
2006 part 1
Azlan
New Year's Eve 2006
"Apahal lah kau ni, angin takde, ribut takde, tiba-tiba letak jawatan. Kalau resume kau asyik berhenti kerja je, tak cantik doh," kata Merlina, sambil makan potato chips sour cream and onion.
"Entah, si Ezlynn tu baru je berapi nak minta intern kat office Timbalan Perdana Menteri," kata Jessie pula.
"Kau jangan, Jessie. Nanti jadi Monica Lewinsky karang. Perangai buaya si Alan ni lagi teruk daripada Bill Clinton," kata Merlina.
Aku hanya gelak sahaja tengok perangai dua orang ni.
By the way, rumah Mina sudahpun Ali renovate dan aku kembali ke rumah ni selepas hampir sebulan juga aku menumpang istana.
Tak larat aku tengok si Tengku Dania bersenamrobik lagu Don't Cha tak sudah-sudah.
Izham melantik Kamal Imad sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Harga petrol naik ke RG1.50 tengah malam ni. Orang nak sambut new year pun macam takde mood. Kalau ikutkan orang ramai pun, orang macam menyesal mengundi Izham sebagai Perdana Menteri dengan majoriti terbesar dalam sejarah Gelanggayu.
"Alan, Radio Millennium apa cerita?" tanya Merlina, tiba-tiba.
"Macam tu lah, kenapa?"
"Din Tapa tanya. Dia cakap memandangkan kau dah letak jawatan tu semua, bolehlah kau fokus kerja-kerja wakil rakyat kat Puncak Jaya."
"Dia nak handle Radio Millennium?"
"Kami nak handle."
"Kami?"
"Ya. Aku, Jessie dengan Din Tapa nak handle. Tapi, aku nak rebranding."
"Kau nak rebranding?"
"Ya. Bosanlah nama millennium tu. Dah berapa tahun dah basi nama macam tu. Dah macam besi berkarat."
"Habis tu, kau nak namakan apa pulak?"
"SegarX dot FM. Kami tak hot, kami cool!"
"Hah?"
"Dan kita akan buka lagu-lagu band tempatan sahaja. Band-band dari Myspace Music, kita akan naikkan. Kat situlah market kita. Amacam? Asyik lagu orang putih je."
"Tapi Jessie kan belum habis belajar lagi?"
"Takpelah, dia intern dulu. Lepas dia grad, terus masuk radio ni."
"Aku fikirkan dulu, macam mana. Tapi kau tak rasa ke, radio ni dah ketinggalan zaman? Dah ada internet, dah ada TV, kenapa nak dengar radio lagi?"
"Ala, dari radio tu la kita evolve jadi benda lain. Macam RAGE ke, macam MTV ke."
"RAGE tu apa?"
"Music channel. Tempat orang download lagu. Alan, cuba kau dengar lagu ni."
"Band apa ni?"
"Couple. Cuba dengar dulu."
Merlina klik lagu Tentang Kita dalam Myspace Music.
"Layan tak? Kau tau, semua band ni, tak dapat masuk pun radio mainstream. Apa kata kita naikkan band-band ni?"
"Well, kau lagi pakar dalam hal ni, Mer. Lagipun, aku dah tak jadi menteri, kau pun nak look forward benda ni, aku kata okay je lah."
"So, apa plan kau lepas ni?"
"Aku nak fokus dengan kawasan aku. Sebab tu kerja aku, kan?"
"Tu aku tahu, Lan. Tapi, lepas ni, takkan takde plan lain?"
"Nanti aku fikirkan dulu. Malam new year ni, kau nak suruh aku fikir macam-macam pulak."
"Malam new year la kau nak cerita pasal azam tahun baru. Esok lusa, takde siapa nak peduli lagi dah!"
--
Adilah
Penerbangan dari Betawi ke Temasik memakan masa satu jam setengah, dalam keadaan hujan lebat, aku tiba di Lapangan Terbang Changli.
Tujuan aku di sini ialah bertemu dengan Jeneral Yahya untuk gulingkan Sultan Norman.
Nampaknya si sial tu dah melepaskan jawatan, mungkin sebab dia tak ada "what it takes" untuk jadi seorang Ace. Mungkin dia sendiri dah give up dengan rancangan Jeneral Yahya.
Aku dijemput oleh anak kepada Jacob Chong, Ken di lapangan terbang.
Percaturan politik yang dilakukan oleh aku selama ini, nampaknya berubah lagi. Lama aku menunggu masa untuk reda, dan bagi jeneral ini, apa sahaja yang dapat dilakukan untuk menjatuhkan keluarga al-Daulah, dia akan bekerjasama dengan sesiapapun.
Aku tiba di rumah Jacob Chong, dan aku bertemu dengan Jeneral Yahya Atan yang sedang tunggu di ruang tamu.
"Apa khabar, Jeneral?" aku menghulurkan salam.
"Baik, jemput duduk."
Aku pandang keliling rumah Jacob Chong. Rumah zaman Victorian, yang merupakan rumah bekas Gabenor Temasik, Sir Thomas Hillary.
"Jadi, kita berdua dah jadi orang buangan?" kata Jeneral Yahya.
"Ya, nampaknya begitu. Tapi misi saya belum selesai."
"Sure, samalah. Jadi, apa tujuan Puan Adilah ke sini? Lepas kegagalan epik Tok Aki dengan movenya, you ke sini pula?"
"Ya, sebab saya dengar, Ace Jeneral dah gagal dalam misi. Jadi, saya di sini ada proposal kepada Jeneral, untuk dilaksanakan."
Jeneral Yahya duduk menyandar, seperti bersedia untuk mendengar.
"Okay, silakan."
"Dengan kekuatan hubungan media luar yang saya ada, saya akan berikan Republik Gelanggayu kepada Tuan Jeneral. Tapi ada dua syarat."
Jeneral Yahya hanya senyum, dan tidak menunjukkan reaksi lain.
"Jeneral?"
"Ya, saya dengar."
"Baik. Syarat pertama, saya tak mahu Azlan terlibat dalam hal ni."
"Okay."
"Syarat kedua, saya yang akan tentukan siapa Presiden Republik yang pertama."
"Yang pertama, okay. Yang kedua, yang tu kena bincang dulu. Sebab for the record, although you're smart for this game, but you have your biggest fucked up yang bernama Kimi."
Aku menyandar. Ternyata Jeneral sudah bersedia dengan apa yang cuba aku lakukan.
"Jeneral nak jadi Presiden ke?"
"I'm too old for this. Umur saya lebih kurang Agusto Pinochet. Tak mungkin orang macam saya ni dapat sokongan rakyat."
"Baiklah, rasanya kita berdua ada common ground. Jadi, we have a deal?"
Jeneral pandang aku dengan satu pandangan sinis.
"Not quite."
"Baiklah, saya rasa Jeneral tak berminat dengan bantuan saya," aku terus bangun dari kerusi. Tapi Jeneral masih tidak berganjak.
Sebaik sahaja aku berada di depan pintu, Jeneral bersuara.
"Tak nak dengar syarat saya?"
Aku menoleh ke arahnya.
"Ya, apa syaratnya?"
Jeneral Yahya bangun dari kerusinya.
"You pick the President, I do the Constitution."
Aku kembali ke kerusi aku, kemudian Jeneral menjemput aku kembali untuk duduk.
"Baiklah, Tuan Jeneral sudah ada Perlembagaannya?"
"Sudah, tapi yang penting, kita kena ada vanguard political movement. Dan untuk itu, kita perlu satukan rakyat di belakangnya. Kerana masa Revolusi Nasional, rakyat masih berbelah bahagi untuk jatuhkan keluarga al-Daulah. Dan untuk itu, I need your expertise on this."
"Baiklah, Tuan Jeneral dah fikirkan siapa bakal lead vanguard party tu?"
"Seseorang yang kritikal, dan mampu bersuara tanpa ada rasa ketakutan."
"Tuan Jeneral ada dalam fikiran siapa gerangan orangnya?"
"Of course. Tapi nak tahu, orangnya sama macam Puan Adilah fikirkan?"
"Tuan Jeneral tahu siapa yang saya fikirkan?"
Jeneral senyum.
"Natasha?"
Aku mengangguk.
"Good choice. Bila wedding dia?"
"Next week. Tapi kita berdua tak dapat pergi sebab ia diadakan di Wijayapura. Tapi saya akan ke Copenhagen untuk temankan dia dan Gunawan ke sana. Kita jumpa di sana?"
"Alright. Kebetulan saya akan ke Berlin, untuk bertemu dengan kawan lama. Tak jauh pun Berlin ke Copenhagen kalau naik flight."
"Baiklah, kita jumpa di sana nanti. Selamat malam," kami akhiri pertemuan dengan salam, tanda satu alignment politik baru bermula.
--
Perdana Menteri, Izham ke Washington DC untuk lawatan kerja bertemu dengan Presiden George W. Bush di White House untuk meminta restu untuk melancarkan perang di kubu kuat pengganas di Kundur.
Walaupun Tok Aki sudah dihukum gantung, namun pemimpin utama Daulah Islammiyah Nusantara di Kundur, Sheikh Abu Hassan al-Kunduri masih bersembunyi di sekitar Banjaran Barisan.
Pun begitu, tindakan unilateral Gelanggayu mencetuskan kemarahan rantau setempat, terutamanya Suvarnabhumi dan Majapahit kerana tidak melibatkan negara-negara NEMCA (Nusantara Economy, Military and Commerce Association).
Tindakan Gelanggayu menambah perbelanjaan ketenteraannya menggusarkan negara-negara setempat, dengan Majapahit yang paling lantang bersuara.
Duta Besar Majapahit ke Gelanggayu, Adi Wardono menyampaikan surat bantahan itu ke Seri Bendahara kerana Gelanggayu telah melanggar semangat negara kejiranan.
Bagi Izham dan Sultan, dengan menguasai Kundur, pantai Barat Pentas Sunda akan dikuasai oleh Gelanggayu, serta terdapat banyak kawasan minyak di situ.
Bagi Bush, Gelanggayu harus bersama-sama negara-negara di Pentas Sunda untuk menghapuskan keganasan di kawasan tersebut.
Tetapi tindakan unilateral ini pada Izham, perlu dilakukan kerana inilah peluang Gelanggayu untuk menguasai rantau ini dan menjadi kuasa besar. Persaingan terutamanya dengan Majapahit pastinya akan berlaku.
Kecewa dengan tindakan Washington, Izham beralih arah ke Moscow dan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Mereka pernah bertemu pada tahun 2003 di Moscow dalam pembelian Sukhoi dan program angkasawan negara yang sedang berjalan acara pemilihannya.
Bakal angkasawan negara sedang menjalani latihan di Cosmodrome di Baikonur, Kazakhstan.
Bagi Rusia pula, mereka memerlukan pelabuhan laut dalam terutamanya di kawasan Lautan Hindi untuk meluaskan pengaruhnya. Dan untuk Vladimir Putin, rantau Asia adalah rantau yang strategik memandangkan Kwantung semakin giat meluaskan kuasanya di kawasan berhampirannya.
Walaupun dibantah masyarakat antarabangsa, pada 1 Februari, 2006, selepas mendapat perkenan Sultan Norman, Gelanggayu melanggar sempadan Kundur dengan menyerang melalui Melaut.
--
Serangan tersebut telah dibantah oleh rakyat Gelanggayu sebaik sahaja pengumuman perang itu diumumkan Izham di televisyen.
Populariti Izham turun dari 88% pada tahun 2004, menjunam di bawah 50% pada awal tahun 2006.
Peningkatan harga barang, terutamanya petroleum, mencetuskan kemarahan orang awam di Wijayapura.
Pun begitu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Kamal Imad, memberi amaran keras akan menghukum sesiapa yang membantah serangan tersebut.
Kamal berkata dalam sidang media, "keganasan yang berlaku di Gelanggayu, iaitu pengeboman Commonwealth Mall pada tahun 2002 dan pembunuhan Perdana Menteri, Shahrizal Hamdi pada tahun 2004, masih lagi belum terbalas, selagi Daulah Islamiyyah Nusantara Kundur yang diketuai Sheikh Abu Hassan al-Kunduri tidak ditumpaskan."
--
Azlan
Fuh! Mujur aku letak jawatan siap-siap. Mampus aku kalau nak handle isu besar macam ni.
Hari ini adalah hari pertama Jugra ke tadika, dan sebagai seorang ayah, aku rasa berbangga sebab aku dapat lakukan perkara ini.
Dalam masa sama, hati aku teringat pada anak aku yang lagi seorang, Rachel. Rachel kini dah ada ayah baru, memandangkan Natasha sudahpun berkahwin dengan Gunawan.
Aku tak hadir pada majlis perkahwinan mereka, dengan alasan yang aku sibuk. Aku hantar teks pada Natasha pada hari pernikahannya.
"hey nat, im sorry, i cant come 2 ur wedding. congrats, wish u gud luck."
Tapi dia langsung tak reply, mungkin sedang sibuk bersanding, mana nak pandang telefon, kan?
Lagipun, aku tak cukup kental nak pergi perkahwinan ex. Terutamanya ex girlfriend yang paling aku sayang. Aku bukan macam Nat yang boleh rilek je datang wedding aku dulu.
Merlina pula sedang sibuk revamp studio radio untuk rebranding jadi SegarXFM. Aku tak nak kacau dia sangat, sebab kalau dia sibuk, dia sibuk betul.
Aku sekarang lay low dalam politik. Sebab bukan masanya lagi untuk aku bergerak. Buat masa ini, aku cuma fokus jaga kawasan aku, dan berikan khidmat terbaik, dengan harapan dalam pilihanraya akan datang, aku kekal sebagai wakil rakyat walaupun berada dalam Parti Nasionalis ni amatlah sukar untuk menang ketika ini.
Mau taknya, harga barang naik, harga minyak naik, Izham lancarkan perang, kadar jenayah makin meningkat, kadar pengangguran meningkat.
Kegawatan ekonomi belum muncul lagi, tapi tanda-tanda sudah mula kelihatan.
1987, 1995, 2002, tahun Gelanggayu berdepan dengan kegawatan ekonomi. Selang 7-8 tahun, pasti akan terkena kegawatan ekonomi.
Tapi kalau macam ni Bang Iz handle negara, lagi dua tahun ni, memang mendapat. Susahlah Parti Nasionalis nak menang next election.
Apapun, sebagai wakil rakyat, aku kena fokus buat kerja untuk rakyat, supaya at least aku terpilih dalam pilihanraya akan datang, dan menang kerusi, walaupun aku bakal berada di kerusi pembangkang.
--
Selepas aku menghantar Jugra ke tadika, aku mengambil keputusan untuk park kereta aku di stesen Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) dan menaiki keretapi transit ini seorang diri.
Disebabkan waktu aku naik tu waktu puncak, maka aku berdiri di dalam kereta api.
Aku turun di hadapan McDonald's tempat aku selalu makan, berdepan dengan Paragon Mall. McDonald's tu dah jauh berubah daripada zaman aku tu.
Kalau dulu bangunannya warna merah kuning, sekarang sudah warna hitam kelabu. Tapi tingkat atas masih ada lagi. Aku duduk kembali di meja tempat aku dan Natasha makan masa mula-mula kami bercinta dulu.
Sedar tak sedar dah 20 tahun perkara tu, macam-macam dah berlaku.
Aku tak makan pun, cuma minum kopi, kemudian aku naik bas dari depan McDonald's itu menuju ke rumah lama aku di Puncak Jaya.
Agak lama juga bas ni nak sampai. Aku tunggu sampai basah juga ketiak aku.
Sampai aku dalam bas, aku perasan semua orang pandang aku. Dalam keretapi pun tadi sama je. Cuma dalam keretapi aku buat tak tahu sahaja.
Dalam bas, ada perempuan tua tegur aku.
"Awak ni Timbalan Perdana Menteri kan?"
"Maaf, puan. Saya bekas Timbalan Perdana Menteri. Saya dah letak jawatan."
"Kenapa awak naik bas? Takkan la bekas menteri tak ada kereta?"
"Ada. Saja nak naik bas."
Kejap lagi ada seorang remaja lelaki pula yang menegur.
"Encik, Encik Azlan kan?"
"Ya, saya."
"Encik naik bas?"
"Kenapa, saya tak boleh naik bas ke?"
Disebabkan itu, tiba-tiba ramai pulak berpusu-pusu untuk pandang aku. Aku jadi terpinga-pinga sebab aku dikerumuni oleh orang ramai.
"Encik Azlan, harga minyak naik, susah la kami. Buat la sesuatu..."
"Harga barang pun naik tapi gaji tak naik juga..."
"Encik, kenapa Izham tu bodoh sangat ya? Dia pergi perang tu macam la kita ni hidup senang?"
Aku dengar sahaja keluhan rakyat dalam bas tu dan cuma senyum sahaja.
"Maaf, saya nak tekan loceng. Saya nak turun sini. Tentang keluhan awak semua, saya akan cuba bawa ke Parlimen. Saya minta diri dulu."
Dari perhentian bas aku berjalan kaki hingga ke restoran mamak yang jaraknya lebih kurang satu kilometer lebih.
Aku rasa Wijayapura ni tidak dirancang dengan betul. Pembinaannya pun tak memikirkan keseimbangan alam. Kalaulah aku jadi Gabenor Wijayapura ni, aku nak cuba perbaiki banyak perkara.
Mungkin akan datang aku bertanding jadi Gabenor? Tapi nak ke Izham calonkan aku nanti? Atau patut ke aku bertanding calon bebas?
Masa aku tengah minum, aku dengar ada orang berbual, tapi aku percaya mereka tak perasan aku duduk du meja belakang mereka.
"Sejak Kamal jadi Timbalan PM ni, macam makin barai je Izham ni."
"Aku rasa Izham ni memang dari dulu barai...."
"Eh tak la, dulu dia okay je masa awal-awal..."
"Aku orang Tanjung Emas, aku tau la Izham tu macam mana. Sebab timbalan dia masa tu Azlan. Azlan tu, kalau kau telefon pusat khidmat rakyat dia, ada problem, tak sampai 15 minit dorang dah sampai. Kalau Izham ni, memang teruk..."
"Haah, ye lah. Apasal dia berhenti..."
"Aku rasa pasal kes video skandal seks dia kat Mauritius tu kot. Dulu Suara Gelanggayu ada report benda tu tapi lepas lesen dia kena tarik, dah takde dah cerita tu..."
"Alah pergi mampos la skandal seks ni. Kita nak perkhidmatan terbaik. Dia nak tutuh siapa tu dia punya hal la..."
Mata aku memandang, telinga aku mendengar. Tapi aku diamkan sahaja. Sejak Jugra minta dengan aku jangan gaduh dengan ibu dia, aku cuba.
Bukan aku tak cuba, aku dah cuba.
Kejap lagi aku kena jumpa Ali, dia ada benda nak cakap.
--
"Aku bukan apa, Lan. Aku ni jenis darah gemuruh. Aku tak pandai berucap depan orang ramai. Kalau dengan Kecik, dengan Joni, aku berani la," kata Ali sambil menggaru-garu kepala botaknya.
"Aduhhh, nak ada movement, kena ada ucapan berapi, Li. Kalau tak, orang tak nak ikut kau. Kalau takat orang-orang Ayam Hitam je, tak cukup untuk buat satu movement besar. Kau pun tau kan masa kau pergi tengok Muhammadiyah dengan Nadhlatul Ulama kat Majapahit tu."
"Dorang tu imam, ulama. Dah biasa berdepan dengan orang, Lan. Aku ni, tengok muka pun orang cakap muka aku ni muka pecah rumah."
"Eiii, kau ni, kejap, kejap! Aku call Mer jap. Dia mesti ada jalan penyelesaian!"
"Hello, Merlina binti Hashim, boleh saya bantu?"
"Ngek kau! Aku boss kau la, gila!"
"Haha! Ada apa Lan?"
"Kau tengah buat apa tu?"
"Aku tengah recce harga equipment untuk radio la. Pahal?"
"Kau datang gudang Ali jap."
"Haaa, bagi aku sejam! Jem ni, gila!"
Ali ketawa je tengok cara aku bercakap dengan Merlina ni.
"Kau nak pendapat aku tak, pasal makwe?" tanya Ali.
"Asal?"
"Aku rasa Merlina ni kena dengan kau."
"Hotak kau. Dia ni makan bersepah, cakap pun cam takde filter. Nak pulak mak aku terima dia jadi menantu?"
"Eh, bukan Mer ni anak murid kesayangan Aunty Idah ke?"
"Anak murid je la, jadi menantu memang tak la."
--
"Amende setan! Suruh aku datang jauh-jauh macam ni, lepas tu dengan tak bagi salam," kata Merlina sambil letak begnya di atas sofa.
"Gini, Ali nak buat movement politik dia. Tapi masalahnya, dia ni jenis gugup bila bercakap dengan orang. Kau ada jalan penyelesaiannya?"
"Jap, jap. Movement kau ni melanggar aliran kuning dan biru ke?" tanya Merlina kepada Ali.
"Agak melanggar jugak la."
"Maknanya, Ali tak boleh tunjuk muka dia. Kau pun satu, kau takkan tak tau yang Ali ni makan dua kolam, bongok!" kata Merlina sambil dia duku kepala aku.
"Habis tu, macam mana?" tanya aku.
"Kau pakai handphone apa?" tanya Merlina.
Ali keluarkan handphone Nokia sabun dia.
"Kau nampak tak butang record ni?" tanya Merlina.
Aku dan Ali pun tengok macam mana Merlina ni godek-godek telefon Ali.
"Haaa, nampak."
"Kau record apa yang kau nak cakap. Ni contohlah."
Merlina pun tekan butang rekod dan cakap merepek.
"Ha, lepas tu kau save. Lepas tu, Lan, kau bukak Bluetooth."
"Hah? Bluetooth? Apa benda tu?"
"Eiii orang tua ni...bak sini phone kau!"
Merlina tekan logo Bluetooth, dia switch on.
"Lepas tu, kau send audio kau cakap ni, pakai Bluetooth. Polis pun tak boleh detect, benda pun tersebar cepat."
Ali dengan aku melopong kena sekolah bab teknologi dengan Merlina ni.
"Jadi, nanti orang lain kalau nak sebarkan, dia Bluetooth jugak la?" tanya Ali.
"Ha, macam tu."
"Baru aku tau camana Kecik dapat video 3gp Lubuk Tupah dengan Papa Jahat tu. Macam ni rupanya," kata Ali.
"Video apa tu?" tanya aku.
"Kau ni skema la Laaaannn!" kata Merlina.
Berdekah-dekah Ali dan Merlina gelakkan aku. Tak faham betul lawak dorang ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro