
1994 part 1
New Year's Eve, 1994
"Assalamualaikum..."
Wan Radzi dan isteri terdengar suara beberapa orang di luar.
Kelihatan Hafiz memakai baju Melayu berwarna putih, dan bersampin bersama ibunya dan adik perempuannya, Hazimah.
"Waalaikumsalam, haa, keluarga Hafiz ya, ya jemput masuk," Wan Radzi berdiri di pintu. Hafiz orang pertama yang masuk, mencium tangan Wan Radzi.
Adilah di bilik duduk di atas katil, dia antara senyum atau tidak. Senyum kerana Hafiz merupakan lelaki yang serius mencintainya.
Dalam masa sama dia rasa bimbang bila dia dah berkahwin nanti, kariernya selaku pembaca berita kemungkinan akan hilang. Lepas ni dia nak kerja apa?
Cita-citanya dari kecil ialah mahu menjadi wartawan dan pembaca berita. Setiap hari, semasa dia kecil dulu, dia berangan dengan menggunakan sikat rambut ibunya sebagai mikrofon dan bercakap di depan cermin, membayangkan dirinya bercakap di depan TV.
Sekarang, semua itu telah dicapainya. Dia sudah menjadi pembaca berita yang paling terkenal di Wijaya TV. Adakah bila berkahwin nanti, semua itu akan hilang?
Tapi dalam masa sama, sejak bercinta dengan Hafiz pada malam New Year 1991, Hafiz menatangnya bagai minyak yang penuh.
Malam-malam lapar? Dia telefon Hafiz, dan Hafiz akan bawa makanan untuknya.
Bila dia penat balik bekerja, Hafiz yang angkat begnya. Hafiz tak pernah pun kira duit tol, duit minyak, duit makan, dan selalu apabila pulang kerja jam 10 malam, Hafiz setia menunggu di car park untuk menjemputnya.
Kalau itu bukan komitmen yang jitu, apa lagi?
Kedengaran keluarga Wan Radzi dan ibu Hafiz berbual tentang hal pertunangan. Hari ini Hafiz hantar cincin merisik. Minggu depan dia akan ke Bangladesh untuk mempromosi Wijayapura 98, Sukan Komanwel yang akan berlangsung pada tahun 1998.
Sambil itu dia juga mempromosi Telekom Gelanggayu selaku internet provider dan memperluaskan pengaruh syarikat internet negara di mata dunia.
Lepas ini, Hafiz akan sibuk ke luar negara. Jadualnya agak padat. Minggu ini Bangladesh, dua minggu kemudian ke New Zealand. Bulan Ogos akan ke Victoria, Kanada sempena Sukan Komanwel di sana, sebelum baton seterusnya akan diserahkan ke Gelanggayu.
Dalam kesibukannya itu, sekali pun Hafiz tak pernah lupa untuk telefon Adilah. Dua minggu lalu, ketika ke Maldives, walau macam mana sibuk pun, jam 11 malam, Hafiz akan call Adilah.
Begitulah kuatnya cinta Hafiz pada Adilah. Adilah menghargai cinta Hafiz, tetapi cintanya terhadap dunia kewartawanan dan berdepan dengan kamera adalah impiannya sejak kecil.
Ibu Adilah buka pintu biliknya. Masa yang ditunggu telah tiba.
"Dila, ni Hafiz datang, bawa cincin."
Hafiz buka kotak cincin, kemudian pegang tangan kanannya.
"Kanojo, awak nak kahwin dengan saya?"
Fikiran Adilah bercelaru. Semua ahli keluarga dah serbu biliknya. Takkan nak jawab tak, kan?
"Kalau saya masak nasi hangit, awak sanggup makan ke?" tanya Adilah.
"Pernah ke saya tolak apa awak bagi saya, sayang?" Hafiz ketawa.
"Ya, saya setuju."
Cincin disarungkan ke jari manis Adilah. Dengan ini, Adilah sudah menjadi tunang kepada Hafiz.
"Alhamdulilah, Hafiz, jaga Adilah elok-elok. Maruah dia, kehormatannya, makan pakai dia, zahir batin dia lepas kahwin ni," kata Wan Radzi. Hafiz terus cium tangan bakal mentuanya. Wan Radzi memeluknya.
"Insya Allah, selagi ada hayat dalam jasad saya, saya akan lindungi puteri pakcik sedaya upaya saya."
Patung maskot Sukan Komanwel yang berbentuk orang utan - Wijaya, sempena nama bandaraya Wijayapura, dipegang oleh mereka berdua semasa sesi bergambar.
Masa pertunanganlah, sebenarnya masa yang paling mencabar, kerana dugaan banyak berlaku pada masa ini.
--
Azlan
Sejak tragedi runtuhnya Tower Heights, aku terkenangkan kenangan aku bersama Ali. Mastura, tak berapa sangat.
Yang dia pergi buat perangai pelik tu, agaknya mungkin itu petandanya. Mungkin dah begitu takdirnya.
Bomba dan badan penyelamat masih bertungkus lumus mencari mangsa, walaupun harapan sudah tipis. Dari sehari ke sehari aku berharap bomba dapat menyelamatkan Ali dalam runtuhan bangunan tu.
Sedih bila mengenangkan apa yang berlaku. Terutamanya mengenangkan Ali, yang banyak menolong aku sejak aku di bangku sekolah lagi.
Berat betul aku nak berdepan new year kali ini.
"Woi, apa yang kau termenung tu?"
Eh, suara tu...
"Wei bodoh, yang kau monyok tu kenapa? Kereta kau total lost ke?"
"Ali! Kau hidup lagi? Kenapa kau buat senyap, bangang!"
"Aku masuk hospital la. Aku patah tulang ibu jari kaki aku."
"Bangunan runtuh macam tu, kau patah ibu jari kaki je?"
"Cerita dia camni..."
--
Ali
Peh, malam tadi merupakan malam paling indah yang pernah aku dapat. Melihat Mastura berbaring tanpa seurat benang di sebelah aku, adalah kemuncak hidup aku.
Kalau aku mati hari ni pun aku dah puas hidup dah.
Tapi, aku rasa pelik gila hari tu. Aku rasa katil Mastura bergegar. Nak kata aku henjut kuat sangat semalam, masa tu je lah. Ni tengah baring-baring ni, apa yang bergegar lagi?
Eh, sejak bila pulak Gelanggayu ni ada gempa bumi? Raksasa bertarung dengan Ultraman ke?
Aku bukak tingkap, aku nampak tanah kat benteng kondominium ni dah nak runtuh.
Aku terus kejut Mastura.
"Woi, bangun doh! Tanah runtuh kat rumah kau ni."
Dia menolak muka aku.
"Bangunlah! Kau nak mati ke?"
Dia buat tak tahu je.
"Mampos kau la. Janji aku dah main dengan kau."
Aku terus capai seluar dan baju aku, dan aku baru nak pakai kasut sebelah kanan je, bangunan tu mula dah bergegar teruk.
Lepas tu aku terus lari sebelah kaki pakai kasut sebelah lagi kaki ayam. Aku berlari la untuk selamatkan nyawa aku. Mastura aku dah tak nak ambik pot dah.
Aku sempat masuk dalam lift sebelum bangunan tu runtuh. Masa runtuh tu, aku kat dalam lift. 90 saat aku rasa lift tu jatuh ke bawah.
Rileks, Ali. Rileks. Aku hentak-hentak pintu, pintu lift tak boleh bukak. Ala sialnya.
Otak aku ligat memikirkan macam mana nak keluar dari lift. Aku panjat lift tu, dan cuba tebuk dari atas. Tapi pintu atas pakai fiber, jadi aku ketuk makin sakit tangan aku dibuatnya.
Aku capai pisau dalam poket aku. Aku cuba cungkil pintu atas lift tu, dalam 20 minit jugak la aku cuba mencungkil untuk bukak pintu lift atas tu.
Aku dah mula rasa sesak dada. Oksigen dalam lift ni makin berkurangan.
Last sekali, aku dah geram, aku tanduk pintu lift atas tu sampai patah. Naik bengong kejap aku, tapi aku rasa lega sebab dapat hirup udara. Aku panjat keluar, lepas tu aku merangkak dalam runtuhan tu. Asap, habuk simen, memedihkan mata aku. Tapi takde pulak besi konkrit himpap ke aku.
Dalam masa 20 minit aku merangkak celahan runtuhan tu. Aku dengar suara orang menjerit, "tolong! Tolong! Anak saya tersepit!"
Aku dapat selamatkan anak dia, tapi aku tak berjaya selamatkan bapak dia. Aku dah cuba sedaya upaya, tapi aku bukan nak jadi hero, nak selamatkan semua orang.
Dalam masa sejam jugak la, aku pujuk budak umur 7 tahun tu jangan menangis sebab bapak dia dah mati kena hempap bangunan. Aku dengar bunyi siren bomba, aku rasa operasi mencari dan menyelamat tengah ada.
Jadi, untuk menenangkan aku dan budak tu, aku cucuk kokain ke lengan dalam kesempitan tu. Lepas tu aku chai bal di tepi batu konkrit tu. Kau jangan tanya aku la macam mana aku boleh ada kemampuan menggulung bal dalam keadaan berada dalam runtuhan tu.
Memandangkan aku hanya bergantung pada sedikit cahaya, aku dapatlah menggulung bal. Aku hisap sebal dulu, kemudian aku pass kat budak umur 7 tahun tu. Aku tak tau macam mana nak tenangkan budak ni selain bagi dia layan bal.
Kejap lagi aku dengar suara bomba.
"Ada orang kat dalam! Ada orang kat dalam!"
Aku keluarkan budak tu dulu memandangkan dia kecik dan lepas untuk keluar dari celahan tu.
Aku pulak tak muat.
"Rilek bro, hisap bal dulu," kata bomba tu pada aku.
Dua jam aku duduk mencangkung kat bawah tu, sampai aku dah tak larat nak cangkung, aku baring celah batu tu. Time tu datanglah bomba, pecahkan batu yang halang aku daripada keluar tu.
Batu tu pecah je, aku dapat rasa air hujan yang menitik dari tepi. Aku haus, jadi aku minum air hujan. Tapi walaupun batu tu pecah, tapi badan aku masih tak lepas.
Aku paksa juga badan aku menyelit untuk keluar, sebelum batu tu runtuh dan kena kaki aku yang kaki ayam tu.
Seminggu kaki aku bersimen, aku berbaring kat hospital. Lepas tu aku keluar, semua orang rasa aku ni macam ajaib gila, macam mana aku boleh survive macam tu sekali?
Kalau aku give up awal-awal, aku mati dalam lift tu agaknya. Tapi sebab aku tak give up, aku cuma cedera kat kaki je.
Aku rasa Mastura mati. Puas aku kejut dia, tapi dia tak nak bangun. Memang jenis tidur mati agaknya dia tu.
Jadi, aku antara salah seorang dari 13 orang yang terselamat dalam runtuhan tu. Yang lain, entah. Time macam ni, dah mati kot.
--
"Nyawa kau memang panjang, Ali."
"Dah banyak kali juga aku ni hampir mati. Dulu pernah kena tembak, lagi seinci je kena jantung aku. Hidup jugak. Yang ni bangunan runtuh, hidup jugak. Agaknya memang Tuhan kasi chance aku insaf kot."
"Weh, kaki kau dah ok ke?"
"Ok je. Nanti baik la tu."
Mereka berdua melihat bunga api di Dataran Perwira bersama.
"Kereta Aston Martin Tengku Ariffin hancur teruk."
"Tau."
"Habis tu, kau pakai kereta apa sekarang ni?"
"Naik bas la."
"Rasa cam downgrade hidup, kan?"
"Tak jugak, Li. Aku memang biasa naik public transport. Tapi public transport kat Wijayapura ni memang macam haram!"
"Rilek la, tak lama lagi siaplah laluan TAR peringkat pertama tu," kata Ali.
TAR tu ialah Transit Aliran Ringan, projek yang dianugerahkan ke Datuk Mohd Nor dan Nadi Citra, yang menghubungkan Puncak Jaya ke pusat bandar. Projek ni dijangka siap tahun 1997 dan akan digunakan untuk Sukan Komanwel nanti.
--
Azlan
"Kau ni careless la, Azlan. Kau tau berapa harga kereta Aston Martin tu?" kata Tengku Ariffin menggaru kepala.
"Kalau Uncle Ipin tak percaya cerita saya, tak apalah, saya tak boleh nak buat apa. Nak ganti pun kereta Aston Martin. Tak termampu saya nak menggantikannya."
"Bukan soal kereta Aston Martin tu aku kisah sangat, tapi apa kau buat kat Tower Heights tu?"
"Kan saya dah cerita semuanya."
"Betul kau takde buat apa-apa dengan Mastura tu?"
"Betul. Yang main dengan Mastura tu, Ali. Nak saya bawa Uncle jumpa Ali?"
"Aku kena call dengan syarikat insurans. Benda gini dia cover ke tak. Aku bayar insurans premium, better cover benda macam ni. Satu kerja aku kena beli kereta baru."
"Maafkan saya Uncle."
"Nak buat macam mana. Nasi dah jadi nasi goreng. Mujurlah arwah ayah kau banyak tolong aku dulu. Kenangkan ayah kau je. Eiii, kau ni Azlan. Aku cekik-cekik kau ni karang. Mina!"
Mina turun dari tangga dan memandang ke arah aku dan Tengku Ariffin.
"Aku nak pergi jumpa Pengetua. Aku nak cakap benda ni pada dia. Kau ni reckless lah, Azlan. Mujur aku ada kereta spare."
Tengku Ariffin menaiki kereta BMW 3 Seriesnya.
"Daddy marah you ke?" tanya Mina.
"Marah macam tu je lah."
"Habis tu you tak fikir pulak I punya marah macam mana?" tanya Mina.
"Kenapa you nak marah?"
"Apa you buat dekat rumah Mastura Rahim?"
"For the love of God, I tak buat apa-apa la! I cuma park kereta kat situ. Ali, kawan I yang pergi rumah dia. I lepak kat gerai makan roti canai je masa kejadian kondominium tu runtuh. You sendiri nampak kan I mencangkung kat tepi jalan tu. Kalau I pergi rumah dia dah lama I dah kat dalam runtuhan tu."
Mina susah nak percaya, tapi mengenangkan pesaingnya, Mastura dah mati, hati Mina menjadi lega, dah kurang seorang pencabarnya.
--
"Haaaa! Betul tak Mer cakap yang dia pergi makan roti canai kat kedai mamak tu!" kata Merlina kepada Faridah apabila Mina bawa Azlan berjumpa dengan ibunya.
"Bertuah betul kau ni, Azlan. Aku risau kau mati dalam tu."
"Yang masuk dalam tu, Ali. Ali terperangkap dalam runtuhan tu, tapi dia selamat."
"Bukan main liat lagi nyawa si Ali tu. Memang takdir dia untuk kau, Alan."
"Hah? Untuk saya?"
"Satu hari nanti Ali akan jadi orang paling penting untuk kau," kata Faridah.
--
Berita kematian bintang filem terkemuka, Mastura Rahim mengejutkan semua orang. Tetapi paling kecewa ialah Tengku Norman.
Sebab kejadian itu menyebabkan semua bahan bukti terutamanya kes Cindy dan kes blowjob dalam tandas yang ada bersangkut dengan Azlan semuanya di rumah Mastura.
Tengku Norman tidak seperti Rahizan yang dia pegang sendiri bahan bukti itu.
Sedang dia menonton televisyen yang menyiarkan berita lintas langsung operasi menyelamat, dia nampak kereta Aston Martin adiknya ada di tempat kejadian.
"Apa kau buat kat situ, Ipin? Kau jangan macam-macam," kata Tengku Norman.
Dia telefon rumah Tengku Ariffin, dan bertanya tentang adindanya. Mina yang menjawab. Mina jawab ada orang pinjam kereta ayahnya dan ke Tower Heights.
"Siapa?" tanya Tengku Norman.
Mina sedar kalau dia petik nama Azlan, dia akan membahayakan crushnya. Jadi, dia sedar yang pakciknya kini sedang bermusuh dengan Datuk Rahizan.
Dalam masa sama, Mina tahu rahsia Datuk Rahizan tentang perangai luar tabiinya.
"Datuk Rahizan yang sewa kereta tu dengan daddy, sebab dia nak mengayat toyboy dia orang Dutch tu."
"Wow! Mana Mina tau ni?"
"Nak Mina open story? Takkan kosong je, Uncle Norm?"
"Okay, nanti jumpa kat istana, cerita dengan Uncle. Berapa je Mina nak, uncle bayar."
"Mina tak nak duit. Mina nak favour je."
"Deal."
--
Wan Radzi dan Adilah duduk bersebelahan melihat keluarga Hafiz pulang dari majlis pertunangan.
"Dila, ayah tak faham dengan move kau ni. Kau ni kenapa nak kahwin dengan Hafiz ni? Siapa dia ni? Kenapa kau tak nak ikut je cakap aku untuk kahwin dengan Jimmy..."
"Ayah, dengar dulu. Ingat tak dulu apa Hafiz cakap? Tentang teknologi maklumat yang dia tahu tu? Jimmy tak tahu benda tu. Dan kalau saya kahwin dengan Hafiz, saya boleh kawal teknologi tu."
"Ah, kau percaya ke benda tu boleh kawal pemikiran manusia...."
"Ayah, ayah tak ingat ke ARPANET? Projek yang arwah atok ada involved masa Perang Dunia Kedua dulu tu? Sebelum Yahya dapat masuk disebabkan dia rapat dengan Tengku AR?"
"Mana kau tau ni?"
"Dila baca semua fail ayah. Dila tahu macam mana Sayap Kuning berfungsi. Dila kan bercita-cita nak jadi pemimpin Sayap Kuning yang paling berjaya."
"Kalau kau kahwin dengan Hafiz, anak kau anak Hafiz. Tak ada darah daulah tu."
"Jangan risau pasal tu, ayah. Pandailah Dila nak susun atur macam mana nanti. Yang penting, kena singkirkan Ace Jeneral Yahya dulu."
"Betul tu, ayah setuju."
Adilah tersenyum sinis, sambil mencabut cincin tunang Hafiz.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro