Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>🃏50🃏<

Aku tak rasa menarik kalau Jungkook kalah di depan mata aku, apa kata masing-masing merebutkan kemenangan bagi membebaskan ratu yang terkunci dengan kekejaman?~

"Aku tak rasa ni idea yang baik.", gumam Taehyung sendiri, badannya kaku di atas gelanggang dan anak matanya tertumpu saja ke arah Jungkook, yang turut berada di dalam sangkar pertaruhan nyawa itu.
Jungkook tertunduk, tiada respon.

Orang ramai yang mengelilingi gelanggang itu mula bersorak.

Jaerim pula dikawal ketat sehingga tiada jalan untuk melarikan diri. Daniel melihat suasana itu di balkoni atas, lelaki itu tersenyum sambil menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

'Demi Jae, aku sanggup kalah dalam tangan kau Taehyung. Kalahkan saja aku. Aku ok.', isyarat Jungkook melalui pandangannya, Taehyung boleh faham. Betul juga, lakonkan saja walaupun kecederan akan Jungkook terima sekejap lagi.

Taehyung mengangguk sedikit, secara tidak sengaja matanya bergerak ke arah Daniel yang berada di atas sebelum memulakan langkah.

"Kau tunggu apa lagi Kim Taehyung?~ Orang yang kau tercari-carikan tu betul-betul berdiri di hadapan kau. Aku tak sangka kau boleh lagi diperbodohkan hm?~", ujar Daniel dengan pergerakan bibirnya. Taehyung mengepal penumbuknya sekuat yang mungkin. Dia mengalihkan pandangan ke arah Jungkook semula, serius.

Aku memang dari dulu lagi nak bunuh kau Jungkook.
Sebab kau adik aku je, aku batalkan niat aku.
Aku kekadang terfikir kaulah penyebab abang-abang yang lain mati.

Disebabkan Jimin, aku keliru.
Aku keliru.
Aku tak tahu nak berpihak kepada sesiapa.

Kalau dia betul-betul Mafia 01, dia akan musnahkan kau buat masa sekarang juga.


"Ouh really?", mimik wajah Taehyung mula berubah. Tangannya mengeluarkan pisau lipat yang disembunyikan di dalam poket seluar. Jaerim membuntangkan mata.

"S-Senjata...jangan melibatkan senjata!", jerit Jaerim sambil jari-jemarinya mencengkan jejaring sangkar. Cuba nak hentikan Taehyung yang mula bermain-main dengan alat tajam itu, tersengih.

"Go on~ Boleh guna senjata~", balas Daniel dari atas. Dengan itu pertarungan bermula, Taehyung membuka serangan dan menyerang Jungkook. Kedua-dua jejaka itu bertarung dengan agak sengit.
Sorakan semakin riuh membuatkan gadis yang bernama Jaerim itu mula meremang ketakutan. Risau akan keadaan abangnya.


"Bertarung dengan saudara sendiri hm?", tegur seseorang yang datang menyapa Daniel yang asyik menonton perlawanan sengit itu. Daniel beralih sekilas dan menyungging senyuman.

"Itu yang boss nakkan bukan?~", balas Daniel dengan ketawa kecil.


Jimin tidak memberi respon.
Dia tertumpu pandangannya ke arah kedua-dua saudaranya sendiri yang kian bertarung di dalam sangkar.
Dia menggulingkan anak matanya ke arah Jaerim pula. Gadis kecil itu menggigit jari sendiri ketakutan.

Jimin tersenyum. Saat Jungkook cuba mengelakkan diri daripada tikaman membuatkannya semakin tersenyum lebar.

"Kenapa dia nak elak sedangkan dia sendiri yang mahu kalah dalam tangan Taehyung?~", kata Jimin. Daniel memusingkan kepalanya ke arah Jimin dengan kerutan dahi.

"Maksud boss?"

"Kita tengok saja di sini, siapa di pendusta hm~"



Srekkk!!


Tangannya yang memegang pisau dilayangkan dan mengenakan bahu Jungkook, terbentuk satu hirisan lalu mengeluarkan cecair merah. Jungkook kaku dan terundur ke belakang. Dia membelek bahu sendiri.

Darah hm.

Jaerim menjerit agar pertarungan gila ini dihentikan namun suaranya tidak setanding suara sorakan manusia sekeliling.

Jungkook berdecit apabila Taehyung menyerangnya lagi, tumbukan lelaki itu dielak lalu Jungkook menolak tubuh Taehyung. Kedua-duanya jatuh rebah, Taehyung bangun semula dengan pantas dan menolak Jungkook semula yang baru saja ingin menegakkan badan.

Tubuh lelaki itu dihempap di jaringan besi sangkar lalu diacukan hujung pisau di lehernya.
Jungkook menahan kesakitan. Tangan kirinya seakan-akan beku, mungkin kesan hirisan di bahu.

Jungkook menahan Taehyung dengan tangan kanannya. Terkejut juga dengan serangan Taehyung bagai orang gila.

"Kenapa kau tak cederakan aku Kook? Why? ", soal Taehyung geram. Jungkook mengetap bibirnya.

"Aku bukan abang kau buat masa sekarang, sekarang aku musuh kau. Perlakukan aku sebagaimana yang kau dah buat dekat musuh yang lain.

Aku akan bunuh kau di sini sebab aku pun rasa kau Mafia 01, aku akan terus jaga Jae dan gantikan tempat kau."

Jungkook membuntangkan kedua-dua matanya. Terkesima dengan lontaran ayat yang begitu kejam daripada saudaranya sendiri. Apakah...
Jungkook terdiam seketika.



"Kalau kau rasa akulah si Mafia 01, bunuh aku daripada aku terus hantui Jae. Jimin tidak termasuk dalam hal ni. Biar sama-sama buktikan yang diri sendiri bukanlah Mafia 01."

'K-Kenapa kau-'

"Sebab Yoo Jaerim. Yaa sebab budak tu~ Aku akan rebut dia daripada kau Kook.", kata-katanya membuatkan Jungkook semakin berang. Terasa urat mula menimbul di sepanjang lengan kekarnya.

#chill, tu rancangan Taehyung. Tengok saja


Jungkook mengetap gigi geram. Bukan disebabkan kata-kata Taehyung yang menyakiti tetapi Jimin.
Aura lelaki itu dia dapat rasakan, otaknya kian berligat memikirkan strategi.

Maafkan aku hyung, aku tak nak kau termasuk dalam misi aku sekarang ni. Aku tak nak kau menjadi mangsa buat seterusnya. Aku perlu dapatkan Jimin.


Terus Jungkook menolak tubuh Taehyung dan membalas serangan, mereka berdua kembali bertarung dengan ganas. Botol arak dan segala benda yang tajam dilempar masuk ke dalam gelanggang bagi menarikkan aksi di antara dua saudara itu.

Seseorang telah melemparkan sebilah pisau ke dalam gelanggang. Jungkook terus mencapainya tanpa berlengah dan menyerang Taehyung.

Suasana pertarungan semakin mengerikan, permukaan gelanggang mula dihiasi dengan tompokan darah. Paha Taehyung ditikam,
Lengan Jungkook dihiris hingga mengoyakkan lengan bajunya,
Bibir Taehyung hampir terkoyak akibat ditumbuk...
Tubuh mereka berdua juga luka sana-sini akibat tusukan kaca yang bertaburan di atas pentas gelanggang.


"HAJIMAA!!! PLEASE STOP!!", jerit Jaerim dengan tangisan. Tidak sanggup lagi melihat pergelutan antara kedua-dua abangnya. Gadis itu meronta bagi melepaskan diri, segala tendangan tidak memberi hasil.

Mungkin ini semua rancangan Jimin, biar Taehyung dan Jungkook bertarung hingga kehabisan tenaga. Dia boleh selamatkan Jaerim pada masa itu juga dengan membunuh Jungkook yang sudah lemah.
. Taehyung tak akan boleh berbuat apa-apa jika dalam keadaan cedera yang teruk.


Jungkook dan Taehyung semakin lemah. Kedua-dua pisau tadi sudah terlempar jauh, hanya mengharapkan  anggota tubuh badan sebagai penyambung pertarungan. Habis badan mereka berdua dihiasi dengan darah.

Jungkook terduduk lemah, kehabisan tenaga. Agak mencabar untuk berlawan dengan abang sendiri. Taehyung berjalan perlahan ke arahnya lalu mencengkam rambut Jungkook kuat.

"Jangan berlakon Kook. Buktikan dekat semua orang yang kau tu Mafia 01! Setakat aku 05 je kau dah semput hah?! ", tengking Taehyung. Jungkook memejamkan kedua-dua matanya.
Dia sudah mengalah, sepatutnya perlawanan ini patut dihentikan. Orang sekeliling masih bersorak riuh.

Taehyung pula memaksanya untuk teruskan. Apatah lagi dengan tuduhannya sebagai Mafia 01.

Jungkook mencelik matanya dan terlirik ke arah Jaerim yang sudah menangis di sisi gelanggang. Wajah si adik perempuan ditatap lama. Jaerim terus meneriak bagai orang gila.
Rasa sayu dengan kesedihan yang ditimpa oleh gadis itu.

Aku akan teruskan, tapi aku takkan bunuh kau Taehyung.



Tangan Jungkook mencapai botol arak yang berdekatan lalu memukul kepala Taehyung sekuat yang mungkin. Lelaki itu rebah dan memegang kepala sendiri yang mula mengalirkan darah.

Jungkook kembali terbaring akibat lemah. Mereka berdua terlentang, tak bangun semula. Masing-masing menahan kesakitan yang diterima.

Jungkook tersenyum.
Saat itu juga keadaan berubah semakin sunyi, mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena di tingkat atas.
Jaerim dilepaskan dan langsung gadis itu jatuh terduduk dengan tangisan.
Apa yang terjadi?






"Boss, ada orang yang special ke datang?", soal Daniel di samping Jimin. Jimin tersenyum sinis dan mula melangkahkan kaki pergi dari situ, Daniel ikut saja.

"Next plan.", balas Jimin. Daniel mengangguk faham.


Suasana di tingkat bawah itu dikejutkan dengan kedatangan beberapa orang yang lengkap berpakaian sut. Tanpa berlengah, beberapa orang daripada puak Bishop ingin memasuki sangkar itu secepat yang mungkin bagi membunuh Jungkook.

Namun usaha mereka dibalas dengan peluru. Jaerim segera bangun dan cuba untuk tidak panik. Dia dikejutkan dengan sapaan seseorang dari arah belakang.

"Mafia bawahan kau akan buru Jimin. Dia ada di sini tadi, kau ikut aku.", kata Sana lalu mencapai tangan Jaerim. Ya, dia sudah tahu apa yang bakal berlaku so dia hubungi Mr Hyuk (*Jae bagi nombor) bagi menghantar seberapa banyak mafia yang mungkin dan bekerjasama dengan anak buahnya bagi selamatkan Jaerim. Terkejut jugakla Mr Hyuk sebab dapat jumpa dengan sahabat lama.

Jungkook bangun dengan sisa tenaga yang berbaki. Matanya tertumpu ke arah Taehyung yang masih terbaring lemah. Jungkook mengambil keputusan untuk keluar daripada sangkar itu dan cuba kejar Jimin.
Dia tahu bahawa Jimin sudah menghilangkan diri.

Dia mahu menyerahkan Jaerim dan Taehyung kepada mereka yang datang menyelamat. Biarlah dia merisikokan diri semata-mata untuk mendapatkan semula saudaranya. Keadaan yang sesak menyukarkan Jaerim untuk mendapatkan Jungkook. Gadis itu sedar akan kehilangan susuk tubuh abangnya itu dari pandangan.





"Ekori Mafia Jungkook, aku tahu ke mana arah yang akan dituju oleh Mafia Jimin.", arah Sana melalui earpiece.





-End Chapter 50-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro