
2005 part 9
Where I come from isn't that all great
My automobile is a piece of crap
My fashion sense is a little whack
And my friends are just as screwy as me
I didn't go to boarding schools
Preppie girls never looked at me
Why should they?
I ain't nobody, got nothing in my pocket
Beverly Hills
That's where I want to be
Livin' in Beverly Hills
Beverly Hills
Rolling like a celebrity
Livin' in Beverly Hills
Lagu Beverly Hills dari kumpulan Weezer berkumandang dalam kereta Merlina sambil dia dan Jessie bernyanyi dalam kereta.
"Tu dia, kau tengok rumah tu, kaya giloooo! Berapa juta kau rasa rumah tu?" tanya Merlina.
"10 juta?" Jessie mengagak.
"Anak tengku mana la yang duduk rumah ni agaknya."
"Henderson Hill, Bukit Istana, rasa dua tempat ni macam tempat lain je. Bukan kat dalam Wijayapura."
"Bukan tempat lain. Aku rasa macam negara lain."
"Kalau negara lain, Jessie rasa, Teknojaya."
"Kau pernah pergi ke?"
"Pernah, sekali. Dah macam Blade Runner," kata Jessie.
"Kau bayangkan, kalau Alan PM, Nat TPM? Mesti power, kan?"
"Jessie risau satu je. Instead dorang tu buat kerja tadbir negara, dorang tu bercinta."
"Takdenya. Aku tengok Natasha tu dah bertunang dengan Gunawan la."
"Tunang ke, kahwin ke, semua tu belum mutlak."
"Maksud kau, Alan boleh sailang Natasha dari Gunawan?"
"Mestilah. Gunawan tu dah lah nak acah Saputra sangat."
"Bodohlah kau ni, Jessie. Okay, kita dah sampai. Pakai make up lawa sikit. Mana tau, ada putera raja sangkut kat kau."
Jessie pandang slack je dengan niat Merlina ni.
"Tunggu Alan kejap. Tu dia, kau tengok, berderet kereta mahal."
Kereta Porche Mina masuk ke perkarangan Royal Gelanggayu Polo Club, dan Merlina mengekori dari belakang. Selepas Azlan cakap pada pengawal keselamatan tu, barulah kereta Merlina dibenarkan masuk.
Perlawanan polo pada petang ini berlangsung untuk mengutip derma untuk mangsa tsunami yang berlaku pada tahun lalu. Sultan Norman, Azlan dan Tengku Danish, putera sulung Sultan Norman, dalam satu pasukan.
"Weehh, tu baju team putih tu, yang nombor tiga tu, siapa nama dia?" tanya Merlina pada Jessie.
"Entah. Rasanya Tengku Bolkiah mana entah."
"Handsomenya!"
Perlawanan polo hari ini menyaksikan antara keluarga al-Daulah menentang keluarga Bolkiah, sebuah lagi kerajaan kesultanan di rantau Pentas Sunda ni.
Sultan Norman memakai nombor 3, iaitu pemain yang ditugaskan untuk assist pemain nombor 1 dan 2. Tengku Danish dan Tengku Aminah sebagai nombor 1 dan 2, sementara Azlan, yang secara tidak langsung menjadi keluarga al-Daulah kerana berkahwin dengan Tengku Aminah, menjadi pemain pertahanan, iaitu nombor 4.
Sebelum menaiki kuda, Mina memakaikan helmet kepada suaminya, sebelum memegang bahunya dan berkata, "handsome boy".
Azlan hanya tersenyum, cuma dalam fikirannya masih lagi memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh Ali padanya.
Selepas mencapai malletnya, Azlan terus naik kuda dan bergerak ke padang.
Merlina terus melakukan kerjanya, dengan mengambil gambar Azlan sebagai pemain pertahanan.
Permainan polo ini dikatakan berasal dari Empayar Sassanid, iaitu di Parsi, atau modennya Iran. Kemudian berevolusi ke sukan moden polo apabila British melihat putera raja Manipur di Bharat bermain.
Jessie pula duduk seorang diri, sehingga dia menoleh ke tempat duduk atas dan ternampak Tengku Dania, orang yang membulinya masa di sekolah dulu.
"Shit," kata Jessica.
--
Perlawanan berakhir ketika separuh masa pertama dengan al-Daulah mendahului 4-2. Rehat perlawanan separuh masa pertama itu, ada satu ritual yang dipanggil sebagai divot stomping, iaitu para penonton meratakan semula padang rumput selepas dipijak kuda.
Sambil meratakan tu, para putera diraja dan tetamu pun saling berkenalan.
Semasa sedang meratakan rumput, tiba-tiba Jessie ditegur oleh pemain polo nombor 1, Tengku Danish.
"You're not familiar here. May I know your name?"
"Me? Excuse me. My name is Jessica, Jessica Daniel."
"Tengku Danish Sultan Norman. Ada kenal sesiapa kat sini?"
"My cousin, Azlan."
"Wow, that's cool. Satu-satunya menteri yang ada Myspace."
"Excuse me, Your Highness."
"No need to call me Your Highness masa divot stomping. Semua sama je di sini. How old are you?"
"21."
"Samalah dengan my sister, Tengku Dania."
"I know. Pernah satu sekolah dengan dia kat RPM. Where was your school?"
"Eton College. Sekarang final year kat Harvard, bidang botanical science. Daddy suruh balik untuk match ni."
"Nice to know you, Tengku Danish."
"Call me Dan, next time kalau kita jumpa."
"Kalau jumpa. Got to go."
Sedang pijak rumput tu, Merlina datang ke arah Jessica.
"Kau tau tak lelaki tu siapa?"
"Tengku Danish."
"Dalam ramai-ramai orang, dia nak bercakap dengan kau je?"
"Dia cakap dia tak pernah nampak Jessie kat sini. Sebab tu dia tegur."
"Dia nak ngorat kau ke wei!"
"Tak nak la putera raja. Karang nak makan sup pun kena ikut protokol, dua jam baru habis. Lagipun dia mesti dah dijodohkan dengan somebody. Eh, I kan dah ada boyfriend. Pleaselah."
"Setia kau ya dengan si Art Ardan tu? Pekerja cabuk aku je. Ini bakal Tengku Mahkota ni."
"Tak minatlah, kak. Kalau Kak Mer minat, try la ngorat dia."
--
Azlan
Mesyuarat kabinet hari ini diadakan di Bukit Istana, enam tahun selepas pertukaran ibu negara baru ke Kota Warisan.
Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa, ritual memakai tali leher terus dilakukan oleh Mina.
Sejak Ali cerita apa yang berlaku pada 1989, aku sebenarnya sedang menyiasat tentang Mina. Bukanlah aku tak percaya cerita Ali, tapi tak ada bukti yang kukuh.
Dan kalau betul, aku kena arahkan Peguam Negara untuk dakwa isteri aku sendiri.
Tapi kalau betul cerita Ali tu, aku akan buat Adilah menang, dan aku tak nak itu juga berlaku.
Serba salah aku dibuatnya.
"Handsome boy," kata Mina selepas ikatkan tali leher untuk Jugra. Malam ni kami bertiga akan bersantap di istana, sebelum Tuanku Sultan berkenan menghadiri mesyuarat kabinet hari ini.
--
Natasha tiba di istana, bersama Gunawan. Natasha datang dalam kapasiti selaku Menteri Pendidikan.
Mereka berdua berjalan ke arah aku, dan Gunawan senyum sambil menghulurkan salam.
"Apa khabar?" tanya Gunawan.
"Khabar baik. Are both of you getting married?" tanya aku.
"Soon. Mas Alan jemput datang ya?"
"Receptionnya di Teknojaya, atau di Wijayapura?"
"Untuk memudahkan, di Wijayapura sahaja."
Bercakap tentang perkahwinan membuatkan Natasha rasa tak selesa. Matanya segan untuk pandang aku pun.
"Permisi ya, langsung ke kamar makan," kata Gunawan. Aku hanya menganggukkan kepala sambil melihat Natasha pergi tanpa kata-kata.
Beberapa minit kemudian, Fazrul selaku Menteri Pertanian pula tiba, dan bersalaman dengan aku. Kami berdua membincangkan projek pertanian di Melaut, tetapi Fazrul bercakap tentang Bang Iz tetap mahukan harga pelabuhan itu dibina dengan harga yang ditetapkan oleh Kamal.
"Nanti kita akan bincang kat meeting," kata aku.
--
Majlis bersantap bersama Sultan dan menteri kabinet berlangsung meriah.
"Jugra, makan elok-elok. Nanti orang pandang."
"Biarlah orang pandang."
"No, Jugra. Ini istana, bukan rumah kita sesuka hati je."
"Kat istana tak boleh makan ke?"
"Bukan tak boleh, tapi makan elok-elok."
"Macam tu, bila nak habis, daddy?"
Penat betul aku berdebat dengan anak aku yang lima tahun ni.
"Hari tu cakap dengan daddy nak jadi matang kan?"
"O..okay daddy."
Aku tak perasan yang Natasha duduk di meja sebelah.
"Your son?"
"Yup."
"Comelnya! Siapa nama dia?"
"Jugra."
"Jug...what?"
"Jugra. Sempena nama Bugis."
Natasha menjeling ke arah Mina, kemudian dia terus kata "oh."
Keluarga al-Daulah ni ada banyak darah keturunan diraja, termasuklah dari keturunan Bugis.
"How old is he?"
"Five."
"Samalah dengan Rachel."
"Yeah," aku hanya boleh kata itu saja. Aku perasan Mina dah mula menjeling, jadi aku meneruskan makan.
Selepas makan malam, kesemua menteri kabinet masuk ke bilik mesyuarat, dengan Tuanku Sultan Norman duduk di meja tengah.
Perbincangan kali ini ialah untuk permintaan Tuanku untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan.
Antaranya ialah untuk menambahkan perbelanjaan untuk membeli kereta kebal disamping untuk menambah kapal jenis destroyer dan anti missile, serta banyak lagi penambahan seperti teknologi drone yang diterokai oleh Turki dan pembelian senjata yang lebih canggih.
Perbelanjaan ketenteraan biasanya dalam lingkungan RG3 billion setahun, tetapi kali ini hampir RG25 billion - lebih enam kali ganda dari yang asal.
Disebabkan itu, beberapa perbelanjaan seperti kesihatan, pengangkutan dan pendidikan terpaksa dipotong.
Natasha bangun, membantah.
"The last time we spent big on military, we bought Sukhoi and also for our space program. And we still haven't finished paying for that damn jet fighters!"
"But this spending is necessary for our military strength. We're in war on terror," kata Izham selaku Menteri Pertahanan.
"At what cost, Bang Iz? Sampai anak-anak takde pendidikan ke?"
"Sure, kita boleh berdebat pasal pendidikan versus pertahanan, mana lagi penting, but kalau kita asyik diserang, ingat anak-anak kita boleh pergi sekolah ke? Take a good look kat Melaut, where the militant keep attacking villages tu semua. Anak tak boleh pergi sekolah, bapak pun tak boleh turun kebun. We need to strengthen our military, so our economy will prosper," kata Izham lagi.
"I can agree on your last sentence. However, taking half budget for education, for transportation, for health, this is not helping. Last year, terdapat 24,363 orang pelajar yang masih lagi tercicir dalam pelajaran akibat ibu bapa tak mampu nak dapatkan buku teks sekolah. If you cut another half of the budget, how many students will share the same fate as these unfortunate kids?"
Aku perhatikan Bang Iz berdebat dengan Natasha. Natasha ni aku kenal sangat perangai dia, memang tak nak mengalah.
"Natasha...ini permintaan Tuanku Sultan," kata Bang Iz, cuba memujuk Natasha untuk kembali bersama jemaah menteri untuk bersetuju.
"Your Highness, for your information, most of the kids are not fortunate like Tengku Danish or Tengku Dania. And most of us are responsible for what we decide for the people, not you, Your Highness."
Natasha terus capai beg tangannya, dan terus keluar dari bilik mesyuarat.
Aku nak bangun untuk kejar Natasha, tapi tangan Bang Iz suruh aku duduk balik.
"Biarkan dia. Besok lusa, kau pujuklah," kata Bang Iz.
--
Adilah
Tengku Dania beritahu apa yang berlaku di istana hari ini, tentang Natasha yang menderhaka dengan membantah titah Sultan untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraaan.
Aku suruh dia rakam senyap-senyap, dan video dia marah semua ahli kabinet lain termasuk Azlan, boleh naikkan rating dia.
Kalau rakyat dengar hujah Natasha, mesti semua akan berpihak kepada dia.
Aku dah prepare sejumlah duit untuk Natasha tubuhkan parti baru. Parti Republikan - yang berpisah daripada Parti Nasionalis.
Dengan cara ini, Natasha yang akan jadi Presiden kepada republik ini, apabila rakyat Gelanggayu memberontak dan mahu lawan Sultan.
Dan aku akan halang Azlan daripada masuk parti ini. Biar dia dilihat sebagai orang yang pro-Sultan. Siapa suruh dia kahwin dengan Mina? Gila kuasa kejar pangkat darjat kan? Ambik kau.
Aku akan bebaskan Hafiz dari penjara sebaik sahaja kerajaan al-Daulah ini jatuh. Azlan bersama konco-konconya akan aku dakwa atas salah guna kuasa.
Tapi yang ni susah sikit, sebab aku terpaksa tunggang Jeneral Yahya dan Natasha. Aku tahu Jeneral Yahya ni seorang Machiavellian, tapi aku tak rasa dia sanggup akan apa-apakan Azlan.
Sedangkan masa dia bakar stadium dulu pun Jeneral Yahya cover dia. Macam mana aku tahu dia ni kaki bakar?
Masa aku kecil dulu, ayah ada satu fail tentang Azlan. Masa tu semua orang dah mark dia sebagai orang yang bakal menggulingkan keluarga al-Daulah macam Sayyid Muluk katakan dulu.
Dia marah dengan cikgu sekolah dia, dan dia bakar rumah cikgu dia. Akibatnya, polis jalankan siasatan dan ada bukti kereta Tengku Ariffin ada di situ masa kejadian.
Entah macam mana Azlan yang masa tu sekolah rendah boleh curi kereta Tengku Ariffin, aku tak tahu. Tapi aku tahu memang dia kaki bakar.
Sebab tu aku perangkap Hanis kat dalam studio dulu. Dan aku tahu kalau aku hasut Mina untuk bakar studio tu, mesti Azlan akan mengamuk, dan dia bakar stadium tu.
Tapi, sejak dia jadi Menteri Dalam Negeri, dia tarik lesen Suara Gelanggayu, dia sumbatkan Hafiz dalam penjara, dan dia ugut kepada semua wartawan yang kerja dengan aku yang dia tak teragak-agak akan gunakan ISA.
Itu memang signature move dia. Gubal akta, ugut orang guna ISA. Sebab dalam semua kementerian, kementerian dalam negeri yang paling berkuasa antara semua.
Ramai yang tahu tu. Ramai ingat kewangan sebab dia control duit. Tapi sebenarnya kewangan jatuh nombor dua. Pertama masih lagi Menteri Dalam Negeri. Kuasa untuk tangkap orang ada pada dia.
Tapi aku akan jatuhkan Azlan. Dan lepas tu, dia akan menyesal atas apa yang dia buat pada aku dulu.
--
Azlan
"Saya tak setuju tentang sebut harga projek yang Bang Iz suruh Mer tukar tu, sebab saya tak nak barang bermutu rendah digunakan untuk projek tu nanti," aku menegaskan pandangan aku tentang projek pelabuhan nelayan di Teluk Tenang.
"Kau ada kontraktor kat sana?"
"Abang saya kontraktor kat sana."
Bang Iz diam sejenak.
"Aku bukan apa, masa sebelum aku jadi ahli parlimen, Datuk Seri Imad dah banyak tolong aku. Jadi, inilah caranya untuk aku balas budi arwah balik, dengan tolong anak dia."
"Tak boleh macam ni, Bang Iz."
"Habis tu, kau nak bagi kontrak ni pada abang kau? Kronisme juga."
"Saya tak bagi dia pun. Saya tak offer dia langsung pun. Tapi dia dapat sebab dia memang qualified. Kalau Kamal nak, ada banyak lagi projek lain. Lagipun abang saya memang duduk situ. Sepatutnya kita kena ada kontrak terbuka, bukan main bagi macam ni je. Masa pilihanraya dulu, kan manifesto kita ialah nak membasmi rasuah dan kronisme."
Bang Iz tepuk bahu aku.
"Politik ni tak boleh ikut idealisme kau je, Alan. Esok lusa, kau kena kerjasama dengan Kamal juga. Kau kena ingat, politik ni, kalau nak bersih, tapi semua tak dapat apa, takde siapa nak buat. Nak bayar petugas parti, bukan pakai kejujuran dan keikhlasan, tapi pakai ringgit Gelanggayu. Ingat tu. Ikut je apa yang aku suruh tu. Ingat, Datuk Imad yang masukkan kau dalam Gagak Merah ni. Kena la tolong anak dia pulak."
Kecewa aku dengan sikap Bang Iz ni. Masih lagi tak nak berubah dengan politik wang zaman 80an ni. Anak muda melihat semua ni. Kalau berterusan macam ni, silap-silap sampai hujung penggal ni je lah hayat Parti Nasionalis ni.
Ah, aku pun dah nak bersedia letak jawatan ni. Cakap banyak pun tak guna.
Aku tiba di dewan santapan, dan Jugra telahpun tidur di peha Mina. Aku terus capai Jugra dan pangkunya, sebelum Mina bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke tempat letak kereta.
Aku nampak Jessie sedang pegang bunga ros, bersama Merlina yang sedang gelak-gelak.
"Siapa bagi bunga tu?" tanya aku.
"Ada putera raja syok kat Jessie!" kata Merlina.
"I think better bagi kat Jugra, kan?" Jessie hulurkan bunga tu pada Jugra yang mata separuh lelap atas bahu aku.
"Lagipun, Jessie dengan Tengku Danish kira dua pupu jugak lah, kan?" kata Merlina.
"I dengan Jessie, sepupu. You dengan Tengku Danish pun sepupu. But why your father kahwin dulu sebelum Sultan ya?"
"Uncle I tu, dulu dia fall in love dengan seorang gadis Kwantung. She died in 1969."
"Sebab?"
"You think dia benci Pengetua semata-mata sebab rabbit tu ke?" Mina tanya aku.
Ada kisah tentang Pengetua sembelih arnab belaan Tengku Norman ketika mereka hidup berjiran di Amerika, tapi perkara ni aku tak tahu ceritanya secara detail.
"I don't know."
Sebenarnya aku ada terfikir juga, kalau aku dah rapat dengan Sultan Norman dan Pengetua, mungkin aku boleh cuba damaikan mereka berdua.
Malangnya memang mereka berdua ni berpatah arang. Yang aku peliknya masa zaman Tun Azmi dulu, mereka boleh bertenang. Kenapa sekarang tak boleh?
"Hey, lepas ni, jom makan kat restoran Ali, nak? To be honest, I still lapar," kata Jessie.
"You guys pergilah, I'm so tired," kata Mina.
"I pun...korang pergilah. Esok-esok kita lepak."
--
Lepas habis mandi, aku berehat seketika untuk menonton TV. Aku baru dapat tahu yang London bakal jadi tuan rumah Sukan Olimpik, dalam masa sama berlaku kejadian letupan bom di stesen King Cross.
Eh, ni tempat aku selalu turun ni dulu. Mendengar letupan bom cukup membuatkan aku jadi traumatik. Dua kali aku survive letupan bom ni, maka sebab tu aku rasa pendapat Natasha tu agak emosional masa meeting tu.
Tapi Natasha being Natasha. Dia dan idealisme dia, kononnya tanpa senjata tentera kita boleh aman makmur. Dalam point Bang Iz tu ada benarnya.
Aku tau niat Sultan nak minta kami luluskan bajet tentera tu sebab nak buat persediaan lawan dengan Pengetua. Tapi, yang tahu tu, tahu je lah.
Telefon aku berbunyi. Ibu call.
"Hello, ibu?"
"Dah habis meeting kabinet?"
"Dah, ibu. Ibu kat mana ni?"
"Dubai. Baru balik dari Doha ni. Aku dapat info yang ex girlfriend kau bergaduh dengan Sultan dalam meeting, betul ke?"
Peh, memang betul-betul Kak Yong kawasan la ibu ni. Dia kat Qatar tu pun dia boleh dapat info pasal meeting tadi jugak.
"Betul, ibu."
"Aku nak kau stay je dalam Parti Nasionalis walaupun kau tak setuju dengan Izham. Dia nak swing ke Pengetua tu, tapi dia dah tersepit dengan Sultan. Baik kau blah cepat dari jawatan TPM. Start tahun depan, macam-macam masalah si orang tua tu akan start untuk huru-harakan negara. Sebelum kau tersepit, baik kau blah."
"Baik, ibu."
"Tunggu masa je ni dua orang tua ni nak bergocoh. Yang tersepit, rakyat. Ali dah susun semua orang dalam tentera, aku dah susun finance, Fazrul, Merlina, Marina pun. Kau standby."
"Faham, ibu."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro