>♠♔33♔♣<
Song: The Truth Untold by BTS
[piano cover]
_____◆♔◆_____
Apabila aku dikeluarkan saja, Jin melepaskan butang itu dan berlari ke arah muka pintu.
Gas terlalu mampat hingga menyusul keluar dari makmal itu. Jungkook mendukung tubuhku yang sedikit lemah menjauhi pintu makmal itu.
Jin tidak mampu bertahan lagi, dia tersungkur jatuh. Lututnya tetap memaksa tubuhnya yang sudah lemah untuk terus bangun.
Aku membuntangkan mata dan pinta agar aku dilepaskan. Air mataku yang bergenang tidak mampu untuk ditakung lagi. Aku tak sanggup tinggalkan Jin. Aku tidak sempat ditahan mereka, aku perlu selamatkan Jin! I need to help him!
Aku tidak sempat. Pintu itu sudah memisahkan antara aku dengan Jin yang hampir saja mahu mengeluarkan diri dari makmal itu. T-tak boleh...
"Please help me!! Jin oppa perlu keluar dari sini!! Please hiks...", rayuan aku hanya berlalu di telinga mereka masing-masing. Jungkook tidak mampu berbuat apa-apa, dia mengarahkan pasukan polis keluar dari situ termasuk dua orang kanak-kanak tadi.
Jin dengan kekuatan yang masih berbaki merangkak dan merapati pintu kaca itu. Aku pula menumbuk pintu itu dengan sekuat yang mungkin, mengharapkan agar ianya pecah. Aku t-tak boleh biarkan Jin.
......
Jin menempelkan telapak tangannya di permukaan pintu kaca itu, dia mahu mengatakan sesuatu. Jaerim menangis teresak, dia tertunduk ke bawah bagi menyembunyikan wajah yang sudah melakukan sesuatu yang bodoh.
Habis tangannya lebam dan luka.
"Hiks maafkan Jae, Jae t-tak tau nak buat apa dah hiks...please bertahan...", ujarnya dengan tangisan. Gadis itu menempelkan juga telapak tangan kecilnya di papan kaca itu. Jaerim tak mampu nak bersemuka dengan Jin.
Namun gadis itu cuba. Perlahan-lahan Jaerim mendongakkan wajah bagi bersemuka dengan si abang sulung.
Jin tersenyum manis. Jaerim terkedu.
Hanya dengan alat earpiece, mereka dapat berhubung buat masa sekarang. Lapisan kaca yang tebal itu menyukarkan perbualan antara mereka berdua. Cara ini saja yang mampu.
"M-Maafkan aku J-Jae...aku gagal nak...jadi k-ketua yang baik untuk korang semua...m-mian...", suara Jin dengan suara yang lemah. Lebih menyayatkan hati Jaerim, hidung lelaki itu mula mengalirkan cecair darah pekat. Ternyata gas itu sudah merosakkan sistem pernafasan Jin.
"NO NO!! Hiks oppa jangan cakap macam tu! Please jangan buat Jae macam ni hiks...semua salah Jae! Sebab Jae o-oppa tak sempat-"
"Syyhh aku s-sedar perangai sebenar a-adik aku. T-That's why kau perlukan lagi bimbingan kami...abang-abang k-kau. Gwenchanha sayang...uh", Jin semakin lemah. Lelaki itu terbatuk hingga memuntahkan darah.
Jaerim menangis lagi kuat dan menampar pintu kaca itu dengan kuat kerana risau akan keadaan abangnya.
Tubuh Jin tidak stabil lagi. Lelaki itu menyandarkan dahinya di permukaan kaca itu dengan senyuman tipis. Asap dah berkepul tebal sehinggakan diri Jin semakin pudar dari pandangan Jaerim.
Jaerim menangis teresak dan cuba untuk membuka pintu keselamatan itu dengan kekuatan yang ada.
Namun ianya sia-sia. Jungkook yang berdiri di belakang hanya tertunduk. Kalau buka pun, nyawa Jae akan terancam. Itu arahan daripada Jin sendiri.
"Jin oppa!!!! Andwae hiks...I need you please jangan tinggalkan Jae...Jae akan keluarkan oppa dari sini!!"
"Gwenchanha, kau still ada o-orang yang......lebih layak u-untuk jaga kau.....maafkan aku Jae...
....aku tak dapat nak.......m-masakkan bi-bimbap untuk kau. Aku dah musnahkan j-janji aku.....maaf-"
"No!! Jangan risaukan hal tu. Hiks please bertahan!"
"Maafkan aku Yoo Jaerim. Aku h-harap kau boleh terima.....aku sebagai.....abang sulung kau. Aku gembira kalau kau s-sudi.....
...aku s-sayang kau Jae."
"ANDWAEE!!! OPPA JANGAN!!!"
Masa sudah suntuk, gas bahaya itu mula dilepaskan di sekitar bangunan itu. Jin mengarahkan Jungkook untuk bawa adik perempuan bongsu itu keluar.
Jaerim berkeras dan meronta daripada disentuh, tetapi tidak mampu dilawan lagi. Jungkook terpaksa mencampung gadis kecil itu berlalu pergi. Air mata lelaki itu juga mengalir membasahi pipi.
'Sorry hyung'
Pemergian mereka berdua hilang dari pandangan Jin. Lelaki itu tersenyum lega dan akhirnya terbaring lemah. Nafasnya semakin tersekat-sekat bagai nyawa-nyawa ikan.
"Y-Yoongi...."
Yoongi yang berada di atas rooftop mengetap bibirnya menahan sebak. Masa ini juga Jin mahu bercakap denganmya. Dia tak mampu untuk mendengar suara saudaranya yang kini terseksa.
"Yes hyung."
"Aku rindu N-Namjoon....a-aku rindu Hoseok...kalau lah diorang a-ada lagi...aku takkan biarkan diorang join misi dan terus j-jaga Jae...maafkan aku. A-Aku buat silap besar....kali ni...nampaknya aku me-menyusul juga..."
"H-Hyung..."
"Ja-Jangan lupa kasi b-bibimbap dekat budak tu. N-Nanti dia lapar...kalau tak r-reti...Google ahjussi a-ada...h-hehe"
Yoongi tertunduk ke bawah. Lelaki itu mengetap gigi menahan rasa sakit dan sedih. Jin sempat berlawak jenaka di saat penghujung hayatnya.
"Sampaikan p-pesanan aku dekat Jae....Happy B-Belated Birthday m-my sis. Maafkan aku..."
Yoongi menahan sebaknya dengan menekup mulut sendiri. Dia melutut dan cuba untuk tidak mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka semua ni akan terjadi.
"J-Jaga Jae......"
"Aku janji Jin hyung! Aku janji hiks...maafkan aku hyung! Maafkan aku sebab tak dapat nak tolong kau sepenuhnya...hiks....please hyung....jawab..."
"Aku s-sayang korang s-se..."
"Hyung!!"
".........."
Ini semua sudah ditakdirkan.
Mafia berkod 03 sudah mengakhiri tugasnya.
-End Chapter 33-
_______◆♔◆_______
______
"Aku terpaksa hilangkan saudara aku seorang lagi."
◆◇◆◇◆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro