Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2002 part 6

Perdana Menteri, Saiful Abdul Rahman menuju ke bilik sidang media untuk mengumumkan rombakan kabinet. Pelbagai media telah membuat spekulasi bahawa ini kerana pemilihan Parti Nasionalis akan berlangsung pada tahun hadapan.

"Saya melantik Shahrizal Hamdi sebagai Timbalan saya, dengan portfolio barunya sebagai Menteri Kehakiman."

--

Azlan

Aku dah agak dah, nama aku tak disenaraikan langsung dalam Kabinet. Dan meletakkan Shah sebagai Timbalan Perdana Menteri tu sebab dia tahu, orang-orang Shah dalam parti kuat. Jadi, dia nak pengaruh Shah. Apa yang dia tak tahu yang aku ada Uncle Daniel yang boleh swingkan pengikut Shah.

Bang Iz juga kekal Menteri Pertahanan, so far baguslah. Tapi kenapa Saiful nak tukar dari jawat Menteri Kewangan, kepada Menteri Dalam Negeri? Menteri Kewangan sekarang dia beri kepada Tengku Ahmad, atas lantikan khas. Jimmy dan Hafiz dengar cerita nak dilantik Senator.

Kerusi Menteri Belia dan Sukan aku kini digantikan oleh Kamaruzzaman. Ya, bekas rival aku masa aku kat universiti dulu.

Tak apalah, bagus juga aku tak jadi menteri ni. Dapatlah aku duduk kat kawasan aku, tinjau apa masalah penduduk kat sini, sambil luang masa dengan Mina dan Jugra.

--

Masa aku kemas meja aku, Encik Fazrul datang kepada aku.

"Thank you, Fazrul. Sebab selama ni banyak tolong aku," kata aku, bersalaman dengan bekas setpol aku.

"Encik Azlan, good luck ya. Jangan risau, kerja-kerja ibu encik Azlan akan saya teruskan walaupun encik Azlan tak ada di sini."
"Baik, Fazrul. Take care," kata aku, yang perlahan-lahan mengemas barang aku keluar dari office.

Aku tak jumpa Saiful sejak dia umum rombakan kabinet tu, kali terakhir aku jumpa dia masa mesyuarat kabinet terakhir sebelum rombakan.

Aku tak pernah dengar apa dia cakap pasal aku, tapi aku dengar dari mulut orang di Seri Bendahara, tentang kenapa aku dibuang dari KBS.

Dia cakap dalam kabinet, aku paling tak perform. Beb, siapa yang cadangkan akta anti-buli dulu?

Dan kalau nak cakap pasal hal bonus Sukan Komanwel dan Piala Asia yang belum berbayar, soalan aku, siapa Menteri KBS masa tu, dan kenapa aku pulak dipersalahkan?

Ketiga, isu stadium terbakar 1989. Benda tu dah diselesaikan masa tahun 1995, bila mahkamah dah putuskan keputusannya. Kenapa nak berbangkit isu ni lagi? Saiful ni tak reti nak hormati keputusan mahkamah ke?

Keempat, dia cakap pasal aku kecoh isu pembalakan haram tu. Jadi, adakah aku perlu diam je orang gondolkan hutan?

Dan kelima, paling aku tak boleh blah, dia cakap aku tak kompeten. Dia sedar tak, dulu masa dia kerja dengan aku kat Radio Universiti dulu, dia hisap ganja dengan Faiz sampai lupa nak tutup mic dan cakap merapu bila jadi DJ?

Dia sedar tak masa dia layan LSD sampai satu hari tak pergi kerja dulu tu, aku yang cover dia? Bagi alasan kat aku yang dia demam.

Aku kalau nak cerita kompeten dia, aku jadi malas. Kalau nak tuduh aku tak kompeten, cerminlah diri dulu.

Aku tak pernah pun buang kerja dia walaupun dia buat perangai macam tu. Aku buang Acap dalam Radio Universiti tu pun sebab dia kurang ajar.

Tapi malaslah nak cakap lagi. Bagus juga kau bagi peluru pada aku.

Pemilihan parti akan berlangsung tahun hadapan. Pada masa senggang aku ni lah masa untuk aku mula berjumpa dengan ketua bahagian yang lain.

Macam contohnya malam nanti aku akan jumpa Datuk Sulizan Tahir, iaitu Ahli Parlimen Teluk Air Tawar dan Ketua Bahagian Parti Nasionalis kat situ.

Sebab Izham selaku Menteri Pertahanan bakal ada dua projek masyuk. Pertama, projek pembelian jet pejuang Sukhoi dari Rusia dengan melatih seorang angkasawan negara, beli kapal selam dari Perancis, dan yang kedua, program latihan Khidmat Negara.

Teluk Air Tawar dipilih sebagai bandar tentera laut, jadi Datuk Sulizan ni orang kuat Izham dalam parti sekarang.

Dengan membina pengkalan kapal selam negara serta pusat PLKN, maka kawasan ini akan menjadi lebih maju dan Datuk Sulizan akan popular.

Dengan duit dari Sentosa Holdings sebanyak RG500 juta ni, tugas menyogok ketua bahagian dalam parti supaya menjatuhkan orang-orang Saiful dan orang yang ada kait mengait dengan penyokong Tengku Jimmy. Benda macam ni biar Ali yang uruskan.

Kemudian modul khidmat negara tu, berdasarkan apa yang diinspirasi di Temasik. Pengetua suruh aku yang fikirkan ideanya untuk aku bantu Bang Iz.

Cuma aku nak Peguam Negara buat kerja cargas sikit untuk halang dua ekor ni daripada jadi Senator. Dan aku nak tengok apa permainan Sultan dalam hal ni. Sebab dia dah tahu Hafiz ni pengikut Tok Aki, dan Tok Aki dengan terrorist.

Aku dah jadi penasihat peribadi Sultan. Jauh lebih berkuasa daripada Perdana Menteri.

--

"Lagu apa ni, Mer?" tanya aku dalam kereta.
"Get Free, The Vines."
"Macam Nirvana je?"

Merlina hanya mengangguk angguk kepala sambil dengar lagu.

"Band Australia ni. Popular ni kat Big Day Out," kata Merlina yang baru balik dari Australia minggu lepas, dia melepak dengan Kimi dengan band Silverchair yang baru melancarkan album baru mereka, Diorama.

"Sampai pun," kata Merlina di sebuah skatepark.

Sekumpulan remaja sedang breakdance dengan lagu hiphop yang kedengaran dari speaker scooter, beberapa budak sedang main skate dan basikal BMX.

"Lagu apa ni?" tanya aku pada Merlina.
"Hot In Herre, Nelly. Kau kena banyak dengar lagu baru la. Banyak benda kau tak tahu ni."

Merlina ke sini untuk shoot advertising untuk seorang pemain skate yang terkenal, Din Tapa. Hari ini untuk shoot iklan minuman coklat, Lymo.

Din Tapa datang dengan Lil Faysh, seorang penyanyi hiphop yang popular di Gelanggayu.

Bila kedua-duanya sampai ke skatepark dengan scooter Gilera, mereka berdua dikelilingi para gadis.

Mengingatkan aku zaman Digital Tribe dulu.

"Kenapa kau senyum?" tanya Merlina.
"Ramai peminat gadis dua orang ni."
"Zaman kau dah berlalu, Alan."

Aku ketawa.

"Tapi, kau masih ada advantage. Kau ada karier."
"Karier apanya, Mer. Aku dah tak jadi menteri lagi."
"Kau lupa yang kau tu anak menantu Tengku Ariffin? Kau masih ada lagi job dengan Wijaya TV. Belum cerita Sultan bagi kau handle Petrogayu lagi."

Aku ketawa orang kaya. Takdelah aku menganggur pun sebenarnya. Ada lagi sumber duit aku.

Merlina enjoy bila buat shooting iklan. Dia macam betul-betul passion dengan job ni. Job macam ni sebenarnya kena faham situasi semasa.

Kalau kau tanya aku, satu apa pun aku tak faham budak-budak pakai seluar seret sampah ni disukai para gadis.

Tapi masa aku muda dulu pun, orang tua pun tak faham kenapa perempuan suka lelaki rambut panjang pakai singlet muka serupa tak mandi masa zaman rock kapak dulu.

"Azlan Muhammad Niat?" tiba-tiba Din Tapa nak bersalam dengan aku.
"Yes?"
"You're the only reason why I love politics, man. What you did to the youth was unbelievable. First time, ada menteri fikirkan isu buli ni isu serius."
"I'm no longer a minister."
"Too bad, sebab youth loves you."

Merlina pandang aku, dengan riak muka impressed.

"Din Tapa ni cakap macam tu sebab dia minat kat Jessie," kata Merlina.
"Hah?"
"Kenapa dengan Jessie?" tanya Din Tapa.
"You're talking to her cousin."
"You cousin Jessica Daniel? Serious la? Damn, kena berbaik-baik ni."

Kenapa nak mengorat Jessica, kena libatkan aku pulak? Teruk betul budak-budak zaman sekarang ni.

"Okay, bro Azlan! We should hang out, tapi kena gerak dulu. Ada hal," Din Tapa fistbump aku.

Budak-budak breakdance ni ajak aku lepak mamak sambil borak dengan Merlina.

Masa melepak tu, kami semua tengok tv dan tengok Menteri Belia dan Sukan yang baru, Kamaruzzaman Yusof, dengan baju batiknya, bercakap tentang gejala black metal dari kalangan remaja.

"Bullshit," kata Sufi, salah seorang budak breakdance.
"Betul tu, bullshit. I mean, kau pernah pergi konsert black metal kan? Bodoh celah mana budak black metal minum darah kambing tu semua? Seks atas Quran. Ni semua fitnah," kata Merlina.
"Siapa yang tulis macam tu?" kata aku.
"Mulanya majalah Mustika, lepas tu, Suara Gelanggayu pickup story."

Aku tergelak bila dengar Suara Gelanggayu yang pickup story bodoh macam ni.

"Apasal lu dah tak jadi menteri lagi?" kata Panjang, sorang lagi mat breakdance.

"Sebab Perdana Menteri ada agenda dia, dan aku tak terlibat dalam agenda dia."

"Bodoh sial Saiful lantik mamat ni jadi Menteri Belia dan Sukan. Dah la skema, lepas tu buat cerita bukan-bukan."

Revolusi bermula bila anak muda mula tak puas hati. Aku senyum. Maknanya kerja menghasut aku dah senang dah.

--

Gejala black metal: Remaja minum darah kambing, seks atas Quran - Suara Gelanggayu

Muzik metal sering dikaitkan dengan lelaki yang berambut panjang, bunyi muzik gitar yang kuat dan nyanyian menjerit, digemari oleh para remaja.

Muzik metal ini sebenarnya sudah wujud sekitar tahun 1970an menerusi kumpulan rock seperti Judas Priest dan Iron Maiden, sebelum ia bercambah dalam beberapa genre seperti thrash metal, heavy metal dan black metal.

Fenomena rock kapak mula dirasai di Gelanggayu sekitar 80an dahulu, namun remaja mula merasakan muzik ini terlalu berpusat ke tema percintaan dan mereka mahu muzik yang lebih keras.

Segalanya bermula apabila beberapa kumpulan metal dari Skandinavia mengambil tema dari buku-buku tulisan pengamal Satanik, Aleister Crowley dan mula mencipta lagu berdasarkan kultus dari ajaran penulis tersebut.

Aleister Crowley, penulis buku Aeon of Horus, mengasaskan kumpulan kultus yang diberi nama Thelema yang mengamalkan hidup seks bebas dan menolak agama yang dikatakan mengongkong masyarakat.

Penularan gejala black metal ke Gelanggayu dikatakan bermula sekitar lewat 80an hingga awal 90an, pada mulanya ia cuma sekadar hiburan.

Namun, apabila segelintir penggemar muzik black metal ini mula menemui bahan bacaan dari tulisan Crowley di internet, yang mula digunakan secara meluas di Gelanggayu sejak 1993, ia mula menjadi movement yang menyebabkan ramai remaja mengambil jalan terpesong.

Skuad SG meninjau sebuah konsert black metal di negeri Ketil, di mana mereka melakukan ritual-ritual pelik seperti meminum darah kambing, melukis pentagram (lukisan berbentuk bintang) dengan angka 666 (dikatakan angka syaitan) dan melakukan hubungan seks di atas Quran sebagai manifestasi menolak ajaran agama.

Menurut pegawai Jabatan Agama Islam Ketil, mereka mendapati terdapat kes-kes seperti murtad dan menolak ajaran Islam dari kalangan remaja.

"Apabila muzik melalaikan umat, maka mereka mula menghasut golongan yang lemah pegangan imannya untuk melakukan perkara ritual yang syirik seperti minum darah kambing dan seks atas Quran untuk mereka menyembah kepada syaitan dan seterusnya menjadi kultus kepada ajaran Crowley ini."

Pihak SG akan terus menyiasat gejala ini dari masa ke semasa.

--

Hafiz

Bila aku baca tulisan Adilah kali ini, aku macam kurang setuju dan rasa dia agak over sikit. Sebab aku sendiri masa remaja pun, aku peminat metal.

Dia pun tahu aku dulu dengan rambut panjang, dengar band-band heavy metal tu semua. Tapi aku takde lah sampai minum darah kambing tu semua. Dan benda-benda yang Adilah cakap tu tak pernah berlaku pun sepanjang aku pergi konsert metal.

Jadi, hari ini aku macam bersikap dingin dengan dia. Sebab tulisan ini mengguris perasaan peminat metal macam aku.

"Koibito, awak ok?" tanya Adilah.
"Entah."
"Entah?"
"Kenapa awak tulis artikel black metal sampai macam tu? Awak pun tahu kan yang saya minat muzik metal masa remaja dulu? Benda ni....ni semua fitnah. Jangan buat benda macam ni."

Adilah ketawa.

"Oooh, pasal tu, hehehe!"
"Apa yang kelakarnya? Awak tahu tak, tulisan awak ni punca orang ramai takut dengan peminat metal. Awak macam nak memburukkan mereka pulak?"
"Don't get personal, koibito. Sebenarnya tulisan ini ialah untuk karier Kamaruzzaman sebagai Menteri Belia dan Sukan. Setiap menteri, perlukan isu untuk jadi relevan. Masa si sial tu jadi menteri, dia perjuangkan isu buli. Saya gunakan isu black metal ni untuk naikkan kuda awak juga."

Aku berkerut dahi, tak faham dengan strategi dia ni.

"Kenapa metal? Kenapa nak cakap benda-benda yang macam tu?"
"Awak kena faham, yang ketakutan ibu bapa, akan menjadi sentimen ke arah undi dalam pilihanraya. Awak tahu kan pemilihan Parti Nasionalis tahun depan? Si sial tu, menurut maklumat yang saya dapat, akan bertanding sebagai Ketua Pemuda. Kamaruzzaman masih tak ada isu untuk ditunggang. Kalau Kamaruzzaman berjaya manipulasikan isu ini, dia akan menang jadi Ketua Pemuda dan si sial tu kalah. Awak ni pun, dulu si sial tu pun buli awak masa di universiti dulu, takkan awak tak ingat? Tapi dia selamba je gunakan isu buli ni untuk political mileage dia. Awak bertenang je, koibito. Nothing personal in politics."

Kadang-kadang aku pening bila tengok cara bini aku berfikir. Tapi memang isu gejala sosial ni mudah dieksploitasi pun.

Dulu masa zaman aku remaja pun, isu bohsia dan bohjan dimainkan. Isu Kurt Cobain bunuh diri pun dimainkan. Senang cerita, remaja memang mudah dijadikan alat untuk kepentingan politik.

Sebab walaupun mereka tak mengundi, mak ayah mereka mengundi dan ini akan memberi keuntungan.

Aku jarang tak bersetuju dengan Adilah, dan yang ini adalah moment-moment aku tak bersetuju dengan dia.

Cuma strategi dia kali ni, aku sendiri pun rasa kurang selesa. Tapi kalau berjaya, memang dia ni bijak dalam komunikasi media, dan tak sia-sia aku bagi dia kendalikan Suara Gelanggayu.

--

Azlan

"Bini si Hafiz ke yang tulis pasal black metal ni?" tanya Ali kepada aku.
"Suara Gelanggayu yang start cerita ni."
"Aduhai, benak ubi jugak rupanya anak Wan Radzi ni. Takpe, hari ni aku ikut bebudak tabligh ni. Dorang nak berdakwah kat gig metal. Kau nak ikut?"

Aku berkerut pandang muka Ali.

"Apa ke halnya kau nak berdakwah kat tengah gig ni, Li?"
"Itulah kau. Kau fikir kat gig tak boleh nak berdakwah ke? Kau mesti tak pernah dengar taqwacore."
"Taqwacore?"
"Lagu metal, tapi berdakwah tentang Islam."

Subculture mana pulak yang Ali bergaul ni. Pelik semacam je.

"Aku bergaul dengan semua jenis orang, Lan. Dari kutu-kutu rayau ni, sampai geng tabligh ni. Bumi Allah ni luas, mana-mana pun kau boleh berdakwah. Islam tak pernah meminggirkan anak-anak muda ni. Islam bukan agama yang prajudis," kata Ali.

Tapi memikirkan Ali ni seorang yang memang well-connected, dan aku juga nak tahu macam mana Ali bina struktur dia, aku rasa baik aku ikut. Daripada tak buat apa-apa. Lagipun tu kawasan Tanjung Emas, kawasan Bang Iz.

Bang Iz mesti suka, sebab ni boleh naikkan undi kawasan dia.

"Okay, aku terbuka hati dan minda nak join geng-geng tabligh dan taqwacore kau ni. Aku bawak Merlina dengan Ardan sekali untuk shooting, boleh?"
"Boleh, lepas ni masukkan kat rancangan Al-Kuliyyah setiap petang Jumaat kat Wijaya TV. Sabtu ni aku ada ikut dakwah kat Lorong Haji Shuib. Nak dakwah golongan penagih tegar, pondan, pelacur tu semua. Bebudak tabligh ni takut nak ke situ, tapi kalau ada aku, takpe. Kawasan tu semua kenal aku."

Lain macam betul networking Ali ni. Dia betul-betul sentuh the underbelly of society ni. Golongan yang sentiasa dipinggirkan oleh arus perdana.

Tapi vox populi vox dei. Setiap satu daripada mereka ini adalah pengundi. Mereka juga ada suara dalam negara ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro