>◆♕60♕◆<
"Boss yakin semuanya akan berjalan dengan lancar? Yakin ke Mafia Jaerim akan percaya semua ni?", soal Daniel terburu-buru, tangannya tidak henti menggaru paha sendiri.
Jimin tersenyum tipis.
"Setiap usaha mesti ada hasilnya. Kalau ditakdirkan nasib aku buruk, aku terima saja, sekurang-kurangnya aku boleh sampaikan kebenaran....walaupun dengan cara sakit sekalipun", balasnya tenang. Daniel membalas pandangan sayu.
"I hope so boss...."
"Aku nak kau buru puak Mafia 01 sehingga tak tertinggal seorang pun, dengan adanya diorang...kerja aku tak akan berjalan. Tiada askar bertempur, maka matilah seorang raja.", Daniel mengangguk faham dan segera menjalankan tugas. Dengan ayat itu pun mereka sudah faham.
Jimin kembali melihat skrin telefon, gambar mereka yang ceria menyambut birthday Jin mendatangkan satu ekspresi...kecewa.
"Maafkan aku hyung, Taehyung..., mungkin aku terlalu bodoh untuk menandingi dia...", wajah Jungkook di dalam gambar itu diperhatikan lama.
Sangat lama...
"Mungkin bukan aku yang akan menamatkan kau Jeon~"
______◆♕◆______
"A-Aku takkan biarkan k-kau-", Taehyung tidak melepaskan cengkaman, dia cuba untuk bangun. Kesakitan tidak dihiraukan, dia perlu selamatkan Jaerim...daripada adiknya sendiri.
Jungkook merengus nafas kasar, tangan Taehyung dipijaknya tanpa belas kasihan. Taehyung mengerang kesakitan, itu mengejutkan Jaerim. Lantas gadis itu memulas tangan Jungkook bagi meloloskan diri.
Jungkook membalas serangan, lengan Jaerim pula dilipat ke belakang, selangkah kaki saja boleh membuatkan lengan gadis itu patah.
Taehyung bertahan, dengan sepenuh tenaga dia bangun dan menolak Jungkook jatuh, Jaerim yang kurang seimbang turut tersungkur ke hadapan. Gadis itu cuba untuk dapatkan Taehyung, namun..
"L-Lari Jae! Pergi dari sini! Panggil mafia y-yang lain-", jerit Taehyung. Jaerim tergamam, tanpa berlengah di cuba meluru ke arah pintu keluar.
Mungkin tidak, gadis itu jatuh tersungkur akibat terkejut dengan satu das tembakan yang dilepaskan ke arah pintu.
Jungkook cuba menghalangnya. Jaerim tiada pilihan dan menaiki tangga ke tingkat atas dewan yang menghubungkan dengan blok satu lagi. Dia perlu pergi ke arah rooftop blok itu dan memberi isyarat kepada yang lain.
Jaerim terhenti langkahnya di anak tangga saat ternampak kehadiran beberapa orang di pintu pagar sekolah itu.
Tidak ramai...hanya 30 orang bilangannya.
Puak 01, yang masih berbaki. Diorang dah datang.
◆◇♕◇◆
Taehyung dan Jungkook masih bergelut. Gerakan Jungkook lebih pantas, dia berjaya menumpaskan Taehyung dan mengacukan pistol ke arah lehernya.
Taehyung cuba mengelak sebelum picunya ditarik, tangan kirinya menepis pistol di tangan Jungkook lalu tangan kanannya pula menarik tali leher lelaki itu dan melilitnya.
Jungkook pula ditumpaskan, Taehyung mengeluarkan pisau lipat dan diayunkan ke udara.
Terhenti...seinci saja hujung senjata tajam itu mahu menusuk wajah Jungkook. Jungkook terdiam saja.
Nafas Taehyung makin tersekat, lelaki itu cuba bernafas perlahan-lahan.
"Hiks...Apa gunanya aku bunuh kau Kook, diorang t-takkan balik semula. Hyung semua t-takkan hidup semula....", air matanya menitis. Wajahnya yang mula kemerahan dengan dibasahi air mata diperhatikan saja oleh Jungkook yang terbaring di bawahnya.
"Kau pun dah bazirkan air mata. Tiada guna kau nak menangis, semuanya dah terlambat-", kata-kata Jungkook terhenti, Taehyung mencengkam kolar bajunya dengan kemarahan yang membuak.
"K-Kau bodoh Jungkook! Andaian eomma terhadap kami bukan macam yang kau fikirkan tu uh...kau s-sendiri nampak bukan?
K-Kami sayangkan kau Kook. Kami tak bencikan kau, kita hidup s-sekali dah nak hampir 6 tahun. Kau d-dongsaeng kami..."
Senyap.
"Kenapa baru sekarang nak cakap?", soal Jungkook semula. Taehyung membuntangkan matanya.
"Nahh, manusia ni cepat je nak berubah Taehyung~ Setinggi mana pun kasih sayang korang terhadap aku, korang tetap akan bunuh aku juga bukan?~
Sebab akulah pembunuh eomma kesayangan korang, Mafia Haera yang bertalam dua muka~", ujar Jungkook. Taehyung tersentak lagi, mungkin itu apa yang difikirkannya sekarang. Jungkook dapat rasakannya.
"T-Tak, aku tak bermaksud begitu-"
"Kalau kau nak sangat diorang balik, aku boleh hantarkan kau. Mafia Haera turut ada di sana~"
"A-Apa?"
Yes, Jungkook tidak akan berubah fikiran.
Jungkook membalas serangan, tangan Taehyung yang mencengkam kolarnya dipatahkan, lelaki itu ditendang kuat. Taehyung terbaring di atas lantai, tidak sempat nak bangun, Jungkook duduk di atas tubuhnya. Tangan kirinya digenggam kuat lalu hujung pistol diacukan di bawah dagu.
"J-Jungkook!"
"Mianhae hyung."
BBANGG!
Mereka berdua kaku.
Sebutir peluru menembusi bahu Jungkook dari arah belakang. Peluru tanpa tuan hm~ Rasanya tidak, Jungkook beralih ke belakang dengan senyuman sinis.
Sana.
"Stop it Jeon!", jerit Sana, tangannya erat memegang pistol, tidak terlepas daripada diacukan ke arah Jungkook. Jungkook ketawa kecil dan bingkas bangun. Habuk yang terlekat di bajunya disapu sekilas.
"Hai~ Baru datang hm~ Mana yang lain?", soal Jungkook tanpa rasa sebarang sakit, kot hitamnya ditanggalkan lalu dicampak ke sisi. Terlihat darah pekat mengalir keluar dari bahu kanannya.
"Kau dah letupkan salah satu bangunan di bandar Seoul. Semua ni kau dah rancang bukan? Hanya aku yang akan hentikan kau.", balas Sana. Kedengaran juga beberapa bunyi das tembakan dari arah luar. Sana datang dengan 12 orang mafia sahaja, dan mereka menguruskan puak 01 di luar.
"Ouh really~ Kau nak hentikan aku? Mungkin tidak~ Aku akan dapatkan Jaerim daripada kau.", balas Jungkook dengan pandangan yang sadis. Sana mengetap bibir geram.
Jaerim sekarang berada di tingkat atas blok yang paling besar di kawasan sekolah yang terbiar itu. Pintu untuk naik ke rooftop terkunci, jadi dia menyembunyikan diri di dalam salah satu bilik di tingkat 3.
Jungkook pun beranggapan yang sama. Sana juga.
Mungkin mereka perlu bertarung bagi menghalang antara satu sama lain untuk mendapatkan Jaerim.
Taehyung cuba untuk melibatkan diri, dia tidak boleh biarkan Sana bertarung seorang diri. Mafia 01 bertarung dengan Mafia 01, memang nampak sama kuat tapi tidak bagi Taehyung.
Setinggi mana pun kedudukannya, wanita tetap diibarat kaum yang lemah.
◆◇♕◇◆
Aku memeluk lutut sendiri, tangisan terus dilepaskan dengan ketakutan. Aku masih tidak boleh terima dengan kenyataan sekarang ni, aku kesal.
Hiks...apa yang perlu aku buat? Aku buntu, aku buntu.
"M-Maafkan Jae. Hiks maafkan Jae semua...mianhae...", aku terus memeluk lutut. Sebab aku terlalu percayakan yang salah, korang semua pergi dengan kekecewaan, sebab aku.
"Tak Jae, bukan salah kau"
Suara tu, segera aku mengangkat kepala. Kedua-dua mataku terbuka luas, jantungku berdegup kian pantas.
Senyumannya yang menampakkan lesung pipit itu aku sangat rindukan. Aku kembali sebak, tanganku cuba untuk menyentuh pipinya, tertembus begitu saja.
Sebak, hanya bayangan aku saja. Tapi dia tetap tersenyum manis ke arahku.
"N-Namjoon oppa...J-Jae rindukan korang semua hiks...ini semua salah Jae. S-Salah Jae-"
"Tak, bukan salah kau. Bukan kita yang aturkan kejadian Jae. Kita hanya perlu bersiap sedia saja untuk tempuhinya.", balasnya tenang. Aku tertunduk.
"Semuanya dah terlambat, J-Jungkook khianat Jae. Dia khianat kita semua... Dia M-Mafia 01..."
"Bukannya kau sendiri yang cakap kau takkan sesekali anggap Jungkook sebagai Mafia 01? Sekarang dah terbukti di hadapan kau Jae. Apa yang kau nak buat?"
Aku tergamam. Namjoon betul.
Nampaknya aku yang memperbodohkan diri sendiri. Ya, aku memberi sepenuh belaan kepadanya.
Tapi, aku memang pernah terdetik satu sangkaan terhadap Jungkook bahawa dia Mafia 01.
"Sebab kau cintakan dia bukan? Itu sebab kau tak rasa dan tak akan tuduh Jungkook sebagai Mafia 01."
Cinta akan darah daging sendiri.
Aku terus membisu. Air mata semakin laju menitis.
"Sebab itu kelemahan kau adalah cinta Yoo Jaerim. Tapi kita boleh menghapuskan cinta itu sendiri kalau kita boleh lawan kesakitan."
"M-Maksud oppa?"
Pintu diketuk. Aku tersedar dari lamunan, bayang-bayang Namjoon sudah hilang dari pandangan. Aku panik dan melihat sekeliling, dia dah pergi.
Pintu diketuk lagi, mungkin Mr Hyuk dah datang dengan mafia yang lain. Aku bingkas bangun dan memulas tonggol pintu.
Kaku.
Bukan mereka yang aku sangkakan, tetapi Jungkook. Kepalanya mengalirkan darah dengan kesan tembakan di bahu kanannya. Aku terundur ke belakang beberapa langkah.
M-Mana yang lain....
Macam mana Jungkook boleh terlepas...
◆◇♕◇◆
Sana tertiarap lemah, kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan akibat tembakan peluru yang mengenakan lututnya. Wanita itu berkeadaan separuh sedar, tangannya cuba mencapai telefon di atas lantai bagi menghubungi Mr Hyuk.
Tiada lagi pergelutan di luar, nampaknya mereka semua mati.
Sana tewas. Tubuh wanita itu kaku.
Taehyung yang terbaring tidak jauh darinya juga berada di dalam situasi yang sama. Lelaki itu juga cedera parah.
Mungkin dia akan berada di dunia kegelapan selepas beberapa saat lagi.
Taehyung mengepal kedua-dua tangannya. Dia memaksa diri untuk bangun.
"A-Aku kena halang dia uh. H-Hyung semua...t-tolong aku hyung. Hiks...a-aku tak boleh b-biarkan Jae merana s-sebab dia...mungkin a-aku saja yang b-boleh hentikan ah...", Taehyung terbaring semula, terlalu lemah untuk melawan kesakitan yang dialami.
Dia memandang ke atas. Kosong.
Adakah ini saat yang terakhir untuk dia melihat dunia...sebelum...
______
"Jin hyung, nape kau jarang nak masak dessert eh? Teringin aku."
"Nape kau tak gitau kalau kau nak?"
"Emm aku segan, takut kau-"
"Woii, aku pantang laa dongsaeng aku lapar sebab aku tak ambil tahu macam bangang. Kalau kau mati kebulur ni ah mati aku kena bawang dengan pepakcik mafia sana tu alaa bla bla bla bla-(*serbu dapur)"
◆
"Emm Namjoon hyung, aku tak yakin aku boleh serang kawasan B tu."
"Tak apa, kalau kau tak yakin, aku boleh buat plan yang lain untuk kau."
"Eh tak payahla, setakat kau nak buat satu plan pun susah tau tak! Ni dah masuk plan yang kelima kau buat."
"Aku tak nak kau mati disebabkan kesilapan aku Taehyung"
◆
"Hmm kau nak tau tak Yoongi hyung, dah ramai yeoja reject aku, sebab aku mafia je hahaha."
"So?"
"Aku broken, rasa macam diri ni loser sangat."
"Aku ada."
"......hm?"
"Jangan tengok aku macam tu, aku tak nak bergay dengan kau. Gi sana lu!"
◆
"Hoseok hyunggggg!!!! Aku baru tau Apple tu jenama Iphone huwooo. Bodohnya aku huhu."
"Iye, aku pun baru tau hehe."
"Ouh ye eh, ingatkan hyung dah tahu sebelum ni."
"Sebenarnya aku tahu lama dah. Saja tak nak kau bodoh sesorang."
◆
"Kau tak patut tuduh dia Jimin. Jangan buat something yang semua akan bencikan kau-"
"Aku rela dibenci melalui kejujuran Taehyung. Daripada dipercayai melalui satu penipuan dan khianat."
______
"Walaupun kau saudara a-aku, aku akan bunuh kau Jungkook...."
-End Chapter 60-
________________
____
Tbc
Sorry sebab hiatus lama.
Thanks sebab sudi tunggu sis, dengan masa yang agaaakkk lama:')
Mianhae.
Emm sorry sekali lagi, mungkin tidak bagi chapter 60 sebagai penutup cerita ni.
Sis kasi double update dulu.
Too busy🤤
'Sorry sebab tak sempat nak habiskan huhu'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro