
2005 part 12
Azlan
Sejak aku jadi Menteri, aku dah tak berupaya untuk buat hobi aku zaman aku remaja dulu, iaitu berflaneur, iaitu berjalan-jalan tanpa hala tuju di tengah kota.
Atau berjamming, atau menikmati masa seorang diri melihat matahari terbenam dari atas bukit. Atau memancing macam aku dan arwah ayah masa kecil dulu.
Macam-macam peristiwa pelik berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni. Aku jadi semakin keliru untuk faham apa yang berlaku di keliling aku sekarang.
Aku sampai di Bukit Istana jam 9 malam, selepas menyelesaikan beberapa urusan rakyat yang perlu aku berdepan sebagai wakil rakyat.
Sejak kejadian di bilik Tengku Danish tu, aku jadi trauma untuk tinggal di istana dengan Sultan.
Dan keadaan politik semasa pun memenatkan aku. Aku rasa seperti tak larat lagi nak teruskan semua ni lagi. Tapi aku tak boleh sesuka hati berhenti, sebab ada ramai orang di bawah aku memerlukan aku.
Pernah tak kau berjalan dengan ramai orang, dan kau rasa orang di belakang kau ada pisau untuk menikam? Inilah apa yang aku rasa sekarang.
Aku dapat rasakan, ada banyak masalah rakyat yang diabaikan kerana konflik yang sedang berlaku. Konflik antara Sayap Biru dan Kuning, pergolakan dalam Gagak Merah, perebutan kuasa dalam Parti Nasionalis, semua ini pada akhirnya membuatkan masalah rakyat terabai.
Nama je wakil rakyat, tapi hakikatnya wakil pada orang yang berkepentingan.
"Sayang?"
Aku menoleh ke tepi. Mina sedang berdiri di belakang.
"Jauh termenung tu?"
"I don't know what the hell I'm doing here."
"Maksud you?"
"Everything. Sejak 1989 lagi I ikut Pengetua, but now, everything is changing. I don't even know who I am. I pun tak tahu nak side siapa sekarang."
"Maksud you, you nak stop apa you dah buat selama ni?" tanya Mina.
"Bukan stop, but I don't know where I should go."
"Sudahlah, fikir jauh pun bukan boleh selesai pun. Take a bath, lepas tu kita makan ya?"
Masa aku tengah makan, Tuanku Sultan duduk di meja sebelah aku, berdepan dengan Mina.
"Lepas ni, aku nak jumpa kau kejap."
"Baik, uncle."
Ada apa lagi Sultan nak ni? Semakin hari semakin baik pulak dia dengan aku. Mesti ada sesuatu yang dia nak daripada aku.
--
"Uncle?"
"Ya, Azlan. Ada benda aku nak cakap dengan kau ni."
Dia kemudian keluarkan sebuah fail, dan letakkan di atas meja.
"Ini semua dokumen tentang kau sejak 1989. Kau tak nak tengok?"
Muka aku berubah bila tiba-tiba Tuanku seolah-olah macam tahu aku di sebelah siapa sekarang ni.
"Aku takkan apa-apakan kau, percayalah," kata Tuanku Sultan.
Kau rasa aku nak percaya, ke? Makin skeptik ada la. Kalau boyfriend Tengku Danish pun dia boleh selamba tembak, kau fikir aku tak takut nyawa melayang tiba-tiba kat sini?
"Kau dulu bersama-sama dengan geng republik, untuk gulingkan keluarga al-Daulah, betul?"
"Ya, uncle."
"Kau berani bersikap jujur. Kalau orang lain ni, dia dah belit-belit macam-macam dah. Aku dah masak dah. Tapi aku tahu, kau masih mentah masa tu. Kau cuma diperalatkan oleh Pengetua kau, demi kepentingan dia. Kau pun tahu, dia tu mass-murderer? Kau tahu kan?"
Aku mengangguk.
Aku belek fail aku. Ada gambar rakaman video aku dengan Mastura di toilet hotel, 15 tahun yang lalu.
"Mastura bekerjasama dengan aku untuk tarik kau ke sini, tapi malangnya dia meninggal di Tower Heights. Isteri kau, Tengku Aminah pun ada banyak rahsia kotor dia. Tapi dia buat semua tu demi kau. Jadi kau yang akan menanggung semua tu."
"Maksud uncle?"
"Aku tahu dia yang panggil pakar geologi untuk melemahkan struktur bukit di Tower Heights tahun 1993 dulu. Dia juga yang bakar studio radio universiti kau dulu. Tengku Ariffin pun sedaya upaya nak jatuhkan aku dulu. Tapi aku ni pemaaf, Azlan. Darah daging sendiri, takkan aku nak lakukan apa-apa? Sebab tu dia sekarang bersama aku."
Tuanku senyum kemudian jari jemarinya mengetuk meja. Seolah-olah ada rancangannya tersendiri.
"Letak jawatan. Kemudian kau jatuhkan Izham dari luar. Sebab dia adalah sebahagian daripada Sayap Biru yang cuba jatuhkan keluarga al-Daulah."
Aku rasa berat untuk memikirkan semua ni.
"Macam mana, uncle?"
"Aku akan lancarkan operasi perang di Kundur tahun depan. Dan Izham selaku Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ni akan berdepan dengan kemarahan rakyat, sebab perang ni kosnya tinggi. Pilihanraya akan datang, Izham akan kalah, atau kalau menang pun, dalam keadaan yang tak selesa. Dan kau akan kembali ke politik sebagai penyelamat negara."
Aku terus berfikir lagi.
"Dulu aku pernah harapkan si Hafiz tu, cuma itulah, dia tu tak berapa bijak dalam permainan ni. Dia bijak dalam IT, tapi dalam politik, dia lemah. Dan isterinya hanya menggunakan kekayaannya. Lagi satu..."
Aku pandang mata Sultan.
"Aku nak kau rapat dengan Raja Permaisuri. Aku tak percaya dengan dia. Perhatikan, dengan siapa dia berhubung."
Seriuslah? Dalam ramai-ramai orang, Tuanku nak aku rapat dengan Raja Permaisuri? Dia pun tahu rekod aku dengan perempuan ni tak berapa nak cantik sangat?
"Nah, ini lencana Sayap Kuning kau. Tapi aku nak kau rahsiakan semua ni. Ingat, dalam Sayap Kuning pun ada gunting dalam lipatan."
"Menjunjung titah, Tuanku."
"Nah, ni surat pengampunan Datuk Rahizan. Kau mungkin perlukan dia nanti."
--
Datuk Rahizan melangkah keluar dari selnya selepas dipenjarakan sejak 1998. Dia sebenarnya dipenjarakan selama 20 tahun atas semua kesalahan yang direkacipta untuk menyekat kemaraannya.
Pihak media serta penyokongnya sudah menunggu di pintu gerbang mahkamah. Dia melambai tangannya sambil ratusan penyokongnya yang membawa sepanduk dan gambarnya bersorak.
Datuk Rahizan akan ke Munich untuk pembedahan, selepas beliau mengalami kecederaan di dalam penjara.
Dari penjara, kereta Datuk Rahizan diiringi oleh pengikut-pengikutnya ke lapangan terbang, sebelum menuju ke ibu negara Jerman dan berehat di situ.
--
Hari ini hari terakhir Tok Aki sebelum dihadapkan ke tali gantung. Haji Syaaban hadir untuk melawat sahabatnya sebelum dia dihukum.
"Ingat pesan aku..."
"Ya, Tok Aki."
Tok Aki minta juadah terakhirnya ialah secawan air suam dan Yasin. Dia membaca Yasin sehingga selesai, kemudian apabila namanya dipanggil, dia minum air tersebut, dan terus ke bilik hukuman.
Tali gantung itu diletakkan di keliling lehernya.
"Laillahaillallah, Muhammad Rasullulah."
Papan di kakinya dilepaskan. Dalam beberapa saat, Tok Aki menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.
--
Satu demi satu ahli parti Gagasan Ummah yang diharamkan oleh Shahrizal Hamdi dahulu, menyertai Parti Demokrat.
Disebabkan kemasukan beramai-ramai ahli Gagasan Ummah ini ke Parti Demokrat, pengaruh Tun Azmi dalam parti ini semakin lama semakin menghilang.
Sejak Izham menjadi Perdana Menteri, rakyat merasakan dia bukanlah pemimpin yang bagus. Kenaikan harga minyak dari RG1.00 seliter sejak zaman Datuk Rahizan menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, ke RG1.40 sekarang, menimbulkan kemarahan rakyat.
Izham menjadi Perdana Menteri pun, sebab Shahrizal ditembak pada dua hari sebelum pilihanraya. Undi yang diberikan pada pilihanraya yang lalu pun sebab undi simpati.
Ironi, rakyat bersimpati ke atas Parti Nasionalis, tapi pucuk pimpinan parti tidak pula ada simpati terhadap keadaan rakyat.
Satu demi satu cawangan Parti Demokrat berkembang di kawasan perkampungan dan pinggir bandar. Golongan ulama mula merapatkan diri dengan parti ini.
Parti ini juga sudah memiliki akhbarnya sendiri, iaitu Halaqah, yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Itulah perkara terakhir Azlan lakukan, sebelum beliau mengarang surat melepaskan jawatan.
Untuk sementara ini, dia perlu dalam keadaan incognito, tidak aktif dalam politik. Dia perlu berhati-hati, sebab makin lama di atas, keadaan semakin mengelirukan dan tidak selamat.
Kalau dalam mendaki gunung, kalau di atas dalam keadaan ribut, kita perlu turun ke bawah mencari perlindungan.
Dia terus menghantar surat peletakan jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan segala jawatan dalam pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun, jawatan Ketua Bahagian Parti Nasionalis Puncak Jaya, Ahli Parlimen Puncak Jaya tidak dilepaskan. Begitu juga dengan keahlian parti.
Dia tak boleh jadi ahli parlimen bebas, sebab susah nak jadi ahli parlimen bebas ni. Peruntukan pun susah nak dapat.
Izham masuk ke pejabatnya, dan melihat Azlan sudah menunggunya.
"Ada apa, Azlan?"
Azlan hanya menghulurkan surat peletakan jawatannya.
"Kau dah fikirkan masak-masak?" kata Izham.
Azlan hanya mengangguk.
"Baiklah, semoga maju jaya."
--
Azlan
Pada hari perletakan jawatan aku, aku kumpulkan semua staf aku, yang diketuai oleh Fazrul. Staf-staf aku berkumpul di sebuah dewan ballroom, dengan semua masih keliru kenapa aku tiba-tiba letak jawatan.
Media buat spekulasi yang aku letak jawatan akibat tertekan kerana kes rumah terbakar.
Tapi sebelum aku letak jawatan, aku dah posisikan semua orang-orang aku di jabatan yang penting. Jabatan Peguam Negara misalnya, dah penuh dengan kroni-kroni dan kawan-kawan Marina. Semua aku bagi kontrak panjang sampai 10 tahun.
Dalam jabatan polis pun aku naikkan pangkat semua yang sebelah aku dan Ali.
Walaupun aku dah lepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, tapi aku masih control lagi staff aku melalui Fazrul. Menteri baru takkan boleh buat apa-apa sebab mereka akan dengar cakap aku daripada menteri baru tu.
Dan menteri baru tak boleh pecat pegawai-pegawai yang aku dah sambung kontrak tu. Menteri yang ganti aku boleh dapat pangkat dan jawatan yang aku tinggalkan, tapi dia tak ada kuasa, sebab aku yang masih pegang.
Keputusan aku meletak jawatan ini adalah sesuatu perkara yang menggemparkan, tapi aku dah tahu apa yang berlaku.
Apabila aku dapat tahu yang tentera yang pro kepada Pengetua mula dah berlatih di hutan, mereka bukan buat latihan untuk serang Kundur.
Mereka nak jatuhkan keluarga al-Daulah. Pengetua dah beri amaran pada aku lama dah, sebelum aku pegang jawatan ini lagi.
Masa Sultan nak suruh aku letak jawatan dan suruh jatuhkan Bang Iz dari luar sebab baik dengan Pengetua, aku rasakan yang dia sendiri pun akan dijatuhkan.
Ramai orang, termasuk Merlina tak faham kenapa aku tiba-tiba letak jawatan. Ali faham, sebab dia yang hasut Sultan sejak dia jadi ahli penting dalam Sayap Kuning tu.
--
Merlina mengangkat beg ibu dan ayahnya, Puan Ayuni dan Encik Hashim, untuk menghantar mereka berdua yang mahu bersara di rumahnya di Australia.
"Mak, ini kunci rumahnya. Lepas tu yang ini tiket dengan pasport mak dengan ayah. Jaga diri tau," kata Merlina.
"Kau jangan risau la. Kawasan tu ramai orang Melayu. Pandai la aku dengan ayah kau jaga diri."
"Ala, kan ayah ada Pakcik Jamil kat situ kan? Takdelah sunyi pun," kata Marina.
"Marina, Merlina, kau berdua jaga diri elok-elok. Korang berdua pun dah besar bangka. Bilanya korang nak cari suami ni..."
"Ke situ pulak ibu ni," kata Merlina.
"Ibu pergi dulu."
Anak beranak peluk cium ibunya, dan salam cium tangan, sebelum ibu dan ayahnya berjalan menuju ke balai berlepas.
"Kau bila nak kahwin, Marina?"
"Aku tunggu Fazrul on je."
"Hotak kau, dia laki orang doh."
"Boleh je selit lagi satu."
"Eiii, kau ni. Cari orang lain la."
"Tak best. Laki orang baru best. Macam kau jugak kan?"
"Bila masa?"
"Elelelehhh, ingat aku tak tau ke strategi kau nak mengorat Azlan...."
"Ah takde maknanya dia tu. Dah la tiba-tiba je berhenti letak jawatan. Pening kepala aku macam mana aku nak tengok bil nanti overhead ke tak kalau takde projek macam ni."
"La, kau tak tau ke?"
Merlina pandang Marina.
"Tak tau apanya, kak?"
"Izham nak gantikan Azlan dengan Kamal. Jadi sebelum Azlan kena pecat, baik dia letak jawatan dulu. Baru senang dia nak buat move."
"Kamal Imad? Eiii umpama kau dah ada kereta Ferrari, kau pergi tukar dengan kereta Jentadua Gyvi. Bangang tau tak Izham ni, bangang!"
"Sebab Azlan ramai penyokong dengan dia punya projek semua bagus la, Izham nak cantas dia. Bukannya Azlan suka-suka nak letak jawatan. Abang Fazrul cerita kat aku, tapikan, Azlan dah letak trap dalam kerajaan. Bersepah."
"Ini semua ada kaitan dengan Aunty Idah ke?" tanya Merlina.
"Semua ni dulu pun bawah Aunty Idah juga. Kan Aunty Idah ni anak Gabenor Bank Negara. Pakcik dia pulak Perdana Menteri, Tun Iskandar. Lepas tu Azlan pulak ada link dengan Jeneral Yahya, lepas tu kahwin pulak dengan Kak Mina. Ha, kau nampak kabel istana kuat, international cable kuat, kabel dalaman pun kuat..."
"Akak rasa apa yang berlaku lepas ni?"
"Susah nak cakap, sebab Natasha pun nak lawan Izham dalam pemilihan ni nanti. Clan dia dari zaman Luqman pun boleh tahan ramai. Kalau clan dia dengan Azlan gabung, memang bungkus Izham tu."
"Pening la aku politik ni. Kalau semua satu hati macam kita ni kan bagus."
"Masalahnya politik tak macam tu, Merlina. Eh, kau free tak?"
"Sekarang? Free. Kenapa?"
"Jom teman akak pergi tengok cerita Pirates of the Caribbean. Nak tengok cerita Jack Sparrow."
"Macam budak-budak je tengok cerita camtu."
"Habis tu takkan nak layan cerita Tamil macam kau?"
"Ye la. Chandramukti. Cerita Rajinikandh yang baru."
"Aaahhh takde takde. Aku nak tengok Jack Sparrow!"
Bergaduh je lah dua beradik ni.
--
"Akhirnya, Azlan letak jawatan juga, sekarang ni jawatan Timbalan Perdana Menteri akan jadi milik aku," kata Kamal.
"Rilek, Kamal. Permainan masih jauh lagi. Aku dan Adilah ada plan untuk kau," kata Jimmy sambil bakar curut.
"Apa dia?"
"Sekarang ni, kau ikut je kitorang. Biarkan Izham terkapai-kapai seorang diri bila dia berperang dengan Sahari dalam Gagak Merah tu nanti," kata Adilah, yang duduk berkepit dengan Jimmy. Sejak Hafiz masuk penjara ni, dorang berdua ni asyik berkepit sahaja di Betawi.
"Orang kata Sahari ni Mr Shadow. Jangan main-main, Jimmy. Dia punya gang dia, dia pegang Suvarnabhumi, Majapahit, Arroyo, Gelanggayu pun underworld. Satu Pentas Sunda ni dia pegang. Kuat betul dia ni."
"Then patut ke kita tarik dia masuk dalam geng kita?" tanya Jimmy pada Adilah.
"He can be our great asset. Afterall, kalau kita main business halal, siapa nak run business haram ni kalau bukan gangster?" kata Adilah.
"Good idea. Nanti panggil Sahari, cakap aku nak jumpa. Aku nak invest dengan dia untuk lawan Izham nanti," kata Jimmy kepada Kamal.
"Dan kau akan terima habuan dan akan naik jadi Perdana Menteri bila kau tikam Izham dari belakang, Kamal."
Kamal tersenyum. Tapi buat masa sekarang, dia perlu dapat jawatan Timbalan Perdana Menteri tu dahulu.
--
Azlan
Aku sampai kat office Ali, kemudian aku terus nampak bantal kusyen yang menghadap TV, kemudian aku terus baring atas sofa.
Ali yang tengah buat kira-kira, pandang semacam je pada aku.
Aku longgarkan tali leher aku, kemudian aku letak kepala aku kat kusyen tu.
"Senang hati, nampak?" tanya Ali.
"At last, Ali. At last!" aku jerit sepuasnya.
Ali bangun dari kerusinya, kemudian capai kerusi lipat lagi satu.
"Kau sebenarnya berminat ke tak jadi ahli politik ni?" tanya Ali.
"Berminat? Kau rasa, orang tua tu kasi ke aku jadi benda lain? Sepanjang aku kerja kedai bakery tu jauh lagi seronok daripada aku jadi ahli parlimen ni."
"Kau ni, memang tak suka orang ke?" tanya Ali.
"Kau kenal kan perangai aku dari kecik dulu, kan? Cuma, dah itu tanggungjawab aku, aku relalah buat kerja tu. Orang yang betul-betul susah, rakyat marhein, aku happy la dapat tolong. Orang yang bermuka-muka, berpura-pura dalam politik ni, ramai. Penat mental aku nak memikirnya."
"Oohh, faham. Tapi kau mesti ada plan lepas ni," kata Ali.
"Ada, tapi aku kena duduk belakang dulu. Kau, kau kena Che Guevara. Kau kena jadi Osama. Kau kena jadi Abu Musab al-Zarqawi. The face of the rebel."
Ali dah pening, memandangkan aku sebut nama-nama terrorist.
"Kau nak suruh aku ikut Tok Aki ke?"
"Bukan! Cara rebel kau adalah menggunakan Islam, dengan cara ekonomi, bukan keganasan. Betul, orang ramai tahu kau banyak tolong orang, tapi orang nak tahu apa idea kau."
"Aku nak naikkan Islam..."
"Tak cukup kuat point tu. Kau kena ada satu retorik yang kuat. Yang tangible. Yang orang boleh nampak. Aku bagi contoh, kau berjuang untuk menentang sistem riba. Baru orang akan ba'iah kau."
"Tapi aku mana reti nak cakap benda tu semua. Aku belajar sampai darjah tiga je."
"Then, kau perlukan penulis ucapan. Kau kena berucap. Tulisan kau kena tersiar di Halaqah. Baru rakyat baca tulisan kau, lepas tu kau boleh pengaruh orang. Takpe,biar aku yang tulis, tapi orang cakap tu kau. Biar orang nampak kau pemimpin yang boleh beretorik. Lepas tu, Chelsea ke, Villareal ke yang menang nanti, dorang tak boleh lawan kau. Sebab pengaruh kau dah terlalu kuat. Dan aku akan gunakan pengaruh aku dalam Parti Nasionalis untuk combine dengan kau. Barulah kita boleh perintah negara ni bersama," aku terangkan pada Ali.
Ali terus dial telefon.
"Kau call siapa?"
"Aney, hantar kopi o Cap Burung satu teko sini, dua cawan. Kasi vadey sekali," Ali terus letak telefon.
"Dahsyat. Order mamak pun pakai delivery," kata aku.
"Kalaulah kita boleh order makanan kat mamak pakai internet, power gak tu."
"Aku rasa Merlina dah fikirkan idea tu. Dia tu otak buat duit. Otak Yahudi!"
Ketawa berdekah Ali.
"Kau ingat tak, masa Halal Food Festival hari tu? Dia punya complaint banyak benda la, sampai logo font pun dia komplen, aku dengar je semua cakap dia, tahun depan punya Halal Food Festival, berapa banyak catering dengan food industries untuk Qatar Airways, Etihad, Emirates, Saudi Airlines nak servis kitorang. Sebab tu Dayah tak kisah aku kahwin dengan Zana, sebab Zana ni power masak. Pandai handle katering ke kenduri. Alang-alang jadi madu, ha, jadi assistant dia. Betul-betul pandai buat duit si Merlina tu. Aku dengar nasihat dia, next year, fuhhh kacingggg aku kenyang tak habis makan duit Pak Arab wei!"
"Cuma kalau perang nanti, kau punya business nak lari mana?"
"Aku rasa Fidot boleh handle kawasan Melaut. Aku nak buat industri memasak makanan kapal terbang kat situ," kata Ali.
"Fidot?"
"Ala, kau ingat tak budak kecik yang cakap pasal t*tek Nat dulu?"
"Kahkahkah! Lama gila aku tak jumpa dia. Jadi apa dia tu?"
"Tentera. Kolonel."
"Kolonel? Fuh! Power gila!"
"Budak tu terang hati lepas makan penampar aku."
"Kahkahkah nanti aku nak jumpa dia!"
"Tapi baik kau minta maaf la pasal kau bakar kereta bapak tiri dia."
"Dah bapak tiri dia bunuh kucing aku."
"Minta maaf je la. Kasi setel je lah. Dah la dulu dia makan penampar sebab awek kau. Next year dia kahwin dengan si wak Betawi tu kan?"
"Aku dah move on la, Ali! Kimakkk!"
"Jessie kata acah-acah Rangga!"
"Acah Saputra!"
"Kita gelak-gelak ni, aku ada daun. Jap aku bukak stor daun."
Ali bangun, capai kunci, dia terus pergi ke stor ambik seplastik daun hijau.
Kopi satu teko, gulungan daun hijau, vadei serta lagu reggae, kami berdua brainstorm idea untuk buat movement Parti Islam yang lagi gempak daripada parti Haji Syaaban.
Takpe, kita tumpang dulu Parti Demokrat memandangkan parti tu ada nama. Parti Tun Azmi, walaupun dia dah meninggal, tapi pengaruh dia masih ada lagi. Lagipun ada ramai kaki kat situ. Pak Amin bekas IGP, lepas tu Pak Harun Ayam Goreng pun ada situ.
Bukannya ada duit tu. Kita fund dulu Halaqah. Luaskan pengaruh Ali dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro