
1993 part 3
Datuk Mohd Nor mempunyai perancangannya yang tersendiri. Dia kini sudah mula mengumpul kekayaan dan syarikat Nadi Citra mula berkembang menjadi sebuah syarikat yang besar dan tahap antarabangsa.
Kerana itu dia perlahan-lahan melabur di luar Gelanggayu, untuk memastikan keuntungan yang lebih tinggi.
Datuk Mohd Nor tiba di Zurich, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, kira-kira 150 kilometer jaraknya.
Dia menunggu anaknya, Luqman yang terbang dari London di lapangan terbang. Tapi disebabkan salji yang lebat, menyebabkan penerbangan anaknya ditangguhkan tiga jam.
Jadi dia menghabiskan masanya di sebuah kedai kopi yang tertua di Zurich, Café Schober yang dibuka sejak 1842.
Datuk Mohd Nor juga bertemu dengan ramai pemilik bank dan syarikat konglomerat yang lain sepanjang di Zurich. Antara yang dibincangkan ialah tentang pelaburan ke Gelanggayu selepas perancangannya berjaya.
Rancangannya ialah menjatuhkan ekonomi Gelanggayu, dan memaksa keluarga al-Daulah melepaskan aset mereka, sebelum dia membeli semua aset itu dengan nilai rendah, dan menguasai ekonomi Gelanggayu dengan melepaskan cengkaman dari keluarga al-Daulah.
Telefon bimbit Motorola International 3200 berbunyi.
"Ya, Luqman? Dah sampai Zurich dah? Bagus, bagus. Bawa dia sekali, papa nak bual dengan dia. Papa kat Café Schober."
Tetapi rancangan dia lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi Gelanggayu. Dia percaya, lambat laun kalau gerak langkah Datuk Rahizan dapat dihidu, perjuangan pro republik ini akan dihancurkan.
Dia tahu, punca kenapa sampai sekarang Datuk Seri Azmi tidak meletakkan jawatan, walaupun dah berkali sakit jantung, ialah sebab Tengku Mahkota tidak membenarkannya berbuat begitu.
Tengku Mahkota mahu Datuk Seri Azmi menyingkirkan Datuk Rahizan, tapi kedudukan Datuk Seri Azmi pun bergantung kepada Datuk Rahizan.
Jadi, Tengku Mahkota perlukan outsider.
Tetapi dia tak nak terlibat dengan politik, kerana politik ini perlu berdepan dengan orang ramai. Dia tak berminat untuk berdepan dengan komplen dan rungutan orang ramai.
Dia hanya berminat dengan duit orang ramai, itu sahaja.
Setengah jam kemudian, Luqman tiba dengan Natasha, berpimpin tangan. Datuk Mohd Nor pandang, dan senyum.
"Papa!" Luqman datang dan mencium tangan ayahnya. Sambil berpeluk, Datuk Mohd Nor berbisik padanya.
"Finally..."
Kemudian dia menepuk bahu anaknya, senyumannya seperti puas.
"Nat, have a seat."
Natasha duduk di kerusi sebelah Luqman.
"Tell me, what really happened?" tanya Datuk Mohd Nor.
"You nak cerita ke, I cerita?" tanya Luqman pada Natasha.
"You cerita," kata Natasha.
"Last year, masa kita ada meeting di London dulu, Luq terserempak dengan Nat kat Charing Cross. Luq nampak dia tengah menangis. So, Luq ajak mengopi."
"Lepas tu?" tanya Datuk Mohd Nor.
"We talked, a lot, like a lot, kan Nat?"
"Yup, turns out that he has a lot in common with me," kata Natasha, menyambung.
"So, Luq tanya la, kenapa menangis teruk? Dia kata dia baru lepas break up dengan Azlan. So, I end up bawa dia ke Four Quarters, kat Peckham, untuk masuk competition Space Invaders."
"Sorry, space what?" tanya Datuk Mohd Nor.
"It's an arcade game," kata Natasha.
"Turns out I won the competition, and I found out that she's my lucky charm. I can literally win anything when I'm with her."
Datuk Mohd Nor hanya gelengkan kepala.
"Kalau bertanding jadi MP, boleh menang tak?" tanya Datuk Mohd Nor.
Luqman memandang pada Natasha, kemudian senyum.
"Papa, jangankan jadi MP, jadi PM pun Luq rasa boleh."
"Papa nak kau bertanding jadi MP, pilihanraya akan datang, boleh?"
"Luq rasa Luq nak bertanding Gabenor. Gabenor Wijayapura."
"Besar cita-cita ni," kata Datuk Mohd Nor.
"Why not? My lucky charm is beside me," kata Luqman.
"Well, papa ikut je apa yang Luq nak. Asalkan you work hard for it."
"As long as my lucky charm beside me, I can literally do anything."
"Kau tak takut ke rampas girlfriend kawan baik kau ni, Luq?" tanya Datuk Mohd Nor.
"First, dia yang bodoh, pergi pasang skandal dengan cousin Nat. And best friend dia. Second, Nat dah berpatah arang dengan dia. And third, I was madly in love dengan dia since 1985 lagi, and after all, bukan ke dia selalu cakap, all is fair in love and war?"
"You la, dulu lambat nak confess!" Natasha tepuk lengan Luqman.
"Dah cuba nak confess, tapi dah kalau playboy Gelanggayu ayat, I kena surrender la. I'm not good in flirting."
Natasha peluk lengan Luqman, kemudian sandar pada bahunya.
--
Shahrizal Hamdi berdiri di hadapan wartawan dan jurukamera yang mengerumuni sidang media Parti Jujur.
"Saya mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Parti Jujur," kata Shahrizal Hamdi, dengan gimik memegang borang penyertaan pemilihan parti.
"Tidakkah ahli parti akan mempertikaikan usia serta encik Shahrizal selaku anak kepada Presiden, Datuk Hamdi?" tanya seorang wartawan kepada Shahrizal.
"Saya rasa sudah tiba masanya, golongan muda dari generasi babyboomers seperti saya bertanding sebagai Presiden parti. Rakyat sudah muak dengan kepimpinan tua, dan Ibrahim Abu Samah, selaku Gabenor Wijayapura sejak 1969, apa yang beliau buat selama ni untuk parti ini? Beliau hanya mementingkan dirinya sendiri. Beliau hanya mahu memperkukuhkan kedudukannya untuk jadi Gabenor Wijayapura. Beliau tak berminat untuk berkhidmat dengan rakyat, beliau tak berminat untuk bekerja dengan parti, beliau hanya berminat untuk memperkayakan diri dan kroni, dan nak memperkukuhkan kedudukannya selaku Gabenor."
Semua wartawan tercengang melihat betapa celuparnya Shahrizal dalam sidang media itu. Tetapi, keceluparan itu yang bikin sensasi.
--
Azlan
Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T
CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga
"Terbaik," Azlan menepuk bahu Faiz, melihat studio radionya yang semakin luas.
"Semua sebab kau tolong aku, Lan. Kabel kau dengan Kementerian, kuat sangat."
"Dengar cerita, pilihanraya tahun depan, tapi paling lewat pun 1995. Aku nak kau berkempen untuk aku," kata Azlan pada Faiz.
"Anything, boss."
"Aku dah aturkan interview eksklusif antara Radio Millennium FM dengan calon Presiden Parti Jujur, Shahrizal Hamdi. Nanti kau aturkan temubual ni ya?"
Faiz pandang aku dengan riak wajah yang pelik.
"Kenapa Parti Jujur? Bukan kau dengan Parti Persekutuan ke?"
Aku menepuk bahu Faiz, tersenyum.
"Shahrizal Hamdi ialah pemimpin muda yang popular dari kalangan orang muda. Dia celupar, suka kutuk pemimpin tua. Jadi, dengan cara ni, ramai yang akan dengar stesen radio kita. Wijaya TV tak nak buat benda ni, jadi kita la yang akan take part."
"Kita side Parti Jujur ke?"
"Bukan, kita side siapa yang bagi profit pada kita."
--
Bekalan air di Wijayapura terputus lagi, penduduk di sekitar Taman Universiti berang
WIJAYAPURA - Bekalan air di sekitar Taman Universiti hari ini terjejas teruk berikutan dengan masalah pam air yang rosak.
Menurut Ketua Jabatan Bekalan Air Gelanggayu, bahagian Wijayapura, Jamal Yunus berkata, pihak jabatan akan berusaha untuk mengembalikan bekalan air secepat mungkin.
Bantuan lori air akan disediakan untuk penduduk yang terjejas, katanya dalam satu sidang media ringkas.
--
"La, takde air lagi! Berapa kali nak pam rosak ni? Pam air kau beli kat pasar malam made in Kwantung ke?" bebel Din yang baru habis melepas.
"Dah tu, aku nak flush jamban macam mana ni? Aku nak beristinjak macam mana ni? Bodohlah kerajaan ni!"
Nampaknya majalah Varia Hiburan yang menjadi modal untuk Din, terpaksa digunakan untuk beristinjak.
"Sorry Mastura Rahim, you memang cun, tapi I terpaksa...I'm gonna miss you..." lalu dia koyak bahagian itu dan lap bahagian yang perlu dibersihkan tu.
--
"Masalah bekalan air ni, kerajaan pusat yang buat pasal, jangan salahkan saya pulak!" kata Gabenor Wijayapura, Ibrahim Abu Samah ketika diwawancara di hadapan pejabat Gabenor Wijayapura.
Ibrahim terus naik kereta, menuju ke Bukit Istana, selepas dititahkan oleh Tengku Mahkota untuk ke sana menghadap.
"Ni Tengku Mahkota nak marah aku pasal air la ni," kata Gabenor Ibrahim.
Dalam sepanjang beliau menjadi Gabenor Wijayapura sejak 1969, inilah pertama kali masalah air berlaku dengan begitu teruk.
Bukan sekali, tetapi bulan ni sahaja, sudah empat kali Wijayapura tak ada air. Tetapi dalam hal ni, sepatutnya Parti Jujur sebagai parti pembangkang ada advantage di sini.
Tetapi masalahnya dia sendiri dah jadi Gabenor sampai 24 tahun, sudah pasti warga Wijayapura akan rasa jelak dengan alasan yang diberikannya.
Gabenor Ibrahim datang menghadap.
"Tengku Mahkota,"
"Tuan Gabenor, silakan duduk."
"Tengku Mahkota nak mengadu pasal bekalan air ke?"
"Eh, tak. Bukit Istana sentiasa ada air. Beta nak periksa, boleh tak Gabenor periksa sikit, siapa di belakang Shahrizal ni, sampai dia berani keluarkan statement macam ni."
Tengku Mahkota capai Wijaya Times, dan buka mukasurat tiga.
Sistem bekalan air negara sudah lapuk, masa untuk penswastaan, kata Shahrizal
WIJAYAPURA - Ketua pemuda Parti Jujur, Shahrizal Hamdi mendakwa bahawa sistem bekalan air negara ini sudah lapuk, dan perlu dasar penswastaan demi kelangsungan bekalan untuk rakyat.
Pada sidang medianya di ibu pejabat parti itu, tengah hari semalam, beliau berkata, terdapat pihak yang tertentu menguasai bekalan air negara sehinggakan masalah tersebut sukar diselesaikan.
"Kita maklum bahawa terdapat anggota kerabat yang ada syer dalam bekalan air ini, oleh itu mereka sering mengambil pam air atau peralatan murah dan cepat rosak."
"Pihak ini tidak mempunyai akauntabiliti kerana mereka mendapat tender tanpa persaingan sihat, tidak seperti negara luar seperti di Ryukyu, United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menswastakan bekalan air."
"Setahu saya, Maharaja Akihito di Ryukyu, atau Queen Elizabeth di England, takde syer bekalan air pun. Jadi, ini perkara yang perlu kita ubah kalau kita mahu jadi negara maju."
Ibrahim membaca tulisan laporan tersebut dengan marah.
"Ampunkan patik, tengku mahkota. Patik akan pastikan, anak kurang ajar ini akan kalah teruk dalam pemilihan parti nanti."
"Beta okay dengan semua parti politik. Beta tak sebelah mana-mana pihak. Tugas keluarga beta ialah memastikan kedaulatan negara tidak jatuh, dan menjamin hak istimewa Melayu Gelanggayu. Tapi kalau bila dah ada pemimpin yang kurang ajar macam ni, kita kena waspada, Gabenor. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai."
"Menjunjung titah, Tengku Mahkota."
--
Faridah mempengerusikan mesyuarat rahsia di rumahnya.
"Puan tak takut ke, apa yang kita rancang ni akan diketahui oleh Jeneral Yahya?" tanya Encik Khamis.
"Dia ada di Davos sekarang," kata Faridah.
"Tahu, tapi dia kan ada banyak spy."
Puan Faridah senyum. Sebentar lagi Tengku Ariffin dan Tengku Aminah pula tiba di rumahnya.
"Sorry, lambat. Ada meeting ahli keluarga al-Daulah tadi. Did I miss something?" tanya Tengku Ariffin.
"No, we're just getting started," kata Faridah.
Mereka berempat duduk di meja bersebelahan kebun.
"Arwah Tun Iskandar ada pesan, sebelum dia meninggal..." kata Faridah, kemudian membuka briefcase di hadapan tiga-tiga orang yang lain. Dikeluarkan sekeping kertas.
"Dokumen apa ni?"
"Pendaftaran parti Kongmegayu, tahun 1923."
Ketiga-tiga mereka rasa terpegun dengan kertas purba itu.
"Bukan ke pada tahun 1960an dulu, Kongmegayu sudah ditukar kepada Parti Persekutuan?" tanya Tengku Ariffin.
"Itu apa yang Tun Iskandar nak semua orang, termasuk Jeneral Yahya tahu. Sekarang, yang tahu tentang perkara ini, kita sahaja," kata Faridah.
"Puan nak buat apa ni?" tanya Encik Khamis.
"Sekarang tahun 1993. Bermakna kita ada lagi 30 tahun lagi sebelum 100 tahun anniversary Parti Kongmegayu. Amanah Tun Iskandar kepada kita semua ialah untuk memastikan semua orang Melayu, bersatu dalam parti ini. Sebab Kongmegayu bermaksud Kongres Melayu Gelanggayu. Dan pada ketika itu, Azlan yang akan menjadi ketuanya."
"Aunty, can I be honest?" tanya Mina.
"Sure."
"I rasa honestly, susahlah nak buat macam tu selagi Azlan masih dengan Pengetua. Sebab kita pun tahu kan, idea Pengetua ni adalah untuk tubuhkan kerajaan Republik. Misi daddy dan saya, cuma nak memastikan Azlan dapat tepis Uncle Norman dan padamkan Sayap Kuning punya influence. Itu sahaja," kata Mina.
"That's my biggest concern, Idah. Lagi satu, sejak Azlan berpisah dengan Natasha ni, dia ni jadi susah nak dikawal. Kena pulak sejak dua menjak ni, orang dah mula bercakap yang dia tu rapat dengan anak si Wan Radzi tu," kata Tengku Ariffin.
Faridah menyandar kemudian berfikir panjang.
"Anak si Samsudin, kawan si arwah Mamat..."
"Hafiz..." kata Encik Khamis.
"Dia ni, pakar teknologi apa yang kau cakap tu..."
"Internet, Puan Faridah."
"Apa benda tu? Dia macam jaring nelayan ke ada net net ni?"
Mina angkat tangan.
"Mina tau benda ni, Alan pernah cakap pasal ni..."
"Here we go again..." Tengku Ariffin jadi menyampah bila dengar perkataan internet ni.
"Ipin, bagi anak kau bercakap dulu," kata Faridah.
"Masa saya ke Eropah sana dulu, orang business sana pun kata benda ni untuk orang nerd je, Idah. Come on..."
"Sama la macam masa televisyen dicipta tahun 1920an dulu, Ipin. Orang akan cakap, 'siapalah yang ada masa nak tengok televisyen ni'. Hari ni dia jadi yang paling penting."
"No one will understand these coding thing..."
"Ipin, bagi anak kau yang lebih muda untuk explain benda ni."
Memandangkan Faridah kini dianggap sebagai defacto leader kerana dia ibu Azlan, Tengku Ariffin diam.
"Internet ni menghubungkan satu komputer kepada satu komputer yang lain. Kalau sekarang ni, kita masih lagi banyak menggunakan analog. Akan datang kita akan mula gunakan digital..."
"Another sci-fi mumbo jumbo..."
"Ipin, quiet. Let Mina finish her words," kata Faridah.
Tengku Ariffin kembali diam.
"In the future, kata Alan, semua benda akan kita gunakan melalui internet. Internet akan jadi main communication for all of us..."
"Macam mana dengan telephone, kita guna lagi ke?"
"Akan datang semua orang ada telefon, tapi orang gunakannya untuk berhubung menggunakan internet. Dengan internet tu orang pakai video untuk bercakap..."
Faridah pandang Khamis, dan Tengku Ariffin.
"Dah macam filem Stanley Kubrick dah macam ni," kata Faridah.
"Which is why I said this is nonsense, Idah," kata Tengku Ariffin.
"Nonsense atau tidak, tu cerita lain. Masalahnya sekarang, Hafiz ni kita kena kayakan dia supaya dia ada confident untuk kahwin dengan Adilah. Otherwise, aku tak nak anak si Wan Radzi ni rapat mengendeng ke anak aku. Kita kena pastikan Hafiz ni kaya. Nanti beritahu dia, suruh dia tubuhkan syarikat. Dari segi financial, aku akan bantu. Lagipun, arwah bapak dia pernah tolong Mamat masa terperangkap kat Air Putih dulu."
"Baik Puan Faridah," kata Encik Khamis.
"Aku ni bukannya peduli internet ni sci-fi fiction ke tidak, Ipin. Tujuan aku nak halang anak si Wan Radzi ni daripada dok mengendeng Azlan. Ini untuk kepentingan Mina jugak," kata Faridah.
Mina bukan main senyum bila dapat backup dari ibu crushnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro