Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2006 part 11

Azlan

"Tiba-tiba je mommy pengsan," kata Jugra sambil cuba dipujuk oleh Merlina.
"Kenapa mommy pengsan?" tanya aku.
"Tak tau. Jugra makan McDonald's je dengan mommy."

Aku terus pergi ke arah doktor. Doktor cakap Mina keracunan, tapi tak tau racun apa.

Tiba-tiba aku rasa seribu penyesalan melanda diri aku. Baru sekarang aku sedar yang selama ni Mina dan Tengku Ariffin yang banyak membantu aku.

Aku tahu hubungan aku dan Mina sampai ke peringkat rendah sejak isu video aku dengan Mia tu, dari sejak aku dapat tahu kes dia bakar rumah Natasha lagi hubungan kami dah renggang, tapi aku mulai rasa hiba kerana selama ni Mina tetap bersama aku, walau macam mana buruk aku layan dia.

Jugra masih menangis dan Merlina cuba memujuknya, sementara Ali sedang membaca Yasin yang memang ada dalam poketnya walau ke mana dia pergi.

Selesai baca Yasin, Ali tutup buku dan berjalan ke arah aku.

"Jom, kita solat dulu. Kepada Tuhan kita berserah, Lan. Jom," Ali pegang bahu aku.

--

Selepas tunaikan solat, aku berdoa kepada Allah agar selamatkan Mina. Aku dah banyak berbuat dosa kepadanya. Aku harap aku ada kesempatan untuk kemaafan.

Aku dan Ali buat solat hajat dua rakaat untuk keselamatan Mina, sebelum Ali minta diri sebab nak jumpa isterinya.

"Aku dah lama tak jumpa Dayah ni. Dah la dia bagi aku kahwin dua, ni tak datang rumah je manjang, merajuk pulak. Azlan, kau berehatlah. Kau tu wakil rakyat, banyak nak pakai tenaga."

Aku hanya mengangguk faham situasi Ali.

--

"Mer, dah, biar aku pulak jaga Jugra. Kau berehatlah. Dah letih dah kau ni."
"Eh takpe, takpe. Aku okay je ni. Kau rehatlah."

Aku pandang dari cermin pintu wad Mina, aku nampak wajahnya semakin pucat lesi. Rambutnya seperti keguguran.

"Be strong, Mina. I love you."

--

Lagu Where'd You Go dari Fort Minor berkumandang dalam kereta masa aku tersedar yang aku dah tertidur hampir tiga jam dalam kereta.

Aku pandang belakang, aku dengar suara Jugra sedang nyanyi chorus lagu dalam radio.

I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

"Kak Mer mana?"
"Dia ada kat dalam. Tengah cakap dengan nenek kat dalam telefon. Nenek nak datang kejap lagi," kata Jugra.

Ah sudah, ibu nak datang ke sini. Apa yang aku kena jawab ni. Mina dah la rapat dengan ibu.

--

Merlina duduk di sebelah Mina yang sedang lemah.

"Kak Mina..."
"Mer..."
"Kak Mina please be strong..."
"My love to Azlan and Jugra makes me strong..."

Merlina menitiskan air mata.

"Mer, terima kasih tau, selama ni tolong Azlan."
"Dah kerja Mer. Kak Mina, bertahan tau. Aunty Idah nak datang."
"Lama dah tak jumpa dia. Takut lepas ni tak jumpa dia lagi."
"Kak Mina jangan cakap macam tu."

Mina senyum dan pandang Merlina.

"Mer, jangan jadi bodoh macam I."
"Tak la, akak ni bijak."
"Tolong tengokkan Jugra ya?"
"Akak..."

--

Faridah datang dengan bersinsing lengan dan berjalan menuju ke Merlina.

"Mana Alan?"
"Dia dalam kereta dengan Jugra."
"Kau telefon dia. Kau suruh dia datang sini!"
"Baik, aunty."

Merlina terus dial nombor phone Azlan.

"Lan, masuk hospital. Ni, aunty Idah dah sampai. Siap sinsing tangan. Baik kau cepat."

--

Azlan

Alamak! Kalau ibu dah sinsing tangan ni, dah marah habis ni! Bayangkan, dia dari London, naik kapal terbang, sampai airport je, terus turun ke hospital.

Aku sampai je, ibu dah mencekak pinggang. Belum apa-apa, ibu terus bagi pelempang pada muka aku.

"Kau ni buat aniaya pada Mina!"

"Aunty, nak cakap, cakap kat luar. Sini orang dengar," kata Merlina. Cepat sekali Merlina pintas. Kalau tak, mampus orang dengar. Habis karier aku nanti.

--

"Yang kau bodoh kena game dengan si Adilah tiga kali ni dah kenapa, bangang? Budak perempuan tu santet kau ke sampai kau bangang macam ni? Kau perlu ke minum air penerang hati supaya kau tak benak, wahai Azlan bin Muhammad Niat?" ibu piat telinga aku.

Kalau ibu dah sebut nama penuh aku tu, dia dah marah sangat dah tu.

"First, pasal tangkap basah tu. Second, Mauritius. Yang ni dengan perempuan Bosnia pulak kat Rusia. Kau tau tak kau ni buat masalah? Ada sorang perempuan tak cukup lagi ke?"

"Azlan kena perangkap..."
"Sebab aku tau la aku datang sini. Sekarang ni, betina tu dah dalam team Pengetua. Dan dia tengah nak push Natasha untuk lawan Izham dalam pemilihan ni. Dorang dah nak gerakkan dah movement republikanisme tu. Baik kau jangan join."

Aku terkebil-kebil dengan nasihat ibu.

"Buat masa sekarang ni, kau lay low dulu. Jangan cari pasal. Fokus pada keluarga. Ni Mina ni kena racun ni. Macam Alexander Litvinenko ex-KGB tu kena kat London. Cucuk pakai bucu payung je, kena racun tu. Kau jangan main-main dengan Rusia ni. Dulu Pengetua kau ada kawan orang sana, Vyacheslav. Dia kena racun..."
"Oh, Alan kenal Uncle Vya."
"Dia kena racun, mati tak bernesan. Tak dapat dikesan mana mayat dia. Kau nak jadi macam tu ke?"

Aku gelengkan kepala.

"Kau dengar sini, sekarang, kau biarkan Ali buat kerja. Biar Ken clearkan hal video bodoh kau ni. Dan kau lay low je. Kau faham?"
"Faham, ibu."
"Bodoh, kalau sekali kena game, takpe lagi. Ini tiga kali kau kena game dengan game betina tak guna ni!"

--

Azlan

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?"
"Setakat ni, dia stabil. Dia disyaki diracun semasa makan tengah hari. Sebab kami telah menemui racun Novichok dalam tubuh badannya."

Aku terkebil-kebil bila mendengar satu benda yang aku tak pernah dengar.

"Novichok tu apa?"
"Ia sejenis agen saraf yang digunakan oleh perisikan Rusia, atau masa zaman Soviet Union dahulu, dengan merosakkan saraf-saraf dalam badan. Ia adalah sejenis agen saraf yang diperbuat daripada fosforus dan boleh mengakibatkan kegagalan paru-paru dan bahagian saraf yang lain."

Terduduk aku terus bila aku terdengar benda ni.

"Daddy, mommy sakit apa?" Jugra tanya aku. Aku tak tau nak jawab apa.

Merlina nampak aku termenung jauh, lalu dia datang ke arah aku.

"Beb, apa cerita?"

Aku hanya pandang Merlina dan Ali yang sedang menunggu apa respon aku.

"Mina diracun agen FSB masa dia makan tengah hari."
"FSB? FSB tu, macam KGB ke?" Merlina tanya aku.
"Masa zaman Soviet dulu, KGB. Sekarang under Rusia, dah jadi FSB," kata Ali dari tepi.
"Daddy, mommy mati ke?" Jugra terus menangis depan aku.
"Tak, mommy tak mati. Mommy sakit je."

Aku peluk Jugra yang sedang sedih memandangkan dia rapat dengan ibunya.

--

Jugra tertidur sambil menangis mengenangkan ibunya yang sedang sakit.

"Jugra dah tidur?" tanya aku.
"Dah," Ali membelai rambut Jugra.
"Kesian betul. Muda-muda lagi dah terima dugaan macam ni," kata Merlina sambil menoleh pada Jugra yang duduk di seat belakang.

"Alah, Mer. Alan umur dia baya ginilah, ayah meninggal. Aku lagi la, tak jumpa ayah langsung," kata Ali.
"Ye ke?"
"Aku umur 7 tahun. Sebab ada orang mabuk langgar kereta ayah aku."

"Aku tau cerita sebenarnya. Bukan orang mabuk pun yang langgar kereta ayah," kata Ali.
"Habis tu? Selama ni, itulah cerita yang aku tau?"
"Kalau aku cakap ni, kau jangan la marah ya."
"Siapa Li? Siapa yang bunuh ayah?"
"Datuk Mohd Nor dengan Bang Iz. Dorang yang upah orang langgar kereta ayah masuk dalam gaung."
"Mana kau tau ni?" tanya aku.

Ali tunjuk je lambang Sayap Kuning pada aku.

"Dalam tu terkejut jugak masa mula-mula kau dipilih jadi timbalan Bang Iz dulu," kata Ali.

"Bang Iz? Aku tak sangka dari awal dia berbaik-baik dengan aku, rupanya dia yang bunuh ayah. Tapi kenapa? Ada bukti?"
"Buktinya sebenarnya ada pada musuh merangkap pencinta sejati kau."
"Adilah? Eh, Macam mana kau tau Bang Iz dengan Datuk Mat Nor bunuh ayah?"
"Aku nak cerita pun panjang, Lan. Tapi Adilah buat semua ni, sebab dia nak kau tunduk dengan dia. Nanti dia akan kemukakan bukti, nanti kau sayang la dia. Sebab dia ada bukti siapa yang bunuh ayah."

Merlina toleh ke arah Ali, kemudian ke arah aku.

"Korang ni cakap macam korang berkongsi ayah yang sama."
"Memang pun!" serentak Ali dan aku menjawab.
"Serius la, korang adik beradik? Apasal perangai korang contrast gila?"
"Panjang ceritanya, Mer. Sekarang ni, Ali, apa bukti yang menunjukkan Bang Iz dengan Datuk Mohd Nor yang buat?"
"Buktinya ada pada Adilah. Tapi, ibu kau cakap, dua-dua tu memang ada motif nak bunuh ayah. Bang Iz sebab dia cuak, ayah bakal menguasai Gagak Merah. Datuk Mohd Nor..."
"Kenapa dengan dia?"
"Yang tu, kau tanyalah ibu kau sendiri. Ada kaitan dengan Aziz."
"Hah? Aziz tu, anak ibu dengan Datuk Mohd Nor ke?"
"Datuk Mohd Nor tu, boyfriend mak kau masa mula-mula. Ayah dengan ibu aku, Mak Cang. Tapi Pengetua culik ayah, paksa ayah kahwin dengan ibu kau. Tinggalkan ibu aku dan aku yang masih bayi menderita. Sebab Datuk Mohd Nor tak nak bertanggungjawab pasal Aziz."

Baru aku nampak clear semua cerita ni.

"Tapi kau jangan beritahu benda ni kat Aziz. Belum tiba waktunya lagi," kata Ali.
"Baiklah."

Kereta tiba di rumah Merlina, untuk menghantar dia pulang.

"Balik dulu, Lan. Apa-apa cerita pasal Mina, update aku," kata Merlina sebelum buka gate rumah.

Ali duduk di depan, tukar tempat dari belakang. Aku pulak lujurkan kaki Jugra kat seat belakang supaya dia tidur dengan selesa.

"Kau okay, Lan?" kata Ali, sambil light rokok, dengan buka tingkap.
"Kalau aku tau Datuk Mohd Nor dengan Bang Iz yang bunuh bapak aku, dah lama aku bunuh dorang."
"Sabar, Lan. Belum tiba masanya lagi."

Kereta tiba di rumah Ali di Puncak Tropika.

"Lan, kalau apa-apa jadi pada Mina, update aku. Sebab aku rasa aku dah tau siapa punya kerja ni."
"Okay."
"Walaupun Mina tu ada perangai gila sampai bakar rumah orang, tapi dia tu isteri kau. Kalau dia masih ada kesempatan untuk hidup, kau bimbinglah dia jadi isteri yang baik. Pasal dia bakar rumah Nat sampai mak aku hampir meninggal tu, aku maafkanlah dia. Lagipun, aku pun dah bakar rumah dia balik."

--

Pemilihan Parti Nasionalis berlangsung hari ini. Tapi disebabkan aku kat hospital menjaga Mina, yang masih belum sedarkan diri lagi, jadi yang uruskan pemilihan ni Din Tapa.

Aku dapat tahu yang bahagian aku, ada 5,500 ahli semuanya, majoriti memilih Izham sebagai Presiden. Bermakna Puncak Jaya memilih Izham.

Aku dengar pesan ibu, jangan sokong Natasha. Walaupun aku dapat tahu yang Izham terlibat dalam pembunuhan ayah, tapi demi strategi politik, aku sokong je Izham.

Ada 250 buah bahagian dalam Parti Nasionalis memilih Presiden. Pemilihan bukan berdasarkan jumlah pemilih tapi berapa jumlah bahagian yang dimenangi.

Selain itu, Parti Demokrat juga mengadakan pemilihan hari ini. Calon pro Haji Syaaban, Zahar Tun Zairi Abu Bakar menentang dengan calon yang dikatakan saki-baki orang-orang Tun Azmi, Datuk Izri Ismail.

Pemilihan dua parti ini diadakan serentak, dan bakal menjadi dua pemimpin yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Aku tau Izham akan menang, sebab Natasha dan Sahari hanya memecahbelahkan undi. Walaupun Izham dalam keadaan paling tak popular sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, dengan kenaikan harga minyak, perang di Kundur serta kenaikan harga barang yang lain, tapi kalau undi lawan dia dah berpecah dua, dah tentulah dia menang.

Aku hanya memantau perkembangan dari hospital. Menurut SMS dari Din Tapa, Bang Iz mendahului di 115 bahagian di seluruh Gelanggayu. Natasha pulak tapau undi di Teknojaya dan kawasan urban yang lain, sementara Sahari pulak cuma mendahului 15 bahagian setakat ni.

Untuk Parti Demokrat pula, nampaknya golongan Gagasan Ummah telah berjaya memegang semua jawatan dalam parti, menyebabkan orang-orang saki-baki Tun Azmi tersisih.

Ada yang cakap berlaku pergaduhan di satu bahagian di Wijayapura Selatan, antara orang Izham dan orang Sahari, kerana dikatakan Izham menipu undi.

Tapi ni semua perang saudara Gagak Merah ni.

Dalam aku menonton televisyen, tiba-tiba bunyi jantung pada mesin yang disambung ke jantung Mina jadi satu garisan.

Aku terus bangun, dan berkejar ke arah doktor.

"Doktor, tengokkan isteri saya!"

Doktor cuba mengejutkan kembali Mina dengan defibrillator. Dia cuba berkali-kali, tapi keadaan tetap sama. Kemudian dia pandang ke arah aku.

"Azlan, I'm so sorry."
"Takpe, doktor. Awak dah buat kerja awak."

Tanpa mempedulikan siapa menang dalam pemilihan, aku terus berjalan keluar dari hospital, dan menyandar di sebuah bangku, memikirkan, macam mana aku nak explain benda ni pada Jugra.

Mungkin inilah perasaan ibu masa dia nak beritahu pada aku yang ayah aku dah mati kena langgar dulu.

--

Suasana pengebumian arwah isteri aku berlangsung dalam keadaan yang hening.

Mina dimakamkan bersebelahan dengan makam Tengku Ariffin. Ibu mertua aku, Suzaine turut hadir menangisi pemergian anaknya itu.

Sultan Norman tepuk bahu aku.

"Aku harap kau tau, yang Mina tak pernah sekali pun curang pada kau, membelakangkan kau, atau cuba nak tikam kau dari belakang. Dari awal sampai sekarang, Mina hanya ada untuk kau, cuma kau sahaja yang tak hargai dia. Tapi, walau macam mana pun, kau ayah kepada Jugra. Dan Jugra ni, cucu saudara aku. Air yang dicincang, takkan putus, Azlan."

Sultan berangkat selepas menuangkan air bacaan Yasin pada makam Mina.

Jugra murung, dan menangis di sebelah makam ibunya. Ali dan Merlina, serta ibu, semua memberi penghormatan terakhir buat Mina.

Aku minta maaf, Mina. Aku menyesal sebab mempersiakan cinta kau pada aku.

--

Faridah dan Merlina jalan berdua, di belakang sekali.

"Ni cadangan aku, Mer. Aku cadangkan kau ganti Mina, jadi isteri Azlan. Kalau dia kahwin dengan entah sesiapa, rosak rancangan kita nanti. Dia perlukan seorang isteri yang bijak."

Merlina tercengang dengan kata-kata Faridah.

"Aunty, Mer bukan taste Alan."
"Ni bukan soal taste. Ni soal kuasa. Kalau dapat kat perempuan yang tak selari dengan agenda aku, maknanya apa yang aku rancang selama ni akan gagal."
"Nak ke Alan pada saya?"
"Aku ibu dia. Aku akan ajar kau trick nak mengorat dia. Kau ikut je cakap aku."
"Takkan sekarang? Kak Mina baru je meninggal. Jangan la macam tu. Kesian la Jugra."
"Kau kena rapat dengan Jugra dulu. Baru kau boleh menang hati Alan. Eh, lagi satu, kau ni kena masuk kelas etiquette la. Cara makan, cara duduk. Bukan apa, kalau kau sorang-sorang takpe, ni kau jumpa kerabat, jumpa menteri, kau pulak perangai tak semenggah. Kau kena makeover dulu ni. Nak tak?"
"Bolehlah, aunty Idah."
"Hanya lepas kau memahiri dalam semua ni, barulah kau boleh panggil aku ibu."
"Saya rasa bersalah dengan Kak Mina..."
"Anggap je kau sambung tugas dia. Okay? Kita kena move on, kalau tak, si betina puaka tu nak susun strategi nak jatuhkan anak aku. Selagi betina tu tak jatuh, selagi tu hati aku tak senang."

Merlina toleh ke belakang, dan memandang ke arah makam Mina.

"Kak Mina, maafkan Mer ya. Mer janji Mer akan jaga Alan, macam Kak Mina jaga dia. Dan Mer akan sayang Jugra macam Kak Mina sayang pada dia. Ini janji Mer pada akak. Kak Mina damai ya di sana?"

Merlina baca Al-Fatihah sebelum melangkah pergi dari tempat pemakaman keluarga al-Daulah.

--

Azlan

Selepas upacara pemakaman Mina, semua menuju ke 2 Jalan Cendana untuk kenduri tahlil. Suasana hiba dan sedih melanda keluarga ini.

Aku nampak Jugra duduk seorang diri dalam bilik, dan dia peluk gambar Mina sambil menangis.

Aku ketuk pintu.

"Boleh daddy masuk?"

Jugra mengangguk.

"Boleh daddy duduk sebelah?"
"Duduklah."

Perlahan-lahan, aku usap kepala anak aku.

"Daddy tau, daddy banyak buat salah pada mommy. Daddy harap Jugra maafkan daddy."
"Daddy, dulu masa atok meninggal, daddy menangis macam ni ke?"
"Tipulah kalau daddy cakap daddy tak menangis. Daddy rapat dengan atok dulu. Macam Jugra dengan mommy la. Tapi kita tak boleh berterusan sedih. Kita kena teruskan hidup."

Aku kena besarkan Jugra dengan elok, supaya dia tak mengulangi apa yang aku buat kepada Mina. Aku kena ajar dia apa ertinya setia.

Tapi aku bertekad, aku takkan paksa dia untuk berkahwin dengan sesiapa, macam aku kena. Supaya dia tak mengulangi apa yang aku telah alami.

"Jom, Jugra. Orang nak baca Yasin tu. Jom ikut daddy baca Yasin, untuk mommy kat sana."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro