
1993 part 6
Azlan
Petang tu, aku membawa Jessica, anak buah aku ni berjalan-jalan, jadi aku menyinggah ke rumah Pengetua, sebab dia hantar mesej pada pager aku supaya suruh aku datang.
Kebetulan, Tengku Aminah pun berada di situ, jadi Jessica diajak oleh Tengku Aminah untuk melihat kuda-kuda peliharaan Pengetua.
"Kau dengan anak buah kau ni, baru balik dari mana?" tanya Pengetua.
"Beli baju baru untuk dia. Daddy dia tak tahu nak beli baju Sailormoon kat mana," kata aku, sambil nak bakar rokok.
Pengetua tepis rokok aku.
"Don't smoke knock-off cigar in my house," kata Pengetua, sambil menghulurkan curut Cohiba pada aku.
"Saya ada satu soalan yang dah lama saya nak tanya Pengetua, tapi baru hari ni berani nak tanya."
"Apa dia?"
"Kenapa Pengetua sebagai Jeneral, melancarkan kudeta terhadap Tun Rizal pada tahun 1969?"
Pengetua senyum.
"Sebagai seorang jeneral paling tinggi di Gelanggayu, aku bertanggungjawab untuk menghentikan rusuhan kaum paling berdarah dalam sejarah negara ini merdeka," kata Pengetua.
"Cuba Pengetua cerita?"
"Kongres Melayu Gelanggayu dan Parti Rakyat, adalah dua gerakan massa yang memperjuangkan kemerdekaan Gelanggayu. Dan macam kau tau, Kongmegayu ramai kaum Melayu, Parti Rakyat juga ramai kaum Melayu, tetapi lebih berbilang kaum. Terutamanya kaum dari Kwantung dan Bharat."
Aku terus memasang telinga, mendengar cerita Pengetua.
"Pada tahun-tahun Tun Rizal menjadi Perdana Menteri, dari 1949 hingga 1969, polisi ekonomi yang dilakukan Tun Rizal ialah hanya ikut apa yang British buat, sebab mengikut kepentingan almarhum Sultan Jaafar."
Pengetua tuang teh ke cawan aku.
"Melayu di sawah kampung, macam kau tengok di Teluk Tenang, tanam sayur, bela ayam, tangkap ikan, kerja sawah. Kwantung menguasai lombong, industri dan pusat ekonomi, Bharat menguasai ladang-ladang milik British."
"Classic divide and conquer," kata aku.
"Good ol' imperialism," sambut Pengetua.
Pengetua hirup teh, kemudian menyambung cerita.
"Bagi kaum Melayu, kemerdekaan selama 20 tahun dibawah Tun Rizal tidak membawa perubahan terhadap nasib bangsa. Tun Rizal suka bercakap tentang betapa pentingnya perpaduan kaum, tapi pada kempen pilihanraya Parti Persekutuan, yang bermetamorfosis dari Kongmegayu, sekitar tahun 1967 hingga 1969, menyerang dasar Tun Rizal, kempen untuk menaikkan ekuiti orang Melayu."
"Tun Iskandar cakap macam tu?" tanya aku.
"Kempen ini membiak dengan pesat di seluruh Gelanggayu, dan pada tahun 1968, hasil terpengaruh dengan student protest di Paris, anak muda Melayu merusuh di Wijayapura dengan melontar molotov cocktail ke gedung-gedung milik kaum Kwantung."
Rusuhan kaum itu dipanggil Great Wall riots, sebab sebuah emporium bernama Great Wall dibakar perusuh masa tu.
"Pihak polis kemudian menangkap Azmi Ibrahim, sebagai pemimpin akademik yang bersuara tentang nasionalisme Melayu, dan dihukum penjara selama 10 tahun kerana tuduhan mencetuskan huru-hara."
Rupanya nama Datuk Seri Azmi bangkit sebab ni.
"Kaum muda Melayu mula mewujudkan golongan paramiliter, yang dipanggil Sayap Kuning, sayap militer keluarga al-Daulah, untuk menggulingkan Tun Rizal. Modul tu aku yang buat, lepas aku berbincang dengan kawan-kawan aku di CIA. Then, datanglah pilihanraya tahun 1969."
Pengetua menyandar, kemudian membakar curutnya.
"Apa jadi masa tu?"
"Kau baca buku sejarah masa sekolah dulu kan?"
"Yang rusuhan kaum tu, saya tahu, Pengetua."
"Kau nak tahu apa yang kau tak tahu?"
"Ya."
"Even the darkest truth?"
"Ya."
"If you insist."
Pengetua bangun dari kerusi, kemudian berjalan ke arah taman bunga ros di bahagian sayap kiri rumah agamnya. Aku hanya mengikut.
"Pilihanraya 1969 memang sengit, dan walaupun sengit, Parti Rakyat menang dengan kelebihan dua kerusi Parlimen. Tapi pihak Sayap Kuning, menggunakan propaganda dengan mengatakan berlakunya penipuan dalam pilihanraya. Orang Melayu turun ke jalan raya dan marah dengan keputusan pilihanraya."
"Jadi, yang kata Parti Rakyat menipu undi tu, tipulah?"
"Parti Rakyat menang kerusi, parti Persekutuan menang jumlah undi popular. Secara teknikal, mereka tak menipu."
Aku mengangguk. Pengetua dan perangai Machiavelliannya memang dari dulu lagi.
"Keputusan penuh pilihanraya pagi esok dah tahu jumlah kerusinya. Tapi sengaja kami, pihak perisikan mengapi-apikan penyokong Parti Persekutuan, dengan mengatakan berlakunya penipuan undi di beberapa kerusi marginal. Kiraan semula dilakukan selepas Zuhur tu."
"Lepas tu?"
"Kami ballot stuffing, letak peti undi yang penuh dengan kertas undi Parti Persekutuan di kawasan tersebut, dan Persekutuan menang di kawasan marginal, menyebabkan kaum Kwantung yang bimbang dengan serangan rusuhan dari kaum Melayu, mula berkumpul di bandar Wijayapura dengan parang dan pedang."
"Sementara tu, paramiliter Melayu sudah mula dibekalkan dengan senjata seperti parang, pedang, ada yang datang dari kampung, asah buluh runcing. Apabila kaum Kwantung menyerang, paramiliter Melayu menggunakan taktik perang gerila untuk membunuh mereka yang menyerang. Dah pasti ada collateral damage."
"Apa yang berlaku?"
"Macam di Balkan, atau Chechnya sekaranglah. Pembunuhan, rog0l berleluasa. Pada masa itulah, Pemangku Raja, Tengku AR titahkan aku untuk lancarkan kudeta ke atas kerajaan Tun Rizal. Pada malam itu, jam 9 malam, kereta perisai tentera masuk Wijayapura. Kami rampas stesen TV, dan kami rampas kuasa."
"Pemangku Raja?"
"Masa tu Sultan Jaafar kena strok, maka semua perkara, Tengku AR yang uruskan sebab dia pemangku raja. Masa Sultan kena strok itu pun, ada panjang ceritanya lagi."
Aku cuba bayangkan situasi Wijayapura pada masa tu.
"Pemangku Raja bertitah pada aku supaya aku mewujudkan sebuah jawatankuasa yang mentadbir negara, yang dipanggil Majlis Reorganisasi Nasional (MARENA), dengan aku menjadi Ketua Pengarah MARENA."
"Apa tugas kuasa MARENA?"
"Unlimited power. Aku boleh buat suka hati aku, kecuali kalau Pemangku Raja bertitah melarang. Apa yang aku buat ialah aku round-up, tangkap orang Kwantung dan Bharat, sumbat mereka ke dalam lori tentera, bawa ke dalam hutan, lepas tu buat macam mana yang Radovan Karadzic buat sekarang."
"Pembunuhan beramai-ramai?"
Pengetua hanya senyum.
"Ethnic cleansing. Gelanggayu hampir dibuang dari Komanwel pada ketika itu. Tapi aku dan para jeneral berjanji akan kembalikan demokrasi selepas keadaan kembali aman. Lagipun British memerlukan base mereka di sini untuk memerangi komunisme. Sebagai ally kepada Amerika, British kena tolong dalam Perang Dingin."
"Berapa ramai yang cikgu bunuh?"
"500,000, mungkin sejuta. Eh, macam dua ke tiga juta. Tak ingat pulak exact figure."
Barulah aku sedar, Pengetua ni memang cold blooded. Dia langsung tak rasa bersalah dari riak mukanya. Boleh senyum, sambil hembuskan asap curut lagi.
"Macam mana cikgu overcome rasa bersalah?"
Pengetua pandang aku dengan senyum sinis.
"Apa yang aku buat ni tak salah, Azlan. Aku cuma nak betulkan keadaan."
"Lepas tu?"
"MARENA melaksanakan Dasar Ekonomi Merdeka (DEM), dengan memberikan ekonomi kepada kaum Melayu Gelanggayu sebanyak 65 peratus. Kaum lain dan warga asing, 35 peratus. Tapi pada akhirnya, 50 peratus dibolot oleh keluarga al-Daulah. Itu deal yang dia nak."
"Cikgu bekerjasama dengan keluarga al-Daulah?"
"Misi menggulingkan keluarga al-Daulah ialah misi kau, bukan misi aku. Kerja aku dah selesai, jadi aku berhenti kerja selepas memulangkan demokrasi pada Gelanggayu, jadi aku cuti lima tahun, sebelum aku jadi pengetua sekolah kau."
"Amerika tak serang Gelanggayu macam mereka serang Bosnia?"
"Masa tu mereka sedang berperang dengan Dai Viet. Mereka perlukan Gelanggayu untuk base tentera. Dan dengan meletakkan orang-orang kita menyebar propaganda komunis dalam Parti Rakyat, menjadi asbab pada kita untuk gulingkan mereka. Presiden Nixon, Secretary Kissinger, dorang okay je."
"Kenapa cikgu langsung tak rasa bersalah? Tak ada perikemanusiaan?"
Pengetua pandang aku dengan tenang.
"All is fair in love and war."
--
"Kakak, nama kakak siapa?" tanya Jessica.
"Tengku Aminah, tapi panggil Kak Mina je, okay?" Tengku Aminah membelai rambut Jessica.
"Kak Mina ni cantik la, macam tuan puteri."
"Takde maknanya, Jessica. Jadi tuan puteri pun, bukan tuan puteri kepada Raja, sebab ayah Kak Mina adik kepada Sultan je," kata Tengku Aminah.
"Tapi kakak puteri raja juga la kan? Sebab nama kakak ada Tengku."
"Comelnya awak ni. Siapa nama awak?"
"Jessica."
"Amboi mak awak ni, letak nama macam nama anak mat salleh. Jessica umur berapa?"
"9 tahun!"
"Sekolah kat mana?"
"SRKRPM."
"Raja Perempuan Mariam? Wah, sekolah lama kakak tu."
"Sama la macam Kak Dila. Ala, yang Jalan Bijan tu. Tapi sekarang dia dah takde dah. Dah ganti orang lain, sebab sekarang dia dah jadi pembaca berita."
Tengku Aminah terus teringat Wan Adilah Radzi, pembaca berita di syarikat ayahnya. Dia tahu Adilah mula cuba untuk merampas Azlan daripadanya.
"Macam mana Jessica boleh kenal?"
"Kawan Alan. Dia rapat dengan Alan."
Tengku Aminah buat muka tenang. Dia tahu, Adilah ini mungkin pencabar yang perlu dia hapuskan macam Hanis, atau sabotaj relationshipnya macam Natasha, jika perlu.
Dialah yang bertanggungjawab mengupah orang untuk membakar studio Radio18 pada tahun 1989.
Buat masa ni, Adilah berada di senarai pemerhatian. Dia perlu selesaikan Mastura Rahim dulu.
"Apa hobi Jessica?"
"Menyanyi! Jessica suka nyanyi sebab daddy belikan set karaoke kat rumah."
"Ooo, Jessica suka nyanyi lagu apa?"
"Lagu Sailormoon!"
"Sailormoon? Yang kartun Ryukyu tu ke?"
"Haah. Kartun tu best. Kak Mina tau tak, kat dalam kartun tu, ada nama dia Sailor Venus. Nama dia kalau tak bertukar ke Sailor Venus tu, Mina, sama macam Kak Mina."
"Mesti dia comel kan?"
"Ya, dia cantik macam Kak Mina."
"Lagi, lagu apa Jessica suka?"
"Lagu Ayam!"
"Lagu Ayam? Lagu pasal apa tu?"
"Ayam, bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam Siam, ayam Turki ayam Belanda!"
"Kreatif betul orang zaman sekarang ni, lagu pasal ayam pun ada sekarang. Jessica minat tak masuk pertandingan menyanyi kat TV?"
"Ala takut la! Nanti kawan sekolah nampak Jessica, kena gelak!"
"Kalau suara Jessica sedap, nanti ramai la peminat Jessica? Nanti Kak Mina daftarkan Jessica kat rancangan TV Bintang Kecil Gelanggayu, Jessica nak?"
"Nak, tapi kena berlatih menyanyi la!"
"Bagus, nanti Kak Mina daftar Jessica. Tapi untuk tahun depan lah, okay?"
Jessica memeluk peha Tengku Aminah. Sambil membelai rambut Jessica, Tengku Aminah memikirkan perancangan yang seterusnya.
--
Mina jadi buntu memikirkan persaingannya untuk memikat hati Azlan. Walaupun Azlan sudah putus dengan Natasha, tetapi ancaman utama seperti Mastura dan Adilah, yang merupakan seniornya juga masih sukar untuk dihalang.
Tengku Ariffin memandang anaknya yang murung selepas pulang dari ladang kuda Jeneral Yahya.
"Kenapa ni? Anak daddy ni monyok semacam je," kata Tengku Ariffin sambil menghulurkan segelas wain kepada Tengku Aminah.
"Azlan! Kenapa dia tu susah sangat nak terima Mina!" bentak Tengku Aminah dalam nada kecewa.
"Relax, Mina. Calm down. Daddy dah arrangekan dengan Jeneral Yahya dah lama dah. Jangan lah risau."
"Azlan tu tak pernah pandang kat Mina. Sekarang ni, Dila pula yang cuba kacau."
"Dila tu kacau sebab misi ayah dia. Daripada dulu lagi daddy dah perhati. Tapi since she's your friend, daddy diamkan je."
"And Mastura pun."
"Look, they have the looks, you too have a beautiful look. They have style, you have style. They got money, you too have money. But they don't have what you have. You are al-Daulah. Dorang takde tu semua. So relax lah, belum time lagi."
"Daddy, Mina tak nak kahwin dengan orang lain selain Azlan tau. I promise, he's the only one I love."
"Sabarlah. Lagipun dia kan sekarang pakai kereta daddy pergi mana-mana. Kalau dia nak mencurang, mestilah kantoi. Ingat senang-senang ke daddy nak bagi dia pakai Aston Martin daddy?"
Mendengar kata-kata ayahnya, barulah Tengku Aminah tersenyum.
--
Faridah mengajar beberapa ayat Quran kepada Merlina untuk dijadikan pendinding kepada diri. Untuk murah rezeki, Faridah ajar Merlina baca Ya Malik 121 kali pada masuk Zuhur. Malik adalah salah satu daripada Asmaul Husna.
"Untuk doa terang hati, zikir tenangkan fikiran, untuk memperoleh kejayaan, semuanya ada dalam Quran. Kau tinggal cari je," kata Faridah.
"Peliklah, Aunty. Mer tengok anak aunty, Azlan tu macam liberal je. Kenapa aunty tak ajar benda-benda gini kat dia?"
"Sebab walaupun aku yang lahirkan dia, tapi hakikatnya Pengetua dia yang dah invest segala benda pada dia. Aku macam tak ada suara dalam nak bentuk dia. Akibatnya, dia jadilah macam tu."
"Aunty tak sayang Azlan ke?"
"Gila kau, anak aku sendiri. Aku beranakkan dia masa tengah banjir, ribut taufan. Punyalah seksa nak beranakkan dia. Mestilah aku sayang. Tapi, bila ada orang yang lebih berkuasa macam Jeneral Yahya tu, aku sebagai ibu sendiri pun macam tak boleh buat apa. Sebab tu aku didik kau, Mer."
"Kenapa saya?"
"Sebab kau ni terang hati, macam dia jugak. Tapi, aku ajar kau ni supaya satu hari nanti kau boleh tolong dia untuk mencapai kejayaan dia."
"Umur dia dengan umur saya jauh sangatlah, aunty."
"Umur ni, Mer, bila dah sampai satu tahap, dah tak penting lagi. Yang penting..."
Faridah tunjukkan jarinya ke arah kepala.
"Pada aku, kau adalah budak yang paling pintar yang mampu tolong Azlan. Satu hari nanti, dengan ilmu yang aku ajarkan pada kau, kau akan gunakan untuk tolong dia."
"Okay je, aunty. Tapi dia lah. Mana nak pandang saya. Saya pun budak Tingkatan Satu je. Jongos lagi."
"Percayalah cakap aku, satu hari nanti, dia akan perlukan kau. Kau budak bijak, Mer. Kau dah berjaya dirikan syarikat ketika kawan-kawan kau masih main pondok-pondok, main skipping."
"Tapi sebab tu lah Mer tak boleh masuk dengan kawan baya Mer."
"Semua tu tak penting. Yang penting, orang lain belum mula, kau dah bina masa depan kau."
Faridah kemudian memandang mata Merlina, kemudian memegang bahu Mer.
"Bila aku pandang kau, aku nampak diri aku sendiri masa aku muda dulu. Malangnya, aku tak dapat pengetahuan yang kau ada, sebab aku bukan hidup di zaman kau. Aku hidup di zaman orang-orang seni ni dianggap sampah, dan tak penting. Ayah aku suruh aku kerja jadi akauntan, yang aku langsung tak minat. Budak baya kau bertuah, boleh kerja apa yang kau nak, asalkan kau berusaha. Aku tak ada tu semua."
"Sebab tu aunty nak saya tolong Azlan?"
"Dia tu pengetahuan serba serbi Jeneral dah ajar dia. Kau bayangkan, baya kau ni, Azlan dah jumpa dengan Presiden, dah belajar pasal perdagangan antarabangsa, macam-macam lagi. Tapi, Jeneral Yahya tu pemikiran orang lama. Orang lama ni dia tak hargai seni. Sebab tu aku nak kau tolong dia. Tanpa seni, dunia akan jadi hambar. Dan kau akan buatkan dia lebih baik daripada apa yang ada sekarang."
Merlina mengangguk sahaja, tanpa memahami apa yang disampaikan Faridah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro