Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1996 part 2

Goryeo tarik diri anjur Piala Asia 2000, Gelanggayu tuan rumah

WIJAYAPURA - Goryeo menarik diri dari menganjurkan Piala Asia 2000, selepas berjaya membida tuan rumah bersama Ryukyu untuk Piala Dunia 2002.

Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Sultan Aminul Rasyid mengumumkan tuan rumah berikutnya ialah Gelanggayu, berdasarkan pemilihan tuan rumah pada tahun 1994, apabila Gelanggayu berada di tempat kedua.

Sebagai tuan rumah, Gelanggayu akan layak secara automatik. Perlawanan kelayakan akan bermula selepas tamatnya Piala Dunia yang berlangsung di Perancis pada tahun 1998.

--

Hafiz bertungkus lumus sepanjang malam untuk menghasilkan worm yang bakal disebarkan ke seluruh komputer mahkamah-mahkamah di seluruh Gelanggayu.

Dengan menaip kod-kod Unix yang dipelajarinya, jari jemarinya pantas membaca coding worm yang pernah dipelajarinya secara haram tanpa pengetahuan pensyarahnya semasa di universiti.

Dengan malware seperti worm yang mampu merebak sendiri di dalam internet, ia akan membuatkan sistem komputer itu terhenti daripada melayari Internet, sebaliknya ia hanya akan memaparkan satu gambar stadium lama Puncak Jaya sebelum terbakar, lalu tulisan bergerak dengan font Comic Sans tertulis "SiAPa bAkAr sTAdiUm tAhuN 89?" dan untuk keluar dari gambar itu, perlu tekan spacebar dan satu kotak tertulis soalan sama, dan pengguna komputer harus menjawab soalan itu.

Sekiranya dapat menjawab soalan itu, barulah lepas masuk dalam web, tapi dalam beberapa minit, ia akan sekali lagi memaparkan skrin yang sama.

Dan pada akhirnya ia akan memenuhkan RAM dan akan jadi lambat.

Tetapi, dalam Hafiz nak mendajal tu, dia juga ada otak business, dengan mencipta anti worm untuk serangan kali ini.

Disebabkan dia sendiri yang supervised penyambungan internet di pejabat-pejabat kerajaan di Gelanggayu, maka dia tahu nak serang kat mana dulu.

Tapi untuk menyerang, dia perlu buat ini di tempat lain kerana kalau boleh detect, memang kantoi.

File tersebut dinamakan sebagai cutekittens.exe, dan sebaik sahaja siap, Hafiz terus menyandar.

Keesokan harinya, Hafiz memalsukan identitinya dengan membuat nametag dengan nama Samad, ke mahkamah daerah Tohor di Air Putih, kononnya untuk membuat inspection.

Disebabkan Hafiz dah biasa set up komputer pejabat kerajaan, Hafiz dah tahu macam mana protokolnya. Dia cuma datang ke kaunter, dan kata dia adalah juruteknik komputer untuk membuat pemeriksaan komputer.

"Assalamualaikum, saya Samad, dari GironTech Sdn Bhd, saya dihantar oleh syarikat saya untuk check condition komputer pejabat ni."

"Tunggu sekejap ya, saya panggil supervisor saya."

Selepas mendapat kebenaran, Hafiz yang menyamar jadi Samad ni pun meletakkan file cutekittens.exe ni ke dalam setiap komputer dalam pejabat mahkamah tu.

Selepas selesai, dia ke mahkamah daerah lain pula, yang mana ada komputer. Mahkamah yang masih belum ada komputer biasanya daerah yang ceruk gunung dan tak ada sambungan internet pun.

Selain itu, Hafiz juga pergi ke sekolah-sekolah yang mana pejabatnya ada komputer dan mengulangi proses yang sama.

Sepanjang 5 hari tu, dia berjaya meletakkan worm tersebut pada setiap komputer di empat buah mahkamah daerah, 16 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah, disamping beberapa pejabat seperti jabatan air, jabatan elektrik dan Telekom Gelanggayu.

Worm cutekittens.exe adalah serangan cyber pertama terhadap kerajaan Gelanggayu, dilakukan oleh Hafiz.

Selepas selesai, dia tersenyum dan berkata, "Morris, you're a legend", merujuk kepada Robert Tappan Morris, pencipta Morris worm, computer worm pertama di dunia pada tahun 1988.

--

Azlan

Rutin seharian sebagai cikgu sekolah di international school aku, aku dah boleh hafal dah. Aku bangun pagi, gosok gigi, mandi, dan pakai baju sebelum menaiki kereta Nissan Almera yang aku beli.

Downgrade la dari kereta sebelum ni aku bawak, tapi ok la. dalam kereta sambil dengar lagu How Deep Is Your Love dari kumpulan Take That sambil menghadap traffic jam depan stadium yang sedang dibina.

Sebab Mina minat sangat dengan kumpulan Take That ni, aku terima je lah taste muzik dia sebab kereta ni pun akan jadi macam makwe kau punya bila kau dah ada makwe.

Lagu How Deep Is Your Love ni asalnya lagu Bee Gees, sekarang kumpulan ni pulak dah cover.

Pendapat aku, kalau lagu-lagu zaman kau membesar dulu dah ada start orang generasi baru cover, maknanya kau dah tua dan muzik-muzik baru ni susah nak diterima.

But I have to be an open book kalau bab muzik ni, sebab aku ni cikgu muzik. Aku perlu berhubung dengan pelajar aku yang memang Gen Y. Bukan Gen X macam aku.

Ah, lantak la.

Setiap kali aku lalu stadium ni, aku mengeluh. Bukan sebab traffic jam, tapi mengenangkan peristiwa tujuh tahun yang lepas.

Aku tak sepatutnya bertindak mengikut perasaan, dan sebab impulsive aku tu, Pengetua terpaksa cover aku dan melindungi aku daripada dihadapkan ke mahkamah.

Tapi mungkin lepas tu, Pengetua pun dah tak tahan dengan perangai aku, sejak aku dilempang di rumahnya tu, aku dah tak berjumpa lagi dengannya.

Start kelas pukul 9 pagi, jadi aku bersarapan dulu di kafetaria. Kafetaria sekolah aku ni ada aircond, bukan macam kafetaria kat sekolah aku dulu.

Dengar cerita ramai juga menteri yang hantar anak ke sekolah kat sini.

"Good morning, Alan!" kata Mia yang terus duduk di depan aku. Mia mengajar matematik di sekolah ni, memandangkan ayahnya, Adnan Masilajovic menjadi duta besar Bosnia ke Gelanggayu.

Sejak Perjanjian Dayton yang dimaterai oleh Alija Izetbegovic, Presiden Bosnia, Slobodan Milosevic, Presiden Yugoslavia dan Franco Tudjman, Presiden Croatia, Bosnia Herzegovina kini sudah merdeka dan Perang Balkan telah tamat.

Jadi aku percaya, Adnan menjadi duta besar di sini pun sebab Pengetua, dan Mia mengajar di sini dengan gaji yang agak tinggi juga.

Mia beberapa kali mengajak aku untuk makan di rumahnya, tapi aku menolak, sebab aku tak berani nak tunjuk muka kat kawan-kawan Pengetua. Aku cakap je lah aku ada hal lain.

Aku dan Mia berborak pasal hal sekolah, dan Mia sekali sekala bercerita tentang isu Bosnia pada aku.

Dalam aku makan tu, aku terpandang ke kaca TV, dan mereka membincangkan tentang millennium bug atau Y2K.

--

Hafiz

Rasa janggal juga aku datang ke Wijaya TV tapi tak jumpa Adilah. Orang pertama yang menyapa aku ialah kawan baik Adilah, iaitu Azmil Zawawi yang kini bekerja dalam rancangan hiburan berjudul Irama.

"Hey, Hafiz! Apa khabar kau, dah lama tak nampak kau sekarang. Kau apa bikin sekarang?" sapa Azmil ketika terserempak di koridor studio Wijaya TV.

"Aku okay je."
"Kau dengan Adilah macam mana? Aku bukan apa, Adilah tu, aku kenal perangai dia. Aku rasa, dia kena ilmu pukau. Kesian dia, aku harap kau balik la kepada dia."
"Haha, aku malas nak fikir la Mil. Aku sekarang fokus dengan kerja je."
"Kau kerja apa sekarang?"
"Technician komputer."
"Eh, kejap lagi kau masuk studio kan?"
"Haah. Aku dah lambat ni. Pergi dulu ya?"
"Hafiz!"
"Apa dia?"

Azmil terus pegang bahu aku.

"Kesian aku tengok Adilah sekarang. Aku harap kau maafkan dia. Dia tunggu kau."

Aku terus berjalan ke studio sambil malas nak memikirkan soal Adilah ni. Bukan apa, daripada dia kat universiti dulu dia dah kejar si bangsat tu. Nak cakap apa lagi kan?

Aku pun duduklah di waiting room sementara produser panggil aku untuk segmen aku.

"Encik Hafiz, lagi 10 minit, masuk konti ya," kata produser tu sambil seorang jurumekap sedang make up muka aku untuk tujuan lighting.

Selepas lampu On Air menyala, aku disuruh ke studio untuk bercakap secara langsung di televisyen.

--

Pengacara: Assalamualaikum, Gelanggayu Hari Ini, mari mari mari! Hari ini kita ke segmen IT untuk membincangkan tentang isu yang sedang dibincangkan dalam bahagian teknologi maklumat.

Dunia hari ini semakin dekat dan rapat apabila internet sudah menjelma. Tapi tahukah anda, Y2K atau millennium bug? Ya, bug ni bukan serangga tetapi masalah dalam perisian komputer menjelang tahun 2000 nanti.

Bersama sama, CEO Fizzy Technologies Sdn Bhd, saudara Hafiz Samsudin. Baiklah, Hafiz, boleh tak terangkan apa itu Y2K dalam paling ringkas sekali?

Hafiz: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Millennium bug ini merupakan glitch, atau berlaku kerosakan teknikal pada komputer kerana gagal untuk mengenalpasti tarikh pada 1 Januari 2000. Ia dipanggil Y2K sebab ia bermaksud Year 2000, dan K untuk kilo, iaitu unit seribu dalam sistem metrik.

Pengacara: Apa masalah yang akan timbul pada 1 Januari 2000 nanti?

Hafiz: Masalah yang akan timbul, pada 1 Januari 2000 nanti, komputer akan gagal mengesan tarikh yang sebenar, kerana dalam sistem komputer kita, kita menggunakan format DDMMYY.

Pengetua: D untuk date, M untuk month, Y untuk year?

Hafiz: Betul. Contohnya, hari ni 18 Januari, 1996, komputer akan mengesan tarikh dengan tertulis 180196. Jadi pada 31 Disember 1999 nanti, ia akan mencatat 311299. Apabila 1 Januari 2000, ia akan mengubah jadi 010100.

Pengacara: Dan 00 itu maksudnya?

Hafiz: Kalau kita, manusia, kita maklum itu tahun 2000. Tapi untuk komputer yang diprogramkan sejak tahun 60an lagi, ia tidak dapat mengesan tarikh tersebut, menyebabkan kegagalan komputer berfungsi dengan baik.

Pengacara: Kenapa tak disetupkan empat angka untuk tahun awal-awal?

Hafiz: Sebab, pada ketika program itu dicipta, untuk store memory kosnya tinggi, kalau kita ambik komputer tahun 1960an misalnya, yang besar bilik tu, cuma 32 bytes. Jadi nak storage file memang banyak melibatkan ruang. Tapi teknologi hari ini telah berjaya membuatkan satu komputer di pejabat tu sampai 4GB. Malangnya program tu masih banyak komputer yang menggunakan DDMMYY. Masalah ni dah dinyatakan oleh Robert Bamer pada tahun 1958 lagi, tetapi dipandang remeh kebanyakan orang ketika itu.

Pengacara: Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

Hafiz: Di kebanyakan negara, macam di Amerika Syarikat, sudah ada pelan tindakan Y2K dari badan-badan kerajaan dan swasta. Macam syarikat saya buat ni, saya banyak buat programming untuk komputer-komputer sama ada kerajaan atau swasta. Jadi, syarikat kami keluarkan CD-ROM ini untuk patching kepada sistem komputer, supaya pada tahun 2000 nanti ia bukan DDMMYY, tapi DDMMYYYY.

Pengacara: Kalau saya nak format komputer saya di rumah, sebab anak saya pun baru belajar komputer, boleh saudara Hafiz buatkan untuk komputer saya tidak mengalami masalah Y2K?

Hafiz: Syarikat saya akan buat je di mana-mana. Kalau nak saya formatkan komputer di Wijaya TV pun boleh. Untuk pengetahuan lebih lanjut, boleh layari ke www.fizzytech.com.gl.

Pengacara: Itu dia tuan-tuan dan puan-puan, pakar IT kita, saudara Hafiz. Terima kasih kerana sudi bersama kami di Gelanggayu Hari Ini.

Hafiz: Kasih diterima.

Pengacara: Kita kembali selepas ini dengan resipi Chef Azrul pada hari ini selepas pesanan penaja.

--

Azlan

Dia bukan pekerja, tapi dah jadi CEO kepada syarikat teknologi maklumat! Losernya aku!

Ikutkan hati aku, sekarang juga aku nak ke Wijaya TV, tapi aku ada kelas kejap lagi. Mana aku nak cari kau, Hafiz?

Selepas sarapan, aku ke pejabat dan susun buku aku sebelum nak ke kelas muzik. Di pejabat, Mrs Susan, dan Mia berbual-bual sambil masing-masing check e-mail masing-masing.

Tiba-tiba Mia menjerit.

"What happened to my computer!"

Beberapa saat kemudian Mrs Susan pun sama komplen.

Semua orang pun berkerumun pada komputer Mia dan Mrs Susan.

Aku on komputer aku, kemudian aku check email juga. Aku nampak ada fail cutekittens.exe yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan.

Aku tergerak hati untuk tidak klik di situ.

"Hey, what the hell is cutekitten?"

Mia nampak panik kerana tidak boleh berbuat apa-apa dengan komputernya. Jadi aku tengok apa yang berlaku.

Aku nampak gambar stadium lama Puncak Jaya dan tulisan marquee bergerak "SiAPa bAkAr sTAdiUm tAhuN 89?"

Holy shit. Aku tergamam.

Ada orang lain ke yang tahu pasal ni?

Aku terus ke komputer Mia, dan terus menaip nama aku.

Komputer Mia kembali okay. Muka aku jadi merah padam.

Aku terus panik dan cuba ke komputer Mrs Susan pula. Aku taip nama aku, dan berjaya kembali ke web asal.

"Not again!" jerit Mia.

Soal komputer kena virus ni satu hal, tapi siapa yang tahu tentang peristiwa ni tujuh tahun lepas?

Budak-budak hacker ke yang tahu benda ni?

Tak mungkin. Sebab Faiz, Din, atau Hafiz yang pernah tanya pun tak suspect aku. Siapa yang tahu ni? Ada orang lain ke yang tahu pasal ni?

Fvck!

--

"Bodoh betul siapa buat virus Cutekittens ni, ni virus nak perangkap orang. Aku pun tertipu. Mentang-mentang aku suka kucing," kata Merlina yang tergaru-garu kepalanya bila dapat tahu komputernya terkena virus.

Merlina pun telefon orang yang membaiki komputer untuk datang ke kedainya untuk membaiki komputernya.

Beberapa jam kemudian, technician komputer datang.

"Adik dapat file cutekittens ya?" tanya technician tu.
"Haah. Ingatkan gambar kucing. Sekali entah amende entah. Siapa bakar stadium tahun 89? Entah mende-mende," kata Merlina.
"Okay, kita kena format dulu komputer adik, lepas tu kita letak antivirus ni."

Merlina pandang uniform baju abang technician tu.

"Fizzy Technologies? Amende letak nama macam jenama air gas? Logo warna hijau macam Alam Flora. Buruk nak mampos. Apasal la orang business ni tak reti hire designer logo?" ngomel Merlina seorang diri.

Dia memerhati sahaja cara abang technician itu format komputer dia, kemudian selepas siap, dia minta bayaran upah RG150.

Dalam hati Merlina sumpah seranah je. Kerja camtu senang pun nak mark up harga. Melayu ni kalau nak mark up, kalah Yahudi.

Selepas technician itu keluar, Merlina tutup pintu kedai.

"Celaka, tak memasal aku rugi RG150! Siapa celaka la yang buat virus celaka ni?"

Kemudian Merlina pun mencari di Yahoo, dengan menggunakan Netscape.

"Fizzy Technologies, siapa owner dia ek?"

Dengan menekan carian di ruang 'search', Merlina jumpa link ke laman web syarikat itu.

Dia kemudian nampak gambar Hafiz, yang dia kenal sebagai orang yang setup komputer dia dulu.

"Eh celakanya abang Hafiz ni. Dia yang buat virus ni rupanya. Lepas tu jual antivirus. Macam la aku tak tahu, dia punya model perniagaan macam mana. Macam Norton Antivirus la. Sendiri buat virus, lepas tu buat antivirus."

Kemudian Merlina duduk termenung, memikirkan persoalan dari virus tersebut.

"Siapa yang bakar stadium tu ek? Apasal dia nak bakar? Eh, motif aku pulak nak memikir benda yang dah bertahun lepas. Kejadah!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro