>♔39♔<
Peluru yang terakhir dilepaskan. Kepala musuh yang terakhir ditembusi dengan hujung peluru yang tajam itu.
Masing-masing bergelimpangan di atas tanah. Dahan pokok dihiasi dengan percikan darah di sana sini. Keadaan semakin sunyi ditemani dengan tiupan angin malam.
Menambahkan lagi kesejukan buat seorang lelaki yang masih hidup di kawasan itu.
Yoongi yang kekurangan tenaga melutut dan bernafas dengan tercungap-cungap. Kepenatan kali ini bukan sekadar biasa baginya.
Tak apa.
Sekurang-kurangnya dia berjaya menghalang mereka daripada terus mencari adik perempuan bongsunya. Tiada seorang yang terlepas.
Dikira hebat bukan?
Dia cuba untuk bangun.
Selangkah dimajukan ke hadapan. Cuba untuk mengabaikan kepedihan yang terasa di setiap anggota badannya. Dia mahu mendapatkan Jaerim.
Kalau nak berhubung melalui earpiece, amat mustahil.
Alat itu sudah rosak. Kalau tidak pun, rangkaian yang agak lembap menyukarkannya untuk menghubungi Jaerim.
'Aku perlu lindungi a-adik aku...'
Terasa denyutan di urat kepala yang semakin kuat, Yoongi bertahan.
Gigi diketap rapat dan langkahnya mula terhenti. Kesakitan yang sudah lama tidak dirasai akhirnya datang menyerang.
Penyakitnya datang lagi.
Yoongi cuba berhenti di salah satu pokok yang agak besar dahannya. Dia menyandarkan belakang badan dengan dahan itu hingga terduduk di atas tanah. Nafas cuba disedut dan dihembus dengan perlahan.
"Cis tak guna. Masa sekarang jugak kau nak menyusahkan aku. Dasar otak.", monolog Yoongi sendiri. Dia membuka butang baju kemejanya hingga ke paras dada bagi melihat dada kirinya yang agak terasa pedih.
Kesan hirisan pisau. Hirisan yang membelah lapisan kulit dengan agak dalam, darah masih lagi mengalir hingga membasahi baju kemeja putihnya.
Hmm dia merengus kasar buat sekali lagi.
"Damn, sejak bila dia hiris dada aku. Shitteu, tak sedar ke kulit aku ni mahal. Budu tak bertempat.", keluh lelaki itu lagi lalu menyandarkan belakang kepalanya dengan dahan pokok. Udara disedut dengan perlahan, cuba untuk menghilangkan kesakitan dan meredakan keletihan buat sementara.
Lelaki itu mencelik kedua-dua matanya saat menyedari akan kedatangan seseorang. Huh.
Siapa lagi kalau seorang jejaka yang misteri tadi. Dia berdiri tidak jauh daripada Yoongi, tangan kanannya sudah tersedia dengan sepucuk pistol yang disembunyikan di dalam belakang badan.
Yoongi menonjolkan senyuman sinisnya.
"Uh kejap, bagi aku 2 minit.", Yoongi bangun perlahan-lahan dengan bantuan dahan pokok di belakangnya. Dia tertunduk dan memegang kedua-dua lututnya sambil memejamkan mata.
Kepalanya semakin sakit. Terasa denyutan itu semakin kuat rasanya.
"Kau ok?", soal lelaki misteri itu. Kakinya dilonjakkan untuk mendekati Yoongi namun sempat ditahan lelaki itu. Ranting pokok diambil untuk dijadikan senjata khas. That's Yoongi huh.
Dia sudah kehabisan peluru dan tiada apa-apa pun senjata yang nak digunakan. Hanya mengharapkan benda yang boleh diguna di sekeliling.
"Tak cukup lagi 2 minit! Jangan dekati aku. Biar aku nak cari nafas dulu.", kata Yoongi dengan nada yang agak serius. Ouh dia kira.
Lelaki bertopeng hitam itu mematikan langkah. Dia akur saja akan permintaan Yoongi. Sambil-sambil itu dia meliarkan anak matanya ke setiap sudut tubuh badan Yoongi.
Di dada kirinya dibasahi dengan darah, paha kanannya cedera akibat terkena tembakan. Betisnya juga.
Bibir lelaki itu kelihatan pucat dan kering akibat kekurangan tenaga. Pipi kanannya yang putih dihiasi dengan hirisan dan percikan darah.
Namun...semua itu tidak menunjukkan kesakitan yang serius bagi Min Yoongi.
Kerana,
Dia masih mampu untuk memaparkan senyuman sedangkan kematian bakal menjemputnya tidak lama lagi.
Itulah yang difikirkan oleh jejaka misteri itu atau lebih dikenali sebagai...
Mafia 01.
Yoongi terjatuh ke hadapan apabila selangkah kaki dimajukan. Dia mencengkam rumput dan dedaun kering dengan ketapan bibir.
Kecederaan yang teruk membuatkan lelaki itu sukar untuk bergerak.
Mafia 01 tersenyum disebalik topeng hitamnya dan berjalan ke arah Yoongi lalu bertinggung di hadapannya.
Yoongi masih mencuba untuk melawan penyakitnya hingga menyujud tanah.
"Kau nak aku akhiri hidup kau di sini saja?", soal Mafia 01. Yoongi tidak membalas. Dia cuba memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada musuh yang kini berada di hadapan mata. Mafia 01 bangun dan mengacukan pistol ke arah kepala Yoongi. Senyuman yang mekar tadi dipudarkan.
"Membalas dendam tak membawa apa-apa kebahagiaan untuk kau bro.", ujar Yoongi yang menyentakkan Mafia 01. Picu pistol yang ingin ditarik dilepaskan semula.
Yoongi bangun perlahan-lahan dengan kerutan di keningnya. Nampaknya dia cuba menyembunyikan kesakitan daripada diketahui musuh. Huh that's impossible. Dari riak wajahnya boleh dibaca oleh Mafia 01 sejak dari tadi.
Kalau Yoongi memilih untuk bertarung lagi, agak mustahil untuk menang.
"Dendam itu setiap orang akan memilikinya, dan terpulang kepada seseorang itu untuk membalas dendam yang kian tersemat. Kau tak ada hak untuk halang aku."
"Kau tak sayangkan Jae hm?", soal Yoongi semula. Sudut bibir lelaki itu mula naik membuatkan Mafia 01 terkedu seketika. Belum sempat dia mahu bercakap, Yoongi mulai dulu.
"Takkan kau yang dimusuhi ketat oleh semua barisan mafia akan jaga Jae kalau kami semua mati? Macam mana Jae nak terima kau? Manusia yang sanggup bunuh saudara sendiri semata-mata kuasa dunia. Aku tak anggap sebegitu tetapi disebaliknya. Aku dah boleh baca rancangan kau bro...
...kau hanya nakkan Yoo Jaerim. Kau takkan bunuh dia. Betul bukan?"
Mafia 01 terdiam. Pistol digenggam dengan lebih kuat. Yoongi kekal dengan senyuman sinisnya membuatkan kemarahan lelaki itu makin membuak.
Entah kenapa kata-kata daripada Mafia berkod 04 ini membuatkan fikirannya buntu untuk mencari jawapan.
"Aku tahu. Perjalanan hidup kau begitu terseksa bro. Kau still nak balas dendam dekat eomma kau sendiri melalui kami. Aku faham kau. Tapi...
...setakat Namjoon, Hoseok dan Jin hyung. Belum puaskan hati kau bukan? Kau nak hapuskan semua, sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Usaha kau itu begitu tinggi bro. Dan...
...aku akan hentikan usaha kau. Aku akan buat sedaya yang aku mampu. Demi adik aku, darah daging aku, demi keluarga aku.
Aku takkan bunuh kau. Tapi aku nak tarik kau semula ke dalam keluarga yang kian berkurang ahlinya ni. Sebab kau tetap saudara aku bro. Aku tak kisah kalau kau tetap nak bunuh aku. Aku akan berbuat perkara yang sama juga.
Aku akan bunuh diri kau yang dikuasai dengan kejahatan. Itu janji aku.", Yoongi mengakhiri kata-katanya dengan senyuman tipis. Mafia 01 terdiam membisu. Yoongi menghulurkan tangan bagi berjabat dengannya.
"Pilihan kau, ikut aku ataupun aku hantarkan kau ke neraka.", ujar Yoongi. Mafia 01 membalas ketawa kecil dan menyambut tangan lelaki pucat itu. Yoongi terkedu.
"Aku percaya apa yang kau katakan tu. Tak seperti Hoseok yang pandai bermain dengan ayat perangkap seperti sebelum ni. Sebanyak mana pun ayat pujukan dan tarikan, tak membuahkan sebarang hasil untuk kau.
Aku akan tetap dengan keinginan aku.
Maafkan aku hyung.", balas Mafia 01. Hyung hm? Yoongi dah agak, memang ayat ini yang akan dibalasnya.
Dia sudah tahu, nyawanya bakal dicabut sendiri oleh adik sendiri.
Apa-apa pun keinginan kau, aku tak akan bunuh kau. Sebab kau saudara aku.
Tangan Yoongi ditarik ke hadapan lalu pistol diacukan ke arah kepalanya. Yoongi bertindak cepat, dia mencapai sesuatu daripada poket seluarnya lalu menusuk tangan Mafia 01 hingga pistolnya terlempar jauh.
Mafia 01 terundur ke belakang. Tangannya yang tersarung dengan sarung tangan kulit hitam itu dipandang sekilas. Darah mula menitik.
"Pisau. Kau cakap kau tak ada senjata."
Ya, pisau lipat yang selalu Yoongi gunakan untuk menoreh pokok bagi meluangkan rasa kebosanannya. Kali terakhir digunakan pun semasa Jaerim ikut sekali pada petang itu.
Sejak daripada itu, pisau itu tidak digunakan lagi.
Dengan pisau itu, nama Suga hadir di dalam dirinya. Jaerim sendiri yang rekakan. Jadi, lelaki itu mula menganggap pisau itu menjadi semangat baginya bagi bertarung di saat-saat akhir ini.
Dia cuba.
-End Chapter 39-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro