayu yang pertama.
Laporan berita pun dua perenggan sahaja.
Berbanding masa Tun Iskandar yang meninggal dunia pada tahun 1992, siap ada perarakan dan liputan siaran langsung.
Sebab pada tahun 1969, Tun Rizal kalah (walaupun sebenarnya kerajaannya digulingkan oleh jeneral tentera).
Dan Tun Azmi, walaupun dia banyak kali menang pilihanraya, tapi pilihanrayanya yang terakhir, dia tewas dengan Luqman pada tahun 2000. Tiada siapa yang ingat dia pun.
Izham semakin risau dengan kedudukannya. Angka 36% adalah angka yang tidak sedap didengar bagi seorang Perdana Menteri.
--
Natasha
Dalam kapal terbang, I duduk di tepi cermin dan hanya perhatikan awan. I tak tahu apa yang I patut rasa. I tahu, this is maybe a mistake. Everything is mistake, seems to me.
"Something wrong?" tanya Gunawan.
I geleng kepala.
I teringat masa I melawat sekolah di sebuah kampung orang asli Lamas, hari tu. Bayangkan, orang asli ni terpaksa berjalan seawal 5 pagi untuk sampai ke sekolah.
I kecewa, sebab walaupun I dalam government, dan I sebagai Menteri Pendidikan, I tak dapat buat apa-apa.
Semuanya sebab Tuanku Sultan yang nak lancarkan perang. I tau, bukan idea Bang Iz pun.
Bang Iz sebenarnya boleh je melawan, tapi I pun tak tahu apa yang difikirkannya. Dia pun jadi Perdana Menteri sebab arwah Shahrizal kena tembak.
Sebaik sahaja mendarat di Raja Gautama International Airport, driver I dah tunggu di lobi.
Bila Adilah dan Pengetua kata I sekarang ni Ace, I rasa semua ni berat untuk I. This is an uphill task. Dengan harga minyak yang keep on naik, I rasa lagi susah kita nak lawan.
But, I tak faham, why Adilah tiba-tiba je baik dengan Pengetua? And I tak faham all of these things.
Should I call Azlan? Nope, I don't think it's appropriate if you call your ex-boyfriend when you're already someone's wife.
What do I think about Gunawan? He's a decent guy. Well, a polite, gentle, and honest young man. Dia baik.
But I don't know, maybe because everything I said, he kinds of agreeing with me, makes me feels bored. I rasa bosan.
Mungkin dia bukan kasanova macam that guy, but there's no heat. Macam I rasa tak ada passion dengan Gunawan. But why? He seems passionate with his passion, which is animation and culture.
But he's not...aarrghh, damn it!
Dia bukan seorang yang argumentative, someone yang boleh combat idea I, for make me to be a better person, better thinker, you know what I mean?
I travelling with him, and he can rambles about his knowledge about history and stuff like that, but dengan that guy, yes dia ada knowledge, but at least kalau I cakap something yang dia tak agree, dia akan cakap straight face.
You know what I mean?
I tak reply teks dia, bukan sebab hati I keras tak nak cakap dengan dia, tapi I tak tahu apa I nak cakap dengan dia.
The first time masa dia nampak I kat St. Pierre hari tu, I'm so petrified. The way he look at me, it seems like he demands thousands of questions to be answered by me.
I'm dead crying when I read his text. The way he congratulate me pun, it's seems like I'm breaking his heart.
Dalam kereta, Gunawan buka CD lagu OST lagu filem terbaru Majapahit berjudul My Heart. I rasa sedih bila dengar lagu ni.
Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar?
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang
If you love somebody could we be this strong?
I will fight to win, our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart
I harap dia faham, walau macam mana sekalipun, I will hope the best for him.
Azlan, I don't meant to break your heart.
--
Azlan
"Haaa! Lagu Pencinta Wanita ni memang sesuai untuk jantan playboy macam kau ni!" kata Merlina dalam kereta.
"Tapi lirik ni memang kena dengan aku pun. Aku memang pencinta wanita, namunku bukan buaya, yang setia pada seribu gadis, ku hanya mencintai dia."
"Kau cinta siapa? Haaaa! Aku tau, aku tau! Dia dah kahwin la, Lan! Kau pun dah kahwin."
Aku tak tahu apa aku nak cakap dah.
Tiba-tiba handphone Nokia sabun aku berbunyi.
"Eh, missed call pulak?" aku pandang telefon.
"Siapa call?"
Aku pandang Mer dengan mata yang terkejut.
"Siapa?"
"Nat."
"Hah? Dah kenapa pulak dia call kau ni? Suami dia tak memuaskan ke?"
Merlina ni, mulut. Mak bapak dia tak pernah cili mulut dia ke?
Aku call, kemudian dia letak.
"Aih, dia letak?"
"Tu bukan missed call, Lan."
"Habis tu?"
"Itu I miss youuuuuu!"
Aku macam tak faham culture remaja zaman sekarang. Kalau missed call, tu tandanya tengah rindu ke?
"Dude, apa jampi la kau pakai ni sampai perempuan semua tergila-gilakan kau ni?"
"Aku rasa dia terduduk atas phone kot, sebab tu termissed call. Tak pun Rachel tengah main phone dia."
"Next Monday, mesyuarat Parlimen, kan?"
"Haah, nasib baik kau ingatkan aku."
"Nanti kat Dewan Rakyat tu, Puncak Jaya ingin bertanya kepada Teknojaya Timur, kenapa Teknojaya Timur missed call Puncak Jaya? Adakah Teknojaya Timur merindui Puncak Jaya walaupun baru sahaja berkahwin dengan anak billionaire Majapahit?"
Bodohlah Merlina ni. Apa kebangangnya tanya soalan macam tu kat Dewan Rakyat?
"Weh, kau tunggu sini kejap. Aku nak isi minyak, lepas tu aku nak isi Touch and Go, tapi sebelum tu, aku nak pergi shi-shi. Kalau ada kereta cuba nak culik aku lagi, kau buat macam itu hari. Takpun call je Ali."
Layan jugak lagu-lagu si Merlina ni.
"Kedegang!" lutut aku terlanggar tempat menyimpan barang kat seat depan ni.
Buku apa ni?
Aku capai buku berwarna pink tu, kemudian aku nampak nama Wan Adilah Radzi, 1989/91.
What? Macam mana Merlina ada buku ni?
--
"Aku nak kau explain aku something," kata aku pada Merlina sebaik sahaja dia masuk dalam kereta.
"Apa dia?"
"Macam mana buku diari dia ni boleh ada dalam kereta kau?"
Muka Merlina tenang, tapi terkejut bila aku pegang buku tu.
"Baik kau cakap dengan aku, kau ada pakat dengan Kimi ke?"
"Lan, Lan! Rileks."
"Apa rilek? Explain dengan aku cepat."
"Kau call Jessie."
"Dah kenapa aku nak kena call dia?"
"Sebab dia yang jumpa buku tu."
"Dia jumpa kat mana?"
"Bilik asrama dia. Kau tak percaya, sekarang jugak kita pergi universiti dia."
"Okay, you better be good, Merlina. Aku tak nak aku jadi macam dalam filem Truman Show. Dah ramai orang tikam aku dari belakang sebab perempuan ni."
"Aku tak tikam kau. Betul. Kau ni pun, janganlah syak yang bukan-bukan."
"Sebab tu aku nak kau explain. Aku belum tuduh kau lagi ni."
"Tadi yang kau cakap aku pakat dengan Kimi tu, apa? Takde lah!"
"Okay, kita pergi universiti Jessica, sekarang."
--
"Jessie jumpa atas siling bilik Jessie, masa tu Jessie tengah bersihkan sawang kat bilik. Jessie tertolak siling, lepas tu buku ni jatuh."
"See, see! Kau ni, suka tuduh aku bukan-bukan."
"Apasal kau tak beritahu aku?" kata aku pada Merlina.
"Aku nak beritahu kau, tapi sebab keliling kau, ramai orang yang nak tikam kau. Kalau benda ni sampai kat tangan orang lain, memang Adilah cari orang tu. Kau cubalah ingat sikit, apa nasib setpol Shahrizal, si Faiz tu? Aku takut lah."
Ya tak ya juga. Merlina ni memang jenis fikir jauh.
"Sumpah bai, benda ni creepy wei. Aku baca, meremang bai. Kau pernah tak jumpa orang yang begitu teruk obses? Ha, macam tu la. Ada satu ayat aku baca tu, 'if I can't get him, no one can'."
"Kak Mer, love nectar jangan lupa," Jessie pula menyampuk.
"Haaa! Yang tu pun. Kau pun tau apa maksudnya kan? Dia cakap, walau macam manapun, dia nak kau punya tu!"
Aku selak-selak muka surat dalam buku tu.
--
Adilah
15 Jun, 1989
Saya nampak Natasha dan Azlan bergaduh dalam kereta. Nampak sangat yang mereka ni bukan pasangan yang sesuai. Selalu sangat bergaduh.
Saya dapat jangkakan yang mereka berdua akan berpisah. Saya tak nampak pun apa yang bijaknya Natasha ni. Sebab selepas perhatikan dia, dia ni macam mudah dipergunakan.
Harap je cantik, tapi fikiran jenis tak dalam. Bimbo, kalau bak kata mat salleh.
Saya tak melihat Natasha ni pesaing saya. Pesaing saya yang sebenar ialah Tengku Aminah. Dia ni yang mampu menewaskan saya, dan saya takkan suka terima kekalahan.
Kekalahan saya pada Gloria Fernandez dalam pertandingan snooker Terbuka Hong Kong dua minggu lepas pun, memang saya susah nak terima. Kekalahan bukan dalam kamus saya.
Win, or play dirty to win. There's no such thing as losers in my dictionary.
--
"Ada lagi buku lain selain ni?"
"Yang ni je yang kitorang ada," kata Merlina.
"Payah ni. Sebab buku ni dari tahun 1989 sampai 1991. Masa ni aku memang tau yang dia syok gila dengan aku. Tak boleh jadi bukti."
"Bukti apa?"
Aku malas nak cakap dengan Merlina atas apa punca semua ni depan Jessie. Tapi aku tau, kalau ada buku diari dia dari 1992 sampai 1994, yang tu bukti yang bukan aku rogol dia. Itu suka sama suka.
Jadi, yang ambik gambar aku dengan Natasha sampai aku kejar atas bumbung tu, siapa?
Kalau dia tak boleh masuk Bukit Besar, orang tu mesti orang Sayap Kuning. Dan bapak Adilah orang Sayap Kuning.
Aku kena pergi menghadap Sultan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro