Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>♕43♛<

"Kalau kita tak melambatkan kerja miss, semua ni sudah selesai!", balas Mr Lee. Jaerim mengepal kedua-dua penumbuknya menahan geram. Gadis itu dengan tegas mengarahkan yang lain keluar daripada bilik itu dengan segera. Mereka akur sahaja.

Hanya tinggal mereka berlima termasuk Mr Hyuk yang turut datang. Mereka dikejutkan lagi dengan kedatangan beberapa ketua mafia yang lain.

"Saya arahkan Mr Lee hentikan niat gila tu. Biar saya yang uruskan diorang."

"Huh sampai bila nak selesai kalau perkara ni diserahkan kepada miss. Sampai bila nak selesai? Sampai kami semua mati? Seriously??"

"Mr Lee, jaga percakapan kau.", tegur Mr Hyuk. Jaerim mengetap bibirnya dan melirikkan mata ke arah kedua-dua abangnya yang masih terkaku di situ. Jungkook melarikan pandangan ke arah lain saat menyedari akan tumpuan daripada Jaerim.

Gadis itu mendengus kecil saja. Mungkin Jungkook mula berasa segan bila bersemuka dengan dirinya, begitu?

"Saya cakap biar saya yang selesaikan diorang berdua. Hentikan semua ni", sambung Jaerim lagi.

"Kalau macam tu Mafia 01 akan terus buat kerja gila dia dan akan menambahkan lagi kematian! Sebab itu miss kena serahkan semua ni dekat saya! Bunuh saja diorang!!"

"Stop. Tolong ikut arahan saya.", balas gadis itu dengan suara yang agak perlahan. Cuba mengawal diri daripada kemarahan yang semakin membuak-buak. Kesabarannya kian menipis.

"Jangan ulangi kejadian yang pernah terjadi dekat Mafia Haera!-"

"AKU CAKAP IKUT ARAHAN AKU!! KALAU TAK AKU BUNUH KAU! JANGAN LIBATKAN EOMMA!! "

Semua tersentak dengan jeritan gadis itu dengan agak lantang. Masing-masing terkesima, lebih-lebih lagi Jungkook. Jaerim yang seperti mana dikenali sebagai gadis yang lemah-lembut itu mula bertindak kasar.

"Kau tak ada hak nak bunuh saudara aku! Setitis darah yang kau keluarkan daripada tubuh diorang, aku akan tuntut! AKU AKAN BUNUH KAU KALAU KAU BERANI SENTUH ABANG AKU!

Hidup dan mati, aku yang tentukan untuk diri aku! Bukan korang! Salah silap, aku yang tanggung!! TAK PERLU NAK SIBUK DENGAN URUSAN KELUARGA MAFIA JAERIM!

KELUAR!! "

Mr Lee tersentak, kakinya terundur ke belakang selangkah. Tidak sangka dengan layanan kasar daripada Jaerim. Mr Hyuk juga agak tergamam dengan kata-kata yang dilemparkan oleh gadis itu.
Apa yang terlintas di kepala Mr Hyuk...

Seakan-akan Haera. Dia semakin terikut dengan sikap eomma nya.

Mr Lee mendengus kasar. Tidak tahu hendak membalas apa-apa dan melangkah kaki saja keluar daripada bilik itu termasuk ketua mafia yang lain. Mereka cuba untuk meminta penerangan berkaitan situasi yang begitu tegang tadi.

Mr Hyuk kembali memandang Jaerim yang bernafas dengan agak kencang. Terlalu marah sehinggakan keadaan sekeliling tidak difikirkan terlebih dahulu. Gadis itu menurunkan kedua-dua bahunya dan mengedip kelopak mata beberapa kali.

Jaerim menoleh ke arah Jungkook dan Taehyung sekilas. Kedua-dua lelaki itu terkejut dan mengetap bibir saja, Taehyung cuba membalas dengan senyuman. Kekok.

"O-Oppa...hiks..", gadis itu menangis dan berlari ke arah mereka berdua lalu mendakap mereka dengan seerat yang mungkin. Jungkook dan Taehyung saling berpandangan.

"M-Maafkan Jae...Jae hampir lupakan korang berdua hiks..mianhae.."

"Nahh gwenchanha. Aku still hirup oksigen lagi ni hooo~ Cuma lapar sikit, hampir sehari aku tak makan huhu.", balas Taehyung dengan tangisan palsu. Jaerim meleraikan pelukan dan menekup kedua-dua pipi Taehyung hingga termuncung bibir lelaki itu.

"Omo! Diorang belasah oppa?! Ni luka sana sini!"

"Pfft kepci ahjussi tu tak buat apa-apa pun lagi. Ni kesan aku berkungfu semalam, sakit woo. Nanti rawat aku~", balas Taehyung lalu menghadiahi gadis itu dengan senyuman petaknya. Jaerim mengeluh kecil.

"Jom balik. Kita bincang lain di rumah ok? Kkaja."

"Alright my queen~ Thanks sebab selamatkan aku dengan Kookie tadi. Habislah kalau kau tak datang tadi."

"It's ok. Itu memang tanggungjawab Jae untuk lindungi korang.", balas Jaerim, Taehyung mula tersengih kerang terlebih busuk.

"Ehek, sukalah aku~"

"Dah dah, jom!"


◆◇♛◇◆

Taehyung terpaksa hadir ke perjumpaan dengan mafia yang berkod selepas pulang daripada menziarahi pusara saudaranya yang baru saja menamatkan tugasan semalam.

Jungkook pula ditemani oleh Mr Hyuk dengan beberapa ketua mafia yang lain di hospital bagi menerima rawatan.

Aku pula berseorangan di dalam rumah sambil dikawal rapi oleh beberapa mafia yang berkod. Aku menyendiri di dalam perpustakaan, buku yang bertajuk Thomas William Cake aku selak helaian muka suratnya.

Ya, buku yang digalakkan oleh Jin sendiri untuk aku baca.

Dalam beberapa minit kemudiannya, aku menutup buku itu. Entah kenapa fikiranku agak terganggu buat masa kini. Apa eh?
Aku keluar sekejap bagi mengambil sesuatu dan kembali semula ke arah meja.
Aku meletakkan dua benda yang perlu aku siasat itu di atas meja.

Pita rakaman yang diberi oleh Yoongi dan halaman muka surat buku eomma yang dikoyakkan oleh Jimin.
Aku tidak berlengah masa dan segera memainkan pita rakaman itu menggunakan komputer riba.

Buku eomma aku letak di tepi. Biar aku buat kerja sekejap buat masa yang terluang ni.

"Yow, umm aku tak tahu nak cakap apa. By the way, hi. Pfft ok aku bukan nak buat video log bla bla tu.", merepek Yoongi seorang diri di dalam video itu. Lelaki itu menggaru kepala yang tidak gatal dan cuba mencari sesuatu di almari belakang. Sehinggakan dia jatuh tersungkur.

Sudut bibirku terangkat.
T

ingkah lakunya yang agak lucu bagiku membuatkan aku tersenyum seorang diri.

"Ok dah sambung. Just nak cakap, aku tak pernah lagi gitau benda ni dekat orang lain. Just untuk kau. Well aku buat rakaman sebab...aku malas nak jumpa kau. Dehek.

Aku nak cakap pasal buku eomma."

Aku tergamam. Buku eomma? Ah eloklah, buku yang dimaksudkan oleh Yoongi itu memang berada betul-betul di sisi aku. Ok jangan cuak.

"Aku tak rasa pengakhiran diari tu diakhiri dengan perkataan saudara. Aku pernah sekali cuba usha buku eomma dan yes, korang semua tak sedar yang halaman belakang buku tu ada beberapa muka surat yang terkoyak.

Sebenarnya ada lagi sambungan selepas perkataan saudara tu. That's why keadaan huru-hara antara kita sebab ketidakfahaman. Sebab tu...seorang demi seorang daripada kita mula pergi. Hmm tak guna.

Hmm aku tak nak ingatkan diorang. Apa yang penting, yang dah pergi tu usah dikenangkan. Boleh sakit jiwa kau tau bla bla bla...."

Aku menahan sebak. Wajah Yoongi yang terpapar di skrin komputer riba aku sentuh. Kerinduan aku terhadapnya semakin mendalam sehingga air mata jernih mengalir.

Ahhh sakitnya.


"Berdarkan kajian aku, buku tu masih ada 2 helaian muka surat yang terakhir. Dan ianya disembunyikan di salah satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk Mafia 01 sendiri.

Tapi itulah, aku pun tak tahu kenapa eomma buat macam tu. So, kita kena cari helaian terakhir tu sebab.

Eomma terterakan nama Mafia 01 di situ. Nama pembunuhnya sendiri. Jadi, kita dah boleh dapat jawapannya. Tak perlu lagi guna hint gila Mafia 01.

Yang menjadi masalah di sini, aku tak tahu macam mana nak cari tempat tu."


Aku membuntangkan kedua-dua mata. K-Kalau macam tu, kenapa Jimin koyakkan perkataan saudara tu di muka surat terakhir buku eomma?

Aku cepat-cepat membuka buku itu dan pergi ke halaman terakhir sekali. Dan yes, ianya memang dikoyakkan.
Wae? Aku tertanya, kenapa Jimin koyakkan halaman ni?
Kenapa kenapa dan kenapa?

"Jae, aku rasa siasatan ni perlukan peta. Bagi aku la. Ouh jap, aku terpaksa off. Jin hyung melalak lagi dekat luar, aku lupa cuci pinggan.

Ouh aku dapat semua info ni dari IQ ohsem aku sendiri. Kasi dap sama Namjoon. Jom aku cau dulu.

Sayang kau."

Off.


"Thanks oppa...Jae s-sayangkan oppa juga.", balas aku dengan bisikan. Senyuman tipis tidak pudar di bibirku, air mata yang mengalir dikesat perlahan.

Hmm mungkin aku perlu siasat nanti. Kepala aku mula sakit, perut pula dan berbunyi. Lapar.

Aku keluar daripada perpustakaan dan menuruni anak tangga satu demi satu lalu menuju ke arah dapur.


"Oit Jae, baru turun? Meh makan, aku dah masak neii. Bibimbap kau."

Ilusi aku mula memainkan minda, terbayang susuk tubuh Jin yang sibuk menyediakan sarapan di dapur. Dirinya yang lengkap berapron merah jambu membuatkan aku tersenyum.

"Yaa kau termenung apa lagi? Mana yang lain? Panggil diorang sama turun makan. Nanti aku lahap semua ni, biar korang kebulur."




"Yang lain dah t-tidur. Tak apa, Jae seorang je di sini...", balas aku perlahan lalu tertunduk menghadap lantai. Aku melangkahkan kaki ke arah meja makan dan mengambil tempat duduk.
Bayangan Jin sudah hilang dari pandangan. Sunyi sepi.

Hanya aku berseorangan di situ, tiada sesiapa yang menemani. Meja makan yang kosong tanpa sebarang hidangan. Tanpa gelak ketawa beberapa orang namja yang menceriakan hari aku.
Tiada leteran dan bunyi ketukan periuk.

Tiada nasihat harian.
Tiada senyuman yang membuatkan diriku tenang daripada segala masalah.

Tiada apa-apa. Kosong.


Aku meletakkan dahi ke atas permukaan meja dengan tangisan. Tangisan yang melepaskan rasa kerinduan dan kesedihan. Rindu terhadap insan yang telah banyak membahagiakan hidup aku, sedih kerana hati yang lemah ini tidak dapat menerima pemergian mereka tanpa kerelaan.

I need them back.


Tubuhku ditutupi dengan satu kain fabrik dari arah belakang. Aku terkejut dan segera menegakkan badan. Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan, ah.
Lantas aku menoleh ke hadapan semula sambil mengesat air mata.


"Mian, Jae sakit mata. Oppa bila balik?", aku cover teruk.

Jungkook tidak menjawab dan mengambil tempat duduk bertentangan dengan aku. Lelaki yang ber sweater hitam itu merenung saja ke arah aku tanpa sebarang kata-kata. Kekok macam biasa, aku membalas saja renungannya.

'Sorry Kook balik lewat.'

"Err g-gwenchanha. O-Oppa dah ok? Macam mana dengan umm luka tu? Sakit lagi?"

'Dah ok....sikit. How about you?'

"Jae ok! Haa Jae ok je jangan risau. Emm haaa Jae nak masak! Mohon bahagia."

'Are you ok Jae?'

"Jae ok!", balas aku pantas. Sambil gelak tak ikhlas. Jungkook tersenyum saja. Lelaki itu melarikan anak matanya ke arah permukaan meja sambil memikirkan sesuatu. Aku pun terdiam sejenak. Entah kenapa terlebih kekok.


'Kook nak cakap sesuatu.'


Hmm aku takut.




-End Chapter 43-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro