
2003 part 2
Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa
Bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Institut Bintang....
Setiap malam Sabtu, maka ramailah orang mula menonton Institut Bintang di Angkasa TV.
Sebagai peminat bolasepak EPL terutamanya pasukan Arsenal, Ali tak berminat nak menonton Institut Bintang. Biasanya dalam hal ni dia menonton perlawanan EPL di atas, sementara Dayah seorang diri menonton Institut Bintang yang dikendalikan acaranya oleh Azmil Zawawi.
Format Institut Bintang ialah terdapat 14 pelajar yang akan menuntut ilmu dari para sifu, dan mereka akan tinggal di sebuah villa (sebenarnya rumah Datuk Seri Hafiz yang pernah ditumpang oleh Natasha ketika rumahnya terbakar dulu) dan setiap hari, mereka diberi latihan seperti latihan vokal, latihan tarian dan latihan muzik oleh para guru Institut Bintang.
Semua ini akan disiarkan di Angkasa TV setiap hari menerusi segmen Diari Institut Bintang.
Pada hari Sabtu, hari persembahan bermula dan semua orang akan membuat persembahan berdasarkan lagu yang diberi oleh para sifu, dan berdasarkan undian SMS IBUNDI, dan siapa mendapat undian terendah akan tersingkir.
Dan tak cukup dengan itu, Angkasa TV membuat channel TV khas untuk chatroom untuk peminat-peminat rancangan ini (setiap satu SMS berharga RG0.50).
Setiap undian IBUNDI berharga RG0.50, tetapi untuk memastikan calon pelajar kegemaran menjadi pemenang Institut Bintang, kenalah undi sebanyak yang boleh.
Tak cukup dengan itu, syarikat Ali yang membuat polyphonic ringtone dan wallpaper wajah pelajar kegemaran masing-masing, dengan ringtone berharga RG3, sementara wallpaper berharga RG1.50.
Kitarannya, orang ramai membeli topup untuk menghantar IBUNDI, dengan syarikat Axis, yang dimiliki oleh Datuk Seri Hafiz, di acara yang disiarkan di Angkasa TV, yang juga dimiliki oleh Datuk Seri Hafiz.
Dan Ali pula akan memperoleh keuntungan dari segi pembelian ringtone dan wallpaper.
Untuk minggu pertama, jumlah SMS yang diperoleh ialah 2.5 juta undi, tidak termasuk chatroom dan pembelian ringtone dan wallpaper.
Perang rating antara Angkasa TV milik syarikat Datuk Seri Hafiz dengan Wijaya TV milik Tengku Aminah bermula.
Perang rating TV antara dua syarikat ini nampaknya sengit. Sementara Angkasa TV dengan Institut Bintang, Wijaya TV pula dengan Gelanggayuan Idol.
Gelanggayuan Idol pula menggunakan sistem panggilan dail 600, dan orang ramai kurang selesa dengan panggilan jenis ini, sebab "terlalu 90an".
Mina cuba untuk menukar sistem ke SMS tetapi terlambat, maka Institut Bintang mendahului dari segi rating.
Menurut rating yang dikeluarkan oleh Nielsen, minggu pertama Institut Bintang ialah seramai 3.3 juta penonton, berbanding 1.8 juta penonton Gelanggayuan Idol.
Ini kerana Gelanggayuan Idol menggunakan sistem yang sama seperti di Amerika, serta memilih lagu-lagu dari luar, berbanding Institut Bintang yang banyak menggunakan lagu tempatan atau dari Majapahit yang popular di luar kawasan Wijayapura.
--
Azlan
Lagu Superstar dari Jamelia dinyanyikan oleh peserta Gelanggayuan Idol, sambil aku mendengar kata-kata Paul Moss memberi pandangan.
Aku di dalam dewan auditorium Wijaya TV, dalam keadaan yang begitu membosankan dengan rancangan ni.
Yang juri yang ni suruh pakai vokal falsetto, yang ni suruh menari dengan gaya seksi, yang tu cakap not good enough, tell me, macam mana seorang yang baru seminggu masuk rancangan ni nak jadi pro macam artis professional yang bertahun-tahun dalam profesion ni?
Just because American Idol is a successful reality TV kat Amerika, tak semestinya ia akan berjaya di Gelanggayu.
Aku terus tutup muka aku sambil tengok betapa jauhnya rating Gelanggayuan Idol kalau nak banding dengan Institut Bintang.
Institut Bintang dah la ada merchandise, ada wallpaper handphone dan polyphonic ringtone, ada pulak chatroom, ada Diari Institut Bintang setiap hari untuk tengok progress pelajar.
I mean, how horrible the ratings are if you compared with these two.
Sementara Gelanggayuan Idol cuba untuk mewujudkan klon Christina Aguilera atau Kelly Clarkson, Institut Bintang melahirkan penyanyi pop Gelanggayu, ikut citarasa Gelanggayu.
Inilah masalah terbesar Gelanggayuan Idol pada aku. Terlalu nak ikut acuan Amerika sangat.
Nak tahu betapa masyuknya Institut Bintang macam mana, kau tengok Ali sekarang la. Hafiz bagi dia kontrak untuk buat wallpaper handphone dan polyphonic ringtones tu.
Untuk orang yang berusia 34 tahun macam aku ni, memang la aku rasa benda-benda ni macam bodoh, tapi untuk remaja macam Jessica, contohnya, dia punyalah seronok bila pakai polyphonic ringtones lagu The Rasmus tu.
Kalau dari perspektif aku, polyphonic ringtone ni benda yang annoyed, tapi siapa yang buat benda ni sekarang, jadi kaya raya.
Pasal Ali dengan Hafiz rapat tu, pada aku tu kepentingan dia. Aku tak nak putuskan hubungan orang. Lagipun dia lepak dengan aku dan masih okay lagi, still tak gaduh, bagi aku good enough.
Mungkin Hafiz pun tak berminat untuk putuskan hubungan aku dan Ali. Dan aku percaya Ali ni bijak orangnya. Yang gaduh aku dengan Hafiz, Ali tak perlu terlibat.
Kalau Ali sekarang dah kaya sebab buat polyphonic ringtone, dan gembira, aku pun tumpang gembira. Aku harap aku dapat tolong Ali, tapi Hafiz yang lebih mampu sekarang ni.
Aku terus keluar dari dewan, dan terus cari Mina. Mina di pejabatnya, dalam keadaan serabut. Nampak obvious yang Gelanggayuan Idol dah kalah dengan Institut Bintang dalam segala hal yang penting dalam realiti TV.
Kalau dari segi bakat, memanglah Gelanggayuan Idol jauh lagi superior, tapi dari segi rating, kalah dengan Institut Bintang. Dari segi revenue, kalah juga. Dari segi advertising, pun kalah juga.
Yang paling sedih, crowd Gelanggayuan Idol cuma berpusat di bandar besar macam Wijayapura, walaupun Wijaya TV ni terrestrial television, bukan cable TV macam Angkasa TV.
Institut Bintang punca ramai orang kampung dah mula pakai satellite dish kat rumah.
"You banyak kerja lagi ke?" kata aku.
"Yeah. You nak balik dah ke?" tanya Mina.
"Yeah. Nak tengok Jugra."
"Give me half an hour, please. Lepas ni kita balik sekali ya?" kata Mina.
Sejak arwah ayah mentua aku meninggal, Mina yang jadi CEO Wijaya TV. Bagi Mina, ni satu cabaran terbesar terutamanya nak bersaing dengan Angkasa TV yang semakin kuat.
Dia ingatkan Gelanggayuan Idol mampu membenamkan Angkasa TV, tapi nampaknya Gelanggayuan Idol sendiri terbenam dengan Institut Bintang.
"Berapa viewers hari ni?" tanya Mina kepada pegawainya.
"1.6," kata pegawainya.
"1.6 je? Come on, Institut Bintang boleh maintain 3 to 3.5. We must do something to salvage our company. Do more aggressive promotion," kata Mina.
"We should change the voting system. Cannot jury je lah yang decided. We cannot sustain without SMS votes."
Mina terdiam. Sepatutnya dia terfikir benda ni sejak awal lagi. Dia tahu Gelanggayuan Idol dah kalah berbanding Institut Bintang sebab dia tak terfikir tentang undian SMS. Panggilan 600 ni orang dah tak nak pakai lagi dah.
--
Dalam kereta, aku dan Mina senyap tak ada kata. Sebab dua-dua pun dah kehabisan topik nak bercakap.
Mina hanya melihat tingkap, dan tiap kali lalu kedai restoran, pasang Angkasa TV. Nampak di sana sini semua orang bercakap tentang Institut Bintang, sampai dalam office Wijaya TV pun orang bercakap tentang Institut Bintang.
"I think, for silver lining, maybe kita dah boleh fokuskan kat benda lain. Mungkin Smallville, Supernatural, Gilmore Girls, atau Dawson Creek..." kata aku.
"Dawson Creek ada lagi ke?"
"I think so."
"I don't know, Alan. I think I had failed untuk arwah daddy I."
"Taklah, baru season 1. Tengok la lagi dua tiga season, macam mana. Tak boleh nak judge. Atau boleh je cuba reality TV lain."
"Fear Factor?"
"Why not?"
"Masalahnya, francais lagi. I don't think boleh beat Institut Bintang punya consistency. Dia maintain je 3 to 3.5. I mean, how can we achieve that? For comparison, berita kita paling tinggi, tapi 2.2 je. Nak breakthrough 2.5 pun susah."
Aku pun dah tak boleh nak cakap apa lagi dah. Mina nampak dah putus asa dengan Gelanggayuan Idol.
--
"Masyuuuuuukkkkkk! Sebab si Khai IB ni nyanyi lagu Yusry KRU, gila babi sales polyphonic aku!" kata Ali sambil tersenyum.
Lagu Dekat Padamu dinyanyikan oleh Khai, pelajar Institut Bintang yang popular.
Ali menepuk-nepuk meja melihat angka sales polyphonic yang mencanak.
"Amacam, suka tak?" kata Hafiz.
"Weh, suka weh!"
"Tapi ingat, benda macam ni paling lama pun lima tahun. By the time 2006 macam tu, kau berhenti business ni. Buat benda lain pulak," kata Hafiz.
"Apasal?"
"Benda ni trend, Ali. Trend ni tak tahan lama. Benda ni bukan macam kau jual nasik tu. Zaman Raja Gautama pun makan nasik, zaman Sultan Mansur pun makan nasik, zaman sekarang pun makan nasik jugak."
Ali mengangguk-angguk.
"Sekarang aku faham kenapa kau jual company lama kau tu kat si Damian tu," kata Ali.
"Ali, kau nak tak, ikut aku pergi London? Aku ada conference kat sana. Kau nak tengok match Arsenal kau, kau pergi lah. Sambil tu kita jalan-jalan kat Europe."
"Hah? Kau ajak aku ke?"
"Ha lah! Dah kau asyik tengok Arsenal kat sini je. Alang-alang aku belanja kau pergi Highbury terus. Bolehlah kau tengok lubang hidung Thierry Henry."
Ali ketawa.
"Tau la lubang hidung dia besar, hahaha! Tapi aku minat Dennis Bergkamp."
--
Azlan
Hari cuti, aku melepak rumah Merlina. Dia malas nak keluar sebab Kimi, sejak dia dapat kerja kat Angkasa TV, bukan main sibuk dia jadi crew kat Institut Bintang.
Dulu aku nak masukkan Kimi kat Wijaya TV, tapi arwah Tengku Ariffin tak nak dia sebab dia nak bela rambut panjang macam Brandon Boyd dia tu.
Jadi aku berdua je tengok DVD One Tree Hill dengan Merlina, sambil makan potato chips Jack and Jill perisa sour cream and onion.
"Crush teruk aku dengan Chad Michael Murray ni," kata Merlina sambil mengunyah.
Aku ketawa bila dia cakap macam tu.
"Apasal kau gelak?" tanya Merlina.
"Macam budak-budak, crush dengan pelakon!"
"Apasal pulak macam budak-budak? Kau macam la takde minat artis?"
Aku ketawa lagi.
"Camni je taste kau? Aku ingat Brandon Boyd?" tanya aku.
"Susah la kalau nak lawan Brandon Boyd! Okay, tell me, siapa crush artis kau masa kau remaja dulu?" tanya Merlina.
"Zaman aku? Julia Rais."
Tergelak Merlina bila aku sebut nama tu.
"Apasal kau gelak?" tanya aku.
Merlina tarik asap dari bong. Kemudian dia gelak lagi.
"Taste nak kacukan Pan-Asia je! Patutlah tak boleh move on dengan Natasha!" gelak Merlina.
"Bukan la, aku tengok karektor dia la. Come on la, ingat aku shallow ke?"
"Okay, okay. Yang zaman sekarang ni takkan kau takde? Sophia Bush ni kau tak minat?" tanya Merlina.
Aku gelengkan kepala.
"Habis tu?"
"Dian Sastrowardoyo."
"Fuh! Kau ni...taste kau..."
"Kau pulak?" tanya aku.
"Chad Michael Murray dengan Brandon Boyd la. Kau kalau artis luar, siapa?"
"Nia Ramadhani."
"Ya Allah teruknya kau ni, Alan!"
"Gurau je la. Aku suka Kristin Kreuk."
"Hahaha, Alan layan Smallville!"
Aduh, mata aku rabak pulak.
"Woi, Mer. Asap tu jangan tiup kat mata aku. Pedih la, kan mata aku dah merah," kata aku.
Lepas tu si Mer ni tergelak kuat-kuat.
"Kau dengan Kimi apa cer?" tanya aku.
"Ha? Camtulah. Apasal?"
"Sejak dia busy dengan Institut Bintang?"
"Alah, aku sendiri pun busy. Buat iklan, edit video, research untuk data tu semua. Business sendiri, kan? Siapa lagi yang kena bekerja keras selain aku?"
Aku hanya mengangguk je lah. Malas nak campur tangan. Sebab aku dengar Kimi sibuk mengayat salah seorang pelajar kat dalam Institut Bintang tu.
Dari kawan aku yang kerja kat Angkasa TV lah. Dia yang cakap, I might be wrong.
--
Izham dan Kamal bermain snuker di clubhouse tempat geng Gagak Merah.
"Macam mana, Bang Iz? Jadi ke tak rancangan kita ni," kata Kamal sambil letak kapur di hujung kayu.
"Jadi. Cuma, aku syak sesuatu lah," kata Izham sambil ketuk bola putih ke arah bola merah.
"Syak apa tu bang?"
"Kau tau pasal Mr Shadow?"
"Dia dah bikin empayar dah. Hari tu gangster pulau Mindanao pun dah tak nak beli dadah kita. Dia cakap dia beli dengan Mr Shadow."
"Pvkimak betul. Banyak betul dia makan tepi tak bagi aku!"
"Kenapa, bang?"
"Dalam kepala aku, Mr Shadow tu, Azlan. Sebab kau nampak tak dia sekarang, dia macam bolot sorang."
"Saya pun rasa macam tu. Tapi Ali macam mana, bang Iz?" tanya Kamal.
Izham ketuk bola putih ke bola hitam.
"Ali loyal dengan aku. Banyak benda dia tolong aku walaupun dia kaya sekarang. Misalnya, hari tu masa barang aku sangkut kat kastam, dia yang tolong uruskan. Kau jangan sentuh Ali tu. Dia tu berguna untuk aku, untuk Azham."
"Tapi dia ada bisnes dengan Hafiz jual ringtone poliponik bodoh tu."
"Biasa la tu, nak tambah duit. Duit tu pun dia sumbangkan pada kita."
"Tapikan saya pernah tanya orang, Bang Iz. Dorang cakap Mr Shadow ni pernah bunuh jeneral kat Suvarnabhumi pakai tangan kosong je. Takkan la Azlan muka jambu macam model macam tu?"
"Alah kau ni, mudah sangat percaya dengan propaganda macam tu. Propa je tu. Kau percaya ke ada orang boleh bunuh jeneral yang berkuasa dengan pakai tangan kosong? Kau pun tau gangster kat sana macam mana punya hardcore. Aku tetap rasa Azlan. Sebab dulu aku pernah minta dia siasat, tapi lepas tu dia buat senyap."
"Apa kita nak buat dengan dia, bang Iz?"
Izham mundar-mandir sambil berfikir.
"Aku tau kelemahan Azlan ni, perempuan. Ada perempuan Rusia ni, dia ni dari FSB. Pegawai kanan Putin. Sekarang ni kalau aku suruh dia goda Azlan, rakam video, kita dah boleh pegang dia."
"Tapikan, yang ni baik bang Iz kawtim dengan Hafiz."
"Apasal pulak?"
"Sebab Hafiz ada hubungan rapat dengan orang-orang kat Rusia tu. Dengar cerita Hafiz ada share syarikat telco kat sana."
"Nak tak nak aku kena makan dua kolam la ni."
"Nampaknya macam tu la, Bang Iz."
"Aku tetap kena ikut plan Jeneral Yahya dulu. Kalau tak, susah aku nak naik jadi PM. Kena jatuhkan Saiful dulu, naikkan Shahrizal..."
"Lepas tu kita jatuhkan Shahrizal..."
"Lepas tu bila aku naik jadi PM, aku akan bagi Azlan pegang timbalan kejap. Lepas tu, kau pancung la dia dari belakang. Move kita lama lagi ni, Kamal."
"Macam ni la baru bang Iz!"
"Tapi, Sahari ni pun mula naik tocang. Aku rasa untuk buktikan kau mampu pegang kawasan, aku nak kau lawan Sahari dulu."
"Tapi Bang Iz, saya nak lawan Azlan."
"Kau belum cukup kuat nak lawan dia. Backup dia besar. Anak murid kesayangan Jeneral Yahya, isteri pulak puteri diraja keluarga al-Daulah. Sayap Kuning pun berhati-hati nak lawan dia ni. Habiskan Sahari dulu baru kau boleh cerita, Kamal."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro