Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2006 part 10

Azlan

Ali dan Merlina duduk kat kerusi untuk pegawai ahli parlimen bagi pihak aku. Ali macam sikit excited bila aku bagi dia pas masuk tu.

Hari tu pun dia dapat masuk dengan Aziz masa aku bentangkan Akta Sekuriti Makanan 2005 dulu. Undang-undang setiap negeri perlu sediakan 10% keluasan tanah untuk pengeluaran makanan tu dah termaktub dah.

Memandangkan Merlina dah biasa jadi setiausaha aku, dia buat muka rilek.

"Kau pehal tersengih-sengih, Li?"
"Hari tu aku tengok Azlan berucap kat dewan live, gempak gila!" kata Ali.

Merlina buat muka bodoh je.

"Dia tak heran pun, Li. Tang aku gagap, tang aku salah sebut, dia yang perhatikan. Maklumlah, Setiausaha Media aku," kata aku, sebelum aku pergi ke meja Dewan Rakyat aku.

"Wei, tie kau senget, bodoh! Meh sini aku betulkan!" kata Merlina.

Merlina betulkan tali leher aku.

"Handsome boy, hahahah!" Ali dari tepi, mengejek. Ye lah, dia selalu nampak Mina cakap macam tu pada aku kalau betulkan tali leher.
"Kau ingat aku Kak Mina ke, setan? Dah, setel!" kata Merlina.

Aku terus masuk ke dalam Dewan Rakyat, tunduk ke arah Yang Dipertua Speaker mengikut ritual, kemudian duduk di meja aku.

Kerusi Puncak Jaya sekarang dah duduk kat belakang, jadi backbencher. Masa aku jadi Timbalan Perdana Menteri dulu, aku duduk row paling depan, seat kedua tepi.

Seat paling tepi ialah seat untuk Perdana Menteri, seat yang kerusinya paling ramai orang rebut.

Masa aku masuk ke Dewan Rakyat tu, kedengaran Teknojaya Timur sedang berhujah. Aku sengaja lalu tepi dia. Nak dia bau perfume yang dia belikan untuk aku dulu, aku masih pakai.

Aku tau Adilah nak jadikan dia pawn. Aku akan main game aku pulak. Dia ni ex-girlfriend aku. Aku tau la macam mana nak handle dia.

Tengah dia berucap tu, dia terdiam kejap, kemudian jeling ke arah aku, sebelum sambung berucap.

"Tuan Yang Dipertua, Teknojaya Timur menyatakan bahawa perang yang sedang dilancarkan ini, terlalu mahal untuk ditanggung oleh negara. Perang ini memakan belanja sebanyak RG2 billion dalam tempoh lima bulan sejak perang ini dilancarkan pada 1 Februari, 2006.

Isu-isu penting, seperti pendidikan, perkhidmatan awam, infrastruktur, pembangunan dan penjagaan alam, semuanya terabai akibat perang ini. Teknojaya Timur berharap perang ini segera ditamatkan, agar kita dapat menumpukan semula perkara yang lebih utama, iaitu pembangunan untuk rakyat, bukannya kontraktor perang yang mengakibatkan ribuan orang terkorban, dan jutaan lagi hilang punca pendapatan dan tempat tinggal."

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Rashid Abdul, Ahli Parlimen Pulau Pandan, bangun dari kerusi untuk menjawab.

"Tuan Yang Dipertua, saya mohon untuk menjawab hujah Teknojaya Timur. Saya nak tanya kepada Teknojaya Timur, Teknojaya Timur ni sedar tak, yang negara kita ni dah diserang pengganas berkali-kali? Inilah masalah bila orang perempuan tak faham kenapa kita lelaki ni nak berperang?"
"Bantahan, Yang Dipertua. Itu seksis."
"Duduk, Teknojaya Timur," kata Speaker Dewan Rakyat.
"Kita berperang untuk keselamatan rakyat juga, Yang Dipertua. Tahun 2002 dulu, negara dikejutkan dengan letupan bom di Commonwealth Mall, ramai yang mati. Tahun 1996, bangunan Nadi Citra, syarikat yang dapat tender berbillion-billion di Teknojaya, saya difahamkan, diletupkan. Tahun 1991, Lamas Liberation Front melancarkan pemberontakan. Tahun 1990, Gerakan Melaut Merdeka lancarkan serangan, yang mengakibatkan kematian ketika orang sedang menonton Piala Dunia. Kita dalam zaman War On Terrorism (dengan izin), perang menentang keganasan. Takkan kita nak biarkan pengganas serang kita dan kita jadi padang jarak padang terkukur macam di Kundur?"

"Tuan Yang Dipertua, izinkan saya menjawab Timbalan Menteri?"
"2 minit," kata Speaker Dewan.
"Pulau Pandan tadi ada mengatakan sekarang ini adalah zaman Perang Menentang Keganasan. Soalan saya, tidakkah ia ironi sebab perang tu sendiri dah ganas?"
"Habis tu, kalau kita berdepan dengan orang ganas, takkan kita nak diam? Takkan nak cakap elok-elok?"
"Sebab itulah kita kena utamakan pendidikan. Sebab itulah kita kena utamakan pembangunan infrastruktur, ekonomi, industri. Sebab itulah kita kena pastikan pemberontakan ini dipatahkan dengan ilmu pengetahuan untuk membangunkan masyarakat. Tuan Yang Dipertua, pada tahun 1990, mengikut data yang saya ada, terdapat 112,256 orang yang hidup di bawah garis kemiskinan di daerah-daerah pemberontakan. Saya sendiri pernah melawat Teluk Tenang pada tahun 1988, dan melihat jalan raya yang teruk, sekolah yang daif dan rumah penduduk yang teruk dihimpit kemiskinan. Kalau kita nak jadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tugas kita ialah membangunkan kawasan tersebut dengan infrastruktur, mendidik anak-anak supaya cerdik dalam pendidikan, dan memberi peluang ekonomi kepada mereka agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup, bukan dengan tembakan dan bom!"

Mic Teknojaya Timur ditutup. Dia terus blah dari Dewan.

--

"What an asshole, Pulau Pandan!" jerit Natasha sambil jalan terjingkit-jingkit dengan kasut tumit tinggi Prada yang dihadiahkan oleh Gunawan.

Stress dia dengan kasut tu. Sebab Gunawan nak surprise hadiah birthday, tapi tak nak tanya saiz kaki.

Aku tahu ni sebab masa lepak dengan Ken, Claudia gosip dengan aku yang Gunawan ada bertekak kat kedai kasut masa dia jumpa mereka berdua di Milan.

Baru dia nak masuk pejabat, aku di belakang sedang duduk di kerusi dan minum air mineral dari water cooler di sebelahnya.

"You okay, Teknojaya Timur?"

Natasha menoleh.

"Alan?"
"Susah betul nak sebut Teknojaya Timur. Panggil Teluk Chendana, sudah."
"You ingat I ke yang bagi nama kawasan parlimen ni?"
"Rileks la. Jom, Burger King Warisan Waterfront? I belanja."
"Alan, I dah kahwin la. Kenapa nak ajak I keluar lagi? Come on lah!"

Natasha menunjukkan cincin kahwinnya pada aku. Eleh!

"Oooh, masa dulu keluar dengan I, tak fikir pulak yang you dah kahwin dengan Luq. Oops, Bukit Pagar."
"Jangan nak sarkastik dengan I la, Alan. I tengah stress ni," kata Natasha.
"Sebab tu, set menu Burger King Whooper dengan curly fries baru, mampu menamatkan stress anda," kata aku, jawab cara iklan. Dah banyak lepak dengan Merlina, gini la.

Natasha pandang aku, macam rasa pelik.

"Come on?"
"Ye lah, ye lah. Tapi kejap je. Lepas ni, I kena balik Wijayapura, lepas tu kena jemput Rachel balik dari childcare. Gunawan dia balik Betawi, ada urusan business dia. So, semua benda I kena handle."
"Rileks. Let me tolong you jemput Rachel sekali."
"Alan, nope."
"I want to be responsible to Rachel."
"You want to be responsible? Then jangan pancut dalam dengan perempuan yang you tak boleh commit, Alan."

Aku terus terdiam. Tak sangka pulak dia sebut benda tu.

"Look, I'm sorry, Nat. I wish we didn't end this way."
"I know. I pun."
"Jom, let's go. I belanja you makan, okay?"
"Cis, belanja Burger King je? Belanja la I kat St. Pierre ke."
"Kita kat Kota Warisan. St. Pierre kat Wijayapura. Jauh, ngok."
"Kan, bodoh gila buat ibu negara jauh kedaung macam ni. Kalau hari tu Tun Azmi ikut cakap my father, dah macam-macam ada dah."
"Habis tu, Teknojaya tu dekat sangat ke? Kena naik kapal terbang pergi sana."
"At least Teknojaya hip and trendy. Ada Italian food, ada Mexican food, ada banyak bar and tempat best nak hangout. Kota Warisan ni, Burger King Warisan Waterfront. Lepas tu, Hotel Seri Gelanggayu. Gila babi boring."
"Ye lah, ye lah. You nak cakap yang you ni terror tarik foreign direct investment la ni. Eh, Ali dengan Merlina join us tau?"
"Lama betul I tak lepak dengan dua orang tu. Kalau ada dorang, takpelah. Takdelah nampak macam kita ni berskandal ke apa, kan? Zaman blogger ni, paparazzi politik ni ramai. Karang keluarlah kat blog Din Penyu la, Tukar Tayar la, Kopi Ais Gelas Besar la."

Eleh, Natasha. Kejap tinggi suara, kejap suara manja. Macam aku tak biasa.

Sekarang ni Natasha ada dalam kepentingan politik aku. Aku tau, dia bakal calon Presiden atau Perdana Menteri bila republikan berjaya gulingkan Sultan Norman nanti.

Sebelum Adilah cengkam dia, baik aku yang cengkam dulu.

--

Mina baru lepas meeting dengan seorang client dari Ryukyu untuk tujuan nak tarik siaran kartun anime dari Ryukyu.

Disebabkan ini discussion pasal kartun, Mina bawa Jugra sekali untuk membuat keputusan.

"Mommy, Jugra suka cerita Naruto ni! One Piece ni sekali. Gintama ni, Kak Jessie suka!" kata Jugra.
"Satu-satu la. Company mommy ni kena tengok bajet dulu. Cakap, cerita yang mana?"

Jugra berfikir macam nak selesaikan masalah negara pula.

"Aaaaa, Naruto la. Yang ni kawan-kawan paling ramai minat."

Mina bercadang untuk beli rights untuk siarkan Naruto dalam siri Animania, iaitu siri siaran kartun kanak-kanak di Wijaya TV, Sabtu jam 10 pagi.

Selain itu Mina bercadang nak letak rancangan seperti KimPossible, Ben 10 serta Upin dan Ipin untuk menghiburkan kanak-kanak seperti Jugra, walaupun Jugra lebih meminati rancangan orang tua macam WWE.

Selepas memeterai perjanjian, Mina bawa Jugra makan di McDonald's, dan makan Happy Meals.

"Mommy, kenapa mommy dengan daddy jarang cakap bersama?" tanya Jugra.
"Eh, mommy cakap je la dengan daddy. Kenapa Jugra cakap macam tu?"
"Entahlah. Nampak macam tak mesra."

Mina yang masih terganggu dengan video threesome tu, memilih untuk diamkan diri.

"Jadi orang tua ni, Jugra, tak sama macam orang muda macam Jugra. Jadi orang tua ni banyak masalah. Banyak perkara yang perlu difikirkan."
"Apa yang difikirkan tu, mommy?"
"Macam-macam lah. Macam sekarang, Jugra umur enam tahun, apa masalah Jugra?"
"Jugra tak faham dengan cikgu yang ajar Jugra French tu. Dia punya tulisan macam cakar ayam."
"Ha, tu masalah Jugra. Masalah mommy, lagi besar dari cakar ayam. Masalah daddy, haaa, lagilah besar..."
"Masalah daddy tu cakar Tyrannosaurus Rex! Masalah mommy pulak macam parasaurolophus, kan?"

Mina tersenyum je bila tengok Jugra hafal nama spesis dinosaur.

"Apa spesis dinosaur yang Jugra dah tau?"
"Tyrannosaurus Rex yang paling besar, garang! Aummm! Lepas tu yang macam burung tu, velociraptor! Yang macam badak sumbu tu, triceratops! Yang ada sirip kat belakang dia tu, spinosaurus!"
"Clever boy, anak mommy!"
"And also handsome boy!"
"Yes, handsome boy!"

--

Balik dari makan tu, Mina dan Jugra berjalan menuju ke arah kereta. Tiba-tiba ada seorang lelaki mencucuk kaki Mina dengan kaki payung.

"Sorry," kata lelaki itu.

Mina cuma angkat tangan sahaja, tak kisah.

Tetapi sebaik sahaja dia dalam kereta, dia rasa jantungnya berdegup pantas. Muka Mina jadi kemerahan.

"Mommy, are you okay?" tanya Jugra.
"J...jug...jugra, grab my phone, call ambulance...."

Mina terus lemah dan tidak sedarkan diri.

"Mommy, mommy?"

Jugra terus telefon ambulans.

"Hello, mommy sakit. Dia tiba-tiba pengsan. Tolong datang McDonald's Seksyen 17. Nama saya Jugra bin Azlan. Mommy, bangun mommy!"

--

Adilah

Akhirnya mampos juga betina tu! Tu la, jangan langgar aku, kau degil. Nampaknya perancangan aku untuk pisahkan Azlan dari kuasa dah berjaya. Kalau Sultan menang lawan Jeneral Yahya ini pun, Azlan takkan dapat lagi kuasa.

See, bijak tak aku susun semuanya? Aku dah buktikan pada ayah, yang aku mampu memimpin Sayap Kuning.

Cuma aku hairan sekarang, macam ada masalah kebocoran dalam Sayap Kuning sekarang. Macam banyak perkara yang aku rancang dah diketahui oleh musuh.

Aku syak ini semua kerja Ali. Perkara ni mula berlaku sejak Sultan kurniakan dia ahli Sayap Kuning. Aku bukan tak tau yang dia ni pandai bermuka-muka depan Hafiz.

Tapi kalau aku kena lawan Ali, susah sikit. Dia ni jauh lebih bijak daripada Azlan. Tapi dia akan kantoi juga, dan bila aku dapat kuasa nanti, aku akan pastikan yang dia akan meringkuk dalam penjara.

Buat masa sekarang, aku kena stay dalam geng republikan Jeneral Yahya. Serangan bakal bermula tak lama lagi. Kau semua tunggu sahajalah.

Dan Azlan, takziah atas kematian bini kau. Itulah, siapa suruh kau tak nak pandang aku? 

--

Azlan

Kami berempat makan di Burger King Warisan Waterfront, dan Warisan Waterfront kini semakin sesak berikutan pembukaan KFC dan Pizza Hut di sebelah Burger King.

Teori ni aku dan Natasha pernah bual semasa kami Form 5 pada tahun 1986 lagi. Semasa itu fast food yang ada di Gelanggayu ialah KFC dan Ayam Goreng Harun sahaja. Teori tentang bagaimana restoran makanan segera menggambarkan ekonomi setempat.

McDonald's ada, tapi ada satu cawangan sahaja pada masa itu, jadi masa topik kami bualkan tu, McDonald's belum lagi signifikan.

Menjelang penghujung 80an barulah datang banyak restoran dari Barat seperti White Castle, Grandy's dan kemudian menjelang krisis ekonomi Gelanggayu pada tahun 1995, banyak cawangan yang dah tutup.

Burger King mula tiba di Gelanggayu pada tahun 1998 di Matahari Petrogayu, dan kemudian membuka cawangan di Warisan Waterfront.

Sekitar tahun 2002, McDonald's melakukan langkah strategik dalam industri makanan segera ni. Sejak Merlin Incorporated dapat hak francais McDonald's Gelanggayu tu, macam ada satu game changer.

Jika masa 80an dan 90an, McDonald's menumpukan kepada keluarga, tahun 2000an pula McDonald's menumpukan pasaran kepada golongan remaja dan golongan bekerja yang mahu makanan yang cepat dalam kehidupan yang sibuk.

KFC pula masih lagi menumpukan kepada keluarga, cuma kali ini mereka downgrade kualiti mereka untuk mampu dipasarkan kepada kelas menengah rendah dan pekerja.

Contohnya, sekitar 80an dan awal 90an dahulu, ayam digoreng dengan menggunakan minyak jagung, sebelum tahun 1995 ketika krisis ekonomi, mereka menggunakan minyak kelapa sawit yang lebih murah. Banyak produk KFC untuk middle class macam Alpha Nuggets untuk kanak-kanak pun dah takde lagi.

Akibatnya rasa ayam goreng KFC hari ni lebih kurang macam Ayam Goreng Harun sahaja, dan disebabkan itu, orang ramai pun pergi makan KFC je dan menyebabkan Ayam Goreng Harun gulung tikar.

Jadi semakin urban kawasan tersebut, semakin banyak McDonald's dibuka di kawasan tersebut. Contohnya, McDonald's di Wijayapura, bandaraya yang mempunyai 8 juta orang penduduk, di kawasan urban, McDonalds ada di kawasan radius 500 meter antara satu sama lain.

Starbucks pula sekitar 100 meter. Tapi Starbucks tak masuk dalam kategori ni memandangkan ia adalah kafe dan bukan makanan segera.

"Tapi kenapa McDonald's tak ada lagi di Kota Warisan ni?" tanya aku kepada Merlina, yang merupakan CEO Merlin Incorporated.

"Sebab tempat ni boring. Nampak sangat orang yang bangunkan ibu negara ni, dia takde idea nak buat apa," jawab Merlina.

"The project started back in the 80's, bila Sultan, back then was Tengku Mahkota nak projek ni, and sabotage my dad's project. Sebab tu Kota Warisan ni a doomed project. Projek gagal. Sebab projek bina ibu negara ni sebab nak fit dua orang egomaniacs, Sultan and Tun Azmi," sambung Natasha.

Ali pula hanya diam, dan main game Bantumi, sejenis game congkak dalam handphone Nokia.

"So, what should we do to Kota Warisan, macam you buat kat Teknojaya?" tanya aku pada Natasha.

"Every city has it's own purpose. Wijayapura untuk apa?" Natasha tanya aku balik.
"Trade, commerce, financial, industry. Jadi ada pelbagai orang, ada pelbagai jenis pasaran di Wijayapura. Sebab tu ada banyak jenis perniagaan kat situ."

"How about Teknojaya?" Merlina tanya Natasha.
"Teknojaya pulak, more to high-tech sector and also high-end industries. And kebanyakan orang yang tinggal kat situ ialah expats, especially yang pakar dalam bidang IT. And gaji dorang way above average daripada di Wijayapura. Therefore, kat Teknojaya banyak restoran makanan dari luar, macam Italian, Mexican, Japanese, Korean, French, Turkish. Sebab Teknojaya ni cosmopolitan berbanding Wijayapura," jawab Natasha.

"So, you rasa Wijayapura is not cosmopolitan enough?" tanya aku lagi.
"Yes, dan problems with Wijayapura, is the crime rate is too high, too much pollution and the traffic is hellish. Sebab tu back in the 80's, my dad dah plan project ni kat Teluk Chendana, later called Teknojaya. Tapi si Sultan ni last minute cut off deal dengan Tun Azmi, buat projek Kota Warisan ni. Jadilah tempat boring macam ni."

"Then, what should we do untuk buat Kota Warisan ni menarik?" tanya aku.

"Ye doh. Aku kalau takde kerja, memang tak nak datang Kota Warisan ni. Boring doh," kata Merlina.

"Ali, pada kau, macam mana? Dari tadi senyap je," aku tanya Ali pulak.

"Aku sekolah tak tinggi, sampai darjah tiga je. Tapi ni pendapat aku lah. Pendapat aku, Teknojaya terlalu mahal untuk golongan marhein nak duduk. Kalau aku ke Teknojaya, kalau aku nak makan, aku kena drive setengah jam keluar dari kawasan tu. Jadi, takdelah ada banyak benda sangat pun. Wijayapura, macam Nat cakap tadi, sesak. Ada pencemaran la, jenayah la, orang miskin bandar la. Tapi macam-macam ada kat situ. Kota Warisan dipenuhi pekerja kerajaan yang skema, sebab tu boring."
"Jadi, macam mana nak buat kawasan macam ni tak boring?" tanya Merlina.
"Aku tak tahu, Merlina. Tapi bila sesuatu bandar tu ada sejenis kelompok manusia je, dia akan jadi boring. Teknojaya, walaupun ada pelbagai kaum dan expat, tapi pada aku tetap boring gak. Sebab semua jenis kelas yang sama. Kau kena ada duit baru best kat Teknojaya. Kota Warisan ni pun boring, sebab pekerja kerajaan je ada kat sini. Nak jadikan tempat ni tak boring, kena ada macam-macam jenis orang. Sebab pada aku la, yang jadikan bandar tu best atau boring, ialah orang yang duduk dalam bandar tu. Bangunan mahal-mahal, jalan sampai lapan lane pun kalau orang yang duduk situ satu jenis je, jadi boring," kata Ali.
"Cool, Merlina?" aku tanya pendapat dia pulak.
"Pendapat aku, kena start bina bandar yang kompak. Yang mudah orang jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kalau naik public pun tak jauh. Semua boleh dihubungi dengan mudah," kata Merlina.
"Kita kena bina all purpose, mixed development kat sini. Because shopping mall will demand more space for parking, especially macam Kota Warisan ni. Kalau mixed development, residential bercampur dengan commercial, orang tak perlu naik kereta untuk ke shopping lot," kata Natasha.
"Pada aku, salah satu masalah ialah public transportation. Kota Warisan terlalu bergantung pada kereta. Macam tu jugak Teknojaya. Connectivity tu susah kalau takde kereta. Nanti aku akan bincang dengan perancang bandar kawasan ni, memandangkan aku kenal dia. Semua cadangan korang ni, aku dengar dan aku akan kemukakan pada dia. Lepas tu aku akan cakap pada Menteri Infrastruktur."
"Cool, Alan. So, cepat sikit makan sebab I nak jemput Rachel kat childcare ni."
"Nak I tolong hantar ke?"
"No worries, Alan. I tak nak you pening kepala pasal I or Rachel lagi. Lagipun I ni wife orang, tak eloklah. Nanti apa orang cakap. Voters I takpe, most of them tak kisah pun. Voters you kat Puncak Jaya tu yang banyak masalah untuk you nanti."

--

Sebelum berpisah, aku sempat tanya Natasha, perlukan pertolongan aku untuk kempen pemilihan Presiden Parti Nasionalis atau tak. Dia cakap dia tak perlukan apa-apa pertolongan kecuali sokongan.

Hari Sabtu ni mengundi dalam pemilihan, kalau tengok akar umbi, dorang lebih prefer Izham berbanding Natasha atau Sahari.

Aku cuma boleh ucapkan good luck sahajalah.

Disebabkan Merlina yang drive, maka playlist Merlina yang dibuka. Ali duduk kat belakang, sekali sekala berhubung dengan orang-orangnya tentang kerja.

"Ni Radiohead kan?"
"Haah. Ni album live in Oslo. True Love Waits."

Patutlah aku rasa macam lagu ni macam kena dengan mood aku sekarang ni.

Aku rasa miserable sekarang ni bila tiap kali Natasha tekankan soal yang dia isteri orang. Rasa macam dia cuba nak jauhkan diri daripada aku.

Dalam masa sama, aku rasa hubungan aku dengan Mina hanya sekadar 'demi Jugra'. Aku rujuk kembali dan aku tarik balik lafaz cerai aku tu demi Jugra.

"Telefon kau, Lan. Dah la ringtone lagu Mission Impossible. Orang tua betul," kata Merlina.

Jugra call?

"Ya, Jugra. Ada apa? Mommy kat hospital? Okay, daddy balik cepat."

Dah kenapa pulak ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro