
2005 part 11
Keesokan harinya, aku dan Jugra berjalan ke kolam renang, kelihatan Raja Permaisuri, Che Puan Amisha sedang berjemur di tepi kolam.
Beberapa minit kemudian, Tengku Dania memakai bikini, berjemur. Aku buat tak tahu je sebab aku sedang temankan Jugra mandi. Takkan aku nak biarkan anak aku umur lima tahun mandi sorang-sorang, kan?
Aku nampak Che Puan Amisha buka spek dan pandang aku, dengan berkata wow. Mungkin dia nampak badan aku. Tengku Dania berbisik pada ibundanya, kemudiannya keduanya ketawa.
Lepas tu dua-dua pandang aku dengan menggigit bibir.
--
"Ni hah, semua barang-barang kau!" kata Ali sambil menunjukkan semua barangan rumah aku di sebuah gudang.
Kelihatan Kecik dan kawannya sedang bermain XBOX dalam gudang.
"Woi, woi. Aku cakap jangan sentuh barang ni. Korang pergi main XBOX pulak," kata Ali, mencekak pinggang dan marah anak buahnya.
"Ala bos, sekali je. Boleh la..."
"Kau tanya Alan. Ni barang rumah dia."
Aku senyum je. Takde hal lah. Kalau rosak pun aku hantar je lah service.
"Ali, aku ada benda sikit nak cakap ni, boleh tak?"
"Sure, jom masuk office aku," kata Ali lagi.
Betul-betul sempoi office dia ni. Kerusi dia kerusi lipat yang kau buat ketuk kepala orang lawan wrestling tu, dengan meja kayu yang macam Dudley Boyz guna. Memang setting WWE dia ni.
"Jep, So'ot! Orderkan aku nasi kandar Raihan! Kuah kari kambing, lepas tu telur rebus. Bendi dua batang. Kau nak makan apa-apa, Alan?"
"Ish takpelah..."
"Come on la. Makan la sikit."
"Rojak la."
"Rojak ayam?"
"Rojak biasa je."
"Air?"
Aku tunjuk kat water cooler kat office Ali.
"Aku nak nescafe ais, tapi ais kurang."
"Okay, boss!"
"Kau nak makan apa, kau makan la. Tapi bungkus la, si Alan ni nak cepat."
"Baik bos."
"Rugi Lan, nasi kandar Raihan ni terbaik sejak Mustapha Ibrahim tutup. So, ada apa kau nak tanya dengan aku?"
"Aku sekarang confused. Kuning, biru, merah, hitam, semua nak aku join dorang."
"Sebab tu aku cakap dengan kau, kau kena buat pilihan yang tepat."
"Macam mana aku nak buat pilihan yang tepat, belum apa-apa kau dah bakar rumah aku."
"Restoran aku pun terbakar."
"Tapi kau nak bakar restoran kau, lantak kau la! Apasal kau bakar rumah bini aku?"
"Lan, kau rilek je. Takde apa sangat pun. Nanti kau claim insurans, aku bikin rumah kau kasi lagi baek punya. Sekarang, kertas siasatan sedang dibuka lepas Nicky dan Ajoi ditangkap semalam. Aku akan pastikan dorang berdua akan petik nama Sahari."
"Ali, aku tak faham, kenapa kau nak buat kerja macam ni?"
Ali menyandar ke kerusinya.
"Kau ni, Alan. This is part of the plan. Kau rilek la."
"Kau ni sebenarnya side Pengetua ke, Sultan ke..."
"Semua pihak nak mintak tolong aku buat kerja kotor, Lan. Sampai pada akhirnya, dua-dua aku pegang."
"Come on, takkan dorang tak tahu langsung?"
"Sebab dorang semua ni, baik Pengetua, baik Sultan, dah terlalu atas, sampai tak dapat tengok orang bawah. Orang aku ada kat semua tempat. Sebab tu aku kerjasama dengan semua."
"Macam mana kalau kau kantoi? Kalau dorang tahu kau side dua-dua."
"You pay my service, he pay my service. Siapa bayar, aku buat kerja. Aku bukan macam Bang Iz, Datuk Rahizan, atau Sultan. Aku buat semua kerja orang bawah. Join aku, dan kau akan rasa selamat kat semua tempat. Merah ke, biru ke, kuning ke, yang penting, kau geng Ayam Hitam."
"Aku tak tahu side siapa yang sepatutnya aku side. Pengetua pun, mungkin akan tinggalkan aku demi agenda dia. Tapi, aku tak nampak yang Sultan ni boleh menang."
"Gini, agenda aku simple je. Aku nak kau jadi leader negara ni. Kau bijak, kau pandai. Tapi kelemahan kau, selain perempuan, ialah kau takde grassroot yang ramai. Kawasan kau pun, aku tolong jaga. Din Tapa tu bukan kuat mana pun. Kalau kau side Pengetua, aku tolong Pengetua. Kalau kau side Sultan, aku side Sultan. Yang penting, kau kena side aku."
"Ali, kau pun tahu sekarang, politik negara kita bercelaru..."
"Daripada dulu bercelaru. Cuma sekarang ni, nampak lebih chaos. Dan kau kena pilih geng yang tepat."
"Boss, makanan dah sampai! Saya cakap nama bro Ali je, dia terus belanja sotong."
"Thank you Jep, So'ot! Kau makan dulu, kejap lagi aku nak gerak. Aku nak tengok restoran aku, macam mana."
Tahap keotaian Ali ni sampai tahap mamak belanja sotong.
--
Selepas makan, aku ke pusat khidmat rakyat di Seksyen 16. Ada beberapa orang, dari tua ke muda, duduk di tempat menunggu sebab nak minta bantuan.
Mak Jah, baru-baru ni kedai pisang gorengnya disita oleh Majlis Perbandaran. Dia cakap dia dah mohon lesen sejak dari tahun 2002, tapi tak dapat-dapat lesen.
Aku menggaru kepala, takkan la aku tak tahu selama ni kuota untuk peniaga gerai punya lesen ni? Daripada tahun 2002 mohon tapi tak dapat ni, apa cerita pulak?
"Din, kau buat surat rayuan untuk Mak Jah ni. Aku nak sign, lepas tu aku nak Yang Dipertua Majlis Perbandaran jawab ni."
"Okay, boss!"
Aku pandang mata Mak Jah ni. Dia ni nampak macam orang susah.
"Bukan apa, YB. Mak Jah dengar cerita, semua lesen berniaga gerai ni, kena minta dengan Encik Kamal."
"Kamal? Kamal Imad?"
"Haah, anak si Imad Salleh. Dia ni kawan baik kepada Gabenor Sahari."
"Mana makcik tahu?"
"Semua orang cerita, nak."
Aku termenung untuk faham betapa kompleksnya hubungan antara semua ni. Izham gaduh dengan Sahari, dan baik dengan Kamal. Kamal pulak baik dengan Sahari.
Apa niat si Kamal ni ya?
"Bos, ni suratnya."
"Makcik pergi majlis perbandaran, lepas tu bagi surat ni, suruh majlis perbandaran bagi lesen. Dan ambil balik gerai makcik."
"Terima kasih, YB. YB banyak dah tolong makcik."
Dalam fikiran aku, aku rasa Izham tak percayakan aku.
--
Datuk Syafie duduk di ruang tamu sambil membaca suratkhabar. Izham pulang ke rumah. Isterinya, Maria menyambut suaminya yang baru tiba.
"Kau tak dengar cerita yang rumah Azlan terbakar semalam?"
"Tau, abah."
"Hmm..."
Datuk Syafie bangun dari kerusi.
"Aku rasa dia sengaja nak kenakan kau, Iz. Dia sengaja bakar rumah dia, dan bakar restoran Ali demi kepentingan dia. Aku daripada dulu lagi tak percaya budak Azlan ni."
"Abah, kenapa tuduh Azlan macam tu?"
"Bukan aku tuduh, benda ni Kamal yang cakap pada aku. Semalam, kereta budak dia meletup tiba-tiba. Benda macam ni, yang boleh plan macam ni punya terperinci, orang macam Azlan je. Aku rasa dia nak rampas kedudukan kau sebagai ketua Gagak Merah."
"Abah...."
"Aku bagi nasihat, terpulang pada kau, nak dengar atau tak. Pemilihan parti kali ni, aku nak kau pilih Kamal sebagai calon Timbalan Presiden. Bukan Azlan. Lepas pemilihan, lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri."
"Pengikut dia dalam parti ramai, bah."
Datuk Syafie memegang bahu Izham.
"Kau dengar sini baik-baik, Datuk Seri Imad dah banyak bantu keluarga kita. Dia mati dibunuh oleh Diamond Hijau. Kau pun tau kan, yang Azlan nak lepaskan Datuk Rahizan? Kau tak nampak lagi ke, yang kau bakal kena tikam dari belakang? Kau sedar ke tak?"
Izham seperti rasa serba salah.
"Yang kau pun bodoh, ikut cakap Shahrizal suruh lantik budak Azlan tu, siapa suruh? Lantik dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Tu tandanya kau bakal kena tikam dari belakang, Iz," kata Datuk Syafie sebelum berjalan menuju ke dapur.
--
Azlan masih belum tidur, ketika dia nampak Tengku Danish dan seorang lelaki berbadan tegap, sedang berjalan celah-celah pokok menuju ke ruang istana, kemudian dia nampak Tengku Danish dan lelaki itu sedang sama-sama bercumbu sambil menanggalkan baju pasangan.
"La, dah la gay. Bottom pulak. Naya kalau Tengku Mahkota jadi macam ni," kata Azlan dalam hati. Kalau dia nak pergi tegur nanti, dia tak nak cari pasal. Dia dah la menumpang istana ni.
Dia pergi ke bilik Jugra, nampak Jugra sedang tidur dengan tali pinggang WWE di atas dada.
"Ish dia ni, The Rock pun tak tidur dengan WWE title la," kata Azlan sambil menyimpan permainan Jugra.
"Alan?"
"Ya, Mina?"
"You tak tidur lagi?"
"I tengah kemas barang mainan Jugra ni. Karang bersepah macam ni, uncle marah, naya nanti."
"You nampak tak, Danish dengan budak lelaki?"
"Yes, you nampak ke?"
"Gay partner dia la tu. Berapa kali I dah advice si Danish ni. Nak menyotong pun jangan la kat dalam ni. Kalau terlepas cerita, mampus. Uncle Norm tu dah la dia punya mood tu macam mana."
"Shall we do something?"
"Jangan masuk campur. I nak shower dulu, lepas tu I nak tidur."
"Okay, I kemas dulu bilik ni, lepas tu I solat Isyak, lepas tu I join you tidur lah."
Mina senyum.
--
Pagi esoknya, Azlan sedang bersenam dengan Jugra, sementara Mina pula sedang menulis nota untuk kerjanya. Tiba-tiba mereka bertiga mendengar satu tembakan yang kuat, diikuti dengan bunyi Tengku Danish menangis.
"What the hell?" kata Azlan.
"Shit..." Mina menutup mulutnya.
"Kenapa?"
Mina perlahan-lahan pegang tangan Azlan, kemudian naik ke tangga, menuju ke bilik Tengku Danish.
Nampak Tengku Dania tergamam di depan pintu bilik, dengan Che Puan Amisha.
Kedengaran suara Sultan Norman menengking Tengku Danish.
"Macam mana kau nak warisi pemerintahan negara ni kalau undang-undang Islam pun kau tak boleh faham!"
"Daddy tu minum arak tu takpe pulak!"
"Tapi aku tak main songsang!"
"Kanda, kanda, jangan tembak anakanda Danish, patik rayu..." kata Che Puan Amisha.
Azlan dan Mina tergamam nampak sekujur mayat lelaki berlumuran darah berbaring di sebelah Tengku Danish.
"Kalau kau tak betulkan aliran songsang kau ni, aku bunuh kau!" kata Sultan Norman dengan murka.
Sultan Norman terserempak dengan Azlan.
"Kau nampak tak? Pening kepala aku kalau ada pewaris macam ni. Jangan sampai aku gubal Perlembagaan, aku letak nama bini kau je terus jadi pewaris!" kata Sultan Norman.
--
Dalam beberapa hari juga Azlan ambil masa untuk tegur Tengku Danish. Tengku Danish nampak murung, dan termenung di depan swimming pool.
Nampak dia sedang nak overdosed pil dan nak lemaskan diri sendiri.
"Apa yang kau fikir tu, baik kau jangan buat, Danish," kata Azlan.
"Jangan halang, abang Alan. Goodbye, I really want to go."
"Dan apa yang kau dapat lepas ni?"
"Kebebasan dari kongkongan istana ni."
"Kebebasan yang macam mana kau nak, Danish?"
"Untuk jadi diri sendiri."
"Heck, aku dari kecik tak pernah ada peluang nak jadi diri sendiri. Semuanya diatur Pengetua."
Tengku Danish genggam pil di tangannya, kemudian memandang ke arah swimming pool, nekad seperti mahu bunuh diri dalam keadaan lemas.
"Danish..."
"Saya tak nak jadi Tengku Mahkota. Kalau ayahanda mati, saya menyerah diri sahaja kepada Jeneral Yahya dan kerajaan republik."
Beberapa orang pengawal istana datang, dan merampas pil dari tangan Tengku Danish. Tengku Danish meronta, sebelum Sultan Norman melempang Tengku Danish.
Azlan jadi terkejut, jadi dia rasa tak selesa dengan apa yang berlaku di istana.
Baik dia tidur gudang Ali. Dia lagi selesa di situ sebenarnya.
--
Azlan
Aku bawak Jugra pergi ke gudang Ali. Bukan main seronok si Jugra bila ada abang-abang macam Kecik, Joni dan Lias dok melayan dia tengok wrestling.
Kitorang layan WWE Unforgiven, John Cena lawan Kurt Angle.
"Aku ingat memang aku kena beli jugak gelanggang wrestling ni nanti bila Jugra besar nanti."
"Serius la, Lan?"
"Kau tengok la anak aku ni minat apa? Kau la ni pengaruh dia tengok wrestling."
"Kalau kau jadi beli, aku nak try gak gelanggang kau tu nanti. Jom lawan, aku jadi Stone Cold, kau jadi The Rock."
"Aku rasa tak sampai dua minit dua-dua dah pancit. Umur kita dah berapa dah ni, Li!"
Dua-dua gelak. Kemudian senyap sambil memerhatikan Jugra mula bangun dari persilaan bila nampak John Cena kena grip dengan Kurt Angle.
"Jom, kita cakap kat luar jap," kata Ali, sambil capai rokok.
Aku bangun dari kerusi lipat, dan mengikut Ali dari belakang.
--
"Lan, Dayah dah bagi green light," kata Ali.
"Serius la! Kan bagus kalau Mina macam Dayah."
"Dayah kes lain. Kau tu, Mina tu okay je. Kau je yang terkejarkan si Nat tu."
"Dia dah nak kahwin pun, Li."
"Bercakap pasal Nat, aku dapat info, dia dengan Sahari bakal berpakat nak lawan Izham dalam pemilihan nanti."
"Nat dengan Sahari boleh kawtim ke?"
"Sahari sekarang dah all out nak lawan Izham, Lan."
"Jadi, apa aku kena buat?"
"Kau declare yang support Izham. Tapi dalam masa sama, kau tolong Nat dari tepi. Sebab aku rasa Izham akan tetap menang, dan Parti Nasionalis akan terbelah dua nanti. Sebab Aunty pesan, walau macam mana sekalipun, kau kena stay dalam Parti Nasionalis."
"Kau ni sial la, Li. Kau sendiri tak mengundi, tak berparti, tapi kau sibuk atur orang sana sini, jadi operator."
"Barulah mastermind, Lan. Kahkahkah! Kau tunggu je, ibu kau ni susun baek punya untuk kau!"
"Aku ingat aku nak kena letak jawatan jugak ni, Li. Tak boleh aku terus stay. Tersepit nanti aku dengan kuning lawan biru ni nanti."
"Ada beberapa benda yang aku nak kau buat sebelum kau letak jawatan jadi TPM. Kalau kau tak buat ni, kerja kita semua tak complete."
Ali bisik pada aku.
"Hah? Benarkan permit Halaqah? Itu kan, paper Parti Gagasan Ummah. Mana ada lagi dah?"
"Gagasan Ummah memang dah tak ada, sebab semua dah pindah ke Demokrat. Aku nak pasang orang dalam Demokrat. Dan aku nak gunakan Halaqah untuk propaganda gerakan aku."
"Kau nak takeover Parti Demokrat ke?"
Ali geleng kepala.
"Dah tu?"
"Lepas perang saudara nanti aku fikirkan. Aku cuma tak tau nak letak mana orang-orang aku buat masa ni."
"Kau tubuhkan parti la, Ali."
"Aku mengundi pun tak, camana nak tubuhkan parti?"
"Alaa, kau ni anarkis sangat Li. Rebel sangat."
"Belum masanya. Buat masa ni, biar aku control dari jauh dulu, supaya ada satu gerakan Islam, semasa perang saudara nanti. Dari situ, baru kita fikir apa kita boleh buat."
"Jadi, kau nak buat parti politik la nanti."
"Aku rasa persoalan tu tak penting buat masa ni, Lan. Cuma, siapa pun menang dalam perang ni nanti, gerakan ini yang akan backup kau nanti. Kalau kuning menang, lain langkahnya. Kalau biru menang, lain geraknya."
"Faham, Li."
"Besok aku nak kena pergi Suvarnabhumi. Nak susun move. Nak kena tolong orang tua tu pulak."
"Bahaya kau ni makan dua kolam, Li."
"Kalau aku bahaya, ibu kau lagi Miss Danger, bini Mat Danger ori la katakan!"
--
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro