
2006 part 2
Natasha
Hellerup, København
"Tillykke, Natasha! Jeg ønsker dig alt det bedste i dit liv!" kata Uncle Jesper, mengucapkan tahniah atas perkahwinan I dan Gunawan.
My parents in law, dengan saudara maranya pun datang, memandangkan mereka ada rumah di Rotterdam.
Suasana di rumah Mor agak meriah because I'm the only child that she had, so ramailah saudara-mara yang datang.
"Nat! Guess I bawak siapa?" kata Adilah.
"Alif and Mili?"
"Yes, of course mereka akan ikut, but I have tetamu special from Temasik!"
I terkejut bila nampak Pengetua keluar dari kereta. But why? Bukan ke Azlan tu macam anak kesayangan dia? Why all of sudden, dia dengan Adilah?
But I sambut dia dengan gembira.
"Apa khabar, Nat? Lama kita tak jumpa?" Pengetua hulurkan salam pada I.
"I'm fine, I guess."
"Congratulations for your wedding. This is my wedding gift."
"Pengetua, perkenalkan, my husband, Gunawan Basuki Widjaja."
"Apa khabar Mr Susanto dan Mrs Susanti?"
"Eh, kok kenal sama ayah sama ibu gwe?"
"Pengetua sekolah I ni, dia cable merata. Semua orang dia ada kenalan rapat," I cakap kat Gunawan.
"Mereka ada di sini?" tanya Pengetua.
"Ada, ada. Ada di sini. Ayah, ibu, ini..."
"Jeneral Yahya! Apa khabar kamu..."
Rasanya tak perlu perkenalkan kot Pengetua pada parents in law I. Macam rapat je.
--
Sebagai pengantin, I dan Gunawan lead majlis tari menari dalam majlis ni. Lagu Take Me To Your Heart dari Michael Learns To Rock, kumpulan dari Denmark yang popular di Asia, dimainkan dalam suasana yang meriah.
Tapi, walaupun I tengah majlis wedding ni, kepala I masih fikir tentang kerja I sebagai Menteri Pendidikan. I pening kepala sebab since Izham unilaterally declare war, seluruh dunia kecam benda ni. In fact, dalam wedding I ni, Menteri Pendidikan Denmark, Bertel Haarder pun tanya benda ni pada I.
Of course I kena defend my Prime Minister, by saying terrorism berlaku di Gelanggayu, but I rasa macam a bit turn off dengan Izham.
I wish I have courage macam Azlan, letak semua jawatan terus.
Speaking of Azlan, dia tak datang pun wedding I kat Wijayapura. The main reason kenapa I nak buat kat situ, sebab I nak dia datang. Kalau wedding dia dengan Mina dulu, I datang, kenapa dia tak nak datang wedding I?
Dia cakap dia busy, sebab nak beli persiapan for Jugra untuk kindergarten. Dia ingat I tak sibuk prepare untuk Rachel ke? Maybe dia still marah pada I, sebab I left him for no particular reason.
It's not like I left him for no particular reason, tapi sebab masa tu Hafiz and Adilah nak selamatkan my dad's company, and dia bagi syarat untuk I cut my ties to Azlan.
I hope he knows, deep down I want to be with him. Because I pun tak pasti my feelings toward Gunawan. Maybe ini jodoh I, maybe I kena terima ni.
Cuma I tak faham, kenapa Adilah still nak halang I dengan Azlan? Kenapa Ali dia tak kisah pulak berkawan dengan Azlan? Padahal Ali pun dia tolong jugak.
I tau Azlan marahkan I sebab I tinggalkan dia macam tu je. But I kena utamakan company my dad from imminent collapse, gara-gara si bodoh Damian tu.
I'm so sorry, Azlan. I never meant to hurt you. But I have to. I have no other choice.
--
Lepas majlis tari menari dan dinner, Adilah dan Pengetua panggil I untuk membincangkan tentang politik Gelanggayu.
Kata Adilah, dia nak I tubuhkan parti baru. I pandang dia peliklah, sebab how can I nak tubuhkan parti baru, I dalam Parti Nasionalis ni pun cuma Ketua Wanita. Jadi Ketua Wanita pun sebab I ni ex wife Luqman, pengasas parti ni.
But things are getting weirder in Gelanggayuan politics. Sejak Azlan letak jawatan dari Timbalan Perdana Menteri, ada desas-desus kata yang dia pun nak tubuhkan parti.
I cakaplah, kalau Azlan tubuhkan parti baru, join je lah dia. Bila I cakap macam tu, Adilah jeling I macam nak makan I.
"No, he is not allowed to join this party."
"Then how should we win? He has grassroots. Or at least he is building his grassroots. I takde grassroot."
"We will figure this out. You kena outspoken kritik Izham dalam war ni. You kena jadi the face of this resistance."
"Well, I memang menentang this war. But I baru dua tahun jadi MP. I don't have any experience whatsoever to lead the party."
"Dulu Luqman pun bukannya ada pengalaman, boleh je dia lead."
"But he's dead. I don't want to be dead, okay?"
Adilah tarik tangan I.
"Nat, please. Sampai bila kita nak kaum lelaki je jadi pemimpin negara ni? Sampai bila disebabkan ego lelaki, anak-anak dikorbankan? Sampai bila? Nat, kalau you ikut apa I dan Jeneral Yahya ni, I can assure you, you will making history."
"Apa you guys cakapkan ni?"
"We all nak you jadi the first president of Gelanggayuan Republic."
"What? Me? Noooo...."
"Please, Natasha. Kami dah tak ada pilihan lain," kata Pengetua.
"Why not Azlan? He is your Ace after all this while, kan?"
Pengetua jeling ke Adilah.
"I don't want to have a president who is a rapist, Nat. You're the only hope that we have. Datuk Rahizan cakap dia dah bersara, tak nak terlibat lagi. Kami ni pun, dari Berlin jumpa dia. He refused."
"I tak rasa orang kampung nak dengar perempuan macam I. I takde appeal among rural voters. Kalau kawasan kosmopolitan macam Teknojaya or Wijayapura, bolehlah."
"Boleh, Nat. All you can say in the campaign, cakap pasal anak-anak, cakap pasal pendidikan, cakap pasal masa depan. Orang kampung pun nak masa depan cerah juga. After all, you are the Education Minister, kan?" kata Adilah.
"Dila, I don't think so."
"Kalau Luqman yang sengal ubi macam tu pun boleh jadi Perdana Menteri, I percaya you boleh jadi Presiden. Kita ada masa lebih kurang tiga tahun sahaja dari sekarang untuk buat kerja ni."
"Let me think first. I baru je kahwin, dah you all suruh I fikir benda berat macam ni."
"Inilah present gift yang aku nak bagi pada kau, Nat."
"Ini bukan present gift, Pengetua! Ini benda berat nak kena pikul!"
"See, unlike other politicians, Natasha nampak benda ni tanggungjawab, bukan peluang nak kaya atau kuasa. That's makes her a great leader," kata Adilah.
"She has leadership quality. After all, kau masih simpan lagi tak buku Margaret Thatcher yang aku bagi kau dulu?"
"Masih lagi, Pengetua."
"You will be Gelanggayuan Iron Lady, Nat. Trust me," kata Pengetua.
"Pasal grassroots apa semua tu nanti I akan cari orang tolong buatkan untuk you. You kena start kritik Izham je from now on."
Huh, what the hell. I'm so freaking tired for tonight.
--
Mili nampak Rachel duduk seorang diri sambil memegang gelas dan duduk di tepi tingkap.
"Rachel, kenapa awak duduk sorang-sorang kat sini?"
"Oohh, Mili. Ingatkan siapa tadi."
"Alif cari awak."
"Saja duduk sini, tak nak la ramai-ramai kat situ."
"Awak macam tak okay je?"
"Mommy yang tak okay sebenarnya."
"Kan Aunty Nat yang kahwin. Takkanlah dia tak okay?"
"I think dia rindu daddy."
"Uncle Gunawan kan dah jadi daddy you?"
"Tak sama, kan?"
"Rachel, daddy awak dah meninggal sejak awak kecik lagi. Awak mana ingat daddy awak macam mana."
"Awak rasa, betul ke daddy saya dah mati?"
"Awak bukak Wikipedia, lepas tu search nama daddy awak. Ada tulis kat situ. Tak sampai satu penggal pun dia jadi Perdana Menteri."
"Penggal? What is penggal?"
"Tempoh jadi Perdana Menteri. Biasanya lima tahun."
"Awak ni minat betul dengan politik. Kita kecik lagi la."
"Dah minat, hehe! Eh, jomlah kita lepak dengan Alif. Dia tu bukannya boleh sorang-sorang."
Rachel bangun dari kerusi dan ikut Mili dari belakang.
--
Azlan
"Tadaaaa! Amacam, lawa tak logo SegarXFM aku ni?" kata Merlina sambil tunjuk beberapa logo yang dia reka.
"Mana aku tau citarasa orang muda ni, Mer. Kalau kau rasa cantik, cantiklah."
"Lan, aku rasa kau kena cheer up a bit lah. Kau kena tengok Youtube."
"Youtube? Apa benda tu?"
"Ala, channel video. Ada video kucing, ada video orang menari. Lawak. Aku jumpa kat Facebook."
"Facebook, apa benda pulak tu? Eh, banyaknya benda aku ketinggalan ni."
"Kau sebenarnya takdelah ketinggalan sangat. Myspace sekarang dah semak. Kau tau, sejak datangnya budak entah mana hala kat Myspace ni, pakai lagu entah bukan-bukan, layout buruk macam setan, buat aku sedar satu perkara. Tak semua orang ada taste yang bagus untuk design website. Jadi, Facebook ni warna standard, putih biru je. Jom, aku buatkan kau akaun Facebook."
Eh, lagi smart rupanya Facebook ni. Lagi nampak macam professional website.
"Dah siap pun Facebook kau. Lagi satu, jangan lupa add friends aku."
"Macam biasa la, Mer. Kau la buatkan. Aku tak pandai IT."
"Sebab kau tak pandai la kau kena belajar. Sampai bila kau nak kena bergantung pada aku? Lagi satu, sementara kau bosan takde benda nak buat ni, apa kata kau buat blog? Ye lah, macam kau tulislah pendapat kau terhadap politik semasa."
Sudahnya, macam-macam aku belajar dengan Merlina hari ni. Daripada Facebook, blog, dan Youtube, walaupun aku belum pandai lagi shoot video.
"Eh, kalau kau dah boleh rekod video lepas tu upload kat sini, baik kau start shoot video music band-band kau ni," kata aku pada Merlina.
"Sebelum kau cakap ni, aku dah terfikir lama dah. Tapi tu la..."
Dia gosokkan dua jari, tanda dia bercakap pasal duit.
"Berapa kos nak shoot video."
"Banyak ringgit woi...."
"Ye la, berapa?"
"Nanti aku kira. Bagi aku settle dulu SegarXFM ni, lepas tu aku discuss dengan Art Ardan."
"Art, boyfriend Jessie?"
"Ha lah! Kau tak pernah jumpa dia kan? Dorang couple ni low profile. Aku pun tak tau bila masa dorang dating."
"Setahu aku, sejak 2002 lagi kan?"
"Hari tu ada gaduh kejap. Standard la, macam kau dengan Nat jugak."
Aku terdiam. Entah kenapa bila Merlina sebut nama Nat tu, aku jadi macam sentap sekejap.
"Kau okay tak ni, Lan? Camnilah, aku tau kau sedih sebab Nat dah kahwin dengan knocked-off Saputra tu, but apa kata kau fokus dengan bini kau. Lagipun bini kau pun bukannya tak lawa. Umur 33 tahun tapi nampak macam 23 lagi. Aku yang 26 tahun ni pun dah macam 46 aku rasa."
"Ah kau, ramai je nak ngorat kau, tapi kau tu yang memilih. Kau dengan Din Tapa la."
"Aaahh, tak ingin aku, Din Tapa. Dia tu mendambakan cinta si Jessie tak sudah. Aku dah settle kerja aku ni, apa kata kita lepak HouseNoizy, jom?"
"Apa? HouseNoizy? Bukak lagi ke? Zaman Digital Tribe dulu ya la wujud HouseNoizy ni."
"Ada lagi! Cuma sekarang dah penuh dengan geng Myspace Music la. Band budak-budak indie rock."
--
Rupanya si Merlina ni nak tengok band indie dari Majapahit, The Upstairs perform kat HouseNoizy malam ni.
Ramai orang muda berkumpul di HouseNoizy, dan aku perhatikan rata-rata orang muda pandang aku macam ada sedikit slack. Mungkin sebab aku dalam Parti Nasionalis, yang dikaitkan dengan perang di Kundur.
Tapi tak kurang juga ada anak muda yang menegur, dan ajak berborak terutamanya dengan perkembangan politik semasa.
Tapi aku datang sini sebab aku nak enjoy muzik, aku malas nak discuss politik. Kalau borak pasal muzik, which yang memang passion aku sejak kecik, yang tu aku okay la.
Selepas konsert, aku ditepuk bahu oleh owner HouseNoizy, Abang Bard yang kini dah mencecah 50 tahun. Merlina ajak melepak dengan Abang Bard yang dah separuh umur dari dia. Macam mana dia ni boleh kenal Abang Bard?
Ternyata Mer ni bijak buat connection.
"Anak muda sekarang tak suka parti kau, Lan. Sebab tu dorang macam pandang slack dengan kau. Bukan sebab kau, tapi parti yang kau represent tu."
"Tapi saya dah letak jawatan, Abang Bard."
"Kau ingat dengan letak jawatan tu, orang tak ada persoalan ke?"
"Habis tu, nak kena buat apa lagi?"
Abang Bard gulung rokok.
"Kau tengok aku, nak beli rokok pun, dah naik harga sampai RG8.50 sekotak. Dulu aku hisap rokok RG2 je. Terpaksa aku hisap rokok gulung. Lepas tu minyak, harga minyak sampai RG1.50 ni, sakit oi, Lan. Bil letrik makin mahal, makanan makin mahal, sebab tu orang menyampah dengan Izham ni. Lepas tu, kau dalam parti tu, memang kau kena sengat la," kata Abang Bard lagi.
Merlina hanya pandang aku berdua sambil hirup teh o ais.
"Saya cadang, apa kata HouseNoizy buat forum anak muda, komen pasal politik semasa. Azlan pun nak start tulis blog," kata Merlina.
"Sekarang, anak muda kalau ahli politik ni, dorang suka Natasha sebab dia ahli politik yang menentang perang. Lagi satu, Zahar Tun Zairi, dia tu Parti Demokrat. Kalau boleh kita jemput lagi dua orang tu untuk forum kat HouseNoizy tu."
Tiba-tiba meja aku didatangi oleh bekas vokalis Digital Tribe, Acap.
"Cap, kau ni bila nak ubah perangai? Tadi masa soundcheck, lambat. Sebab kau lambat, kita show setengah jam lambat," kata Abang Bard.
"Maaf, bang. Tadi motor saya buat hal tadi."
"Kau ni daripada dulu banyak alasan. Eh, zaman kau rock star dah lama berlalu la. Aku marah betul dengan kau ni."
Acap pandang aku, kemudian pandang Abang Bard.
"Kalau kau nak kerja, buatlah cara nak kerja. Dah la, hari ni last kau kerja dengan aku. Besok pepandai aku cari ganti orang lain."
"Bang, jangan bang..."
"Kos dah makin mahal, nak bayar gaji orang macam kau ni, bertambah pening aku."
Aku rasa serba salah pulak dengan Acap ni. Dulu dia kerja kat Radio Universiti pun, dia buat perangai. Sekarang, dia macam ni juga.
Tapi aku anggap dia kawan aku, walau macam mana sekalipun.
--
"Hai, saya DJ Jessie dalam SegarXFM! Lagu berikutnya adalah permintaan dari saudara Suhaimi dari Taman Wira Jaya, iaitu Pesona Algebra dari kumpulan The Times. SegarXFM, kami tak hot, kami cool!"
Aku dengar je lah celoteh Jessica jadi DJ radio dalam kereta Merlina ni, sambil Merlina gulung daun dalam kereta.
"Lan, kau rasa kan, siapa menang World Cup tahun ni?"
"Entah. Itali kot."
"Kau bukan penyokong France ke?"
"Bila masa?"
"Masa mula-mula aku kenal kau tahun 98 dulu yang kau pakai jersi France dulu tu, amende?"
"Dah bini aku tu sedara dengan anak duta Perancis, kena la ambik hati. Kau ni."
Asap berkepul dalam kereta, tapi entah kenapa aku terfikirkan tentang Rachel.
Dia dah umur 6 tahun dah sekarang.
Kali terakhir aku nampak dia, masa aku dukung dia. Masa aku baca qamat pada telinga dia.
Dah sama baya dengan Jugra agaknya. Agaknya, dia tau tak perasaan aku pada dia?
Natasha tak pernah nak bawa aku jumpa dia, dan sudah semestinya kerana kepentingan politik masing-masing.
Yang akhirnya menderita, Rachel. Dan aku. Entahlah, mungkin ini cuma perasaan aku sahaja. Cuma aku dapat rasakan yang Rachel mahu mencari ayahnya yang sebenar.
"Woi!"
"Amende?"
"Kau ni nak hisap ke tak? Dok pegang joint tu lama-lama tapi tak hisap."
"Sorry la, hari ni aku takde mood la, Mer."
"Apa la kau ni. Kau sedih sebab Nat kahwin kan? Kau move on je la. Benda ni dari tahun 2002 aku dah cakap. Sekarang ni, kau dah ada isteri, dah ada anak. Lupakan je sejarah silam kau tu."
"Bukan pasal tu..."
"Habis tu?"
Yang tahu rahsia aku tentang Rachel ni, cuma Jessica je. Dan aku tak nak cakap pada sesiapa tentang ni. Bukan sahaja politik, tapi nyawa budak tu mungkin terjejas kalau orang tahu cerita ni.
"Macam ni lah, next week, aku dengan Aunty Idah nak pergi Qatar, kau nak ikut?"
"Nak buat apa? Bukannya ada apa pun kat sana."
"Itu la kau, belum apa-apa kau dah cakap tak ada apa. Ini business laaa!"
"Business? Business apa? Takat tengok Sukan Asia kat sana je, business apa kau ada kat situ?"
"Aku dengan Aunty Mer tengah nak jual idea kat Qatar nak anjur World Cup kat sana."
Terkujat aku dibuatnya.
"Hah! Qatar anjur World Cup? Kau buang tebiat ke apa?"
"Kau dengar la dulu. Dengan cara ni, Islam akan ada soft power untuk pengaruh dunia, bila seluruh dunia menyaksikan final World Cup kat negara Islam."
"Asal kau tak buat kat Gelanggayu je?"
"Gelanggayu ada duit ke? Hari tu Piala Asia tu pun anjur berhutang. Mujur masa kau jadi Menteri Belia dan Sukan dulu aku dah settlekan. Tu, Sukan Komanwel tu, dah berapa lama hutang dia, terpaksa settle sikit-sikit. Kau nak ke jadi macam Athens, anjur Sukan Olimpik, lepas tu dah dua tahun jadi tempat tumbuh semak je?"
"Tapi kenapa Qatar doh?"
"Sebab dia ada banyak duit. Dengan ni pun kita pun dapat la kontrak. Dapat la duit. Kau ni, fikir la sikit!"
"Ye laa. Kau ni kalau bab duit, laju je fikir."
"Mestilah, aku fikirkan ni pun, untuk kau jugak. Dah, cepat sikit hisap tu. Aku nak gerak jemput Jessica ni."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro