
2003 part 6
Keberangkatan tiba Sultan Gelanggayu al-Daulah, Sultan Izzuddin Norman Shah ke Negeri Melaut pada jam 10 pagi, diiringi oleh Gabenor Melaut, Datuk Amar Abdul Rahman.
Ini merupakan lawatan pertama Sultan ke Melaut sejak dimahkotakan, di wilayah yang sekian lama memberontak.
Tetapi tujuan Sultan melawat Melaut, bukanlah kerana sekadar mahu melawat, tetapi baginda tahu, baginda bakal menjadi sasaran pengganas yang diketuai oleh Tok Aki dan Gerakan Melaut Merdeka yang diketuai Osman Kassim.
Sebelum ketibaannya lagi, dua rejimen telahpun bersedia mengepung kawasan yang dilawatinya.
Dari lapangan terbang, Sultan Norman diiringi oleh beberapa kereta perisai serta pegawai keselamatan yang lengkap bersenjata.
Ketika melalui di sebuah sekolah, kanak-kanak semua beratur di tepi jalan mengibarkan bendera Gelanggayu dan bendera Sultan menyambut keberangkatan baginda.
Tiba-tiba sebuah bom meletup di tepi tong sampah, menyebabkan konvoi terhenti. Kanak-kanak semua lari bertempiaran saat mendengar sebuah lagi letupan berhampiran sebuah telefon awam.
Pegawai keselamatan Sultan terus keluar dari kenderaan dan bersiap dalam keadaan sedia. Helikopter terbang rendah mencari pemberontak.
Seorang pemberontak melancarkan serangan dengan cuba menembak kenderaan Sultan, tetapi seorang tentera menembak kaki pemberontak itu dengan AR-15.
Seorang pemberontak membaling grenade, tetapi tersasar.
"Protect The King, at all cost!" jerit Kolonel Mahadi, yang ditugaskan menjadi ketua dalam konvoi ini.
Sebuah rocket launcher dilepaskan dan terkena tepat pada kereta perisai. Unit sniper menembak pemberontak dari celah sebuah kedai tepi jalan.
Beberapa minit kemudian, helikopter mendarat di padang sekolah terbabit, dan menyaksikan beberapa orang tentera, lengkap bersenjata terus berjalan menuju ke jalan raya, untuk melindungi Sultan Norman.
Helikopter Comanche lengkap dengan gatling cannon dan AGM-114 Hellfire, peluru berpandu air-to-ground, berkeliaran mencari saki baki pengganas yang berkeliaran di kawasan ini.
Beberapa orang sudah ditangkap dan ramai yang telah mati ditembak. Kenderaan Sultan kembali bergerak menuju ke istana hinggapnya di Kuala Melaut.
"Nampaknya, Tok Aki dah terperangkap di sini. Dia takde di sini, tapi dari sini, kita boleh dapat di mana lokasinya," kata Kolonel Mahadi kepada Leftenan Kolonel Zabidi.
Mereka menemui beberapa bahan bukti di manakah Tok Aki dan Fauzan, anaknya. Dari tempat kejadian, pihak tentera terus menuju ke kebun kobisnya, kemudian menyelongkar rumahnya bagi mengumpulkan bukti.
"Location confirmed!"
--
Azlan
How can we still succeed taking what we don't need?
Telling lies, alibis, selling all the hate that we breed,
Super-size our tragedies (you can't define me, or justify greed),
Bought in the land of the free, (land, free)
And we're all to blame,
We've gone to far, from pride to shame,
We're trying so hard,
We're dying in vain,
We're hopelessly blissful and blind,
To all we are,
We want it all,
With no sacrifice!
Realize we spend our lives living in a culture of fear,
Stand to salute say thanks to the man of the year,
How did we all come to this (you can't define me, or justify greed),
A greed that we just can't resist (resist)
Dalam banyak-banyak lagu dalam persembahan konsert tadi, lagu We're All To Blame dari Sum 41 tadi yang paling terkesan pada aku.
Dia macam seolah-olah budak baya Jessica (which kebanyakan dari mereka ialah golongan Generasi Y), yang marah kepada golongan yang lebih tua (babyboomer), yang percaya kepada mitos "greed is good".
Untuk pengetahuan, "greed is good" ni ayat watak hedge fund capitalist bernama Gordon Gekko, lakonan Michael Douglas pada filem Wall Street pada tahun 1987.
Dalam kereta, Jessie bukan main rancak lagi berbual dengan Merlina pasal konsert tadi. Konsert Youth For Peace ni dibintangi oleh band-band dan artis-artis pelbagai genre dari pelbagai negara dengan highlight ialah dari kumpulan Sum 41.
Walaupun pemuda Gagasan Ummah membantah konsert, tapi orang peduli apa dengan parti ni. Haji Syaaban pun dah tak sekuat dulu lagi dah sejak kena serang gout.
"Too bad Kimi takde kat sini," kata aku.
"Nak buat apa? Buat semak je," kata Merlina, yang mencetuskan reaksi pelik aku dan Jessie.
"Apahal beb?"
"Aku dah takde hati dengan dia," kata Merlina.
"But why?"
"Entah. Maybe the spark has gone."
"Hah?"
"Ya, aku bosan dengan Kimi."
Aku tak nak menambah lauk dalam isu ni, memandangkan aku tau yang Kimi tengah nak try mengorat Shereen IB tu.
"Why don't kau cakap kau nak break up je dengan Kimi?" tanya aku.
"Entah Kak Mer, do something lah," Jessie menyampuk dari tepi.
"Dia yang tak nak break up. Dia cakap dia tengah usahakan satu job ni. Kalau dia dapat, dia nak ajak aku kahwin."
"Job apa?"
"Don't know, don't care."
"Kau nak ke kahwin dengan dia?"
"Tak nak la aku! Lagipun aku rasa awal lagi. Banyak lagi benda aku belum capai. Aku tak berminat nak kahwin awal."
"Abang Alan, Kak Mer, jom kita makan burger special kat tepi Projet tu."
"Jessie tak balik rumah ke?" tanya aku.
"Tak, daddy dengan mommy kan pergi umrah. So Jessie tumpang rumah Kak Mer."
Memandangkan Jessie tidur rumah Mer, aku hantar Jessie kat situ, lepas tu aku balik sebab esok aku ada meeting peringkat bahagian untuk pemilihan nanti.
--
Merlina dan Jessie duduk berdua sambil menonton One Tree Hill.
"Tadi kan, masa masuk Isyak tadi, Abang Alan ajak solat jemaah, kenapa Kak Mer muka blushing?"
"Hah? Mana ada?"
"Ye la, Jessie nampak! Sebab Abang Alan offer jadi imam, Kak Mer fikir lain kan? Bagitau Kak Mina!"
"Fikir apanya?"
"Jadi suami la!"
"Ish, merepek la kau ni."
"Kak Mer suka Abang Alan kan?"
Merlina diam, buat tak tahu je dengan soalan Jessie, sambil makan potato chips sour cream and onion Jack and Jill. Kemudian Jessie pandang muka Merlina yang menahan kemerahan.
"Are you serious, Kak Mer?"
"Apa dia?"
"You crush dengan Abang Alan ke?"
"No way! Dia orang tua. Lagu Linkin Park dengan The Strokes pun tak tahu," Merlina membantah kenyataan Jessica.
"Abang Alan lahir 1969, Kak Mer, 1980. Alah, beza 11 tahun je pun."
"Nope, Kak Mer kerja je dengan dia, okay. Sorry, Kak Mer professional."
"Eleleleleeehhh, professional tapi kenapa tadi blushing? "
Merlina terus tak tahu nak cakap apa lagi dengan Jessie.
"Jom tengok movie lain?"
"Cerita apa?"
Jessie belek-belek DVD dalam DVD holder Merlina.
"Eiffel I'm In Love?" kata Jessie.
"Good choice!"
"Sementara nak tunggu Merlina In Love With Abang Alan jadi movie ni...."
"Diam la kau!"
--
"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun," Saiful datang menghadap.
"Beta rasa kita perlu tambah lagi tentera di Melaut. Serangan hari tu hampir membahayakan bukan sahaja nyawa beta, tetapi pelajar sekolah yang sekelilingnya."
"Ampun tuanku. Dewan Negeri Melaut hanya membenarkan 5,000 orang tentera sahaja. Kerana tidak mahu rakyat tempatan merasakan ini satu pendudukan, lalu mencetuskan simpati kepada Gerakan Melaut Merdeka."
"Kalau begitu, kita mansuhkan sahaja Dewan Negeri ni. Gabenor kena terus jawab pada beta."
"Tak boleh begitu, tuanku. Dalam perlembagaan, seorang Gabenor bertanggungjawab terhadap Dewan Negeri."
"Kalau macam tu, ubahlah perlembagaan agar kita dapat selesaikan masalah ni. Kita takkan dapat selesaikan masalah ni, kalau kita terus kata benda ni langgar perlembagaan. Kita takkan dapat selesaikan masalah pengganas ni. Beta mahu negara ini dimansuhkan hak-hak Dewan Negeri..."
"Tapi negara kita ni negara persekutuan, Tuanku..."
"Jangan bantah titah beta!"
Saiful terdiam.
"Pergi ke Parlimen, panggil semua ahli parlimen, usulkan perkara ini, dan ubah negara ini daripada persekutuan kepada kesatuan. Beta mahu perkara ini dilakukan secepat mungkin untuk kita hantar pihak tentera."
"Menjunjung titah, tuanku."
--
Gelanggayu kini semakin hampir untuk menjadi sebuah monarki mutlak, di mana semua menteri, ahli parlimen atau gabenor tidak lagi mampu untuk melawan.
Dalam penggubalan Perlembagaan untuk memansuhkan Dewan-Dewan Negeri, Sultan Norman mencemar duli ke Parlimen bagi melihat sendiri proses itu dilaksanakan.
Tetapi baginda rasa terkejut bila melihat kerusi parlimen Puncak Jaya kosong. Azlan tidak hadir dalam undian tersebut.
Walaupun undian dalam Parlimen sebulat suara menyokong, Sultan masih tidak puas hati, kenapa Azlan memilih untuk tidak hadir dalam sidang dewan khas itu.
--
Azlan
Aku tahu, Sultan cari aku, dan nak tanya aku kenapa aku tak mengundi usul gubal Perlembagaan tu.
Ini untuk future aku jugak. Aku tahu, ramai anak muda yang tak setuju dengan perkara ini. Protes jalanan membantah perkara ini berlaku di mana-mana. Kalau aku undi bersetuju, habis la base aku nanti boikot aku nanti.
Penat je Merlina kumpul database, buat kerja penat-penat untuk anak muda menyokong aku.
Pagi tersebut, aku melawat kubur arwah ayah aku. Hari ini adalah hari ulangtahun ke-27 arwah ayah aku meninggal dunia, dan kebetulan pula hari ini serentak dengan hari pengundian untuk memansuhkan sistem persekutuan, untuk digantikan dengan sistem kesatuan.
Sistem Persekutuan ialah sistem di mana negeri atau wilayah mempunyai hak untuk memutuskan apa undang-undang yang sesuai untuk wilayah masing-masing tanpa melanggar Perlembagaan Persekutuan, sistem kesatuan pula adalah pemusatan kuasa ke kerajaan pusat.
Dan aku tak setuju tentang itu. Ini adalah soal prinsip. Ali mesej aku, yang Sultan benar-benar murka dengan aku. Disebabkan itu, lepas melawat kubur arwah ayah aku, aku ke hospital dan aku konon-kononnya mengalami kecederaan hernia selepas terjatuh bila menunggang kuda.
Padahal tak pun, semalam aku elok je naik kuda dan berlatih main polo.
Jadi dengan perut yang berbalut dan lakonan yang baik, aku pura-pura lemah. Pakat la dengan doktor dan nurse semua bila Sultan datang melawat nanti.
Ali beritahu kepada Sultan yang aku sedang dalam rawatan di hospital, maka Sultan terus bergegas melawat aku ke sana.
Benda ni aku dah plan dengan Mina, dengan Merlina dan Fazrul. Mereka bertiga buat muka pura-pura risau bila Sultan tiba.
"Macam mana keadaan Azlan?" tanya Sultan kepada Mina.
"Baru je operate, Uncle."
"Macam mana boleh jatuh kuda mamat ni? Hari ni patut kau nak mengundi kat parlimen usul penting, kau jatuh kuda semalam."
"Nak buat macam mana, uncle. Kan next week keluarga al-Daulah nak ke Kuwait lawan polo dengan keluarga al-Sabah pemimpin Kuwait tu. Dia kan sibuk train Tengku Danish. Ala, lagipun dah lulus pun usul tu, uncle."
Pandai betul semua kelentong. Telinga aku pasang je walaupun aku nampak macam sedang berbaring dan tak sedarkan diri akibat masih lagi dalam bius.
"Takpelah, benda dah selesai dah pun. Perlembagaan tu pun dah pinda. Cuma peliklah kenapa Azlan yang tak pernah ponteng sidang dewan, tiba-tiba tak datang. Kena hernia rupanya. Aku balik dulu. Nanti bila Azlan sedar, cakap aku kirim salam. Dia baik nanti, ada benda aku nak cakap," titah Sultan Norman, sebelum keluar dari bilik wad aku.
Beberapa minit kemudian semua terbarai ketawa. Aku pun tersenyum sebelum Merlina hempuk muka aku dengan bantal.
"Woi, dah dah la tu berlakon, bangsat! Sultan dah blah la!"
Mina tergelak.
"Kenapa you nak avoid mengundi usul tu?" tanya Mina.
"Kalau I undi usul tu, dan sokong, habis la penyokong-penyokong I yang kebanyakan dari orang muda. Orang muda tak suka benda ni. Kan ada demonstrasi dan bantahan kat universiti pasal ni," kata aku sambil buka balutan pada perut.
"Siapa punya idea ni?" Mina pandang Merlina.
"Yang fikirkan soal ni, saya, Kak Mina. Yang fikir idea berlakon ni, Abang Alan sendiri."
"Ooo, pandai berlakon ya you ni, Alan?" tanya Mina.
Nada 'pandai berlakon' tu macam aku tau, dia cakap benda lain ni.
"Ahli politik, nak hidup, kena la buat macam ni."
"Berapa hari you kena menyorok ni?" tanya Mina.
"Dalam seminggu macam tu la."
"Habis seminggu ni, pergi jumpa dengan my uncle. Jangan dia ingat you cuba backstab dia dari belakang pulak," kata Mina.
--
Adilah
Pandai betul si sial ni mengelak diri daripada perlu mengundi usul pindaan perlembagaan tu. Walaupun akta tu diluluskan, tapi akta tu tak popular dari kalangan orang ramai.
Yang akan kena nanti, Saiful. Dia boleh lepas dengan cakap dia tak mengundi pun dalam pindaan perlembagaan tu.
Tapi aku masih ada banyak lagi senjata nak kenakan dia. Aku dapat tahu dari Kimi, yang dia minta tolong Kimi tolong formatkan komputer Mina.
Mina dah tahu dan sekarang Azlan bukan sahaja bodoh bagi komputer tu ke Kimi, tapi bakal tersebar video tu.
Tapi aku tak nak sebarkan sekarang, sebab aku perlukan Natasha. Natasha akan jadi kuda kami untuk kami kembali ke kuasa, bila Saiful dah jatuh nanti.
Cuma sekarang ni, aku amat risau kedudukan Hafiz. Kes dia rasuah Gabenor Air Putih atas pembalakan haram tu dah mula naik ke mahkamah.
Peguam Negara tu pulak memang banyak pula info pasal Hafiz ni. Aku bukannya risau sangat pasal Hafiz, cuma kalau takde dia, kami takde funding untuk misi kami naikkan Jimmy.
Tok Aki pulak dah makin melemah sebab akaun bank Hafiz dah start kena pantau. Aku kena fikirkan sesuatu ni. Tapi sebelum tu, mana Jimmy ni? Dah lama tak kena 'tepung' ni.
--
Azlan
"Woi, bangun la, sengal!" kata Ali sambil tumbuk perut acah-acah dengan aku.
"Kau ni...sakit la."
"Kau tak payah nak berlakon la. Sekali aku ketuk kepala kau dengan dulang ni karang."
"Kau ingat kau Stone Cold ke nak belasah Vince McMahon kat hospital?"
"Hahahaha!"
Tergelak Ali dibuatnya bila dia ingat balik scene WWF paling epik tu.
"Lan, aku cakap sikit, boleh tak?"
"Apa dia?"
"Kalau aku tegur kau ni, kau jangan kecik hati ya?"
"Kau nak cakap pasal apa yang ibu marah ke hari tu?"
"Tapi takdelah sampai aku nak ketuk kepala kau dengan suratkhabar gulung. Mak kau tu sayangkan kau, Lan."
"Masa aku kecik, aku tak rapat dengan ibu. Aku rapat dengan arwah ayah aku."
"Kau ingat Aunty Idah tak sayang kau ke? Dia terpaksa diam sebab Pengetua nak sangat kau ikut dia. Kau tau la Pengetua tu macam mana."
Aku mengangguk, tanda bersetuju.
"Kira okay la ibu kau setakat marah gitu je, bukan macam Pengetua marah kau."
"Kau rasa benda ni boleh settle ke?"
"Aku handle bahagian operasi kat Sayap Kuning. Dan aku dah tanam orang-orang aku kat dalam. Cuma, PC Mina kau bagi kat Kimi kan?"
"Haah, kenapa?"
"Aku suruh Kecik ambikkan."
"Kenapa?"
"Entahlah, aku tak sedap hati. Biar Kecik je handle benda ni. Walaupun Kimi tu budak bawah aku, tapi aku rasa biar aku letakkan benda macam ni kat tangan orang yang aku percaya."
"Kau tak percaya Kimi?"
"Bukan tak percaya, cuma dalam Ayam Hitam, dia belum level untuk handle benda macam ni lagi."
Aku setuju je sebab Ali yang handle benda ni.
"Lan, dalam Islam ni, ada tiga cabang. Sheikh Ashari Muhammad at Tarmimi ada cakap, ilmu ni tak boleh dipisahkan. Ia harus bersatu, barulah lengkap Islam tu."
Dah kenapa Ali ni tiba-tiba bagi kuliah kat aku pulak ni?
"Jap, kenapa kau cakap pasal ni?"
"Tiga ilmu ini ialah feqah, usuluddin, dan tasawwuf. Feqah menerangkan tentang rukun Islam. Solat lima waktu, puasa, bayar zakat. Usuluddin pulak tentang rukun iman."
"Ali, kenapa kau cakap benda ni? Kau tak jawab soalan aku."
"Kau dengar dulu, lepas tu tanya. Kalau kau tanya sebelum dengar, kau takkan faham apa yang aku cuba sampaikan."
"Okay."
"Dalam bab feqah, ia untuk menegakkan syariah. Syariah ini adalah ibadah kau. Dalam usuluddin, ia untuk menegakkan aqidah kau. Ini untuk keyakinan kau terhadap enam rukun iman. Bab feqah, aku tengok kau ni on off. Kejap solat kejap tak. Kang ikut perangai Pengetua minum air mabuk tu."
"Kau masa dulu pun mabuk jugak..."
"Asal kau tak berak dalam seluar macam kau baby dulu kalau nak sembang cerita dulu? Dulu, dulu punya cerita la. Dulu aku memang jahil. Minum arak, makan benda haram, main dengan perempuan. Sampailah masa aku terperangkap dalam runtuhan Tower Heights tu, baru aku sedar pasal agama ni. Aku tak tahu ni semua sebab aku belajar sampai darjah tiga je, Lan."
Aku mengangguk faham. Dia kalau bab ilmu, dia cukup sensitif betul. Asyik mengungkit pasal dia belajar sampai darjah tiga.
"Bab usuluddin, aku rasa kau percaya pada Allah, ya kau percaya, malaikat, Rasul, kitab, Hari Akhirat, semua kau percaya kan?"
"Eh, mestilah percaya."
"Tapi satu je kau tak percaya. Rukun iman terakhir. Qada dan qadar. Ini termasuklah jodoh kau dengan Mina, dan bukan dengan Natasha."
"Kau tak faham, Ali..."
"Kau faham apa yang aku cakap ni?"
"Aku bercinta dengan Natasha sejak 1986 lagi. Masa putus tu pun sebab Cindy kenakan aku..."
"Kau cuba tanya aku, apa perasaan aku bila aku dapat tahu yang Dayah mandul, tak boleh beranak? Sedangkan aku nak sangat ada anak."
Aku terdiam. Aku baru tahu pasal ni.
"Tapi tak apa, Allah tak bagi aku rezeki tu, aku bagi rezeki aku kepada anak-anak jalanan. Duit yang aku ada, aku bagi mereka makan, aku belikan aiskrim dan gula-gula, mainan untuk buat mereka gembira seketika dalam kedukaan mereka tak ada ibu bapa. Aku terpisah dengan ibu aku sejak 9 tahun. Aku terlalu kecil masa aku berpisah dengan ayah aku. Kau sedar tak, antara aku dan kau, siapa yang paling beruntung?"
"Aku."
"Tapi ada tak aku merungut? Aku teruskan hidup ni sebab dah qada dan qadar yang Allah suratkan untuk aku. Ada hikmahnya semua ni. Kau dapat kahwin dengan tuan puteri, dengan rumah mahligai kat Jalan Cendana, kawasan paling elit di Wijayapura ni. Nikmat yang kau dapat ni, kau dustakan. Jadi pulak ahli parlimen yang dapat macam-macam elaun dan sumber duit. Lepas tu jadi penasihat Sultan, jadi pegawai yang penting di Gelanggayu. Orang macam kau ni, masya-Allah, hidup mewah. Tapi kau kufur nikmat yang Allah telah berikan kepada kau, dan inilah problem kau yang seterusnya, iaitu tasawwuf. Tasawwuf ni, jaga tang akhlak. Perangai kau. Kau berfoya-foya dengan perempuan yang bukan isteri kau, hari esok bila kau tua nanti, kau rasa Jugra sayang kau, atau benci kepada kau?"
Aku baru terfikir semua ni.
"Jugra tu kurniaan Allah kepada kau. Tanggungjawab kau untuk mendidik dia supaya bila dia besar nanti, dia jadi pemimpin yang elok. Dah kalau akhlak kau ni barai sampai tergadai maruah kau macam kat Moscow tu, kau fikir Jugra dah besar jadi apa?"
"Aku takde contoh untuk jadi ayah lepas ayah aku meninggal..."
"Ayah kau meninggal masa umur kau 7 tahun. Aku berpisah dengan ayah aku masa aku baby lagi. Merangkak pun tak reti lagi. Hanya tengok wajah dia kat gambar je. Aku malas nak compare life siapa paling teruk, Lan. Kalau kau nak jadi lelaki terpilih tu, kau kena insaf, Lan. Tolonglah kami."
"Kenapa aku diuji macam ni?"
"Kau jangan tanya aku, Lan. Ini adalah takdir kau. Ini adalah qada' dan qadar kau. Kalau kau sempurna feqah, sempurnalah syariah kau. Kau sempurna usuluddin, sempurnalah aqidah kau. Lepas kau sempurnakan dua ni, baru kau boleh sempurnakan bab tasawwuf kau, maka sempurnalah akhlak kau. Bila semua dah sempurna, barulah kau boleh memimpin Gelanggayu ini untuk menjadi negara bangsa yang berakhlak mulia, yang diberkati Allah. Bila dah diberkati Allah, Insya-Allah negara yang kau pimpin nanti akan makmur. Khoirun anfa'uhum linnas. Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain."
"Terima kasih, Ali. Sebab sedarkan aku."
"Kau sepatutnya lebih pandai dari aku, Lan. Aku belajar sampai darjah tiga je. Kau tak patut terjerumus dalam perkara yang macam di Moscow tu. Tu je aku nak pesan. Dah lah, biarkan masalah kau ni kitorang settle. Cuma janganlah kau ulang lagi, ya?"
Ali, dia ni macam abang aku yang aku tak pernah ada. Aziz tak macam ni dengan aku. Entahlah, aku rasa lain hari ni. Ali betul-betul buka minda aku hari ini.
Langkah pertama keinsafan ialah menyedari yang diri ni dah buat silap. Aku cubalah untuk berubah, untuk Jugra. Aku tak nak Jugra ulang apa yang aku dah buat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro