
2005 part 8
Gabenor Amar bertemu dengan Ali, untuk minta dana dan projek dari Azlan. Sebab sejak jadi gabenor Melaut, banyak projek dari kerajaan pusat yang Azlan salurkan.
"Aku bukan tak boleh bagi lagi, Amar. Tapi projek-projek lain pun kau tak settle lagi. Azlan tu, selagi dia tak nampak progress, dia tak nak tambah projek."
"Budak-budak aku ramai, Li. Ramai yang mintak duit up sikit."
"Duit bagi tapi kerja kena jalan la, Amar. Aku ni orang niaga. Kau nak duit, aku bagi. Kau nak projek, Azlan luluskan. Tapi kalau banyak projek banyak yang gerak sikit-sikit ni, kitorang gak kena menjawab nanti."
"Camni, kau kan kawan dengan adik aku, Amir?"
"Ye, kenapa?" tanya Ali.
"Kau bagi la projek yang mana tak jalan tu kat dia?" tanya Gabenor Amar.
"Tu, baik pulih penjara Sungai Banol tu. Tender dah keluar. Kalau proposal sedap, aku bawak ke Azlan. Dia Menteri Dalam Negeri."
"Nanti kau cakap la dengan dia?"
"Suruh adik kau datang jumpa aku, kita jumpa kat Wijayapura jumpa Azlan."
"Cantik, Li."
--
Step by step, heart to heart
Left right left, we all fall down
Step by step, heart to heart
Left right left, we all fall down
Like toy soldiers
Bit by bit, torn apart
We never win but the battle wages on
For toy soldiers
Lagu Toy Soldiers dari Eminem berkumandang dalam kereta Ali ketika Ali sedang menggulung tembakau dan dia duduk seorang diri dalam kereta.
Dia dapat mesej SMS dari Hidayah.
"darling blk bila?"
"pengetua bg keje ni. Dlm selasa depan?"
"bkn apa, sy sorg2 je. Asyik kecik dtg rumah bg duit. Segan la, apa kata jiran nanti?"
"sy cb buat secepat blh. Tgu sy darling."
"k, baik. Jaga diri ya?"
"awak jgk. Syg awk."
Kemudian Ali balut rokoknya, dia hisap rokok sementara menunggu maghrib. Dia kena solat jamak sebelum dia nak drive menuju ke Temasek untuk berjumpa dengan Pengetua.
Pengetua bagi projek Suvarnabhumi ini kepada Ali - projek ini adalah untuk menggulingkan Thaksin, dengan mendapatkan connection yang lebih dalam dengan tentera mereka.
Ali memang ada kes dengan tentera sebelah sana, sebab dia bunuh jeneral di sana. Jadi Ali kena cari jeneral yang bermusuh dengan jeneral yang dia bunuh dulu, dan kuatkan kedudukannya.
Kalau berjaya gulingkan Thaksin ni, Ali akan dapat kawal flow perniagaan dadah di segi tiga emas Suvarnabhumi, Konbaung dan Republik Lao untuk ke Gelanggayu, Majapahit dan Arroyo secara eksklusif. Maknanya takde pesaing lain, sebab Ali dapat kabel tentera yang gulingkan kerajaan.
Sebab Thaksin punya polisi anti-dadahnya banyak menyusahkan dia dan ramai jeneral di sana buat duit tepi.
Pasaran dadah di Pentas Sunda pada tahun 2005 ialah dalam lingkungan $US 60 billion, mungkin mencecah $100 billion.
Kalau dia dapat control pasaran tu, maknanya dia akan jadi ketua gangster paling berkuasa bukan sahaja di Gelanggayu, tapi seluruh rantau Pentas Sunda.
Takat Izham dan Gagak Merah tu dia sekali jentik je. Cuma dia sedang seronok melihat Perang Rempit Kedua yang dirancangnya.
Kalau Perang Rempit Pertama ialah hancurkan Diamond Hijau, Perang Rempit Kedua ialah hancurkan Gagak Merah untuk mereka berperang sesama sendiri.
Dia cuma jaga Azlan punya clan sahaja. Yang lain pergi mampus.
--
"Apa yang penting sangat sampai tak sempat-sempat aku habis meeting hari tu? Alan marah aku, kau tau tak?" kata Merlina.
"Benda ni penting untuk dia juga, Kak Mer."
"Hah? Apa dia yang penting sangat tu?"
"Sampai kat rumah baru Jessie cerita. Ni lagu apa ni?"
"Fall Out Boys. Takkan kau tak tau?"
"Tak tau tajuk."
"XO. Ni bukan lagu hits dia pun."
"Gosh, kan best kalau kita ada teknologi yang boleh tau lagu apa tanpa nak tanya orang?" kata Jessie.
"Sebelum nak ada teknologi tu, kena ada teknologi peta nak tau mana restoran si Ali ni. Pening betul aku jalan kat sini."
"Tanya je la Jessie. Nak buat apa?"
"Kau tau mana jalan restoran dia?"
"La, kan dulu Jessie selalu jamming kat studio atas tu. Kimi kan selalu jamming kat situ."
"Dia kan tak pernah bawak aku. Aku ni macam kekasih gelap, kau tau tak?"
"Tak sangka kan, sampai macam tu sekali dia boleh buat."
"Aku lagi tak sangka aku pernah bercouple dengan pembunuh. Pembunuh Perdana Menteri pulak tu. Besok, anak-anak aku masuk sekolah, bukak buku teks sejarah, nama Kimi sebagai pembunuh ada kat situ. Aku pulak pernah jadi girlfriend dia. Tobat aku."
"Haha, couple dengan pembunuh!"
"Daripada kau, crush dengan pembunuh!"
"Mana ada, euwwww!"
"Mengaku je lah, setan!"
"Kak Mer nak pergi restoran Uncle Ali ni, dah kenapa?"
"Sotong goreng tepung sos Suvarnabhumi dia. Aku dah ketagih."
"Okay, sampai simpang depan tu, belok kiri, lepas tu nampak stesen minyak Shell, belok kiri lagi, lepas tu kedai dia kat shoplot situ."
"Sampai sini aku dah tau jalan."
--
Selepas makan, Jessie pulang ke rumah Merlina, sambil on PC untuk check comment gambar terbaru di Myspace.
"Leceh la, nak check Myspace je, kena bukak PC. Tak boleh ke ada teknologi boleh check Myspace kat handphone je?" kata Jessie.
"Kalau nak pakai teknologi internet sekarang, lembab la. Kau pun tau kan, nak menghantar MMS pun berapa lama dia punya loading. Bayangkan nak load gambar, nak load mp3, graphic berat tu semua? Jahanam Nokia sabun kau. Tapi akan datang, aku rasa, akan ada semua tu. Eh, apa benda kau nak beritahu aku?" kata Merlina.
Jessie buka begnya, dan hulurkan buku diari itu pada Merlina.
"Diari siapa ni?"
"Kak Dila."
"Adilah? That Adilah?"
Jessie mengangguk.
"Mana kau jumpa ni?"
"Atas siling bilik, masa tengah mengemas."
"Seriuslah? Apahal pulak kau nak aku baca diari dia ni?"
"Bacalah. Ada kaitan dengan Alan."
--
17 Februari, 1989
Malam tadi saya bermimpi tentang Azlan. Selepas kami berdua adakan hubungan intim bersama, dia tertidur di bahu saya. Kemudian dia mengigau dalam tidur, dan kata dia hanya cintakan saya sahaja.
Dan dia kata, dia tak ada apa-apa perasaan pada Natasha. Natasha perasan je, yang ada dalam hatinya cuma ada saya.
Macam lagu The Romantics, Talking In Your Sleep pula, hehe!
Esok, saya ditugaskan untuk mewawancara Azlan dalam Suara Kampus. Saya akan pakai cantik-cantik, dan ajak dia keluar. Lepas tu, saya akan goda dia, dan buatkan dia terpaksa untuk putus dengan Natasha.
I will get his love nectar, and nothing he can do about it.
--
"Love nectar? Euwwwww!" Merlina terus campak buku tu.
"I know, right?" kata Jessie.
"Ada satu je ke buku ni?"
"Satu je. Mungkin dia lupa nak ambik buku ni. Sekarang, kita nak beritahu Alan ke?"
"No, no. Kau dah baca habis?"
"Not yet. Baru baca sikit. Ada part-part fantasi dia, yang gross as fvck. Nak baca habis pun geli."
"Serius, psycho sial perempuan ni."
"Dalam buku ni cakap, dia cakap dia pernah kawan baik dengan Kak Mina. Tapi bergaduh sebab berebutkan Alan. Maybe Kak Mina ada beberapa klu?"
"Nak tanya Kak Mina?"
Mereka berdua diam seketika.
Merlina terus teks Mina.
"aunty, tmrw aunty ada rumah x?"
"yup, why?"
"jessie nk dtg. nk jmp jugra."
"sure, pkl brp? bcoz me and alan kn gi club polo esk ptg. sultan nk jmp alan."
"dtg pg la cmtu."
"k"
"Aunty Mina cakap esok petang dia dengan Alan nak kena jumpa Sultan kat polo club. Macam tu, kita kena gerak pagi."
"Tapi kita tak nak Alan tau kan?" kata Jessie.
"Macam tu, salah satu daripada kita, kena distract Alan. Dan lagi sorang beritahu ni pada Kak Mina."
"Biar I yang distract. Kak Mer yang cakap dengan Kak Mina, sebab I dengan Kak Mina, macam kureng sikit lah," kata Jessie.
"Hmmm, macam mana ya?" Merlina tergaru-garu kepala.
"I, Alan, dengan Jugra main game, Kak Mer cakaplah dengan Aunty Mina. Tapi, kenapa kita nak rahsiakan dari Alan?" tanya Jessie.
"Sebab kalau kita beritahu dia sekarang, kena ingat, dalam staff dia tu, tak semua boleh dipercayai. Ada juga orang-orang Hafiz dan Adilah dalam tu. Aku tau la, dalam office tu, aku perhatikan je. Takut lepas ni, kita berdua jadi sasaran. Si Dila ni, psycho, kau tau tak?"
"Tapi kalau beritahu dia je?"
"Bukan masanya. Tunggu aku baca semua diari ni dulu. Mana tau ada klu-klu lain. Lepas tu, barulah kita beritahu Alan, lepas tu kita buat pergerakan kita. Buku ni, akak pegang, okay?"
Jessie mengangguk.
--
Jessica dan Merlina datang rumah Tengku Aminah pada pukul 10 pagi. Masa itu, Jugra dan Azlan sedang bermain XBOX iaitu game Formula One.
Mina menyambut Merlina dan Jessica yang datang bersama.
"Sayang, Mer dengan Jessie dah sampai! Bibik, tetamu dah sampai. Sediakan brunch!"
"Eh, takpe takpe. Susah-susah je," kata Merlina.
"Kebetulan kitorang having brunch kejap lagi. Lepas tu, Sultan panggil semua menteri kabinet jumpa kat Royal Gelanggayu Polo Club. Kalau Mer nak pergi ambil gambar or video Azlan tengah main polo, datanglah. Kitorang cakap Mer ni setiausaha media Azlan. And, Jessie pun boleh pergi, sebab dia masscom. Konon macam kerja under Kak Mer."
"Boleh, boleh."
"Tapi kena pakai smart casual. Baju kolar, tucked in, seluar khakis atau blouse panjang. Kalau tak ada, boleh pinjam baju Aunty. Nanti kita pergi wardrobe."
Azlan keluar dari bilik game.
"Apa mimpi kau datang pagi macam ni, Mer?"
"Kitorang dengar cerita, hari ni kau main polo. Jadi, aku dengan Jessie cadang nak ambik gambar kau masa main polo tu, nak upload kat Myspace."
"Mina, boleh ke?"
"Under me. Lagipun Merlina ni kan pekerja you, lepas tu Jessie ni cousin you. Kira saudara lah," kata Mina.
"Okay, nanti kau uploadlah. Bagus jugak. Jomlah, breakfast."
Hari ini mereka sarapan ala Corsica, iaitu sebuah pulau Mediterranean di Perancis. Ada minestrone soup, iaitu sup tomato Mediterranean, ada Gnocchi manera bastiaccia, sejenis pasta yang berbentuk macam siput, yang dimasak bersama sos daging, serta buah-buahan.
"Bonne appetite!" kata Mina.
Azlan dan Mina berbual dalam bahasa Perancis, sebelum makan.
Merlina jeling pada Jessica.
"Aunty Mina half French la," kata Jessie.
"Corsica, to be exact," kata Tengku Aminah.
"Mer, nanti mesyuarat kabinet, kau ambik gambar sekali ya?"
"Okay. Formal ke?"
"Yes, sebab cabinet meeting dengan Sultan dan para gabenor."
"Faham."
Mujur Merlina dah siap beg kamera awal-awal. Cuma tak expect kena pakai formal.
"Nanti nak main game dengan Jugra, boleh?" tanya Jessie.
"Boleh je. Kitorang pun tengah main game jugak ni," kata Alan.
--
Sementara Jessie distract Azlan untuk ke bilik game bersama Jugra, Merlina duduk dengan Mina di kerusi taman di luar rumah.
"Sebenarnya ada hal penting yang saya dengan Jessie nak cakap dengan Kak Mina, tapi Alan tak boleh tahu."
"Ada apa?" tanya Mina.
Merlina hulurkan buku diari Adilah pada Mina.
"Ini buku diari Adilah yang Jessie jumpa atas siling bilik dia. Buku ni dia tulis dari tahun 1989 sampai 1991, tentang rancangan dia untuk memiliki Azlan."
"What do you mean, memiliki?"
"Macam dia buat kat Hafiz lah."
Mina senyum, seolah-olah tahu apa yang Merlina maksudkan. Mina membelek-belek buku tu.
Selepas baca beberapa helai muka surat, Mina tutup, kemudian dia letak tepi buku tu.
"Daripada dulu perangai dia, berlagak innocent," kata Mina.
"Kak Mina memang kenal dia dari sekolah ke?"
"Dia tiga tahun lagi tua daripada I. Masa tu I kawan dengan dia sebab dia paling popular. I kawan dengan dia because of Mastura Rahim, dia yang kawan dengan I dulu. Walaupun I tiga tahun lebih muda daripada dorang bertiga, tapi I yang paling matang," kata Mina.
"Mastura Rahim, pelakon tu?"
"Yes. Dalam sekolah tu, kami bertiga paling famous. Nat pun popular, tapi dia sekolah kat Kolej Melayu. Sama dengan Alan. Sebab tu Alan couple dengan Nat dulu."
"I see. But what happened lepas tu?"
"Kami bergaduh. Which is a stupid argument now, but back then when we were teenagers, it was a damn important thing."
"Apa dia?"
"In 1984, Azlan was a hot shot. Semua perempuan nak kat dia. We have the challenge, siapa dapat tackle Azlan, dia menang."
Merlina terkebil-kebil.
"Teenagers..."
"Okay, faham. But what happened?" tanya Merlina.
"I dah cakap dengan all of three, the bet is off, lepas Alan dengan Nat couple. But Mastura and Adilah nak push the bet even higher lagi. Then Adilah pun kata, kitorang kena bekerjasama untuk singkirkan Natasha before the bet continues."
"Kerjasama, macam mana?"
"We conspire to make Nat and Alan break up. Tapi ada satu masalah. Masa tu datang pulak seorang perempuan nama Hanis. So, I settlekan Hanis, dan Adilah settlekan Nat, dengan cari professional photographer untuk ambil gambar Alan and Cindy punya skandal. Dan professional photographer ni kerja dengan ayahnya di Sayap Kuning."
"Kejap, kejap. Cindy ni siapa pulak? Sayap Kuning ni apa pulak?"
"Best friend Nat. I paid her untuk dia betray Nat. Sebab nak memudahkan kerja Adilah yang masa tu tersangkut-sangkut. And Sayap Kuning ni, sekumpulan anggota keselamatan keluarga al-Daulah, dan untuk masuk dalam tu, ada ritual-ritual tertentu."
Merlina dah tepuk dahi.
"Playboy tak bermaruah betul Alan ni."
"I tau macam mana nak handle playboy macam Alan ni. All you need is a bit patience and kalau dah susah sangat, sabotaj lah. Macam mana I buat pada Hanis."
"Siapa Hanis tu, Kak Mina buat apa?"
"You don't need to know."
Merlina mengangguk.
"Jadi, akak rasa Adilah masih nakkan Alan?"
"Of course, honey. It's pretty obvious. Otherwise, kenapa dia keep on attacking him? No, she's attacking me."
"Attacking Kak Mina?"
"Ada sebab kenapa orang panggil dia, Psycho Dila."
Mina serahkan kembali buku diari tu pada Merlina.
"Nak beritahu Alan pasal ni ke?" tanya Merlina pada Mina.
"No need. Lagi bagus kalau Alan tak tahu. Kalau Alan tahu, mungkin dia nak jumpa Adilah, dan teruskan skandal dorang. I don't want her to win."
--
Keganasan dalam bandaraya Wijayapura semakin menjadi-jadi apabila terjadi perang antara puak Sahari dan puak Azham.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Azlan berada dalam keadaan yang tersepit. Sebab yang bergaduh ni antara adik Perdana Menteri dengan Gabenor Wijayapura.
Maka berlakulah tembak menembak, membakar premis perniagaan, pergaduhan dan pembunuhan di sekitar Wijayapura.
Antara tujuan Sultan memanggil semua Menteri Kabinet untuk bermesyuarat di istana, kerana pada pendapat Azlan, dengan cara ini Izham tidak akan mampu menepisnya kerana dia ada Sultan di belakangnya.
Dan yang paling penting, melindungi Ali daripada dikenakan salah satu daripada dua orang yang berkuasa ini.
Tetapi Sultan juga ada agendanya sendiri, iaitu mendapatkan lebih kuasa dalam Kementerian Pertahanan, kerana Sultan sudah menjangkakan, yang Jeneral Yahya sudah mula mengumpul aset ketenteraannya di Temasik.
Sudah pastinya Sultan tidak mahu menyerah begitu sahaja kepada Jeneral Yahya. Sudah lama mereka menjangkakan perang ini akan berlaku, maka ia akan berlaku juga.
Sementara itu, Faridah pergi ke beberapa negara Timur Tengah, untuk standby meminta bantuan kepada negara-negara ini.
Ini kerana Faridah tidak percayakan IMF dan Bank Dunia yang berpaksikan kuasa Barat.
Faridah tiba di Qatar dan bertemu dengan Menteri Kewangan Qatar, Sheikh Yousef Hussain Kamal al-Emadi.
Qatar mahu menjadikan negaranya sebagai hab kepada acara besar dunia. Akan tetapi, tidak ramai orang yang mengenali Qatar. Acara Sukan Asia yang akan berlangsung tahun hadapan pun ramai yang terkejut negara ini mendapat hak penganjuran.
Faridah menyerahkan idea Merlina - yang mencadangkan agar Qatar untuk membida untuk penganjuran Piala Dunia.
Kalau Piala Asia tu, boleh disusun lagi. Tapi macam mana nak buat kejohanan berperingkat dunia macam Piala Dunia ni, tanya pemimpin Qatar kepada Faridah.
Faridah cakap, menantunya, Tengku Aminah, ada pakcik yang kenal dengan seorang ahli politik Perancis bernama Nicolas Sarkozy. Kalau Nicolas Sarkozy bertanding jadi Presiden dan menang, maka Faridah boleh susunkan jalan untuk rapatkan hubungan antara Emir Qatar dengan Sarkozy melalui Azlan.
Apabila bercakap kepada Emir Sheikh Hamad al-Thani tentang idea menganjurkan Piala Dunia di Qatar, Emir bukan main syok lagi.
Bab nak menyusun strategi untuk dapatkan undi dari anggota FIFA tu pandai-pandai Sarkozy buat. Tapi yang penting, Sarkozy kena jadi Presiden Perancis, dan Qatar beri bantuan kewangan kepada Gelanggayu.
--
Merlina dengan Jugra sedang layan main game, tiba-tiba ada panggilan telefon.
"Alamak, Aunty Idah call. Hello, aunty..."
"Kepala otak kau ni memang di luar kotak la, Mer! Emir Qatar dengar je cadangan kau tu, dia terus setuju!"
"Saya dah cakap dah. Kalau Qatar bid, mesti okay punya."
"Tapi nanti nak ke orang sokong? Kau tau la orang putih tu racist dengan orang Arab macam mana?"
"Tentang tu, aunty rilek dulu. Biar Mer fikirkan tentang strategi propaganda pasal tu nanti. Yang penting, Qatar kena dapatkan bid tu. Yang sedara Kak Mina tu nanti aunty pandai-pandai la slow talk. Nanti bila dah dapat tu, Qatar akan berterima kasih pada kita."
"Bijak betul otak kau ni, Mer. Otak geliga!"
"Eh, see the leg la! Tengok la tok guru dia siapa!"
"Kehkehkeh! Kau nak apa-apa buah tangan ke kat Doha ni? Macam takde apa je kat sini."
"Kontrak bina stadium la!"
"Bidding pun belum lagi, kau nak cakap pasal kontrak bina stadium. Sabar la dulu! Aku letak telefon dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro