Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>🃏54🃏<

Mr Hyuk menyusun segala bahan-bahan yang berjaya dihimpun sepanjang misi mencari Mafia 01 di atas meja. Buku Mafia Haera juga disertakan sekali. Dia cuba untuk selidik tentang puak yang misteri, mana tahu bahan ini boleh membantu.

Seseorang datang mengetuk daun pintu, Mr Hyuk tidak menghiraukannya dan terus menyelak sehelai demi sehelai buku Mafia Haera.

"Ahjussi Hyuk~~", panggil Taehyung yang membuka sedikit pintu. Mr Hyuk membalas senyuman saja. Ahh apa lagi yang budak ni nak? Siang-siang macam ni nak datang mengacau.
Taehyung tersengih dan mengambil tempat duduk di sofa lalu menyilangkan kaki.

"Ahjussi cari apa lagi tu?"

"Saja, ahjussi bosan. Kenapa?"

"Pasal puak misteri tu ke?", Mr Hyuk terus kaget, dia menutup buku kecil itu dan kembali duduk. Hmm walaupun cuba untuk disembunyikan misi rahsia mereka semua, si Taehyung tetap akan tahu.

"Ahjussi masih keliru dengan puak tu. Takkanlah dia puak Mafia 01? Masalahnya Jimin tu dah disabit sebagai Mafia 01 dan nama puak dia Bishop. Bishop bunuh puak misteri tu? Ada something yang tak kena. Segala bahan yang ahjussi kumpul ni tak membantu sangat.", jelas Mr Hyuk sambil menggaru dagunya. Taehyung tersenyum tipis saja mendengar akan hal itu.

"Memang nampak pelik kalau bunuh puak sendiri. Nak Tae tolong siasatkan?", soal Taehyung bagi menawarkan dirinya. Mr Hyuk kembali tenung ke arah Taehyung.

"Kalau macam tu, apa yang perlu kita buat sekarang ni?"

"Tae cadangkan kita kena cari helaian terakhir buku eomma. Mana tahu eomma ada tuliskan berkenaan puak tu. Sebab...ahjussi pun tahu bukan, puak tu seakan-akan empunya eomma dulu~", balas Taehyung tenang. Mr Hyuk kembali menggaru dagu bagi memikirkan keputusan. Betul juga apa yang dikatakan Taehyung. Tapi bagaimana nak cari tempat tu?

"Kamu ada idea untuk cari tempat yang agak susah nak jumpa tu? Ahjussi masih tak boleh cari koordinatnya."

"Don't worry, Tae rasa Jae boleh tolong kita bagi hal ni."

◆◇♝◇◆

Pihak polis masih lagi menyiasat tempat pembunuhan mendiang Yoongi. Mahu mendapatkan keputusan yang tepat bagaimana mafia berkod 04 itu boleh mati, serta pengikut Mafia 01 yang terlibat. Itu pun daripada arahan Bang Si Hyuk sendiri.

"Chief, kami tak jumpa sebarang senjata yang ditinggalkan oleh Mafia 01. Mungkin Mafia Yoongi mati ditikam dengan senjatanya sendiri.", kata salah seorang daripada pihak polis. Bang Si Hyuk mengangguk faham. Tiba-tiba datang seorang lagi anak buahnya dengan satu bungkusan plastik lutsinar. Di dalamnya terdapat sebilah pisau yang agak kecil.

"Apa ini? Dari mana kau dapat?", tanya Bang Si Hyuk.

"Saya jumpainya tidak jauh daripada tempat kematian Mafia Yoongi. Rasanya ini senjata milik Mafia 01."

"Mafia 01? Meh sini aku nak tengok.", arah Bang Si Hyuk. Dia segera menyarungkan sarung tangan getah di kedua-dua tangannya lalu memegang pisau tersebut. Dibeleknya pisau yang terlekat darah kering itu dengan penuh fokus.

"Darah hm? Tempat yang kau jumpa pisau ni ada tompokan darah di sekitar kawasannya bukan?", soal Bang Si Hyuk. Anak buahnya hanya mengangguk laju.

"Aku nak kau pergi ambil sampelnya walaupun sedikit. Biarlah dah kering, kita akan kaji dna darah itu. Kalau dah dapat keputusannya, kita boleh tahu siapa pemilik pisau ni.", balas Bang Si Hyuk. Terus polis yang lain menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

◆◇♝◇◆

Jaerim menyarungkan baju kemeja hitam di tubuhnya, skirt pendek paras lutut turut disarungkan. Rambut yang pendek dia sikat dengan cermat, wajah sendiri yang muram diperhatikan saja di cermin. Tch- walaupun dah berambut pendek, muka yang sama juga. Gadis itu mengeluh kasar.

Pintu dibuka, Jaerim melangkahkan kaki keluar dan menuju ke arah satu bilik di tingkat dua. Rumah yang agak sunyu, gelap, hanya bunyi derapan tapak kakinya di anak tangga saja yang kedengaran. Kosong dan sunyi sepi, bagai dia seorang saja yang menghuni rumah ni.

Knock Knock!

Pintu bilik itu diketuk. Hampir lima kali namun tidak dibuka juga pintunya dari dalam. Takkanlah dia dah tidur? Jaerim mengepal penumbuk dan ingin mengetuk sekali lagi, niatnya terhenti saat merasakan seperti kedatangan seseorang dari arah belakang. Jaerim memusingkan badannya perlahan-lahan.

Jungkook berdiri kaku dengan kedua-dua matanya membulat. Mungkin terkejut dengan penampilan gadis itu sekarang. Jaerim tidak menunduk dan terus merenung ke arah wajah Jungkook.

"Teman Jae malam ni. Jae nak hilangkan stress.", kata-katanya tidak dipedulikan, Jungkook menggerakkan hujung jemarinya ke arah rambut Jaerim. Setiap helaian disentuhnya lembut, agak lama sehinggakan gadis kecil itu mula rasa segan. Dia biarkan saja, mungkin Jungkook suka?

'K-Kenapa Jae p-potong?'

"Jae suka. Why? Oppa tak suka?", soal Jaerim semula dengan nada serius. Jungkook sedikit berdecit dan tersenyum tipis. Jaerim marah? Lelaki itu cuba menempelkan kedua-dua telapak tangan hangatnya di tengkuk Jaerim

Jungkook terus tersenyum, perlahan-lahan dia menunjukkan isyarat di mana jari kelingking, telunjuk dan ibu jari dinaikkan.

'Kook suka je. Lebih sesuai dengan Jae.', kata Jungkook mesra. Jaerim tidak senyum apatah lagi ketawa. Gadis itu terus muram dan hmm saja. Dia menurunkan tangan Jungkook dan melangkah kaki pergi dari situ. Sebelum itu,

"Bawa Jae pergi De Chou. I need to be alone at there. Ppalli.", arah Jaerim tanpa mengalihkan wajahnya menghadap Jungkook. Jungkook sedikit terkejut. Lelaki itu mendekati Jaerim dan berdiri di hadapannya.

'Buat apa Jae nak pergi bar? Banyak lagi tempat yang boleh Jae pergi-'

"Jae bukan lagi yang dulu. Bawa Jae pergi sana, ataupun Jae pergi sendiri.", Jaerim menjeling dan melangkah kaki pergi. Jungkook sempat mencapai tangannya.

'Fine, Kook bawak.'

Jaerim tersenyum seorang diri. Dia kembali menghadap Jungkook dan mendakap erat tubuhnya. Jungkook membalas pelukan saja.

Disebalik pelukan, wajahnya kian kerut. Risau dengan keadaan adiknya.

◆◇♝◇◆

Mereka berdua mengambil tempat di meja bar. Muzik yang agak harmoni dimainkan, ada juga beberapa orang yang datang memenuhi bar shop itu. Ada yang berborak mesra, yang sudah mabuk pun ada, tapi tak teruk sangat.

Jungkook tidak menegur Jaerim malah mengikuti saja gerak-geri gadis itu. Jaerim duduk dan menongkatkan dagunya, muram.
Mereka berdua senyap tanpa bicara sehingga datang seorang bartender bagi mengambil pesanan.

Penampilannya begitu kemas dengan kemeja putih dan vase hitam. Senyuman manis tidak terpadam di bibirnya.

"Hi I'm Jackson, can I take your order?", tanya lelaki tampan itu. Jungkook mengetap bibir dan kembali menoleh ke arah Jaerim. Jaerim senyap tanpa suara, matanya langsung tidak dikelip, seperti fikirannya melayang entah ke mana.

Jungkook bermain-main dengan jari sendiri. Dia kembali memandang Jackson dengan keadaan tergesa-gesa untuk mengatakan sesuatu.

'Ada juice di sini?', terpaksa Jungkook berbicara dengan caranya seperti biasa. Mengharapkan saja si Jackson faham. Dan yes, lelaki itu faham dan mengangguk.

Jungkook sedikit lega di situ lalu memesan saja segelas air apple soda. Bila tiba giliran Jaerim pula, Jungkook kembali cuak. Patutkah dia order segelas untuk Jaerim juga? Macam lawak. Datang ke kedai bar dan hanya order air jus.

"Bagi saya air yang dapat hilangkan tekanan.", kata Jaerim. Jungkook membuntangkan kedua-dua matanya, sukar nak percaya. Jaerim nak minum alkohol? Ini lagi menambahkan stress buat gadis itu kalau dia mengambil dengan kiraan yang terhad.

'Emm ada berapa jenis alkohol yang sederhana saja di sini?', soal Jungkook. Jackson menggulingkan anak matanya ke atas bagi sesi berfikir.

"Di sini hanya tersedia menu minuman alkohol tradisional. Kalau yang sederhana ada saja, biar saya hidangkan yang paling special.", balas Jackson. Belum sempat Jungkook mahu berbahas, Jaerim celah.

"Bagi saya satu."

Jungkook menurunkan semula tangannya dan akur saja dengan kehendak Jaerim. Jackson menunduk dan pergi mendapatkan minuman yang dipesan.

Jaerim menoleh pandangannya ke arah lain.

Boleh rasa apa yang Jungkook rasa?

Dia rasa seperti dipinggir dan useless.
Sebab Jaerim tidak meluahkan lagi masalah kepada dirinya malah terus berdiamkan diri.
Senyuman dan sifat cerianya kian menghilang. Jungkook bagaikan tidak berguna bagi gadis itu buat situasi sekarang.

Dia lebih memilih untuk minum berbanding melepaskan tangisan di bahu abangnya sendiri. Dia banyak berubah.

Itu membuatkan Jungkook mengepal kedua-dua penumbuknya. Geram.

Bukan hanya sebab dia rasa dipinggir, tetapi sebab lain. Agak marah kepada seseorang, yang banyak menyakiti hati si gadis yang berada di sisinya itu.

"Oppa. I need to tell you something.", kata Jaerim yang mematikan lamunan Jungkook. Segera dia cuba mendekati si adik perempuan bagi mendengar dengan lebih teliti.

Jaerim perlahan-lahan memusingkan badannya menghadap Jungkook dengan wajah yang tertunduk.


"Jae suka dekat someone."

Jungkook agak terkesima mendengar luahan gadis itu, entah kenapa bibirnya susah untuk menyunggingkan senyuman.

'So, dia tahu yang Jae sukakannya?'

"Tak, dia tak tahu. Tapi...kalau Jae luahkan pun, dia takkan terima. Sebab dia takkan sukakan Jae..."

Jungkook menghembus nafasnya perlahan dan cuba menggenggam erat tangan kecil Jaerim. Diusapnya lembut dengan ibu jarinya. Akhirnya senyuman terukir juga di bibir, kelat.

'Siapa dia?'

Jaerim mengetap bibirnya dan semakin menunduk, dia cuba bertahan daripada menitiskan air mata. Perlukah dia beritahu saja? Sedangkan Jungkook saja yang mampu mendengar rahsianya sekarang ni.

Jaerim kembali mendongak dan melepaskan genggaman tangan Jungkook. Pasa masa yang sama juga, air yang dipesan sudah sampai.

Jaerim memandang semula ke hadapan dan memegang gelas yang berisikan air alkohol itu.



"Maybe next time."


-End Chapter 54-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro