
1994 part 4
Azlan
Keesokan harinya, aku datang ke Wijaya TV, dan tunggu sampai waktu lunch, bila Adilah turun untuk keluar dari office.
Aku nampak bekas musuh aku, Harry anak Datuk Mubin datang membawa sejambak bunga. And by the time Adilah tiba berhampiran kereta aku, aku dengar suara Harry merayu pada Adilah.
"Tolonglah bagi chance kat I, sekali je kita keluar, please!"
"Tak nak!"
Jadi, aku pakai cermin mata gelap aku dan keluar dari kereta.
"Dila, masuk dalam kereta."
Adilah kelihatan terkejut, kemudian dia berjalan ke tepi.
"Ooh, kau lagi, Azlan?" kata Harry.
"Ya, apahal?"
"Kau tak sudah-sudah kacau aku, kan?"
"Bila masa aku kacau kau?"
Melihat kereta aku naik ni ada 200 orang je dalam dunia yang mampu pakai, dia berundur.
Adilah masuk dalam kereta.
"Hari tu awak pakai kereta lain, ni kereta lain pulak?"
"Oh, kereta tu dah rosak. Awak nak ke mana ni?"
"Saya nak ke Seri Bendahara, ada sidang media Datuk Seri Azmi."
"Saya pun nak ke sana, sekali lah."
Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim hari ini ada sidang media mingguannya, berkenaan isu semasa. Aku pula nak ke Seri Bendahara untuk jumpa dengan Bang Iz.
"Hafiz bila balik dari Barbados?"
"Lagi dua hari. Dia sibuk sekarang ni ikut delegasi Gelanggayu mempromosi Sukan Komanwel."
"Jarang nampak dia balik rumah dah. Kejap pergi Bangladesh, hari tu pergi India, lepas tu Sri Lanka, lepas tu Maldives, ni pergi Barbados pulak. Sibuk sangat."
"Begitulah," jawab Adilah, pendek.
"Bukan apa, kalau sibuk sangat, nanti dia lupa awak pula."
"Tak, dia tak lupa saya. Dia call je saya setiap malam."
"Walaupun kat Barbados? Tak mahal ke call?"
"Tak tahulah saya. Awak buat apa kat sini?"
"Ada urusan dengan Tengku Ariffin. Lepas tu nak ke Seri Bendahara. Kebetulan awak lalu. Kita singgah makan dulu? Press conference pukul berapa?"
Adilah belek begnya, dan kemudian tengok pada sekeping kertas.
"Jam 2 petang."
"Sekarang baru pukul 12. Kita lunch dulu, sebelum saya hantar awak ke sana."
Macam biasa, aku bawa dia ke St. Pierre.
"Kalau awak ajak saya makan kat sini, saya tak nak."
"Kenapa?"
"Mahal sangat."
"Saya belanja."
"Tak nak. Kalau macam tu, saya naik teksi je ke Seri Bendahara."
"Habis tu, awak nak makan apa?"
"Boleh tak awak ajak saya makan kat warung je? Restoran mamak ke? Nasi campur ke?"
Adilah memeluk tubuh.
"Tak suka makan kat sini?"
"Saya rasa tak selesa. Dan saya tak faham dengan tindak tanduk awak sejak dua menjak ni, Azlan."
"Apa yang awak tak faham?"
"Hantar saya bunga, belanja restoran mahal, belikan perfume. Tolonglah, saya anggap awak ni kawan saya."
"Adilah..."
"Azlan, saya dah bertunang. Dan tunang saya ialah kawan baik awak. Tolong hormat sikit hubungan kami. Kalau awak rasa awak boleh beli saya dengan kereta awak, restoran mewah, perfume mahal, saya rasa awak tak kenal siapa saya."
Peh, macam tu dia tembak aku?
"Saya pergi dulu. Terima kasih sebab selamatkan saya dari si Harry tu, tapi sekarang, saya kena selamatkan diri saya dari awak pulak."
Adilah terus jalan menonong tinggalkan aku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Macam ni je dia buat aku?
Tak boleh jadi. Best man win, dan adalah amat hina aku kalah macam ni dengan Hafiz yang bawak kereta tin susu!
Sedangkan bini orang pun boleh dirampas, apatah lagi tunang. Cheh!
--
Natasha
Selepas empat tahun akhirnya I kembali ke Gelanggayu. Menaiki private jet bersama Luqman.
Wijayapura dah banyak berubah since the last time I left tempat ni. Dah ada banyak mall baru, dah ada banyak jalan baru.
I takpe lagi, baru empat tahun. Luq dah tinggalkan Wijayapura sejak 1988. Dia lagi tak cam banyak tempat baru yang dah muncul. Dia hanya ingat Wijayapura yang versi 80an.
Things has changed a lot.
As much as I hate his brother, Damian, I need to confront him. Sejak daddy meninggal, things has change dramatically. Datuk Mohd Nor gabungkan company daddy dengan dia, menjadikan company ni yang terbesar di Gelanggayu.
My reason to meet Damian sebab project daddy kat Teluk Chendana tu sahaja, and nothing more. Itu amanah daddy yang I kena selesaikan.
Sejak teknologi IT mula berkembang, I memikirkan yang Gelanggayu need their own Silicon Valley macam di California tu. Where tech companies can set up their hub in one place, therefore the technology transfer will happen in that place.
Tapi dalam hal ni, I know nothing about this. I tahu Hafiz rapat dengan Zizan, therefore, benda pertama yang I kena buat bila sampai sini ialah contact Zizan untuk dapat support from his dad.
I will do anything to achieve daddy's dream.
"Kita nak makan kat mana ni?" tanya Luqman di sebelah.
"You ingat I hafal ke map Wijayapura ni? I dah tinggalkan tempat ni four years ago. I tau St. Pierre je."
"Okaylah, macam tu kita makan kat situ je lah. Dah lama tak makan kat situ. Driver, bawa both of us ke St. Pierre."
Paragon Mall dah nampak makin ketinggalan, compared to other new shopping malls. Masa I remaja dulu, Paragon Mall ni shopping mall yang paling gah sekali.
Tak lama lagi, bila underground railway siap ke Puncak Jaya, sebelah stadium baru tu, Datuk Mohd Nor rancang untuk bina shopping mall yang terbesar di seluruh Nusantara.
Dijangka akan siap masa Sukan Komanwel, which generate lots of profit after this.
Stadium baru, bersama stadium tertutup, stadium hoki, kompleks renang, veledrome basikal, and shopping complex yang dihubungkan dengan stesen kereta api bawah tanah, lebuhraya baru dan sebuah bangunan tertinggi di dunia.
Those projects will cost 10 billion ringgit. Macam mana nak biayai semua tu? Well, according from the plan, Datuk Mohd Nor will ask George Soros a favour to speculate ringgit Gelanggayu, therefore devalue the currency.
Bila ringgit lemah berbanding US dollar, those projects will be much more cheaper, since duit Datuk Mohd Nor mostly in US dollar.
One by one al-Daulah's asset, dia beli dan cuba beli. Keluarga diraja terpaksa jual disebabkan fvcked up yang they all lakukan masa forex crisis back in 1992.
But all I ask to them, is to carry on my daddy's project.
Sebab tu je I ada kat sini.
Damian datang di depan St. Pierre, dan terus peluk Luqman.
"My bro!"
I jeling pun tak nak. Menyampah tengok muka dia ni. Tapi terpaksa.
"Nat, my brother..."
"I know."
"Okay, let's eat," Damian cuba nak kendurkan keadaan.
Sedang I masuk tu, you all nak tau, I terserempak dengan siapa?
Damn it, it's Alan. And Luqman lagi nak buat pasal, saja je hold my hand while approaching him.
Okay, I cerita dulu why Luqman macam annoyed dengan Alan. At first, Luqman genuinely think that Alan is his best friend.
But, later Luqman rasa Alan cuba bodek his dad, especially bila cakap tentang one incident at the campsite, masa arwah my dad jatuh patah kaki dulu.
Lepas tu, Luqman told Alan that he likes me, but lepas tu Alan masuk line and couple dengan I. At one point, Luqman think that Alan misused pengaruh Pengetua, and using the respect of our fathers to Pengetua untuk gunakan mereka.
For Luqman, Alan perlu diajar, memandangkan sekarang the only support dalam republican camp cuma Tengku Ariffin and his daughter, and Pengetua.
I memang dah tau si Mina tu memang suka play this kind of game. Of course semua orang tahu dia kat RPM macam mana. She's cunning and manipulative. Walaupun I budak KMW, tapi I tau la reputation dia macam mana.
Dengar cerita Tengku Ariffin nak padukkan anak dia dengan Alan. Manipulative cunning girl macam Mina tu kahwin pulak dengan sweet talker narcissist psychopath macam Alan tu. Memang pinang dibelah dua!
"Can we join?" kata Luqman, pada Alan.
Alan pandang Luqman and I, dalam keadaan tergamam.
"Can we join?" tanya Luqman sekali lagi.
"Sure," kata Alan.
Menyampahnya. Dah la kena duduk berdepan dengan Damian, lelaki yang dulu pernah cuba nak rape I, lepas tu duduk depan ex-boyfriend pulak.
Cuba letakkan situation I kat you all, you all rasa boleh tahan tak?
I hate myself at this moment. But this is sacrifice for you, daddy.
I miss you, I wish you were here.
--
Sampai je rumah, I rasa lega. I rasa lega sebab finally I can be myself. Mor, bila nampak I, dia terus hug and kiss me.
The warmth love from Mor, is more than anything on this world.
Mor bake Danish pastries for me, which is my favourite, bila dia tahu I dah nak balik.
But what's more important, I nak balik ke my room. I miss my own room.
Then I nampak photo album I. All photos of me and Cindy, the one yang backstab I. My photos with Alan, masa almost four years I jadi girlfriend dia.
Then I terus campak je photo album tu. Kenapa orang yang kita sayang, yang paling kita value, yang paling kita hold dearly, akhirnya tikam kita dari belakang?
I feel so broken. So I turn on the radio, and there's a song from Jeff Buckley, makes me calm, for a while.
I faham, mentang-mentang I treat orang dengan baik, just like what daddy and Mor taught me, orang pijak je I. Ramai orang bermuka-muka, therefore I pun terpaksa belajar untuk bermuka-muka.
You ingat I suka sangat ke situation tadi? But I have to smile, because I want to take care of daddy's project.
I will defend that project at all cost. Including my own heart. So I cry alone in this room, thinking how much this could change me to be a monster that even myself can't recognize.
Looking out the door
I see the rain fall upon the funeral mourners
Parading in a wake of sad relations
As their shoes fill up with water
Maybe I'm too young
To keep good love from going wrong
But tonight, you're on my mind so
You never know
Broken down and hungry for your love
With no way to feed it
Where are you tonight?
Child, you know how much I need it.
Too young to hold on
And too old to just break free and run
--
Adilah
Nampak tak tadi Azlan semakin desperate kejar aku? Oh my, kalau dulu kau macam ni, tak payahlah aku guna cara jahat.
Aku akan tunggu Hafiz balik untuk menyempurnakan segala perancangan aku selama ini. Sebab dengan cara itu, dapatlah aku pisahkan Hafiz dan Azlan.
Aku telah aturkan semuanya. Sekarang Azlan sudah masuk dalam perangkap. Tunggu Hafiz balik dari Barbados dan semuanya aku telah rancang.
--
Disebabkan sudah kaya menjual semua saham-sahamnya, Merlina mengajak Faridah dan keluarganya ke Perth, Australia untuk melihat sendiri tanah yang dia bakal beli untuk dihadiahkan kepada keluarganya.
Faridah pun bersiap-siap dengan beg pakaian untuk ke sana.
"Aziz, kau telefon adik kau tu. Kata nak hantar ibu pergi rumah Uncle Hashim!"
"Dah telefon rumah dia, ibu! Tapi takde orang angkat."
"Budak bertuah Azlan ni! Makin ada kereta mahal, makin lembab pulak dia ni! Eh, kalau payah sangat, call teksi je lah!"
Disebabkan tunggu Azlan tak sampai-sampai, Aziz pun telefon sahaja teksi. Kesudahannya mereka berdua menaiki teksi ke rumah Uncle Hashim.
--
Mereka tiba di Perth dalam penerbangan selama enam jam dari Wijayapura.
Dari Perth ke Katanning pula memakan masa tiga jam perjalanan, dan encik Hashim dijemput oleh pegawai khas Tengku Norman.
"Tengku Mahkota ucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Faridah sebab nak beli tanah di sini. Sebenarnya keadaan kewangan keluarga al-Daulah tengah dalam keadaan negatif, jadi pembelian tanah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyelesaikan hutang," kata pegawai istana.
"Banyaknya ladang lembu! Patutlah Australia pengeksport daging dunia," kata Aziz.
"Abang Aziz minat betul dengan lembu ni," kata Merlina.
"Mestilah. Aku belajar bidang veterinar kot."
"Abang ada kebun ke?"
"Ada kebun kobis kat Teluk..."
Faridah tutup mulut Aziz.
"Asal, ibu?"
Faridah menggelengkan kepala, kemudian menjeling ke arah pegawai istana yang sedang memandu.
Faridah tahu tentang sejarah Teluk Tenang dengan keluarga al-Daulah. Jadi dia tidak mahu menimbulkan sebarang kesukaran di masa depan.
"Tanah arwah ayah dorang ni. Tapi ada je pakcik Aziz tolong jaga," kata Faridah.
"Ooohhh, besar tak? Kalau besar, nak beli."
"Amboi kau ni, tak cukup tanah lagi ke kau nak beli, Merlina?"
"Takde la. Buatnya saya kahwin dengan Azlan, senang sikit nak gabung tanah dengan dia."
Terbarai ketawa Aziz.
"Tak payah berangan la, Merlina! Dia tu sekarang dengan..."
Belum habis Aziz sebut, Faridah dah tutup mulut Aziz. Sebab tak nak Aziz sebut nama Tengku Aminah dalam kereta.
"Tanah tu tanah pusaka, Mer. Tak boleh sebarangan."
"Ooo, macam tu. Takpelah nanti saya kahwin dengan Azlan..."
Aziz ketawa lagi.
"Kau tu baru Form Two la!"
"Alah abang Aziz ni, orang gurau je lah! Semua benda nak ambik serius," kata Merlina.
Faridah hanya menjeling ke arah Aziz, takut dia ni buka mulut tak memasal.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro