Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2005 part 2

Azlan

Aku pulang ke rumah, kelihatan Mina sudah menyediakan makanan untuk aku. Dia menyediakan aku pasta alla Norma, iaitu pasta yang dimasak bersama terung dan ricotta salata.

Sejak kami berdamai kerana Jugra dulu, Mina cuba untuk memahami dan rapat dengan aku. Jadi dia kata dia nak belajar masak masakan Itali macam mana aku selalu masak.

"Happy anniversary," kata Mina.
"Anniversary? Kan hari kita kahwin bulan Jun?"
"Bukanlah, first time you datang jumpa I untuk ajar main piano."
"Oh ya, masa tu New Year. Tahun 1989. Tapi kan kita kenal sejak kita kecik. I umur tujuh ke lapan tahun macam tu."

Dia ketawa.

"Yang itu I dah tak ingat tarikhnya."

Aku tersenyum. Kemudian si Jugra sedang khayal bermain Nintendo wii.

"Jugra, daddy dah balik lah. Stop main games tu," tegur Mina.
"Daddy!" Jugra memeluk kaki aku. Aku menggosok-gosokkan kepala anak aku.
"Hari ni dia belajar apa kat nursery?"
"Dia bergaduh."
"Ha, kenapa gaduh?" aku pandang mata Jugra.
"Adam tumpahkan spaghetti yang daddy masak. Jugra tumbuklah Adam. Spaghetti daddy masak dah la sedap."
"Taulah sedap, tapi janganlah pukul orang," kata aku.

Mina ke dapur, mengangkat pasta ke meja, seraya berkata, "ke mana tumpahnya ricotta salata ni, kalau tak ke pasta ni, sayang?"

Mina perli aku la tu. Dia tahu penglibatan aku dalam Gagak Merah.

Dah satu kerja aku kena pergi nursery tu untuk pujuk Adam dan keluarga dia pulak. Karang tak memasal, aku hilang undi sebab perangai anak aku ni.

"Lepas ni, tidur. No more video games. Kalau tak, daddy bagi games ni kat Aunty Jessie."
"Alaaaaa!"
"Tau pun."

--

Se tu fossi nei miei occhi per un giorno
Vedresti la bellezza che piena d'allegria
Io trovo dentro gli occhi tuoi
E ignoro se è magia o realtà.

Se tu fossi nel mio cuore per un giorno
Potresti avere un'idea
Di ciò che sento io
Quando mi abbracci forte a te
E petto a petto, noi
Respiriamo insieme

Protagonista del tuo amor
Non so se sia magia o realtà

Lagu Cinema Paradiso dari Josh Groban mengiringi makan malam aku dan Mina sempena malam anniversary aku jadi cikgu piano dia.

"Tadi, saya pergi penjara."

Mina berhenti makan.

"Penjara mana?"
"Sungai Tebu."
"Jumpa siapa?"
"Tok Aki."
"Ooh."

Barulah dia lega dan sambung makan. Kenapa, kalau aku jumpa orang lain, yang dia nak cuak, dah kenapa?

"Dia minta maaf kat kita atas apa yang dia buat."
"Alan, he's a murderer. He killed my dad. Tak mungkin I dapat maafkan dia."
"Dia dalam masa terdekat ni, kena hukum gantung. Dia dah duduk kat sel paling hujung."
"So? Padan muka dia. Nampak je alim, tapi murderer. Murderer, Alan."
"Ya, saya tahu. Bagi la saya cerita dulu."
"Okay, ceritalah."
"Dia kata dia letak nama saya dan Ali untuk tanah ladang kobis dia. Jadi, saya rancang nak lawat balik, jumpa ibu saya dan abang saya, Aziz kat sana. Lepas tu nak jumpa Pak Ngah, untuk ambil geran tanah tu. Jadi, saya nak awak dan Jugra ikut saya dan Ali ke sana. Tanah tu jadi tanah kita, Mina."
"Dia dah bunuh my dad."
"Nyawa tu tak boleh diganti, tapi kalau ini caranya untuk menerima hukuman dengan tenang, kita maafkan jelah dia. Lagipun, Rasul ajar kita supaya bermaaf-maafan."

Mina berpeluk tubuh.

"Mina, I faham. I pun kehilangan, not just a father in law, tapi a mentor. A teacher. Please?"
"Kita nak buat apa dengan ladang kobis yang sebesar-besar tu?"
"Dah bahagi dua dah, Ali dapat separuh."
"Ye lah, tanah tu kita nak buat apa?"
"Berkebun la. Jawatan menteri ni sementara je. Kalau rombakan kabinet, atau kalah pilihanraya, kita dah takde source income."
"You je lah. I ada Wijaya TV."
"I nak bincang dengan Fazrul lah, nak buat projek pertanian ultra moden kat situ. Bila menghasilkan banyak hasil, Melaut akan jadi makmur. Tak ada lah lagi tuntutan gerakan pemisah."
"Okaylah, bila kita nak pergi Teluk Tenang?"
"Nanti saya tanya Ali dulu. Tengok jadual dia, macam mana."

--

Jessie melangkah masuk ke Universiti Wijayapura untuk ijazah sarjana muda komunikasi media bagi sesi 2005-2008.

Lagu A Favor House Atlantic dari Coheed and Cambria berkumandang dalam kereta yang dicucuk pendrive. Kereta zaman ni dah tak payah ada cassette player dah. Cucuk pendrive je, settle.

"Kak Merlina, tolonglah angkat beg ni, beratlah!" kata Jessie.
"Angkat sendiri la. Yang kau ni nak jadi unta Baghdad, dah kenapa? Bantal peluk Sailormoon kau ni pun kau nak bawak jugak ke? Berat la, doh!"
"Ala, tak boleh tidur la takde bantal ni. Dah biasa sejak kecik!"
"Kau jangan buat malu aku kat sini, Jessie. Tahun 97-2000 dulu, aku Kak Long kawasan ni."

Ketika berjalan di koridor Kolej 9, Jessie nampak ada pelbagai gambar.

"Haa, ni! Nampak, kau nampak gambar Kak Long kawasan kat sini? Nampak tak betapa gempaknya aku," kata Merlina, menunjukkan gambarnya di koridor Kolej 9.

"Eh, Aunty Nat ni!"
"Tu bukan Kak Long kawasan. Tu El Presidente. Lagenda 80an," kata Merlina.

Berjalan setapak lagi, Jessica berhenti. Dia amati gambar tu.

Gambar Adilah dengan pakai bit bola jaring GS. Maknanya goal shooter.

"Oops, yang tu pun legend gak. Tapi dah jadi fallen."

Jessica renung sahaja gambar tu. Dulu, Adilah ni idolanya dalam rancangan Jalan Bijan. Dulu, setiap kali Adilah baca berita, dia yang paling ke depan TV.

Segalanya berubah selepas kejadian masa di sekolah tu, bila Aunty Dila tiba-tiba sombong dengan dia dan buat tak tahu je dengan dia.

"Dah la, dia pun dah tak ingat kau lagi. Toksahlah kau nak ingat dia lagi."

Jessie dan Merlina melilau di Kolej 9, mencari nombor bilik asramanya.

"Bilik lama aku kat tingkat 2 ni. Bilik kau ni tingkat atas, bapaklah penatnya nak angkut barang kau ni."

Kaki mereka berdua berhenti di bilik nombor 402. Kemudian tengok, bilik tak berkunci.

Dia tengok, roommatenya bersama ibu bapanya sedang mengemas katilnya.

"Oh. My. God! I satu roommate dengan Jessica Daniel! Oh my God!" jerit perempuan tu seolah-olah terkena histeria.

"Ezlynn?" Jessie pandang Merlina.
"Alamak, kau duduk dengan kipas susah mati Azlan pulak."
"Jessie!" si Ezlynn ni punyalah excited sampai peluk Jessica. Jessica pun tergamam.

"Lekas la pasang cadar kau, Jessie. Aku nak pergi kerja kejap lagi ni. Cousin kau tu bagi aku half day je cuti."
"Oh. My. God! Jessie, Azlan is your cousin? Wowwww!"

Jessie rolled eyes. Sabar je lah dia bakal menempah segala dugaan dari roommate dia ni.

"Nanti saya nak intern dengan Kak Merlina, boleh tak?" tanya Ezlynn.
"Kau kalau nak jadi intern aku, kau kena jadi kuli aku tanpa bersungut. Lagi satu, perangai tu semenggah sikit."

Jessie pun menebarkan cadar Emily The Strangenya, dan mula mengemas barangannya.

--

Azlan

Selepas diarahkan oleh mahkamah, Suara Gelanggayu membayar RG180 juta pada aku, dan aku bagi bahagian Bang Iz dan peguamnya sorang RG45 juta.

Dan selepas aku bayar cukai, bayar zakat, dan settle semua hutang,aku ada dalam RG80 juta lebih.

Selepas aku dah dapat duit tu semua, aku terus ke penjara, untuk jumpa dengan 'bekas kawan'.

--

Hafiz datang dengan muka yang marah dan benci dengan aku. He hates me with all of his guts.

Aku capai gagang telefon di tepi cermin.

"Thanks, Hafiz. Sebab bayar duit saman."
"Aku takkan halalkan satu sen pun, sial!"

Aku ketawa.

"Hafiz...Hafiz, kau ni mudah lupa diri. Sebelum kau nak cakap pasal halal ni, sebelum kau kaya raya, kau pernah songlap duit studio radio dulu. Dalam akaun ada RG25,000, kau ambik RG5,000. Ye lah, mungkin pada kau sekarang tak banyak, tapi masa kau nak beli hadiah macam-macam untuk Adilah, kau pakai duit tu, kan?"
"Kau memang bangsat!"
"Aik, kau yang songlap duit syarikat koperasi kita, kau panggil aku bangsat? Mungkin kau lupa, masa kau kerja dengan aku dulu, sebelum kau jadi billionaire, kau pinjam duit aku, tak bayar. To be fair, harta kau sekarang dalam, RG16 billion. Apa yang aku dapat ni macam sesen je pada kau. Berbanding apa yang kau buat pada studio dulu. Kau ambik satu perlima."
"Kau rogol Adilah!"
"Macam tu, dakwalah aku kat mahkamah. Kalau berani."

Muka Hafiz kemerahan seperti tahan marah.

"Aku akan pastikan kau menyesal, Azlan! Kau jangan ingat aku akan biarkan kau!"

Aku terus keluarkan dan tekan-tekan phone aku.

"Aku tengah set alarm, tahun 2025 ni. Sebab Hafiz keluar penjara dan nak balas dendam. Ooohhh, so scared."

Nampaknya Hafiz tak terhibur dengan sarkastik aku.

"Macam ni lah, Hafiz. What if kalau aku beritahu kau, yang memang Adilah curang dengan kau? What if kalau aku ada bukti yang memang sejak dari kat universiti lagi, dia tak pernah cintakan kau? Mesti kau tak boleh terima, kan? Bukan dengan aku je, tapi dengan orang lain. Orang yang kau sangat kenal."
"Kepala butoh kau lah!"
"Hehehe, pasal cinta, kau jadi bangang."

Hafiz menjerit dan menumbuk cermin, sehingga pegawai penjara terus mencengkam bahunya, dan kena taser.

"Masa kau buat macam-macam kat aku dulu, sedap kan? Kau buat computer virus, kau hack komputer stadium, kau dan bini kau sebar fitnah, kau songlap duit studio, kau upah orang bunuh Faiz, kau suruh anak buah kau bunuh Shah. Dan kau nak bercakap soal moral dengan aku? Kau ingat kau baik sangat ke, Fiz?"

Hafiz terus meronta-ronta menahan sakit akibat ditaser.

"Kau nak aku dakwa kau lagi tak? Fail salahlaku kau ni tinggi menggunung. Teroka balak haram ni satu hal. Hack bank account orang untuk duit poket kau dulu pun, aku ada fail kau ni. Kau ingat aku tak tau?"
"Kau bakar stadium, kau bunuh orang!"
"Haha, Hafiz, Suruhanjaya Bebas dah siasat kes tu. Kes tu dah tutup. Sekarang dalam liga, Puncak Jaya FC di tangga teratas liga. They chant my name, Hafiz. Fitnah kau tu dah tak boleh pakai dah."
"Aku keluar nanti, kau mati!"
"Okay, macam tu aku tambah lagi dakwaan kau. Bagi kau dalam jail ni lagi 20 tahun. Amacam? Anak kau dah kahwin pun tak nampak muka kau. Kau nak macam tu?"

Pegawai penjara tu heret terus Hafiz ke selnya semula.

Puas hati aku. Sepuluh tahun kau serang aku, kau aibkan aku. Sekarang, ambik kau. Duduk la kau kat dalam penjara tu. Tido la kau kat simen retak tu. Kalau kau gersang, kau main la dengan tikus kat dalam tu.

Kawan baik kau Jimmy tu pun tengah kena siasat.

Kau bijak, Hafiz. Tapi kau salahgunakan kebijaksanaan kau. Kau cakap pada semua orang, yang aku buli kau.

Aku bagi kerja yang adil pada semua orang. Tapi orang lain anggap apa yang aku bagi tu peluang dan rezeki, kau anggap aku membuli.

Daripada bijak, sebab kuat emosi, terus jadi bodoh.

--

Sultan berkenan menerima kehadiran Menteri Luar Republik Rakyat Kwantong, Li Zhaoxing ke Istana sempena lawatan kerja selama tiga hari ke Gelanggayu.

Pada aku ini move yang lain macam. Nampaknya macam Sultan mula mencari kuasa dari negara-negara lain macam Rusia atau Kwantong. Dah tak nak bergantung kepada Washington yang jelas ada ramai kawan-kawan rapat Pengetua.

Dalam pertemuan itu, Li Zhaoxing juga bertemu dengan Bang Iz, dan berhasrat nak tarik billionaire mereka untuk beli hartanah di Wijayapura.

Aku tak bersetuju tapi aku tak boleh nak overstep Bang Iz. Lagipun dia yang Perdana Menteri, aku cuma timbalan sahaja.

Aku tak bersetuju bukanlah sebab aku tak nak investment dari Kwantong, tapi mereka ini bersifat invasive sikit. Sekali mereka datang dengan ramai, naikkan harga hartanah di Wijayapura, dan terus menyebabkan orang Melayu, terutamanya miskin bandar terpaksa duduk di kawasan yang jauh dari pusat bandar.

Situasi tu yang sedang berlangsung di Krung Thep sejak Thaksin Shinawatra jadi Perdana Menteri Suvarnabhumi. Akibat polisi ini ramai orang asal dipinggirkan, dan Raja Bhumibol tak suka perkara ini.

Aku tahu cerita tentang politik Suvarnabhumi ni pun dari Ali, yang ada banyak business di sana.

Sejak tsunami hari tu, bukan main kerap Ali ke sana.

Aku bukan anti dengan kaum Kwantong, dulu masa aku sekolah pun aku ada ramai kawan kaum tu. Bahkan kawan baik aku, Ken dan Claudia anak Jacob Chong pun aku berkawan.

Cuma aku memang ada syak wasangka dengan Parti Komunis Kwantong. Walaupun sejak zaman Deng Xiaopeng mereka mengamalkan keterbukaan ekonomi, tapi peristiwa Tianammen Square, dan keganasan terhadap etnik Uighur dan penjajahan Tibet buatkan aku kurang selesa dengan arah tuju pentadbiran Bang Iz ni.

--

Jeneral Yahya bertemu dengan Jeneral Prem Tisulanonda, jeneral dari Suvarnabhumi di kediaman Jacob. Jeneral Prem adalah bekas Perdana Menteri Suvarnabhumi sekitar tahun 1980an yang bekerjasama dengan Jeneral Yahya untuk memadamkan kegiatan komunis sekitar tahun 70an.

Kedua-duanya membincangkan tentang ketidakselesaan mereka apabila ekonomi Kwantong mula menjadi besar selepas menyertai WTO pada tahun 2001.

Dan Yahya tahu Menteri Luar mereka datang bertemu Sultan dan Perdana Menteri Izham di Gelanggayu, dan disebabkan itu Yahya bimbang kemasukan Kwantong ke rantau ini bakal menggugat kestabilan di sini.

Turut serta dalam mesyuarat itu ialah Jeneral Sonthi Booyaratglin, seorang jeneral Suvarnabhumi beragama Islam.

Kemenangan besar Thaksin dalam pilihan raya yang lalu menggusarkan institusi diraja Suvarnabhumi, dan meminta buah fikiran Yahya untuk merancang sesuatu. Lagi pula Thaksin yang sangat mesra dengan Kwantong, ditambah pula dengan beliau sendiri berketurunan Kwantong, menyebabkan pihak istana Suvarnabhumi tidak selesa.

Jadi melalui Jeneral Prem dan Jeneral Sondhi, mereka merancang untuk menggulingkan Thaksin.

Sebagai pembalasan nanti, Suvarnabhumi akan menyokong Jeneral Yahya dan menarik sokongan terhadap keluarga al-Daulah.

Strategi Yahya ada dua. Pertama ialah menyuruh orang-orang Ali, terutamanya Man Pattaya dan Awe Bamrung, untuk menggerakkan pergerakan pembebasan Pattani Merdeka untuk tindakan insurgensi.

Di samping itu, melalui Jacob dan Sentosa Holdings, mereka akan membeli saham ShinCorp, syarikat Thaksin yang memiliki syarikat telekomunikasi Suvarnabhumi, AIS.

Dengan menjadikan Suvarnabhumi sebagai rakan strategik, sekarang Majapahit juga presidennya Jeneral Susilo Bambang, maka secara senyap Yahya telah memastikan pemimpin-pemimpin Asia Tenggara berada di sebelahnya.

--

Ali turun dari kereta 4×4 tinted, menuju di sebuah rumah kedai di Saiburi Road, dengan selimpang peluru AK-47. Senapang Kalashnikov ada di beg bahu.

Ada seorang lelaki yang tangannya terikat dan mukanya bengkak-bengkak.

Lelaki tu nampak muka Ali je, dia dah terkencing-kencing.

"Aku dengar kau ni kaki botol, kaki judi, kaki cautud, betul ke?" tanya Ali sambil duduk menghadap muka lelaki tu.

"Ni aku cakap baik-baik ni, Rosman. Semua orang kat sini kenal aku bengis macam mana," kata Ali, sambil bakar rokok keretek.

Lelaki tu hanya menangis ketakutan.

"Kenapa kau buat macam tu kat Zana? Eh, Zana tu aku kenal dia sejak dia Form Four, kau tau tak? Dia tu baik orangnya. Dia berniaga penat-penat, kau rembat duit dia. Rembat barang kemas dia. Last sekali orang kampung perhambat kau sebab kau cuba pecah rumah tok penghulu. Eh, apa nak jadi dengan kau ni, sial?" kata Ali, sambil arahkan dua budaknya bagi Rosman makan but Doc Mart dua kali pijak.

Muka Rosman dah berdarah, gigi patah akibat disepak orang Ali.

"Jadi suami ni, amanah Allah, kau tau tak? Kau sedar tak, kau cuai dengan amanah Allah? Sekarang hidup dia dah terumbang-ambing macam tu, dengan tak ada mak ayah, hidup sebatang kara, amboi sedapnya kau buli anak yatim?" Ali sepak muka Rosman macam gaya Stone Cold sepak pihak lawan dalam wrestling.

"Dah, cukup tu, bro Ali," kata Kolonel Firdaus, memegang bahu Ali.

"Lelaki jenis apa kau ni, bangsat!" Ali ludah muka Rosman.

Kolonel Firdaus tenangkan Ali. Tak pernah betul tengok Ali semarah ni.

"Kira okay la lagi aku kasi kau hidup. Kalau kau mati, apa kau nak jawab dengan Munkar dan Nakir dengan perangai syaitan macam kau ni? Aku bagi peluang kau hidup, sebab aku nak kau bertaubat. Bapak sedih sial, kitorang cekup kau kat kedai judi, tengah main mahjong! Astaghfirullah al azim!"

Ali letakkan sebelah kakinya ke kerusi, kemudian dia bercakap pada semua orang-orangnya.

"Ada tiga jenis Melayu bangsat yang aku tak boleh terima. Kau semua dengar sini. Melayu bangsat kaki rasuah, Melayu bangsat taik judi, dan Melayu bangsat yang nak jadi pengkhianat agama, tiga-tiga ni adalah musuh aku. Aku bagi kau peluang hidup sebab aku nak kau insaf, Man. Kalau kau tak insaf, memang aku bunuh kau. Kau faham?"
"Jawab lah, kimak!" jerit budak Ali sambil menyepak muka Rosman.
"Faham, bro Ali."
"Dah, kau lepaskan dia. Lagi satu, Man. Aku nak kahwin dengan Rozana. Kau jangan kacau dia lagi, faham?"

--

Lepas pukul Rosman, Ali dan budak-budaknya semua makan di kedai makan Awe Bamrung. Awe Bamrung ni ketua pemberontak Pattani.

Ali datang sini sebab Jeneral Yahya baru bagi duit cash untuk golongan pemberontak ni lawan kerajaan Thaksin.

Sebagai wakil Jeneral Yahya, Kolonel Firdaus yang tolong bagi dua peti berisi duit bernilai $10 juta.

"Kerabu maggi so," kata Ali.
"Hok make sikit jo bei Ali."
"Kawe dah make."
"Bereh. Minum bei?"
"Kopi o."
"Bereh bei."

"Lain macam je marah bro Ali tadi?" tanya Kolonel Firdaus.
"Rozana tu crush aku masa aku baru keluar dari Sungai Banol. Mana aku tak menyirap."
"Dia tu dua pupu Kak Dayah la."
"Alamak, ye ke? Mana kau tau?"
"Kecik pernah cakap dengan saya."
"Kak Dayah orang Air Putih, aku tak tau pulak dia ada sedara mara orang Melaut."
"Kecik cakap masa program nak bagi duit zakat bro Ali kat golongan ibu tunggal dengan wanita tu..."
"Ooh, program Khairun Nisa Ustaz Bakar tu? Dia dapat duit dari situ lah?"
"Kak Dayah yang rekemen nama dia. Kak Dayah pun selalu cakap, Rozana ni budak baik."

Ali termenung. Patut ke dia mintak nak cari madu baru? Memang la Kak Dayah dah bagi lesen, tapi tetap kena bincang jugak.

"Balik ni kena bincang juga dengan Dayah ni."
"Bro Ali serius ke nak nikah satu lagi ni?"
"Eh, dah aku mampu. Daripada datang si Rosman lagi satu yang rosakkan hidup dia, baik aku kahwin dengan dia. Insya-Allah aku akan cuba bertanggungjawab."
"Kerja bro ni, mencabar. Kadang berbulan-bulan keluar."
"Aku harap Rozana faham la macam Dayah."
"Fuh, steady betul Kak Dayah. Harap bini Fazrul pun macam tu la."
"Asal?"
"Nampak macam makin rapat je dengan Marina tu."
"Lain macam betul!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro