
2000 part 3
"Aunty Dila, ni souvenir untuk Aunty Dila," kata Kimi sambil menghulurkan patung burung Dodo kepada Dila.
"Terima kasih Kimi! Sekarang, aunty nak tahu, video tu ada tak?"
"Eh, mestilah ada," Kimi senyum.
"Bijak betul Kimi hasut mereka jatuh cinta. Dan sekarang, aunty dah ada CD ni."
"Kimi join group Uncle Ali. Lepas tu, ada kenal dengan Abang Kecik. Hari tu, Abang Kecik ada cerita, pasal stadium terbakar tu. Dia kata dia yang kerja kat Shell masa kejadian stadium dibakar tu. Dia cakap dia tak ingat muka, tapi dia ingat kereta dan huruf plate kereta, cuma tak ingat nombornya."
"Kereta apa? Apa nombornya?"
"Toyoto Corolla AE86, plat huruf WAN. Warna putih."
Adilah senyum sebab dia ingat masa dia crush dengan Azlan dulu, dia pernah melawak yang WAN 1437 tu sebab nama depan dia, Wan.
Tapi dia senyum bukanlah sebab dia bernostalgia teringat perasaan dengan ex crush, tapi sebab dia dah berjaya menjawab segala persoalan yang tertanya dalam dirinya selama ini.
"Sebelum pilihanraya, Aunty Dila nak interview dia," kata Adilah.
--
"Kau dah kenapa tiba-tiba Dila panggil kau ni?" tanya Ali pada Kecik.
"Dia nak interview saya."
"Celakak, kau bukannya politisyen pun. Dah kenapa dia nak interview kau?"
"Katanya nak tanya pasal kebakaran stadium 1989."
Ali terdiam dan tiba-tiba teringat pesan Hafiz dulu.
"Kenapa, kau tau ke siapa yang buat?"
"Tak tau, tapi dia pakai kereta Toyota Corolla AE86 warna putih."
Ali berfikir panjang apa dia perlu buat.
"Kenapa bang Ali?"
"Kereta macam tu biasa la, banyak kan?"
"Biasa la. Kereta macam tu banyak. Entah siapa yang buat."
"Betul jugak cakap kau. Dayah yayang!"
"Ya abang Ali darling?"
"Hari ni awak tak payah masaklah. Hari-hari saya tengok awak asyik masak je. Tak penat ke? Meh la saya belanja awak makan sedap-sedap."
"Saya memang suka masaklah, abang Ali darling."
"Ye lah tapi chef antarabangsa tu sekali sekala makan luar juga. Apa kata hari ni saya bawa awak makan nasi Arab?"
"Saya ikut je awak, abang Ali darling."
"Pukul berapa kau nak jumpa Dila?"
"Petang."
"Gini, aku sebenarnya tahu siapa buat tu."
"Siapa bang?"
"Orang Diamond Hijau. Saja nak bikin kacau kat situ."
--
Kimi sedang menonton Channel V di Angkasa TV, channel muzik yang memaparkan lagu-lagu popular.
Lagu Nookie dari Limp Bizkit berkumandang.
"Kimi, slow sikit, baby-baby saya nak tidur," kata Adilah.
Kimi rasa Fred Durst ni unik. Walaupun ramai kawan-kawan dia benci betul muzik Limp Bizkit, dan dia sendiri pun tak suka, tapi dia berpendapat dari segi imej dan cara dia mengembangkan populariti, sangat bijak.
Muka mamat Fred Durst ni kalau kat Amerika ni, bersepah je kat mana-mana, tapi macam mana dia boleh dapat skandal dengan Britney Spears?
Di Amerika, untuk berkuasa, kena ada endorsement selebriti. Pada pendapat Kimi, walaupun muzik Limp Bizkit ni sampah, tapi Fred Durst mempunyai pengaruh TV yang kuat.
Ditambah pula dia pandai menggunakan imejnya sebagai 'bad boy' dengan pakai topi merah New York Yankees yang kini mula menjadi trend anak-anak muda masa kini.
"Hi, it's me Donita Ramos from Channel V, that's Nookie from Limp Bizkit. After this we are going to play the best music, so stay tuned!"
Kimi terkejut, gitaris The Polka Dots pun sekarang dah tinggalkan underground dan jadi VJ channel muzik, Channel V.
Ting nong!
"Kimi, tengok siapa datang tu?"
Kimi bangun dari kerusi sofa, dan berjalan menuju ke pintu.
Kelihatan Ali dan Hidayah bersama Kecik.
"Bro Ali, Bro Kecik!" kata Kimi.
"Kau duduk sini jugak ke?" tanya Kecik.
"Takde bang, ni rumah makcik saya."
"Kak Dila ni makcik kau? Abang Hafiz ni kira pakcik kau la?"
"Ye, betul tu Bang Kecik, jemput la masuk."
"Kimi, ni aku dengan Dayah belikan bantal Spongebob untuk Mili dengan Alif. Hadiah untuk baby," kata Ali.
"Bro Ali masuk la dulu, nanti saya panggil Aunty Dila."
--
"Amboi, comelnya anak dorang ni, abang Ali darling!" kata Dayah sambil mendukung Mili.
"Oleh itu, jom la buat anak, Dayah sayang."
"Ish abang Ali darling ni. Jangan la cakap kuat-kuat kat sini. Dengar budak Kimi tu karang."
Sementara itu, Adilah mengambil tape rakaman, buku nota dan kamera camcorder untuk merakam perbualan antara dia dan Kecik.
"Awak dah bersedia?" tanya Adilah.
Mereka berdua duduk di tepi kolam renang yang ada kerusi santai. Dan untuk melindungi identiti Kecik, kamera diambil dari belakang Kecik dan tunjuk muka Adilah sahaja yang sedang menemuramah.
"Kecik baca ya skrip ni. Nanti saya tanya, awak jawab ikut skrip tu. Relax, be natural, okay?"
"Okay, Datin Seri."
"Nama Leman tu saya main letak je tau, sebab nak lindungi identiti awak."
--
Adilah: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Datin Seri Wan Adilah Radzi. Kita bertemu lagi dalam segmen eksklusif Suara Gelanggayu. Saudara sekalian, dalam beberapa hari sahaja lagi, negara akan menganjurkan kejohanan bolasepak yang berprestij di benua ini, Piala Asia 2000.
Tetapi dalam kita meraikan bintang-bintang bolasepak peringkat Asia untuk bertandang di negara kita bagi beraksi dalam kejohanan ini, kita hampir terlupa, tentang kejadian kebakaran stadium di Puncak Jaya, 11 tahun lalu, yang mengakibatkan 26 kematian.
Dalam kita merayakan pengunjung dari luar untuk menyaksikan perlawanan bolasepak ini, janganlah kita lupa pada 26 orang penyokong bolasepak Puncak Jaya yang ke stadium pada hari malang tersebut, dan tak kembali.
Bersama saya, saksi kejadian. Assalamualaikum, perkenalkan diri anda dan ceritakan apa yang berlaku.
Kecik: Hai, nama saya Leman. Masa kejadian stadium terbakar tu, saya bekerja sebagai penjaga pam minyak di stesen Shell di Seksyen 14, Puncak Jaya.
Adilah: Apa yang awak ingat masa kejadian tersebut?
Kecik: Masa tu, malam dalam pukul 8 macam tu. Masa tu, saya dan kawan saya tengah bersembang tentang satu lagi kejadian kebakaran di dalam universiti. Dengar cerita ada seorang budak perempuan terbakar dalam bangunan tu.
Masa tengah bersembang tu, ada sorang brader ni, pakai kereta Toyota Corolla warna putih, tapi dia pakai baju hoodie, dan tutup mulut. Nampak mata sahaja. Dia pakai serba hitam.
Saya masa tu cuak la dengan member saya, tapi member saya cakap, rilek dulu. Sebab ingat kami bakal kena rompak.
Sekali dia hulurkan duit. Nak isi minyak. Lega la kami.
Adilah: Sekadar nak isi minyak je lah?
Kecik: Dia bawa jerrycan besar dan suruh isi minyak kat situ. Saya pun isi je lah minyak tu. Kot-kot dia nak tolong kawan dia, kereta tersadai kan?
Adilah: Bila Leman sedar yang lelaki tu mempunyai kaitan dengan kejadian bakar stadium tu?
Kecik: Masa malam kejadian tu, orang ramai tiba-tiba bising-bising lalu depan jalan. Saya tengok jam, eh game bola baru start, apasal orang balik pulak ni. Saya pun sibuk la tanya kat orang ramai tu, apa sudah jadi, game belum habis semua orang dah balik. Dan dorang jawab, stadium terbakar.
Saya tanya la, macam mana boleh terbakar tapi orang ramai tak tahu. Kemudian, saya pun cakap dengan kawan saya, jaga kejap stesen minyak, sebab saya nak ke stadium.
Masa saya lalu depan stadium, pihak bomba baru nak setting nak padam kebakaran. Dan api dah menyala sampai ke bumbung.
Pada mulanya saya anggap kejadian tu short circuit je, tapi lepas saya baca dalam website Suara Puncak Jaya, ada gambar-gambar lama stadium tu, dalam tulisan tu, ada gambar jerrycan di tepi semak.
Adilah: Dan awak cam jerrycan tu?
Kecik: Ya, sebab saya yang isi minyak dalam jerrycan selepas lelaki berbaju hitam tu bayar.
Adilah: Awak biasa ke Stadium Puncak Jaya?
Kecik: Stadium tu stadium lama. Kalau tak silap, ada bahagian yang masih binaannya dengan kayu. Walaupun grand stand bina pakai batu.
Stadium tu menurut bapak saya, dah ada masa zaman sebelum merdeka lagi. Stadium zaman British. Saya selalu pergi ke stadium tu sebab sekolah rendah saya selalu buat Hari Sukan kat situ.
Adilah: Encik Leman cakap, lelaki tersebut memakai kereta Toyota Corolla AE86.
(Adilah keluarkan sekeping foto, gambar kereta Azlan pada tahun 1990)
Adakah kereta itu, seperti dalam gambar ni?
Kecik: Ya, kereta ni. Orang cakap dia gangster geng Diamond Hijau.
Adilah: Adakah saudara Kecik berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa kes ini merupakan kes kecuaian kelab bolasepak Puncak Jaya dan terus menutup kes?
Kecik: Sebagai saksi kejadian, saya kesal sebab pihak mahkamah terus tutup kes tu, tak siasat betul-betul. Saya harap lepas ni, kes ini dibuka semula untuk keadilan semua mangsa yang terlibat.
Adilah: Ya, kita harapkan keadilan dapat dicapai nanti. Justice for the 26. Saya Datin Seri Wan Adilah Radzi melaporkan dari Suara Gelanggayu.
--
Balik rumah tu, Kecik termenung panjang, dia rasa macam pelik, macam mana Puan Adilah boleh ada gambar kereta yang sama dengan lelaki yang dia jumpa masa kejadian tu.
Anak buahnya, Joni dan Lias tengah rilek makan roti canai sambil dengar lagu A-Boi Yang Penting Happy, tengok bosnya tengah termenung.
"Bos, kenapa bos termenung ni?"
"Joni, kau ingat tak stadium terbakar tu?" tanya Kecik.
"Ingat tak ingat la. Saya darjah dua masa tu. Kecik sangat."
"Sebab pelik, macam mana Puan Adilah boleh ada gambar kereta tu? Puan Adilah kenal ke siapa yang buat tu? Kalau dia kenal, kenapa dia tak report je polis? Kenapa dia nak buat spekulasi macam ni?"
Joni dengan Lias dah tak peduli lagi dah dengan bos dia bila dah makan roti canai. Lapar betul dorang berdua ni.
--
Adilah
Azlan geng Zamrud Hijau? Kecik ni, kawan Ali. Ali ni, Gagak Merah. Gagak Merah dan Zamrud Hijau bukankah mereka bermusuh?
Memang la Izham dan Rahizan berdamai tahun 1990 macam tu, tapi peristiwa ni berlaku semasa mereka masih lagi bergaduh atas kematian Imad?
Ni mungkin taktik Pengetua, pecahkan Ali dan Azlan untuk kuasai gangster masing-masing. Apa niat ya ek?
Aku jadi hilang keruan masa pantang ni. Aku kena berlakon jadi ibu mithali tiap kali kalau Hafiz atau mak mentua atau adik ipar aku datang rumah. Ni semua Jimmy punya pasal!
Sekarang sebab aku dalam pantang, aku tak boleh nak main serbuk lada sulah. Aku jadi buntu kalau tak ada benda ni. Aku macam Sherlock Holmes, perlukan dadah tu untuk aku berfikir lebih tajam lagi.
Kalau betul Azlan ni geng Zamrud Hijau, lagi senanglah aku nak gaduhkan dia dengan Ali.
--
Ali
Aku sengaja suruh Kecik cakap macam tu. Dari awal lagi aku dah suspek siapa yang bakar stadium tu. Aku tahu siapa sebab aku dah kenal sangat perangai orang tu.
Tapi dia adik aku. Dah jadi amanah kepada aku untuk jaga dia walau macam mana sekalipun. Dengan aku kona cerita yang bakar tu adalah geng Diamond Hijau, ni adalah rancangan serampang tiga mata aku.
Pertama, untuk laksanakan apa yang Bang Iz suruh, iaitu musnahkan Diamond Hijau. Kedua, aku boleh tarik ramai budak geng-geng ultras hooligans Puncak Jaya FC tu join Ayam Hitam. Dan ketiga, aku nak kelirukan Adilah.
Aku masih tak dapat lagi kelemahan Hafiz ni. Kelemahan Luqman senang je, aku supply dadah. Kelemahan Jimmy dan Adilah pun macam tu.
Aku call budak aku, Fayshal nama dia. Budak hiphop, orang panggil dia Lil Faysh.
"Wassup bro Ali, yo man!"
"Wasap, wasap. Bagi salam la."
"Sorry, sorry bro Ali. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Faysh, nanti, aku nak mintak tolong kau sikit la."
"Apa dia?"
"Kau kenal tak, Tengku Jimmy."
"Ooo yang selalu beli serbuk lada sulah dengan kita tu...kenapa ya bang?"
"Next time dia beli, kau boleh tak tanya pada dia, birthday Hafiz bila?"
"Hafiz FizzyTech ke bro?"
"Ya."
"Kenapa bro?"
"Nak buat surprise party."
--
"Macam ni je logo Parti Nasionalis kau, Mer? Punyalah mahal aku bayar kau. Wei, ni first time kau mengecewakan aku," kata Faridah, cekak pinggang.
"Apa pulak mengecewakan? Cuba aunty tengok logo ni. Huruf N. Warna merah. Dari jauh kita boleh nampak huruf tu."
"Tapi asal takde lambang apa-apa? Logo bunga ke, keris ke, apa-apa je."
"Sebab kalau kita guna keris, kita akan offend puak dalam Parti Jujur. Bulat ni adalah tanda muafakat. Huruf N merah bermaksud Nasionalis."
"Eh, Mer. Jangan la macam ni..."
Mina masuk dalam kedai.
"Aunty, dah siap dah logonya?"
"Kau tengok la apa Mer buat ni?" Faridah buat muka stress.
"Eh, cantik la lambang ni. Simple. Orang kata apa ya Mer...."
"Minimalis."
"Yes, exactly! Orang muda suka lambang simple macam ni."
"Hah? Takat huruf N macam ni kau cakap cantik?" Faridah pening kepala.
"Ibu, walaupun ini cuma satu huruf, tapi yang penting font ni. Font ni apa namanya...Helvatica Neue ke?" tanya Mina.
"Bukan. Ni Futura. Tapi sedara la kepada Helvatica Neue," kata Merlina.
"Ya, ibu. Sekarang ni orang nak pakai logo simple je. Lagipun nak cetak pun senang."
"Daripada logo kuda, logo harimau, logo ikan, ingat ni pertandingan zoo ke?" kata Merlina.
"Mer, kalau awak masuk dalam parlimen tu, memang perangai dorang macam kat zoo pun. Bisingnya!" kata Mina.
"Dah kalau Mina pun setuju, aku ikut je lah," Faridah menyerah dengan pendapat orang muda.
"Lagipun yang akan approve logo ni, Natasha. Dia mesti perasan logo tu sebab nama dia punya," kata Mina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro