>♔35♔<
"J-Jimin oppa, apa semua ni??"
Jaerim semakin terundur ke belakang, kedua-dua tangannya erat menggenggam pistol dengan ketaran hebat. Air mata kering di pipi gadis itu mula dibasahi semula dengan aliran yang baru serta titisan peluh.
Jungkook pula masih terkaku dengan cengkaman kuat tangannya di kolar lelaki itu. Cuba nak memahami situasi genting ni.
Jimin ketawa.
"Aku tak kisah kalau kau mula nak gelar aku Mafia 01 Jae. Aku tak kisah, sebab aku sedar aku bukan manusia yang keji tu! Aku tak takut dituduh", ujar Jimin dengan sedikit luka di sudut bibirnya. Jaerim terkedu. Mulutnya tak mampu untuk mengeluarkan suara.
Apa yang dia maksudkan?
"Apa yang penting, Mafia 01 memang sudah ada di depan mata kau Jae. Tersangatlah dekat.", kata Jimin lagi. Jungkook yang berada di hadapannya mula mengetap gigi menahan berang.
"Siapa?! Tak ada sesiapa lagi melainkan o-oppa sendiri hiks..", balas Jaerim. Air mata gadis itu mula mengalir deras, itu membuatkan Jimin melebarkan lagi senyumannya.
"Biar aku buktikan untuk kau my Queen~", balas Jimin lalu melakukan sesuatu di luar jangkauan. Lelaki itu mengeluarkan pisau lipat yang terselit di tali pinggangnya lalu menusuk ke dada Jungkook.
Jaerim tersentak.
Jimin menendang Jungkook yang sudah tidak seimbangkan diri jatuh le atas tanah. Dia ingin menikam Jungkook lagi,namun tangannya sempat ditahan. Jungkook menahan kepedihan tusukan tadi. Dia cuba.
"Jimin oppa!! Stop! ", jerit Jaerim dan cuba menarik picu pistol. Peluru tak ada. What the heck?!
Kenapa Jimin tekad mahu membunuh Jungkook? Gadis itu panik, apa tujuan sebenar Jimin ni?
Kesungguhan Jimin hendak membunuh adik lelaki bongsunya itu memang jelas di mata Jaerim. Dia menekan kesan tusukan di dada Jungkook bagi melemahkan lelaki itu, Jungkook tidak berdaya untuk melawan lagi.
Kini pisau hinggap pula di leher Jungkook, belum sempat isinya dihiris, tubuh Jimin ditolak kasar.
Jaerim menolak Jimin.
Dia memberi isyarat kepada semua mafia untuk memberi bantuan di kawasan tersebut. Sesiapa pun! Gadis itu merayu. Namun tiada sesiapa yang menjawab.
Kecuali Yoongi.
Dan...Jaerim tidak tahu akan hal itu.
Jaerim terpaksa mematikan isyarat dan cuba membantu Jungkook untuk bangun. Keadaan semakin tegang, dia perlu bertindak dengan cepat. Jimin sempat menarik kaki Jungkook menyebabkan mereka berdua kembali jatuh.
"Aku takkan biarkan kau hidup Jungkook!!", Jimin mencapai pisaunya semula untuk menikam Jungkook buat sekali lagi. Dia sudah gila.
Jaerim yang menyedari akan hal itu segera bertindak dengan mengalihkan tubuh Jungkook untuk berada di bawahnya. Dia mahu melindungi Jungkook daripada terkena tikaman lagi. Kali ini saja. Biarlah sakit, janji Jungkook selamat.
Hampir saja hujung senjata yang tajam itu menusuk wajah Jaerim. Jimin mematikan langkahnya.
Perlahan-lahan Jaerim mencelik kelopak matanya. Agak takut untuk melihat diri Jimin buat masa sekarang.
"Kenapa kau halang aku?", soal Jimin geram.
"Tolong, jelaskan dekat Jae. Apa kaitan Jungkook oppa dengan kerja gila ni? Kenapa nak bunuh Jungkook oppa? JAWAB JAE!!", balas gadis itu dengan suara yang lantang. Jimin mengetap bibir, ini bagaikan kali pertama Jaerim bertindak kasar dan tegas dengannya.
"Kalau aku nak terangkan, tak sempat. Apa yang aku tahu, dia yang rancang semua ni! Jangankan dengan wajah lakonan dia...kau tertipu Jae. Jungkook bukan lagi saudara yang kau anggap baik selama ni. Dia pengkhianat. Percaya cakap aku.", jelas Jimin dengan lemah lembut kali ini. Dia mahu menarik adik bongsunya untuk ikut jalannya.
"Jungkook's not Mafia 01.", balas Jaerim dengan renungan tajam. Gadis itu bangun dan berdiri di hadapan Jungkook bagi melindungi si abang bongsu itu. Jungkook tidak mampu memberi reaksi apa-apa dan hanya membulatkan mata atas tindakan gadis itu.
"Apa-apa saja perkara yang mengatakan bahawa Jeon Jungkook adalah Mafia 01, Yoo Jaerim takkan percayakannya sama sekali. Keputusan Jae tamat.", ujar Jaerim dengan kedua-dua tangannya dikepal rapat. Sudah jelas kemarahan gadis itu. Jimin tersenyum sinis.
"Kau silap Jae. Kau dah buat silap besar. Apa-apa pun keputusan kau, aku takkan lepaskan Jungkook."
"Secara tidak sedar, oppa dah lupakan kata-kata Jin oppa sebelum-sebelum ni.", balas Jaerim dengan suara yang perlahan, nafas gadis itu tersekat-sekat saat menyebut saja nama saudaranya yang baru saja meninggalkannya. Agak sukar untuk melupakannya.
Jimin membisukan diri.
"Jin oppa dah tak ada. Semasa dia hidup, dia banyak tinggalkan nasihat untuk adik-adiknya, iaitu kita. Apa-apa yang berlaku, Mafia 01 bukan di antara kita. Oppa dah salah faham dengan konsep saudara. Please...hentikan semua ni."
Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Jaerim, dan kemudiannya ke arah Jungkook yang masih terduduk di atas tanah. Lelaki itu senyap tanpa sebarang suara. Anak matanya tidak terlepas daripada terus tertumpu ke arah Jungkook.
Dia kembali tersenyum sinis.
"Apa pula rancangan kau selepas ni hm?~"
BBOOM!!
Satu letupan berlaku di salah satu bangunan yang berdekatan. Hampir bergegar kawasan di situ, Jaerim hampir terjatuh, bukan satu bangunan sahaja, malah bangunan yang lain pun. Lebih kurang 2/4 bangunan meletup.
Debu semakin berkepul dengan tebal akibat letupan. Jaerim sempat membuka kelopak matanya dan kelihatan Jimin melangkah kaki pergi dari situ. Wait no!!
Jaerim dikejutkan pula dengan tindakan Jungkook yang mengejar Jimin dan terus meninggalkannya berseorangan di situ. Jungkook takkan biarkan Jimin lari.
"Wait!! J-Jungkook..! Ahh Jae tak nampak! Please sesiapa tolong!"
♔◆♔◆♔
Yoongi yang masih berada di atas rooftop dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan. Mesti disebabkan dengan bom masa. Lelaki itu merengus nafas kasar dan cuba untuk memberi isyarat kepada yang lain untuk keluar dari daerah Seongdong.
Sebelum itu, Yoongi menerima isyarat daripada seseorang. Tidak lain dan tidak bukan...
"Tolong beri bantuan kepada saya!! Mafia Jungkook dalam bahaya! Mafia..mafia..."
Setekat itu saja. Jantung Yoongi mula berdegup kencang, dia rasa tidak sedap hati dan cuba untuk berhubung dengan ketua mafia Seongdong.
"Jangan turun dari situ 04!! Terus beri maklumat kepada kami! Kami perlukan kau 04! Biar kami yang uruskan Mafia Jaerim!", balas ketua mafia Seongdong. Ini dah masuk kali kedua dia dipaksa untuk menetap saja di atas bangunan yang kosong itu.
Yoongi hampir mencarut. Takkan dia nak membisu saja di sini?
Ke mana Jimin pergi? Sekurang-kurangnya dia bagi isyarat dekat aku, ini tidak. Dia sibuk sangat ka acane ni?
Monolog Yoongi sendiri. Lamunannya terhenti saat ada suara gadis yang menyapa gegendang telinganya.
"J-Jae?! Kau dekat mana?"
"T-Tolong...Jungkook dengan Jimin oppa ada masalah. Jae perlukan oppa untuk kesan koordinat Jimin dan arahkan para mafia yang lain untuk cari dia. Ppalli!"
"J-Jimin? Kenapa dengan dia?"
"Hiks...Jae tak tahu nak cakap apa. He's Mafia 01."
Yoongi membeliakkan matanya. Nafasnya semakin laju saat mendengar penjelasan daripada adik perempuan bongsunya.
Tidak percaya.
"H-Habis kau dekat mana sekarang ni? Jangan cakap kau ada dekat kawasan yang ada letupan tadi!", Yoongi cuba untuk mengesan kedudukan Jaerim dari arah jauh. Jaerim teragak-agak untuk membalas dengan keadaan yang berdebu dan berasap tebal.
Yoongi berjaya mengesan kedudukan Jaerim, tidak jauh daripada bangunan yang ditetapnya. Tetapi, ada sesuatu yang mencurigakan. Ada beberapa kenderaan yang menuju ke arah Jaerim dari arah jauh.
Jangan-jangan itu puak Mafia 01!
"Jae! Aku nak kau lari dari kawasan tu dan cari tempat yang selamat untuk sembunyikan diri kau! Aku akan arah mafia yang lain untuk selamatkan kau. Cepat!!", arah Yoongi cemas lalu menghubungkan isyaratnya dengan semua mafia termasuk pasukan polis....yang masih hidup.
"Aku perlukan beberapa orang yang boleh selamatkan Mafia Jaerim buat masa sekarang! Mafia 01 hantar puak dia lagi untuk kerjakan Mafia Jaerim!!"
"Mana Mafia Jungkook?! Dia sepatutnya jaga Mafia Jaerim!"
"Dia kejar manusia yang tercari-cari tu oleh kita!! Cepat pergi selamatkan Mafia Jaerim! Sesiapa pun!"
Isyarat mati. Aish!
Yoongi mula buntu.
Dia tiada pilihan yang lain kecuali dia sendiri yang turun ke bawah bagi menjaga nyawa adik perempuan bongsunya.
Dia terpaksa.
Maafkan aku semua, nyawa adik aku lagi penting.
Yoongi mencapai pistolnya dan bergegas turun ke bawah. Mengharapkan agar dirinya sempat untuk selamatkan Jaerim.
-End Chapter 35-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro