Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>◆Epilogue◆<

Mafia Haera menyembunyikan kepingan terakhir semata-mata bagi menjaga nama baiknya saja.

Mafia 01, Jeon Junghyun, mati dibunuh oleh Mafia Haera sendiri. Tiada sesiapa yang tahu. Akhirnya terbukti juga.

Jungkook dilahirkan tanpa diketahui nama bapanya. Dia dibesarkan di pusat akademi hingga mencecah usia remaja.

Mafia Haera sendiri yang meletakkan kuasa Mafia 01 kepada anak ketujuhnya itu tanpa pengetahuan sesiapa dan menyebarkan berita palsu bahawa Jeon Junghyun mati dibunuh oleh orang lain. Jadi kuasa itu berpindah kepada si pembunuh.
Itu yang menggerunkan.

Jungkook diseksa sepanjang dia dijaga oleh Mafia Haera selama 2 tahun. Dialah satu-satunya anak yang tidak pernah diberi kasih sayang yang sepenuhnya. Diseksa hanya kerana dia adalah punca kehidupan wanita itu merana.

Mungkin Mafia Haera sudah gila. Demi membela kematian bapanya, Jungkook diarahkan untuk membunuh saudaranya yang lain.

Nampaknya dari situ, Mafia Haera hanya mementingkan diri sendiri. Dia tak pernah sayangkan anak-anaknya.

______◆♕◆______

Selalunya orang yang mabuk, dia tak akan ingat apa yang terjadi semalaman. 80% peratus dia akan lupakan semuanya.

Tapi...Jungkook ingat.

Aku yang gila sebab terikutkan perasaan. Aku biarkan saja diriku disentuhnya tanpa sebarang halangan. Sebab itu yang aku mahukan.

Walaupun dia abang kandungku sendiri.
Dunia tak akan terima manusia macam aku.




3 Tahun Kemudian

Pintu biliknya diketuk perlahan sehinggakan satu suara mempelawa dari dalam. Mr Hyuk membuka pintu dan memberi ruang kepada seseorang untuk masuk ke dalam.

Kelihatan satu susuk tubuh seorang wanita duduk di balkoni sambil menikmati angin. Rambut pendeknya beralun mengikuti tiupan angin yang dingin tersebut.

"Maaf mengganggu Miss Jaerim.", tegur jejaka itu dari arah belakang. Jaerim beralih sekilas ke arahnya, dan memandang ke hadapan semula. Wanita itu merengus kecil dan menyalakan pemetik api lalu membakar hujung puntung rokok di bibirnya.

Daniel mengeluh kecil.

"Smoking is not good.", ujar Daniel, namun tidak diambil hirau oleh wanita berambut pendek itu. Jaerim terus membisu.

Dia semakin berubah semenjak kematian saudaranya. Jaerim tidak seperti dulu lagi, kini dia sudah aktif dengan kegiatan penyeludupan senjata haram dan dadah. Membunuh sesiapa saja yang cuba mengganggu kerjanya.

Mudah baran dan kejam. Gelaran queen sekarang baru betul-betul layak baginya.

"Ada apa kau datang sini?", soal Jaerim.

"Hmm nothing just-"

"Jangan timbulkan topik fasal abang aku. Cukup.", celah Jaerim. Daniel kembali senyap dan tersenyum tipis. Lelaki itu mengeluarkan sepucuk surat daripada poket kot hitamnya dan dihulurkan kepada Jaerim.

"Aku memang nak masukkan topik abang kau, Park Jimin. Tapi bukan aku yang nak sampaikan pesanannya untuk kau. Biar kau dengar daripada tuannya sendiri.", balas Daniel. Jaerim mengerutkan kening dan mengalihkan pandangan ke arah Daniel keliru. Pucuk surat itu disambut dengan ragu-ragu.

"Aku tak perlu berada lama di sini, aku tahu kau tak selesa. Surat ni...sebenarnya dah lama boss suruh aku bagi surat ni untuk kau. Tapi aku pilih masa yang sesuai. Dan aku rasa masa ni memang sesuai untuk kau baca.", Daniel menunduk sekilas dan mengundurkan diri keluar dari bilik yang agak luas itu.

Jaerim kembali melihat surat yang dipegangnya. Pelbagai persoalan timbul di kepala, apa yang terkandung di dalamnya, itu membingungkan. Dibuka surat itu dengan cermat lalu dibaca setiap tulisan yang tertulis di dalamnya.

Huh-



◆◇♕◇◆

"Ahjussiiiiii!!!", jerit lantang seorang anak kecil yang bertopi kuning di hadapan pintu pagar sekolah itu. Dia melambai tangan di udara dengan senyuman yang riang. Mr Hyuk tersenyum di sisi kereta dan mendepakan tangannya untuk menyambut anak kecil itu.

Lantas anak kecil itu berlari ke arah Mr Hyuk dan mendakapnya erat.

"Ouh my little Jungwoon~ Macam mana sekolah hari ni?"

"Harini Hwasa noona masak bibimbap! Sedap! Carrot tu bulat-bulat macam pluto wuuuu!", seronok dibuatnya Jungwoon sambil melakonkan aksi. Mr Hyuk ketawa kecil dengan tingkah lakunya, haih comel. Kalau boleh dekat Sana, confirm kena picit dah pipi tu.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Sedang asyik Mr Hyuk memasang seatbelt, terlihat mimik wajah Junwoon yang sudah muram dari arah belakang. Lelaki berusia itu merengus nafas kecil.

Kecil-kecil 3 tahun pun dah sedih. Kena buli ke?

"Jungwoon, are you ok?"

"A-Ahjussi, lepas ni kita nak pergi mana? R-Rumah ahjussi lagi ke?"

"Yes, macam biasa. Maid dah sediakan makanan kegemaran Jungwoon di sana. Nanti kita makan sama-sama eh~", balas Mr Hyuk tenang. Jungwoon tersenyum sekilas.

"W-What about eomma? Eomma tak makan sekali dengan kita?", Mr Hyuk terdiam. Soalan yang sama ditujukan hampir setiap hari, dan jawapan yang sama juga dibalas.

Susah bagi anak ini untuk berjumpa dengan ibu sendiri. Disebabkan rasa kebencian. Sebagaimana dia membenci dirinya, sebegitu juga anaknya. Jaerim benci Jungwoon sebab dirinya.
Tiada sebab yang lain, kalau ada pun, mereka tidak akan tahu.

Jungwoon membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

◆◇♕◇◆

"Ermm e-eomma?", tegur Jungwoon disebalik pintu bilik ketua mafia South Korea itu. Terasa sedikit gementar. Jungwoon ditemani Mr Hyuk dan melangkah kaki masuk ke dalam bagi bertemu dengan Jaerim.
Ya, ibunya.

Jaerim membulatkan matanya dengan kehadiran Jungwoon. Segera wanita itu mengesat air mata yang membasahi pipinya. Itu menghairankan Mr Hyuk.

"Ada apa ahjussi bawak dia ke sini?"

"Please Jae, beri peluang satu je untuk Jungwoon. Dia teringin berjumpa dengan kamu.", rayu Mr Hyuk. Dia tahu, mesti Jaerim memberikan jawapan yang sama, tidak. Tapi dia tetap memujuk wanita itu, demi anak yang tidak bersalah ini.

"Just 5 minutes, tolong tinggalkan kami berdua saja di sini.", arah Jaerim. Mr Hyuk akur saja dan memberi tundukan hormat. Jungwoon mula mengukir senyumannya, terlalu seronok. Akhirnya dia dapat meluangkan masa dengan ibu sendiri walaupun dengan masa yang begitu singkat.

"Jaerim, ahjussi nak beritahu sesuatu....

...jangan ulangi sejarah pahit Mafia Haera. Tolonglah, jangan perlakukan Jungwoon sebagaimana Mafia Haera pernah lakukan kepada d-dia. Ahjussi mohon. Sayangi diri kamu Jae, kesian Jungwoon. Kamu ibu dia...ahjussi faham, terlalu perit untuk terima semua ni tapi...kita boleh cuba tanganinya.", ucap Mr Hyuk panjang sambil mengusap perlahan bahu Jaerim. Wanita itu hanya mengangguk.

"I-I know, bagi Jae masa."

Mr Hyuk tersenyum pahit dan melangkah kaki keluar dari bilik itu. Kini, hanya tinggal Jaerim dan Jungwoon. Mereka berdua sahaja. Jungwoon menggoyangkan kaki sambil memerhati setiap sudut bilik itu.

Jaerim tetap merenung wajah anak lelaki itu. Dia menggigit bibir bawah menahan sebak.

Wajahnya seakan-akan J-Jungkook. Aku tak boleh terima kewujudan anak ni.



"Sebab apa kamu nak jumpa e-eomma?", soal Jaerim bagi pembuka  bicara. Sedikit gementar, namun dia cuba bertahan. Jungwoon membulatkan mata dan tersenyum.

"Jungwoon rindu eomma.", balasnya. Jaerim merapatkan bibirnya dan melihat ke arah lain.

"Emm eomma tak nak bercakap panjang. Kamu boleh cakap atau tanya satu perkara saja. Eomma sibuk...", Jungwoon sedikit kecewa, namun dia cuba tersenyum. Tak apa, janji dia boleh bersembang dengan insan yang disayangi itu.




"M-Mana appa? Jungwoon memang takde appa ke? Kawan-kawan yang lain semua ada appa, hantar dan ambil dari sekolah. What about me?"

Jaerim tergamam. Dia kembali tertunduk dan bermain-main dengan jari sendiri. Kenapa dia kembalikan kejadian pahit tu? Kenapa?
Jaerim mengetap giginya sekuat yang mungkin menahan geram.

Dia hanyalah anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Jaerim mendongakkan kepalanya menghadap Jungwoon dan mengusap perlahan kepala anak itu. Jungwoon tersentak.

"A-Appa kamu sibuk sayang. Nanti dia balik. Hanya di dalam mimpi kamu-", Jungwoon memegang erat tangan Jaerim dan diletakkan di pipinya. Jungwoon memejamkan matanya dan tersenyum manis.

"Appa sentiasa datang dalam mimpi Jungwoon, tapi Jungwoon tak tahu siapa. Tak apa, kalau appa tak ada...

...Jungwoon ada eomma. Jungwoon sayangkan eomma.😊"


Jaerim mengalirkan air mata. Sentuhannya di pipi Jungwoon mendatangkan satu detik di dalam hatinya.
Aku terlalu jahat untuk jadi ibu kepada anak ni. Tapi dia tidak kisah, sejahat mana pun seorang ibu, si anak akan tetap sayangi ibunya.

Jungwoon masih lagi kecil, tidak perlu diberi kebencian. Dia perlukan kasih sayang.
Ianya sangat perit bagiku untuk menerimanya, aku takut jika dia tahu identiti sebenar bapanya dan terus membenci aku. Aku takut.



"Jungwoon akan tetap sayangkan eomma sampai bila-bila. Jungwoon janji! Eomma sayangkan Jungwoon?", soalnya di pengakhiran dengan wajah yang mula kemerahan. Jaerim tidak dapat menahan sebak lagi dan lantas mendakap anak kecil itu, seerat yang mungkin. Jungwoon membalas pelukan ibunya.

"Maafkan eomma Jungwoon hiks...maafkan eomma. Kamu akan bencikan eomma suatu hari nanti..."

"J-Jungwoon takkan bencikan eomma la. Jungwoon kan sayangkan eomma. Nama kita pun sama kan kan, hehe.
Jeon Jungwoon dan eomma Jeon Jaerim. Waaa, kita takkan berpisah eomma.", itu membuatkan Jaerim tersenyum dan mengucup dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.

"E-Eomma sayangkan kamu Jungwoon. Eomma janji akan beri kasih sayang sepenuhnya sehingga kamu jumpa kebahagiaan buat diri kamu sayang. Promise~"

"Hehe promise!"

Promise? Ya, sebagaimana ia merujuk kepada puisi yang ditulis oleh Jimin sendiri di dalam surat itu. Ianya masih diletakkan di atas meja.

'Hanya perlu berjanji dengan aku, tunggu kepulangan aku yang akan membawa kebahagiaan buatmu.'

Mereka kembali berpelukan dengan tangisan. Tidak disangka, akhirnya pintu hati wanita itu sudah terbuka untuk terima semula Jungwoon.

Itu membuatkan Mr Hyuk tersenyum disebalik daun pintu.

"Ahjussi harap kebahagiaan kamu berkekalan.", bisik Mr Hyuk sendiri.
Anak matanya juga terbayangkan mereka berdua dipeluk bersama dengan saudaranya yang lain. Yang sudah lama pergi, meninggalkan kenangan sahaja.

Siblings huh~
Berpecahlah macam mana pun, tetap dilabel sebagai satu keluarga.
Yeah we're family, cuma dalam masa singkat ataupun lama.

Tuhan saja yang tahu.


-◆The End◆-
















































































"Banyak tu je?? I need moreee!!!", tempik Jaerim sambil menghentak tangan di atas meja ketua mafia akademi tersebut.
Lelaki berkaca mata itu menutup buku yang agak tebal itu sambil mengurut dahi.

"Ya. Banyak ni je, hanya ringkasan. Dah, pergi bersiap, nanti kamu dah nak bertolak."

"J-Jadi memang pernah ada ketua mafia sebelum ni yang bernama Yoo Jaerim? Omo nama eomma dia pun nak sama dengan saya. MAFIA HAERA! I'm not dreaming right??!!", soal gadis itu lagi.

"Yes, jalan kisahnya nak sama je seperti kamu. Tapi saya tak mahu sejarah pahit tu berulang lagi kepada kamu. Dah keluar. Nanti saya arahkan beberapa orang mafia untuk hantar kamu pergi ke sana."


...


Tempat yang agak menggerunkan. Aku menggalas beg dan berjalan ke arah pengawal di bangunan itu. Hmm kekok.
Orang di sekeliling tempat ni agak menakutkan, berpakaian serba hitam.

Zaman kini sudah luas dengan kegiatan mafia. Di mana-mana ada mafia. Susah gini, aku nak jadi pembakar kek.

"S-Saya Yoo Jaerim. Ehek katanya saya dihantar di sini nak...berjumpa dengan-"

"Kau anak Mafia Haera?"

"Arr haaa yes. Saya orangnya.", aku tersengih kerang busuk. Pengawal itu mengarahkan aku pergi ke tingkat atas sekali. Katanya di situ hanya terdapat mafia yang berpangkat atas, kaya, emm apa lagi. Pro gitu.

Katanya lagi, ada seseorang yang menunggu kehadiran aku di sana.

Aku menaiki lif dan berjalan di sepanjang koridor tingkat 7 itu. Hmm semua yang berada di situ pandang aku kekok. Hmm takut.

Mafia Jaerim. Serious aku teruja, selama ni ada juga mafia yang namanya sama macam aku. Bangga.
Tapi kisah dia terlalu sedih bagi aku, aku tak tahu nak cakap apa kalau aku berada di tempatnya.

Ermm tak...

Masalahnya, situasi aku sekarang ni dah nak serupa dalam cerita dia.
Aku diarahkan untuk berjumpa dengan saudara aku yang lain. Saudara? Looks exited tapi disebaliknya aku takut.

Kenapa eomma tak beritahu aku awal-awal yang aku ada abang sebelum dia pergi?



Langkahku terhenti di hadapan pintu salah satu bilik di situ. Macam ada bunyi orang menjerit dari dalam. Gaduh ke?

Aku cuba ketuk pintu itu namun tiada sebarang sahutan. Bunyi gelak ketawa pula yang dimainkan, pelik. Kemudian menjerit lagi. Aku cuba biarkan saja.


"YAAA!!! SAKITLAH!!"

"JANGAN NYALAKAN API LAGI! BAKAR KANG BILIK NI!!"

"AKU TEMBAK JUGAK KAU NANTI!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"



Huh? Tak boleh jadi, kalau ada orang strok dalam ni macam mana? Bunuh ke? Aku perlu buat sesuatu.

Terus aku memulas tonggol pintu dan menerjah masuk.





Senyap.
Aku terundur ke belakang beberapa langkah. Ermm aku patut biarkan je tadi. Kini, aku diperhatikan oleh tujuh orang jejaka yang duduk di tengah-tengah bilik itu. Pandangan yang tajam.

Err jap...











Aku tersenyum.
Mungkin aku dah jumpa mereka.



"Nice to meet you, I'm Mafia Jaerim. Mafia Haera's daughter. Emm..."

"Ouh, she's our new sibling! Ni lah yang diorang cakapkan tu~ Come here, join us.", aku tersenyum lagi dan berjalan ke arah mereka. Kehadiran aku ke dalam keluarga baru itu begitu meriah sekali.




Kini bermula kisah pula bagi Yoo Jaerim yang kemudiannya. Harap semuanya baik-baik saja~


I hope so...



-End-



_____________
______
◆♕◇

Ada yg nak tanya apa²?😅
Fuhh udah tamat ya citer ni.
Harap takde sesiapa yg hairan.

Thanks sbb sudi baca citer ni dari awal smpai ke sini:'(
Kalau ada sedikit hambar, terkasar bahasa or ayt pelik, Ju menyusun sepuluh jari. I'm sorry

I tried my best~
Thnks sbb sudi menggila dgn Ju di ruang komen.

Ketahuilah saya author yg suka menggila. Setiap cerita saya mmg gila.

Ok dah.


'Sekian daripada abangtan mafia ehek. Jgn rindu²~'

















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro