Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2004 part 1

Hafiz dan Adilah cepat-cepat mengemas barangan penting mereka, untuk mereka ke luar negara.

Adilah dapat tahu yang Azlan selaku Menteri Kehakiman sudah menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Hassan Hashim untuk mengambil tindakan terhadap Hafiz kerana menjalankan pembalakan haram di kawasan hutan simpan.

Dan dengar kata Bukit Istana beri lampu hijau untuk mengheret Hafiz ke mahkamah.

Pangkat Datuk Seri dan Datin Seri mereka pun sudah ditarik balik oleh Tuanku Sultan.

Sebab Tuanku Sultan dah tahu yang mereka membiayai Tok Aki dan kegiatan pengganas.

Rumah agamnya telah dikosongkan sebulan lalu, dan keluarga Pak Wan Radzi sudah dipindahkan ke Barbados.

Syarikat Kencana Consortium telahpun jatuh, menyebabkan dia terpaksa biarkan anak-anak syarikatnya sama ada berusaha sendiri, atau dijual kepada orang lain.

"Alif dengan Mili punya baju, letak dalam kereta," kata Adilah yang menyewa kereta, kerana tidak mahu dikejar oleh pihak berkuasa.

Hafiz pimpin tangan Alif, sementara Adilah memegang tangan Mili.

Mereka berempat menuju ke lapangan terbang, di mana kapal terbang peribadinya sedang menunggu mereka.

Tapi, baru mereka tiba di depan pintu lapangan terbang, ada dua pegawai polis berpakaian biasa menahan Hafiz daripada cubaan lari.

"Kanojo, jaga diri. Jaga Alif dan Mili."
"Koibito jangan risau. I love you."

Tangan mereka berdua terlepas, kemudian tangan Hafiz digari. 

--

Hafiz duduk dengan tenang, sambil dua orang polis cuba nak menyiasatnya.

"Sentuh saya, saya panggil peguam saya. Saya akan saman awak sampai awak pakai spender je nanti," kata Hafiz.

Peguam Hafiz, Jagbeer Singh, adalah pakar peguambela terkemuka. Nak mampus berdepan dengan Tiger Singh, gelaran Jagbeer dalam mahkamah.

Kedua-dua polis itu berundur. Kemudian datang Ketua Polis Negara, Tan Sri Jabbar Noor.

"Fiz, kau rilek je. Aku backup kau. Kau kena aniaya dengan Azlan ni," kata Tan Sri Jabbar Noor.

"Aku tahu."
"Yang kantoi kau bagi dana kat Tok Aki ni, dah kenapa?"
"Ada orang dalam yang tikam aku, Bar."
"Kau jangan risau, kau punya sel, aku dah kasi cantik! Internet pun ada."

Hafiz masih tidak tenang. Fikirannya bersama Adilah dan anak-anaknya.

Hafiz dengan tangan bergari, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Warisan untuk siasatan kes pembalakan haram.

--

Azlan

Lagu This Love dari Maroon 5 mengiringi aku dan Mina, menaiki kereta yang dipandu oleh Merlina. Jessica yang kawal radio.

Aku dan Mina nak bercuti di San Tropez, selepas sekian lamanya aku tak bawak dia bercuti. Kali ni, aku bercuti dengan Jugra, anak aku. Lagipun San Tropez ni dekat dengan rumah ibu mertua aku.

"Bestnya korang! Aku entah bila lah nak keluar dari Gelanggayu ni, boring betul!" kata Merlina.

Aku ni sebenarnya bercuti ni tak bercuti sangat sebenarnya. Lebih untuk follow up pembelian kapal selam Perancis yang Bang Iz order dulu.

Ibu mertua aku, Suzaine, sejak kematian Tengku Ariffin, tinggal di sana.

Lagu Vertigo dari U2 berkumandang di lapangan terbang untuk iklan Levis di skrin TV.

Sedap jugak lagu baru U2 ni. Tak sangka band 80an macam U2 ni masih relevan lagi zaman sekarang ni. Aku masih ingat zaman aku gila dengan band ni zaman Boy, Joshua Tree, Zooropa dan Achtung Baby ni.

Dah masuk album Pop aku dah kurang nak masuk sangat.

Sama lah macam Radiohead. Kimi mengadu benda yang sama. Dari The Bends, OK Computer, dah sampai Hail To The Thief ni dia susah nak layan.

Kapal terbang aku dah nak gerak dah ni. Chow dulu, Wijayapura!

--

Ali tiba di Lapangan Terbang Krung Thep, untuk mengembangkan business ringtone di Suvarnabhumi.

Dua orang pengikutnya di Krung Thep menjemputnya di lapangan terbang.

"Mr Shadow..."

Ali tahu, inilah masanya untuk dia menyerang salah satu daripada berempat pembesar Gagak Merah di Wijayapura.

Dia dah boleh bawa sikit demi sikit orangnya dari Krung Thep ke Wijayapura untuk menakluk kawasan Gabenor Sahari.

Tapi perkara pertama dia kena buat ialah melagakan Azham dengan Sahari.

Caranya ialah mencari pasal di kawasan Azham, tapi serang dari arah kawasan Sahari. Graffiti Mr Shadow akan mula menular di kawasan Azham.

Perang saudara Gagak Merah akan berlaku. Dengan itu, Ali mempersiapkan pasukannya untuk memulakan serangan.

Biarkan Sahari dan Azham bergaduh dulu, nanti dari timur dia akan campur tangan.

--

Kolonel Firdaus telah mengenalpasti tempat persembunyian Tok Aki dan pengikutnya.

Seramai 20 orang anggota komando Gelanggayu termasuk dirinya turut serta dalam misi memburu mereka.

Disebabkan operasi rahsia ini berklasifikasi sebagai rahsia tertinggi, sebuah kapal terbang berlepas dari Temasik dan mendarat di kawasan yang telah ditandakan di tengah hutan di kawasan Riau. Dari situ mereka bergerak dan memantau, serta memakai pakaian awam untuk merisik maklumat.

Selepas tiga hari berada di Riau, mereka mendapat maklumat yang tepat tentang di mana terletaknya Tok Aki.

Kolonel Firdaus membahagikan pasukannya kepada tiga bahagian, Alpha, Bravo dan Charlie. Mereka sudah mengepung dan menutup jalan masuk ke kawasan tempat Tok Aki tinggal.

Unit sniper, dengan kelengkapan senapang sniper Barrett M82 sudah standby untuk menembak pengawal keselamatan Tok Aki.

Unit risikan juga sudah merisik di situ dalam beberapa bulan, sebagai penjual keladi di tepi jalan, menjadi informer kepada perisikan tentera.

Tok Aki dan Fauzan memang berada di situ. Turut berada di situ ialah Nordin Mat Tok, pakar bom Daulah Islamiyyah.

Selepas sniper menembak pengawal pintu pagar Tok Aki, team Charlie mula masuk ke kawasan persekitaran, Team Bravo membaling flare untuk helikopter Comanche mendarat. Team Alpha, termasuk Kolonel Firdaus, pula masuk dan mula menembak sesiapa yang cuba melawan.

Tembak menembak mula berlaku. Fauzan keluarkan senapang AK-47nya, keluar dari bilik lalu menjerit "Laillahaillah, Muhamadurasullah!" lalu melepaskan tembakan.

Kolonel Firdaus terus tembak headshot, peluru di antara dua matanya. Melihat anaknya terkulai layu di depan pintu, Tok Aki mengangkat kain lilit putihnya, menyerah diri.

"Checkmate, Jeneral! Checkmate!" kata Kolonel Firdaus dengan alat komunikasinya.

Kolonel Firdaus kemudian mengambil gambar Tok Aki dengan tangan diikat dengan cable tie gred tentera, sambil beberapa unit tentera memegang kepala Tok Aki.

--

"We got 'em!" jerit Ken Chong melompat atas kerusi dengan gembiranya, bila imej yang dihantar oleh Kolonel Firdaus tiba di komputer pejabat tentera di Changli.

Lt Col Andrew James dan Pengetua buka botol champagne, dan berteriak gembira.

"Well done, General Yahya!" kata leftanan kolonel Amerika sambil bersalaman. Dia kemudian terus menelefon Pentagon, misi untuk menangkap Tok Aki, pengganas yang dikehendaki oleh FBI serta Polis Diraja Gelanggayu sudah berjaya ditahan.

"Akhirnya kau checkmate juga dengan aku," kata Pengetua.

--

Berita penangkapan Tok Aki memberi khabar gembira kepada rakyat Gelanggayu selepas 2 tahun peristiwa letupan bom di Commonwealth Mall.

Perdana Menteri, Shahrizal Hamdi mengumumkan perkara tersebut dalam perutusan khas di televisyen sebentar tadi.

Pun begitu, Shahrizal juga mengumumkan bahawa tugas anggota keselamatan masih belum tamat, memandangkan masih banyak ancaman keselamatan ke atas negara ini.

Sudah tiga tahun sejak 11 September 2001, tak tahu bilakah Perang Menentang Keganasan ini akan berakhir.

--

Kimi dan Shereen pergi ke parti malam tahun baru bersama, sambil berpegang tangan sebagai sepasang kekasih.

Dalam masa Kimi merasa sedih apa yang berlaku kepada Hafiz dan Adilah, tapi life must go on. New year tetap kena party!

"Wei, Lil Faysh, what's up?"

Lil Faysh sedang jadi DJ dan main lagu 50 Cent, In Da Club. Dia angkat tangan sahaja memandangkan dia sedang busy jadi DJ. Tapi Lil Faysh menaikkan keningnya pada beberapa pengikutnya untuk mengambil gambar untuk dihantar ke beberapa wartawan hiburan.

Din Tapa memandang Kimi, sambil geleng kepala.

"Ni kalau Kak Mer tahu ni, mahu gaduh ni."

--

Malam new year, Merlina hanya melepak di rumahnya sambil menghadap komputer, dan cuba untuk jadi kreatif dengan mereka-reka layout yang ada dalam Adobe Photoshop.

"Kak Mer buat apa tu?" tanya Jessie, sambil main game PS2.

"Saja je reka-reka, design."

Jessica tekan butang pause, dan pergi ke meja Merlina.

"Kak Mer, Kak Mer ada Myspace?"
"What the hell is Myspace?"
"Tempat cari kawan. Macam Friendster."
"Pernah dengar Friendster, tapi tak pernah ada."
"Don't bother Friendster, just buat je Myspace."
"Sebab?"
"Myspace boleh letak lagu, boleh design wallpaper. Macam kita ada website sendiri."
"Really? Tengok Jessie punya Myspace?"

Jessica buka Myspacenya dan lagu dari Yellowcard, Ocean Avenue berkumandang.

"Okay, it's nice to have song in your page, tapi sebagai designer, sakit mata Kak Mer tengok colour ungu macam ni. Let me design your Myspace. Berapa resolution page dia?"
"What?" Jessie terpinga-pinga.

Kak Mer right-click dan tengok pada properties.

"See, your resolution is 800×600. Kalau pakai yang ni, pada Kak Mer, tak berapa cantik. Pakai 1024×768. Lepas tu, jangan pakai color pelik-pelik macam warna ungu macam ni. See, design kena minimalis, so that orang tak serabut tengok page Jessie."

"Apa kata kakak cari layout yang sesuai? Cuba yahoo dulu?"

Merlina tengok pada Myspace Layout, dan mula mencari layout yang dia suka.

"Macam ni, minimalis. Satu atau dua color je. I tell you what, apa kata Kak Mer design je your Myspace layout? Your face, vector?"
"Vector tu apa?"
"Muka Jessie jadi 2D. Jadi wallpaper, nice kan?"
"Nice! Kak Mer buatlah account dulu."
"Okay!"

--

Tok Aki dibawa ke pusat tahanan Changli yang dikawal oleh askar Amerika Syarikat. Mukanya ditutup dengan kain hitam, sebelum disumbat ke dalam sel gelap yang sempit.

Tok Aki dinafikan haknya untuk bersolat, atau membaca sekalipun. Cuma makan, minum dan tidur di lantai simen.

Selepas hampir tiga minggu ditahan dalam sel gelap, Pengetua datang akhirnya dan melawat Tok Aki, sambil bawa papan catur.

Pengetua memberi arahan supaya dibenarkan Tok Aki bercakap dengannya.

Tok Aki keluar dalam keadaan kurus kering. Matanya ketakutan melihat cahaya yang terang dari bilik soaljawab.

Beberapa minit kemudian, Pengetua masuk ke dalam bilik.

"Aku dah cakap dengan kau, Aki. Jangan pandang rendah pada aku," kata Pengetua sambil letak papan catur di hadapan Tok Aki.

Tok Aki hanya diam, masih lagi dalam keadaan trauma selepas apa yang terjadi pada dirinya beberapa minggu yang lalu. Dia pun tak sedar dah berapa hari dia di dalam sel gelap itu.

Pengetua kemudian memandang tepat ke arah mata Tok Aki yang masih dalam keadaan terkejut. Sudahlah anak tunggalnya Fauzan telah terbunuh dalam serangan itu, dia pula ditahan dalam sel gelap tanpa dia sedar sudah berapa hari dia di situ.

"Aku dah cakap dengan kau, masa tahun '84 lagi, kau takkan berjaya dengan revolusi cara Iran di Gelanggayu ni. Revolusi Iran tahun '79 dulu, operative CIA yang rancang. Apa kau ingat Amerika ni suka sangat ke Shah Iran tu? Pasal dia la harga minyak naik melambung dan menyusahkan mereka."

Tok Aki masih dalam keadaan tergamam. Dia masih terkejut yang Pengetua tergamak buat begini padanya.

"Kau ingat tak, masa hari raya tahun 1997 dulu, di dapur rumah aku, kau bagi amaran, kalau aku tersilap langkah tentang Rahizan, kau akan bertindak. Dalam chess, biasalah orang buat blunder. Tapi blunder siapa yang lebih teruk, dia yang akan kalah. Kalaulah kau sabar, dan kerjasama dengan aku, kau tak perlu lalui semua ni. Anak kau, Fauzan tak perlu mati sia-sia...."

Bila dengar Pengetua kata 'mati sia-sia', Tok Aki rasa sentap.

"Dia syahid, Yahya! Dia syahid!"
"Siapa kau nak tentukan kesyahidan orang, Aki? Kau fikir, dengan angkat senjata macam tu, kau boleh lawan Amerika?"
"Amerika akan tumbang. Kau tengok kata aku nanti."
"Aku tak cakap mereka takkan tumbang. Mungkin, satu hari nanti. Tapi, cara kau salah. Sebab tu kau kena macam ni."

Tok Aki merenung tepat ke mata Pengetua dengan perasaan marah, atas apa yang berlaku terhadap dirinya dan anaknya.

"Aki...tahun depan kita berusia 80 tahun. Kita dah jauh sangat dah. Lagipun aku tak nak rakan seperjuangan aku masa perang dunia dulu, mati sia-sia dengan perjuangan macam ni."
"Habis tu, kau nak aku menyerah? Daripada kau, bekerjasama dengan Norman...."
"Dan kau bekerjasama dengan Sayap Kuning. Sekurang-kurangnya dalam kes aku, Presiden Bush mahu aku ketepikan perbezaan aku dengan Sultan Norman..."
"Kau dan Norman takde bezanya, hanya pak turut kepada Amerika!"
"Dan kau pak turut siapa? Ayatollah Khameini?"
"Aku bukannya pak turut kepada sesiapa. Aku cuma mahu dirikan republik yang berlandaskan Islam..."
"Kau hanya menunggang agama, Aki."
"Pemahaman kau terhadap Sayyid Muluk adalah salah, Yahya. Dia pendita Islam, mustahil dia nak bersetuju dengan ajaran liberal sekular yang sokong dajal laknatullah macam kau ni."

Pengetua capai kembali papan caturnya, melihat memang dia tidak akan ada perlawanan catur dengan Tok Aki dengan emosi yang seperti ini.

Dia kemudiannya bangun, dan masukkan kerusi kembali ke meja.

"Bila kau dah di Gelanggayu nanti, kau akan dihukum gantung sampai mati. Kau cuma ada satu peluang sahaja, iaitu pujuk Azlan untuk batalkan hukuman kau, atau gantikan dengan hukuman lain."

"Azlan? Kenapa dengan dia?"
"Dia dah jadi Menteri Kehakiman di sana. Dia je ada kuasa ke atas nyawa kau sekarang. Malangnya, kau bunuh ayah mertua dia dalam letupan di Commonwealth Mall. Dan kalaulah dia tahu, rancangan tangkap basah dia dan Adilah dulu adalah akal kau, aku tak rasa dia sanggup maafkan kau."

Tergamam Tok Aki bila dia dengar kata-kata Pengetua.

"Aku tak tahu apa yang mengubah kau sampai kau jadi macam ni, Aki."
"Sekurang-kurangnya aku tau kenapa kau jadi begini, Yahya. Semuanya sebab duit."
"No, semuanya sebab dendam. Kematian Laila dan Aminah masih lagi segar dalam ingatan aku, Aki. Sebab tu aku tekad akan teruskan misi ini. Dan, kau dah kalah, Aki. Aku tak nampak kau serik lagi. Terserah sahaja pada Azlan nanti. Yang pastinya, Azlan takkan ikut aliran kau."

Pengetua meninggalkan bilik tersebut, dan walaupun hatinya cukup berat, mengenangkan Aki sebagai seorang sepupu dan seorang sahabat yang rapat pada zaman perang dulu, tetapi dia juga yang pilih permainan ini.

Kalau dia yang tewas, dia juga akan mati di tangan Tok Aki.

--

Azlan

Tak lama lagi, Parlimen akan dibubarkan. Shahrizal mahu mandat baru, yang lebih fresh untuk lima tahun akan datang. Maka sebagai salah seorang dari anggota Triumvirate, aku dapat bajet yang banyak. Dan aku kena belanjakan bajet tu untuk buat program di kawasan parlimen aku.

Satu program yang telah dijalankan oleh Ali ialah pertandingan memanah kerana pada Ali, memanah itu adalah sukan sunnah.

Sebagai Ahli Parlimen Puncak Jaya, aku merasmikan pertandingan itu. Tetapi aku ada hal nak berbincang dengan abang tiri aku ni.

"Tak lama lagi, Shah nak bubar Parlimen. Pilihanraya tak lama lagi."
"Apa kau nak risau? Yang lawan kau pun, member kita jugak. Calon Parti Demokrat tu Pak Harun. Kau confirm menang. Tapi rilek, jangan kecoh-kecoh. Kau cuma perlu persiapkan diri kau je," kata Ali, sambil tepuk bahu aku.

Aku tak pernah tengok Ali sebegini komited. Sejak dia balik dari Majapahit dan bina networking dengan pesantren-pesantren dan gerakan Islam di sana, dia dah macam buat suatu movement yang cukup besar di negara ini.

Gerakan Islam yang jauh lebih besar dari gerakan Tok Aki dan Haji Syaaban. Bukan jalur Os*ma atau T*lib*n. Bukan jenis fundemental atau ekstremis, tapi berlandaskan ekonomi dan populis.

Sebab masa aku pergi Hatyai dengan dia pun, semua orang tak kira tua muda, semua salam cium tangan dia. Siap bagi derma masjid. Derma bina madrasah dan rumah anak-anak yatim bagi golongan pemberontak Pattani yang telah syahid.

Ali tubuhkan sebuah yayasan Islam yang bernama Darul Mukminin, yang berlandaskan kepada pembangunan ekonomi menerusi sistem zakat.

Siapa nak mulakan perniagaan, jumpa Ali. Apabila mereka pinjam duit Ali, mereka perlu ucap lafaz ba'iah kepada Ali, dan membayar hutang tanpa riba.

Disebabkan tak ada riba macam bank biasa tu, ramai yang pinjam duit Ali. Ali kata, dia belajar sistem bank mikrokredit Grameen ketika dia ikut Ustaz Bakar berdakwah di Dhaka.

Disebabkan itu juga, ramai juga imigran dari Bangladesh yang nak buka perniagaan seperti kedai runcit atau restoran, semua adalah penyokong Ali.

Ali tak diskriminasi kaum, asalkan yang nak pinjam duit dia, mesti orang Islam. Kalau dia bukan Islam, dia kena masuk Islam dan belajar agama.

Ali juga membiayai banyak industri kecil dan sederhana. Dari mereka yang tanam pokok ubi kayu, kepada mereka yang buka kilang kerepek, kepada mereka yang buat produk kecantikan, semuanya Ali cuba tolong.

Dan mereka yang menjadi mangsa perang di Kundur, ramai yang menjadi pengikut Ali. Pendek kata, imigran dan orang kampung semua ikut Ali.

Ali membawa aku ke Festival Makanan Halal Wijayapura, yang mana golongan imigran seperti orang Bangladesh, Pakistan, Bharat, Suvarnabhumi, Majapahit, Champa, Yaman, Mesir, serta pengusaha makanan tempatan di masjid Puncak Tropika, bersebelahan bangunan Yayasan Darul Mukminin, yang dah ada convention centrenya sendiri.

Bayangkan, punyalah kaya Ali ni, masjid kawasan rumah dia dah ada convention centre. Kat situlah majlis kahwin orang Melayu selalu dibuat sebab Ali kenakan harga yang murah, tapi service tip-top. Isteri dia, Hidayah, buat katering dan dan tolong bisnes restoran tomyam Ali.

Dari kekayaan ini juga, Ali menaja sekolah-sekolah agama persendirian, dan sekolah agama yang Ali taja ni, siap ada swimming pool, gelanggang basketball, gelanggang silat, tempat belajar memanah dan Insya-Allah katanya, kalau ada duit, dia nak ternak kuda untuk dijadikan orang berlatih menunggang kuda.

Sebab kata Ali, bila dunia dah kehabisan petroleum nanti, manusia akan kembali berkuda. Persiapkan bangsa Gelanggayu di era post-petrodollar.

Lepas tu dia akan akhiri ayat dia, "aku cuma belajar sampai darjah tiga je, Lan."

Kepala hotak kau botak la, Ali. Benda ni orang genius dan terang hati je yang boleh fikir. Betul lah kata Abang Fauzan, selalunya budak jenis terejal macam Ali ni, dia terang hati.

Walaupun aku tak bersetuju dengan apa yang Abang Fauzan dah buat, tapi aku tetap menganggapnya sebagai seorang abang dan sahabat yang pernah mengajar aku erti kehidupan.

Aku dengar, Abang Fauzan dah mati kena tembak. Dan Tok Aki dah kena tangkap. Tok Aki dah kena checkmate dengan Pengetua.

Aku doakan semoga Allah ampunkan dosa Abang Fauzan. Amin.

Dengan tertangkapnya Tok Aki, secara tak langsung, peperangan antara Pengetua dan Sultan Norman akan kembali.

Next five years won't be fun. Aku tak rasa Shah boleh handle ni, apatah lagi Bang Iz. Things will get ugly.

Allah selamatkanlah Gelanggayu ni dari malapetaka, dan kalau pun ditakdirkan berperanglah Sultan Norman dan Pengetua ni, nampak-nampak gayanya, gerakan Ali dah bersedia menjadi benteng kepada Melayu-Islam.

Based on apa yang dia tengah buat ni lah. Budak belajar takat darjah tiga mampu buat macam ni, kita yang belajar universiti tak mampu, memang malu lah dengan Ali ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro