Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>🃏53🃏<

______◆◇♛◇◆______

Taehyung membelek wajahnya sendiri di cermin. Pelekat yang tertampal di pipi disentuh perlahan dengan desahan.
Sakit itu masih ada, tapi itu hanya sedikit saja.

"Taehyung keluar daripada biliknya dan berjalan ke arah tangga, sambil-sambil itu matanya tertancap ke arah Mr Hyuk yang sedang sibuk berbicara dengan beberapa orang ketua mafia yang lain. Selepas kematian Jimin, masalah masih lagi tidak selesai.

Masing-masing mengenakan pakaian serba hitam hari itu. Termasuk Taehyung juga. Dia berjalan ke arah bilik Jaerim dan berdiri di hadapan pintu. Tangannya dikepal dan ingin mengetuk saja pintu namun terhenti di situ.

Gadis itu terus mengurung di dalam bilik seharian. Tidak makan dan tidak minum, tidak boleh diperkatakan apa-apa lagi. Hati Jaerim masih sakit.
Taehyung hanya mengharapkan agar keadaannya baik-baik saja.

Taehyung turun ke tingkat dua, baru saja kakinya mahu menuruni anak tangga, ada sesuatu yang mengelirukan di situ.
Pintu bilik Jimin terbuka. Siapa masuk?

Dia cuba menghendap, rupa-rupanya Jungkook. Lelaki yang bersut hitam itu berdiri kaku di tengah-tengah ruangan bilik sambil memegang sesuatu.


"Kookie? Kau buat apa dalam bilik Jimeng.", soal Taehyung. Jungkook tidak menjawab dan merengus nafas kecil, Taehyung cuba mendekatinya.
Di tangan Jungkook terdapat satu bingkai gambar, di mana mereka tujuh beradik ada sekali di dalamnya.

Masa tu diorang sambut birthday Jin sama-sama. Muka masing-masing tercalit dengan krim kek dan tepung. Taehyung tersenyum saat mengenang semula kenangan manis itu.     


"Kau dah kenapa tenung gambar ni? Taulah muka aku buruk pun sebab tepung.", ujar Taehyung lalu tertawa. Bahu Jungkook yang separuh lega ditampar tanpa berperikemanusiaan.
Jungkook senyap saja.

Suasana yang agak hening membuatkan Taehyung kembali senyap, kekok. Jungkook pula tertunduk membisu. Lelaki itu mengambil tempat di sisi katil dan melabuhkan punggung di atas lantai. Gambar itu terus dipegang.

Taehyung rasa serba salah sebab berlawak tak bertempat tadi.

"Hey, kau nape?", soal Taehyung. Pipi Jungkook ditampar perlahan sekilas.
Lelaki itu terus membisu dan semakin menunduk.

Taehyung dapat rasakan apa yang Jungkook rasa sekarang ni. Begitu banyak.
Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal sekarang ni, yang akan terus jaga Jaerim.
Sedih, keadaan tidak lagi seperti dulu. Walaupun Jimin tak ada, tak bermakna mereka boleh terus hidup dengan bahagia. Apa-apa pun, segala kemarahan dan kesedihan biarkan diluahkan saja di sini. Bilik empunya dalang.

Taehyung mendengus kasar dan mencapai selimut yang terlipat di atas katil lalu membaluti tubuh Jungkook. Hidung mancung lelaki itu dicubit sekilas dan langsung membuatkan Jungkook mendongak. Walaupun dirinya turut sedih, dia cuba mempamerkan senyuman petaknya.


"Kau tau kan, setiap yang terjadi ada hikmahnya? So yaa kau namja bukan? Jangan nak monyok je, tak hensem nanti adik aku yang tinggal seorang ni.", kata Taehyung sambil menepuk kepala Jungkook. Jungkook kembali tertunduk dan menyembunyikan muka disebalik kain selimut. Dia memeluk kedua-dua lututnya.


"Aku tau kau sakit. Pertama sebab aku yang belasah kau, kedua Jimin belasah kau, ketiga sadness belasah kau. Dah la tu, kau kena fikirkan Jae sekarang ni. Budak tu lagi murung teruk-", Taehyung terhenti saat Jungkook mengeluarkan tangan kanannya dari selimut untuk katakan sesuatu.

'Aku still tak tenang sebab Jimin. Dia-'


"Itu dia, tapi tidak bagi aku. Biarlah dia nak tuduh kau sebagai Mafia 01 sebab dia nak jaga identiti dia. So buat apa kau nak risaukan sangat?", Taehyung menyentuh kedua-dua bahu adiknya itu dengan cermat dan cuba mengusap dengan ibu jarinya.

"Kalau kau Mafia 01, dah lama aku kerat kepala kau atas gelanggang semalam. Sorry sebab aku sakitkan hati kau sebab...kau tahu kan yang diorang akan datang selamatkan kita. Itu rancangan aku, kau tak boleh nak agak? Kau six sense pro bukan?"


Jungkook menggeleng perlahan. Taehyung mengerutkan dahinya hairan. Kenapa pula Jungkook tak boleh meramal akan kedatangan Sana dengan yang lain? Sepatutnya dia patut tahu.


"Mungkin kau...terlalu panik masa tu. Otak kan ada satu je hmm. Tak apa, apa-apa pun aku minta maaf. Jangan fikir apa-apa dah, chill~ Look at me.", Taehyung melepaskan bahu Jungkook dan tertunggu saja akan respon si adik lelaki bongsu itu.

Jungkook membuka sedikit kain selimut yang menutupi wajahnya. Wajahnya kini sudah basah dengan air mata, hingus yang hampir meleleh disedut berulang kali. Taehyung tersenyum saja.


"Berapa kali aku nak cakap, muka kau tersangatlah huduh bila kau menangis. Stob iet man, gila Jae dibuatnya nanti bla bla bla.", kata-kata jenaka Taehyung membuatkan Jungkook sedikit tertawa. Air matanya dikesat perlahan dan mengangguk faham saja.

Gelagat mereka berdua diperhatikan oleh seseorang di muka pintu. Segera Jungkook menampar Taehyung, suruh berhenti ketawa apabila menyedari saja akan kedatangan insan itu. Taehyung beralih.


"J-Jae? Come here join us. Aku tak habis buat lawak lagi.", pelawa Taehyung ramah mesra. Jungkook mencubit pahanya yang berbekaskan tikaman semalam. Hanya mampu menjerit gila dalam hati.

Jaerim tidak bergerak sama sekali. Berdiri saja di situ dengan wajah yang agak suram. Jungkook dan Taehyung mula cuak. Ermm.


"Hiks...", Jaerim berlari ke arah mereka berdua dan mendakap mereka erat, seerat yang mungkin.








"Jom t-teman Jae masak bibimbap...hiks..please...", ujar Jaerim dengan nada yang mesra, bercampur dengan tangisan. Gadis itu cuba bermesra di hadapan kedua-dua abangnya ,namun dia hanyalah manusia yang lemah. Kesedihan akan tetap menguasai dirinya buat masa sekarang.

Jungkook dan Taehyung tidak membalas lalu mendakap semula tubuh kecil gadis itu. Mereka bertiga berkongsi perasaan yang sama.


"Ya, j-jom. Aku tolong kau. S-Semua bahan dah ada cuma brokoli.", balas Taehyung dengan senyuman tipis.


Ya, brokoli.

◆◇♝◇◆

"Walaupun Mafia 01 dah tak ada, bagaimana dengan puaknya? Mereka akan terus buat kacau juga, Aku tak mahu wilayah aku jadi mangsa lagi.", kata ketua Mafia Seongdong.

"Hmm macam ni lah, kita kena bekerjasama semula dengan pihak polis bagi selesaikan hal ini.", balas Mr Hyuk.

"Puak Mafia 01 bukan calang-calang orang Mr Hyuk. Kita kena berwaspada.", sampuk ketua Mafia Anyang. Mereka terus berbincang dan berbincang tanpa sebarang keputusan.


"Dengar sini!", celah Sana yang sedang sibuk menaip sesuatu di kaca telefon pintarnya. Ya, dia masih berada di sini. Sana rasakan ada sesuatu kerja yang perlu dia selesaikan dengan pihak mafia South Korea.

"Yes Sana?"

"Pihak polis berjaya menyerbu satu kawasan di Gangnam semalam. Katanya ada berlaku pergaduhan besar di situ sehingga melibatkan kematian berbelas-belas orang.", terang Sana serius.

"Siapa mereka tu?", soal Mr Hyuk lagi bagi mendapatkan kepastian.

"Saya tak pasti tapi pihak polis dapat kesan beberapa corak tatu di setiap badan mangsa. Corak mereka sama."

Hal itu membuatkan mereka semua terkejut serentak.


"Corak yang bertuliskan 01, Mr Hyuk tahu akan corak ni?", soal Sana semula sambil menayangkan gambar  ke arah Mr Hyuk. Mr Hyuk sedikit terkesima di situ. Ketua mafia hanya menunggukan jawapan.











"Ianya corak yang sama seperti puak Mafia Haera dulu. Puak yang paling terbesar di South Korea. Kalau nak diikutkan tatu itu tak digunakan lagi selepas kematian Mafia Haera, tapi...ianya ada semula. Siapa pemilik puak ni?", bingung Mr Hyuk dibuatnya.


◆◇♝◇◆


Aku masuk ke dalam bilik air dan berdiri kaku di hadapan cermin. Wajahku yang hampir sembap diperhatikan lama.

Inilah wajah yang membawa banyak kesalan. Rambutku yang panjang kehitaman disentuh dan disisir perlahan.

Tak ke rasa rambut ni banyak menyusahkan? Sepanjang aku menjalankan misi, mesti rambut ni yang mendatangkan masalah.

Bagi aku.

Sudah, aku benci diri aku sekarang ni. Segala kebahagiaan aku sudah dirampas, hancur, tidak akan dikembalikan semula. Aku tak nak tengok muka sendiri.

Muka yang begitu kejam. Apa yang penting,

Dia dah t-tak ada...

Dia tak akan kacau kau lagi...


Jadi kau perlu mulakan hidup yang baharu...

Walaupun kebahagiaan berbaki sedikit, aku terima saja...


Aku perlukan Yoo Jaerim yang baharu, aku tak nak Yoo Jaerim yang lama. Ianya menyakitkan.

Aku mencapai gunting yang terpacak di dalam bekas lalu memotong sendiri helaian demi helaian rambutku.
Air mata terus bergenang tanpa suara tangisan, setiap potongan membuatkan hati aku semakin gembira.


Aku akan pisahkan kau, sebagaimana kau pisahkan aku dengan diorang yang lain.


Hanya tinggal ke paras leher, aku berhenti dan tertunduk. Helaian rambut yang memenuhi sinki aku perhatikan saja, bibirku menyungging senyuman.


"Bye bye b*tch~"




"Kau lagi cantik kalau berambut pendek~"








"Huh~ Aku tak akan maafkan kau~"





-End Chapter 53-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro