Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>♕42♛<

Keadaan bilik yang agak luas begitu sunyi. Bertemankan bunyi penghawa dingin. Tiasa sesiapa di dalam bilik itu kecuali dua orang anak muda yang dikunci.
Jungkook duduk di atas sofa sambil memeluk diri sendiri. Taehyung pula berjalan ke hulur dan ke hilir. Memikirkan perkara yang akan ditimpa oleh mereka berdua nanti.

Mereka dikunci dan dikawal rapat oleh dua orang mafia di luar pintu bilik itu.

"Fine. Aku dan kau dikunci dalam bilik pejabat orang tua kerepot tu. We can't do anything. S*itteu.", merungut Taehyung seorang diri. Jungkook tidak membalas dan terus membekukan diri. Mereka berdua dibawa ke akademi dan diarahkan untuk masuk ke dalam bilik empunya ketua mafia Seoul. Dikunci dan ditinggalkan dalam keadaan yang cedera tanpa diubati.

Dan Taehyung tak tahu kenapa dirinya termasuk Jungkook diperlakukan begitu.

"Kook, aku rasa tak sedap hati. Kita kena keluar dari sini.", kata Taehyung lalu berdiri di hadapan Jungkook yang masih duduk di atas sofa. Jungkook mengetap bibir dan merengus nafas perlahan, dia tidak memberi sedikit pun pandangan ke arah abangnya.

Kedua-dua tangannya yang mencengkam baju sendiri mula menggigil. Darah yang terlekat di baju sudah pun kering. Jungkook semakin sejuk.

Taehyung yang sedar akan hal itu mendengus kasar. Syndrome pelik adik lelaki bongsunya itu datang lagi.
Bila dipandang ke arah suhu penghawa dingin, ianya 16°C.

Remote penghawa dingin tak ada. Memang semua ni sudah dirancang ke?
Uh ini gila. Dah la sekarang musim hujan. Makin bertambah sejuklah jadinya.


"Kook, kau tahan sekejap. Ada sebab dia buat macam ni, just wait.", kata Taehyung lalu bertinggung di hadapan Jungkook. Keadaan Jungkook yang cedera teruk, bahunya yang luka serta bajunya yang agak terkoyak diperhatikan saja.
Taehyung mencebik bibirnya, rasa macam tertinggal sesuatu.


"Kau pergi mana masa tu? Mana Jae? Kau tinggal budak tu dekat mana?", soal Taehyung bertubi-tubi. Wajah adiknya cuma disemukakan namun Jungkook berpaling ke arah lain. Taehyung mencekup pipi lelaki itu untuk menghadap dengan wajahnya.

"Cerita dekat aku. Aku perlukan penjelasan dari kau. Jangan jadikan Yoongi hyung mati tanpa sebab, aku tak boleh terima.", Jungkook menepis perlahan tangan Taehyung dan kembali memeluk tubuh sendiri.

'Kau nak tahu?'




[Flashback]

Jungkook terus berangkat pergi dengan berat hatinya meninggalkan Jaerim keseorangan di situ. Dia terpaksa, atas arahan daripada Jaerim sendiri. Keadaan begitu terdesak.

Sehinggakan perkara di luar jangkaan berlaku.

Apa yang penting dia perlu selamatkan Yoongi sebelum munculnya Mafia 01. Dia cuba.


Kakinya melangkah masuk ke dalam hutan. Dia dapat mengesan kedudukan Yoongi dengan serba sedikit upaya yang mungkin. Langkahnya terhenti di situ.

Keadaan Yoongi yang agak menyayat hati membuatkan pergerakannya mati. Lelaki itu bersandar di dahan pokok dengan lehernya tertusuk pisau kecil, kepalanya mengalirkan darah hingga membasahi kolar bajunya.

Jungkook segera mendapatkan Yoongi dan cuba untuk menyentuh lelaki itu.
Jungkook cuba mengesan degupan nadi di pergelangan tangan Yoongi, ianya masih berjalan.

'Aku akan bawa hyung pergi dari sini!'


Satu acukan muncul dari arah belakang, dan Jungkook menyedari akan hal itu. Perlahan-lahan dia beralih ke belakang dengan jelingan yang tajam. Dia masih ada di sini hm~


"Semua dah pandang jahat terhadap kau Kook, disebabkan Jae aib kau masih terjaga. Kau takkan sempat selamatkan hyung kau. Diorang akan datang ke sini tak lama lagi~"

Jungkook tidak membalas, hanya tetap dengan pandangan mautnya.

"Dengan situasi ni, diorang akan percayakan aku Kook~ Kau akan dituduh sebagai punca Yoongi mati."

Jungkook yang sudah tipis kesabarannya mula bangun dan ingin menyerang lelaki misteri itu. Tangannya ditarik membuatkan langkahnya terhenti, dia kembali beralih ke arah Yoongi yang ingin membisikkan sesuatu.

"K-Kau pergi dari s-sini...abaikan aku. Dah terlambat.", ujar Yoongi lemah. Jungkook buntu.


"Jae akan terus membenci kau Kook~", sambung lelaki misteri itu lagi. Kata-kata yang hampir merasuk jiwa Jungkook untuk menjadi gila. Jungkook tertunduk dan mengepal kedua-dua penumbuknya. Bukan sebab marah ataupun sedih, dia terlalu buntu dengan keadaan sekarang. Tak tahu nak buat apa.

"Buktikan dekat s-semua orang...yang kau b-bukannya orang yang p-paling...dibenci semua orang. P-Pergi...", kata Yoongi lalu mengesat perlahan air mata yang mengalir di pipi Jungkook. Senyuman tetap terukir di bibirnya.


[End Flashback]



Jungkook terhenti daripada bicara, kedua-dua tangannya kaku dan terketar. Wajahnya mula kerut, air mata berguguran.
Dia kembali tertunduk dan menutup wajahnya dengan tangan, hatinya terlalu sakit sehinggakan tak mampu untuk meneruskan cerita. Cuba menyembunyikan wajah yang begitu kecewa atas kematian saudara sendiri semata-mata untuk menjaga maruah diri.

Taehyung mengetap bibirnya dan melihat saja adiknya yang menangis tanpa suara. Jungkook tidak pernah menangis sekuat begini.

Jimin, kau berjaya buat dia menangis huh~



"Kook, pandang aku.", arah Taehyung dengan suara dalamnya. Terasa aura serius di situ. Jungkook mendongak sedikit. Taehyung menarik kepala lelaki itu lalu masuk ke dalam dakapannya. Tubuh Jungkook dipeluk erat.

"Stop crying, muka kau tersangatlah huduh. Kalau Jae nampak, confirm dia murung.", ujar Taehyung sambil mengusap kepala Jungkook. Jungkook diam sejenak. Apa kaitan dengan Jae?

Jungkook kaku, tidak pula menolak pelukan Taehyung buat kali ini. Perlukan sauna yang percuma, Jungkook membalas saja pelukan lelaki itu.



"By the way, macam mana kau boleh cari Yoongi hyung?", soal Taehyung kemudiannya. Jungkook membuntangkan kedua-dua mata, bibirnya diketap rapat. Tak disangka pula soalan maut ini ditujukan.

Lebih baik terus berdiam daripada Taehyung terus meroyan nanti.
Jungkook menyembamkan wajahnya di bahu Taehyung dan menggeleng kecil.

'Aku tak tahu.'




Tanpa disedari Jungkook, Taehyung tersenyum seorang diri. Sinis.

Senyuman yang membawa maksud apa?
Taehyung saja yang tahu.




"Mafia 05, mafia 07~", sapa seseorang yang membuka pintu tanpa mengetuk dulu. Kedua-dua lelaki itu serentak beralih ke arah muka pintu.

Kehadiran ketua mafia daera Seoul dengan beberapa pengikutnya di belakang mendatangkan pelbagai soalan.



"Oi kepci ahjussi, kalau kau nak kurung aku dengan Kookie pun, seeloknya slow la sikit suhu aircond tu budu! Kau ingat kami ni keturunan Elsa??", tengking Taehyung.


Mr Lee atau lebih dikenali sebagai ketua mafia Seoul itu membalas ketawa kecil dan bergerak mengampiri mereka berdua.
Taehyung terus bangun dan berdiri di hadapan Jungkook.


"Hmm rasanya aku tertinggal seorang~ Abang korang berdua. Di mana eh?"

"Jangan sebut nama Jimeng di hadapan aku. Dia tak ada kaitan buat masa sekarang. Apa yang aku nak tahu, apa tujuan kau bawak kami ke sini?", soal Taehyung semula.

"Sebab aku nak cipta sejarah buat semua barisan mafia. Biar aku yang hapuskan korang semua.", balas Mr Lee lalu mengeluarkan pistol yang disembunyikan disebalik blazernya.

Taehyung bertindak pantas. Dengan teknik rahsianya, pistol itu berjaya dirampas dan menumpaskan Mr Lee dengan mudah. Mafia yang lain lantas mengacukan pistol ke arah Taehyung.


"Senang kerja kau!! Kau sepatutnya cari Jimeng dan siasat betul-betul kalau kau confuse mana satu di antara kami si Mafia 01 tu!! Bukan dengan cara gila kau ni boleh selesaikan semuanya! Dasar abc! Kau tau abc?

Ahjussi brand celaka! "


"Huh, sebab aku nak senangkan kerja, aku pilih jalan ni.", balas Mr Lee dengan sengihan tanpa berasa takut walaupun kepalanya diacukan dengan pistol.

"A B C !!!!"



Satu rempuhan berlaku di muka pintu oleh seseorang membuatkan para mafia terganjak ke hadapan.
Itu mengejutkan suasana, masing-masing mengalihkan pandangan ke arah insan tersebut.
Mr Lee membeliakkan matanya.





"Hentikan semua ni! Jae arahkan berhenti!"




-End Chapter 42-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro