Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2003 part 4

Shereen Shahrizal, berusia 19 tahun, peserta Institut Bintang paling muda. Berasal dari Kebun Teh, Geri. Perwatakan periang dan aktif. Bakatnya bermain gitar dan suka lagu Avril Lavigne.

IBUNDI SHEREEN dan hantarkan SMS ke 32300 jika Shereen Shah menjadi pilihan anda!

--

Azlan

DUNG! DUNG! DUNG!

"Bangun, Azlan! Kita kena pergi Kremlin ni!"

Aku baru tersedar aku dah terlambat. Mia terbaring di peha aku, sementara Alexandria di dada aku.

"Wake up! Hey, wake up! We are late!"

Mia menggosok-gosokkan mata, terus terkejut dan terus memakai kembali nighties yang dia pakai masa dia datang ke bilik aku semalam.

"Alex! Miye opozdali!"

Aku tak faham apa yang Mia cakap, tapi aku jangka, ialah "kita dah lewat".

Kelam kabut Alexandria dan Mia pakai pakaian dalam mereka semalam dan keluar dari bilik, gamble.

Bang Iz terkejut bila pintu dibuka, bila dua-dua keluar dari bilik.

Aku pulak bungkus badan aku dengan selimut.

"Cepat sikit, Lan! Kita dah lambat!"

Aku terus bergegas mandi wajib dan terus bersiap dengan pakaian suit aku. Aku perlu kemas memandangkan kami semua akan ke Kremlin.

--

"Alan, aku dah pesan dengan kau semalam, kan? Jangan buat pasal. Ini Moscow, bukan Danok. Kau fikir la sikit. Jangan la rosakkan program," kata Izham.
"Dorang yang masuk bilik saya malam semalam."
"Aku tahu zaman muda kau nakal dulu, dengan Mastura Rahim tu semua, tapi do not fvck this up. Aku ni jenis malas nak campurtangan hal peribadi kau. Tapi kalau dah macam ni, rosak kau nanti. Lagi satu, kau kena ingat, bini kau tu keluarga al-Daulah!"

Aku hanya tunduk bila Izham sound aku.

Shah datang dari belakang, menepuk bahu aku.

"Hebat betul kau ni. Pakai minyak gambir Kalimantan ke?" tanya Shah. Aku rasa dia bercakap tentang apa yang berlaku tadi.

Mia dan Alexandria tersengih-sengih pandang aku.

"Dah, dorang dah tunggu lama dah. Kau kena ingat, kita ni bukan nak jumpa tok penghulu ke, pengerusi persatuan taman ke. Kita nak jumpa Presiden Rusia. Kau ingat dia ada masa?" kata Bang Iz pada aku.

Dalam limosin, Shah berbual dengan isterinya di telefon tentang anaknya, Shereen yang masuk Institut Bintang. Aku pasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Jangan lupa suruh our team untuk IBUNDI Shereen okay? Orait, bye!" kata Shahrizal.

"Anak kau masuk IB ke?" tanya aku.
"Haah, kau IBUNDI la dia nanti," kata Shahrizal.
"Bini aku CEO Wijaya TV, Shah. Kitorang tengok Gelanggayuan Idol je."
"Ala, suruh IBUNDI je. Tu pun takut bini marah. Threesome takde pulak takut," kata Shahrizal, ketawa.
"Ye la, aku IBUNDI la dia nanti. Kau suruh dia masuk ke?"
"Dia yang nak masuk. Aku sebagai ayah, aku sokong je. Lagipun lepas ni jadi la artis popular."

Aku tak bersetuju langsung dengan pendapat Shah ni, tapi itu bukan hak aku untuk halang dia berfikiran macam tu.

Kami dapat bertemu dengan Vladimir Putin selama 15 minit, sebab Izham lebih berjumpa dengan Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Ivanov.

Pembelian Sukhoi Su-30MKG serta pakej program Angkasawan Negara telah dipersetujui bersama antara Moscow-Kota Warisan. Izham selaku Menteri Pertahanan menandatangani perjanjian mewakili kerajaan.

Disamping itu, kerja aku dan Shah pula ialah meneliti dan menukar semua deal-deal yang pernah dibuat oleh Hafiz untuk diberikan kepada syarikat Izham.

Selepas settle kerja di Moscow, Izham beritahu yang kita akan ke Paris untuk bertemu dengan pegawai Direction des Constructions Navales, atau DCN, untuk melihat dan mengkaji pembelian kapal selam Scorpene.

Ini kali kedua aku ke Paris. Kali pertama aku ke Paris ialah masa tahun 1998, masa aku berbulan madu sambil menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia.

Antara sebab kenapa aku diajak datang ke mari, sebab Bang Iz tahu yang aku tahu berbahasa Perancis. Jadi di Paris, aku yang akan menjadi wakil kepada Bang Iz untuk bercakap dan menjadi penterjemah bahasa.

Dan di sinilah, aku bertemu kembali dengan kabel Perancis yang Tengku Ariffin perkenalkan pada aku, Nicolas Sarkozy.

--

Shereen di belakang stage sedang berdebar-debar sebab minggu lepas dia berada di tempat ketiga terbawah dalam undian.

Peserta yang bersaing dengan Lance, iaitu Hairi sedang menyanyi lagu Aladin dari kumpulan Spider.

"Abang Kimi..."

Kimi sedang check sound di belakang stage.

"Ada apa?"
"Shereen risau la, minggu lepas dapat third last. Minggu ni Shereen rasa macam tak berapa yakin boleh buat."

Kimi berdiri di sebelah Shereen.

"Abang bagi satu tips ya? Ni guru tak ajar."
"Apa dia? Abang Kimi kan pernah perform konsert."
"Jangan pandang mata crowd kalau tak confident. Bayangkan crowd tu macam wallpaper. Background je. Fokus pada vokal je."
"Takut lah, abang Kimi..."

Kimi pegang tangan Shereen, kemudian dia cium pipinya.

"You can do it."

"Seterusnya, kita menjemput pelajar seterusnya, Shereen!"

"Hai semua..."

Shereen terus senyum seperti yang diajar oleh para guru.

"Amboi, bukan main berseri lagi ya malam ni," kata Azmil Zawawi selaku hos.

"Biasa je lah abang Azmil..."

"Hari ini kita ada kezutan! Kita akan hubungi ayah kepada Shereen, Timbalan Perdana Menteri kita yang sedang bekerja di Paris, Shahrizal Hamdi!"

"Shereen, do the best! Papa bangga dengan kamu. Kat Paris pun papa tak terlepas tengok IB tau! Yang penting, confidence!"

"Thank you, papa!"

"Baiklah, tanpa membuang masa lagi, kita mempersembahkan, Shereen, yang akan menyanyikan lagu Elyana, berjudul Niat!"

Tahukah engkau apa yang kurasa
Ketika hati ku merindui
Ketika diri ku jatuh cinta
Ketika diri ku bersendiri

Kimi dari belakang tersenyum melihat persembahan Shereen. Sebenarnya dalam "asrama" ni, Shereen macam agak terpinggir. Sebab kebanyakan peserta terdiri daripada anak petani, anak posmen atau anak penjual insurans.

Dia seorang je yang anak menteri, tapi dalam masa sama dia rimas dengan politik dalam asrama IB ni. Dia hanya selesa untuk berbual dengan Kimi, yang dia kenal sebab dia peminat Peanut Jelly.

Shereen pernah jumpa Kimi masa kumpulan Peanut Jelly diinterview di Radio Millennium milik syarikat ayahnya.

Sudikah engkau turut merasa
Gelora hatiku yang mendalam
Cinta suci yang mencengkam
Terasa sukar ku tempuhi

Shereen sebenarnya dah ada boyfriend yang diaturkan oleh keluarga. Maknya aturkan dia dengan anak Datuk Dahalan, Menteri Alam Sekitar.

Tapi anak dia tu jenis clubbing, jenis bising-bising dan jenis suka show off yang dia anak Datuk.

Something about Kimi, dia tak kecoh yang dia anak saudara kepada Perdana Menteri, Saiful Abdul Rahman, Datin Seri Adilah, isteri kepada billionaire yang memiliki Angkasa TV ni.

Ada tiga sebab. Kimi tak nak para pelajar mengambil kesempatan pada dia yang ditugaskan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Institut Bintang.

Kedua, dia tak nak dilihat dapat kerja sebab kabel saudara dia billionaire.

Ketiga, dia tak nak Azlan tahu yang dia ni ditugaskan Datin Seri Adilah untuk mengintip dia.

Dia rasa susah sebab dia lelaki. Lelaki macam Azlan ni lelaki alpha. Dia tak suka ada lelaki lain dikelilinginya.

Sebab tu dia suruh Merlina rapat dengan Azlan, supaya dia dapat kepercayaan Azlan dan dapat korek maklumat.

Memang niat ku mengharap
Belai cintamu untukku
Moga engkau sayang padaku
Apalagi andai bercinta
Sudah pasti kubahagia

--

"Itu dia, persembahan dari Shereen. Baiklah, kita dengar apa kata juri!"

"Shereen, nampaknya persembahan kamu malam ni semakin baik! Pitching suara kena pada note, hari ni awak wow!"

"Nampaknya Shereen sudah keluar dari zon selesa dia. Semakin improve! Teruskan usaha!"

"Baiklah, juri tetap kita, Kudziah Zahar?"

"Saya harap awak dapat teruskan prestasi macam ni. Persembahan macam ni tandanya awak dah semakin matang."

"Baiklah, jika Shereen pilihan anda, sila IBUNDI SHEREEN di 32300! Kita akan kembali selepas ini!" kata Azmil Zawawi untuk memberi laluan iklan.

--

Sebenarnya tujuan panggilan ke Timbalan Perdana Menteri tu diaturkan oleh Datin Seri Adilah. Datin Seri Adilah dapat tahu yang Tuanku Sultan Norman dah tahu yang dia dan suaminya, menaja Tok Aki.

Sultan Norman cop muka Hafiz sebagai 'pengkhianat negara', kata Raja Permaisuri, Che Puan Amisha, yang merupakan sepupunya.

Datin Seri Adilah sedang merancang untuk lari keluar dari Gelanggayu. Dia rasa Tuanku Sultan akan kenakan Hafiz dan dia.

Bak kata ayahnya sendiri, "jangan percaya dengan keluarga al-Daulah".

Sesayap-sayap kuning macam mana sekalipun.

Nampaknya Datuk Seri Hafiz sedang cuba menyogok Peguam Negara, Tan Sri Hisham Hashim di London serta percutian di Scotland.

Tujuan Datin Seri Adilah berbuat begini, sebab dia dapat maklumat dari wartawan-wartawannya yang Saiful bakal kalah teruk dalam pemilihan Parti Nasionalis tahun ni.

Jadi langkah yang terbaik ialah berbaik-baik dengan bakal Presiden Parti Nasionalis, Shahrizal Hamdi.

Dengan meletakkan panggilan video tadi dalam Kezutan Azmil tadi, melonjakkan Shereen dalam undian SMS IBUNDI.

Dia tahu yang Saiful tidak ada masa depan lagi. Lepas ni dia akan bersara dan akan dapat title Tun.

Datin Seri Adilah terpaksa putuskan hubungan dengan Tok Aki, dan merancang untuk keluar dari lingkungan Bukit Istana.

Dia perlu selamatkan Hafiz tentang kes pembalakan haram tu sebagai bukti cinta pada suaminya.

Cukuplah dulu tiga tahun Hafiz meragui cintanya sebab si Azlan tu, sekarang dia berdepan dengan situasi yang macam ni.

Dia merancang untuk lari ke Betawi, dan mengatur politik di sana, jika Gelanggayu dikuasai sepenuhnya oleh Sultan Norman dan memburu dia dan Hafiz.

Gelanggayu takkan berani langgar Majapahit yang ada penduduk tiga kali ganda lebih ramai. Dari segi kedudukan geopolitik, susah kalau dua ni berperang. Dua negara ni berada dalam rantau strategik di Pentas Sunda.

Walau macam mana sekalipun, dia perlukan Shahrizal Hamdi, sebab dia bakal menang dalam pemilihan ini, sekaligus akan menjadi Perdana Menteri yang baru.

--

Merlina sedang makan potato chips perisa sour cream and onionnya, sambil dengar lagu Kaiser Chief "Everyday I Love You Less And Less".

Sejak Kimi busy dengan Institut Bintang, Merlina dah macam tak nampak dah kelibat si Kimi ni. Tiap masa ada kat "asrama" IB je.

Dia rasa relationship dia dan Kimi semakin tawar sejak dua-dua sibuk bekerja. Kalau Kimi balik pun, macam tak bertegur.

Mungkin lagu yang dia tengah dengar tu macam perasaan subconsciousnya pada Kimi. Dia memang dari dulu dah tahu perangai rockstar si Kimi ni.

Kadang-kadang dia penat dengan perangai Kimi ni, dan cuba move on je dan bawa diri. Tapi entahlah, tak tahu bila dia nak keluar daripada relationship toxic macam ni.

Dia nak steady relationship, tapi dalam masa sama dia sibuk.

Dia SMS Kimi.

"blk x?"

Kimi langsung tak reply. Received, tapi tak reply. Tengah sibuk kot. Bayangkan, setiap hari hantar SMS sama, dan nak tunggu reply tu kadang-kadang besok pagi baru nak reply.

Serupa macam takde boyfriend langsung pada Merlina.

Dalam masa sama, dia teringat masa dia dengan Azlan. Walaupun dia bekerja dengan Azlan, dan dah jadi macam PA dia, tapi Azlan layan dia dengan baik.

Merlina capai telefon Sony Ericsson lipatnya, dan terus mendial nombor kakaknya.

"Marina, ada mana? Jom lepak. Ada benda aku nak cakap."

--

"Macam mana kau dengan si Fazrul tu, kak?" tanya Merlina kepada kakaknya.

"Dia ni alim sikit. Susah sikit nak goda. Kang aku baru nak flirt je, tiba-tiba dia buat-buat nak pergi surau."

Merlina terbahak ketawa.

"Kau dah kenapa, Mer?"
"Aku rasa kan, Kimi dah ada skandal la dengan salah seorang penyanyi Institut Bintang tu," kata Merlina.
"Haha, aku tau siapa. Ramai cakap dia skandal dengan Shereen anak Shahrizal Hamdi tu. Babi betul, target anak orang besar je. Bakal Perdana Menteri tu."

Merlina diam, hanya mengunyah potato chips perisa sour cream and onion.

"Beb, kau kenapa? Alah, pergi mampos la Kimi tu, Mer. Kau sekarang ni dah kaya gila, duit berkepuk, sebab tu je Kimi nak kat kau."
"Aku dengan dia ni dari aku sekolah lagi, kak."
"Alah, tak mampos la kalau kau dumped dia. Apa kata kau tukar je nombor baru, kau tinggalkan je dia. Buat apa kau nak dengan lelaki sampah macam tu?"
"Tapi tu la, kalau aku dump Kimi, aku rasa cam susah pulak nak cari pakwe."
"Alah kau ni, kau jangan la cari pakwe yang loser macam Kimi ni. Apa kata kau try ayat Azlan?"
"Kepala hotak kau!" tersembur potato chips dari mulut Merlina.
"Aku tau kau suka kat dia kan?"
"Dia mana pandang perempuan macam aku, kak. Lagipun, tak baik la. Kak Mina tu baik orangnya."
"Anak Tengku pulak tu. Payah, payah. Kawan dia yang botak tu..."
"Ali? Lagi tak payah! Dia dengan bini dia pun baby darling. Muka je ganas macam Stone Cold tapi dengan bini kemain romantik."
"Alah, Mer, takyah risau la hal pakwe ni. Jadi single pun okay apa. Takyah semak kepala. Daripada kau semak kepala dengan si sampah ni, baik kau fokus je dengan kerja kau."
"Thanks, kak. You're the best."
"Ye la kat siapa je kau nak mintak nasihat hal-hal macam ni selain daripada kakak kau sendiri?"

--

Ali bertemu dengan ahli-ahli Muhammadiyah, iaitu persatuan Islam kedua terbesar di Majapahit selepas Nadhlatul Ulama.

Tetapi untuk mendapatkan perspektif tentang gerakan Islam di Majapahit, Ali cari juga kabel dengan golongan NU juga.

Muhammadiyah menolak budaya tempatan, dan ikut syariah dari asal, sementara NU pula dia mencampurkan Islam dengan budaya tempatan.

Ali melihat dirinya sebagai orang luar, tidak berpihak kepada mana-mana organisasi. Kedatangan Ali ke Majapahit adalah hanya untuk belajar bagaimana untuk menguruskan sebuah organisasi Islam yang besar seperti Muhammadiyah atau NU.

Ali perhatikan Muhammadiyah ni menggunakan wang derma dari orang ramai dengan membina madrasah, pesantren untuk anak-anak yatim, membina hospital, memiliki ladang-ladang untuk menjamin bekalan makanan, jaringan perniagaaan dan banyak lagi.

Walaupun Muhammadiyah ini isytihar gerakan mereka tak ada parti politik, namun penyokong-penyokong Muhammadiyah ini ramai yang jadi pengikut Partai Persatuan Pembangunan atau PPP. Lambang parti Kaabah.

Sebelah NU pula mereka punya ideologi ialah Islam Nusantara, iaitu Islam yang bercampur dengan budaya orang rantau ini. Sementara Ali kagum dengan cara pengurusan Muhammadiyah, Ali tertarik dengan ideologi NU yang selari dengan fahaman Melayu-Islam yang ingin dibawanya.

Ali ikut sahaja usrah yang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak untuk Ali belajar dari dua organisasi Islam terbesar dunia ini.

Ali kemudiannya buat networking, baik dari golongan ulama, ke golongan perniagaan, ke persatuan dan yayasan yang membantu umat Islam di sana.

Dia dapati politik Islam di Majapahit ada pelbagai spektrum. NU boleh dianggap agak liberal walaupun masih berpaksikan Islam. NU juga ramai penyokong dari parti-parti Islam yang lebih sederhana macam PKB atau PAN.

Di sebelah Muhammadiyah pula lebih ikut Ibnu Taymiyyah walaupun ada yang jenis progresif dan ikut Mohamed Abduh. Yang jenis keras sikit akan sokong Partai Keadilan Sejahtera (PKS) atau Front Pembela Islam (FPI).

Yang keras lagi akan join Hizbut Tahrir atau Daulah Islammiyah. Tak join dua-dua pertubuhan ni.

Ali sedar, dalam masyarakat dunia hari ini, Islamofobia sedang melanda sejak serangan 11 September. Tetapi Ali tak tahu macam mana nak cakap benda ni, sebab macam dia selalu cakap, dia cuma belajar sampai darjah tiga sahaja.

Ali sedar untuk buat gerakan massa macam ni, dia memerlukan seseorang macam Azlan. Biar dia di bawah buat kerja tolong rakyat marhein, Azlan gerakkan ideologi ni dengan menjadi ahli politik.

Lagi 10 ke 15 tahun, gerakan ini akan membesar. Ali kena bina tapak asas gerakan ini. Gerakan parti Islam di Gelanggayu dah mandul sejak Gagasan Ummah join Parti Demokrat yang jelas dibiayai Amerika untuk Azmi dan Jeneral Yahya. Tapi parti itu sudah jadi projek gagal Jeneral Yahya.

Jeneral Yahya dan Sultan Norman sedang berebut Azlan. Dan Ali akan gunakan kedua-duanya untuk membantu adik seayahnya itu untuk memenuhi firasat Sayyid Muluk beratus tahun dahulu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro