Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1998 part 4

"Dila! You sihat?" Natasha berpelukan dengan Adilah sebaik sahaja Adilah melangkah ke pejabat Gabenor.

"Saya sihat je. Awak apa khabar?"
"Pening sikit. Nak kena menjawab soalan pembangkang tentang kenaikan harga air. Biasa lah, kalau dah private tu, harga air pun kena la naik. Potong cukai nak, cuti nak, tapi bayar lebih, tak nak pulak. Kita kerajaan negeri je pun. Ada apa you datang ni?" tanya Natasha.

"Macam ni. Kawan ayah saya jemput Gabenor Luqman datang kuliah maghrib di Masjid Al-Falah, Taman Rafidah, Bukit Pagar."

Luqman menoleh ke meja Natasha sambil main game kemudian lambai-lambai tangan kata tak nak.

"Luq, Dila dah banyak tolong you tau! Dia punyalah promote you kat portal berita dia, how can you say no?"

"I tak nak la, I niat wuduk pun I tak hafal," kata Luqman.

"Luq, you nak menang ke tak ni?" Natasha dah cekak pinggang.

"It's okay, kalau Luq tak nak, saya boleh cakap Luq sibuk."
"No, Luq will come. You tak pergi, memang I piat telinga you."
"Bolehlah, Gabenor Luqman. Lagipun mereka ni pun pengundi Parlimen Bukit Pagar. Tunjuklah muka sikit, bagi penduduk kenal. Walaupun dah jadi Gabenor, turunlah padang. Saya dah hantar wartawan siap jurukamera lagi."
"Bila tu?"
"Maghrib Jumaat ni. Lepas solat Maghrib, ada tazkirah sikit. Lepas tu ada makan-makan."

Natasha dah mencekak pinggang, marah.

"Ye lah, ye lah, but can I go after maghrib? Sebab kalau dia suruh I jadi imam, mampos I."
"Tak ada lah. Awak solat je lah ikut makmum macam biasa. Kalau tak hafal, ikut je makmum ramai-ramai tu. Nat, boleh keluar kejap? Saya ada perkara nak bincang dengan awak ni."
"Kejap ya, Dila. I siap kerja ni, kita keluar lunch ya?"

Adilah pandang je Gabenor Luqman sedang khusyuk main game Tekken. Tapi dia memang nak teruskan permainan ini.

"Susah la nak lawan Yoshimitsu ni," kata Luqman.
"Boleh saya cuba?" tanya Adilah.

Luqman serahkan joystick pada Adilah. Dia guna Nina Williams menentang Yoshimitsu.

Sekejap je, Adilah dah boleh kalahkan si komputer. Luqman hanya pandang sahaja Adilah, sebaik sahaja Adilah bangun dari kerusi, melihat Natasha dah capai beg tangan.

"Jom, Dila..."

--

"You betul ke nak Luqman jadi Prime Minister? Are you serious?" tanya Natasha.
"Okay, mari kita bermain senario ni. Senario pertama, kalau Datuk Rahizan berjaya singkirkan Datuk Seri Azmi. Antara nama yang akan disebut menjadi Timbalan Perdana Menteri ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Osman Jamaluddin."
"Kenapa dengan Datuk Osman?"
"Not competent. Dan masih bermain dengan politik lama."
"Okay, second scenario?"
"Senario kedua, Shahrizal Hamdi jadi Perdana Menteri, yang saya rasa tipis, walaupun dia paling ramai ada pengikut dalam kerusi Parlimen. Sebab istana tak suka dia."
"Rasanya istana lagi tak suka Rahizan."
"Shahrizal akan ketepikan semua orang awak, dan letakkan orang-orang parti dia. Kan dah rugi?"
"Okay. Lagipun, I rasa dia macam arrogant sikit lah."
"Senario ketiga, Datuk Seri Azmi kekal jadi Perdana Menteri, tapi kalau dia pecat Datuk Rahizan, dia akan berdepan dengan undi tidak percaya, kalau dia tak dapat yakinkan semua orang Rahizan, dan dia tersingkir. Masalahnya..."
"Masalahnya apa, Dila?"
"Ingat tak apa saya cakap semasa di Barbados?"
"Ada banyak."
"Yang Datuk Rahizan ada peluang yang tipis?"

Adilah mengangguk.

Adilah keluarkan surat layang yang tertulis tajuk, "30 Dalil Kenapa Rahizan Tak Boleh Jadi PM?".

"Apa benda ni?" tanya Natasha.
"Cuba baca."

--

30 Dalil Kenapa Rahizan Tak Boleh Jadi PM?

1. Bekerjasama bersama seorang billionaire Yahudi bernama George Soros, yang menjadi Pengerusi Open Society, sebuah yayasan yang menyokong rejim Zionis Israel.

2. Pernah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright, seorang Yahudi yang menyokong rejim Zionis Israel menyeksa rakyat Palestin di Hebron.

3. Pernah menjadi Pengerusi Bank Islam Dunia pada tahun 1981, dan bank tersebut kehilangan $300 juta (nilai $750 juta hari ini), dana dari negara-negara Islam untuk membantu warga Somalia dalam mangsa kebuluran.

4. Mengadakan hubungan seks luar tabii dengan seorang lelaki keturunan Majapahit-Kaukasian bernama Daniel Herman Kasuma di Hotel The Legend, Wijayapura pada 4 April 1990.

5. Mengadakan hubungan seks luar tabii dengan Daniel Herman Kasuma di Hotel The Legend pada 19 Julai 1990.

6. Mengadakan parti seks rambang di kediamannya di Bukit Wijaya, pada 31 Disember 1990.

7. Mengadakan hubungan seks luar tabii dengan Daniel Herman Kasuma di Tivoli Heights, pada 17 Januari 1991.

8. Mengadakan hubungan seks luar tabii dengan James Crawford di Hotel Pan Pacific Teluk Chendana pada 1 Februari, 1991.

9. Mengadakan hubungan seks luar tabii dengan Daniel Herman Kasuma di Tivoli Heights pada 14 Februari 1991.

10. Memalsukan surat akuan diraja bagi mendapatkan tanah di Kota Warisan.

11. Melakukan hubungan seks rambang di Hotel The Legend pada 1 April 1992.

12. Menipu Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim tentang perjanjian IMF dan Bank Dunia ketika krisis ekonomi 1995.

13. Bekerjasama dengan agen asing terutamanya Yahudi dalam menyerang institusi Islam di negara ini.

14. Pernah bersama Jeneral Ariel Sharon di New York ketika mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

15. Mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang lelaki Yahudi bernama Avid Barak ketika dalam lawatan kerja di London pada 18 Oktober, 1995.

16. Mengadakan hubungan luar tabii dengan Avid Barak ketika di London pada 17 Februari 1996.

17. Dalam satu kenyataan di WSJ, Datuk Rahizan menyokong perjuangan perkahwinan sesama sejenis demi "equality".

18. Pernah ke pesta gay di Mardi Gras di New Orleans, Amerika.

19. Pernah ke pesta gay di Ibiza, Sepanyol.

20. Pernah ke pesta gay di Krung Thep, Suvarnabhumi.

21. Menerima budaya songsang dan menyatakan ia adalah "progresif" dan "budaya dan agama perlu mengikut peredaran zaman" dalam temubual bersama VJ di MTV Asia, tetapi ia tidak disiarkan di Gelanggayu (Angkasa TV berkait rapat dengan penaja politiknya).

22. Mengatakan umat Islam perlu mencontohi Barat dalam pengasingan agama dan politik.

23. Pernah mengatakan Mustafa Kemal Attaturk, pemimpin sekular Turki sebagai "ahead of his time" (Newsweek, 1994, ketika beliau melawat Turki).

24. Gambar beliau tunduk pada kubur Attaturk ketika ke pusara Attaturk di Anitkabir, Ankara.

25. Meminum arak dan tidak menghormati perintah agama.

26. Bekerjasama dengan pemberontak Lamas Liberation Front yang beragama Kristian yang melakukan pembunuhan ke atas penduduk kampung beragama Islam.

27. Bekerjasama dengan musuh-musuh Islam dalam melemahkan ekonomi dan ketenteraan negara Islam, dan menyokong New World Order yang diterajui Soros, Bilderberg, Rockefeller, Bloomberg dan agen-agen Illuminati yang berpusat di Munich, Jerman.

28. Merupakan ahli Freemason.

29. Menyonglap wang Tabung Haji berjumlah RG200 juta.

30. Memiliki syer ladang penternakan babi di Kampung Ayer Kuning, Bukit Gajah, Geri.

--

"Siapa yang tulis ni, Dila?" tanya Natasha.
"Saya tak tahu. Tahu-tahu benda ni sampai di pejabat saya."
"Dila, you percaya ke benda-benda macam ni? Come on. I thought you're smart," kata Natasha.
"Saya seorang bekas wartawan, kini ketua editor. Saya akan siasat, macam mana saya siasat isu virus cecacing Cutekittens dan kaitan dengan tragedi stadium terbakar tu."
"You tahu ke siapa yang bakar stadium tu?"
"Belum cukup bukti, masih interview saksi."
"Tapi you rasa kan, surat layang macam ni made up je kan?" kata Natasha.
"Kalau awak atau saya, mungkin boleh kata made up. Tapi cuba bayangkan kalau awak ketua cawangan Kampung Selekoh Kanan, Parit Bebar, Teluk Menteri, Sepetang? Awak rasa, surat layang ni terselit di setiap masjid dan surau di seluruh Gelanggayu, berapa peratus yang akan percaya?"

Terkebil-kebil Natasha mendengar kata-kata Adilah.

"Hari ni hari Khamis. Percayalah, kalau esok, khutbah Jumaat tentang kaum Luth, tentang LGBT, itu signal Datuk Rahizan bakal dipancung."

Natasha terus diam. Dia tergamam, dan cuba bayangkan apa akan jadi kepada golongan pro-republikan.

"Be prepared for beheading, if you do a failed coup," Adilah hirup kopi.

"What should I do?" tanya Natasha.

"Pertama, rapatkan Luqman dengan Datuk Seri Azmi. Kedua, gunakan retorik Islam untuk memastikan Gagasan Ummah kekal menyokong kerajaan hari ini. Ketiga, pemilihan parti Persekutuan kali ini, cantas semua orang-orang Datuk Rahizan. Keempat, beli beberapa ahli Parlimen Parti Jujur untuk 'security', dan kelima, tolonglah suruh boyfriend awak tu grow up. Jangan sampai Hafiz dan saya hilang minat nak sokong dia nanti."

"This...this is serious," kata Natasha sambil memegang kertas tu.
"Sebab tu saya nak jumpa awak. Sebab ni."
"Boleh saya pinjam kertas ni?"
"Ambik je terus. Benda ni dah ada di Internet. Tak percaya, awak yahoo, 30 dalil kenapa Rahizan tak boleh jadi PM."
"Thank you, Dila. You're the best friend I ever had. I got to go," kata Natasha.

--

Adilah

Nampaknya ada pihak lain yang juga mahu mencantas Rahizan ni, ingatkan aku sorang je.

Aku tanya pada ayah selaku ketua kepada Sayap Kuning, dia sendiri cakap dia tak tahu siapa yang mulakan surat layang tentang Rahizan ni. Membingungkan.

Mesti ada orang yang tak puas hati dengan Rahizan ni. Mungkin orang-orang Gagak Merah. Kalau Gagak Merah, mestilah Izham yang buat ni. Tapi Izham di sebelah siapa? Dia ni jenis tak boleh dipercaya juga. Sebelah Pengetua pun dia masuk, sebelah ayah dan Tengku Norman pun dia masuk juga.

Tapi bukan ke Gagak Merah dan Zamrud Hijau dah berdamai dulu? Takkan bergaduh semula?

Atau mungkin Shahrizal? Ah, ini bukan style dia. Shahrizal ni jenis cari publisiti. Kalau dia tahu Rahizan ni gay, dia akan cakap depan-depan. Lagipun, tak menguntungkan dia pun memandangkan dia pun sekapal dengan Rahizan, pengikut Jeneral Yahya.

Siapa punya kerja ni pulak ya?

Mina? Dia nak buat apa? Kalau Mina yang buat, mestilah Jeneral Yahya dapat hidu perbuatan dia. Lagipun dia ni bukan cerdik mana pun. Lagipun dia dah nak kahwin dengan cikgu sekolah tu, entah apa lagi motif dia nak buat macam tu?

Karier Azlan dah kena 'pancung' dengan aku dulu. Eh, aku kalau nak fikir ni, aku perlukan stok serbuk putih aku. Tak boleh aku fikir straight kalau macam ni.

Sejak aku kahwin ni, stok serbuk putih aku makin susah aku nak dapat. Hafiz ni expect aku ni perempuan solehah, kalau buatnya aku snot kokain depan dia tiba-tiba mesti dia mengamuk.

Aku kena jumpa Luqman tanpa pengetahuan Natasha. Sebab dia tahu dari mana stok dia boleh dapat benda ni.

--

Hafiz ada urusan di Sri Lanka untuk penjualan antivirusnya, jadi aku menemaninya sampai ke lapangan terbang.

Sambil tu aku tengok jam, kalau-kalau Gabenor Luqman masih belum keluar dari pejabat lagi. Sebaik sahaja Hafiz naik kapal terbang, aku pandu kereta menuju ke rumah Gabenor, dan aku memerhatikan kalau-kalau Luqman belum keluar.

Dekat dua jam juga aku dalam kereta, sehinggalah dalam jam 9 malam, dia menaiki kereta Ferrarinya dan menekan pedal minyak. Bingit satu kawasan rumah.

What a spoil prick.

Dia bawa kereta memang macam pelesit dan kereta aku memang takkan mampu kejar dia. Aku rasa aku bodoh sekejap, sebab aku lupa yang aku ada Roy, yang merupakan perisik kepada Sayap Kuning.

Aku telefon Roy, dan dia kata Luqman sedang berada di sebuah rumah tinggal.

Dan aku nampak dia beli dengan Ali, kawan kepada Hafiz. Mampos aku kalau aku kena beli dengan dia.

Jadi aku telefon Roy, untuk dapatkan kokain untuk aku.

Bukan calang-calang si Ali ni. Pengedar dadah tahap professional rupanya dia ni.

--

Selepas Roy mendapatkan aku bekalan kokain ini, aku rasa lega dan mampu untuk berfikir di luar kotak sikit.

Aku tak rasa ini kerja Mina. Mina ni, dia mungkin seorang pemain poker yang pandai mengawal emosi, tapi dia takkan berani langkah Jeneral Yahya.

Azlan? Azlan tak sebijak ni dalam permainan perang saraf. Lagipun apa lagi yang dia tinggal kecuali jadi cikgu sekolah?

Natasha? Tapi dia sendiri tak tahu benda ni. Atau adakah dia buat-buat berlakon tak tahu?

Izham? Aku rasa dia. Lagipun tak mungkin dia nak tunggu lama-lama. Suspect utama aku ialah dia ni. Lagipun dia ni main dua kolam. Dan rahsia besar dia pun aku tahu. Dua puluh dua tahun yang lalu dia terlibat dalam kematian ayah Azlan.

Sebab kalau cantas Rahizan, Zamrud Hijau akan hancur. Dan Gagak Merah yang akan naik. Sah, kerja ni memang kerja Izham.

--

Merlina sedang susun kotak, dan kelihatan ada lelaki sedang berdiri tercegat di depan pintu kedai.

"Kau hari tu kan yang datang cari kerja?"
"Ya, saya."
"Siapa nama kau?"
"Fuad Ardan."
"Okay, kau clearkan kotak ni, lepas tu kertas-kertas ni kau susun kat situ. Aku ada banyak kerja lain ni."

Lelaki bernama Ardan tu pun ikut sahaja arahan Merlina tanpa membantah.

Ibu Merlina, Ayuni datang membawa mangkuk ayan yang berisi sup tulang merah dan mihun Temasik.

"Mer, ni ada surat sampai kat rumah ni. Mak bawak datang sini. Macam surat kerajaan."
"Surat apa tu?"
"Manalah mak tengok. Kau bukak la sendiri. Ni aku dah masakkan kau makanan."

Sedang Ardan menyusun kotak, dia terpandang ibu Merlina yang duduk di sofa.

"Ala, surat tawaran masuk universiti. Ingatkan amende."
"Eh kau, orang lain semua nak masuk universiti, kau macam tak excited. Apahal?"
"Orang nak surat tawaran untuk kontrak supply kertas ke, supply mesin fotostat ke. Bukak cawangan dalam kampus ke. Ini masuk universiti, buat apa. Newbie boleh la."
"Eh kau ni, tak bersyukur betul."
"Ye lah, ye lah. Hooray," kata Merlina dengan nada paling tak excited dia punya hooray tu.

Ardan selesai susun kotak, kemudian dia menegur ibu Merlina.

"Puan, puan ni Ayuni Mokhtar kan?"
"Ye saya, kenapa?"
"Puan dulu pelakon kan zaman P. Ramlee, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman semua tu dulu?"
"Lama dah. Lagipun saya selalu berlakon watak kecil je, bukan watak utama pun."
"Waaahh, tak sangka. Saya Ardan, pembikin filem bebas dan peminat filem lama. Tapi sekarang tengah cari duit sikit, untuk biayai final project."

Merlina jeling ke arah Ardan.

"Kau boleh edit filem?"
"Boleh, cik Merlina."
"Digital ke analog?"
"Dua-dua. Tapi sekarang banyak buat digital je."
"Kalau aku cari job buat iklan, kau boleh buat tak?"
"Job iklan? Komersial ke?"
"Haah. Iklan dalam 30 saat macam kat TV tu. Sebab, partner aku, dia berbesan dengan owner Wijaya TV. Kalau kau boleh buat iklan, aku tanya dia camana."
"Pakai equipment siapa, cik?"
"Banyak ke equipment kau?"
"Ada tapi saya punya amatur je. Maklumlah, saya ni student lagi."
"Student mana?"
"Universiti Wijayapura."
"Sama dengan aku. Takpe, nanti aku dapat job, kau cari talent kat universiti, lepas tu kita buat iklan. Senang sikit aku buat duit, daripada asyik printing je. Naik bosan aku."

"Merlina, Merlina. Kau memang pandai buat duit," kata Ayuni.
"See the leg la, mak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro