Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1989 part 10

Azlan

Di dalam kapal terbang, aku duduk sebelah Mina, sementara Pengetua duduk di depan, sedang membelek-belek notanya.

"You're a quiet person," kata Mina.
"Yes, I am."
"Dah dekat dua jam I kat sebelah you, tapi satu patah perkataan pun you tak cakap."
"Because I have nothing to say."
"Boleh tak I tahu your favorite song?"
"Blue Monday by New Order."
"Your favorite film?"
"The Godfather, I and II."
"Your favorite food?"
"Spaghetti bolognais."
"You tau tak, I always thinking about you."
"Why?"
"Sebab, my dad pernah cakap, you used to sleep at my bed when you duduk kat rumah I dulu."
"Yes, masa tu you baby lagi. I masa tu pun belum sekolah."
"I wonder maybe we shared bed, we might sharing bed in the future."
"Not going to happen."
"Are you sure about that, Alan?"
"Mina, you're sixteen years old. Cuba jangan mengarut."
"I'm not going to be sixteen years old forever."

Malas aku nak layan Mina ni. Pengetua jeling je ke arah aku. Apa? Aku bukannya buat salah apa pun.

--

Pengetua tiba di rumah peribadi Presiden George Bush di Tanglewood, Houston, Texas. Turut sama ialah anaknya, George Jr., bersama isterinya, Laura, dan dua orang anak kembarnya, Barbara dan Jenna yang berusia 7 tahun.

Laura sediakan masakan yang popular dari Texas, iaitu barbecue beef brisket dan makanan Tex-Mex yang menyelerakan.

Semasa sedang makan, tiba-tiba Presiden Bush tegur aku.

"Your face reminds me of Mamat, that chess player. Are you Mamat's son?"
"Yes, Mr. President. He was my father. He died in car accident back in 1976."
"I'm so sorry to hear that. He's one of the greatest chess player that I ever against with. I betcha smart like him too," kata Presiden Bush.

Aku jadi segan bila berkongsi meja dan makan bersama Presiden negara yang terkuat di dunia ini.

"I'm not sure about that, Mr. President."
"I'm sure Mr. Yahya take care of you really well. Are you studying right now?"
"Yes. I'm currently studying major on Geopolitics and International Relations."
"Good, good. I'm sure Mr. Yahya will bring you to meet Henry. He's Mr. Yahya's best friend when Mr. Yahya was an ambassador here."

Henry tu, Henry Kissinger la, siapa lagi. Tu kawan baik Pengetua tu.

Banyak benda aku tak tahu pasal Pengetua ni. Aku tak tahu pula yang dia pernah jadi Duta Gelanggayu ke Amerika Syarikat.

Patutlah kabel dia lain macam.

Selepas makan, Presiden Bush dan Pengetua berbincang tentang pembinaan sebuah makmal untuk mengkaji particle accelerator di Bandar Tun Zairi Abu Bakar. Untuk memudahkan, aku sebut nama lama dia, Bandar X.

Jadi, menurut perjanjian di Wijayapura pada tahun 1971, semasa Pengetua menjadi Jeneral yang mengawal selia hal ehwal polisi luar negara ketika zaman Tun Iskandar menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu mesyuarat negara-negara Pentas Sunda diadakan, dan Jeneral Yahya telah mengajak semua negara-negara rantau ini untuk menjadi zon anti-nuklear.

Perjanjian itu dipersetujui dan ditandatangani bersama Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Spiro Agnew pada masa itu.

Tapi apa yang negara-negara tetangga tidak tahu, pada tahun 1967, Presiden Lyndon Johnson telah datang ke Gelanggayu dan melawat Bandar X dan dijadikan pangkalan Amerika Syarikat ketika Perang Dai Viet.

Dan pada masa itu jugalah, Jeneral Yahya telah berbincang dengan para saintis serta CIA tentang satu teknologi iaitu particle accelarator cannon - yang boleh memusnahkan seluruh bandaraya dengan satu tembakan seperti laser beam.

Dan memandangkan ia adalah projek rahsia yang tiada siapa pun tahu termasuklah keluarga al-Daulah sendiri, maka sebab itu projek ini dijalankan secara rahsia.

Bagi Pengetua, teknologi ini harus menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapa pun. Sebab ini adalah national security interest untuk Gelanggayu.

Bukan intercontinental ballistic missile, tapi laser beam particle accelarator yang boleh menyamar jadi pusat penyelidikan seperti di CERN, Switzerland.

Jadi Gelanggayu secara teknikal tidak melanggar perjanjian zon anti-nuklear, tetapi memiliki weapon of mass destruction dengan restu Washington DC, asalkan Gelanggayu kekal menjadi sekutu mereka.

Macam mana Pengetua boleh deal benda macam ni, aku tak tahulah. Aku belum cukup pandai untuk ke tahap macam ni.

--

Simpati akibat kebakaran studio radio kolej, serta populariti Mat Danger, menjadikan aku pemenang dalam pilihanraya kampus ini.

Natasha, bagaimanapun, kalah dalam pertandingan. Memandangkan aku dapat undian paling tinggi dalam semua ahli MPP, aku dilantik sebagai Penghulu Pelajar, atau ketua Majlis.

Sehari selepas kemenangan pilihanraya kampus, majlis angkat sumpah jawatan dilangsungkan di hadapan Naib Canselor, di bangunan MPP Universiti Wijayapura.

Aku melantik Hafiz sebagai setiausaha aku, dan aku lantik Faiz selaku penasihat penerangan. Din pulak tolong setupkan kelas komputer.

Aku memilih beberapa orang yang aku rasa sesuai dan tak akan tikam aku dari belakang. Mazlin, ingat tak dia ni pernah hantar surat cinta pada aku dulu? Aku lantik dia jadi Exco Akademik.

Selepas angkat sumpah, aku dibawa menuju ke pejabat Penghulu Pelajar.

Pada usia 20 tahun, aku sudah memegang kunci pejabat awam.

Selepas penerangan tentang tugas-tugas dan kuasa serta kelebihan yang aku ada, serta perkara yang ditegah ketika menjawat jawatan Penghulu Pelajar, aku diminta untuk tandatangan surat sumpah taat setia kepada Universiti, dan Negara.

Selepas itu beberapa jurugambar Suara Kampus, akhbar universiti mengambil gambar aku yang duduk di meja Penghulu Pelajar.

Aku nampak Adilah dari hujung pintu sedang menulis laporan.

"Apa perasaan Azlan apabila menjadi Penghulu Pelajar?"
"Alhamdulilah, baik saja."
"Adakah kolej radio 18 akan diadakan semula?"
"Terpulang kepada ahli majlis di Kolej 18, sebab itu di luar kuasa saya untuk menentukannya."
"Bagaimana dengan manifesto encik Azlan untuk adakan kelas komputer?"
"Pihak pejabat Penghulu Pelajar akan menyiapkan proposal dan akan dihantar ke Bangunan Canselori, dan perbincangan dengan pihak Unit Kewangan Universiti akan berlaku sebaik sahaja semua pihak dah bersedia."

Faiz selaku pegawai penerangan aku terus mengawal wartawan dan keluar untuk memberi sidang akhbar, dan membiarkan aku dan Hafiz dalam pejabat.

"Hafiz..."
"Ya, Azlan."
"Kau nak awek?"

Hafiz berkerut dahi.

"Sebab kau sekarang setiausaha aku, kau mesti kelihatan kemas. Nak pakai baju rock, masa kat rumah. Dalam pejabat, cuba pakai macam aku. Nanti awek akan datang."
"Aku student je lah. Mana ada duit."
"Kau ingat aku apa?"
"Kau date dengan anak datuk, dengan tengku. Mana la nak sama dengan aku," kata Hafiz.

Aku tepuk bahu Hafiz.

"Jom, aku carikan baju smart tapi murah. Kita shopping."

--

Aku berdiri depan fakulti Natasha, dan dia baru nak turun tangga.

"Natasha, meet Hafiz."
"Hai, Hafiz. Natasha," kata Natasha, hulurkan tangan.
"Tau," Hafiz salam.
"Jom," aku seluk poket blazer aku, capai kunci kereta.
"Kita nak pergi mana?" tanya Natasha.
"Paragon Mall. Beli baju untuk Hafiz. Dia setiausaha I sekarang. I nak dia berpakaian kemas, sebab dia represent I sekarang."
"Ada shopping mall baru buka di Jalan Tun Rizal. Rizal Square. Jom nak pergi situ. Situ ada satu kedai sushi baru buka. Lepas tu ada sales kat departmental store dia."
"Parking mahal tak?" aku tanya dia.
"Quite pricey lah. But you boleh je park kat bangunan Aston kat depan tu. Situ banyak parking. Tak mahal."

--

Aku, Hafiz dan Natasha mengambil keputusan untuk mencuba makanan sushi dari restoran yang diberi nama Narita, sempena nama airport di sana.

"Nat?"
"Yes?"
"Kau ada nak cakap apa-apa tak, Hafiz?"
"Oh, apa dia?"
"Pasal Nat."

Natasha terpinga-pinga pandang aku.

"Ingat tak hari tu masa awak gaduh dengan Azlan pasal arwah Hanis tu? Saya minta maaf pasal menyampuk hari tu."
"Patutnya I yang minta maaf sebab I tengking you. I'm so sorry, okay."

Aku pandang dua-dua.

"No hurt feelings ya?" kata aku.

Dua-dua mengangguk.

"Hensem betul boyfriend I pakai macam ni. Jejaka idaman Gelanggayu betul," Natasha senyum-senyum.
"I pergi Teluk Tenang last week," kata aku, sambil kacau wasabi dengan kicap cair, untuk aku cicah sushi dengan menggunakan chopstick.

"Jumpa Ali?"
"Tok Aki kata dari tahun lepas lagi dia dah takde."
"Pergi mana?"
"Tok Aki kata, selamatkan diri."

Natasha gelengkan kepala.

"I harap dia okay lah. Jangan macam dulu, dah lah," kata aku sambil pilih sushi roll telur.

"I nak minta maaf pasal Hanis," kata Natasha.
"Kenapa?"
"Dengar pasal arwah. It's a tragic."
"You dengan Hanis ada problem ke?" tanya aku.
"We both compete in chess competition. Back in 1978 dulu. Dia main tipu. Dia alihkan buah chess masa arbiter tak nampak. Lepas tu I terus resign. Start tu I benci dia. Later, bila dia cium you kat Teluk Chendana tu, lagilah I baran dengan dia. But, I sebenarnya terlalu marah pasal tu. Tapi dia pun dah takde, kan?"

Baru aku faham sejarah cerita yang sebenar. Kenapa Natasha macam begitu hostile dengan Hanis.

--

New Year's Eve, 1990

Aku dan Natasha hanya memandang laut, macam awal tahun sudah. Tahun 1989 yang amat memenatkan ni, akhirnya bakal berakhir.

"I'm going to miss 80s," kata Natasha, sambil sandarkan kepalanya ke bahu aku.

"Apa yang you akan ingat bila sebut 80s?" Natasha pandang aku.

"Ronald Reagan, Michael Jackson, Michael J Fox, kapal angkasa Challenger meletup..."

"Nerd betul," Natasha ketawa.
"How about you?"
"I ingat you."

Aku ketawa.

Hafiz datang membawa tiga biji burger.

"Mana kau beli burger ni?"
"Tu, gerai tepi jalan."

"What do you expect from the 90s?" tanya Natasha, pada aku.
"The end of communism, and the triumph of capitalism. Cold War is over, Amerika dominasi dunia."
"You pulak, Hafiz?"
"The rise of internet."
"Apa tu?" tanya Natasha.
"Internet tu sistem perkongsian data, antara komputer dengan komputer, dan masa tu, dunia tak lagi bergantung pada media massa."
"Come on, siapa menguasai media massa, dia menguasai pendapat masyarakat kot."
"Not in the Internet Age."

Natasha pandang ke arah Hafiz.

"So tell me, internet ni mampu ke nak siarkan video, atau audio macam radio or TV ni? Sebab rasanya nobody will understand the codes yang korang budak sains komputer ni tulis. I sendiri pun takkan faham."
"Kod tu running on the background je. Tapi sooner or later, bila kita ada microprocessor yang mampu proses data macam video atau radio, internet akan mampu hantarkan ke komputer peribadi."
"Meaning?"
"Maksudnya, akan datang semua orang mampu untuk broadcast video atau audio kalau ada internet, dan bukannya hanya kepada media massa je."
"Interesting. Tapi rasanya 90s ada kereta terbang tak? Cindy kata ada?"
"Possible, tapi mungkin level prototaip je. Tak mungkin dalam masa 10 tahun kita ada teknologi macam tu. Kalau ada pun, ia akan jadi driverless."

"Hafiz, tolong tengokkan si Alan ni tau. Kalau ada perempuan menggatal dengan dia, report dengan I," kata Natasha.
"Macam mana? You nak pergi UK."
"Pakai la internet you yang canggih tu!" Natasha ketawa.
"Sekarang ni internet masih limited. Kitorang pun cuma hacking the system je. Lain la kalau lagi 10 tahun you kat UK lagi."
"I won't be long. 1993, maybe 1994, I balik sini lah."

Letupan bunga api pun bermula menandakan sudah masuknya tahun baru, dan dekad baru, 1990an. Lagu Billy Joel, We Didn't Start The Fire berkumandang mengiringi bunga api.

"Happy new year, Alan."
"Happy new decade, Nat. And happy 4th anniversary."

Hafiz hanya pandang sahaja aku berciuman dengan Natasha.

"Relax, Hafiz. Your time will come."
"Orang nerd macam aku ni, siapa nak?"
"Well, when internet dah jadi macam you cakap tu, you yang ada knowledge tu, you berkuasa lah. Semua perempuan akan gilakan you," kata Natasha.
"Lambat lagi, Nat."
"Better late than never."

"Tak sabar aku tunggu lagi 10 tahun. Macam mana dunia pada tahun 2000."
"Rilek la, Hafiz. Baru je 30 saat masuk dekad 90an, kau dah nak sembang 2000an. Could be this is your decade, bro."

Hafiz ketawa.

"Macam mana lah dunia tahun 2000 agaknya."
"Hafiz, stop talking about tahun 2000 lah! I bet you, lagi 10 tahun, you akan rindu 90s. Dulu masa tahun 1979, I was wondering macam mana 80s look like. Sekarang, I'm starting to miss 80s!" kata Natasha.
"Carpe diem. Seize the day. Enjoy the moment, Hafiz."

Aku melihat dekad seperti melihat diri aku membesar dan menua.

1970an aku jadi kanak-kanak, 1980an aku jadi remaja, dan melangkah ke tahun 1990an, aku menjadi dewasa. 2000an aku sudah mula matang dengan dunia, mungkin 2010an, aku sudah mampu jadi pemimpin.

Itupun kalau orang tua ramai yang dah mati. Kalau tak, mungkin 2030anlah baru merasa puncak kuasa.

Selamat tinggal alam remaja. Selamat datang alam dewasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro