
1999 part 5
Hari Isnin, Luqman dan Natasha ke Kota Warisan buat pertama kalinya. Untuk Natasha, dia ada personal hatred terhadap ibu negara baru ini.
Sebab projek Kota Warisan ini projek Tengku Mahkota, dan projek ini menang menjadi ibu negara, dan projek ayahnya di Teluk Chendana tak jadi apa-apa.
Tetapi bersyukur dengan revolusi Internet, Teluk Chendana hari ini menjadi Teknojaya - Silicon Valley yang membina teknologi terkini.
Sayang sekali ayahnya Datuk Abdullah meninggal awal.
"Macam Planet Naboo je Kota Warisan ni?" kata Luqman.
"Planet what?" tanya Natasha.
"Naboo. Kan dalam cerita Phantom Menace macam ni bentuk bangunan dia?"
Natasha tak faham, jadi dia tak peduli reference cerita Star Wars yang Luqman maksudkan. Dia sendiri sedang serabut memikirkan banyak perkara yang lebih penting.
"Nat, I takut la..." kata Luqman.
"You just relax, okay. I tak boleh masuk dalam office tu. You yang kena berdepan dengan dorang. Remember, kalau dia tanya apa-apa pasal republikan, pasal Datuk Rahizan, Pengetua, ever, cakap you tak tahu apa-apa, dan you sokong Datuk Seri Azmi. Faham?"
"Faham."
"Dan kalau you salah cakap lagi, I memang tinggalkan you. Mampos you kat sini sorang-sorang, faham?"
"Okay."
Seri Bendahara, Kota Warisan terletak di tepi Tasik Warisan dan pemandangannya cantik, kalau semua pokok-pokok yang baru ditanam ni tumbuh daun lah.
Masih banyak tanah merah di merata tempat, dan banyak bangunan masih dalam proses pembinaan. Kompleks mahkamah belum siap lagi, begitu juga dengan Dewan Parlimen yang baru, yang bakal siap pada penghujung tahun ini.
Natasha melihat semua ini dan terus berkata, "what a waste", kerana dia memang benci Kota Warisan. Tapi, apa bezanya ibu negara di Kota Warisan atau di Teluk Chendana?
Kalau tanya Natasha, sekurang-kurangnya Teluk Chendana terletak di tepi laut dan dekat dengan laluan perdagangan menuju ke Wijayapura. Banyak aktiviti ekonomi boleh digerakkan.
Berbanding Kota Warisan yang dibina di kawasan middle of nowhere macam ni.
Usia projek Kota Warisan dan Teknojaya (dahulunya Teluk Chendana) sebenarnya lebih kurang je. Dua-dua dibina kira-kira 15 tahun yang lalu.
Dan walaupun Kota Warisan dapat funding yang banyak daripada kerajaan pusat, tapi lima tahun kebelakangan ini, projek di Teluk Chendana jauh lebih berjaya menarik pelabur asing dan tempatan macam FizzyTech.
Dia duduk seorang diri di bangku tepi bangunan Seri Bendahara yang baru itu, dan menunggu Luqman yang baru melangkah masuk ke dalam.
Dia terus teks SMS ke Azlan.
"r u there?"
Dia tengok jam, pukul 10 pagi. Mungkin Azlan sedang mengajar di sekolah.
Natasha memikirkan, sekiranya Luqman dapat jawatan menteri, macam Menteri Belia dan Sukan, mungkin dia nak tarik Azlan menjadi setpol kepada Luqman. Dia tidak boleh dilihat mengawal Luqman. Bad reputation kalau seorang lelaki dilihat dikawal oleh perempuan.
Maka dengan itu dia dapat kembalikan jalan Azlan yang dah hilang sejak kejadian yang berlaku tahun 1994.
--
"Masuk, Luqman," kata Datuk Seri Azmi.
"Wow, pejabat ni kalau lari keliling pun, mengah jugak ni," kata Luqman.
Tapi apa yang menarik ialah latar belakang Tasik Warisan di belakang meja Perdana Menteri. Sangat cantik untuk photo op.
"Duduk, Luqman."
Datuk Seri Azmi duduk di kerusinya, kemudian tersenyum melihat Luqman yang melopong macam orang tak pernah tengok office besar.
"Office Gabenor tak besar ke?" tanya Datuk Seri Azmi.
"Tak sebesar ni."
"So, kau tau tak kenapa aku panggil kau ni?"
Luqman geleng kepala.
"Tengku Mahkota nak kau jadi timbalan aku. Jadi, kau okay tak jadi Timbalan Perdana Menteri ni? Selain tu, kau juga akan jadi Menteri Kewangan yang baru."
"Serius lah?"
"Ya, tapi kau kena letak jawatan Gabenor Wijayapura dulu. Office kau, kat depan pintu office aku ni."
"Okay, saya terima."
"Ni watikah perlantikan kau, dan kat sini aku ada tulis, hanya berkuatkuasa apabila kau lepaskan jawatan Gabenor."
"Okay, saya faham."
"Kau setuju?"
"Setuju."
"Okay, sekarang kau sign kat sini, sini dan sini. Lepas ni tunggu setpol aku, Datuk Sidek bawak kau ke pejabat baru kau."
--
Luqman sampai ke kereta, dan kelihatan seperti bercelaru.
"What happened, Luq?"
"I confused."
"You semua benda pun nak confused. Datuk Seri Azmi nak apa?"
"Dia nak suruh I letak jawatan Gabenor."
"Why?" Natasha berdebar takut mereka juga dikesan.
"Dia nak suruh I jadi timbalan dia?"
"What? Are you kidding me?"
Luqman tunjuk surat daripada Datuk Seri Azmi.
"Yes! You will be second most powerful person in government, after this!"
Natasha memeluk Luqman.
"Tapi office kat Kota Warisan. Duh, boring gila tempat ni."
"Since when government office ni tempat fun, Luq?" Natasha masuk gear kereta.
"Kat office I, fun je."
"Tu sebab you main PlayStation, I do the boring part. Takpe la, kat sini you nak main PlayStation sampai tergolek pun, nobody's going to bother you. Tapi...."
"Tapi apa?"
"I dah tak boleh lagi jadi assistant you."
"Kenapa? Nat, you're doing great job! Tak nak la you takde dengan I. Mati I kalau I takde you."
"Luq, it's a bad reputation kalau seorang menteri dikawal oleh seorang wanita. Kalau kerusi Gabenor Wijayapura tu takpe la, nobody cares much. Tapi ni kerusi Timbalan Perdana Menteri. I cannot be here with you."
"Habis tu I nak buat apa kalau you takde?"
"You need a new political secretary. Someone yang tough and capable to do things. I tak boleh macam ni selalu."
"Nat, kita kahwin nak? Lepas tu, orang nak cakap apa, lantak la, you wife I."
"Kita dah cakap kat semua orang yang I ni wife you, Luq."
"No, this time, for real."
Natasha diam.
"You tak nak kahwin dengan I ke, Nat?"
"I'm not ready for this, Luq. I ada kat you ni, sebab I nak run the show je. I tak nak la kalau you mismanaged Wijayapura ni, tak sampai seminggu dah merusuh dah. Itu pun dah ada orang merusuh, although sebab pemecatan Datuk Rahizan, bukan salah kita."
"Nat, please. I beg you. I tak boleh ada kat Kota Warisan ni sorang-sorang."
"Tak boleh la, Luq. I kena jaga Nadi Citra, I kena oversee project kat Teknojaya, means I kena naik flight pergi Kenidiri, like all the time. I ada banyak kerja lain."
"Nat, tolonglah jadi wife I. I tak boleh ada kat sini sorang-sorang.
Natasha tekan brek kereta. Mujur jalan takde kereta langsung.
"Bila lagi you nak grow up ni, Luq? I dah penat la dengan perangai you ni!"
"I promise kalau you setuju kahwin dengan I, I akan berubah."
"I dah cakap, I belum ready. Sementara ni, you duduk je sini, duduk je rumah government bagi tu, lepas tu start doing actual work! Ok, grow up, and grow your balls too! Asyik-asyik nak harapkan I je. Mati la I kalau macam ni," jerit Natasha.
"Nat..."
"I will kick your ass, and tinggalkan you sorang-sorang kat sini kalau you behave macam ni. You jangan ingat you anak Datuk Mohd Nor, I tak berani nak terajang you. Macam budak kecik!"
--
Azlan
Huh, apa si Nat nak ni? Tetiba hantar SMS kat aku?
Aku reply, "At work. Brb."
Sejak aku rapat dengan budak-budak band ni, banyak shortform aku belajar untuk jimat space ruang SMS. Brb tu be right back. Idk tu i don't know, contohnya la.
Untuk orang tua macam aku, ia agak merimaskan sebab orang muda dah malas nak mengeja penuh. Tapi sebab satu mesej SMS ni harga 20 sen, agak mahal kalau nak type penuh. Jadi faham je lah kekangan ekonomi budak sekolah ni macam mana.
Hari ni aku nak teman band The Polka Dots dalam sesi rakaman first album dorang. Memandangkan Peanut Jelly pun dah masuk dalam Positive Tone, aku pun tarik sekali band Jessica ni.
Dorang suka nama The Polka Dots ni, tapi dorang tak nak ska punk sebab menurut dorang, "ska punk is so 1995."
Sekarang dorang nak band perempuan main rock macam The Cranberries atau Garbage. Atau macam janda si Kurt Cobain punya band tu. Jap aku cuba ingat nama.
Haa, Hole. Dorang nak macam tu.
Suara Jessica tak boleh garang macam Courtney Love, dan Donita boleh pulak buat vocal tu. Disebabkan tu, terdapat perubahan, Jessica main bass, Robin main gitar dan Donita vocal.
Untuk practice, mereka main lagu yang berjudul Celebrity Skin, dari Hole.
Oh, make me over
I'm all I wanna be
A walking study
In demonology
Hey, so glad you could make it
Yeah, now you've really made it
Hey, so glad you could make it now
Telefon aku berbunyi. Nat call aku.
"Ada apa, Nat?"
"Ada big news."
"What news?"
"Luq jadi TPM."
"What?"
"You kat mana?"
"Studio, tengah jamming."
"I'm coming over."
"Jessica ada ni."
"Never mind."
--
Selepas sesi jamming, Natasha tiba agak lambat sikit. So aku terpaksa menebeng lama sikit kat kedai tomyam Ali ni.
"Get in, the car!"
"Kejap! Nak bayar!"
Jessica pandang aku dengan pelik.
"Is that Kak Nat?"
"Correct, 10 points, Jessie."
"Kenapa Kak Nat nak jumpa abang?"
"Sebab ada kerja sikit."
"Ke sebab abang get back dengan dia..." Jessica tersengih.
"Hish, budak ni! Abang dah kahwin, dia pun dah nak kahwin dengan Gabenor."
"Ingat Jessie tak dengar ke gosip-gosip panas ala-ala Azmil Zawawi dalam rancangan Irama? Model iklan terkemuka dengan isteri ahli politik?"
"Yang pergi tengok rancangan gosip tu dah kenapa? Tengok la rancangan yang menjana akal sikit. Discovery Channel ke?"
"Abang Alan loves Kak Nat, yay yay!"
"Diam la, karang Kak Mina marah abang pulak."
Lepas aku bayar, aku duduk seat depan, Jessica duduk belakang.
"Hi, Jessie!"
"Kak Nat! Lama dah tak jumpa Sos Nat."
"Ye la, rindu Jessie tau."
"Rindu Jessie ke, rindu Abang Alan?"
Aku dah geleng-geleng kepala.
"You jangan layan budak kecik ni."
"So, nak makan kat mana ni? I dengan Abang Alan ada kerja sikit ni. Kalau boleh tempat yang selesa buat kerja."
"Kak Nat dengan Abang Alan nak buat kerja ke, nak melepaskan rindu? Muah muah muah muah!" kata Jessie dengan dia buat gaya dua tangan sedang bercium.
Natasha dah gelak, aku pulak panik. Takut budak ni terlepas bukak mulut kat Mina je.
"Jessie, cut it off."
"Relax la, Alan. Jessie, promise Kak Nat, jangan bagitau Kak Mina tau. Nanti I bought you tickets pergi Summer Sonic 2000 kat Ryukyu, next year," Natasha cuba memenangi hati Jessica dengan cuba merasuah.
"Band mana main tu?"
"311, Weezer, Green Day, Muse, Coldplay, Ween, lagi siapa entah. I tak kenal sangat band baru ni. Kawan Aunty yang jual ticket."
"Wow! 311 and Green Day! This is the best bribe ever!" kata Jessica.
Natasha jeling je kat aku. Ayat Jessica tu tak boleh blah betul. Tapi memang betul, apa yang Natasha cuba buat tu satu perbuatan rasuah.
"Kawan you yang mana ni?"
"Amira. You ingat tak dulu ada budak college I yang crush dengan Hafiz. Dia kat Ryukyu sekarang. So dia kata dia nak belanja I ticket."
"Yes, yes. I remember that girl. Can I ajak Kimi?"
"Abang, you must bring Kimi! Must bring Kimi!"
Natasha jeling je aku, sebab dia tahu yang Jessica crush kat Kimi.
"We'll discuss about Luq, later."
--
Kami bertiga makan di McDonald's depan Paragon Mall, sebab Jessie lapar. Tapi masa aku nak makan tu aku jadi tak senang. Ada je orang datang nak mintak bergambar, nak autograf, dan tanya aku bila nak update tulisan aku kat website.
"Hah? Website?" kata aku, terkejut.
"Yes, I suka baca tulisan you kat website azlanniat.com tu."
"Ooohh, yang tu. Yang tu orang panggil website ya, Jessie?" aku buat-buat tanya Jessica. Aku dah tau siapa punya kerja ni.
"Haah. Kitorang dapat e-mail list dari Abang. Rajin betul abang tulis macam-macam."
Aku tak tahu menahu langsung pasal website ni.
"Nasihat you pasal pelajaran tu memang we all ikut."
Aku tersengih kerang je ni. Entah apa benda la si Merlina ni buat.
"Wow, ramai betul peminat you sekarang sejak jadi pelakon iklan Dashing ni?" kata Natasha.
"Bukan Dashing je Kak Nat! BMW, lepas tu Ralph Lauren, lepas tu iklan handphone Ericsson pun ada satu kali hari tu."
"Haah, iklan Ericsson tu paling latest," kata aku.
"You sekarang jadi pelakon iklan ke?" tanya Natasha.
"Pelakon iklan, modelling, next month I kena shoot video kat Majapahit untuk videoklip kumpulan Dewa."
"Waaaaahhh Abang Alan sampai Majapahit, mendoniaaaaa!" jerit Jessica.
"Dia ni kan, dari dulu lagi dapat banyak surat la, dapat banyak hadiah la. Entah apa bomoh dia pakai," kata Natasha.
"Kak Nat jealous dengan Abang Alan famous ya?"
Natasha diam saja sambil makan french fries.
"By the way, Jessie, tau tak, meja ni tempat kitorang selalu date masa sekolah dulu back in 1986?" kata aku.
Muka Natasha merah.
"Really? Ada suap suap french fries tak sambil disulami french kiss? Muah muah muah muaaahhh!"
"Budak-budak zaman sekarang ni terlebih gaul," kata Natasha, geleng kepala.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro