
1992 part 9
Azlan
Pagi Sabtu, aku kena bangun pagi dan temankan anak buah aku, Jessica untuk pertandingan catur peringkat sekolah di Sekolah Rendah Raja Perempuan Mariam.
Dan memang budaya budak KMW, atau Kolej Melayu, untuk berpakaian cantik di sekolah Raja Perempuan Mariam.
Sebab sekolah ini melahirkan gadis-gadis yang cantik di seluruh kota Wijayapura. Seboleh-boleh kau pakai necktie, suit siap sapu tangan kat poket, pakai jam mahal, dan buang segala kumis di muka.
Walaupun kau pergi sekolah rendah, tapi ada kakak sekolah menengah, cikgu sekolah, saudara-mara.
Kalau kau selekeh memang kau takkan ada makwe lah.
Sejak aku single ni, aku bersemangat untuk pakai smart-smart. Umpamanya macam aku beli Bottega Veneta Double-breasted wool-gabardine suit jacket yang berharga £3,400 ni.
Well, aku tak beli ni sebenarnya. Aku pow Mia si Bosnia tu sebab dia kalah main chess lawan aku. Suka sangat guna Slav Defense, senang betul nak baca taktik dia. Dan Tengku Aminah yang pilihkan baju ni untuk aku.
Dalam satu hal, aku tak tahu kenapa aku susah nak bersama dengan Tengku Aminah. Sebenarnya aku tak berapa faham tentang politik keluarga aristokrat ni.
Bila aku dah mula rapat dengan Tengku Ariffin, Tengku Aminah dan beberapa tengku lain, aku rasa akibat mereka ni terlalu inklusif, dan terlalu dalam kelompok Bukit Istana, mereka ni macam terputus hubungan dengan rakyat.
Kadang-kadang aku rasa awkward kalau lepak dengan dia.
--
"Pin! Pin!" aku tekan hon kereta.
"Jessica binti Daniel Hakim! Faster! Abang Alan already waiting!"
Terkedek-kedek lah si budak Jessica ni baru nak keluar rumah, pakai stokin, masa tu lah nak suruh ikat riben kat rambut gaya Sailormoon la.
Pening Mak Su aku dibuatnya. Budak perempuan umur 8 tahun memang macam ni.
Faiz pun sekarang sibuk jadi orang kanan aku dalam Radio Millennium FM. Aku yang pilih nama ni, sebab aku jangka, menjelang tahun 2000, perkataan ni akan popular.
Jenama Radio Universiti dah diambil alih oleh geng Penghulu Pelajar Universiti baru, jadi dah lama aku tinggalkan.
"Uncle, kejap tau. Mommy nak ikat rambut macam Sailormoon!"
Sabar je lah aku dengan budak ni.
--
"Abang Alan dengar lagu apa ni?" tanya Jessica dalam kereta.
"Oh, ni. What's Up, What's Going On. 4 Non Blondes. Kenapa?"
"Suara dia menarik la. Jessie suka."
"Jessie suka menyanyi?"
"Suka! Nanti daddy nak beli karaoke, seronoknya!"
"Minat belajar muzik?"
"Minat, tapi mommy cakap suruh Jessie buat homework sekolah je. Boring la."
"Jessie suka main apa?"
"Gitar! Abang Alan pandai main?"
"Gitar boleh lah."
"Uncle pandai main apa?"
"Keyboard, organ, piano..."
"Waaaaaawwwww!"
Pelik betul aku tengok reaksi dia ni.
"Abang Alan cakap la dengan mommy, abang nak ajar Jessie main gitar."
"Aduh, nanti mommy marah abang nanti."
"Abang ni kan favorite nephew dia?"
"Ye ke?"
"Ye lah. Mommy selalu cakap yang auntie baik, anak dia pun baik. Abang la tu."
Tak sangka Mak Su masih sayangkan ibu dan keluarga. Bukan suka-suka dia nak asingkan diri daripada keluarga.
"Abang Aziz?"
Dia gelengkan kepala.
"Abang Aziz tu suka sergah orang. Jessie tak suka!"
Siapa je suka abang aku, ibu aku je kot. Haha!
"Abang Alan, boleh ek?"
"Ada dua syarat."
"Apa dia?"
"Pertama, kena siapkan homework dulu. Yang kedua, jangan half hearted. Abang nak Jessie terus minat sampai besar."
"Baik, abang. Dah sampai pun sekolah Jessie!"
Nampak ada van TV Pendidikan kat parking lot, jadi aku syak ada live. Siapa je nak tengok live pertandingan chess ni?
"Uncle, tu! Kakak Adilah dalam Rancangan Jalan Bijan!"
Jalan Bijan adalah rancangan TV kanak-kanak yang popular kat Gelanggayu. Jadi, Adilah ni popular dari kalangan kanak-kanak.
"Kakak Adilah!" jerit Jessie tiba-tiba menyergah.
"Eh, Alan! Awak apa khabar? Awak buat apa kat sini?"
"Temankan si Jessica ni. Anak buah saya. Dia masuk pertandingan catur peringkat sekolah ni."
"Hai Jessica!"
"Saya paling minat kakak tau!"
"Thank you!"
Jessica keluarkan buku sekolah dia.
"Kakak Adilah, sign autograph!"
Aku dah tutup muka aku. Apa kau buat ni, Jessica?
Adilah tersenyum-senyum melihat aku dah segan dengan perangai anak buah aku.
"Anak buah awak ni comel lah. Duduk mana?"
"Duduk Puncak Heights!"
"Dekat la dengan rumah Kak Dila. Okay, kalau Kak Dila jumpa Uncle Alan, Kak Dila beritahu Jessica ya?"
"Thank you Kak Dila."
Loceng sekolah berbunyi, tanda semua peserta dah masuk ke dewan pertandingan.
"Abang Alan, Jessie pergi dulu tau! Abang tunggu tau!"
Dua-dua berdiri tercegat melihat telatah Jessica.
"Comel la dia tu!"
"Terpaksa tunggu dia setengah jam sebab nak suruh Mak Su ikat rambut dia macam Sailormoon."
"Allahuakbar, comel betul."
"Awak sihat?"
"Alhamdulilah, awak?"
"Sakit mental. Haha! Jom kita minum kejap."
Aku beratur di kantin, dan nak pesan roti canai.
Adilah sentuh belakang leher aku, dan aku menoleh ke arahnya.
"Awak ambilkan saya lepat pisang tu?" kata Adilah.
Makin cantik pulak dia sejak dia couple dengan Hafiz ni. Dulu dia biasa-biasa je.
Aku dan Adilah duduk berdepan menghadap. Aku pesan roti canai dan teh tarik, dia pula makan lepat pisang.
Entah kenapa aku fikir lain cara dia makan lepat pisang tu. Mungkin sebab aku dah lama single.
"Awak dengan Nat macam mana?" tanya Adilah.
"Malas nak cakap."
"Kenapa?"
"Putus di pertengahan jalan."
"Dah putus ke? Hafiz tak cakap pun?"
"Baru-baru ni je. So, dia pun baru tau."
"Takpelah, bak kata pepatah gadis RPM, garam bukan sepaket, gula bukan sekilo!"
RPM ialah nama singkatan untuk Raja Perempuan Mariam.
"Awak sekolah sini ke dulu?"
"Ya, awak tak ingat ke? Tau la awak sekolah Kolej Melayu. Budak pandai dan elit. Sekolah saya biasa je."
"Biasa apa, RPM ramai apa budak pandai."
Malaikat lalu, dua-dua senyap.
"Alan..."
"Ya?"
"Sebenarnya saya dah lama nak tanya satu benda."
"Apa dia?"
"Pasal apa yang saya nampak awak dengan perempuan dalam office tu. Perempuan tu Mastura Rahim, pelakon popular tu kan?"
"Ya, tu memang dia. Cousin Nat."
"Dan awak dengan dia..."
"Boyfriend dia kat New York, girlfriend saya masa tu kat UK. Dua-dua dah fikir bukan-bukan."
"Bukan fikiran awak tu. Tu hasutan syaitan."
"Aduhhh..."
Adilah ketawa.
"Awak dengan Hafiz pernah ke?"
Adilah geleng kepala.
"Nak keep virgin sampai malam perkahwinan. Ayah kata itu kehormatan wanita, jadi saya kena jaga benda tu, sebab tu maruah keluarga."
"Okay, faham. Tapi Hafiz okay ke?"
"Hafiz tu kan arwah ayah dia orang ulamak. Mestilah dia faham."
Berbeza betul nilai Wijayapura dengan orang yang membesar di luar Wijayapura ni.
--
"So, Jessie kalah ke menang?" tanya aku.
"Kalah. Baru nak gerakkan queen je, dah kena checkmate."
Aku senyum je.
"Tu la, tak nak tanya abang dulu."
"Abang Alan terror main ke?"
"Boleh lah."
"Abang, jom kita makan kat Ayam Goreng Harun! Nak makan Ceria Meal!"
"Alright. Adilah nak ikut sekali?"
"Oh tak, lepas saya habis kerja ni, Hafiz jemput saya. Lepas ni nak beli barang untuk ayah."
"Lupa nak tanya, kenapa tak pergi ke Wijaya TV?" tanya aku.
"Tak dapat la. Datang interview tu, sekali tak layak."
"Serius la? Nanti I cakap dengan Tengku Ariffin hal ni. Tak pun, call PA dia, Anas. Ni number dia," aku hulur kad Anas pada dia.
"Baiklah, saya cuba sekali lagi."
"Cakap Alan yang suruh masuk. Nanti dia bagi lepas lah."
Tersenyum gembira Adilah bila aku cakap macam tu. Memang dari dulu lagi dia cakap cita-cita dia nak jadi pembaca berita Wijaya TV.
"Okaylah, gerak dulu ya, Dila. Si Jessie ni kena hantar dia cepat, mommy dia suruh balik cepat."
"Bye bye Kakak Dila!"
Adilah peluk Jessie sekuatnya.
"Belajar rajin-rajin tau! Kalau periksa nombor satu, kakak belanja Jessie, okay?"
"Baik, Kak Dila!"
--
Hafiz tiba, menjemput Adilah di sekolah, selepas cover pertandingan catur peringkat sekolah di RPM.
"Senyum lebar je hari ni?" tanya Hafiz.
"Saya dapat offer kerja wartawan kat Wijaya TV," Adilah tersenyum sipu.
"Eh, hari tu kan dorang reject?"
Adilah senyum.
"Ni, ada kad ni. Dia suruh call," kata Adilah.
"Baguslah macam tu. Nak makan mana ni?"
"Mi udang Kuala Sepetang? Dah lama teringin."
"Orait gak. Nak jumpa Saiful juga ni. Lama dah tak jumpa dia."
Dalam kereta, Adilah hanya tersenyum seorang diri.
--
"Hafiz! Apa cerita, lama tak jumpa?" Saiful bersalaman dan berpelukan.
"Okay je. Aku macam ni je lah. Pergi kerja, balik kerja, hujung minggu, jalan-jalan. Lain la kau, dah nak kahwin dah kan?"
"Wedding aku nanti, kau pengapit aku tau?"
"Tak boleh la, Epul! Dia belum kahwin lagi. Budaya Gelanggayu kan ada pantang larang nak jadi pengapit. Karang kahwin lambat juga koibito saya ni," Adilah dari tepi menyampuk.
"Siapa ek yang dah kahwin? Aduh..."
"Din, dia dah kahwin ke belum?"
"Macam tu juga la. Ala, tu budaya je la. Syirik la percaya benda-benda macam tu."
"Tak nak! Baik cari orang lain."
"Okay la, mi udang dua, minum?"
"Air suam je lah," kata Adilah.
"Sama," kata Hafiz.
--
Azlan
"Abang Alan, Kakak Dila tu cantik kan?" kata Jessica sambil goyang-goyang kaki.
"Ya, memang cantik."
"Kakak Dila dengan Aunty Nat siapa lagi cantik?"
"Huh?"
"Aunty Nat la. Girlfriend Abang Alan."
Nak beritahu ke tak, yang aku dah break up?
Tak payah kot. Dia tanya yang mana cantik kot. Kalau citarasa pan Asian, mestilah pilih Natasha. Tapi kalau citarasa kau sawo matang, Adilah lah.
"Entah, dua-dua cantik."
"Abang kahwin la dengan dia!"
"Dia girlfriend kawan abang la. Suka-suka Jessie je nak suruh orang kahwin dengan dia."
"Boleh jumpa dengan Kak Dila setiap hari!"
Sepanjang hari ni aku asyik melayan celoteh budak ni je. Pening aku nak melayan. Aku kena hantar dia balik cepat, lepas tu aku kena jumpa Pengetua dan Tengku Ariffin untuk menunggang kuda di rumah Pengetua.
"Bye abang Alan!"
Ishh budak ni. Jenis melintas tak pandang jalan betul la.
Aku rasa for a start untuk pulihkan hubungan antara ibu dengan Mak Su, perlu cuba bawa Jessie dulu. Mana tau dorang okay balik.
--
Adilah
Nampaknya strategi aku dah berjaya. Aku dah berjaya mencalitkan minyak senyonyong arwah nenek ke lehernya. Selepas ini dia akan jatuh cinta pada aku.
Tapi aku kena main tarik tali dengan dia. Aku kena pastikan yang dia terhegeh-hegeh kepada aku. Lelaki, bila dia dah tak berfikir pakai otak, dan hanya berfikir guna bawah kelengkang dia, otak dia dah tak boleh berfungsi lagi.
Aku akan pastikan yang aku akan jatuhkan The Chosen One si Jeneral Yahya. Bila aku dah calit minyak senyonyong di leher dia, aku akan pastikan dia akan tunduk pada aku.
Dalam masa sama aku kena berlakon yang aku ni perempuan suci depan Hafiz. Calon isteri perempuan Melayu terakhir. Supaya nanti bila Azlan mengasak dan bergaduh dengan Hafiz, mudah lah aku merancang rancangan aku.
Ayah, Dila akan pastikan yang Dila akan jadi ketua Sayap Kuning yang terhebat yang pernah ada dalam pertubuhan ini. Kemudian kita akan naikkan Jimmy, dan akan memerintah Gelanggayu dari belakang tabir!
--
Mina termenung seorang diri dengan lagu dari Sophie B. Hawkins, Damn I Wish I Was Your Lover berkumandang dari radionya.
Pelbagai cara dia telah cuba untuk memikat hati Azlan, namun masih lagi tak berjaya. Fikirannya buntu. Kalau dia tak berjaya memikat hati Azlan, maka sukar untuk jadikan Azlan seorang yang seperti yang digambarkan oleh Sayyid Muluk itu.
Mina memandang ke arah Tasik Cendana, dan memandang sepasang angsa sedang berkasih dan berenang berdua.
"Kan best kalau I jadi angsa..." kata Mina.
"Angsa pun senang nak bercinta."
"Azlan ni, kenapa dia susah sangat nak terima I?"
"Apa yang I kurang? Hanya sebab I kurang umur je? I don't get it. Apa salahnya dengan umur?"
Mina menongkat dagu di beranda biliknya.
Pintu biliknya diketuk.
"Mina, ton père t'attend à la piscine," kata Suzaine, yang mengatakan ayahnya Tengku Ariffin sedang menunggunya di tepi kolam renang.
Mina turun dari biliknya, kemudian berjalan menuju ke arah Tengku Ariffin, yang sedang duduk di kerusi rotan membaca buku Francis Fukuyama yang disuruh oleh Jeneral Yahya untuk membacanya.
"Ada apa, daddy?"
"Duduk kejap. Daddy nak cakap something."
Mina duduk, kemudian tunduk.
"Kenapa Mina sejak balik dari London tu, Mina monyok je?"
"Because Azlan."
"Kenapa dengan dia?"
"Sejak dia broke up dengan Natasha, dia macam tak nak jumpa I je. As if I yang buat dia broke up."
"Tapi memang tu pun yang Mina nak, kan?"
"I know. But I just want him to notice."
"Bagilah Azlan tu masa. Dia baru je broke up tu. Enam tahun dia dengan Natasha tu."
"I can love him better than Natasha. I can prove him, that I will be the best lover he ever had."
"Yang tu kenalah sabar, Mina. Macam ni lah, nanti daddy fikirkan cara macam mana nak bagi korang berdua untuk rapat."
"Mina dah buntu dah, daddy."
"Maybe you need to be more...I don't know, intellectual?"
"I love him, but I don't want to fake myself. I want him to love me as I am."
"Then susahlah kalau macam tu."
Mina terus merasa sedih. Kalaulah ada cara untuk bukakan hati Azlan untuk menerimanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro