Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1986 part 12

Azlan

Aku pulang ke rumah, dan nampak ibu sedang menulis sesuatu pada buku di meja.

"Assalamualaikum, ibu."
"Waalaikumsalam, lewat balik, Azlan?"
"Ada kerja sikit. Apa ibu buat tu?"
"Kira-kira, nak bayar duit api, duit air...,walaupun ayah kau tinggalkan duit untuk kita, tapi kena juga berjimat cermat. Harga barang makin mahal."

Aku sebenarnya dah selesaikan lama dah benda-benda ni semua dengan duit yang aku ada. Mungkin ibu aku tak perasan, yang duit belanja yang dia bagi aku dah lama tak sentuh.

Duit peninggalan ayah semasa menang catur dulu, selepas Pengetua laburkan wang itu pada saham, dan semuanya dalam lebih kurang $2.5 juta. Atau ke ringgit Gelanggayu dalam lima juta lebih ringgit.

Pengetua bahagikan 50:50. 50 peratus untuk keluarga aku, dan 50 peratus untuk aku, cuma Pengetua yang pegang wang tu.

Jadi, sebab tu aku terpanggil untuk rasa bertanggungjawab untuk berkongsi wang yang aku ada dengan keluarga aku.

Aku tepuk bahu ibu dan cakap, "dah bayar dah pun."
"Bila kau bayar?"
"Hari tu. Hutang tertunggak semua dah bayar."
"Macam mana kau bayar? Mana kau dapat duit? Kau pinjam duit Natasha ya?"
"Tak, ibu. Ingat tak hari tu Azlan menang pertandingan menulis surat ke Perdana Menteri? Pakai duit tu la."

Ibu memandang aku dengan pandangan terharu.

"Itu kan duit kau, Lan."
"Ya, sebab tu la saya bayarkan, ibu."
"Gunakanlah duit tu untuk kegunaan kau. Belanja girlfriend kau ke?"
"Azlan ada duit, Azlan tak kisah, ibu."

Sebenarnya aku berat hati nak beritahu ibu pasal Aunty Kathy. Aunty Kathy sebenarnya ada krisis dalam keluarga. Dah berapa lama dia tidak pulang ke kampung, mahupun bertemu dengan sanak saudara.

Semua sebab Aunty Kathy bergaduh dengan arwah atok tentang perkahwinan dia dengan Daniel. Sebab Daniel dari Parti Jujur dan arwah atok dari Parti Persekutuan.

"Azlan, lepas mandi nanti, makan la. Ibu dah masak tu."
"Ibu tak kerja hari ni?"
"Ambil cuti half day. Tak larat."

--

"Ibu, tadi Alan jumpa Aunty Kathy. Dia dah ada anak."
"Hmm."
"Ibu, takkan sebab politik pun nak buang Aunty Kathy?"
"Ini bukan soal politik, Alan. Ini soal Aunty Kathy tak hormat orang tua."
"Mana boleh atok senang-senang je suruh Aunty Kathy berpisah dengan Uncle Daniel?"
"Masalahnya, kenapa Uncle Daniel join parti musuh atok kau?"
"Ibu, kalau katakan satu hari nanti kita semua join parti lain-lain sebab fahaman masing-masing, takkan kita nak bermusuh walaupun sesama keluarga? Eh, memang orang Melayu ni belum bersedia lagi dengan demokrasi ni."
"Kau pergilah sorang. Ibu malas nak menghadap muka dia. Lorat semacam je dia tu."
"Hmm, baiklah."

--

Memandangkan ibu tak nak pergi ke rumah Aunty Kathy, jadi aku ajak Natasha untuk ke birthday party anak perempuannya, Jessica.

Jessica dah berusia 2 tahun, tapi inilah pertama kali aku tahu yang aku tahu aku ada sepupu yang ini.

Selepas arwah atok meninggal dunia pada tahun 1984, tak ada siapa yang tahu di mana Aunty Kathy tinggal, dan kami semua anggap dia pindah oversea.

Natasha bawa hadiah dari sebelah keluarganya, iaitu pakaian dan permainan bayi.

"Azlan! You're coming!" kata Aunty Kathy dalam keramaian. Aku senyum saja.
"Mestilah, aunty dah jemput."
"So, siapa dia ni? Girlfriend Alan ya?"
"Hi Aunty Kathy, my name is Natasha. Call me Nat."
"My name is Khatijah, but you can call me Kathy. Nat, hati-hati sikit dengan Azlan ni. Takut-takut dia terwaris perangai ayah dia."
"Kenapa dengan ayah dia, aunty?"
"Cassanova!"

Tiba-tiba tak pasal-pasal telinga aku dipiat Natasha. Yang playboy tu ayah aku, tapi telinga aku pulak dipiatnya.

"So, Alan, meet your niece, Jessica!"
"Hi Jessie!" Natasha belai ubun-ubun sepupu aku. Aku cuma bermesra sedikit. Aku tak pandai bermesra dengan kanak-kanak.

Lagu Our House dari kumpulan Madness berkumandang dalam kemeriahan parti. Daniel sedang rancak berbual dengan pemuda-pemuda Parti Jujur yang hadir di rumahnya.

Aunty Kathy pula rancak bercakap dengan isteri-isteri pemuda.

Aku seperti biasa, tak suka keramaian. Aku hanya duduk di meja dapur yang ada chess board.

Jadi aku susun catur, dan bermain seorang diri. Dalam beberapa gerakan, tiba-tiba aku ditegur Natasha yang dari tadi mencari aku.

"Alan, kenapa main chess sorang-sorang?"
"Boring."
"I thought you datang sini untuk jumpa your aunty?"

Natasha tiba-tiba susun semula chess tadi.

"Hey, I'm playing."
"Jom lawan chess dengan I."

Cheh, Natasha ni. My chess sparring partner is Pengetua. Ada hati dia nak lawan.

"I ambik putih, you ambik hitam."
"Alright, ladies first."

Natasha gerakkan buah catur pawn ke e4. Jadi aku tutup jalan pawn dia dengan gerakkan pawn aku ke e5.

Natasha gerakkan ke f4.

"Bagi makan free ke?" aku ketawa. Natasha hanya senyum.

Aku makan pawn dia.

"Nf3," dia menggerakkan knightnya ke petak f3.

Dia tak bagi jalan mudah rupanya. Dia dah nampak aku bakal gerakkan queen ke h4.

Aku gerakkan pawn ke g5.

"I dah sedekah pawn tu, makan la."

Natasha cuma senyum dengan permainan psikologi aku.

Dia gerakkan bishop ke c4.

Pawn aku ke g4.

Natasha buat castling king side dan aku makan knight dia di f3, dan dengan pantas dia gerakkan queen untuk makan pawn aku di f3.

Dia ni main hentam je ni.

"Awal-awal dah keluar queen nampak, panic mode?" kata aku terus menambahkan tekanan psikologi.

Jadi disebabkan Natasha sudah keluarkan queen, aku letak queen aku ke f6.

Dia gerakkan pawn ke e5.

"Tak nampak ke queen kat sebelah ni, nak kena makan ke?" aku ketawa.

Natasha gerakkan bishopnya dari c4, dan makan pawn aku di f7.

"Check," Natasha kata pada aku.

Celaka, aku terpaksa gerakkan king aku, dan aku tak boleh nak castling.

Tapi aku makan terus bishopnya yang mengancam keselamatan king aku.

Natasha gerakkan pawnnya ke d4.

Aku gunakan queen aku untuk makan pawnnya yang berada di d4.

"Kejap, you ni tau main ke tak? Asyik buat bad move je," aku mula rasa kemenangan di pihak aku.

Mungkin Natasha ini lawan mudah untuk aku.

Dia menggerakkan bishop ke e3.

"Come on, Nat. Takkan macam ni teruk you main?"

"Maybe I'm not that good, tapi tengok la dulu," kata Natasha.

Aku rasa dia nak pasang trap. Kalau queen aku makan bishop dia, sebelah dia queen. Jadi aku makan pawn dia di b2.

Queen aku dalam kedudukan yang boleh ratah knight dan rook dia di a1 dan b1, sekaligus melemahkan jentera serangannya.

Natasha gerakkan queen untuk makan pawn di f4.

"Check," kata Natasha.
"Shit."

Aku gerakkan king ke e7.

Kemudian dia gerakkan queennya ke e4, kemudian dia kenyitkan mata pada aku.

"Check," kata Natasha.

Kalau aku gerakkan king ke kolum F, aku kena check dengan rook. Kalau aku undur, rook dia akan makan bishop aku di kolum F. Lagilah checkmate.

Aik, macam mana things turn around ni?

Aku dah nampak Natasha tersenyum.

"Lagi dua move je you checkmate. Nak surrender tak?" tanya Natasha.

Dan kalau aku gerakkan king ke D6 sekalipun, rook dia akan check aku di kolum D, dan aku kena kunci dengan queen dia di C6.

Kepala hotak dia lah! Dia cuma makan tiga je pawn aku, tapi dia dah perangkap king aku.

Aku tiada pilihan kecuali menyerah kalah dan menghulurkan salam.

"How can you do that?"
"To make scramble, you need to break some eggs."

Dia bangun kemudiannya terus kata, "kalah, kemas."

Aku jadi tak puas hati. Daripada aku kat rumah Aunty Kathy sampai kat rumah, aku tak puas hati. Aku tak nampak kat mana silap aku.

Sampai di rumah, aku ingat setiap move yang dilakukan oleh Natasha dan aku gerakkan semula. Ternyata dia memang sengaja gunakan pawnnya untuk aku makan untuk mencapai misinya.

"Ayah, kalau ayah ada lagi ni, memang Alan kena mintak tolong ayah ni."

--

"Hahaha, kau memang silap bila kau kata Natasha tak tau main chess," kata Pengetua selepas aku menceritakan pengalaman aku dikalahkan oleh Natasha dengan gerakan yang aku memang tak sangka.

"Kenapa Pengetua cakap macam tu?"
"Natasha ni Master seawal umur dia 8 tahun. Aku sendiri pernah kalah sekali dengan dia. Dah pastilah aku menang banyak kali dengan dia, tapi aku kena akui, aku pernah kalah dengan dia," kata Pengetua.

Muka aku berubah dan tak sangka dengan apa yang aku dengar.

"Nat...pernah kalahkan Pengetua?"
"Kau boleh tanya Datuk Abdullah. Dia saksi. Dia suka korbankan orang-orang dia, tapi matlamatnya cuma nak checkmatekan king pihak lawan. Ia dipanggil Muzio Gambit."

Datuk Abdullah yang duduk sebelah Pengetua pun gelak sama.

Muka aku pucat lesi bila aku mendengar kata-kata Pengetua tu.

"Ya lah, ibu dia kan juara catur wanita Denmark. Mestilah dia belajar dengan ibu dia," kata aku.
"Tapi Lan, ayah kau juara seluruh Gelanggayu tahun 1953, dan juara Eropah tahun 1954. Kenapa kau tak boleh kalahkan dia?" tanya Pengetua.
"Ayah kau tak ajar kau ni," kata Datuk Abdullah.
"Mungkin tak sempat nak ajar," kata Pengetua.
"Ayah ada ajar sikit."
"Sikit tu yang membezakan kau dengan Natasha," kata Pengetua.
"Hari tu kat villa kitorang tu, Birgitt cerita mereka berdua ni, asyik bertengkar je. Debat ekonomi katanya," kata Datuk Abdullah.

"Kau ingat Natasha ni sort of Valley girl macam kau tengok kat drama high school Amerika tu ke? Macam cerita Breakfast Club tu ke?" Pengetua tanya aku.

Aku geleng kepala, sebab aku tak sangka Natasha ni genius tahap macam ni.

"Dahlah, kau anggaplah kau tersilap langkah. Mungkin lain kali kau kena berhati-hati bila berlawan catur dengan dia," Pengetua menepuk bahu aku, ketawa.

Aku masih kebingungan dengan apa yang berlaku semalam. Terasa ego aku dicalarkan oleh Natasha atas kekalahan yang pada aku agak mengaibkan.

--

Datuk Abdullah ajak aku slowtalk di sebuah coffee house di tengah kesibukan Wijayapura.

Aku sebenarnya berdebar apabila duduk sebelah Datuk Abdullah ni. Sebab apa yang aku buat terhadap Datuk Ghani atas arahan Datuk Seri Imad dahulu mungkin merosakkan peluangnya untuk membangunkan ibu negara di Teluk Chendana.

"Mrs Birgitt told me about your debate with Natasha about my project," kata Datuk Abdullah.
"What she had told you?"
"Dia cakap, Natasha ada point, and you also had point."
"Memang pun. But my concern ialah dengan penduduk setempat."
"Yeah, that's why la Haji Ghani kalah hari tu. Sebab orang tak nak kawasan tu dijadikan ibu negara dan rosakkan persekitaran kampung dan nelayan."

Aku diamkan sahaja.

"Tapi penduduk tu akan jual tanah juga. Dah berapa generasi mereka miskin jadi nelayan, mereka nak hidup senang juga," kata Datuk Abdullah.
"Tapi how about their way of life?"
"Nak buat macam mana, Azlan. Lifestyle kita ni pun bukannya Melayu pun. Lifestyle Barat. Dah sampai pun kedai kopinya. Jom, minum."

--

Datuk Abdullah memesan cappucino, sementara aku memesan cafe latte.

"But I agree with you, Azlan. Kita tak boleh suka-suka nak ubah gaya hidup dan identiti orang," kata Datuk Abdullah sambil hirup cappuccino.

"Yes, that's my point, Datuk."
"Don't call me Datuk lah, Azlan. Your dad was my best friend. Rapat betul kami dulu. Well, actually I yang had crush dengan your mom, and your dad had crush with Aunty Birgitt. Call me uncle je lah."
"Hah? Then why switch?"
"Jodoh works in mysterious way. I met Birgitt when I was a football player kat Denmark. Pasal dia tumpahkan kopi aku, kelam kabut kejar bas. And I found her wallet. We get married in 1966, after World Cup kat England. Yeah, dah 20 tahun dah our marriage."
"I see. Tapi tak pelik ke, Uncle crush dengan ibu, dan ayah crush dengan Aunty Birgitt, last-last, ayah kahwin dengan ibu, and you dengan Aunty Birgitt?"
"Takde yang pelik pun. Maybe macam tu la cara jodoh bergerak."

Datuk Abdullah kembali menghirup cappuccinonya.

"Kau cintakan Natasha?"
"Ya, uncle."
"Well, you said it. Your word, not mine. She's the only child I had."
"Faham, uncle."
"Kalau katakan satu hari nanti kau dan dia tak jadi apa-apa, well, let's say, tak ada jodoh, aku harap kau jaga dia juga, Azlan. Maybe she will be your greatest ally. Aku tau, game Pengetua ni dah lama. Daripada aku belum sekolah lagi, dia cuba bentuk ayah kau. Tapi ayah kau, jauh beza perangai dia dengan kau."
"Maksud uncle?"
"Ayah kau extrovert. Ramai kawan. Semua orang nak berkawan dengan dia. Tapi, dia tak minat dengan politik. Kau terbalik. Kau introvert. Kawan kau pun, semua tak baya kitorang, baya kau pun, sebelah tangan je kau boleh kira."
"Betul tu."
"Aku tau, kau yang sebarkan kaset untuk jatuhkan Haji Ghani tu. But that's okay."

Aku tergamam.

"Saya...saya..."
"The deal has done anyway. Aku tak perlukan lagi Haji Ghani. Lagipun dalam pemilihan bahagian hari tu pun, dia cuma menang tiga undi je. Dia memang tak perform. Memang Pengetua sengaja biarkan dia kalah. Dan memang bagi bola tanggung pada Datuk Seri Imad. Dan kebetulan kau pulak yang jadi pawn dia."
"Saya minta maaf, Datuk. Saya punca..."
"Kalau aku jadi kau pun, aku akan buat benda yang sama. Confused, takut. Azlan, just in case projek aku ni gagal jadi ibu negara, apa cadangan kau? Pusat pelancongan?"
"Pusat pelancongan akan overcommercialized tempat tu, Datuk. Saya tak setuju."
"Jadi, apa pandangan kau?"
"Jadi tempat research and development? Financial hub? Pada saya okay je ada sikit tourism tapi ada industri tertier lain. Yang penting maintain environmental situ. Jangan crowded sangat untuk maintainkan value tanah tu."
"Kau boleh bagi contoh?"
"Kalau jadi ibu negara, macam Bonn di Jerman Barat, Bern di Switzerland, atau Canberra di Australia. Kalau tak jadi, boleh jadi macam San Jose di California. Just saying."
"Brilliant, Azlan! Aku harap kau teruslah bercinta dengan Natasha, walau apa sekalipun."

Aku harap dia tak marah dengan apa yang aku dah buat. Tapi kalau dia dah belanja aku kopi mahal ni, dia dah tak marah lah ni.

Cuma aku tak faham ayat akhirnya. Apa maksudnya 'walau apa sekalipun' yang dia katakan tu? Adakah hubungan aku dan Natasha ni telah diaturkan orang tua?

Adakah aku ini cuma pawn bagi mereka semua?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro