
2003 part 5
Azlan
Pengetua bagi aku satu tugas khas. Tugas aku ialah bertemu dengan seorang saintis Arab yang bekerja dengan CERN bernama Naseer di Casablanca, Morocco. Arahan ni aku terima melalui Duta Besar Amerika ke Perancis, Howard Leach yang merupakan kawan baik kepada Nicolas Sarkozy.
Aku diminta supaya tunggu di sebuah hotel di pantai Ain Diab, pantai yang terkemuka di Casablanca.
Kami bertiga berpisah di Paris. Shah ke Washington DC untuk bertemu dengan Senator Demokrat di sana, untuk mendapat sokongan.
Bang Iz ke Turki untuk bertemu dengan Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan.
Sementara aku pula, bertemu dengan saintis ini untuk menyerahkan satu blueprint teknologi canggih dari CERN yang Pengetua sogok bernama Naseer ni.
Lelaki bernama Naseer tu datang tepat ke muka aku, ajak lepak mengeteh bersama Mia dan Alexandria, sambil menikmati udara Mediterranean.
Kami tak borak lama. Dalam 5 minit macam tu je. Lepas dia serahkan dokumen itu diserahkan.
Mia dan Alexandria kemudiannya order cocktail dan kami bertiga menonton persembahan dari Imed Fodil, penyanyi yang popular di Morocco.
Casablanca ni begitu contrast sekali daripada bandaraya Arab yang aku bayangkan. Kat sini agamanya begitu liberal, berbanding dengan kawasan lain yang aku tahu.
Kat sini, biasa je minum arak, terutamanya kawasan tourist macam ni.
Jujurnya, aku tak berapa suka kat kawasan ramai orang macam ni, sebab korang semua pun tahu, aku tak suka berparti. Tapi disebabkan aku nak hiburkan dua orang ni, aku temankan saja.
Umur dah masuk 30an ni dah tak larat dah nak berparti. Mia ni dia masih tak nak let go wild dia, dan Alexandria baru 23 tahun.
Kami pulang ke bilik hotel, lepas tu lepaskan apa yang tertangguh kat Moscow dulu.
--
"Ljungbeeerrrgggggg!" jerit Ali dalam stadium selepas Arsenal menjaringkan gol kedua menentang musuh setempat, Tottenham Hotspurs di Highbury.
Entah lelaki mabuk mana yang disebelahnya peluk dia bersorak kegembiraan.
Lawan Spurs ni kena menang, kalau tak, memang kena ejek kat stesen kereta api nanti.
Ali mengikut Hafiz ke UK, tapi Hafiz melencong ke Scotland sebab ada urusan.
Setakat ini, Arsenal sudah 12 perlawanan tanpa kalah. Menang 9 seri 3.
Impiannya untuk ke Highbury akhirnya tercapai jua, dengan Hafiz membeli tiket menentang seteru setempat ini, pastinya perlawanan jadi rancak.
'The best Arsenal team ever', katanya.
--
Mas Selamat berjaya meloloskan diri dengan menggali bawah tanah sebelum menemui jalan longkang menuju ke Sungai Tebrau.
Mujurlah warga Temasik ni berdisiplin tinggi, maka bersihlah longkang dan tidak kotor. Dari longkang tersebut, Mas Selamat menyeberang Sungai Tebrau dan menuju ke seberang.
Di situ, sebuah van sedang menunggunya untuk membawanya ke tempat persembunyian Tok Aki dan pengikutnya.
Tok Aki dan Fauzan, kini hidup dalam perlarian kerana dikehendaki beberapa negara, termasuk Gelanggayu kerana terlibat dalam siri keganasan seperti pengeboman di Bali, Commonwealth Mall serta terlibat dalam banyak lagi keganasan.
Tok Aki sedang merancang untuk menyerang konvoi Tuanku Sultan yang akan membuat lawatan ke Melaut.
Kalau berjaya membunuh Sultan, keadaan akan huru-hara dan Tok Aki akan cuba mencetuskan revolusi Islamnya di Gelanggayu.
Dia membayangkan dirinya menjadi seperti ayatollah, tapi dia tahu dari segi nombor serta kemampuan, tenteranya sukar untuk melawan.
Tapi dengan menyerang konvoi Sultan, ia sekaligus bakal mencalarkan moral rakyat Gelanggayu yang masih belum sembuh daripada serangan di Commonwealth Mall tahun lalu.
Selain melarikan diri, Mas Selamat juga berjaya mendapat pelan untuk masuk ke Temasik.
Bagi Tok Aki, jika Temasik jatuh ke tangannya, maka seluruh Pentas Sunda akan mampu dikawal.
Dia sedang merancang dua serangan - satu, serangan konvoi Sultan di Melaut, yang diketuai oleh ketua pemberontak Gerakan Melaut Merdeka, Osman Kassim.
Serangan yang lagi satu pula ialah serangan bom di Temasik berdasarkan pelan yang dibawa oleh Mas Selamat.
Buat masa sekarang, dia cuma ada sepuluh sahaja SCUD missile daripada beratus yang dia beli dulu.
Keadaan makin sukar, sebab Lautan Hindi sudah dikawal oleh Tentera Amerika Syarikat sejak mereka menakluk Iraq.
Dia tahu masa dan kewangan tidak bersamanya, memandangkan Datuk Seri Hafiz dan Datin Seri Adilah pun tidak lagi mengirim wang padanya.
--
"Abang Kimi..."
"Ya, Shereen."
"Thanks tau sebab tolong Shereen malam tadi. Mujurlah Shereen tak disingkirkan minggu ni."
"Asalkan Shereen terus perform, orang ramai akan IBUNDI. Jangan risau lah."
"Shereen selesa kalau ada abang Kimi. Kalau takde, susah nak confident."
Kimi menyusun strateginya sendiri, sebab cita-cita politiknya. Kalau dia berjaya couple dengan Shereen, dia akan dapat cable politiknya dengan bakal Perdana Menteri baru, Shahrizal Hamdi.
Dia terpaksa tinggalkan pakciknya sebab menurut Datin Seri Adilah, Saiful bila-bila masa akan dicantas. Datin Seri Adilah pun sedang merancang untuk keluar dari Gelanggayu.
Terdapat ura-ura nak jadikan Shereen sebagai pemenang IB yang pertama, namun beberapa tokoh muzik tidak mahu nama Institut Bintang dicemari dengan politik.
Lagipun, adalah lebih baik biarkan sahaja undi popular menentukan agar ia tidak jatuh dalam satu season sahaja.
Angkasa TV sudah merancang sekurang-kurangnya empat musim lagi Institut Bintang sebab Azmil Zawawi dah sign kontrak selama lima tahun dalam realiti TV ini.
--
Azlan
Bahang kempen pemilihan Parti Nasionalis telahpun bermula. Shahrizal telah mengumumkan akan bertanding Presiden parti menentang Saiful.
Sementara Izham pula bertanding Timbalan Presiden, menentang Datuk Dahalan.
Pengerusi SPRD, Tengku Anuar telah membuat persempadanan semula, jadi terdapat 50 kawasan baru yang akan dipertandingkan dalam pilihanraya akan datang.
Natasha telah menang tanpa bertanding selaku Ketua Bahagian Teknojaya Timur serta menang Ketua Wanita Parti Nasionalis. Ini sebab dia merupakan isteri kepada Luqman, pengasas kepada parti ini.
Aku pula akan bertanding sebagai Ketua Pemuda menentang Kamaruzzaman Yusof, Menteri Belia dan Sukan.
So battle for the youth, begins!
Aku memulakan kempen sebaik sahaja aku mendarat di lapangan terbang dari Casablanca.
Memang Merlina pandai main imej. Dia call aku, suruh pakai suit Georgio Armani slim fit aku tu, dan Art Ardan selaku jurukamera mengambil video aku turun dari kapal terbang, terus ke podium yang disediakan oleh Merlina, untuk aku umumkan pencalonan aku untuk bertanding sebagai ketua pemuda Parti Nasionalis.
Dia buat gaya macam ahli politik Amerika untuk umum bertanding. Video tu kemudiannya dihantar ke bilik berita Wijaya TV untuk disiarkan.
Selepas mengumumkan yang aku akan bertanding kerusi Ketua Pemuda, aku terus berjumpa dengan Kimi, memandangkan dia rapat dengan ramai orang muda yang berpengaruh.
Aku tahu, Kimi sekarang cuba untuk rapatkan diri dengan Shereen, peserta IB sebab dia anak kepada Shahrizal. Dan aku dan dia, ada share common interest.
Aku tahu dia cuba nak ayat anak Shah, bukan aku tak tahu perangai dia ni. Tapi aku perlukan Kimi buat masa ni untuk menang Ketua Pemuda, dan memandangkan dia tahu yang aku rapat dengan Shah, dia pun perlukan aku juga.
Aku tahu perkara ni akan melukakan hati Mer. Tapi dalam politik, nothing is personal.
Kimi mengajak aku untuk ke final Institut Bintang, tapi aku pula fikir apa perasaan Mina sebab aku tengok acara final IB, tapi bukan Gelanggayuan Idol yang baru habis hari tu.
Tapi aku pun masa tu kat Moscow, bukan aku boleh buat apa pun.
Tujuan aku pergi ke IB sebab nak memenangi hati golongan muda, dan tujuan Kimi ajak aku pergi, sebab dia nak aku perkenalkan Shah pada dia.
Saling menggaru belakang masing-masing. Kalau Kimi masuk Pemuda Nasionalis, sempatlah dalam masa tiga tahun, dia jadi Ketua Pemuda dan aku bertanding Naib Presiden. Itu perbincangan aku dan dia sepanjang hari tu.
Dari 200 kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lalu, faction Jujur sebenarnya menang dalam 88 kerusi. Faction Luqman-Persekutuan pula dalam 78 kerusi je. Dan dalam faction Luqman ni, yang sokong Saiful ni dikatakan bawah daripada 50 kerusi sahaja.
Sebab itulah 50 kerusi baru diwujudkan kononnya untuk memberi advantage kepada Saiful dalam pemilihan kali ini. Tetapi, yang Saiful tak tahu, kami bertiga sebenarnya dah kawtim dengan Tuanku Sultan, untuk singkirkan Saiful dari jawatan Presiden parti dan Perdana Menteri.
Pemilihan akan berlangsung pada tiga minggu depan, seminggu selepas final Institut Bintang berakhir.
Shah akan menggunakan populariti anaknya untuk kempen pemilihan, aku akan gunakan Shah dan Kimi, dan Kimi akan gunakan aku untuk mendapat kepercayaan Shah untuk bercinta dengan Shereen.
Tapi kau akan tanya aku, macam mana dengan Merlina, girlfriend Kimi?
Aku akan berlakon aku tak tahu apa-apa tentang Kimi dan Shereen. Sebab dalam masa sama, aku pun perlukan Merlina sebab dia bagus buat iklan. Aku perlukan dia dalam pilihanraya nanti macam mana pilihanraya yang lepas.
--
"Handsome boy dah sampai rumah!" kata Mina, terus peluk aku. Jugra sedang duduk di dalam katilnya, sedang bermain permainan.
"So, how's Moscow?" tanya Mina.
"Cold," jawab aku, pendek.
"Jadi takde panas-panas?"
Aku menjeling pada bini aku. Apa maksud dia 'panas-panas'?
"Apa maksud you, panas-panas?"
"Nothing. Hari ini I masak meatloaf. Panas-panas. I hope you like it."
Suasana makan malam tu agak surreal, memandangkan dia hanya tenang saja makan meatloaf tu tanpa rasa marah-marah, selepas dia bangkitkan 'panas-panas' petang tadi.
Aku lega kalau Mina marah-marah, atau bising kat telinga aku, tapi kalau dia buat muka tenang macam tu, dia tengah marah.
Dia memang pandai buat muka poker face.
"So, how's work?" tanya aku, untuk memecah kesunyian.
"Fine."
"Jugra okay?"
"Macam biasa je."
Dia jawab pun sepatah-sepatah. Ini menimbulkan kemusykilan.
Lepas makan tu, kami berdua menonton Smallville sampai dia letih.
"I masuk tidur dulu. Good night sayang," kata Mina.
Aku tunggu Mina tidur nyenyak dalam masa sejam dua macam tu.
Kemudian, aku mula selongkar pejabat dia kalau aku jumpa sesuatu. Aku buka komputer dia, dan aku cari apa yang dia tahu.
Sehinggalah aku ternampak fail 'A Night In Mauritius'. Hati aku berdebar untuk klik fail tersebut. Dan untuk keselamatan, aku mute suara.
Aku beranikan diri untuk klik fail tersebut.
Kemudian aku nampak rumah resort di Mauritius tempat aku dengan Natasha bercuti masa millennium dulu.
Aku nampak aku dan Natasha masuk ke dalam rumah. Aku dah tahu apa yang jadi lepas tu.
Shit, siapa yang rakam ni?
Aku terus teks Kimi.
"we need 2 talk. sumthing hppned in mauritius."
Dalam masa beberapa minit, Kimi reply.
"jmp kt projet."
--
"Kimi, aku nak tanya kau, masa kita kat Mauritius, kau tau tak ada orang bug kita?"
"Bug? Kenapa, Lan?"
"Ada orang rakam video aku dengan Nat."
"Hah? Siapa weh?" tanya Kimi.
"Sebab tu aku tanya kau."
"Kan malam millennium tu, aku dengan Mer kat Port Louis sambut new year. Aku tak tahu pasal ni, Lan."
"Masa kau keluar tu, ada orang lain masuk ke?" tanya aku.
"Setahu aku, pekerja resort tu je lah. Dia kemas-kemas rumah tu. Asal?"
Aku keluarkan pendrive aku yang aku save video dari PC Mina tadi.
"Aku jumpa video aku dengan Nat kat dalam PC bini aku. Kau nak tengok?"
"Bodoh, cam sial je ajak aku tengok porn kau."
"Masalahnya, siapa yang rakam benda ni?"
Kimi duduk menyandar, sambil kunyah roti kaya.
"Mina dah tau ke pasal ni?" tanya Kimi.
"Dah benda ni dalam PC bini aku, mestilah dia dah tahu."
"Dia marah kau ke?"
"One thing about Mina, bila dia marah, dia tak tunjuk reaksi."
"Macam ni..."
Lagu It Wasn't Me dari Shaggy berkumandang di Projet.
"Kalau dia tanya, kau cakap je tu bukan kau. Habis cerita. Do the Nixon, man! Deny, deny, deny!"
"Macam lagu Wasn't Me ni?" tanya aku.
"Exactly. Aku cadangkan kau, baik kau belanja sikit bini kau. Bawak dia jalan-jalan ke. Kau dah delete ke fail tu dalam PC bini kau?" tanya Kimi.
"Kalau aku padam, nanti dia syak aku bukak PC dia."
Kimi berfikir lagi.
"Kau cakap je kau nak format PC bini kau. Cakap ada virus dalam komputer bini kau. Ah, benda ni should be over la. Camni, apa kata aku bagi kau virus komputer, kau letak dalam PC bini kau? Ha, lepas tu, kau delete, dan kau panggil aku untuk format," kata Kimi.
"Kau tau ke macam mana nak format PC?"
"Come on la. Ni Kimi la."
"Wei, thanks la, Kimi sebab tolong aku. Mampos aku kalau benda ni tersebar."
"Camni, Lan. Aku boleh tolong kau, tapi kau kena tolong aku jugak."
"Apa dia?"
"Kau kasi aku kenal dengan Shahrizal Hamdi. Kau tau kan, aku nak try anak dia, Shereen?"
"Tau. Habis tu, Merlina macam mana?"
"Kan aku dah cakap, aku dengan Mer mengamalkan konsep free love. Dia takde hal punya. Serius, Lan. Kau tolong aku, aku tolong kau."
"Okay, set Kimi."
Kami berdua fistbump, membentuk perikatan jantan-jantan curang atau perjarang. Benda macam ni kena betul-betul brotherhood.
Setakat ni, aku percaya dengan Kimi.
--
Ali
Aku rasa Azlan ni bodoh gila la. Walaupun akademik dia pandai, dalam bab-bab video blue, dia bodoh.
Dah tak pasal-pasal aku kena cuci tahi kering dia.
Mujurlah aku buat team hacker aku dah hack komputer orang yang sebarkan video tu. Maknanya, video tu kalau siapa dapat, tak dapat tengok. Sebar virus. Orang akan delete, reformat.
Yang dapat tengok video tu, Luqman je lah sebab orang tu bagi via email. Kira aku dah tutup lubang dia yang tu.
Tapi yang bangsatnya aku dengar video threesome kat Moscow pulak. Besok apa pulak, main dengan Paris Hilton pulak? Elok-elok ada video Wan Nur Aslin, nanti ada video Azlan pulak.
Penatlah aku nak cuci tahi kering habit mamat ni. Eh bini aku tak boleh mengandung, tapi aku nak sangat jaga anak. Kau dah ada anak satu, jagalah elok-elok anak kau tu.
Tadi, aku jumpa Mina dengan Aunty Idah. Lepas tu aku tengok Mina tu muka dia murung je. Apa salah Mina sampai nak buat dia macam tu?
Jugra pun dah umur tiga tahun. Dia sekarang layan wrestling dengan aku. Dia minat John Cena, tapi aku cakap aku ni Bill Goldberg. Aku cakap aku minat Stone Cold tapi sejak WrestleMania kalah dengan The Rock hari tu, dia dah bersara kan.
Dia seronok betul aku belikan dia mainan John Cena tu untuk dia. Aku jumpa kat kedai souvenir kat Betawi. Aku beli la untuk dia. Bukan main seronok lagi dia.
Ha, tu dia, Azlan dah sampai. Dia bawak Jugra.
"Ali, my broooo!" Azlan salam aku.
"You can't see me, Uncle Ali!" Jugra berlari dan peluk kaki aku. Aku terus angkat dan dukung dia.
"Wah, bukan main kau dengan Uncle Ali? Siap dukung-dukung?" tanya Azlan.
"Uncle Ali ni Goldberg, dia kuat, grrrr!"
"Uncle Ali kau Stone Cold la. Nombor plat kereta dia pun 316," kata Azlan.
Aku ketawa je tengok perangai Azlan ni. Aku harap dia fahamlah yang bonding antara anak ni penting. Kalau asyik buat perangai main kayu tiga macam ni, susahlah.
Aunty Idah bawak goreng pisang dengan air teh.
"Haaa, kau sampai gak Alan."
"Ibu..." Azlan sambut dulang dari tangan Aunty Idah, kemudian dia hidangkan goreng pisang.
"Cucu nenek dah sampai rupanya! Kemain semangat anak kau ni. Nak ketul-ketul ni, jadi Malek Noor ke dah besar ni? Minum susu apa ni?" tanya Faridah.
"Dumex."
"Jugra pergi tengok wrestling kat DVD tu. Suruh Uncle Ali pasangkan. Nenek dengan daddy ada benda nak cakap," kata Aunty Idah.
Aku tutup pintu rumah, dan biarkan Azlan berbual dengan mak dia. Aku tak nak Jugra dengar topik perbualan Aunty Idah dengan Alan kat gazebo tempat minum petang depan rumah tu.
--
"Kau ni kalau tak menyusahkan aku, tak boleh ke?" tiba-tiba Faridah sound tepek kepada Azlan sebaik Ali tutup pintu.
"Hah?" Azlan terpinga.
"Apa hah hah?"
Azlan seperti blur tak tahu apa yang dimarahkan Faridah.
"Apa kau dah buat kat Moscow?" tanya Faridah.
Azlan tergamam. Macam mana cerita pasal Mia dan Alexandria ni dah sampai ke telinga ibu dia.
"Perempuan macam tu kat Moscow, taraf pelacur Lorong Haji Shuib je, Lan. Apa nak jadi dengan kau ni? Kau sedar tak, kau dah menyusahkan orang?"
"Azlan kena trap..."
"Kepala hotak kau! Ni blunder move, bodoh! Patut la si Yahya marah dengan kau masa kes kau kena tangkap basah dulu!"
Faridah gulung surat khabar kemudian terus dia ketuk kepala Azlan.
"Nak kena aku ketuk kepala kau baru kepala otak kau nak berjalan? Fail video Moscow ni kalau terlepas masa pemilihan ni, habis sia-sia kerja Merlina."
Faridah hempas VCD depan muka Azlan.
"Nasib baik aku ada kawan dalam SVR Rusia. Kalau tak, memang mampos kau ni. Mampos!"
Azlan terkebil-kebil mendengar kemarahan ibunya.
"Saya minta maaf, ibu."
"Apa kurangnya Tengku Aminah binti Tengku Ariffin tu, wahai Azlan bin Muhammad Niat?"
Kalau ibu sebut nama penuh ni, memang dah marah tahap maksimum ni.
"Dia tak pernah nak faham tentang saya."
"Nak jadi pemimpin ni, Lan, bukan sebab orang nak kena faham kau. Kau tu yang kena faham orang. Kalau Mina tak faham kau, beritahulah dia. Dia sudi nak mengubahnya. Tapi kau tak berubah-ubah perangai. Dulu dah kena scam dengan Adilah pun tak berajar lagi!"
"Hati saya pada Natasha, ibu."
"Ya, aku tau. Siap ada sorang anak lagi. Kau tak rasa ke kau dah menyusahkan tiga orang perempuan? Empat, masuk aku!"
"Hah? Empat?"
"Kau menyusahkan Natasha sebab kau pergi lepas dalam, bodoh! Tak pasal-pasal dengan suami dia bunuh diri, dia dah kena tanggung sorang-sorang. Mina tu, isteri kau. Jaga la elok-elok! Dan aku, macam-macam aku dah tolong kau dalam politik ni, jangan cari masalah!"
"Jap, ibu cakap ibu, Natasha, Mina. Baru tiga, kenapa empat?"
Faridah pandang Azlan dengan menyirap.
"Merlina la, bodoh! Dia dah buat macam-macam kerja untuk kau! Appreciate la kerja orang lain, jangan la buat mistake bodoh macam ni! Jangan menyusahkan team!" jerit Faridah.
Ali jenguk dari pintu pandang Azlan.
"Aunty, nak suruh saya stunner si Azlan ni ke?" kata Ali.
"Kau bagi tombstone kat Azlan ni. Biar otak dia berfungsi sikit! Dah, aku ada kerja lain ni. Nak cuci masalah Azlan ni. Eiii, pakkal je engkau ni anak aku. Nak beranakkan kau dulu, sampai aku redah banjir!"
Faridah masuk rumah, kemudian Ali pandang Azlan, kemudian ketawa sambil ambil pinggan pisang goreng dari atas meja untuk sambung tengok wrestling dengan Jugra.
"Kita ni Lan, biar lelaki yang kawal perempuan. Lelaki kalau kena kawal dengan perempuan ni, orang cakap kita lemah. Kau nak jadi macam bekas kawan baik kau si Hafiz tu? Ni aku nasihat kau ni, Lan."
"Ye la, Ali. Aku minta maaf."
"Bukan aku, tuuuu bini kau tuuu yang kau patut minta maaf! Nasib baiklah Adilah tengah kelam kabut pasal kes pembalakan haram tu. Sultan pulak memang tengah marahkan si Hafiz tu. Nasib baik kau ni, Lan. Dah, aku nak tengok wrestling dengan anak kau. Aku kena ajar Jugra, supaya setia dengan sorang perempuan. Supaya tak berulang macam kau."
Faridah cuit Ali. Dua-dua kacap terlabik, iaitu cakap dengan terbalikkan suku kata supaya Jugra tak dengar dan faham.
"Dubak tu ngedar ke pa'e ka'u kacap kat Lazan tu?" (budak tu dengar ke apa aku cakap dengan Azlan tu)
"Tak, tak. Ide kofus ngetok leswring." (tak, tak. Dia fokus tengok wrestling).
"Gabus, gabus. Ngajan gabi dubak tu hatu sapal ni." (bagus, bagus. Jangan bagi budak tu tahu pasal ni).
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro