Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>♕48♛<

"Selepas mission 895 korang, aku rasa bersyukur gila sebab senjata haram tu tak diseludup masuk. Kalau tak, memang puak Mafia 01 dekat sana dah buat kacau. Bukan setakat nyawa kau je yang dalam bahaya, kami pun"

"Emm mission 895?", entah kenapa mindaku terbayangkan abang-abangku yang lain. Menjalankan misi sama-sama. Aku....rindu semua tu.

"Yes, Lee Guk Han hm. Bekas mafia berkod 09 tu. Disebabkan dia, mafia di negara aku makin berkurangan dan mula jadi pengikutnya. And then, jadi orang bawahan Mafia 01. Sebagaimana yang kau tahu, mafia South Korea satu-satunya puak yang paling merbahaya di asia. Ok dah.

Selepas kejadian tu, aku dapat tahu yang kau dan abang-abang kau yang berjaya halang kerja Lee Guk Han. So yeah, thanks. Tapi makin lama, aku dengar pulak pasal kematian mafia ternama dekat negara ni.

Mafia berkod 02, 03, 04, 08. Abang kau huh. Itu bukan berita yang menyenangkan. Aku pun rapat dengan diorang. Tak sangka kan.

So, sebagai nak balas jasa kau. Aku sudi hulurkan bantuan. Aku tahu semua ni terjadi angkara kerja si Mafia 01 tu. Aku tak tahu dia siapa, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh tolong kau serba sedikit."

"Emm kenapa awak...nak sangat bantu saya?", soal aku.

"Sebab pengikut dia dah berlambak dekat Jepun. Hanya aku yang boleh selesaikan semua ni kalau bekerjasama dengan kau. Kalau kuasa kau boleh dekat dia, silap-silap barisan mafia dekat negara aku pun hancur.", balas Sana sambil memegang bahu aku. Aku tergamam dan memeluk tubuh sendiri.

"That's ok sis. Cuma aku nak tahu, sebelum ni apa yang kau tahu berkaitan Mafia 01?", soal Sana lemah lembut dan cuba untuk memandang wajahku. Aku menggigit jari.

"B-Banyak. Cuma saya tak nak ingatkan balik hint dia yang keling tu. Apa yang saya tahu, eomma ada sembunyikan beberapa keping daripada buku wasiatnya. Muka surat terakhir dikoyakkan, ada perkataan saudara..."
(*cerita dari A-Z)

Sana bercekak pinggang dan memejamkan kedua-dua matanya tatkala memikirkan sesuatu.

"Kau tertinggal sesuatu Jaerim. Sebenarnya hint kedua yang dia bagi dekat kau tu ada kaitan dengan Misson 895. 1 2 1 1 bukan? Rasanya kau kena check balik seat mana yang bernombor 1 2 1 1 dalam pesawat tu. Mungkin itu tempat duduk Mafia 01, kau cari siapa pemiliknya.", kata Sana. Lantas aku membulatkan mata seluas yang mungkin. Aku pandang wanita itu dengan kerut.

"W-What? Selama ni dia turut ada dalam misi tu? Awak yakin Sana?", soal aku semula. Sana mengangguk yakin.

"Percaya kata aku Jaerim. Lepastu berkaitan dengan Mafia 01, aku kenal latar belakang dia serba sedikit. Apa yang aku tahu, dulunya berkeluarga dengan seorang mafia.

Anak lelaki kepada Mafia Haera. Ya dia memang salah seorang daripada abang kau Jaerim. Cuma aku tak tahu siapa.

Appa nya bekas Mafia 01. Sebenarnya dia tak bunuh appa dia untuk merampas kod 01, tetapi Mafia Haera sendiri. Selepas appa dia mati, dia mengambil alih kuasa 01 tu dan menyembunyikan identiti. Namanya tercatat di dalam diari Mafia Haera.

Tiada sesiapa yang tahu melainkan Mafia Haera sendiri. Sebelum Mafia Haera mati, dia sempat mengoyakkan beberapa kepingan terakhir diarinya dan sembunyikan di tempat yang tertentu.

Kemudian Mafia Haera dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, Mafia 01. Semata-mata untuk membalas dendam atas kematian appa nya.", terang Sana lama, aku pula kaku bagai patung sambil mengepal kedua-dua penumbuk.

"K-Kenapa eomma bunuh appa Mafia 01? Kenapa eomma koyakkan kepingan terakhir diari tu? Kenapa?", soal aku lagi. Air mata mula bergenang.

"Aku tak tahu Jaerim. Maafkan aku. Sebab itu kau kena cari kepingan terakhir diari tu untuk cari jawapannya."

"Bagitau saya, bagaimana caranya?", pinta aku sambil mencengkam lengan baju Sana sekuat yang mungkin.

"Kau kena temukan Jimin.."

"Buat apa saya nak temukan orang yang telah pisahkan saya dengan saudara yang lain?? Lainlah kalau saya tangkap salah seorang daripada puak Bishop dan soalkan—"

"Tak payah. Dengar sini baik-baik, kau ingat bagaimana rupa kepingan yang Jimin koyakkan tu?"

Aku tergumam dan mengedip mata beberapa kali. Arr kenapa otak tak mahu beri kerjasama pulak ni?

"K-Kenapa dengan kertas tu?", soal aku keliru.

"Kau ada simpan lagi kepingan tu?"

"A-Ada, tapi saya kasi dekat Mr Hyuk."

"Ouh bekas Mafia berkod 02 tu. Huh tak sangka aku dapat dengar lagi nama dia.", balas Sana sambil memuncungkan bibir. Kedengaran suara kerawa kecilnya di situ. Aku tersentak.

"WHAT?? MR HYUK BEKAS MAFIA 02??", jerit aku sambil mencengkam rambut. Ouh serious laa aku tak tahu pun selama ni! Sampai umur aku mencecah dewasa.

"Ha ah, kau tak tahu? Kesian. Apa yang penting...

...aku rasa ia patut digabungkan dengan peta. Bagi pendapat aku je la, sebab aku pernah buat macam tu. Mana tau ia berhasil."

"Peta? Peta daerah Seoul? Tapi...macam tu ka yang Jimin minta saya berbuat demikian?", soal aku semula.

"I think so. Aku tak tahu niat sebenar Jimin, so kau kena berhati-hati. Aku nak kau balik dan fikir masak-masak, aku boleh tolong kau setakat ini saja. Kalau kau perlukan bantuan, just call aku. Nanti aku bagi nombor telefon, ok?"

"Ahh ok ok. Kamsahamida, saya tak tahu nak balas jasa awak macam mana Sana.", ucapku sambil menunduk hormat ke arah Sana.

"Kau hanya perlu hapuskan Mafia 01. Itu pun sudah cukup untuk membalas jasa aku. Cewah, lawak jer. Well aku akan turut awasi kau Jaerim.", balas Sana dengan kuntuman senyumannya. Aku membalas senyuman dan mendakap tubuhnya erat. Sana kaku.

"Aww thanks. Sayang Sana."

"Ouh- ermm ok."

Persoalannya, kenapa perlu susah-susah cari kepingan terakhir diari eomma kalau aku sendiri yang katakan Jimin sebagai Mafia 01? Termasuk Mafia Sana sekali.

......

"Jae peluk Sana, mohon jealous Kookie!", jerit Taehyung lalu menarik rambut Jungkook yang sedang sibuk melemparkan pandangan ke luar tingkap. Jungkook membiarkan saja. Malas nak layan perangai abang gila seorang ni.

Gelagat Jaerim yang sedang rancak berbual dengan Sana mendatangkan beberapa persoalan di jiwanya.


'Apa yang diorang borakkan? Aku nak tahu juga, mungkin ada kaitan dengan keselamatan Jae.', bisiknya di dalam hati.

◆◇♛◇◆

Kami bertiga kembali ke kelab malam itu bagi mencari sesuatu. Itu arahan daripada aku sendiri.

"Kau nak buat apa datang sini balik?", soal Taehyung. Kami bergerak ke arah meja bar dan mengambil tempat di situ. Jungkook memasang mata bagi mengawal keadaan sekeliling.


"Jae tahu nak buat apa. Kita perlu cari salah seorang daripada puak Bishop dan dapatkan sesuatu.", jawab aku serius dan langsung membuatkan Taehyung menggaru kepala. Keliru.


"Ermm sesuatu? Maksud kau?"

Perbualan kami terhenti saat ditegur oleh salah seorang pelayan di meja bar. Jejaka itu tersenyum manis dan menundukkan sedikit wajahnya.

"Drink?", soalnya.

"Ahh give me Blossom Hill. 3~", ujar Taehyung dengan tampak gaya yang megah. Pelayan itu mengangguk dan pergi mendapatkan minuman yang dipesan Taehyung sebentar tadi.

Aku dan Jungkook serentak beralih ke arah Taehyung dengan wajah dehek.


"B-Blossom Hill? Bukannya itu wine yang termahal? Kenapa 3? Oppa nak minum ketiga-tiganya?", soal aku bertubi-tubi.


"Eh taklah, untuk kau dan Jungkook~Jom kita rilex dulu.", balas Taehyung diikuti dengan kenyitan matanya. Senyuman kian terukir di bibir, bagai monyet mendapat bunga.
Minuman tadi sudah pun sampai. Satu gelas diserahkan kepada aku dan seterusnya Jungkook. Aku menelan air liur.

"J-Jae tak pernah minum.", kata aku dengan nada yang kendur. Taehyung ketawa kecil dan memaut tengkukku.


"Ouh jinjja? Aku sangkakan Kookie seorang saja yang tak terbiasa dengan alkohol gitew~ Don't worry you two, anggap ini kali pertama buat korang."

Lantas aku mengalihkan pandangan ke arah Jungkook yang berada di sisi. Lelaki itu kaku saja sambil membelek gelas yang terisi dengan minuman berwarna merah di hadapannya.

Mafia berkod 07, belum berdunia dengan alkohol?? Tak ke rasa pelik?

'I hate this red thing. Kook nak ice cream soda.', Jungkook memuncungkan bibirnya ke hadapan. Wajahnya kian suram, monyok, kerana hidangan itu bukan mengikut seleranya. Termasuk aku juga.
Aww.


"Ouh ok, mungkin korang belum bersedia nak jadi mature macam aku so yeahh meh dekat aku ketiga-ketiganya~", kata Taehyung dan lantas mencapai gelas kami berdua. Aku terkejut.

Mampu ke dia nak habiskan ketiga-tiga gelas air mengerikan tu? Kalau mabuk, siapa yang susah nanti. Aku jugak😑.



"Hey girl, boleh aku tahu kau siapa? Rasanya ini kali pertama aku nampak muka kau.", tegur seorang pelayan ramah dan duduk berhadapan denganku. Ahh macam mana ni?


"Arrr boleh saya tahu nama awak hee~ Alang-alang nak berkenalan.", balas aku semula, nak cover. Jungkook yang berada di sisi hanya mematung dan merenung tajam ke arah pelayan itu.

"Aku Daniel, Kang Daniel~ So you?", soalnya pula. Senyumannya yang manis tidak membuatkan aku segan untuk terus menatap wajahnya. Erm.
Begitu tampan sekali bagi para gadis, termasuk aku.

Ouh-


Jungkook still staring at him. Ada sesuatu yang tidak kena.




-End Chapter 48-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro