Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2001 part 5

Azlan

Sejak Luqman bunuh diri dan tidak lagi menjawat jawatan isteri Perdana Menteri, Natasha nampak lebih ceria.

Kami makan di St Pierre bersama Jessica, yang baru sahaja selesai habis peperiksaan Sijil Pelajaran Gelanggayu.

Entah kenapa aku masih pandang Jessica macam dia budak kecik dulu. Habit dia goyang-goyang kaki sambil makan bila sebelah aku daripada dia darjah satu sampai dah habis sekolah pun tak hilang.

"Lepas ni, nak sambung belajar mana?" tanya aku.
"Boring la abang bagi soalan standard orang tua ni. Bagi la soalan, Jessie, dah ada pakwe ke belum?"

Ketawa aku dan Nat. Budak zaman sekarang advance betul.

"Ehhh, dah advance sekarang ya, Jessie?"
"Uncle Alan dengan Aunty Nat dulu lagi advance!"
"Siapa pakwe Jessie ni?" tanya Nat.
"Ardan nama dia. Orang panggil dia Art Ardan. Kenal dia kat MiRC gath hari tu. Dia kerja design kat company Kak Mer."
"Ya Allah, dengan si Ardan tu jugak kau bercinta?" aku tepuk dahi mendengar kata Jessica.

--

Menaiki kereta dengan Jessica memang pening kepala. Sepanjang dalam kereta, dia je control radio. Tak ada lagu orang tua langsung.

Tadi tu lagu First Date, dari Blink 182. Aku tak faham macam mana punk boleh jadi mainstream. Punk aren't supposed to be mainstream.

Ali yang aku rasa dia dah punk lama pun rasa bersetuju dengan pendapat aku.

"Tak punk langsung Blink 182 ni," kata aku.
"Uncle, band paling punk, pada uncle, siapa?"
"The Stooges, Ramones, Sex Pistols..."
"Kalau letak band tu kat Island Jamboree ke, Summer Sonic ke, confirm tak ramai datang. Tapi kalau bawak Blink 182, penuh satu pulau tu."
"Entah, tak mengikut peredaran zaman betul," kata Nat, dari tepi, menyampuk.

Dulu dia yang kutuk lagu budak muda, sekarang dia pulak join aku.

Lagu Everywhere dari Michelle Branch berkumandang.

"Lagu ni lagu favorite Aunty!" kata Natasha.
"Really? Nama dia Michelle Branch, and I really want to be like her," kata Jessica.

Sambil dengar lagu dalam kereta, aku terfikir nama dia ni sejenis nama yang boleh dimarketkan di pasaran antarabangsa.

"Jessica Daniel, macam boleh market je nama ni kat US?" kata aku.
"Kan? Nak tak buat album kat US? Aunty Nat ada kenal orang kat sana?"
"Nak ke dorang terima orang Melayu Asia kat sana ni, aunty?"
"Cuba la try, why not? Michelle Branch pun half Majapahit, half French."
"Aunty bolehlah ada half-half! Saya pure Melayu!"
"Tapi nama Jessica," kata aku.
"Bukan Jessie yang mintak nama tu la, mommy laaaaa!"

Lupa dulu Mak Su ada satu period dia rasa diri dia bukan Melayu.

--

Aku bertemu dengan Amira, kawan kepada Natasha yang kini menjadi aktivis alam sekitar. Scene environmentalism ni agak kuat di kawasan suburban kaya Wijayapura ni.

Mereka ni, apa yang George Carlin cakap, hanya peduli pasal alam sekitar untuk nampak diri mereka penting, sedangkan mereka sendiri pun consumer.

Tapi aku tak boleh nak kutuk sangat dorang ni, sebab buat masa ni, aku perlukan mereka untuk jadi askar politik aku menentang Hafiz.

Kalau dia bangkitkan isu aku dengan Adilah dulu, aku pun boleh bangkitkan isu dia songlap duit studio dulu semata-mata nak pikat hati Adilah.

Aku memang jahat, tapi Hafiz pun bukannya baik sangat.

Sekarang, strategi aku ialah gunakan Natasha untuk Adilah tabur duit ke NGO-NGO macam Amira buat ni. Adilah ingat dia gunakan Natasha untuk serang aku.

Aku tahu, hari tu Suara Gelanggayu taja rancangan Feminis yang diacarakan Cindy. Dan nak gunakan Cindy untuk serang aku. Dan aku akan gunakan Amira untuk serang Hafiz.

Korang dah nampak kan permainannya macam mana sekarang?

--

"Ni gambar-gambar satelit kat hutan simpan yang diteroka Tengku Ahmad dan Datuk Seri Hafiz," kata aku, menghulurkan gambar tersebut pada Amira.

"Berapa hektar ni?"
"100,000 hektar."
"Luasnya."
"Nampak tak dua bukit ni? Ni punca sungai kaum Semoi dan Temian tinggal. Kat hulu sungai dah tercemar akibat ketamakan," kata aku.
"You nak I bising pasal isu ni ke? Ala Nat, you kan tahu, dulu I crush dengan mamat Hafiz ni," kata Amira sambil pandang Natasha.
"Kenapa? You tak sanggup buat ke?" tanya Natasha.
"Anggaplah you buat ni sebab dia reject cinta you," kata aku.
"Bodohlah Alan ni!" Amira ketawa.

--

Aku berbual dengan Natasha selepas habis meeting dengan Amira tentang isu ni. Aku tanya dia, dia side mana antara perang aku dan Hafiz ni.

"Don't get personal, tau?" kata Natasha.
"You mean?" tanya aku balik.
"I kena dilihat side dengan Adilah and not you, sebab kalau tak, we all tak dapat funding ni semua."
"Tapi dia tak kisah ke you dengan I lepak ni?" tanya aku.
"So far, dia tak cakap apa-apa pun. I berhati-hati dalam hal ni."

Natasha ni pun ada perangai jenis main banyak kolam. Aku kena berhati-hati dengan dia juga ni.

Because in politics, nothing is personal.

Aku cadang untuk ke rumah Nat untuk tengok anak aku, Rachel, yang dah umur setahun.

Rachel ni tua beberapa bulan je dari anak aku yang lagi satu, Jugra. Walaupun dalam surat beranaknya tulis nama Nurul Hilda Cleo Rachel binti Luqman, tapi hakikatnya aku tahu ni anak aku.

Ada kemungkinan Luqman bunuh diri sebab dia dah tahu yang Rachel ni bukan anak dia. Aku syak dia buat check DNA.

I'm so sorry, Luq. Tapi kalau kau tanya semua orang pun, semua orang pun cakap, you don't deserve Natasha.

All is fair in love and war.

--

"Daripada apa yang saya nampak ni, Kak Mina, Azlan bakal kena game dengan Saiful. Ye lah, walaupun Saiful tu dulu kerja bawah dia, tapi sekarang ni, Azlan yang kerja bawah Saiful," kata Merlina.

"Jadi, macam mana ni?" tanya Mina.

"Apa kata Wijaya TV buat event, lepas tu bawak seramai orang muda yang boleh."
"Ramai tu macam mana? 10,000?"
"Nope, kalau boleh setengah juta orang."
"Haaaa?" Mina ternganga.
"Macam ni. Nak tarik orang muda ni, senang je. Kita buat konsert free. Kita panggil Linkin Park."
"That band? Mahal! Kita nak bayar tempat lagi."
"Yang penting Azlan ada dekat situ. Dia kawan pernah main muzik dulu. Now imagine, how proud the teenagers will be bila dia ada Menteri Belia dan Sukan yang main muzik dengan the biggest band in the world right now. So, let's say kalau Saiful pecat Azlan, you will see the next menteri takkan disukai langsung oleh golongan muda. Then, Azlan dengan Shahrizal boleh jatuhkan Saiful dengan mudah."

Mina terkebil-kebil.

"Gunakan segala kelebihan yang Azlan ada. Dia tengah popular tu, jadi inilah caranya untuk menguasai parti."
"Mer, you're genius!"
"Dengan cara tu, barulah akak boleh tutup cerita skandal Mauritius tu. Because kalaupun benda tu betul, at least biar benda tu private dekat akak je."
"Mer, you ada idea tak macam mana nak rid off Nat dari Azlan?"

Merlina diam, dan berjalan mundar-mandir di pejabat.

"Kalau nak buat orang takut, kena kejam, kak," kata Merlina.

Mata Mina tiba-tiba seperti dapat idea yang cukup bernas.

"Akak tau apa akak nak buat. Thanks, Mer. Kat Mer je, akak boleh percaya sekarang."

Perut Merlina berbunyi tanda lapar.

"Haaaa, tengok tu? Kan dah lapar. Macam ni, akak call istana, suruh dorang hantar makanan yang sedap-sedap untuk Merlina."
"Kalau nak kambing golek sekalipun dorang hantar ke?"
"Kalau Mer order unta golek pun dorang akan hantar. Tapi lambat la, sebab nak bawak unta ke sini dulu."
"Hahaha, gurau je la, akak. Mer nak simple-simple je. Nasi goreng pattaya je kat mamak. Tak payahlah call istana. Susah-susah je."
"Nasi goreng kambing pattaya? Air?"
"Kopi o ais."

Melihat Mina mula mempercayainya, Merlina mula memikirkan rancangannya untuk menguasai iklan di siaran tv syarikat Mina.

"Akak balik dulu ya?" Mina salam Merlina sebelum pulang dan menolak stroller Jugra.

"Hmmm, bau duit," kata Merlina bila bau tangannya selepas bersalam dengan Mina.

--

Selepas berjumpa dengan Merlina, Mina membawa Jugra ke kedai menjual peralatan bayi untuk membeli permainan dan susu tepung untuk Jugra.

Ketika sedang berjalan menuju ke kedai bayi, Mina nampak Azlan dan Natasha berpegang tangan sambil Jessica mengikut mereka dari belakang.

"Sial punya betina. Dah mati laki pun nak kejar laki orang lagi," Mina mengetip gigi sambil menyumpah seranah.

Dia nampak Jessica, dia rasa macam nak marah dengan sepupu Azlan itu, tapi dia cuma budak remaja yang tak tahu apa-apa.

Lagipun Azlan sayangkan sepupu dia tu. Dia tak boleh nak apa-apakan saudara-mara yang kebetulan anak kepada adik Faridah.

Dia cuma marah dengan Natasha sahaja. Mina kemudian menghubungi pakcik kesayangannya, Tengku Norman.

"Uncle, I need help."

--

"Itu la, dulu aku pun rasa pelik, kenapa si Azlan tu jugak kau kejar. Sekarang, dia pasang skandal belakang kau, kau nak aku buat apa?" tanya Tengku Norman.
"Uncle target Natasha je. Dia tu yang menggatal."
"Kalau Natasha je yang menggatal, Azlan tak layan, tak jadi hal. Aku dah tahu lama dah. Aku tahu, yang suruh Natasha ni goda suami kau, ialah si Jeneral sial tu."
"Uncle, tolonglah Mina. Betina tu nak rosakkan rumahtangga Mina."
"Beginilah. Sekarang ni, aku dah tak kawal lagi Sayap Kuning, sebab lepas aku ditabalkan jadi Sultan, tugas tu dikawal oleh Tengku Mahkota."
"Tengku Danish?"
"Ya, aku tau kau pun meragui perkara tu juga. Jadi sementara waktu, kau tanya la ayah kau."
"Mina tak nak perkara macam ni ayah tau. Habis Azlan nanti. Dulu, masa Azlan ada kes dengan Adilah, susah nak pujuk dia."
"Habis tu, kau nak aku buat apa? Apa kata kau sendiri yang tanya pada Sayap Kuning."
"Nanti Wan Radzi tau, Adilah tau. Mereka tu dah la orang Jimmy."
"Macam ni lah, Mina. Biar uncle slow talk dengan Azlan. Kau tak payah nak serabut lagi. Balik rumah ni, jangan cakap apa-apa pasal Natasha dengan Azlan. Faham?"
"Tapi uncle...."
"Biar aku je yang slow talk dengan dia."
"Baik, uncle," kata Mina dengan lemah.

--

Azlan tiba di rumahnya di 2, Jalan Cendana, dan nampak Mina sedang bermasam muka, sedang menyusukan Jugra.

"Kenapa muka tu panjang je bila I balik?" tanya Azlan sambil melonggarkan jam tangannya.

"Awak buat apa dekat Paragon Mall?"
"La, saya kan dah beritahu pada awak, saya beli barang untuk Jessica."

Mina geram tengok muka Azlan yang langsung tak cuak atau menimbulkan perasaan syak yang dia dah tahu tentang hubungan dengan Natasha. Azlan pandai play it cool.

"Uncle Norm nak jumpa awak petang ni," kata Mina.
"Okay, baik. Awak ikut ke?"
"Awak sorang je."

--

Azlan

Petang tu aku bertemu dengan Tengku Norman, yang bakal menjadi Sultan tidak lama lagi. Aku rasa ni mesti isu orang-orang dia dah nampak aku dengan Nat dekat Paragon Mall.

Tapi aku kena bertenang. Dalam masa sama, aku rasa aku kena kurangkan bertemu dengan Natasha kalau pergerakan aku dan dia sudah mula dihidu.

"Ampun tuanku..."
"Aku belum jadi Sultan, Azlan. Kau tu suami kepada anak saudara aku. Duduk," kata Tengku Norman.

Kami berdua duduk di anjung istana, yang menghadap bandaraya Wijayapura dan Laut Wijaya.

"Azlan, aku tak kisah kau nak jadi playboy ke apa. Aku tak kisah berapa ramai pun skandal kau. Kau ada kemampuan, itu bukan masalah aku."

Aku dah agak dah. Tapi memandangkan dia bakal jadi Sultan Gelanggayu, aku tak boleh menyampuk.

Butler istana tuangkan air sejuk ke cawan.

"Hari ni masak apa?" tanya Tengku Norman.
"Ampun tuanku. Kalau tuanku nak santap apa sahaja, kami akan sediakan."
"Bagi kami berdua, grilled red herring dengan baked Peruvian potato."
"Menjunjung titah, tuanku."

Tengku Norman kembali memandang ke arah mata aku.

"Mina tu, dia sayangkan kau. Berkali-kali dia selamatkan kau. Kalaupun kau ni playboy, jangan tunjuk dekat orang. Arwah ayah kau, sebelum kahwin dengan ibu kau, Faridah, dia playboy. Dengan cikgu sekolah pun dia boleh mengorat."

Aku tersenyum. Aku tau kisah tu.

"Tapi, lepas arwah ayah kau kahwin dengan ibu kau, Ipin cerita dengan aku pasal dia. Dia takde melencong ni. Habis kerja, terus balik rumah. Lagipun, kau dah ada anak sorang, Azlan. Cuba kau beritahu aku, apa kurangnya Mina berbanding Natasha tu?"

Suara aku tersangkut di tekak, susah untuk aku menyuarakan apa yang aku rasa.

"Kau tak perlu takut dengan aku, Azlan. Kau dengan aku. One by one. Man to man."
"Uncle tahu kan, saya kenal Nat sejak dari Kolej Melayu lagi."
"Tahu. Tapi tu kisah sekolah, Azlan. Kau tahu tak, sebab kau, Luqman bunuh diri dalam pejabat. Pejabat Perdana Menteri pulak tu. Kau bayangkan, Presiden Abdurrahman Wahid dari Majapahit telefon aku. Raja Fahd al-Saud telefon aku. Presiden Bush telefon aku. Prince Charles telefon aku. Semua tanya, apa dah jadi dengan Perdana Menteri Gelanggayu. Takkan aku nak jawab, Perdana Menteri aku bunuh diri sebab tak boleh terima hakikat, yang isteri dia kena rampas dengan Menteri Belia dan Sukan dia? Aku cuma jawab, meninggal sakit jantung. Betapa tebal muka aku ni nak menghadap perkara macam tu."
"Maafkan saya, Uncle."
"Hafiz tu, dia berkali-kali nak hancurkan hidup kau. Dia minta aku hancurkan hidup kau. Aku, kalau kau tak kahwin dengan Mina, anytime je. Lagi pulak, kau tu golden boy Jeneral Yahya."

Red herring bakar bersama kentang Peru dihidangkan di meja makan aku. Aku tunggu Tengku Norman makan dulu mengikut protokol.

"Azlan, kau dah dewasa. Fikirlah elok-elok. Kau dah ada isteri, dah ada anak. Kalau susah sangat, kau kahwin je dengan Natasha tu, supaya tak jadi buah mulut orang. Tapi janganlah duduk di sini. Dia baliklah ke Jerman..."
"Ibu dia orang Denmark."
"Ha, Denmark. Dekat sini, kau dengan Mina. Aku faham, dulu almarhum ayahanda aku, Sultan Aminul Rasyid, pun ada skandal. Pramugari private jet dia. Tapi entah macam mana, bonda dapat tahu dan arahkan Sayap Kuning bunuh dia."

--

Balik dari bertemu dengan Tengku Norman, aku rasa aku faham apa maksud dia. Tapi bukan senang aku nak padamkan Natasha dalam hidup aku.

Dia adalah cinta hati pertama aku. Dan aku masih cintakan dia. Tapi bila perkahwinan demi kuasa yang telah diaturkan oleh Pengetua dan Tengku Ariffin ini, menyebabkan aku rasa terikat.

Mina tak pernah faham perasaan aku. Apa yang dia nak semuanya ikut cakap dia. Sebagai seorang lelaki, aku rasa seperti terikat.

Tapi aku takkan mampu menentang keluarga al-Daulah. Dan kira moleklah Tengku Norman cakap elok-elok dengan aku, bukan kena pukul dengan Sayap Kuning.

Inilah beban yang aku terpaksa tanggung akibat percaturan orang tua.

Aku harap Jugra tak perlu tanggung beban macam aku bila dia besar nanti. Kalau dia nak kahwin, biar dia sendiri yang tentukan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro