
2003 part 3
Azlan
Disebabkan aku dan Merlina lapar, kami berdua lepak di stesen minyak Projet depan rumah kitorang.
Dalam Projet tu kami beli roti, potato chips, kerepek pisang, dan beberapa botol air pelbagai perisa dan air mineral.
Aku tahu tajuk lagu ni Julia, sebab ada sebut nama perempuan ni. Lagu Melayu, standard la letak nama perempuan.
"Siapa nyanyi lagu ni?" tanya aku.
"Exists. Sedap lagu ni, dari 90an aku suka lagu dorang ni."
"90an? Apasal aku tak pernah dengar band ni?"
"Sebab kau ego, nak dengar lagu orang putih je. Lagu Melayu kau tak nak dengar. Takut jatuh kelas," kata Merlina.
Terdiam kejap aku bila Merlina cakap aku macam tu. Tapi tu la krisis identiti aku sebenarnya. Nama je Melayu tapi tak suka dengar lagu Melayu.
Banyak juga lagu-lagu yang sedap rupanya.
"Kau suka lagu ni ke, kau ada makwe nama Julia?" tanya Merlina.
"Sebab aku minat kat Julia Rais."
"Cheh," tu je reply Merlina.
"Aku ingat kalau aku ada anak perempuan, aku nak namakan anak aku Julia."
--
Merlina bawa dua gulung Bob Marley, dan ajak aku melepak di sebuah taman yang ada buaian.
"Don't you think you're too old to play buaian?" tanya aku pada Merlina.
"Never grow old, Alan. It's a fvcking trap."
Aku duduk kat buaian, tiba-tiba aku terjatuh. Mer ketawakan aku.
"Hahahaha bodoh, jatuh!"
Jatuh terkelepek muka aku ke rumput. Mujurlah takde tahi anjing ke apa.
"Aku mana pernah main buaian ni."
"Kau takkan tak pernah main buaian, jongkang-jongket ni semua?"
"Tak."
"Masa kecik kau main apa? Mesti jenis duduk rumah main video game ni. Jenis budak tak lasak la kau ni."
"Aku masa kecik main chess."
"Ala nerdnya kau ni, Alan."
"Bila bapak kau seorang juara catur peringkat Nusantara, kau tau la pressurenya macam mana. Sebelum dia meninggal, dia bagi aku hadiah birthday, hadiah kotak chess dari Sultan."
Merlina pandang mata aku, di bawah cahaya bulan.
Merlina hulurkan potato chips sour cream and onion Jack and Jill pada aku, kemudian hulurkan Bob Marley pada aku.
"Mer, dalam seminggu lagi, aku nak pergi ke Moscow dengan Menteri Pertahanan. Kau nak apa-apa dari sana tak?"
"Meh, Rusia ada apa ya? Nak suruh kau kirim vodka, takut tak lepas kastam pulak. Aku tak minum, tapi Kimi tu buruk lantak kalau alkohol ni. Tapi tu lah, kau bukan menteri lagi."
"Ali jaga kastam la."
"Serius lah?"
"Dia gangster besar beb. Orang bawah ramai."
"Hmm, entahlah. Takde benda yang menarik Rusia ni. Design pun entah apa-apa. Website pun penuh dengan scammer."
"Aku beli la souvenir Soviet untuk kau."
"Ah, tak minat aku benda-benda tentera macam tu. Tapi kalau kau bawak benda rare macam air tin ke, kerepek potato chips Rusia ke, yang tu aku nak. Nak buat reference font tulisan and design."
--
Lil Faysh jumpa aku kat tepi pagar rumah aku, hulur aku dokumen fail.
"Fail apa ni, Faysh?"
"Ni bukan fail Hafiz."
"Fail apa ni?"
"Kau baca la sendiri. Tak fun la aku beritahu. Okay, aku chow dulu," Lil Faysh start motor scooter modify Gileranya sambil bukak lagu hiphop DMX, Where The Hood At. Aku tahu sebab Lil Faysh selalu sangat bukak lagu ni bila lepak.
Canggih betul zaman sekarang ni. Motor pun ada radio.
Aku masuk ke rumah, kemudian duduk di sofa. Aku belek satu per satu. Fail si Jimmy rupanya.
"Sexual assault. Sexual assault. Pukul orang. DUI. Hah, arson?"
Aku nampak gambar Jimmy dan seorang perempuan, tapi dari tepi, tak nampak pulak muka dia siapa.
Kertas siasatan arson ni macam tak complete. Macam sengaja untuk disenyapkan.
Mesti ada lagi banyak fail kat Kementerian Kehakiman tu. Aku nak mintak tolong Shah kat sini, segan pulak. Tunggu dia jadi Perdana Menteri.
Banyak kerja aku nak revamp Parti Nasionalis ni.
--
Mina macam biasa, sebelum aku nak keluar pergi pejabat atau pakai suit, dia mesti nak ikatkan tali leher aku.
Lepas tu ayat dia, bila dah habis ikat, dia akan akhiri dengan "handsome boy".
Hari ni aku akan berlepas ke Moscow, bersama Bang Iz, atas arahan Tuanku Sultan. Turut sama ialah Shahrizal, selaku kapasiti Timbalan Perdana Menteri, untuk membincangkan pembelian Sukhoi, senjata, dengan program Angkasawan Negara.
Tapi misi sebenar ialah untuk cantas kabel-kabel Hafiz, dan pergi ke Izham.
Sejak Tuanku Sultan dapat tahu yang Hafiz dan Adilah ni ada komplot dengan Tok Aki, Tuanku Sultan dah anggap dia pengkhianat.
Tapi Tuanku Sultan buat muka rilek je jumpa dia dan Saiful. Sebab kalau kau nak tangkap biawak, kau tak boleh sergah dia tiba-tiba. Dia kena tenang dan tak sedar apa-apa, lepas tu baru pasang perangkap.
Kami bertiga naik ke jet peribadi Tuanku Sultan, bersama pengalih bahasa, Mia dan Alexandria.
Kami naik dari Lapangan Terbang Sultan Jaafar, Wijayapura, airport lama sebab kat situ Sultan simpan jet peribadinya.
Bang Iz bisik pada aku.
"Lan, kau baik-baik sikit. Perempuan Rusia ni, kalau dah kena vodka lebih, dia lain macam sikit. Kau tu dah ada rekod buruk."
Aku mengangguk je.
Dalam penerbangan kapal terbang tu, aku dan Mia repeat lawan sekali lagi.
Aku dan Mia ada bet lagi, macam dulu masa kat London dulu.
--
Selepas 14 jam, akhirnya kami mendarat di Ostafyevo International Business Airport, sebuah lapangan terbang yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Rusia.
Kalau nak mendarat kat sini, perlu kapal terbang yang Kremlin jemput je. Kapal terbang komersial pergi mendarat di lapangan terbang utama.
Kami dijemput oleh kereta limosin bullet proof BMW, dengan ada bendera Kementerian Pertahanan Rusia, dan dibawa ke sebuah dacha, rumah villa mewah di pinggir bandar Moscow.
Kami dihidangkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia dengan Pozharsky kotlety, sejenis masakan daging anak lembu celup tepung bersama kentang lenyek bersama mentega, bersama wain Sibirkovy.
Alexandria duduk depan aku, dan dia main geli-geli kaki kat bawah meja. Lepas tu bila aku pandang dia, dia terus lepaskan, kemudian dia jeling ke Mia.
Mia kemudian tersenyum macam ada makna tersirat.
Bila aku jeling ke Mia, Mia cuma angkat bahu, kemudian dia jeling balik ke Alexandria. Alexandria terus buat-buat fokus nak makan.
Barulah aku nampak Bang Iz berbual bahasa Rusia dengan begitu lancar, walaupun ada tersangkut-sangkut sikit dengan pegawai Rusia tu. Sekali sekala Alexandria betulkan sebutan Bang Iz, kadang-kadang Mia tambah point.
Shah yang duduk sebelah aku, berbisik.
"Rasa macam makan dengan komunis," kata Shah.
Aku senyum je.
Selepas makan, Bang Iz bertemu dengan beberapa orang jeneral sebelum kami semua naik ke atas untuk balik ke bilik.
Sampai ke bilik, aku duduk di atas katil, sambil membaca buku cerita pendek Leo Tolstoy yang diterjemah ke bahasa Inggeris berjudul The Snowstorm.
Tiba-tiba pintu aku dibuka, dan Alexandria masuk, diikuti oleh Mia. Aku terkejut tiba-tiba dua orang ni pakai night gown jarang yang tak pakai baju dalam, masuk kat bilik aku.
"You guys must be mistaken. Your room is at that side," kata aku tunjuk ke dinding.
Mia kunci pintu, kemudian Alexandria duduk atas celahan aku, sebelum dia geser-geser aku punya tu. Mia capai buku aku sebelum dia ikat mata aku dengan kain hitam.
"What the f..."
Tali leher yang diikat oleh bini aku kat Gelanggayu ditanggalkan, sebelum seluar aku ditanggalkan, dan lepas tu aku bertarung handicap match dengan mereka berdua.
Aku biarkan je, sebab aku kalah chess dengan Mia masa dalam kapal terbang tadi. Mungkin ini apa yang dikatakan "if you win, you can get anything you want from me. But if you lose, I can get anything I want from you."
Mungkin inilah denda kekalahan aku.
Mia tanggalkan kain hitam dan aku nampak dua perempuan Slavik depan mata tanpa seurat benang.
Ah, mampus. Macam mana nak handle dua orang sekali ni?
--
Jeneral Yahya melawat sahabat baiknya, Henry Kissinger di Washington DC, bertemu di bar yang mereka sering bertemu sejak Jeneral Yahya jadi Duta Besar Gelanggayu ke Amerika Syarikat dulu.
Mereka bermain catur, dan berbual tentang perang di Iraq.
"I do support the war in Iraq. Nevertheless, I'm concerned about the lack of critical thinking and planning for the occupation of a Middle Eastern country where, how should I put it, “normal politics have not been practiced for decades, and where new power struggles would therefore have to be very violent.” Thus is pessimism morally superior to misplaced optimism."
"From what I see, Henry, it will create a power vacuum that make the spectre of Revolution '79 going to haunt those Arab kings in the Middle East," kata Jeneral Yahya.
"A weak Iraq, will tempt Iran to spread their influence, and provoking Saudi to arm, thus creating proxy war and when Saudi felt threatened, we will provide them weapons and where did the Iranian asking for help? Russian."
"You think the bear will wake up back, Henry?"
"Oh hell yeah, Yahya. They're not dead. They just fell asleep."
Yahya tahu, menerusi Izham dan Azlan yang kini berada di Moscow, untuk membeli jet pejuang Sukhoi dan beberapa buah kereta kebal serta kapal selam atas arahan Sultan Norman.
Dengan menggunakan Temasek, dan PM Goh yang merupakan kroni kepada Jacob Chong, kerajaan Hillary menempah jet F-35 Lightning yang dijangka siap pada tahun 2006.
Yahya tahu yang Sultan Norman sedang merancang mengumpulkan senjata dan kenderaan tentera, sebab ada Izham dan Azlan di sana.
Dalam masa sama, dia perlu menyiapkan seorang pemimpin baru, dan dia fikirkan seorang wanita. Dia fikirkan Natasha mampu mengisi ruang tersebut.
Selepas dia gulingkan kerajaan al-Daulah nanti, dia akan letakkan Natasha untuk memegang kuasa. Dan Azlan pula akan bergerak sendiri dalam Parti Nasionalis.
Sekurang-kurangnya nanti mana-mana parti, sama ada kerajaan atau pembangkang, adalah dari Azlan atau Natasha, yang keduanya adalah anak muridnya.
Mereka berdua, pada hemah Yahya, akan memimpin negara mengikut acuan yang dikehendakinya.
--
Ketika Ali sedang minum petang dengan Hidayah, ada kereta nombor plat Z di pangkalnya berhenti depan rumahnya.
"Siapa pulak tu, darling?" tanya Dayah ketika sedang tuang air teh. Ali dah senyum sebab dah dapat agak siapa orangnya.
"Fidot, my maaaaaannnnn!" Ali mendepakan tangannya sebaik sahaja Kolonel Firdaus keluar dari kereta.
Kolonel Firdaus yang lengkap berpakaian tentera, masuk ke rumah dan salam cium tangan pada Ali, sebelum Ali memeluknya.
"Apa khabar bro Ali?"
"Sihat je. Makin handsome kau ni. Kalau masa mula-mula jumpa kau zaman kita semua gulung rokok dulu, selebet je kau ni. Jemput minum."
"Tapi saya tak boleh lama ni bro. Tujuan saya datang ni, sebab nak menyampaikan amanah dari Pengetua di Temasek."
"Apa dia?"
Kolonel Firdaus duduk di sebelah Ali, sambil Ali menuangkan teh pada cawan.
"Bro sekarang dah dapat akses kan dengan Sultan?"
"Ya, Alan yang bawak masuk."
"Pengetua dapat tahu yang Bang Iz dan Alan sekarang ke Moscow, nak beli peralatan tentera dari sana. Pengetua pula sekarang di Washington, juga nak beli senjata. Tak lama lagi perang saudara mungkin berlaku kalau berterusan macam ni."
"Apa yang aku kena buat?"
"Bro kena pastikan jeneral-jeneral pro kuning dengar cakap bro. Jeneral sebelah biru memang akan dengar kata Pengetua. Kita kalau boleh tak nak ada pertumpahan darah, tapi kalau terjadi juga perang, kita kena kawal tentera dari dua pihak, sama ada biru atau kuning."
Ali hirup teh, kemudian menggaru-garu kepala botaknya.
"Untuk sebelah biru, tak ada masalah. Untuk sebelah kuning ni, aku kena payung juga jeneral-jeneral ni untuk dengar cakap aku. Sultan mungkin dengar cakap aku, tapi jeneral-jeneral ni? Takut ada yang setia dengan Wan Radzi."
"Hari tu Claudia, anak Jacob ada berhubung dengan Adilah. Daripada apa yang saya dapat dengar, sejak Tok Aki buat pasal, dan Bush isytihar perang War On Terrorism, Adilah cuba nak selamatkan diri. Dia kata kemungkinan dia akan berpihak kepada Republik."
Ali dengar kata-kata Kolonel Firdaus, kemudian mengangguk faham.
"Kau tau kan Hafiz bakal kena dakwa kes rasuah Gabenor Air Putih tu?"
"Tapi Hafiz akan sempat lari."
"Tak sempat. Orang aku akan sabotaj dia, walaupun dia kawan aku. Walaupun dia bagi aku business. Dan aku ada pegang rahsia Adilah yang paling besar. Sultan memang nak dia masuk dalam."
"Apa-apa pun bro kena kawal jeneral-jeneral kuning dulu, sebelum kita buat move. Kita kalau boleh tak nak perang ni hancurkan bangsa kita, bro."
"Itu yang aku fikirkan tu, Fidot. Fidot, kau nak balik ke beret ke?"
"Saya akan ke Kundur, untuk buat reconnaissance. Kita dah tahu di mana Tok Aki dan pengikutnya berada."
"Hati-hati, Fidot. Dan kalau boleh, jangan bunuh Tok Aki. Dia ada banyak jasa pada aku. Sekurang-kurangnya bagilah dia dibicarakan dulu."
"Faham, bro Ali. Saya pergi dulu," kata Kolonel Firdaus sambil cium tangan Ali.
Ali melihat kereta Kolonel Firdaus pergi, kemudian menggarukan kepala botaknya.
"Berat betul tugas aku nak tahan perang saudara daripada berlaku kepada bangsa aku ni."
--
Ali duduk seorang diri, sambil menonton Al-Jazeera dengan kain pelekat. Hatinya berbara bila nampak muka George W. Bush, Dick Cheney, Condoleezza Rice, Donald Rumsfeld, dan ramai lagi 'hulubalang perang' Amerika.
Dia nampak wajah anak-anak pelarian Iraq yang sedang mengemis di Kuwait, dan Jordan.
Entah apa nasib agaknya mereka ini nanti.
Ali tahu perang saudara antara Jeneral Yahya dan Sultan Norman akan berlangsung tak lama lagi. Sebagai seorang ahli Sayap Kuning, banyak maklumat yang dia dapat dari kedua belah pihak.
Untuk itu, orang Gelanggayu perlu bersatu atas nama Melayu-Islam. Itu sahaja yang mengikat majoriti rakyat negara ini. Tapi dia fikir, Azlan boleh memimpin gerakan yang macam tu.
Dia lead gangster reti lah.
"Alamak, dia kat Moscow pulak," kata Ali. Ali terus capai kunci kereta, dan bergerak ke rumah Faridah.
--
"Apa yang kau jangka tu, ada kemungkinan besar berlaku. Aku pun fikir perkara yang sama juga," kata Faridah sambil hulurkan secawan kopi kepada Ali.
"Tapi aunty, apa yang aunty boleh fikir untuk selamatkan keadaan ni? Saya ni belajar sampai darjah tiga je," kata Ali sambil light rokok.
"Kau ni suka merendahkan diri kau la, Ali."
"Benda betul."
"Benda yang lepas, kau tak boleh ubah. Benda yang akan datang, yang tu kau boleh. Macam ni, aku bagi kau idea."
"Apa dia?"
"Apa clan-clan warlord Melayu yang kau tau?"
"Dulu banyak la. Jagindas, Diamond Hijau, Gagak Merah, Pailang Kampung, Line Dua, geng Penggayu. Macam-macam la."
"Ayam Hitam kau tak nak sebut, Mr Shadow?"
Ali terus tergelak, tersipu-sipu malu depan sifu dia.
"Kau pecah-pecahkan group-group ni, dan yang mana boleh pakai, kau masukkan dalam geng kau."
"Yang tu saya tengah buat, aunty."
"Tu stage one. Stage two, aku bagi kau kenal dengan pemimpin Partai Persatuan Pembangunan. Parti Islam terbesar Majapahit. Kau buat connection kat situ. Kau belajar dengan dorang macam mana nak buat parti Islam."
"Aunty nak saya tubuhkan parti politik ke? Saya mengundi pun tak," kata Ali.
"Kau tak payah mengundi. Kau abang long kawasan. Yang mengundi anak buah kau. Ahli politik cium tangan kau untuk sokongan, macam si Harun tu."
"Ooohh. Saya rasa Parti Demokrat tak cukup Islamik la kat Gelanggayu ni. Gagasan Ummah semakin lemah. Walaupun puak Azmi lagi lemah, tapi puak Haji Syaaban macam makin tak relevan je."
"Sebab tu aku nak kau tubuhkan parti. Tapi kau jangan letak nama macam Hizbul Muslimin ke apa. US mark karang."
"Habis tu, macam mana?"
"Parti Pertiwi. Ha, nama macam tu. Amacam? Takdelah nampak radikal sangat. Orang kaki buat dosa pun tak takut nak join."
Ali mengangguk-angguk.
"Tapi bagi saya belajar dulu la macam mana nak uruskan parti politik. Saya tunggu Azlan naik dulu."
"Tak boleh. Kau dengan Azlan kena serentak. Nanti, puak Azlan naik kat Nasionalis tu, gabung dengan puak kau kat parti kau tu. Baru kuat korang berdua adik beradik control. Kalau perang saudara berlaku, at least kau dah ada pengikut yang akan bertarung untuk kau. Ingat, kau tu kat dua kolam. Kalau salah satu kantoi, mampos kau. Si Yahya tu aku boleh slow talk. Norman tu kepala angin."
"Rilek, si botak tu saya dah kuasai akal dan fikiran dia."
"Pakai tepung?"
Ali mengangguk.
"Kau memang anak murid yang kedua power."
"Cis...nombor dua? Nombor satu siapa?"
"Merlina la. Dia umur muda dah pegang tengkuk McMahon. Kau takat peminat Stone Cold je la."
"Merlina ada share kat WWE ke?"
"La, kau tak tau kisahnya? Pendek cerita, World Wildlife Fund saman McMahon. Vince takde duit sebab banyak kes saman dia tu. Aku bawak dia jumpa Mer. Dia pegang la McMahon. Lepas tu, bini dia pulak nak bertanding kat dewan negeri dorang tu, pinjam lagi duit. WWE ni dah hutang banyak, beli pesaing dia tu..."
"WCW, aunty. Fuh, gila babi! Si Mer tu memang kepala otak minum susu Dumex. Lain macam punya geliga."
"Tu yang sekarang ni dah bahasa sopan, takde dah lucah-lucah macam Shawn Michaels tu. Merlina nak komersialkan WWE jadi entertainment je. Tak payah sampai extreme macam dulu."
"Takpe, aunty tengok satu hari nanti saya pegang tengkuk Donald Tr*mp pulak. Masa tu saya nombor satu, Mer belakang."
"Besar cita-cita kau ni."
"You're fired!" kata Ali sambil mengajuk gaya Tr*mp dalam realiti TV The Apprentice.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro