Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2000 part 1

Hafiz

"Hey, Fiz! Cepatlah sikit, kapal terbang nak gerak dah tu. Tak puas lagi ke tengok muka bini? Cuti lama kot," kata Jimmy kat tepi pintu.

"Awak, dia bukan tak puas tengok muka saya lah! Dia tak puas tengok muka si Alif dan Mili ni!" kata Adilah yang berbengkung, sedang makan lauk orang berpantang, ikan rebus dan sayur ulam.

"Kejap, kejap! Muaaahh! Sayang anak abah! Abah nak pergi kerja dulu! Tatatititutu Alif! Mili!"
"Alif dan Mili je?"
"Awak sekali, koibito!"

"Woi cepatlah kaubuto! Nak bercinta karang la. Aku ada projek $1 billion nak kejar kat Nicaragua ni!" kata Jimmy, yang merupakan saudagar kopi.
"Alright, alright! I love all of you! Muah muah!"

Adilah bagi flying kiss pada Hafiz, dan Hafiz buat-buat tangkap, dan letak dalam hati.

"Masa cuti hari tu, tak cukup ke sweet, setan?" kata Jimmy.

Penerbangan kali ini, aku dan Jimmy mewakili Majlis Perdagangan Antarabangsa Gelanggayu (GITRADE).

Baru-baru ini, aku telah dilantik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Maritim, Datuk Izzuddin Yusof, untuk menjadi Presiden GITRADE.

Datuk Izzuddin merupakan supporter terkuat Luqman masa Luqman '95, dan menjadi MP Pelabuhan Layar.

"Aku ada soalan untuk kau, Fiz?" tanya Jimmy dalam kereta.
"Apa dia?"
"Kau memang takkan maafkan si Azlan tu ke?" Jimmy light cigar dalam kereta.
"Bukak la tingkap tu, terbatuk aku."

Jimmy buka sedikit tingkap.

"Kau rasa?" aku tanya balik pada Jimmy.
"Kita bermaaf-maafanlah. Kan sekarang Kongsi Raya!" kata Jimmy, gelak. Aku tau dia melawak ni.
"No chance, no chance in hell!"
"Layan wrestling, nampak?"

Aku buat dua tangan aku karate celah kelengkang aku.

"Kau maafkanlah dia, Fiz. Kan kita ni umat Muhammad."
"Orang yang rogol tunang member pakai ilmu syirik ni, tak layak jadi umat Muhammad. Layak jadi kaum lahanat."
"Marah betul kau ni. Aku gurau je," kata Jimmy.
"Aku tau," aku terus gigit plastik coklat Choki-Choki.

Masa Dila mengandung Alif dan Mili, dia mengidam makan choki-choki. Aku dah macam, ingatkan mengidam makan daging zirafah ke, makan telur platipus ke. Sekali choki-choki.

Aku belilah sebalang. Bini aku makannya satu dua je, aku pulak makan semua. Lama-lama aku jadi ketagih makan Choki-Choki.

Lagu Foo Fighters Learn To Fly cukup popular di lapangan terbang sekarang. Berkumandang kuat dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama di Kota Warisan ni.

Sejak Jimmy dan aku menjadi Penasihat Diraja Untuk Perdana Menteri ni, aku banyak kerja di Seri Bendahara Kota Warisan. Budak tu kerja hisap dadah, main game, tengok kartun, main permainan Star Wars. Aku ada la ajar dia main game Half-Life.

Trauma dia main lepas kena gigit senjata serangga.

Dengan Nat, boleh la kau gedik-gedik. Hari tu Jimmy sepak dagu dia sebab kotorkan karpet office, makan Super Ring biar habuk oren berterabur.

Kau bayangkan, umur dah 31 tahun pun, perangai macam budak 13 tahun. Aku 13 tahun dah start menjala ikan kat sungai dengan abah aku.

Anak billionaire jadi Perdana Menteri sebab kabel kuat, macam ni la. Besok, bila Alif dan Mili dah besar, aku tak nak dorang jadi macam ni, walaupun aku ni billionaire.

Masa kena sepak tu, tergamam muka dia. Macam Shawn Michaels DX terajang tu, setepek kena dagu.

Korang semua rakyat Gelanggayu punyalah respek dia, siap gantung gambar muka kat pejabat, kat sekolah, dan kat balai polis, kitorang buat sepak-sepak je budak ni.

Natasha pun tak ambik pot la. Dia sibuk dengan si lahanat tu.

Korang tanya aku, kenapa aku okay Ali dan Nat berkawan dengan si sial ni? Jawapan aku simple je, apa yang aku boleh guna, aku guna.

Berapa juta duit pun orang mintak, untuk menyusahkan hidup si kimak ni, aku akan bayar.

Aku akan pastikan dia akan rasa seksa dunia yang paling terseksa sebelum dia mati nanti.

It's not about the money, it's about sending a message.

Aku dan Adilah bukan sahaja bersatu hati kerana cinta, tetapi kerana dendam.

Bukan sebab dia rogol Adilah, jadi punca aku benci dia. Daripada masa aku jumpa dia kat Seri Bendahara, masa pertandingan hantar surat ke Perdana Menteri tahun 1986 lagi aku dah jaki dengan dia ni.

At least Natasha tu menang, merit la. Memang aku rasa dia pandai dan memang rajin buat kerja. Lagipun dia diinterview masa tu, aku rasa okay la.

Mamat Azlan ni, Menteri Pendidikan Datuk Rahizan tepuk bahu je, terus dapat.

Sebab tu puas hati aku, dapat jatuhkan Datuk Rahizan ni. Mampos kau kat penjara tu nanti. Jatuh sabun jangan kutip!

Masa aku jadi roommate dia, berlagak dengan aku. Aku belikan makanan, dengan muka berlagak cakap dengan aku, "baru makan kat St Pierre, baru makan kat Istana."

Aku sekarang tiap hari keluar masuk istana pun lepak mamak lagi. Butoh, berlagak sial.

Lepas tu dia nak join geng hacker. Aku macam, ah, takpelah, bagi je lah dia join. Aku ingatkan dia berminat nak belajar coding, nak belajar pasal internet, sekali nak merenyam dengan Hanis. Mana aku tak panas?

Lepas Hanis terbakar kat studio Radio18, buat kerja bodoh, bakar stadium. Lepas tu balik rumah, kantoi baju bau petrol.

Aku masa polis soal aku kat dorm, tahan la aku cover dia. Lepas tu aku dapat apa? Cam gampang!

Lepas tu, masa aku crush kat Adilah. Masa tu Adilah tu cam gedik la kat si Alan ni, sebab nampak macam pemimpin masa depan.

Sebab Adilah ada cita-cita dia pada negara ni. Tapi tengok, mamat ni tak boleh pakai, gi beromen dengan artis kat pejabat Penghulu Pelajar.

Untuk kebanyakan lelaki, menjadi playboy dan kasanova ni, gempak. Pada aku, jijik. Sebab kau pandai memanipulasi perempuan, kau buat perempuan macam alat.

Sebab tu aku benci cerita James Bond. Memberi idea yang salah dalam menjadi lelaki sejati.

Aku dah pergi merata. Perempuan Rusia, Barbados, Turki, Pakistan, Ryukyu, Majapahit, England, semua jenis perempuan aku dah jumpa. Satu pun tak buat perasaan aku goyang terhadap bini aku.

Jeneral Yahya Atan pun bodoh, harapkan orang macam ni.

Sebab tu hidup terbuang kat Temasik. Senang gitu je Tok Aki game. Jadi jeneral tapi harapkan orang-orang bodoh buat misi. Manalah tak kantoi bangang.

Sumpah seranah panjang, kapal terbang aku pun dah nak bertolak. Aku chow dulu.

--

Azlan

Setibanya jet pesawat kami dari Mauritius di Temasik, kami disambut oleh anak Jacob Chong, Kenneth.

Hari ini Kenneth bawa kami ke sebuah restoran Kwantung Peranakan paling popular di Temasik, di Orchard Road, iaitu The Peranakan Restaurant of Temasik.

Restoran tu ditempah khas untuk kami sebab Jacob Chong yang book kedai tu untuk kami semua makan. Orang lain tak boleh masuk.

Pengetua, bersama Jacob, Kenneth, dan anak perempuannya, Claudia menyambut kami dengan mesra.

Lagu Lens, Steal My Sunshine berkumandang dalam kereta.

"Korang makan dulu, kitorang nak pergi lepak kat Esplanade kejap," kata Merlina, yang mahu melintas jalan bersama Kimi.

Disebabkan perjumpaan kali ini tertutup, ia hanya untuk orang yang Pengetua jemput je. Kimi dan Merlina tak boleh masuk.

Aku sampai je, aku nampak Tun Azmi dan orang suruhan dia Datuk Sidek menunggu kami. Aku ikutkan hati, aku nak je shot muka Datuk Sidek ni.

Ingat tak dulu masa Jessica umur 9 tahun, dia hampir kena culik dengan orang-orang dia? Mujur Ali ada masa tu.

"Apa khabar?" kata Tun Azmi.
"Baik," kata aku. Usha panas jugak muka Datuk Sidek ni. Muka dah la macam Saddiq Sigaraga. Jadi penasihat Tun Azmi lepas tu melingkup, cari kitorang jugak.

"Laki kau tak cari kau ke?" tanya Tun Azmi, merujuk kepada Natasha.

Natasha pandang Pengetua, kemudian ketawa. Pengetua hanya naik kening je.

"Ada urusan kerja," kata Natasha.

"Okay, semua dah ada. Duduk," kata Pengetua.

Lauk pauk hari ini, ayam buah keluak, jiu hu cha (sayur goreng dengan sotong kering), pempek Temasik, udang masak lemak nenas dan pai ti (kuih inti sayur) dan cendol selain air suam.

"Tujuan kita berkumpul hari ini, ialah untuk kita post-mortem kegagalan kita semua. Pertama, saya post-mortem diri sendiri. Saya rasa memang silap kita guna Datuk Rahizan selama ini," kata Pengetua.

"Saya pulak selama ni mendukung Sultan dan keluarga al-Daulah, last-last dicampaknya saya macam kain buruk," kata Tun Azmi.

"Saya tak faham tentang Tok Aki, sebenarnya. Kenapa dia ada dalam mesyuarat republikan, sedangkan dia kawan dengan Pak Wan Radzi, yang merupakan ahli Sayap Kuning?" tanya aku.

Pengetua ketawa.

"Tak sangka korang terpedaya dengan lakonan pakai kopiah, naik lori buruk dan jadi petani kobis tu ya?" kata Pengetua.

"Maksud Pengetua?"

"Tok Aki ni nak jadi ayatollah kat Gelanggayu. Sebenarnya dia ni pengerusi Hezbollah cawangan Gelanggayu. Dia proksi Iran. Dia kawan rapat kepada pemimpin Abadgaran, Mahmoud Ahmadinejad."

"Habis tu, kenapa dia kejap di side kita, kejap dengan Sayap Kuning?" tanya aku lagi.

"Sebab, Tok Aki percaya kepada Islamic republic. Maknanya dia nak buang raja, tapi gantikan dengan golongan ulamak. Maksudnya, kalau kita ikut dia lah, kita ada Presiden yang buat dasar sekular macam ekonomi, perdagangan, pembangunan, infrastruktur, tapi mesti mendapat restu dari golongan ulamak. Faham setakat ni?" kata Pengetua.

"Okay, faham. Tapi kenapa dia rapat dengan Sayap Kuning?"
"Sebab, untuk membuatkan rakyat memberontak, memerlukan kemarahan rakyat. Dan untuk mencetuskan revolusi di Gelanggayu macam mana di Iran pada tahun 1979, Sayap Kuning perlu bertindak macam SAVAK."

SAVAK ni polis rahsia Shah Iran semasa dia memerintah Iran dari tahun 1957 hingga 1979. Jadi, nampak la cara move Sayap Kuning tu pun lebih kurang macam SAVAK.

"Tak terkejut pun Tok Aki ni. Kejap lepak dengan Syiah, kejap lepak dengan Wahabbi. Kejap dengan Salafi. Dia ni semua aliran, dia boleh masuk," Tun Azmi menyampuk.

"Dan...Azlan, Sayap Kuning ni above the law tau. Kalau keluarga al-Daulah arah nak bunuh, dia hantar je Sayap Kuning dan buat. Petik jari je," kata Tun Azmi.

"Jadi, macam mana kita nak counter balik Sayap Kuning ni?" tanya Natasha.

Semua orang tak ada jawapan.

"Terlalu berkuasa sangat ke Sayap Kuning ni? Mesti ada pin point kelemahannya?" kata Natasha lagi.

"Kemarahan rakyat lah. Jadi, sama ada kita yang buat dulu, atau team Tok Aki buat dulu, siapa yang dapat jatuhkan keluarga al-Daulah, dia la yang dapat tetapkan sistem," kata Pengetua.

"Patut la dia macam lain je," kata aku.
"Kau jangan underestimate Tok Aki. Disebabkan aku buat macam tu lah, hidup aku terbuang kat sini."
"Apa maksud Pengetua?" tanya aku.
"Dia dah warn aku pasal Datuk Rahizan tu. Masa tu hari raya 1997. Dia cakap pada aku, Datuk Rahizan ni troubling. Aku cakap buat masa ni, aku takde pilihan lain. Luqman terlalu bengap, Shahrizal terlalu berlagak, dan kau buat pasal. Lepas tu dia cakap, dia akan buat move dia sendiri."
"Apa maksud Pengetua, Tok Aki buat move sendiri?"
"Dia pasang orang dia kat dalam Sayap Kuning. Pak Wan Radzi tu pun kawan-kawan Abadgaran juga tu. Tok Aki, Pak Wan Radzi, Nasrul, semua ni dapat dana dari Tehran. Dan mereka bukan Syiah. Mereka Sunni, tapi nak establish Islamic republic macam Iran. Sekarang, clear?"
"Faham, Pengetua."
"Jadi, antara monarki Melayu, liberal demokrasi, atau Islamic republic gaya Iran. Pilihlah yang mana warga Gelanggayu nak. Dan nampaknya, dalam keadaan sekarang, liberal demokrasi tak ada appeal kat kampung-kampung Melayu," kata Tun Azmi.
"Dan sebab itu, kami nak keluar parti dari Parti Persekutuan, dan tubuhkan Parti Demokrat."
"Kenapa Demokrat?" tanya aku.
"Sebab Al Gore dengan Madeleine Albright yang taja," Pengetua jeling Tun Azmi, lepas tu naik kening.
"Kalau Tun keluar parti, maknanya kerajaan Luqman akan jatuh," kata Natasha.
"Sebab tu dia pun kena tubuhkan parti politik dia. Dan mesti persuade Shahrizal join sekali. Kalau tak, dua bulan je la jadi Perdana Menteri," kata Pengetua.
"Jadi, apa plan Pengetua?" tanya aku.
"Parti Demokrat akan jadi pengasak Luqman untuk tidak terlalu mengikut Sayap Kuning sangat. Biar dia ada telur," kata Tun Azmi.

Akhir mesyuarat, kami bersalaman dan aku lupakan je lah kes lama Datuk Sidek dengan aku dulu. Demi nak selamatkan negara dari pemimpin lemah macam Luqman ni.

--

"Kak Nat, tadi I rasa I ada tertinggal earphone dengan mp3 player dalam beg Kat Nat," kata Merlina, dalam kereta bila nak naik kapal terbang dari Temasik ke Wijayapura.

"MP what?" tanya Natasha.
"MP3 player," kata Merlina.

Natasha tak faham, tapi dia cari-cari barang asing dalam begnya.

"This thing?" tanya Natasha, menunjukkan kotak tulisan MPMan buatan Goryeo Selatan.
"Yes, yes."
"What is this?" tanya Natasha.
"Macam walkman, tapi instead letak kaset, boleh pakai secara digital."
"You mean, you dengar lagu, tak pakai kaset or CD?"
"Yes, pakai file je."
"File what?" tanya Natasha.

Azlan ketawa.

"Payah kau nak terangkan kat dia, Mer. Dia ni buta IT," kata Azlan.
"Hey, teruk la you ni, Alan!" Natasha merajuk dengan Azlan.
"Orang sekarang download je lagu kat Napster, tak payah dah nak beli kaset kat kedai lagi."
"Hey, itu stealing, kan!" kata Natasha.
"Satu, dua, tiga. Skema!" Azlan dan Merlina serentak membahan Natasha.
"Hey, I tak skema, okay? I cuma mengikut undang-undang je."
"Skema la tu!" jerit Azlan.

--

Selepas tiba di lapangan terbang, semua berpecah. Kimi nak sambung bercuti di Cebu, Arroyo. Azlan dan Natasha pergi ke Teknojaya dan bermadu asmara bagai Cleopatra dan Mark Anthony, tapi Merlina dengan MP3 playernya itu, menuju ke Bukit Istana bersama Faridah.

"Kau dapat perbualan Pengetua dengan Tun Azmi tu?" tanya Faridah kepada Merlina.
"Dah, cuba dengar ni," kata Merlina.

Faridah dengar suara perbualan Pengetua dengan Tun Azmi tentang penubuhan Parti Demokrat.

"Clear," kata Faridah.

--

Tengku Norman, bersama-sama dengan Encik Jamil, Faridah, Merlina, Tengku Ariffin dan Tengku Aminah, mendengar perbualan mereka semua.

"Nampak sangat si Azlan ni dah tak tahu banyak benda," kata Tengku Norman kepada Faridah. Tengku Aminah pula yang sedang sudah mula mengandung, ikut perangai pembawaan budak, kuat marah dan suka dengar lagu metal.

Tiap kali dia dengar suara nyaring Natasha, dia rasa macam nak menjerit macam Corey Taylor.

"Macam mana, kekanda?" tanya Tengku Ariffin kepada Tengku Norman.
"Ada masa, Mina, khabarkan pada Azlan, aku nak jumpa dia. Aku ada benda nak cakap dengan dia," kata Tengku Norman.

--

Dalam kereta, Tengku Aminah pasang lagu Eyeless dari kumpulan Slipknot. Semua orang macam terkejut.

"Kak Mina, kenapa tiba-tiba dengar Slipknot?" tanya Merlina.

Faridah dengan Tengku Ariffin dah tutup telinga.

"Lagu apa jerit-jerit macam tu, Mina! Kau ni merepek-repek sejak mengandung ni," kata Faridah.
"Mina sekarang diresapi oleh dark satanic of infinite darkness! Rasa macam nak minum darah kambing!" kata Tengku Aminah.
"What's wrong with you, Mina?" tanya Tengku Ariffin.
"Comment vous sentez-vous, quand quelqu'un que vous aimez, triche derrière vous et que vous le saviez?"
(Apa perasaan awak, kalau seseorang yang awak cinta, main kayu tiga dan awak tahu semua cerita?)

Tengku Ariffin diam. Dia faham, Mina sedang marahkan Azlan, tapi dalam masa sama, tidak ada lelaki lain yang dia cinta selain Azlan.

--

"Boleh aku cakap dengan kau kejap, Mina?" tanya Faridah.
"Saya dah cuba sedaya upaya untuk jadi isteri yang terbaik untuk Azlan, ibu! Tapi kenapa dia macam tak nampak je apa yang saya buat untuk dia?" kata Mina.
"Kau jangan marah-marah, Mina. Kau mengandung tu."
"Dah tahu isteri mengandung, pergi ikut jugak dengan betina sundal tu! Yang betina sundal tu, dah jadi isteri Perdana Menteri pun tak sedar lagi. Entahlah, kita pun ada Perdana Menteri boneka Sayap Kuning," kata Tengku Mina.
"Sebab tu aku nak kau sabar, Mina. Azlan ni, aku susah sikit nak sound dia. Masa dia kecik dulu, dia rapat dengan ayah dia. Dia membesar pun dengan Pengetua dia. Jadi, aku susah nak masuk. Tapi takpe, tahu aku susun macam mana nanti. Yang penting, kau kena sabar. Sampai Azlan jadi menteri kabinet, kau biarkan je dia berendut dengan bekas endut dia tu. Faham?"

Tengku Aminah menangis di bahu Faridah.

"Ibu...."
"Ya, ibu faham sangat perasaan kau tu. Tapi Azlan ni lelaki pilihan macam Sayyid Muluk ni cakap. Aku harap kau faham."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro